You are on page 1of 7

[ Kelab BOSS : Mac 2013] m/s 1

Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam,


13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang


Kertas Kerja

Pertandingan Membalut Buku Teks

Tarikh: 20 Mac 2013









[ Kelab BOSS : Mac 2013] m/s 2

Unit Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam,
13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

1. Pendahuluan

Program Membalut Buku Teks adalah program tahunan Unit Skim Pinjaman
Buku Teks (SPBT) yang diadakan pertama kali mulai tahun ini. Pada tahun ini,
program ini akan dijayakan 20 Mac 2013. Unit SPBT mengambil inisiatif ini bagi
memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan buku teks. Di
harap pada akhir program ini, ramai murid yang akan lebih menghargai buku
teks dan belajar mencintainya dengan menjaganya dengan lebih baik.

2. Objektif

Objektif Program Membalut Buku Teks adalah seperti berikut:
i) Memberi kesedaran tentang kepentingan buku teks
ii) Menyemai rasa cintakan buku teks.
iii) Mengetahui dan memahami tentang cara-cara menjaga buku teks.

3. Kumpulan Sasaran

Program ini mensasarkan semua ahli Kelab BOSS SK Permatang Bertam.

4. Tarikh dan Tempat Program

Program ini dicadangkan 20 Mac 2013 ( waktu Kokurikulum). Tempat program
yang dicadangkan ialah Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam.

[ Kelab BOSS : Mac 2013] m/s 3


5. Aturcara

Bil. Acara Tarikh Masa
1. Pertandingan membalut dan buku
teks
20 Mac 2013 Sewaktu aktiviti ko-
kurikulum


6. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan
No. Item RM RM
PENDAPATAN
1. Sumbangan
JUMLAH 30.00
PERBELANJAAN
1. Pembalut buku plastik 13.00
2. Pita pelekat 4.00
3. Hadiah pertandingan
membalut dan
mencantikkan buku teks
1 x RM 6.00
1 x RM 4.00
1 x RM 3.00
13.00
JUMLAH 30.00

7. Penutup
Program Membalut Buku Teks Kita ini diharap dapat mencapai objektif serta
matlamatnya. Selain itu, di harap murid-murid dapat menimba pengalaman
serta ilmu daripada program ini.
Disediakan oleh,
...........................................................
(HANISAH BINTI BAHARI)
Guru SPBT, Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam.




[ Kelab BOSS : Mac 2013] m/s 4

Lampiran
1. Cadangan isi kandungan 5 minit bersama buku teks
i) Membawa buku teks yang betul untuk waktu pembelajaran.
ii) Buku teks hendaklah dibalut, tidak diconteng dan dijaga dengan baik.
iii) Buku teks hendaklah ditulis nama dan kelas pada tempat yang betul.
iv) Buku teks sebagai bahan bacaan di rumah.
v) Membacakan satu petikan daripada buku teks terpilih.

2. Atur kerja aktiviti
Bil. Acara Tarikh Masa Tindakan
1. Perasmian program
Cintailah Buku Teks
Kita oleh Penyelia SPBT
Jabatan Pelajaran Negeri
Perlis.
26 Mac 2012 Perhimpunan
mingguan.
PK HEM
Setiausaha SPBT
Guru Bertugas
Mingguan
2. 5 minit bersama buku
teks.
27 Mac 2012 Setiap pagi selama 5
minit
Setiausaha SPBT
3. Pertandingan membalut
dan mencantikkan buku
teks
28 Mac 2012 Sewaktu aktiviti ko-
kurikulum
Kelab SPBT
Guru Penasihat
Kelab SPBT
4. Pameran Aku dicintai,
Aku dibenci
Sepanjang
minggu
Waktu rehat Kelab SPBT
5. Pertandingan Mewarna
Cintailah Buku Teks
Kita (tahun 1,2 dan 3)

Pertandingan terbuka dari hari Isnin
26 Mac hingga 28 Mac 2012
Setiausaha SPBT
6. Pertandingan melukis
poster Cintailah Buku
Teks Kita
(tahun 4, 5 dan 6)

Setiausaha SPBT
7. Majlis penutup program
Cintailah Buku Teks
Kita oleh Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan
Behor Empiang.
30 Mac 2012 11.30 pagi Guru Besar
PK HEM
Setiausaha SPBT
Guru Bertugas
Mingguan



[ Kelab BOSS : Mac 2013] m/s 5


3. Syarat-syarat pertandingan mewarna (tahap 1)
i) Boleh menggunakan warna pensel, crayon atau kedua-duanya sahaja.
ii) Mewarnakan keseluruhan ruang pada kertas.
iii) Seramai 3 orang pemenang akan dipilih dari setiap tahun.
iv) Keputusan pengadil adalah muktamad.
v) Semua penyertaan adalah hak milik Unit SPBT dan tidak akan
dipulangkan pada peserta.

4. Syarat-syarat pertandingan melukis poster (tahap 2)
i) Peserta hendaklah melukis berdasarkan tema Cintailah Buku Teks Kita.
ii) Menggunakan warna pensel, crayon, warna air atau campurannya sahaja.
iii) Mewarnakan keseluruhan ruang pada kertas.
iv) Seramai 3 orang pemenang akan dipilih dari setiap tahun.
v) Keputusan pengadil adalah muktamad.
vi) Semua penyertaan adalah hak milik Unit SPBT dan tidak akan
dipulangkan pada peserta.


5. Syarat-syarat pertandingan membalut dan mencantikkan buku teks.
i) Seramai 2 orang wakil dari setiap kelab diwajibkan menyertai
pertandingan.
ii) Setiap kelab yang bertanding akan membalut satu buku teks.
iii) Peserta akan diberikan pita pelekat dan plastik pembalut dan dibenarkan
membawa alatan tambahan bagi mencantikkan lagi buku teks.
iv) Masa yang diberikan ialah sebanyak 45 minit.
v) Keputusan pengadil adalah muktamad.
vi) Semua penyertaan adalah hak milik Unit SPBT dan tidak akan
dipulangkan pada peserta.

[ Kelab BOSS : Mac 2013] m/s 6










Nama:__________________________________
Kelas:__________________________________
[ Kelab BOSS : Mac 2013] m/s 7

You might also like