You are on page 1of 15

1

BAHAGIAN A
Tajuk : Peminjaman Bahasa telah Memperkayakan Bahasa Melayu : Bincangkan secara kritis.

1.0 Pengenalan
Mengikut tinjauan dari aspek etimologi, istilah Melayu merupakan kajian asal usul dan sejarah
sesuatu perkataan. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini asal usul bahasa Melayu masih tidak
dapat dipastikan dengan jelas. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi dan
ahli lingustik bagi mendapatkan kesahihan asal usul penutur bahasa Melayu, kajian berterusan
secara mendalam berhubung asal usul penutur bahasa Melayu giat dijalankan. Menurut John
Carol (1997), bahasa merupakan satu sistem berstruktur daripada vokal dan urutan bunyi yang
diguna untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia. Dengan kata lain, melalui bahasa
manusia dapat berkomunikasi di antara satu sama lain secara berkesan. Selain itu, bahasa juga
dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Ia digunakan sebagai bahasa ilmu dalam
bidang pendidikan. Bahasa juga dapat menyemarakkan semangat cinta akan negara kerana
bahasa dikatakan sebagai alat pengantara yang dapat menyampaikan perasaan dan pemikiran
sama ada dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemampuan menguasai pelbagai bahasa
mampu menjamin masa hadapan yang cerah dan berpeluang untuk maju ke hadapan di samping
mengilap potensi diri yang sebenar. Dalam hal ini peminjaman bahasa asing dalam bahasa
Melayu wujud melalui proses pengambilan atau peminjaman daripada bahasa-bahasa lain, iaitu
bahasa yang lebih maju dalam tamadun yang lebih tinggi. Dapatlah dikatakan, peminjaman
bahasa telah memperkayakan bahasa Melayu.




2

2. Definisi Peminjaman Bahasa
Peminjaman bahasa merupakan satu proses di mana satu bahasa meminjam kata-kata atau istilah
daripada satu bahasa yang lain untuk kepentingan tertentu kepada masyarakat yang meminjam
bahasa tersebut. Terdapat tujuh jenis peminjaman iaitu peminjaman tulen, peminjaman maksud,
peminjaman kacukan, peminjaman pemerian, peminjaman berpindah, peminjaman dialek dan
peminjaman kuno.
Peminjaman tulen adalah peminjaman yang dilakukan secara penuh daripada sesuatu
bahasa asing seperti perkataan polis yang diambil terus daripada bahasa Inggeris iaitu police.
Manakala peminjaman maksud pula adalah kata-kata yang berasal daripada bahasa asing yang
diberi maksud baru dalam bahasa Melayu seperti plantation (bahasa Inggeris) dan ladang
(bahasa Melayu). Peminjaman kacukan berlaku bila ciri-ciri budaya asing yang ada persamaan
dengan budaya sedia ada dalam bahasa Melayu seperti cuba dari terai. Peminjaman pemerian
adalah kata-kata bahasa Melayu yang sedia ada digunakan untuk mengisi kekosongan kerana
terdapat kata daripada budaya asing sukar digantikan dengan kata dalam bahasa Melayu seperti
kapal terbang. Peminjaman berpindah pula berlaku disebabkan bunyi-bunyi kata yang dipinjam
menyebabkan maksud kata yang pertama berpindah kepada maksud kata yang kedua seperti kata
vowel (bahasa Melayu) bermaksud bahagian tertentu di rongga tekak. Kata vowel digunakan
dalam bahasa Melayu sebagai vokal walaupun kedua kata vowel dan vokal mempunyai makna
yang berbeza. Seterusnya peminjaman dialek dilakukan daripada dialek Kedah, Perak ataupun
Kelantan. Peminjaman kuno pula dianggap sebagai menghidupkan semula kata-kata lama untuk
memenuhi keperluan pada zaman moden seperti dermaga.

