Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM

EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.
1
Kerjasama :
 Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun
 Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar
 Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra
 Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang
 Pusat Tuisyen Kuala Nerang
Bahagian A STPM Penggal 3

MALAYSIA DAN NEGARA LUAR
Siri III ~ Peringkat Global

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

a) Pengenalan :
1. Ditubuhkan 24 Oktober 1945 dan dianggotai oleh 193 (2011) negara – beribu pejabat di New York, Amerika
Syarikat. Keahlian PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dan ingin menerima Perjanjian PBB.
2003 bilangan anggota 191 buah negara.

b) Matlamat :
1. Menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa.
2. Menyelesaikan perselisihan serta tindasan politik. Dalam hal ini, PBB mungkin melancarkan serangan
ketenteraan untuk menghentikan sebarang pencerobohan.
3. Mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan negara-negara yang merdeka.
4. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi, sosial, kebudayaan, dan melindungi hak-hak asasi manusia tanpa
mengira bangsa, jantina, atau agama.
5. Menyatupadukan penduduk dunia.

Alasan Malaysia menyertai PBB
1. Malaysia menginginkan keamanan dan perdamaian. Tujuan PBB – mengekalkan keamanan di dunia
sangat dihayati oleh Malaysia.
2. Memperolehi bantuan agensi PBB seperti WHO dan FAO untuk pembangunan negara.
3. Menentang gejala penindasan dalam kalangan negara melalui PBB.
4. Menyokong dasar dan prinsip untuk mengekalkan keamanan di dunia.
5. Melicinkan percantuman Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.

c) Struktur PBB :
 Rujuk Rajah 1 – Badan-badan PBB yang utama

Rajah 1 : Badan-badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang utama
Nama dan Keahlian Badan Matlamat Utama
PERHIMPUNAN AGUNG
 Dianggotai oleh wakil semua negara anggota
 Lazimnya berhimpun setahun sekali
 Setiap negara mempunyai satu undi
 Membahaskan segala perkara
yang berkaitan dengan matlamat-
matlamat PBB
MAJLIS KESELAMATAN
 Mempunyai 15 anggota
 5 anggota tetap iaitu Amerika Syarikat, Persekutuan Rusia, Britain,
Perancis dan Negara China
 10 anggota lain yang dilantik oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh
2 tahun
 anggota-anggota tetap mempunyai kuasa veto
 Mengekalkan keamanan dan
keselamatan dunia
 Menghentikan pencerobohan
 Menyelesaikan pertikaian secara
aman
SEKRETARIAT
 Setiausaha Agung sebagai pendaftar utama
 Pegawai-pegawai lain
 Melaksanakan segala tugas
pentadbiran PBB
MAJLIS EKONOMI DAN SOSIAL
 Mempunyai 54 anggota yang dipilih oleh Perhimpunan Agung
 Mengkaji dan menyelesaikan
pelbagai masalah sosial dan
ekonomi dunia
MAJLIS AMANAH
 Dianggotai oleh negara yang mentadbir wilayah amanah, anggota-
anggota tetap Majlis Keselamatan yang tidak mentadbir wilayah
amanah dan anggota-anggota yang dipilih oleh Perhimpunan Agung
 Menyediakan negara-negara yang
belum merdeka yang telah di
amanahkan kepadanya untuk
berkerajaan sendiri.
MAHKAMAH PENGADILAN ANTARABANGSA
 Mempunyai 15 orrang pengadil yang dipilih oleh perhimpunan Agung
dan Majlis Keselamatan
 Beribu pejabat di Hague, Belanda
 Menyelesaikan persengketaan
undang-undang antara negara
 Menasihatkan Perhimpunan Agung
dan Majlis Keselamatan mengenai
soal undang-undang
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.
2
Kerjasama :
 Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun
 Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar
 Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra
 Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang
 Pusat Tuisyen Kuala Nerang
Perhimpunan Agung (Parlimen PBB)
1. Perhimpunan yang terbesar dan dianggotai oleh wakil dari semua negara.
2. Setiap negara – satu undi dan biasanya berhimpun setahun sekali.
3. Membahaskan segala perkara yang berkaitan dengan matlamat PBB.
4. Wakil negara berpeluang berucap di majlis ini. Wakil pertama Malaysia berucap di majlis ini ialah
Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Tan Sri Razali Ismail (Malaysia) menjadi Pengerusi pada
1996.
5. Paul Henri Spaak (Belgium) presiden pertama dan Trygve Lie (Norway) S/U Agung pertama.
Mesyuarat pertama – di London pada 10 Januari 1946.
6. Bahasa utama – bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jeman dan Cina. Perwakilan dibolehkan
berucap dalam sebarang bahasa. Terdapat perkhidmatan terjemahan serentak.

