You are on page 1of 16

Program Bina Insan Guru (BIG)

FASA I 2014



PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS
AMBILAN JANUARI 2012
TARIKH: 17 FEBRUARI 2014
TEMPAT: SK KANGKONG, PASIR MAS, KELANTAN


CERAMAH FUNGSI JPN DAN SEKTOR
AMBILAN JANUARI 2012
TARIKH: 11 FEBRUARI 2014
TEMPAT: DEWAN IBNU KHALDUN



NAMA : AHMAD IZZUL IRFAN BIN HASHIM
KURSUS : 5 PISMP TESL 1
AMBILAN : JANUARI 2012
TUTOR : PN. ASMAD BT MOHD SALLEH
1.0 ISI KANDUNGAN


PERKARA

1.0 ISI KANDUNGAN

2.0 BIODATA PELAJAR

3.0 LAWATAN PENANDA ARAS KE SK KANGKONG

3.1 MAKLUMAT SEKOLAH

3.2 REFLEKSI KENDIRI

3.3 LAPORAN REFLEKTIF

3.4 LAMPIRAN

3.5 KERTAS KERJA

4.0 CERAMAH FUNGSI JPN DAN SEKTOR

4.1 LAPORAN REFLEKTIF

4.2 KERTAS KERJA






















2.0 BIODATA PELAJAR





NAMA : AHMAD IZZUL IRFAN BIN HASHIM

SEMESTER : 5 PISMP

AMBILAN : JANUARI

UNIT : TESL 1

ALAMAT : 1584, KG. MERBAU PATAH, 20050 KUALA TERENGGANU

NO. TELEFON : 013-5990986

UMUR : 22 TAHUN

TARIKH LAHIR : 23 JANUARI 1992

JANTINA : LELAKI

STATUS : BELUM BERKAHWIN

HOBI : MEMBACA BUKU ILMIAH

CITA-CITA : PENSYARAH

ALAMAT E-MEL : Irfanhashim92@gmail.com






















3.0 PROGRAM
LAWATAN
PENANDA ARAS
KE SK KANGKONG














3.1 MAKLUMAT SEKOLAH


Sejarah Sekolah

Mula dibina secara gotong royong oleh penduduk tempatan dengan menggunakan
bahan kayu, buluh, atap sagu dan nipah pada 3 April 1943.Ia dibina di atas tanah Lot 2833
Mukim Kangkong, Pasir Mas, Kelantan seluas 5 ekar 618 depa. Diasaskan oleh 3 orang
penduduk kampung iaitu Tn. Hj. Mohd Noor Idris (Pengawa Daerah Kangkong), En. Kassim
b. Idris (Penghulu Mukim Kangkong) dan En. Mahmood b. Salleh (Aktivis Kampung
Kangkong). Pada tahun 1944, daripada sekolah rakyat diserah sepenuhnya kepada Jabatan
Pendidikan Negeri Kelantan. Pada tahun 1958, sekolah ini diperbesarkan menjadi 2
bangunan batu termasuk bangunan kantin dan tandas. Pada tahun 1959, sekolah ini
dirasmikan pembukaannya oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Yahya Petra, Tengku
Mahkota Kelantan. Pada tahun 1982, sebuah bangunan musalla dibina seumbangan
daripada YB. En. Daud Yatimee, ADUN Kawasan To Uban. Pada tahun 1986, dua
bangunan lima kelas telah dibangunkan oleh JPN. Pada tahun 1989, satu bangunan blok
lama dirobohkan dan diganti dengan satu bangunan kantin juga disiapkan. Pada tahun 1996,
satu kelas dibina oleh PIBG bersambung dengan bangunan lima kelas dan dijadikan
bangunan enam kelas. Pada tahun 2001, bangunan satu kelas didirikan bersambung
dengan bangunan lima kelas dan dijadikan bilik sukan. Pada tahun 2002, bangunan
tambahan 4 tingkat telah didirikan yang mana tingkat pertama terdiri daripada makmal sains,
bilik kemahiran hidup, bilik kesihatan, bilik bimbingan dan kaunseling dan kedai sekolah.
Tingkat kedua terdiri daripada pejabat, bilik guru, bilik gerakan, bilik seminar, bilik SPBT, bilik
peperiksaan dan bilik perkembangan staf. Tingkat ketiga terdiri daripada 12 buah kelas,
tingkat empat terdiri daripada perpustakaan, bilik muzik, musalla, bilik wuduk dan bilik
komputer. Pada tahun 2003, makmal komputer satu tingkat dibina, Blok lama iaitu Blok C
dan D dirobohkan. Pada 2009, satu bangunan Prasekolah satu tingkat dibina.

