You are on page 1of 29

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

1



Sebelum kedatangan agama Islam penduduk-penduduk di Nusantara secara
keseluruhannya menganut agama Hindu. Tapi ahli-ahli arkeologis berpendapat masyarakat
Melayu dewasa itu sudah pun mempunyai kebudayaan yang tersendiri dan dipengaruhi oleh
kebudayaan India dalam beberapa segi. Pengaruh kebudayaan India di Nusantara amatlah
besar sehinggakan wujud beberapa buah negeri bercorak Hindu seperti Srivijaya, Funan dan
Majapahit. Kedatangan Islam ke Alam Melayu pada awal abad ke-15 telah membawa
perubahan yang nyata dalam kehidupan masyarakat Melayu dan pelbagai aspek. Akhirnya
tamadun Islam telah menguasai kehidupan masyarakat Melayu mengatasi tamadun Hindu
yang telah diamalkan oleh orang-orang Melayu semenjak berabad-abad yang lalu.

Islam mula tersebar di kalangan masyarakat Melayu melaka berikutan Parameswara yang
menjadi Sultan Melaka memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Megat
Iskandar Syah. Pengislaman itu diikuti oleh rakyat secara beramai-ramai sehingga akhirnya
melalui usaha-usaha yang gigih Islam dapat dikembangkan diseluruh Melaka.Melaka
menjadi sebuah empayar Islam yang disegani di Nusantara

Kedatangan Islam ke juga telah membawa suatu pembaharuan kepada cara hidup
penduduk yang terlibat secara keseluruhannya. Pembaharuan yang paling ketara sekali ialah
semangat persaudaraan dan perpaduan di kalangan penganut -penganutnya.

Sebelum itu agama Hindu adalah agama masyarakat atasan (golongan istana) kerana
agama tersebut sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka. Manakala
rakyat bawahan biasanya menganut kepercayaan animisme.

Walaupun demikian dalam banyak perkara, ideologi Islam yang tiba di rantau ini telah
memperlihatkan beberapa aspek yang rasional, radikal dan progresif, lebih daripada cara
hidup tempatan itu sendiri sebelumnya.


PENGENALAN

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


2





Banyak unsur sosial Islam telah meresap ke dalam kehidupan masyarakat Melayu
Nusantara hasil dan perkembangan tamadun Islam itu sendiri. Antara aspek sosial yang
telah dilahirkan oleh tamadun Islam ialah:

(i) Terhapusnya sistem kasta yakni Islam membawa nilai-nilai persamaan taraf

Terhapusnya sistem kasta dan wujud nilai-nilai persamaan taraf di dalam
sesebuah masyarakat. Keadaan ini secara tidak langsung bermakna kegiatan
perhambaan, kezaliman, hidup berpuak-puak dan sebagainya bukan lagi satu
kelaziman. Bagaimanapun, ciri-ciri masyarakat Hindu masih lagi menjadi amalan
masyarakat bangsawan yang menganggap kedudukan dan keistimewaan mereka
tidak setaraf dengan rakyat bawahan.
1


Dalam bidang sosial, Islam telah membawa satu perubahan yang radikal seperti
yang diperkatakan oleh Weirtheim dalam bukunya Indonesia Society in Transition,
Islam telah memperkenalkan konsep sama rata atau unsure demokrasi sebagai
sistem kasta hindu yang membahagikan penduduk alam melayu kepada beberapa
susun lapis seperti di India. Menurut Werteim, Islam juga telah menghapuskan
semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan di kalangan penduduk alam
melayu melalui konsep Ummah atau masyarakat Islam. Proses perpaduan ini
menurut beliau dicapai melalui perlakuan ibadat termasuk mengerjakan Haji.
Beliau menyamakan peranan Islam di alam melayu dengan zaman permulaan
Islam di negeri Arab kerana Islam telah menghapuskan semangat kesukuan
orang-orang Arab dalam zaman permulaannya dan mewujudkan masyarakat yang
bercorak universal tanpa semangat perkauman atau kebangsaan yang sempit.
2




SOSIAL DAN AKIDAH
1. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 364
2. Peradan Melayu Dan Islam, halaman 55-56

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


3

(ii) Islam membentuk akhlak yang mulia dan semangat bersatu padu

Masyarakat Melayu telah menjadikan akhlak Islam sebagai asas pedoman dan
amalan hidup mereka. Akhlak Islam telah membentuk manusia berkelakuan baik,
kasih-mengasihi, bantu-membantu, hormat-menghormati dan sebagainya. Dengan
perkataan lain, tiap-tiap orang Islam harus bertanggungjawab terhadap
masyarakatnya. Umat Islam telah dipandu untuk mengeratkan hubungan antara
individu dengan individu yang lain, hubungan dalam kekeluargaan umpamanya
antara anak dan ibu bapa, orang tua dan orang muda dan sebagainya. Hal ini
sudah tentu memberi natijah kepada hubungan sosial masyarakat Islam. Islam
memang memandang berat akan soal perhubungan persaudaraan.
3


Mendirikan sesebuah masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai keislaman yang
merupakan suatu kewajipan yang dibebankan ke atas bahu semua orang Islam.
masyarakat Islam yang pertama terbentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh
Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya di Madinah, sebaik sahaja Baginda
berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masehi.

Umat Islam yang berada di bawah pimpinan Nabi Muhammad SA.W. pada ketika
itu telah melaksanakan tugas mendirikan masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai
yang cekal, gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang
dan menjadi contoh dan model bagi masyarakat manusia selepasnya.










3. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 364

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


4

Asas-asas Pembentukan Masyarakat Islam Pada Zaman Rasulullah Dan Para
Sahabat

Syariah sebagai asas

Pembangunan akhlak


Membentuk Peribadi Muslim


Pembinaan tempat Ibadah


Persaudaraan Islam


Pembentukan masyarakat Islam telah digariskan mengikut asas-asas IsIam.
Akhlak menjadi perkara asas yang perlu ditanam dan disuburkan dalam
pembinaan sesebuah masyarakat. Jatuh bangun sesebuah masyarakat
bergantung sejauh akhlak dapat diterapkan dan cerakinkan. Dalam asas akhlak,
pembentukan peribadi menjadi tunggak masyarakat akan tercapai. Seseorang
individu dalam masyarakat harus mempunyai akhlak yang mantap untuk
membentuk sesebuah masyarakat yang stabil. Peranan tempat ibadah juga
merupakan asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat Islam memandang
ibadah sebagai perkara penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, pembinaan
tempat ibadah juga diberi penekanan dan diletakkan sebagai asas pembentukan
masyarakat. Satu perkara yang tidak kurang pentingnya pembentukan
masyarakat ialah persaudaraan. Ikatan antara seseorang individu seseorang
individu yang lain adalah dengan persaudaraan. Setiap anggota masyarakat
bersaudara dengan erti kata saling menolong dan berkerjasama dalam semua



KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


5

perkara. Asas-asas tersebut saling berkait dalam pembinaan sebuah masyarakat
Islam.
4


(iii) Islam memperkenalkan hukum-hukum dan peraturan yang lengkap
berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

Dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang, Islam telah
memperkenalkan hukum-hukum yang lengkap Iagi saksama. Dalam pembentukan
keluargaan, Islam telah memperkenalkan hukum nikah kahwin dan cerai mengikut
Iunas-Iunas tertentu. Jelasnya Islam telah membawa satu bentuk undang-undang
yang sesuai digunakan oleh segenap Iapisan masyarakat dan peredaran zaman.
5


Dalam masa keagungan pemerintahan kesultanan di alam Melayu ini banyak juga
prinsip prinsip perundangan Islam telah dijalankan, walaupun di dalam beberapa
perkara tidak begitu sempurna dan kurang memuaskan. Ada beberapa buah
negeri di Sumatera yang telah menjalankan hukuman hukuman mencuri, zina,
pembunuhan dan jenayah-jenayah lain mengikut perundangan Islam, begitu juga
dalam soal nikah kahwin, pembahagian pusaka (Faraid),jualbeli, dan sebagainya
telah cuba juga dijalankan seberapa yang boleh. Hal ini adalah merupakan suatu
pembaharuan yang penting bagi masyarakat di sebelah sini.

Walau bagaimanapun ada juga ciri ciri adat istiadat Hindu dan anamisma yang
masih terus menerus diamalkan, terutamanya, di dalam sistem kekeluargaan dan
sedikit sebanyak di dalam lapangan pentadbiran.
6


Selain daripada itu juga, terbukti di dalam kitab Sejarah Melayu di mana Sultan
Alauddin telah membina sebuah balai untuk diletakkan barang-barang tercicir di
jalan raya atau di mana mana agar tuannya dapat menuntut kembali dari balai
tersebut. Sesiapa yang tidak mengembalikan barang-barang yang dijumpainya
akan di hukum potong tangan sama sebagaimana orang yang mencuri.


4. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1,halaman 143-144
5. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 364
6. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 541-542

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


6

Contoh yang lain pula bila seseorang raja meninggal wasiat kepada anak-anaknya
supaya sabar jangan tamakkan harta. Sultan Mansur Syah di dalam wasiatnya
berkata:

Jikalau kesukaran baginya (rakyat) hendaklah engkau tolong, jikalau teraniaya ia,
hendaklah engkau periksai baik-baik supaya di akhirat tiada diberatkan Allah.

Begitulah tingginya moral dan tanggungjawab seseorang raja dan pemerintah
terhadap rakyatnya. Ini semua adalah kesan dan ajaran-ajaran Islam.

Di bidang undang-undang, mazhab Shafei telah memainkan peranan utama dalam
menentukan hal-hal mengenai kehidupan penduduk di Nusantara seperti hal-hal
berkaitan dengan warisan, harta, undang-undang muamallah perkara-perkara
yang berkaitan dengan perkahwinan, dan hukuman terhadap orang-orang yang
bersalah. Pengaruh undang-undang Islam juga terdapat di dalam undang-undang
tempatan seperti undang-undang luaran di Phiipina dan undang-undang Kanun di
Tanah Melayu.

Terdapat juga undang-undang adat yang diamalkan di beberapa daerah tertentu
yang bercampur dengan undang-undang Islam.

Jelas undang-undang Islam telah diamalkan begitu luas dan teguh. Ini terbukti bila
orang-orang Inggeris menghadapi masalah undang-undang di Tanah Melayu.
Contohnya Gibson seorang penasihat undang-undang British di masa permulaan
campur tangan Inggeris melaporkan yang tugasnya menghadapi kesukaran sebab
undang-undang Jenayah yang diamalkan di mahkamah-mahkamah Kedah ialah
undang-undang Islam. Contoh kedua Walter Scott yang bertugas di Trengganu
menyatakan tugasnya menterjemahkan undang-undang di Trengganu ini
mengalami kesukaran kerana terlalu banyak perkataan Arab dalam undang-
undang tersebut.
7



7. STPM Sejarah Islam, halaman 144-145

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


7

(iv) Konsep tuhan yang esa

Pembaharuan terpenting yang jelas dapat dilihat ialah aspek kepercayaan yang
mempunyai hubungan rapat dengan cara penduduk di rantau ini berfikir. Sebelum ke-
datangan Islam kebanyakannya beragama Hindu, selain daripada menganuti
kepercayaan-kepercayaan Buddha dan anamisma, ataupun tidak berkepercayaan
langsung. Mereka mempercayai Tuhan Iebih daripada satu, menyembah berhala dan
berbagai Iagi, ini terutamannya dilakukan oleh penganut-penganut agama Hindu.
Sementara penganut-penganut anamisma pula mempercayai bahawa segala benda
di dalam dunia ini mempunyai semangat, atau dengan lain-lain perkataan,
berpenunggu.



Secara keseluruhannya kedatangan agama Islam itu telah membawa kepada
kepercayaan keesaan Tuhan, iaitu Allah. Kepercayaan ini merupakan suatu objektif
yang maha tinggi dan merupakan suatu hakikat rasional dan universal. Mereka juga
diperkenalkan dengan akidah-akidah Islam yang lain seperti Rukun Islam, Rukun
Iman dan perkara-perkara lain.
8


(vi) Membawa satu revolusi mental khususnya berkaitan dengan ilmu ghaib, tawakal,
qada dan qadar dan sebagainya.

Masyarakat Melayu disemai dengan pemikiran yang lebih rasional dan
berpengetahuan. Umpamanya, Islam menyatakan semua manusia mempunyai taraf
yang sama di sisi Tuhan kerana mereka berasal daripada keturunan yang sama.
Pengaruh Iogik dalam agama Islam telah memberi kesan yang mendalam kepada
masyarakat Melayu sehingga mereka tidak menolak konsep hidup dan mati, kada dan
kadar dan sebagainya.