3. Bagaimana Peminjaman daripada bahasa-bahasa lain dilakukan dan apakah yang
dipinjam? Berikan contoh.

Bahasa yang kuat pengaruh dari Asia Barat ialah bahasa Arab. Kedatangan pengaruh Islam ke
Nusantara pada abad ke-13 menyerapkan perbendaharaan katanya ke dalam bahasa Melayu.
Bahasa ini menghadiahkan sistem aksaranya yang digunakan oleh bahasa Melayu, dikenali
3

sebagai tulisan Jawi di Malaysia dan tulisan Melayu-Arab di Indonesia. Aspek-aspek
bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh bahasa Arab ialah dari segi kosa kata, struktur ayat dan
juga sistem bunyi. Imbuhan Arab-Parsi yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu ialah : -bi, -i, -
wi, -iah, -in, -at dan ah. Contohnya seperti perkataan syarat dan tahniah.
Seterusnya kehadiran penjajah Barat juga memaksa bahasa Melayu menerima kosa kata
bahasa-bahasa dari Eropah. Bahasa-bahasa itu ialah bahasa Portugis, bahasa Belanda, dan bahasa
Inggeris. Namun, kosa kata bahasa Inggeris lebih mempengaruhi bahasa Melayu kerana
pembudayaan yang mendalam melalui sistem pendidikan, tempoh penjajahan yang panjang
semenjak pendudukan di Pulau Pinang hingga Malaysia mencapai kemerdekaan, dan penerimaan
aspek dan bidang moden yang diasaskan oleh tamadun Barat yang menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa antarabangsa.
Selain itu peminjaman bahasa asing juga melibatkan bahasa Cina. Hampir sebahagian
besar perkataan yang dipinjam dalam bahasa Cina berasal daripada bahasa Hokkien. Hal ini
terjadi berdasarkan faktor sejarah di mana orang-orang Hokkienlah yang mula-mula sekali
datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini dan pergaulan dengan orang Cina khususnya
melalui perniagaan di Semenanjung Tanah Melayu semenjak pendudukan Inggeris di Pulau
Pinang dan penubuhan Negeri-Negeri Selat. Antara perkataan yang dipinjam dalam bahasa
Hokkien adalah berkaitan dengan makanan, pakaian dan kata-kata lain yang terdapat dalam
bahasa Melayu seperti laici, bihun, cincau, kekwa, tocang, tanglung, dacing dan teko.
Bahkan dikatakan juga bahawa bahasa Melayu turut menerima pengaruh daripada bahasa
Nusantara, iaitu bahasa Jawa, bahasa Sunda, bahasa Bugis, bahasa Sumatera, dan lain-lain lagi.
Pengaruh bahasa Jawa terhadap bahasa Melayu menjadi semakin dominan pada zaman kerajaan
Majapahit yang menjadikan bahasa Jawa sebagai teras perkhidmatannya. Pada zaman Melayu
Klasik, bahasa Jawa bukan sahaja mempengaruhi kosa kata bahasa Melayu tetapi turut
mempengaruhi aspek tulisan. Penyebaran bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu berlaku melalui
beberapa saluran termasuklah dalam kesusasteraan Jawa dalam bentuk cerita-cerita panji dan
juga melalui pengaruh interaksi sosial dan ekonomi.
4

Bahasa-bahasa ini mula dipinjam pada zaman kerajaan Melayu Melaka, kerana pergaulan
dan hubungan perdagangan serantau. Jelasnya, bahasa sumber yang dipinjam oleh bahasa
Melayu terdiri daripada tiga kumpulan utama, iaitu Sanskrit, Arab dan Inggeris. Walaupun
begitu, bahasa sumber ini boleh dilihat dengan lebih luas berdasarkan kelompok-kelompok:

(a) Bahasa India Sanskrit, Tamil, dan Hindustani
(b) Bahasa Tanah Arab Arab, dan Farsi
(c) Bahasa Nusantara Jawa, Sunda, Bugis, Sumatera, dan sebagainya
(d) Bahasa Cina,
(e) Bahasa Eropah Portugis, Belanda, dan Inggeris,
(f) Bahasa lain di Asia Tenggara Siam, dan lain-lain.

Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa lain akan mengakibatkan perubahan bunyi atau
fonologi, bentuk kata atau sintaksis. Dalam bahasa Melayu perubahan fonologi berlaku apabila
bahasa Melayu bertembung dengan bahasa Arab dan Inggeris. Menurut Hashim (1993) dan
Abdullah (2006), peminjaman bahasa akan mengakibatkan perubahan bunyi (fonologi), bentuk
kata (morfologi) dan bentuk ayat (sintaksis). Terdapat 27 bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu 6
vokal, 3 diftong, dan 18 konsonan. Beberapa bunyi konsonan yang dipinjam adalah daripada
bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris.

3.1 Bahasa Sanskrit
(a) Pinjaman Bunyi: sy syurga, sw swasta
(b) Pinjaman Kata Dasar
Perkataan bahasa Sanskrit yang disenaraikan oleh Zaba tidak kurang daripada 388 patah, tetapi
yang digunakan tidak lebih daripada 200 patah sahaja, melibatkan sekurang-kurangnya 14
bidang.
(i) Tubuh manusia - anggota, bahu, kepala, lidah, nadi, nama, roma, rupa, sendi
5

(ii) Waktu - bila, dewasa, dinihari, hari, kala, kali, ketika, masa, purnama, pertama, sedia
(iii) Barang dagangan dan perniagaan - angka, arang gula, bahara, benda, cendana, gaharu
(iv) Barang-barang leburan dan batu-batu - mutiara, nilam, pancalogam, permata, raksa, suasa
(v) Barang dan perkakas - bangsi, catur, cerana, genta, gergaji, jala, jentera, judi, kecapi, kendi

(vi) Pergaulan dan persaudaraan - ayah, bangsa, baya, belia, dara, isteri, keluangsa, keluarga,
(vii) Berkenaan bintang dan awang-awangan - angkasa, bima sakti, buana, cahaya, cakerawala
(viii) Binatang - biri-biri, cenderawasih, cerpelai, cintamani, gagak, gajah, gembala, geroda

(c) Pinjaman Imbuhan
Imbuhan yang dipinjam berbentuk awalan dan akhiran kata nama.
(i) Awalan : eka- (satu) : ekabahasa; ekabunyi; ekasuku; ekawarna
(ii) Akhiran : -man : budiman; seniman;
3.2 Bahasa Arab
(a) Pinjaman Bunyi : kh - khairat, bakhil, fasakh, gh - ghaib, maghrib, baligh , sy - syarikat,
masygul, Quraisy
(b) Pinjaman Kata Dasar
(i) Agama - syahadat, syaitan, syarat, syariah, syariat, taat, tahlil, takdir, umrah, wali, wuduk,
(ii) Ilmu - ahad, ahli, ahmak, alim, arif, falak, falsafah, fasal, fatwa, hadis, hafaz, hakim, hikayat
(iii) Fikiran dan perasaan - aib, ajaib, akal, akhir, am, aman, asyik, awal, bahas, dahsyat, faham,
(iv) Hukuman dan peraturan - adi , amir, baitulmal, daerah, daftar, dakwa, had, hakim, hukum,
(v) Benda-benda kejadian dan perbuatan - insan, jati, jubah, kawat, kopiah, kuat, kubah, layak
(vi) Adat dan pergaulan manusia - muhrim, musafir, musibat, nafkah, nasab, nazar, nazir, nikah,
(c) Pinjaman Imbuhan
6

Pinjaman imbuhan daripada bahasa Arab juga tidak produktif, dan hanya berbentuk akhiran.
(i) Akhiran : -ah (merujuk perempuan) : sultanah; ustazah; siswazah , -at (merujuk perempuan)
: hadirat; muslimat


