You are on page 1of 19

Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara,

bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon.

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut:

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji.
2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut.
2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di kawasan kajian.
2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan.

2.2 Faktor atau Punca Kejadian Pencemaran Alam
Sekitar

a) Perkilangan.



Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di
sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai
berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan
mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan
pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan
agrokimia.

Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata
telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba
mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau
kestabilan alam sekitar.

Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang
masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini
berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang kelapa sawit,
kilang getah, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi..

b) Kenderaan

Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang
menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun
yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut.
Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia
sejagat.

Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam
sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.

c) Pembakaran terbuka



Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga
sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak
samun.

Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu punca
pencemaran alam sekitar juga.

d) Sampah sarap

Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk
yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan
menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di
tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.

e) Pembinaan

Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju.
Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di
buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan
menjadi kawasan penternakan nyamuk.

f) Perniagaan

Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak
pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang teratur.
Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk,
berulat dan tidak terurus. Keadaan ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai
persendirian.

g) Petempatan



Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi petempatan
bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam
katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan
dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di
tempat-tempat yang tersorok.

Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang sampah
mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan
sungai yang berhampiran.

h) Perlombongan

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari
gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi
minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan
air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti
tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.


Rujukan:
1.http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/punca-berlakunya-pencemaran-alam.html
2. http://pencemaranalamsekitar-sharizal.blogspot.com/2011/03/konsep-pencemaran-alam-sekitar.html





Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar.
Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya
bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan
mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang
bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran
udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi
menangani masalah ini.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder.
Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari
pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini
dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang
batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung
dan membentuk dengan gasgas yang tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik.
Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industry kilang,
penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan . selain dari punca-punca di atas
fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran hutan akibat kepanasan dari
matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar
yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku.
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia
sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-
gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam
darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan
fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3juta manusia
mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah
kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti
nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara
dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.


Kasus Kabut Asap Riau Merupakan Pencemaran Udara
LINGKUNGAN
05 MARCH 2014 14:40 - FRISLIDIA
Pekanbaru, (Antarariau.com) - Pengamat Hukum Internasional Universitas Riau (UNRI), Maria Maya Lestari SH,
MSc, MH
berpendapat kasus kabut asap di Riau bukan termasuk bencana alam melainkan pencemaran udara akibat ulah
manusia.

"Pencemaran udara adalah masuknya atau dimasukkannya zat, energi, atau komponen lain ke dalam udara ambien
oleh kegiatan manusia, sehingga mutu udara ambien turun sampai ke tingkat tertentu yang menyebabkan udara
ambien tidak dapat memenuhi fungsinya," kata dia di Pekanbaru, Rabu.

Ia mengatakan, itu terkait kasus asap saat ini di Riau makin parah menyusul seluas 11.128 hektare lahan hutan dan
perkebunan serta semak belukar di Provinsi Riau telah terbakar sejak empat pekan terakhir, menurut data Badan
Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB).

Sedangkan satelit NOAA 18 milik Amerika yang dioperasikan Singapura pada Selasa (4/3) mendeteksi 48 titik panas
(hotspot) di daratan Sumatera, 27 titik --jumlah ini terus meningkat-- di wilayah Provinsi Riau.

Menurut Maria, makin bertambahnya titik api di Riau membuktikan penanganannya sangat lambat disertai alasan
klise tidak ada dana dan kemampuan mematikan titik-titik api yang ada.

Padahal PP nomor 41 tahun 1999, kata dia, menjelaskan bahwa sumber pencemar yang dimaksud adalah sumber
pencemar adalah setiap usaha dan atau kegiatan yang mengeluarkan bahan pencemar ke udara yang menyebabkan
udara tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya.

"Oleh karena itu, kondisi asap saat ini lebih tepat dikatakan sebagai sebuah pencemaran udara dimana kadar
pencemaran berupa partikel debu telah melebihi baku mutu dari lingkungan udara ambien atau udara yang bergerak
bebas di alam," katanya.

Ia memandang bahwa pendefinisian tentang kasus asap di Riau penting, karena bagaimana penegakan hukum
terhadap asap akan dapat berjalan dengan baik dan tepat, bila dari penyebutan asap sebagai sebuah bencana
hanya akan membuat perubahan paradigma bahwa asap terjadi karena alam itu sendiri yang marah seperti gempa
bumi, gunung meletus ataupun tsunami.