Kepercayaan dan akidah ini datang dalam bentuk ajaran metafisik ahli tasauf. Menerusi
ilmu tasauf roh keagamaan yang bersifat intelektual dan akliah menjalar ke dalam fikiran


8. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 540

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


8

orang ramai secara terbuka, menyebabkan timbulnya rasionalisma dan intelektualisma
yang tidak pernah terlibat dalam zaman sebelum kedatangan Islam. Kelahiran ini dapat
dipandang sebagai roh yang kuat yang memulakan proses perubahan falsafah hidup
Nusantara, dengan memalingkan dan alam yang menitikberatkan soal khayal, dongeng,
dewa-dewa,dan lain-lain kepada alam fikiran, akal dan peraturan. Ini menyediakan
Nusantara untuk dunia moden yang akan datang. Muballigh-muballigh Islam
mendakwahkan kepercayaan kepada Tuhan yang kekuasaanNya adalah dikendalikan
oleh kebijaksanaanNya; yang kudrat iradatNya penuh dengan dayacipta bertindak
mengikut kehendaknya. Manusia adalah dianggap sebagai alam kecil bagi alam
semesta. Hakikat dari manusia adalah berakal, dan sifat berakal itu menjadi
penghubung antara manusia dengan Allah. Konsep ini memberikan suatu kesedaran
tentang harga dan kemuliaan dirinya yang tiada diberikan kepadanya dalam masa
sebelum Islam.
9


Satu lagi unsur kepercayaan yang dipusakai dan kepercayaan Hindu itu ialah tentang
semangat, iaitu jiwa yang penting yang terdapat pada setiap benda, baik yang ben-
nyawa atau yang tidak bernyawa. Semangat itu ditakuti, dihormati, dan dipuja oleh
mereka. Dari sini timbullah adat kebiasaan menjamu atau memuja semangat untuk
menjamin keselamatan mereka, menjamin kesuburan tanah, menjamin penambahan
hasil mahsul dan sebagainya. Bomoh atau pawang memainkan peranan penting
mengepalai upacara memuja semangat tersebut.

Satu lagi kepercayaan yang dipengaruhi oleh zaman primitif itu ialah amalan memuja
keramat. Istilah kerarnat dalam Islam khusus bagi suatu kejadian luar biasa yang terjadi
dengan pertolongan Allah kepada orang yang benar-benar taat kepada Nya. Tetapi
keramat dalam masyarakat Melayu telah diumumkan kepada manusia, binatang, kubur,
pokok, busut, dan sebagainya. Mereka sentiasa mengunjungi tempat yang dikatakan
keramat itu dengan membawa telur rebus, nasi kunyit, air tawar, dan sebagainya untuk
melepaskan nazar, atau memberikan persembahan kepada penunggu di sana.
10




9. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 540-541
10. Ikhtisar perkembangan Islam, halaman 545

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


9

Adat-adat yang dipengaruhi dan dipusakai dari zaman primitif ini bukan sahaja
mengenai konsep kepercayaan akidah, tetapi terlibat juga bidang-bidang sosial dan ke-
masyarakatan seperti adat mandi safar adat perkahwinan, menyarnbut hari kelahiran
bayi, dan sebagainya. Adat-adat ini telah bercampur-aduk dengan nilai-nilai Islam yang
sebenar hingga susah bagi orang awam hendak membezanya. Namun demikian
kepercayaan mereka terhadap Allah Yang Maha Esa dan Maha Kuasa tidak boleh
diperkecilkan. Sungguhpun mereka mempercayai adanya kuasa-kuasa ghaib,
penunggu, atau keramat, tetapi mereka masih percaya bahawa kuasa ghaib tersebut
tertakluk kepada kuasa Allah.

Kepercayaan-kepercayaan yang berbentuk primitif ini pula terus-menerus berkurangan
dari masa ke masa. Kepercayaan kepada semangat padi misalnya sudah tidak ada lagi
di kawasan yang menerima tanaman dua musim dalam setahun. Bomoh-bomoh juga
telah berkurangan dan tidak banyak memiliki peranan setelah meluasnya klinik-klinik
kesihatan di kawasan luar bandar. Lebih-lebih lagi di akhir akhir ini lahir golongan
berpelajaran yang berfikir rasional menentang kepercayaan dan adat yang
bertentangan dengan konsep Islam yang sebenar. Adat-adat yang tidak bertentangan
dibiarkan sehingga ia menjadi suatu ciri kebudayaan Islam pula.
11








11. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 546

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


10






Agama Islam juga telah mempengaruhi sebahagian besar bidang politik dan pentadbiran
sesebuah negeri. Antara aspek yang dapat dilihat ialah:

(i) Konsep Raja Hindu bertukar kepada Sultan

Bertukarnya sistem dan konsep raja dalam agama Hindu kepada sistem dan
konsep sultan di dalam Islam. Di dalam politik yang berteraskan agama Hindu, raja
dianggap bayangan tuhan ataupun dewata, tetapi di dalam Islam raja adalah
manusia biasa tetapi diberi kemuliaan kerana peranannya sebagai ketua agama
dan pentadbir sebagaimana yang dijalankan di dalam sistem kekhalifahan pada
masa dahulu. Walaupun sultan tidak dianggap suci sebagaimana raja-raja Hindu,
namun sultan dianggap mempunyai daulat dan status yang Iebih tinggi danipada
orang kebanyakan.
12


Kedatangan Islam secara langsung telah memperkenalkan sistem pentadbiran
secara kesultanan di rantau ini. Walaupun ini boleh dikatakan tidak
banyak bezanya dengan sistem Kerajaan Hindu sebelumnya, tetapi banyak juga
terdapat ciri-ciri yang tersendiri. Pemakaian sistem mufti sebagai penasihat hal-
ehwal agama Islam khususnya adalah merupakan suatu pembaharuan yang
bererti. Malah secara khusus sultan atau raja telah dianggap sebagai khalifah
(pengganti Nabi), kadang-kadang sebagai bayang-bayang Tuhan. Tetapi
pemakaian khalifah atau ketua agama jika dikaji secara teliti dari aspek konsep
politik Islam, mempunyai banyak perbezaan dengan apa yang sebenarnya,
urnpamanya dengan apa yang berlaku di dalam sejarah Nabi Muhammad dan
Khalifah Empat (Khulafa Al-Rasyidin) di Madinah.
13





POLITIK
12. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 364
13. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 541

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


11

(ii) Agama islam telah menjadi agama rasmi dalam pentadbiran dan undang-
undang

Agama Islam telah menjadi agama rasmi kebanyakan negara dan undang-undang
Islam telah dijadikan undang-undang negara. Bermula dari kerajaan Melaka,
undang-undang Islam telah bertapak di Kedah, Tenengganu dan negeri negeri
lain. Walaupun begitu, pada peringkat awal cara pentadbiran Islam tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya meskipun asas undang-undang Islam telah digunakan.
Umpamanya dalam Undang-undang Melaka dan Hukum Kanun Melaka masih
terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam.

Islam juga merupakan suatu tenaga perpaduan di seluruh alam Melayu yang
menggerakkan satu proses ke arah kesedaran kebangsaan. Kesimpulan yang
wajar dan proses ini ialah berlakunya ubah ansur sebahagian besar alam Melayu
ini menjadikan bangsa Malaysia dan Indonesia moden dengan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan dan agama Islam sebagai agama negara. Ubah
ansur ini berlaku dalam keadaan tenang sekali tanpa menerima apa-apa
kekacauan yang datang menganggunya.
14



(iii) Mewujudkan kefahaman tentang kesedaran tanggungjawab
mempertahankan agama dan negara

Agama Islam juga rnenggerakkan umatnya ke arah kesedaran kebangsaan.Islam
menganjurkan perpaduan yang utuh di kalangan masyarakatnya. Tiap-tiap orang
Islam diberi tanggungjawab memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan
Islam.ini disemaikan melalui semangat jihad. Hasil daripada pengaruh tersebut
empayar Islam khususnya di zaman Kesultanan Melaka telah menjadi begitu Iuas
dan terkenal.
14




14. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 365

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


12

Pada masa berlaku pencerobohan penjajah barat, Islamlah yang memberikan
semangat yang menentukan langkah pcrubahan ini melalui pergerakan-pergerakan
menentang penjajah dcngan cara jihad (perang suci) melawan penjajah yang kafir.