1. Majlis Keselamatan
1. Majlis Keselamatan badan yang terpenting dalam PBB.
2. Majlis Keselamatan memainkan peranan yang berikut :
a) menjaga dan mengekalkan keamanan pada penyelesaian politik antarabangsa
b) menghentikan pencerobohan oleh sesebuah negara atau kuasa asing terhadap negara lain
3. Majlis Keselamatan terdiri daripda 15 anggota, iaitu 5 anggota tetap dan 10 anggota tidak tetap.
4. Anggota-anggota tetap Majlis Keselamatan ialah Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis
dan China; setiap anggota tetap itu mempunyai kuasa veto.
5. Anggota-anggota tidak tetap Majlis Keselamatan dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk berkhidmat
selama satu penggal (dua penggal).
6. Malaysia pernah menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan bagi tempoh 1965 – 1966, 1989 –
1990, dan 1999 – 2000.
 Catatan : Kuasa veto :- Bermaksud kuasa pembatal. Mana-mana anggota tetap boleh menggunakan
kuasa vetonya untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan tentang sesuatu
perkara. Hal ini bermakna sebarang keputusan Majlis Keselamatan mesti disetujui oleh kelima-lima
anggota tetap.

Sekretariat
1. Sekretariat menjalankan kerja-kerja harian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
2. Tugas-tugas Sekretariat termasuk :
(a) mentadbir operasi pengaman;
(b) menjadi pengantara dalam pertikaian antarabangsa;
(c) meninjau masalah dan trend ekonomi dan sosial;
(d) mengelolakan persidangan antarabangsa tentang isu-isu dunia.
(e) menjalankan pentadbiran harian PBB
3. Sekretariat diketuai oleh Setiausaha Agung PBB yang dipilih oleh Perhimpunan Agung atas cadangan
Majlis Keselamatan dan merupakan pentadbiran utama PBB.
4. Tempoh perkhidmatan Setiausaha Agung PBB ialah lima tahun dan tempoh itu boleh diperbaharu.
5. Senarai Setiausaha Agung PBB adalah seperti yang berikut :
(a) Trygve Lie dari Sweeden (1946 ~ 1952)
(b) Dag Hammarskjold dari Norway (1953 ~ 1961)
(c) U Thant dari Burma (1962 ~ 1971)
(d) Kurt Waldheim dari Austria (1972 ~ 1981)
(e) Javiar Perez de Cuellar dari Peru (1982 ~ 1991)
(f) Boutros Boutros Ghali dari Mesir (1992 ~ 1996)
(g) Kofi Annam (1997 ~ 2006)
(h) Ban Ki-moon (2007 ~ kini)

Majlis Ekonomi dan Sosial
1. Mempunyai 18 anggota yang dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung.
2. Mengkaji dan menyelesaikan pelbagai masalah sosial dan ekonomi dunia.
3. Untuk meningkat dan memberikan khidmat taraf penduduk dan negara-negara dunia.
4. Berfungsi melalui cawangan-cawangannya seperti UNESCO, UNHCR, WHO, WORLD BANK, UNITED
NATIONS RESEARCH INSTITUTE FOR SOCIAL DEVELOPMENT – UNRISD, FAO, UNDP – UNITED
NATIONS DEVELOPMENT PROGRAMMES.
5. Antara Pertubuhan terpenting ialah UNESCO, WHO, FAO, ILO, IMF, UNCTAD dan UNICEF.

 Rujuk Jadual agensi-agensi Khas PBB (Rajah 2)
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.
3
Kerjasama :
 Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun
 Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar
 Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra
 Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang
 Pusat Tuisyen Kuala Nerang
i. Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
1. Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) ditubuhkan pada tahun 1945 dan
beribu pejabat di Paris, Perancis.
2. UNESCO membantu negara-negara anggotanya membina keupayaan manusia dan institusinya dalam
pelbagai bidang.
3. UNESCO juga menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam kalangan negara anggotanya dalam
bidang pendidikan, sains, sosial, kebudayaan, dan komunikasi.
4. UNESCO berfungsi sebagai makmal idea untuk mewujudkan perjanjian universal tentang isu-isu etika
yang timbul.
5. UNESCO juga berfungsi sebagai pusat yang menyebarkan dan berkongsi maklumat serta
pengetahuan.
6. Malaysia diberi penghormatan sebagai Pengerusi UNESCO pada tahun 1989 dan 2011.