3.3 Bahasa Inggeris
(a) Pinjaman Bunyi : f - filem, focus, v - vokal, variasi , novel, sy syif, z - zoo, zink
(b) Pinjaman Kata Dasar - aiskrim, bank, bas, basikal, bee , beg, besen, bikin, bil, biskut,
botol, brek, buku, coklat
(c) Pinjaman Imbuhan
Imbuhan daripada bahasa Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu meliputi awalan dan
akhiran.
(i) Awalan : supra- (atasan; tinggi) : suprakebangsaan; supranasional; suprasegmental
ultra- (keterlaluan; terlampau) : ultralembayung; ultramerah; ultraungu
(ii) Akhiran : -is (ahli) : artis; cerpenis; kartunis; novelis; sosialis, -isme
3.4 Bahasa Jawa
(a) Pinjaman Imbuhan
Imbuhan bahasa Jawa tidak produktif, ianya digunakan dalam awalan sahaja seperti tata-
(peraturan) : tatabahasa, tatacara, tatasusila, tatatertib
Bahasa Melayu juga meminjam bahasa-bahasa lain untuk memperkayakannya. Antaranya ialah
bahasa Tamil, Hindustan, Parsi, Thai, Siam dan Jepun. Contoh-contoh perkataan pinjaman
daripada bahasa lain ialah seperti berikut:
3.5 Bahasa Tamil
7

Menurut kajian, jumlah perkataan Tamil yang dipinjam juga sedikit iaitu 0.6%. Banyak
perkataan bahasa Tamil yang diserap ke dalam bahasa Melayu turut diserap ke dalam bahasa
lain. Ini disebut sebagai pinjaman atas pinjaman. Kebanyakan kosa kata yang dipinjam dari
bahasa Tamil berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan, makanan, peralatan dan hubungan
kekeluargaan iaitu berkaitan dengan orang-orang India dan Hindi yang datang berniaga ke Tanah
Melayu. Antara perkataan yang dipinjam adalah apam, bagaimana,bapa, keldai, asmi, kuil guni,
peti, pili
3.6 Bahasa Jepun
Terdapat sebilangan kecil sahaja perkataan dari bahasa Jepun dipinjam untuk memperkayakan
bahasa Melayu iaitu sejumlah 16 perkataan yang dipinjam dan ditulis dalam Kamus Dewan.
Kebanyakan perkataan yang dipinjam adalah perkataan yang digunakan pada zaman pendudukan
Jepun di mana membawa maksud benda-benda tradisi dan moden dari Jepun. Ada di antara
perkataan yang dipinjam ini jarang digunakan. Contoh perkataan Jepun yang dipinjam adalah
ginko, kimono, samurai, syogun, taiso, dan takeyari.
3.7 Bahasa Hindustan : boria, basi, baldi, dunia, kubis
3.8 Bahasa Siam : kop, makyung, menorah, perai, senarai
Sesungguhnya peminjaman bahasa telah memperkayakan Bahasa Melayu. Menurut kertas kerja
yang dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu dari
Hotel York di Singapura pada 17-18 Julai 1998, menyatakan bahawa terdapat sejumlah 3.5%
bahasa asing yang telah dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu. Manakala proses peminjaman
leksikal berlaku pada setiap bahasa ketika pertembungan beberapa bangsa melalui proses
globalisasi. Contohnya terdapat 65% dari bahasa Inggeris mengandungi asal-usul bahasa Latin,
Greek dan lain-lain. Secara tidak disedari peminjaman bahasa telah memperkayakan bahasa
Melayu. Proses peminjaman ini juga membawa perubahan tamadun Melayu. Kebanyakkan
penutur tidak menyedari bahawa perkataan yang dipinjam telah digunakan dalam kehidupan
seharian iaitu dalam pendidikan, pengajian tinggi dan media massa.