Asal Usul Nama Sekolah

Nama SK. Kangkong adalah sempena nama kangkong sejenis tumbuh-tumbuhan. Nama
botaninya ialah Ipomea Aquatica. Tumbuhan ini tumbuh di tapak bangunan yang ada
sekarang.Ia dikenali sebagai lubuk kangkong

Misi Dan Visi

VISI
Menjelang 2010
SK. Kangkong Gemilang Melahirkan Murid-Murid Yang Bertaqwa

MISI
1. Meyediakan sistem pengurusan yang terbaik.
2. Memastikan pencapaian akademik pelajar sentiasa cemerlang
3. Menerap dan mengamalkan nilai murni serta memupuk sahsiah pelajar.
4. Memantapkan pembangunan fizikal dan mental semua pelajar.
5. Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.
Pentadbir Sekolah

Guru Besar
Tn. Hj. Che Abdul Rahman B. Yusof (D8652)
DGA38 Guru Besar Cemerlang
Kg. Cabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, Kelantan
Tarikh Mula Kerja : 4 Januari 1976

PK Kurikulum
En. Mohd. Sahaimi B. Yusof (D23074)
DGA32 Penolong Kanan Pentadbiran
Kg. Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan
Tarikh Mula Kerja : 16 April 1978

PK Hem
Pn. Hjh. Rusnah Bt. Abdullah (D13643)
DGA32 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Kg. Pohon Buluh, Pasir Mas, Kelantan
Tarikh Mula Kerja : 1 Januari 1980

PK Kokurikulum
En. Adnan B. Ismail (D28560)
DGA32 Penolong Kanan Ko Kurikulum
Kg. Kubang Pak Amin, Pasir Mas, Kelantan
Tarkh Mula Kerja : 1 Mac 1988

Staf Sokongan
1. En Sai'di B Ismail
2. Pn Nisah Bt Yusof
3. Cik Anira Bt Harun
4. En Rozmin B Hamad
5. Pn Wan Siti Rosma Bt Wan Abdullah
6. Pn Mariana Bt Ibrahim
7. Cik Sapiah Bt Deris
8. En Manas B Mohd Noor

Fasilitator Schoolnet
1. Pn Norazlina Bt Husain

Lagu Sekolah

Sekolah kebangsaan kangkong
Majulah berusaha dengan jaya
Belajar bersungguh kita
Setiap masa
Menara gading tujuan kita

Taati tuhan, ibu bapa
Hormati guru-guru
Kebersihan diri diutama
Keselamatan dibela
Ikut undang-undang sekolah
Supaya berjaya


































3.2 REFLEKSI KENDIRI


Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi,
pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran obligasi. Melalui
aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru
secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akansentiasa bersedia di
samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan
Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib
dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program BinaInsan Guru (BIG) Fasa 5.
Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa
siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat
kemusykilan, kami akan merujuk kepada Mentor kami iaitu Puan Asmad Binti Mohd Salleh.

Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan
penanda aras di Sekolah Kebangsaan Kankong. Program BIG Fasa 5 ini telah disertai
seramai 15 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP Bahasa Inggeris 1
Ambilan Januari 2010. Lawatan ini juga telah diiringi oleh Puan Asmad binti Mohd Salleh.

Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan ini sangat menarik. Banyak input
baru yang telah saya peroleh melalui bengkel ini. Kaedah yang digunakan sangat berkesan
kerana dapat melibatkan semua guru pelatih. Antara tugas yang perlu mereka lakukan ialah
memantau pergerakan pendidikan yang dilakukan di sekolah, memberi bantuan kepada
sekolah yang memerlukan, dan memudahkan perhubugan dengan sekolah-sekolah lain juga
dalam bidang pengurusan pendidikan, kurikulum, dan juga ko-kurikulum.