ii. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beribu pejabat di Geneva, Switzerland.
2. Matlamat WHO adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia sejagat.
3. WHO telah melancarkan kempen membasmi demam kepialu secara meluas antara tahun 1955 – 1964.
4. WHO terlibat dalam pelancaran pelbagai imunisasi terhadap penyakit seperti Rubella.
5. WHO telah melancarkan UNAIDS untuk membasmi penyakit AIDS pada Disember 1998.

iii. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
1. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) beribu pejabat di Rom, Itali.
2. Matlamat FAO adalah untuk meningkatkan pengeluaran makanan, membaiki sistem agihan makanan,
dan mengatasi kebuluran di negara miskin.
3. FAO menghulurkan bantuan makanan kepada Somalia, Korea Utara yang mengalami kebuluran, dan
mangsa perang di Bosnia dan Kosovo.

iv. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
1. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) ditubuhkan pada tahun 1910 semasa penubuhan Liga Bangsa
dan masih dikekalkan selepas penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
2. ILO menegakkan keadilan sosial khasnya untuk golongan pekerja.
3. ILO menggubal standard buruh antarabangsa dengan menetapkan standard hak-hak asasi buruh yang
minimum seperti :
a) kebebasan untuk berpersatuan
b) hak untuk mengendalikan persatuan
c) perjanjian kolektif
d) pemansuhan buruh paksa
e) kesamaan peluang dan layanan
4. ILO juga menggalakkan pembangunan organisasi majikan dan pekerja yang bebas serta menyediakan
latihan dan khidmat nasihat kepada organisasi itu.

v. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
1. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ialah organisasi antarabangsa yang terdiri daripada 184 buah
negara anggota.
2. IMF ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa melalui institusi tetap yang
menyediakan jentera bagi perundingan tentang masalah kewangan antarabangsa.
3. IMF juga menggalakkan kestabilan tukaran wang asing dan memelihara aturan tukaran wang asing
yang tersusun di kalangan anggotanya.
4. IMF juga memberikan bantuan kewangan sementara kepada negara-negara yang mengalami krisis
kewangan untuk membantu negara-negara tersebut menghadapi masalah itu.

vi. Pesuruhjaya Tinggi Tentang Orang Pelarian PBB (UNHCR)
1. Pesuruhjaya Tinggi Tentang Orang Pelarian PBB (UNHCR) ditubuhkan pada tahun 1950.
2. UNHCR bertanggungjawab untuk memimpin dan menyelaraskan tindakan antarabangsa bagi
perlindungan orang pelarian dan menyelesaikan masalah mereka.
3. Tujuan utama UNHCR adalah untuk melindungi hak dan kebajikan orang pelarian.
4. UNHCR berusaha untuk memastikan bahawa setiap orang pelarian berhak untuk mendapatkan suaka
dan mencari tempat perlindungan yang selamat di negara lain.
5. UNHCR juga membantu orang pelarian kembali ke negara asal mereka atau menetap di negara lain.


Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.
4
Kerjasama :
 Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun
 Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar
 Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra
 Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang
 Pusat Tuisyen Kuala Nerang
vii. Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD)
1. Persidangan Pedagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD) ditubuhkan pada tahun 1964.
2. UNCTAD bertujuan untuk mengintegrasikan negara-negara sedang membangun ke alam ekonomi
dunia.
3. UNCTAD merupakan titik fokus dalam PBB bagi pengurusan isu perdagangan dan pembangunan
secara bersepadu serta isu-isu lain yang berkaitan dalam bidang kewangan, teknologi dan pelaburan.
4. UNCTAD ialah forum bagi perbincangan antara kerajaan yang disokong oleh perbincangan dengan
pakar ekonomi serta pertukaran pengalaman untuk mencapai persetujuan sebulat suara.
5. UNCTAD juga menjalankan penyelidikan, analisis polisi, dan pengumpulan data untuk memberikan
input penting dalam perbincangan antara wakil kerajaan dengan pakar ekonomi.

