Tehran Bermain Wayang Di sebalik Pilihanraya Iraq

David Johnson - 12/15/2005 www.tenteradajjal.blogspot.com Sehari selepas keluar laporan tentang penemuan satu lagi pusat penahanan rahsia Kementerian Dalam Negeri Iraq, yang diuruskan oleh ‘tangan-tangan’ yang mempunyai hubungan dengan Iran, iaitu Briged Badar, pemimpin utama parti Shiah Iraq pro-Tehran itu mengatakan, Briged Badr bersedia untuk memberikan kawalan "keselamatan " bagi mengawal pilihanraya parlimen pada 15 Disember nanti. Abdul-Aziz al-Hakim, pemimpin SCIRI, berkata dalam pertemuan hari Selasa "Saya menyatakan bahawa Briged Badar sedia untuk menggerakkan 200.000 orang di seluruh bahagian Iraq untuk berperanan dalam membela Iraq dan rakyat Iraq. Kami, sebagai sekutu dan agen Tehran, akan memastikan pilihanraya berjalan menurut "cara kami." Memetik ucapan pegawai Amerika dan Iraq, pejabat agensi berita Knight Ridder semalam melaporkan dari Baghdad bahawa, "militia yang disokong Iran, Pertubuhan Badar telah mengambil alih banyak kegiatan perisikan Kementerian Dalam Negeri Iraq dan menyusup ke dalam para unit elit komando." "Kementerian Dalam Negeri telah menjadi apa yang dikira sebagai satu kolum kelima Iran dalam kerajaan Iraq yang disokong oleh Amerika, menjalankan aktiviti miltia maut dan mengendalikan rangkaian penjara rahsia," kata laporan itu. Komander Briged mengaku kepada Knight Ridder bahawa mereka telah dibiayai oleh tangan-tangan Tehran di Iraq mungkin merupakan alasan di balik kekecewaan yang meningkat di kalangan masyarakat Syiah Iraq untuk melancarkan perjalanan Kesatuan Perikatan Iraq (UIA) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Ibrahim Jaafari, menurut laporan dari Iraq. Perikatan itu terutama terdiri dan dibentuk oleh kumpulan pro-Iran SCIRI dan kumpulan Jaafari, iaitu parti Dawa. Kedua-dua parti SCIRI dan Dawa mempunyai ikatan dengan IRGC Iran dan Kementerian Perisikan dan Keselamatan Iran - MOIS sejak awal 1980-an. Sebuah laporan baru-baru ini dikeluarkan oleh Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika Syarikat telah menjelaskan : "Sejak jatuhnya Saddam Hussein, Iran telah mempamerkan peningkatan pengaruh politik dan ekonomi dan membimbing kerajaan Iraq yang ditubuhkan oleh Amerika," kata laporan itu. Laporan itu menambah: "penekanan strategi Iran di Iraq adalah untuk menjadi sebagai jurutera dan mengekalkan dominasi kerajaan Iraq oleh kelompok pro-Iran Shiite, dalam pandangan Iran, berkemungkinan menyelaraskan dasar luar negeri Iraq dengan Iran." Dengan berwaspada terhadap implikasi strategik pilihanraya Selasa ini kepada rejim yang berkuasa di Iran, kempen Tehran yang dilakukan secara terbuka dan rahsia di Iraq telah memfokuskan untuk memastikan
1