Program ini banyak memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada saya
engenai pengurusan sekolah dengan baik. Walaupun sekolah ini tidak dinobatkan sebagai
yang terbaik namun pengurusan sekolah sangat kemas dan teratur. Satu keunikan yang
saya dapati daripada sekolah ini ialah tunjang utama sekolah ini iaitu Guru Besar sangat
mengutamakan pelajarnya. Beliau sanggup menggunakan duit untuk tujuan lawatan sambil
belajar untuk pelajarnya sendiri sebagai pendedahan kepada dunia luar. Bagi saya ini ialah
tarikan utama tentang kejayaan sekolah ini menghasilkan pelajar- pelajar yang cemerlang
dalam pelbagai urusan.


3.3 LAPORAN REFLEKTIF


Kami, guru-guru pelatih daripada unit TESL 1 dan TESL 2 Semester 5, PISMP
Ambilan Januari 2012, telah mengadakan Program Lawatan Penanda Aras Bina Insan Guru
di Sekolah Kebangsaan Kangkong, Pasir Mas, Kelantan pada17 Februari 2014. Antara
objektif kami mengadakan program ini adalah untuk mendedahkan kepada guru-guru pelatih
dengan sistem organisasi, dan cara-cara sebuah sekolah dikendalikan untuk menjadi antara
sekolah yang terkenal dan terbaik di kawasan tersebut. Selain itu, ia juga menyediakan satu
persekitaran komuniti kepada guru pelatih untuk berkomunikasi dengan guru-guru sekolah
tersebut tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem dan organisasi sekolah.

Guru-guru pelatih berkumpul perkarangan dewan bendahara pada pukul 7.30 pagi
sementara menunggu kedatangan bas. Tepat pukul 8.00 pagi, kami bertolak ke destinasi. Di
dalam bas, kami sempat mengambil sarapan masing-masing yang telah disediakan oleh
pihak kafe institut. Kira-kira jam 9.15 pagi kami tiba di Sekolah Kebangsaan Kangkong. Kami
sebenarnya agak terkejut dengan sembutan yang diberikan kepada kami. Kami tidak pernah
terfikir yang kami akan disambut dengan sekian rupa dan berasa amat terharu dengan
usaha pihak sekolah untuk memastikan kami disambut dengan baik. Di hadapan pintu
sekolah, murid-murid sekolah tersebut beratur di kiri dan kanan jalan yang akan kami lalui ke
dewan sekolah. Kami juga diiringi dengan alunan kompang dan pengumuman ketibaan oleh
pengacara majlis. Setelah kami mengambil tempat di dewan sekolah, guru besar sekolah
telah memberikan ucapan alu-aluan dan diikuti oleh persembahan oleh murid-murid sekolah
tersebut. Antara persembahan mereka adalah tarian zapin dan persembahan nasyid. Kami
berasa sangat gembira dengan sambutan yang diberikan kepada kami.

Selepas tamat persembahan, kami diiringi ke pejabat untuk melaporkan diri. Selepas
itu, kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk aturcara utama pada hari tersebut iaitu
perbincangan antara guru pelatih dan pihak sekolah yang terdiri daripada guru besar,
penolong-penolong kanan serta guru-guru bahasa inggeris sekolah tersebut. Pada mulanya,
guru besar memperkenalkan pentadbir dan guru-guru sekolah diikuti dengan pengenalan
kepada Sekolah Kebangsaan Kangkung. Selepas itu, beliau menceritakan tentang kejayaan-
kejayaan yang telah diperolehi oleh sekolah tersebut dan tentang program-program sekolah
yang telah diadakan dengan jayanya sebelum ini. Kemudian, guru-guru penolong kanan pula
telah memberikan sedikit maklumat mengenai sistem-sistem dalam skop pentadbiran
masing-masing.

Kemudian, diadakan sesi soal jawab antara guru pelatih dan pihak sekolah. Setiap
guru diminta menyediakan satu soalan untuk pihak sekolah. Walaupun ada antara kami yang
bertanya soalan yang terpesong dari tujuan lawatan kami, pihak sekolah depat menjawab
semua soalan dengan baik. Selepas itu, diadakan acara penghargaan. Kami saling bertukar
cenderamata dengan pihak sekolah. Akhir sekali, jamuan tengah hari diadakan di dalam bilik
mesyuarat. Kemudian, kami mengucapkan selamat tinggal dan beribu-ribu terima kasih serta
penghargaan terhadap pihak sekolah atas tunjuk ajar dan sambutan yang telah diberikan
kepada kami.