viii. Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
1. Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) ialah badan dunia yang mempertingkatkan kehidupan setiap
kanak-kanak.
2. Tujuan penubuhan UNICEF adalah untuk bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk mengatasi
kemiskinan, keganasan, penyakit, dan diskriminasi yang dihadapi oleh kanak-kanak.
3. UNICEF menganjurkan langkah-langkah untuk memberi kanak-kanak penjagaan yang terbaik dalam
kehidupannya.
4. UNICEF menggalakkan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan untuk memastikan mereka
menghabiskan pendidikan peringkat sekolah rendah sekurang-kurangnya.
5. Dari segi kesihatan, UNICEF bertindak untuk memastikan bahawa :
a. semua kanak-kanak diimunkan daripada penyakit kanak-kanak yang biasa
b. semua kanak-kanak mendapat makanan
c. penyebaran penyakit AIDS dan virus HIV di kalangan remaja disekat

d) Misi Pengaman PBB
 Majlis keselamatan PBB mempunyai kuasa dan tanggungjawab terhadap bidang kuasa secara tindakan
kondutif mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa melalui misi pengaman.
 Untuk menubuhkan misi pengaman, 9 daripada 15 buah negara anggota keselamatan PBB mesti
menyokong misi pengaman dan sesuatu misi pengaman mesti tidak boleh diluluskan jika mana-mana 5
anggota tetap Majlis Keselamatan menentangnya.
 Antara tugas misi pengaman PBB ialah :
i) Mengawasi pelaksanaan genjatan senjata
ii) Membantu kerajaan negara berkenaan memulihkan pergolakan politik di negara ini.
iii) Membubarkan pasukan bersenjata dan militia selepas keamanan dipulihkan.
iv) Membantu pihak berkuasa negara berkenaan menubuhkan institusi pentadbiran.
v) Pemantauan hak, hak kemanusiaan
 Misi pengaman PBB tidak terlibat dalam :
i) Pemberian bantuan kemanusiaan
ii) Pemberian bantuan ketenteraan
 Membangkitkan kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah antarabangsa, masalah pelarian,
penghentian dasar Apartheid, penentangan pencerobohan Rusia di Afghanistan, pencerobohan Israel,
masalah ekonomi Dunia Ketiga, isu antartika, isu Bosnia, dan Chenya.
 Menjadi wakil khas PBB ke Myanmar untuk merundingkan pembebasan aktivitis demokrasi Myanmar, Aung
San Sue Kyi.
 Isu-isu menyebabkan Malaysia ke PBB untuk bantuan :-
a) Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia dibereskan di Majlis Keselamatan pada 1963.
b) Tuntutan Filipina ke atas Sabah dibereskan di Mahkamah Pengadilan Antarabangsa.
c) PBB menubuhkan Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau pendapat penduduk Sabah tentang
kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia.
d) Isu yang melibatkan Pulau Batu Putih di antara Singapura dan Malaysia dihadapkan ke Mahkamah
Pengadilan Antarabangsa pada 1998.
e) Isu yang melibatkan Pulau Ligitan dan Sepadan di antara Indonesia dan Malaysia dihadapkan ke
Mahkamah Pengadilan Antarabangsa pada 1998.
* Catatan : Pada tahun 2002, Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan
bahawa Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan hak milik Malaysia.
 Sebab-sebab utama sikap kurang senang Malaysia terhadap PBB
1. PBB lebih banyak dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar dunia.
2. PBB menyelesaikan isu agak lambat dan mengamalkan dasar pilih kasih.
3. PBB tidak berupaya untuk mencegah keganasan Amerika Syarikat di Iraq.
4. Majlis Keselamatan PBB tidak demokratik kerana 5 anggota tetapnya mempunyai kuasa veto.
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.
5
Kerjasama :
 Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun
 Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar
 Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra
 Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang
 Pusat Tuisyen Kuala Nerang
e) Mahkamah-mahkamah Antarabangsa PBB :
1) Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (ICJ)
 15 orang pengadil yang dipilih oleh Majlis perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan.
 Menyelesaikan persengketaan undang-undang antara negara-negara.
 Bertempat di The Hague, Belanda.
 Filipina pernah membawa Malaysia ke mahkamah ini – tuntutan mereka ke atas Sabah.
 Menjadi penasihat kepada perhimpunan Agung PBB tentang undang-undang.
 Fungsi ICJ ialah :
a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang dikemukakan oleh dua buah negara atau lebih.
b) Memberi pendapat nasihat terhadap persoalan undang-undang yang dirujuk kepada badan
berkenaan.
 Keputusan ICJ adalah muktamad dan rayuan tidak boleh dibuat terhadap keputusannya.
 Antara kejayaan dan kes yang dirujuk kepada ICJ :
i. Menyelesaikan pertindihan tuntutan kedaulatan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan antara
Malaysia dengan Indonesia iaitu menyerahkan hak kepada Malaysia (2002),
ii. Menyelesaikan pertindihan tuntutan ke atas Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura
iaitu menyerahkan hak kepada Singapura (2003),
iii. Pertindihan tuntutan ke atas Kepulauan Spartly yang melibatkan Malaysia, Vietnam, China,
Filipina, dan Thailand (masih belum selesai).
iv. Perebutan Jepun dan China ke atas Pulau Senkubu dan Tiaoyu Tao (masih berlanjutan)
v. Tuntutan bertindih Jepun dan Korea Selatan ke atas Pulau Tokdo dan Takashima (masih belum
selesai).
vi. Pertikaian ke atas Pulau Kuril (Pulau Wilayah Utara) anatar Rusia dengan Jepun juga belum
menemui penyelesaian.

2) Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)
 Ialah mahkamah antarabangsa yang ditubuhkan untuk mengadili jenayah antarabangsa yang serius.
 Bidang kuasa dan fungsi ICC tertakluk kepada statut Rom yang berkuatkusa pada 1 Julai 2002.
 ICC akan mengadili jenayah yang paling serius yang mempengaruhi masyarakat antarabangsa seperti
a) Jenayah pembunuhan kaum beramai-ramai
b) Jenayah terhadap kemanusiaan seperti pembunuhan dengan niat, penyeksaan, daan layanan
tidak berperikemanusiaan.
c) Jenayah perang seperti penubuhan dengan niat, penyeksaan, dan layanan tidak
berperikemanusiaan.
d) Jenayah pencerobohan ketenteraan.
 ICC berkuasa untuk menjatuhkan hukuman penjara atau hukuman mati terhadap pesalah.






























Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.
6
Kerjasama :
 Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun
 Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar
 Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra
 Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang
 Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Rajah 2 : Agensi-agensi Khas PBB

Agensi Fungsi
International Labour
Organisation (ILO)
Membentuk polisi dan program berkaitan dengan keadaan kerja dan peluang-
peluang pekerjaan dan juga menetapkan piawaian berkaitan dengan buruh
bagi seluruh dunia.
Food and Agricultural
Organisation of UN (FAO)
Bekerja untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan taraf hidup penduduk
luar bandar.
UN Educational, Scientific and
Cultural Organisation
(UNESCO)
Menggalakkan pendidikan bagi semua orang di dunia dan mengurangkan
kadar buta huruf, perlindungan ke atas khazanah dunia dalam bidang budaya
dan alam, mewujudkan kerjasama dalam bidang sains, kebebasan media dan
komunikasi.
World Health Organisation
(WHO)
Menyelaras program-program yang bertujuan menyelesaikan masalah
kesihatan seperti program imunisasi, pendidikan kesihatan dan pencegahaan
penyalahgunaan dadah.
World Bank (Bank Dunia)
Memberi pinjaman kewangan dan teknikal kepada negara anggota yang
membangun untuk mengurangkan kadar kemiskinan.
International Civil Aviation
Organisation (ICAO)
Menetapkan piawaian yang selamat bagi penerbangan udara dan menjadi
badan penyelaras bagi penerbangan awam.
Universal Postal Union (UPU) Menentukan piawaian pos sedunia.
International
Telecommunication Union (ITU)
Mewujudkan kerjasama antarabangsa untuk menambah baik telekomunikasi
dunia.
World Meteorological
Organisation (WMO)
Menggalakkan penyelidikan sainstifik berkaitan dengan atmosfera dan
perubahan iklim dan menyelaras pertukaran maklumat berkaitan dengan kaji
cuaca.
International Maritime
Organisation (IMO)
Berusaha menambah baik prosedur perkapalan dunia dan meningkatkan
keselamatan marin dan juga mengurangkan pencemaran laut.
World Intellectual Property
Organisation (WIPO)
Menggalakkan perlindungan ke atas hak penghasilan karya global dengan
memastikan penyalinan haram tidak dilakukan, hal-hal berkait dengan cap dan
tanda niaga diperlihara dari segi bentuk dan patennya.
International Fund for
Agricultural Development
(IFAD)
Menggerakkan sumber-sumber kewangan bagi meningkatkan pengeluaran
makanan dan gizi dunia terutama di negara-negara membangun.
UN Industrial Development
Organisation (UNIDO)
Menggalakkan pembangunan perindustrian di negara-negara membangun dari
segi teknikal dan tunjuk ajar.
International Atomic Energy
Aagency (IAEA)
Satu badan autonomi bagi memastikan keselamatan penduduk dunia hasil
penyelidikan dan penggunaan tenaga nuklear.