Kasus asap saat ini adalah merupakan tindakan perusakan lingkungan terutama pembakaran lahan gambut yang
menimbulkan dampak pencemaran terhadap udara.

"Bagi siapa saja yang melakukan, turut serta ataupun penanggungjawab kegiatan atas pencemaran udara itu akan
dapat dikejar oleh aparat penegak hukum dan dijatuhkan hukuman sesuai dengan Undang-Undang Perlindungan
dan Pengelolaan Lingkungan Hidup," katanya.

Ia menambahkan bahwa asap di Provinsi Riau dan kota-kota lainnya di Indonesia sudah terjadi sejak tahun 1997
sampai sekarang. Hanya saja kasus 1997 merupakan gejala kebakaran lahan yang menimpa seluruh dunia akibat
gejala el-nino menimpa negara tropis.

Namun demikian, kondisi kebakaran lahan selama lebih dari lima tahun terakhir bencana asap di Indonesia setiap
musim kemarau merupakan dampak dari tindakan pembukaan lahan gambut (land clearing) mengingat
pascapembakaran lahan sudah dapat dipastikan "berbanding lurus" dengan meningkatnya luas lahan sawit di lahan
sisa pembakaran.

Merujuk dari dua kasus di atas yang menjadi pertanyaan adalah termasuk kemanakah bencana asap yang terjadi
selama lima tahun terakhir di negara ini?.

Secara Yuridis, penanggulangan bencana diatur dalam UU Nomor 24 tahun 2007, yang membagi bencana dapat
dibagi atas tiga kategori yaitu bencana alam, bencana non alam, dan bencana sosial.

Dari kasus bencana asap yang terjadi di tahun 1997 dapat dikategorikan bencana alam karena bila melihat dari sudut
pandang sebab dan akibatnya adalah merupakan bencana alam karena disebabkan oleh gejala alam itu sendiri (el-
nino/udara kering dan panas) sehingga menyebabkan hutan-hutan dan lahan gambut mudah tersulut api dari
gesekan dahan-dahan kering yang dapat menimbulkan percikan api.

Sehingga wajar seluruh negara terutama negara-negara ASEAN, sampai dengan level nasional dan daerah turut
serta melakukan penanggulangan.

"Namun untuk kasus kedua, kasus asap yang terjadi di Indonesia merupakan dampak dari pembukaan lahan gambut
dengan cara dibakar, disinilah terjadi kontradiktif makna filosofis dan yuridis dari sebuah bencana. Kasus asap di
Riau akibat ulah manusia yang membakar lahan gambut," katanya.













KEBAKARAN HUTAN RIAU 2013:
PENCEMARAN UDARA JAUH DI ATAS
NORMAL

Kebakaran hutan, bukanlah hal yangbaru terjadi di Indonesia, maupun di dunia,
tetapi kebakaran hutan di daerah Riau yang kini sedang manjadi isu hangat
permasalahan lingkungan di Indonesia, dianggap sebagai kebakaran hutan yang
menyebabkan dampak asap paling parah dalam sejarah. Asap dari peristiwa ini
masih menyelimuti, enggak hanya Riau, tetapi mencapai Singapura dan
Malaysia.

Sesuai yang dilansir kompas.com, tingkat konsentrasi pencemaran udara di
daerah Riau, terutama Dumai, mencapai 900 polutant standard index (PSI) pada
Senin, 24 Juni 2013, sekitar pukul 16.00 WIB. Hal ini dinilai sangat berbahaya
untuk lingkungan dan tubuh manusia.

Dalam wawancaranya dengan Antara, Pakar lingkungan dari Universitas Riau,
sekaligus Guru Besar Lingkungan Universitas Riau, Prof Adnan Kasri
menyatakan, "Sebelumnya, di sekitar tahun 1997, kasus kebakaran hebat
memang sempat terjadi. Namun, masih melanda sebagian besar kawasan hutan
alam. Dampak kabut asapnya ketika itu juga enggak separah kali ini, di mana
pencemaran udara sudah jauh berada di atas ambang normal."