8

4. Bukti peminjaman daripada bahasa-bahasa lain juga boleh menjejaskan Bahasa
Melayu
Pinjaman unsur daripada bahasa asing membawa dua kesan utama, iaitu memberikan faedah, dan
sebaliknya. Kebaikan peminjaman adalah dapat menambahkan kekuatan makna konsep yang
hendak diperkatakan. Hal ini akan mewujudkan keadaan saling terjemah dengan bahasa moden
lain. Sebaliknya, Zaba beranggapan bahawa menggunakan perkataan daripada bahasa asing
dengan sengaja atau dipaksa-paksa dapat menimbulkan kerugian, kerana akan memburukkan
rupa dan bunyi bahasa Melayu, dan membanyakkan perkataan yang tidak akan difahami oleh
pembaca. Kemungkinan besar terjadinya pencemaran bahasa. Hal ini terjadi sekiranya
peminjaman dibuat sesuka hati.
Salah satu kesan daripada peminjaman bahasa asing ialah hilangnya identiti bahasa
Melayu itu sendiri. Penggunaan bahasa asing akan mencemari martabat bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu akan menghilangkan kualiti, nilai serta ciri
unggul bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lama kelamaan beberapa ciri bahasa Melayu
akan pupus dan digantikan dengan ciri-ciri bahasa lain. Lantaran itu, bahasa Melayu akan
menjadi bahasa rojak dan kemudiannya akan melucutkan keupayaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
Selain itu, peminjaman bahasa asing juga akan menyebabkan struktur ayat dalam bahasa
Melayu akan terganggu. Unsur asing dalam bahasa Melayu memberi kesan kepada sesuatu
bahasa terutama apabila berlaku penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata bahasa
peminjam. Peminjaan perlu dikawal kerana peminjaman yang berlebih-lebihan akan
mengakibatkan keaslian bahasa peminjam itu sendiri. Di samping itu struktur ayat akan
terganggu di mana akan bercampuraduk dengan bahasa asing yang tidak betul dari segi
tatabahasa.
Penggunaan bahasa slanga yang sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok
social tertentu untuk tujuan berkomunikasi. Kata-kata slanga ini biasanya diambil daripada kata-
kata biasa dan diberi erti tertentu sehingga orang bukan ahli kumpulan tersebut tidak akan
memahaminya. Sebagai contoh: Fulamak, lagu baru Ramli Sarip mantaplah brader.
9


5. Penutup
Usaha peminjaman bahasa khususnya dari bahasa Sanskrit, Arab, Inggeris, Parsi, Belanda, Cina,
Tamil, dan Jepun telah memperkayakan bahasa Melayu. Ini jelas terbukti adanya peminjaman
dari segi perbendaharaan kata, istilah, penambahan vokal dan sebagainya. Apabila peminjaman
bahasa berlaku maka perubahan akan berlaku dari sudut linguistik iaitu yang bersifat sistematik
seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Maka, peminjaman kata memberi impak
kepada masyarakat yang mana ianya memperkayakan bahasa dan memperkemaskan sistem
komunikasi kebahasaan. Oleh yang demikian, memandangkan begitu banyaknya perkataan
bahasa asing yang masuk ke dalam bahasa Melayu, maka secara langsung atau tidak langsung ia
bukan sahaja memperkayakan khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu, malah menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekaligus sebagai bahasa lingua franca di Nusantara.












10





BAHAGIAN B

TAJUK :
Memartabatkan Bahasa Melayu untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia: Bincangkan.

1.0 Pengenalan
Bahasa ialah alat perhubungan penting dalam kehidupan manusia. Melaluinya manusia boleh
berkomunikasi dalam menyampaikan kehendak, keinginan, emosi, pendapat, pengalaman,
pengetahuan, gagasan, mendapatkan maklumat, memahami orang lain dan juga menambah ilmu
pengetahuan. Semakin luas bahasa digunakan maka semakin banyak pula pengguna dan
penuturnya. Dengan demikian bahasa itu merupakan wahana komunikasi yang digunakan untuk
memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa (Kamaruddin Hj Hussin: 1).
Bahasa Melayu dikatakan merupakan enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh
100 tahun lagi malahan mampu hidup untuk selama-lamanya terutama jika bahasa Melayu
mempunyai kuasa ekonomi. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa bertaraf dunai satu ketika
dahulu seperti bahasa Inggeris sekarang. Walaupun keadaannya berbeza sekarang, bahasa itu
akan terus memainkan peranan penting dalam pembinaan bangsa dan Negara. Sehinggakan ada
anggaran yang mengatakan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa
Melayu.
Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang
dijalankan secara berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah
memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa,
peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Awang Sariyan (2006: 17) mengatakan bahawa usaha-
usaha perlu dilakukan oleh pihak pemerintah negara agar lebih proaktif dalam memartabatkan
bahasa Melayu jika ingin melihat bahasa Melayu itu terus berkembang maju dan seterusnya
11