Sejarah perkembangan faham kebangsaan di alam Melayu, baik di Malaysia ataupun
di Indonesia, pada peringkat permulaannya merupakan peringkat agama, jihad yang
dipengaruhi oleh ajaran Islam yang menyuruh penganut-penganutnya supaya bergiat
bukan sahaja di lapangan ibadat semata-mata, tetapi mengambil bahagian yang aktif
dalam semua lapangan, termasuk politik, sosial, ekonomi, dan lain-lain. Gerakan
Kebangsaan di Malaysia dipeloporkan oleh Syed Syeikh Abdul Hadi, murid kepada
Syaikh Muhammad Abduh, yang baru kembali ke tanahair dan Kahirah pada tahun
1904M. Dua tahun kemudian beliau mengeluarkan akhbarnya yang bernama Al-
Imam.

Akhbar ini merupakan akhbar Melayu yang pertama sekali mengandungi berita berita
politik dan fikiran-fikiran baru yang membentuk ke arah perubahan masyarakat.
Tujuannya ialah untuk menganjurkan suatu perubahan sosial melalui agama
sepertimana yang dikehendaki oleh agama Islam dan sebagaimana yang berlaku di
Timur Tengah pada waktu itu. Perkembangan gerakan ini dapat dilihat selepas itu di
mana berkembangnya kelab-kelab, sekolah-sekolah agama, akhbar-akhbar, majalah-
majalah yang menyiarkan gerakan-gerakan Islam di seluruh negara. Oleh yang
demikian orang Islam di rantau ini merasai sensitif sekali terhadap apa sahaja
perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhan agama dan bangsa
mereka.
15









15. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 542

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


13

(iv) Penubuhan institusi-institusi islam bagi melicinkan lagi urusan pentadbiran
islam dalam kegiatan dakwah, pelajaran, berjual-beli dan sebagainya

Berikutan dengan tertegaknya pemerintahan yang berlandaskan undang-undang
atau ciri-cirl Islam, ia telah memberi kesan kepada penubuhan beberapa institusi,
jabatan dan jawatan yang berkaitan dengan Islam. Dari segi jawatan, kadi, arnil,
imam dan sebagainya telah di beri peranan tertentu serta penghormatan dalam
masyarakat. Selain dari itu Jabatan dan Majlis-majlis Agama Islam telah
ditubuhkan bagi melicinkan perjalanan pentadbiran Islam itu sendiri. Sepertimana
beberapa institusi pengajian Islam telah dibina untuk meningkatkan taraf
pendidikan Islam di sesebuah negara. Hasilnya, wujud beberapa tokoh ilmuan
yang terkenal dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan Islam di rantau ini.
16


Kedatangan Islam telah membantu kepada penubuhan beberapa institusi
pendidikan di Alam Melayu. Antara pusat pengajian yang penting seperti istana,
masjid, madrasah dan pondok.

Istana dalam sejarah keagungan Islam di Alam Melayu telah memainkan peranan
yang cukup besar sebagai pusat perkembangan keilmuan kepada anak-anak raja
dan golongan pemerintah. Sebagai contoh, Ibnu Batutah, telah mencatatkan
istana Pasai pada abad ke 14 telah menjadi pusat perdebatan ilmu yang turut
disertai oleh Sultan Malik aI-Zahir yang memerintah ketika itu. Sejrah Melayu
juga mencatatkan bahawa Sultan Mansur Syah telah menjadikan istana sebagai
pusat pengajian dan sering berguru dengan Maulana Abu Bakar. Begitu juga
dengan Sultan Mahmud Shah dan puteranya Razak Ahmad yang pernah belajar
dengan Maulana Sadar Jahan di istana. Begitu juga dengan pemerintah Acheh,
Iskandar Muda Mahkota Alam (1607 1636 M) dan Sultan Iskandar Thani (1636
1641 ) yang mempelajari dan memperdebatkan ajaran tasauf Hamka Fansuri
dan ilmu Nuruddin al-Ranini yang berakhir dengan pembakaran karya Fansuni
pada tahun 1637.
17



16. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 371
17. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman132

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


14

Begitu juga dengan zaman pemerintahan Sultan Riayat Syah (1597 1602 ),
istana Johor menjadi pusat pengajian yang dimanfaatkan oleh Tun Sri Lanang dan
istana Sultan Raja Ali di Riau telah membenarkan Raja Ali untuk mengajar dan
mengarang kitab yang berkualiti.

Selain dan istana, masjid dan surau juga berperanan dalam proses penyebaran
ilmu di Alam Melayu. Ibnu Batutah dalam pelayarannya mencatatkan bahawa
Pasai di Alam Melayu antara tempat yang awal menyebarkan Islam melalui masjid.
Biasanya pengajian di masjid dan surau ini adalah dalam bentuk yang tidak formal
yang melibatkan pengajian al-Quran. Di samping itu ilmu-ilmu fardhu am seperti
fiqh, tasauf, usuluddin, hadis tafsir, faraid dan lain-lain lagi juga diajarkan di masjid.

Seiain dan itu madrasah dan pondok juga teiah berkembang sebagai pusat
penyebaran ilmu pengetahuan bersama-sama kehadiran Islam di alam Meiayu.
Sistem pengajian bercorak pondok ini dikatakan bermuia di Acheh yang
merupakan sistem pendidikan keislaman untuk rakyat. Istilah pondok itu begitu
meluas digunakan di tanah Melayu dan pasantren di Jawa. Sistem pondok ini
dipimpin oieh guru-guru tertentu, yang mengajar pelbagai ilmu keislaman. Bagi
mereka yang berkebolehan, dapat menyambung pengajiannya di Makkah, India
atau Mesir. Terdapat beberapa pasantren yang terkenal seperti pasantren Santi
Asrami di Jawa, Pasantren Tegalsari yang didirikan pada tahun 1548, dan
Pasantren Jasari yang didirikan pada tahun 1648. Manakala di Tanah Melayu
sistem pondok ini juga berkembang terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah,
Perils dan Pattani. Antara pondok yang terkenal iaiah Pondok Tok Kenali di
Kelantan dan Pondok Pokok Sena di Seberang Prai.
17








17. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 133

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


15

Sistem Pengajian Pondok

Sistem pengajian pondok merupakan antara insitusi pendidikan Islam yang bersifat
formal dan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan Masyarakat Melayu. Sistem
pengajian pondok mula berkembang sejak abad ke-18 hingga ke-20 masehi. Sistem
pengajian sebegini berkembang pesat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Antara institusi yang terkenal menggunakan pendekatan ini ialah Pondok Kubang
Pasu dan Pondok Tok Kenali di Kelantan, Pondok Tuk Ku Pulau Manis dan Pondok
Wan Hj Abd Latif di Terengganu dan Pondok Batu 16 (Pak Ya) di Kedah.