Tepat jam 1.00 petang, kami bertolak pulang ke kampus. Walaupun sedikit letih
menghadapi program tersebut, kami tetap gembira dan berasa berbangga dengan
pengalaman pertama kami menyertai sebuah program bersama sekolah yang bagus seperti
ini. Kami berharap akan dapat melakukan program seperti ini lagi di masa hadapan.

Sepanjang melakukan lawatan ini, terdapat beberapa kelemahan dan kebaikan yang
boleh kami kongsikan. Antara kekuatan program ini ialah kami memperolehi pelbagai ilmu
terutamanya dalam bidang pengurursan sekolah. Selain itu, kami juga berpeluang untuk
mengetahui bagaimana untuk menguruskan murid- murid di dalam kawasan sekolah. Kami
juga memperolehi pengetahuan baru dalam mengajar subjek Bahasa Inggeris di dalam kelas
oleh guru panitia sendiri. Antara kelemahan yang kami dapati ialah pengurusan pihak
maktab yang lambat menyediakan perkhidmatan bas sehingga menyebabkan kami tiba
lewat sedikit daripada masa yang telah dirancang. Di samping itu, terdapat juga kelemahan
yang lain iaitu terdapat beberapa guru pelatih dalam kalangan kami yang bertanya soalan
yang tidak sepatutnya ditanya. Untuk memperbaiki masalah ini, kami merujuk semula
kepada mentor kami dan mentor kami menasihati supaya mengetahui terlebih dahulu objektif
program sebelum bertanya soalan. Namun begitu, kami bersyukur kerana program ini
Berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara lansung
atau tidak lansung. Saya berharap agar pengalaman ini dapat dikongsikan dan digunakan
semasa praktikum akan datang.








3.4 LAMPIRAN































4.0 CERAMAH
FUNGSI JPN DAN
SEKTOR























4.1 LAPORAN REFLEKTIF


Ceramah ini adalah ceramah wajib yang perlu diikuti oleh setiap pelajar Institut
Pendidikan Guru. Kali ini, kami iaitu guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2012 daripada
unit Bahasa Inggeris 1, Bahasa Inggeris 2, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Sains telah
terlibat. Ceramah tersebut diadakan pada 11 Januari 2014 di Dewan Kuliah Ibnu Khaldun di
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Ceramah ini adalah
diwajibkan untuk semua guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
ambilan Januari 2012.

Penceramah untuk Ceramah Fungsi JPN dan Sektor ini adalah Encik Wan Mohd
Hasbi. Ceramah ini adalah bertujuan untuk mendedahkan guru-guru kepada fungsi JPN dan
sektor-sektornya. Guru-guru pelatih diminta hadir di Dewan Kuliah sebelum pukul 2.30 untuk
memastikan acara ceramah dapat berjalan dengan lancar. Alhamdulillah semua guru-guru
pelatih dapat memberikan kerjasama yang baik dan dapat hadir ke dewan kuliah sebelum
pukul 2.30. Tepat pukul 2.30, ceramah bermula dengan kata-kata aluan daripada pengacara
majlis diikuti oleh ceramah daripada Encik Wan Mohd Hasbi.

Guru-guru pelatih didapati memberikan kerjasama yang baik dan memberikan
sepenuh perhatian kepada ceramah yang diberikan oleh penceramah. Guru-guru pelatih
kelihatan berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang tajuk ceramah tersebut kerana ilmu
dan pengetahuan in adalah sangat penting untuk menjalani kehidupan sebagai guru pelatih
kelak.

Ceramah Fungsi JPN dan Sektor ini tamat pada jam 4.30 petang. Sebelum
bersurai, wakil guru pelatih memberikan cenderamata kepada penceramah. Sesungguhnya,
kami amat menghargai masa dan usaha yang telah diberikan oleh beliau untuk memberikan
ceramah itu kepada kami dan kami berharap agar ilmu pengetahuan yang didapati melalui
ceramah ini akan dapat digunakan pada masa hadapan.

You might also like