Dibandingkan dengan kasus-kasus kebakaran hutan yang terjadi pada tahun
1990 hingga kasus paling parah yang terjadi pada tahun1997, belum ada
dampak pencemaran udara yang separah kejadian kali ini. Asap tebal yang
terbawa angin hingga Singapura dan Malaysia ini, bahkan terlihat melalui foto
satelit yang diambil oleh NASA MODIS pada Senin, 24 Juni 2013. Hingga kini,
polisi telah menyiapkan 14 tersangka pembakaran hutan yang diduga bertujuan
membuka lahan baru untuk keuntungan beberapa pihak. Puluhan milyar rupiah
akhirnya dikeluarkan untuk memadamkan api yang terus menyebar itu.

Alam bumi tentu saja harus dijaga, dan itu semua merupakan tanggung jawab
setiap bagian yang hidup di dalamnya. Setiap tindakan kita yang menyangkut
dengan kepentingan orang banyak, tentu saja harus dipertimbangkan matang-
matang. Kalau enggak, bisa berakibat seperti kasus kebakaran hutan ini girls.
Nah, kalau menurut kamu, bagaimana ya cara menanggulangi dampak-dampak
berbahaya yang sudah disebabkan oleh kasus ini?

(uswatun, foto: NASA)










M O N D A Y , A P R I L 2 6 , 2 0 1 0
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA
PENJANAAN KUASA
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa
jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa
ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan
oleh stesen janakuasa hidro.


KENDERAAN MOTOR
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap
pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan
membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan
setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis
sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan,
kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan
mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan
di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun
ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan
pengangkutan awam yang cekap.

AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga
getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan
pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan
bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun
yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur
dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan
habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang
amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara,
pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran
bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh
aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.



FRIDAY, JULY 19, 2013
Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah Mengatasinya
Baru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara Indonesia
(selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara. Banyak punca yang
menyebabkan pencemaran udara. Antaranya ialah

1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan
nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara
persekitarannya.

Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini
asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti
denda dan penjara.

2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak
diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil
dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.

Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic
converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api
elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api
elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang terdiri dari
petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan.
Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma
di Paka dan Bintulu.

Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan
tenaga suria. Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa,
Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.

4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar
jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang
sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu.

Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuktenaga biomas seperti yang
digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-
baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk.

Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan makanan
ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.

6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi
telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.

Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk mengangkut
bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran terbuka
yang dilakukan oleh penduduk perumahan.

7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahanku baru-baru ini kerana kebakaran hutan
gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panas. Hutan gambut ini terbakar apabila
menjelangnya petang sehingga ke malam, menyebabkan kawasan perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu
bewarna hitam dan bau asap yang menyesakkan pernafasan.

Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentukawan tiruan dengan tujuan
menurunkan hujan. Dengan Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah menghapuskan kejadian jerebu ini.
Syukur alhamdulillah kepada MU Ya Rabb.




M O N D A Y , A P R I L 2 6 , 2 0 1 0
KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA


Hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan
air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke
tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di
dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas
dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah
berkurang dan menjadikannya tidak subur.


Haiwan
Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-
paruhaiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara.


Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan
pertumbuhan terbantut.
Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu.



Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan
meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya
menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen
oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh
menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak. Habuk, asap, kabus, wap
atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.Kajian Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran
udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan.
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar
Posted on 25 Mei, 2009 by admin
Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi
sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan
pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak
kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran.
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya
respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar,
sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran
karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya
menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan
tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan
klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat
tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai
penyakit dan basil keluarannya akan terancam.
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur
dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is
akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran
bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh
kepada bumi.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang
diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada
bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh,
terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora
karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas
dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam
udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan
mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-langkah
menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih keiat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk
industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.







FRIDAY, MARCH 4, 2011
Langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran udara
Alam sekitar yang masih terpelihara
Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan
pencemaran udara
ialah :

~ Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman
perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu,
kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan
meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

~Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan
plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat
mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga
dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada
berlarutan.

~Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di
sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka
menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang
terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah
lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses
semula untuk menghasilkan kertas baru.

~Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap
30 meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang
alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah
dirawat dan tidak mencemarkan udara.

~penguatkuasaan undang-undangPihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi
kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh
itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di
sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan
selanjutnya.

~Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah
dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu
disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk
generasi akan datang.


Read more: http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/langkah-langkah-
mengurangkan-kesan.html#ixzz366eU7Sqg
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

You might also like