Sistem Pengajian Madrasah

Institusi pendidikan Islam berkembang setapak lagi di Alam Melayu dengan
pengenalan sistem madrasah yang merupakan institusi pendidikan yang Iebih
sistematik. Madrasah pertama yang didirikan iaiah al-Madrasah al-Masriyyah di Bukit
Mertajam pada tahun 1906 Masehi, diikuti oleh Madrasah Iqbal ai-Islamiyah di
Singapura, al-Madrasah al-Ahmadiah di Riau, Madrasah Muhammadiyyah Melayu di
Kelantan, al-Madrasah al-Masyhur al-Isiamiyyah di Pulau Pinang, al-Madrasah al-
Khairiyyah di Johor, al-Madrasah al-Aiawiyyah al-Madaniyyah di Perlis, Mahad
Mahmud di Kedah dan lain-lain.
18


(vi) Orang melayu dapat membaca karya-karya terjemahan, hasilnya semangat
islam telah meresap dalam sanubari mereka

Perkembangan sastera Melayu adalah berasaskan pengislaman masyarakat
Melayu. Islam melaksanakan penyebaran Islam secara meluas. Kesusasteraan
dapat berkembang dengan pesat dan membawa perubahan yang dinamik
kepada perkembangan Islam.
19


Daripada sastera Arab inilah sastera Melayu meminjam banyak perbendaharaan
kata dan karya sastera kitab yang menyatakan persoalan hukum dan aqidah.

18. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 133
19. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 149

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


16

Sastera Parsi juga turut membantu sastera Melayu membentuk hikayat-hikayat
berbingkai dan Salasilah. Penulis-penulis Melayu juga berupaya melahirkan
karya-karya sejarah dan salasilah. Daripada sifat-sifat seperti ini khazanah
sastera zaman ini dapat menjelaskan karya-karya warisan Islam. Kesusasteraan
Melayu tidak lagi terbatas kepada sifat stereotaip seperti kesusteraan zaman
Hindu, tetapi lebih luas lagi telah menekankan kepada aspek Tauhid kepada
Allah SWT.

Sastera Melayu telah dikaitkan dengan kesusasteraan Islam yang agung seperti
Sirah al-Rasul, kisah-kisah para Nabi, Mathnawi dan sebagainya. Mengikut
konsep Islam, sastera adalah sebagai alat untuk memperolehi kebaikan serta alat
untuk memberikan penerangan yang jelas tentang kehidupan dan tujuannya. ini
adalah disebabkan sastera Islam bersumberkan wahyu Allah yang banyak
menekankan tentang aspek-aspek kerohanian. Oleh itu karya sastera yang baik
mestilah memberikan pandangan hidup Islam yang tepat sepertimana ajaran
wahyu Allah. Perkara negatif yang berunsurkan hiburan dan nafsu adalah ditolak
oleh seni dan kesusasteraan Islam. Nilai-nilai seni yang boleh melupakan Allah
tidak termasuk di dalam nilai sastera yang murni.

Nilai etika dalam kesusasteraan Islam memerlukan teknik yang baik dan menarik.
Sebagai contoh, walaupun Kitab Al-Quran bukan merupakan kitab sastera namun
mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Fungsi sastera Islam dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:

Sebagai media dakwah. Dua faktor penting sastera menjadi media dakwah

a) Hubungan sasterawan dan kesusasteraan
b) Sasterawan juga tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai
seorang Islam.
20



20. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 149

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


17

Sastera merupakan media terbaik menyampaikan dakwah. Sebagai contoh
zaman awal Islam karya-karya seperti syair, pidato, atau surat (risalah)
digunakan untuk dakwah.

ii. Berfungsi sebagai media pendidikan. Tujuannya adalah untuk
membentuk peribadi Muslim. Dalam bahasa Arab sastera disebut al-adab yang
bermaksud beradab ~ berakhlak atau untuk membentuk akhlak atau adab
Muslim.

iii. Berfungsi menyalurkan semangat jihad. Bertujuan menaikkan semangat
umat Islam. Contoh Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhamad Au Hanafiah,
Hikayat Hasan Husin dan Perang Badar.

Menurut Syed Qutb, sastera terbahagikan kepada dua iaitu Sastera Islam dan
Sastera Musyrik. Sastera Islam ialah sebarang hasil tulisan atau sastera yang
berpegang teguh kepada akidah, syariah dan akhlak. Manakala sasterawan
dalam Islam ialah mereka yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Adapun
Sastera Muysrik ialah sebarang hasil sastera yang bersifat munafik, memuja
pemimpin yang zalim, serta mempengaruhi orang lain untuk melakukan
kejahatan.
Contoh Karya Melayu-Islam
Sumbangan penulis-penulis Islam dalam bentuk sastera ketatanegaraan
bersumberkan ajaran Islam adalah seperti Bustanus Salatin (Taman segala raja-
raja) dan Taj ai-Saiatin (Mahkota Raja-raja) karangan Sheikh Nuruddin al-Raniri.

Penulis-penulis di AIam Melayu telah menyadurkan hikayat tokoh sufi untuk
dijadikan tauladan dan bahasa Arab ke bahasa Melayu, contohnya Hikayat
Sultan Ibrahim, Hikayat Abu Yazid al Bistari, Hikayat Sheikh Abd. Kadir Jailani
dan lain-lain lagi. Cerita-cerita mengenai raja-raja Islam yang disadur dan tulisan
Arab, Parsi dan Hindustan seperti Hikayat Raja Damsyik, Hikayat Gui Bakawaii
dan lain-lain.
21


21. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 150

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


18

(vii). Bahasa Melayu berkembang

Dengan kedatangan Islam Bahasa Melayu berkembang menjadi Bahasa ilmu.
Ia berkembang menjadi bahasa rasmi dan akhimya menjadi bahasa Lingua
Franca di Alam Melayu.Tanda terawal kehadiran Islam di rantau ini ialah
dengan penemuan Batu Nisan di Brunei pada tahun 440 Hijrah.

Bukti pertama penggunaan Bahasa Melayu yang mengungkapkan pengaruh
agama Islam ialah pada tahun 702 Hijrah, berikutan penemuan Batu Bersurat
di Terengganu. Kandungannya dengan jelas menunjukkan bahawa Islam
sebagai agama rasmi di rantau ini.