kemenangan kepada proksi parti-parti Syiah dan merampas kebebasan serta pilihan raya yang adil dari rakyat Iraq. Sebagaimana isu program senjata nuklear rahsia yang sangat kontroversi, rancangan Tehran untuk menguasai pilihanraya Iraq dipelopori oleh Tentera Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan Jabatan Perisikan dan Keselamatan (Mois). IRGC, yang digerakkan secara langsung dari telunjuk presiden pilihan Pemimping Agung Iran, Mahmoud Ahmadinejad, menyeru untuk meluaskan usaha mencampuri urusan dalaman Iraq. Menurut pandangan Teheran, kemenangan blok Syiah pro-Iran adalah suatu kemestian. Tanpa kehadiran "kemenangan," pegawai dalaman Iran meberi amaran bahawa penyusupan yang telah dilakukan oleh mereka di Iraq sejak tahun 2003 akan musnah dan menjadi sia-sia. Penguasaan kelompok proIran dalam kerajaan Iraq amat penting, bagi mencapai tujuan cita-cita Iran untuk mendominasi rantau Teluk. Sebuah editorial yang dikelolakan oleh kerajaan Iran, Harian Sharq minggu lalu mengakui bahawa; "Bagi Iran, jika kerajaan Iraq ketika ini hanya dipimpin oleh Ibrahim Jaafari" dan UIA mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya ini, bermakna "kemenangan telah dicapai." Pilihanraya Iraq pada bulan Januari tahun ini, perikatan Syiah pro-Tehran setakat ini gagal untuk mendapatkan sokongan rasmi daripada Ayatollah Ali Sistani dan tiga Ayatullah besar lainnya. Kehilangan sokongan penting seperti itu di tengah-tengah wujudmya kekecewaan dari masyarakat Syi'ah, perikatan segera mengedarkan risalah palsu, menyatakan bahawa Ayatollah Sistani telah menyerun warga Iraq supaya hanya memilih calon dari kalangan ulama’ Syiah. Beberapa hari lepas, pejabat Ayatollah telah mengeluarkan penafian terhadap dekri tersebut. Dalam keadaan demikian, rejim ulama telah memperhebatkan usahanya untuk mencampuri urusan bagi mempengaruhi undi berpihak kepada blokblok Syiah. Jeneral George W. Casey, jeneral tertinggi AS di Iraq mengakui kepada Knight Ridder, "Mereka [Iran] menempatkan jutaan dolar ke wilayah selatan untuk mempengaruhi pilihan raya ... pembiayaian dilakukan terutamanya melalui pertubuhan amal mereka dan juga miltia Badar dan beberapa parti politik. Ramai orang mereka (Badar) bertindak menyerapkan diri dalam pasukan polis dan tentera. " Laman berita Iraq melaporkan pada Rabu lalu bahawa Iran menerapkan tiga rancangan berperingkat untuk melakukan tipu muslihat pilihan raya dan telah menggunakan "agen-agennya" di Iraq. Didorongi keyakinan dengan kejayaan mereka menjalankan muslihat pilihanraya presiden di Iran bulan Jun lalu, para mullah cuba untuk menerapkan skema yang sama di Iraq. Selain itu, berita terbaru menunjukkan bahawa dalam sebuah operasi yang dikendalikan oleh Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan dengan bantuan daripada Parti Dawa, Tehran telah menghantar ratusan agennya menyamar sebagai pelancong tempat-tempat suci Syiah ke wilayah Amara
2

dan Al-Kut di selatan Iraq dalam usaha untuk memaksa etnik bukan Syiah Iraq untuk memilih calon yang pro-Tehran. Selanjutnya dilaporkan bahawa konvoi membawa sejumlah besar wang tunai dan poster-poster kempen calon yang disokong Iran. Kos strategik mahupun mengecilkan ancaman Iran kepada sebagai sebuah negara yang bebas, demokratik dan menyatukan Iraq, melebihi mana-mana manfaat jangka pendek dari keyakinan naif bahawa ‘diplo-talk’ akan menghalang Iran daripada mencampuri dalam urusan Iraq. Kenaifan jenis ini tidak mengurangkan kesalahan strategik jangka panjang dan implikasi luas untuk masa depan Timur Tengah dan sekitarnya. Campur tangan dan pengaruh Iran semakin meningkat di Iraq, menyamai taktiknya untuk menghentikan dan merosakkan rundingan nuklear, terutama disebabakan tidak adanya tindakan Barat bagi masalah ini. Tanpa tindakan dalam jangka masa yang panjang menjadikan ianya menjadi tak lebih dari dasar untuk berdamai. Semua petunjuk mengisyaratkan Teheran akan terus meneruskan secara agresif dalam usahanya di Iraq tanpa mempedulikan betapa pemurahnya negara-negara Barat semasa berdepan dengan mereka. Di sanalah pokok permasalahan dengan Teheran. Sejarah ketidakjujuran mereka dalam rundingan jelas bahawa mereka tidak boleh menjadi pihak yang toleran untuk rundingan yang bertujuan untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau. Mengundang pegawai Iran ke meja rundingan, sejauh ini hanya berfungsi untuk mempromosikan keberanian pemimpin di Tehran, yang sedia dimaklumi mereka merupakan "negara paling aktif menaja terorisme," dan pencabul hak asasi manusia paling buruk didunia dalam isu nuklear. Satu counter-saiz yang berkesan terhadap campur tangan Iran di Iraq mungkin untuk membantu pembentukan perikatan pro-demokrasi antara orang Iraq anti-fundamentalis dan anti-fundamentalis Iran yang berada di Iraq. Beberapa kempen yang berlawanan jelas mempunyai potensi untuk meneutralkan gangguan dan campurtangan yang tidak stabil oleh kaum mullah di Iraq. David Johnson currently serves as the Director of Operations of the U.S. Alliance for Democratic Iran. He has been published in the Wall Street Journal, Front Page Magazine, Intellectual Conservative and American Daily. Our organization is based in Washington DC
http://globalpolitician.com/21482-iraq-iran

3