menjadi bahasa ilmu.Bahasa Melayu seharusnya telah diangkat menjadi sebuah bahasa yang
unggul dan tidak seharusnya dipertikai kewujudannya. Bagi memartabatkan bahasa Melayu,
banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan.
Perkembangan bahasa Melayu dapat dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara. Melalui
pendidikan sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur
oleh pihak kerajaan. Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan
perkembangan pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

2.0 Usaha-usaha memartabatkan Bahasa Melayu
Proses memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses yang dijalankan secara berterusan.
Beberapa usaha telah dilaksanakan ke arah memantapkan bahasa Melayu dari sudut system
ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut Nik Safiah Karim
(2004) menyatakan bahawa pemantapan system bahasa dalam hal ehwal ilmu, teknologi dan
segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, tetapi proses ini masih
berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Dalam
memartabatkan Bahasa Melayu peranan Dewan Bahasa dan Pustaka amat dititikberatkan.
Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia
telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan
teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya.
Di antara usaha-usaha yang dilaksanakan adalah menaiktaraf kelulusan guru-guru bahasa
Melayu. Pihak Kementerian Pendidikan seharusnya menyediakan lebih banyak peluang
melanjutkan pelajaran bagi guru-guru yang belum mempunyai ijazah pertama. Hal ini
sedemikian dapat membantu perkembangan potensi diri guru-guru dan memperoleh ilmu yang
lebih mendalam daripada tenaga pengajar yang sememangnya mahir dalam bidang bahasa
Melayu. Kementerian Pendidikan juga sewajarnya memberikan latihan dan kursus kepada guru-
guru untuk memperdalam bahasa Melayu supaya guru-guru tersebut dapat mengaplikasikan ilmu
yang mereka peroleh kepada para pelajar. Segala usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ini
12

banyak bergantung kepada kepakaran golongan pendidik dalam menurunkan ilmu yang betul
kepada golongan pelajar.
Selain itu peranan media massa turut menyumbang kepada proses memartabat dan
mendaulatkan bahasa Melayu. Media massa mempunyai tanggungjawab sosial untuk
memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia. Stesen penyiaran TV3 terus menggunakan
bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen penyiaran yang mula-mula
menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan begitu juga harapan kita kepada RTM.
Walaupun pihak RTM telah memulakan penyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu
masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat
bersama-sama memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.
Di samping itu peranan sektor swasta juga diperlukan dalam usaha memartabatkan
bahasa Melayu. Sebagai contoh, lebih banyak kegiatan dan aktiviti penganjuran bahasa di luar
Negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk barangan dan perkhidmatan di pasaran
secara terancang telah memberi pulangan memberangsangkan kepada perkembangan bahasa
Melayu sebagai bahasa ekonomi, sains dan teknologi. Ini akan terlaksana jika papan tanda dan
iklan menggunakan kata-kata bahasa Melayu dengan betul. Secara tidak langsung cara ini dapat
mendaulat dan memartabatkan bahasa Melayu di pentas dunia.
Seterusnya, usaha memartabatkan bahasa Melayu adalah menambah buku-buku ilmiah
dan buku-buku rujukan dalam bahasa Melayu. Masalah yang dihadapi oleh golongan pelajar
maupun pendidik dewasa ini ialah kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai
rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran
semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya
golongan pelajar universiti. Para pelajar universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu
perkara kerana tidak terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku ilmiah ini didatangkan
dari luar negara untuk rujukan para pelajar. Para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk
menerbitkan buku-buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.