Perkembangan Bahasa Melayu dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu:
i. Melalui Pertuturan
ii. Melalui Penulisan

Melalui Pertuturan, berlaku interaksi dan campuran antara Bahasa Arab
Melayu menambahkan lagi perbendaharaan kata bahasa Melayu. Kedatangan
Islam menyebabkan perbendaharaan kata Arab yang berunsurkan agama
digunakan seperti kerusi, kitab, masjid, al-Quran dan lain-lain digunakan
sebagai sebahagian dan bahasa Melayu.

Melalui Penulisan, sebelum kedatangan Islam boleh dikatakan tiada tulisan
yang praktis digunakan. Islam membawa satu sistem tulisan menggunakan
tulisan jawi atau Arab. Bahasa Melayu kuno yang menggunakan tulisan Palava
digantikan dengan huruf jawi.Tulisan jawi digunakan secara meluas di Alam
Melayu. Ia menjadi dimensi baru dalam tradisi pengembangan ilmu khususnya
ilmu agama dalam masyarakat. Melalui tulisan jawi bidang sastera Melayu
mula berkembang.
22




22. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 148

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


19

Penulisan kesusasteraan Islam dan bahasa Arab telah disadurkan ke dalam
Bahasa Melayu dengan pesat apabila banyak hikayat lama dikarang dan
disebarluaskan. Tulisan-tulisan sastera Arab juga telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu.

Penyebaran agama Islam yang berpusat di Melaka ke daerah-daerah lain juga
menyebabkan Bahasa Melayu tersebar di seluruh kepulauan Melayu. Ia
menjadi bahasa penghantar penyebaran Islam. Martabat Bahasa Melayu
meningkat dan berkembang dengan meluas di kalangan masyarakat.

Kitab-kitab Melayu dalam tulisan jawi telah tersebar ke tempat-tempat baru
seperti Sri Langka, Malagasi dan Afrika Selatan.
23










23. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1, halaman 149

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


20



Kesan kedatangan Islam ke atas masyarakat Melayu telah mewujudkan satu sistem
pendidikan yang Iebih moden dan berpengetahuan luas. Perkembangan dalam sistem
pendidikan telah membawa kemajuan dalam kehidupan orang-orang Melayu pada
keseluruhannya. Antara aspek-aspek kemajuan yang telah dibawa ole Islam ialah:

(i) Mewujudkan sistem pendidikan islam yang lebih teratur dan lengkap. Orang-
orang melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan islam.

Wujudnya sistem pendidikan agama yang lebih moden dan teratur. Sebelum
kedatangan Islam, pendidikan umumnya terhad kepada golongan lstana sahaja.
Tetapi setelah kedatangan Islam, pendidikan telah tersebar dengan meluas di
kalangan rakyat sesuai dengan prinsip Islam itu sendiri yang menuntut umatnya
menimba ilmu pengetahuan setinggi yang boleh. Pada peningkat awal, pendidikan
dijalankan secara tidak formal di masjid-masjid dan pondok pondok tetapi
kemudian berkembang ke tahap yang lebih formal dengan wujudnya sekolah-
sekolah dan institusi-institusi pengajian Islam di peringkat tinggi.

Satu danipada sistem pendidikan yang terkenal yang berhubung dengan Islam
ialah sekolah Al-Quran, iaitu sekolah yang mempelajari hal ehwal pengajian Al-
Quran dan aspek-aspek bacaan, tajwid, tafsir, menghafaz, dan sebagainya. Kesan
daripada sekolah Al-Quran ini lahirlah pusat-pusat pengajian Islam secara
sederhana yang terkenal dengan nama sekolah pondok, madrasah dan lain-lain.
Pusat-pusat tersebut secara umumnya lebih meluas cara mengajar dan pelajaran-
pelajaran yang diajar daripada sekolah ialah Al-Quran. Ia meliputi perkara-perkara
yang berhubung dengan agama Islam seperti fiqah, tauhid, akhlak dan bahasa
Arab. Sistem pendidikan di pusat-pusat yang berkenaan tidak teratur.
24
Tetapi

24. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 365
PENDIDIKAN
DAN
KEBUDAYAAN

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


21

sekarang ini pada keseluruhannya telah banyak menerima pembaharuan dan
ubahsuai.

(ii) Pengenalan tulisan jawi telah mempercepatkan lagi kegiatan dalam
penulisan sama ada yang berbentuk karya asal ataupun terjemahan

Hasil perkembangan Islam di Nusantara, orang-orang Melayu telah diperkenalkan
dengan tulisan Jawi. Tulisan Jawi bukan sahaja digunakan untuk menulis
mengenai perkara-perkara agama sahaja tetapi telah dijadikan tulisan rasmi
kerajaan dalam urusan pentadbiran dan sebagainya.

Agama Islam mulai mendapat tempat dalam masyarakat di alam Melayu kerana
agama Islam telah menjadi agama rasmi yang diamalkan dalam pemerintahan
kerajaan Melayu di Pasai. Sultannya yang pertama, iaitu Merah Silu telah
menganut agama Islam dan memakai gelaran Malik al-Salih meninggal dunia pada
1297 T.M.

Dengan perkembangan agama Islam, maka bahasa rasmi agama Islam, iaitu
bahasa Arab mulai mendapat tempat di kalangan penduduk yang menganut
agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu kuno yang menggunakan huruf-huruf
dari India seperti Pallava dan Kawi mula menggunakan huruf-huruf Arab yang
disebut huruf Jawi.

Gelaran Jawi bagi huruf-huruf Arab mungkin berkait rapat dengan panggilan Jawi
yang digunakan oleh orang Arab terutama di Mekah terhadap bangsa Melayu dan
Indonesia hingga ke bari ini. Perkataan Jawi ini ialah kata sifat yang membawa erti
orang Jawa atau berasal dan tanah Jawa. Penulis-penulis Arab dalam zaman
klasik termasuk Ibn Batuttah dalam bukunya aI-Rihlah menggelarkan Pulau
Sumatera sebagai al-Jawah. Oleh itu, orang Arab merangkum orang Melayu dan
Jawa sebagai bangsa Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab itu
disebut tulisan Jawi. Apatah lagi tulisan itu mencampuri huruf-huruf Arab yang



KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


22

terdiri danipada 29 huruf dengan lima huruf bukan Arab yang dicipta oleh orang
Melayu sendiri. Menurut Prof. S.M. Naguib al-Attas hahawa lima huruf bukan Arab
yang terdapat dalam huruf Jawi, ialah ca( ),nga( ),pa( ),ga( ),dannya(
).Menurut beliau lagi, huruf-huruf baru itu dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi
yang lazim pada lidah orang Melayu. Huruf-huruf baru ini ditiru daripada huruf
Arab, misalnya huruf ca ( ) diambilkan daripada huruf jim ( ); huruf nga ( )
daripada huruf am ( ), huruf pa ( ) daripada huruf fa ( ), ga ( )
daripada huruf kaf ( ) tetapi menurut Omar Awang pula bahawa huruf ca ( ) dan
ga ( ) diambil daripada huruf Parsi kerana bahasa itu berkembang dengan
luasnya di Asia Tengah dan India dan pengaruhnya juga sampai ke alam Melayu
dibawa oleh penulis Islam seperti Hamzah Fansuri yang dikatakan telah
menguasai bahasa tersebut, malah membuat petikan-petikan bahasa Parsi dalam
tulisannya.
25


(iii) Perkembangan dalam pendidikan islam secara lebih formal dan teratur. Ilmu
pengetahuan islam berkembang luas.