3. Halangan-halangan Untuk Memartabatkan Bahasa Melayu
13

Banyak usaha telah dijalankan untuk memartabatkan Bahasa Melayu namun usaha-usaha yang
diberikan itu masih belum mencukupi. Banyak halangan atau kekangan yang dihadapi dalam
usaha memartabatkan Bahasa Melayu.

Antara halangan-halangan yang dihadapi adalah pengaruh Bahasa Inggeris. Peranan
Bahasa Melayu dalam agenda pembangunan negara yang baharu makin tidak diambil kira lagi.
Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka
hendak menjadi bangsa yang maju. Cabaran paling serius terhadap kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu. Di Institut Pengajian Tinggi berlaku apabila 600 lesen diluluskan kepada
pihak swasta untuk menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Walaupun Akta
Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamanya, akta yang sama
memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk membenarkan IPTS menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya.
Seterusnya melalui konteks globalisasi, ancaman bahasa Inggeris terhadap bahasa
Melayu adalah kenyataan. Kini hampir 600 buah institur pengajian tinggi swasta di negara ini
mengamalkan dasar berkembar dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai
bahaga pengantar dan juga sebagai strategi menjadikan Negara sebagai pusat kecemerlangan
ilmu. Kepesatan ekonomi yang memberangsangkan turut melonjakkan bahasa Inggeris sebagai
lingua franca golongan elit dan sektor swasta.
Mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam situasi formal
sehingga terbit bahasa rojak turut menjadi penyumbang kepada halangan memartabatkan bahasa
Melayu. Situasi ini sering terjadi dan berlaku melalui rancangan televisyen seperti drama-drama
tempatan, rancangan temubual atau wawancara dan sebagainya dalam siaran televisyen swasta.
Oleh itu wajar rasanya pihak media disalahkan kerana membenarkan perkara ini berlaku.
Selain itu adalah pengaruh bahasa slanga. Kekacauan bahasa sering kali berlaku dalam
kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini sebenarnya berlaku tanpa disedari oleh penuturnya.
Bahasa slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata
14

yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-
istilah tersebut dalam berkomunikasi. Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung
terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka. Bahasa Slanga adalah satu kelainan
bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa ini
sering digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawanan melepak, atau pelajar
universiti. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa
Melayu tidak akan tercapai.
Seterusnya adalah masalah yang dihadapi oleh golongan pelajar mahupun pendidik
dewasa ini iaitu kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya
menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar
universiti. Para pelajar universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak
terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku ilmiah ini didatangkan dari luar negara
untuk rujukan para pelajar. Dasar mempercayai budaya orang luar telah menular di dalam diri
masyarakat di negara Malaysia. Para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan
buku-buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.

4. Penutup

Sebagai sebuah negara yang telah merdeka, seharusnya adalah menjadi keperluan untuk
memajukan negara dan bangsa mengikut acuan sesuai dengan budaya, nilai, falsafah, dan
aspirasi sendiri. Bahasa bukan sekadar simbol malah merupakan imej jati diri. Bahasa indah ini
perlu ditatarkan sebaik mungkin. Menunding jari kepada mana-mana pihak untuk mencari
kesalahan adalah mudah. Akan tetapi sikap dan usaha sendiri untuk membawa bahasa ini
kembali dijulang kelihatannya tidak bermaya. Saranan serius adalah mencari ruang untuk kita
membawa kesedaran ini demi servival nilai tempatan. Kukuhnya Melayu dan nilai Islam adalah
akibat kukuhnya bahasa yang menjadi pengantar umat itu sendiri. Kukuhnya Islam kerana
Bahasa Arab. Kukuhnya Melayu adalah dengan menggenggam kembali bahasa ini. Oleh yang
demikian, usaha untuk mengukuhkan Bahasa Melayu bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia
15

memerlukan kerjasama setiap warga untuk bersama-sama membentuk sikap mencintai bahasa.
Tanpa sikap ini, usaha demi pengukuhan Bahasa Melayu amatlah sukar untuk dilaksanakan.

You might also like