Masyarakat Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai bidang ilmu
pengetahuan Islam, seperti ilmu tasawuf, fikah, tauhid dan sebagainya.
Perkembangan ilmu ini telah melahirkan ulama-ulama terkenal seperti Hamzah
Fansuri, Hamka dan lain-lain.

Kedatangan Islam juga telah melahirkan ilmu pengetahuan yang memberi
munafaat kepada masyarakat Melayu. Bersama-sama dengan ajaran-ajaran Islam
ialah benbagai ilmu pengetahuan seumpama ilmu bahasa, kesusasteraan,
sejarah, falsafah, akhlak, mantik dan berbagai lagi. Di dalam bidang bahasa,
kedatangan Islam telah memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu.
Banyak perkataan di dalam berbagai aspek hidup telah lahir, urnpamanya
perkataan-perkataan seperti ilmu, sultan, kitab, masjid, hisab, alam, dan lain-lain.
26




25. Peradaban Melayu Dan Islam, halaman 35
26. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 543

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


23

(iv) Mengubah cara hidup Hindu kepada cara Islam seperti cara berpakaian,
makanan dan sebagainya.

Berdasarkan kajian terhadap masyarakat Melayu , sudahpun terdapat dasar-dasar
kepercayaan, nilai-nilai serta budaya dan adat resam meskipun ianya berbentuk
primitif Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkan sistem kosmologi
tersebut turut dicampuri oleh pengaruh asing terutama daripada tradisi Hindu-
Buddha. Fenomena ini dikenali sebagai sinkritisme, iaitu percampuran atau
persenyawaan antara unsur-unsur tempatan dengan unsur-unsur asing.

Kesan pengaruh Hindu terhadap adat istiadat keistanaan tidak dapat dan banyak
mempenagruhi alam Melayu. Contohnya dalam istiadat pertabalan Sultan raja
dikehendakki duduk di singgahsananya tanpa bergerak dan berkata-kata.
menandakan petanda awal sifat ketuhanan. Sehingga beberapa abad yang Ialu,
Perak masih dilayani seperti tuhan Hindu, oleh anak-anak dara (Winstedt 1944:1
Semasa pertabalan juga, ketua bentara, Datuk Sri Nara Diraja membacakan yang
dalam bahasa Sanskrit: Raja agung yang bertuah, penewas musuh, gagah,
permata mahkotanya mempesonakan tiga dunia, yang setuhannya
kesengsaraan...

Kesimpulannya, pengaruh agama Hindu dalam kehidupan dan budaya orang
Melayu sangat meluas dan mendalam sekali dan sebahagiannya masih bertapak
kukuh daham masyrakat ini. Ia boleh dilihat dengan jelas dalam adat perkahwinan
seperti berinai,bersanding sebagai raja sehari dan adat menepung tawar. Dalam
aktiviti seni kebudayaan terdapat persembahan yang berteraskan cerita-cerita dan
epik-epik Hindu seperti ayat Mahabrata dan Ramayana. Ianya dipersembahkan
dalam seni wayang kulit, ora, persembahan puteri, dan sebagainya. Seni-seni
kebudayaan seperti ini banyak khususnya di negeri Kelantan dan negeri-negeri
pantai timur sahaja dan sebelah utara Semenanjung. Bahasa pertuturan,






KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


24

ukiran-ukiran tangan serta seni lukisan di patung-patung wayang kulit, batik,
barang-barang tembikar,hiasan-hiasan kayu dan sebagainya ada melambangkan
kesenian dan budaya ala-Hindu. Dari segi amalan dan sistem sialnya, kesan
pengaruh Hindu banyak terjemah dalam bab-bab pantang larang, percayaan
kepada kewujudan penyakit-penyakit yang berbentuk metafizik dan amalan-am-
alan kedukunan. Sebahagian besar daripada aspek-aspek di atas masih lagi
bertapak kukuh daham hati sanubari dan kehidupan orang Melayu. Sehinggakan
pada ketika tertentu ianya mengelirukan dan disalah anggap oleh sesetengah
orang sebagai adat atau amalan keugamaan di dalam Islam, yakni bukan lagi
warisan Hindu.
27


Tetapi sebaliknya Islam telah merubah cara hidup Hindu kepada cara hidup Islam
umpamanya dalam soal cara berpakaian yang menutup aurat bagi lelaki dan
wanita ada dijelaskan di dalam peraturan Islam, cara adab pergaulan, makanan
(mengenai halal dan haram), upacara-upacara yang digalakkan dan tidak
digalakkan dan ini telah meninggalkan kesan cara islam walaupun dari aspek yang
lain masih diamalkan.
28









27. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 121
28. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 366

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


25




Orang Melayu pada umumnya telah dipandu untuk menjalankan kegiatan ekonomi menurut
hukum Islam. Beberapa aspek perubahan yang dibawa ialah:

(I) Baitulmal dibentuk sebagai badan menguruskan kewangan Negara.

Terbentuknya satu sistem kewangan di bawah pentadbiran yang dinamakan
Baitulmal. Badan ini telah menjadi pusat kewangan bagi orang-orang Islam.
Semua hasil yang didapati sama ada dalam bentuk cukai, jizyah dan sebagainya
disimpan di Baitulmal. Hasil kutipan ini pula akan digunakan untuk perbelanjaan
negara.
29


(ii) Orang-orang islam digalakkan menceburkan diri dalam bidang perniagaan
yang dibenarkan dalam islam

Pninsip-prinsip ajaran Islam telah diperkenalkan dalam bidang perniagaan. Orang-
orang Islam telah diperkenalkan dengan sistem perniagaan yang dibenarkan
Islam, umpamanya cara timbangan, dilarang rnengamalkan riba, menipu dalam
perniagaan dan sebagainya. Setiap kegiatan ekonomi diperkenalkan dengan
konsep perlaksanaannya yang betul.
29


(iii) Islam menggalakkan umatnya hidup saling bantu-mambantu bagi
mengelakkan kemelaratan hidup bagi satu-satu golongan masyarakat.

Islam juga memerintahkan umatnya supaya membayar zakat, menggalakkan
sedekah, wakaf dan sebagainya. Semuanya ni bertujuan untuk menggalakkan
orang Islam saling bantu-membantu antara satu sama lain. Cara ini akhirnya akan

EKONOMI
29. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 366

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


26

mewujudkan semangat persaudaraan yang lebih erat di kalangan orang-orang
Islam.
29

Pada dasarnya harta yang dikurniakan Allah kepada seseorang itu bukanlah harta
yang yang mutlak tetapi sebenamya adalah harta Allah yang diamanahkan
kepadanya sebab penyalur sahaja. Oleh kerana itu, Allah telah amanahkan
kepadanya bagi diberikannya pula kepada orang-orang yang berhak
menerimanya. Allah selalu menyebut yang bermaksud apa yang Kami kurniakan
kepadanya, selamanya Allah ingatkan bahawa Allah yang memberikan
kesenangan itu. Maka jangan ia lupa perkara itu sebagaimana Firman Allah yang
bermaksud:

Dan pada harta-harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi)
hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (dari
meminta)
(Al-Zariyat:19)
Banyak lagi ayat yang menunjukkan kepentingan mengeluarkan zakat harta benda
dan sebagainya. Maka seseorang itu diberi peluang untuk mendapatkan harta
tetapi jangan pula ia merasakan harta benda itu hak mutlak baginya. Tiada siapa
lagi yang boleh campur tangan mengenai hartanya. Maka di sini ada dua perkara
yang perlu diketahui:

1- Hak milik memang diakui sendiri oleh Islam.
2- Dalam hak milik ada pula hak onang lain yang mesti dikeluarkan sama ada rela
ataupun tidak. Kerajaan Islam berhak memaksa dia mengeluarkannya.

Dalam sejarah Islam, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah memerangi orang-orang
yang enggan mengeluarkan zakat. Jadi, orang-orang yang enggan mengeluarkan
zakat beserta dengan iqtikad bahawa ianya tidak wajib dihukumkan sebagai
murtad (keluar dari islam). Orang yang demikian jika sabit kesalahannya memang
boleh dihukum bunuh dalam Islam. Maka tidak hairanlah kalau beliau menjatuhkan
hukuman kepada mereka sebagai murtad. Harta kekayaan yang dikurniakan oleh



KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


27

Allah adalah hak milik-Nya secara mutlak tanpa boleh dipertikaikan lagi.
Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Firman-NYA yang bermaksud:

Kepunyaan Allahlah kerajaan di langit dan di bumi dan apa yang ada di antara
keduanya
(Al-Maidah: 17)

Segala yang ada di dalam alam sejagat ini semata-mata dijadikan untuk manusia
agar mereka hidup dalam keadaan selesa, makmur dan sejahtera. Dengan
sumber rezeki ini kekayaan itu, manusia dapat memakan makanan yang sedap-
sedap dan enak-enak. Malah hanya manusia sahaja yang dapat menikmati segala
ciptaan Allah. Ini dijelaskan dalam Firman-Nya yang bermaksud:

Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka
di daratan dan di lautan, Kami beri mereka nezeki yang baik baik dan Kami lebi
hkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang
Kami ciptakan.
(Al-Isra 70)

Kenapa segala harta kekayaan alam sejagat ini dijadikan untuk manusia?
Segalaanya bertitik tolak daripada kudrat dan iradat Allah s.w.t. sendiri yang mahu
menjadikan manusia sebagai Khalifah-Nya di atas mukabumi ini agar Ia sentiasa
beribadah, patuh dan menyembah Allah s.w.t. ini dijelaskan oleh Allah dalam
Firman-NYA yang bermaksud:

Dan tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu.
(Al-Dzariyat 56)
Pengumpulan harta kekayaan adalah sesuatu yang amat digalakkan oleh Allh
s.w.t. kepada manusia agar mereka menjadi kaya dan berkuasa di atas muka bumi
ini sebagai jambatan emas menuju ke syurga sebagaimana dijelaskan oleh Allah
s.w.t. dalam Firman-Nya yang bermaksud:



KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


28

Dan tuntutlah apa yang didatangkan Allah kepada kamu untuk negeri akhirat dan
janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana A!lah berbuat
baik kepada kamu dan janganlah kamu lakukan kerosakan di muka bumi,
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan
(Al-Qashash: 77)


Islam menerangkan faktor kerohanian dan kejasmanian atau kebendaan dalam satu
ikatan yang cukup utuh dan padu bagi memenuhi keperluan sifat semula jadi manusia
yang terdiri daripada dua unsur iaitu rohani dan jasmani. Oleh yang demikian
permasalahan kepentingan kehidupan di dunia dititikberatkan oleh Islam setimpal
dengan kepentingan kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Dunia adalah jambatan
bagi menuju akhirat. Kebahagiaan dan kesempurnaan hidup di dunia dalam erti kata
yang sebenarnya adalah untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t. maka bahagialah
dan sempurnalh kehidupan di akhirat kelak.

Tidak ada satu garis pemisah antara kepentingan harta kekayaan di dunia ini dan
kepentingan hidup di akhirat kelak menurut pandangan Islam. Hidup di dunia ini
bukanlah semata-mata mencari kekayaan semata-mata tanpa mementingkan implikasi
dan kehidupan di atas muka bumi di akhirat kelak sepertimana yang dijelaskan oleh
Allah s.w.t dalam Firman-Nya yang bermaksud:

Barangsiapa yang menghendaki kehidupan di dunia, maka Kami segerakan baginya
di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami
tentukan baginya jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusahalah ke arah itu
dengan bersungguh-sungguh sedangkan ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah
orang yang dibalasi usahanya dengan baik.
30

(AlIsra: 18-19)



30. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1, halaman 94-96

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU


29







Sebelum agama Islam bertapak dan berkembang di Nusantara, penduduk-
penduduknya menganut agama Hindu atau mempercayai fahaman anismisme yang di
warisi dari datuk dan nenek mereka.

Agama Hindu merupakan satu fahaman yang amat kompleks dan sukar difahami oleh
rakyat bawahan sebaliknya agama Islam adalah satu agama yang mudah difahami dan
dapat diterima pada akal oleh setiap golongan rakyat, sama ada rakyat atasan atau
bawahan tanpa memberatkan diri seseorang penganutnya.

Jadi tidak menghairankanlah agama Islam mendapat sambutan baik bila ianya
diperkenalkan. Hanya dengan menerima konsep ketuhanan yang esa dan nabi
Muhammad sebagai pesuruh-NYA, maka keislaman seseorang itu sudah diterima.

Walaupun Islam tidak dapat mengubah keseluruhan aspek kehidupan masyarakat
Melayu tetapi pada umumnya ia telah mengubah struktur hidup masyarakat Melayu dari
corak kehidupan Hindu kepada Islam.

Ternyata dengan kehadiran Tamadun Islam telah membawa perubahan yang besar
kepada masyarakat Melayu Nusantara dan kesannya kita dapat melihat dalam semua
aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya sehingga
kini.


KESIMPULAN

You might also like