Professional Documents
Culture Documents
Tahun 6 2014
PENGENALAN
Pelan Intervensi Lima Langkah telah diperkenalkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia dalam
Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM 2013 2025 ) Terdapat 5 langkah yang
perlu dinyatakan dalam pelan intervensi bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Pelan Intervensi 5 Langkah :-
Langkah 1 : Mengenalpasti murid
Langkah 2 : Memahami punca masalah
Langkah 3 : Menyenaraikan cadangan Program Intervensi
Langkah 4 : Membuat priority Intervensi
Langkah 5 ; menyediakan pelan Tindakan
LANGKAH 1 : MENGENALPASTI MURID
Sekolah Bandar Baru Serting telah mengadakan Ujian 1 pada bulan Mac ke atas murid
murid Tahun 6. Berdasarkan Ujian 1 tersebut , 1 orang murid telah mendapat A dalam semua mata
pelajaran, 11 orang telah mendapat A dalam empat mata pelajaran,, 21 orang mendapat A dalam 3
mata pelajaran,, 10 orang mendapat A dalam dua mata pelajaran dan 16 orang telah mendapat A
dalam satu mata pelajaran.
LANGKAH 2 : MEMAHAMI PUNCA MASALAH.
Berdasarkan keputusan Ujian 1 tersebut, , guru telah menjalankan kajian ke atas murid
murid tersebut bagi memahami punca masalah mereka : Antaranya ialah :
Murid tidak memahami konsep bagi mata pelajaran yang tertentu, terutama dalam
mata pelajaran Sains
Murid lemah dalam perbendaharaan kata, struktur ayat, jenis ayat dan kosa kata
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Murid tidak menguasai operasi tambah , tolak , bahagi dan darab.
Murid kurang berminat denga mata pelajaran Matematik kerana kesukaran memahai
konsep dan kaedah penyelesaian masalah yang tidak bersifat maujud.
Murid mempunyai low self- esteem dan menyebabkan mereka tidak yakin untuk
bersoaljawab dengan guru sekiranya tidak memahami sesuatu topik.
Tidak dapat mengaitkan situasi sebenar di dalam karangan bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
Pelajar kurang membaca bahan Bahasa Inggeris dan ini membuatkan mereka
kekurangan idea dalam bahasa Inggeris
LANGKAH 3 : MENYENARAIKAN CADANGAN PROGRAM INTERVENSI
Bagi menangani masalah ini, terdapat beberapa cadangan yang telah dirancang dan akan
dilakukan bagi membantu murid dalam menguasai semua mata pelajaran dan seterusnya
meningkatkan bilangan 5A dalam Peperiksaan pertengahan tahun, percubaan dan seterusnya dalam
Peperiksaan UPSR. Antaranya ialah :-
Program Mentor Mentee telah dirancang oleh AJK Kecemerlangan UPSR bagi
memudahkan murid murid merujuk kepada guru guru sekiranya menghadapi
masalah selain daripada masalah pembelajaran.
Program guru Penyayang turt dirancang bagi membantu murid berasa disayangi dan
dihargai. Melalui program ini mengharapkan agar murid dapat meningkatkan
keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan guru di dalam kelas.
Bagi mengatasi masalah operasi asas yang sepatutnya sudah dikuasai sejak murid
berada di tahap 1, Panitia Matematik telah menjalankan Klinik Matematik yang di
adakan setiap Hari Rabu pada jam 7.10 pagi hingga 7.40 pagi.
Mengadakan Bengkel Pemantapan Tatabahasa bagi mengatasi masalah murid
lemah dalam perbendaharaan kata, struktur ayat, jenis ayat dan kosa kata bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Memperbanyakkan latih tubi Bahagian A bagi mengatasi Masalah Pencapaian mata
pelajaran Sains, di mana kebanyakkan murid lemah dalam bahagian A.
Bagi memahami masalah murid dengan lebih mendalam guru akan menjalankan
kajian tindakan. Kajian tindakan yang dijalankan ini mampu membantu memahami
masalah murid dalam semua mata pelajaran dengan lebih mendalam.
LANGKAH 4 : MEMBUAT PRIORITY INTERVENSI
Proses pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam memacu
kecemerlangan akademik murid. Secara zahirnya , pencapaian murid dilihat mempunyai hubungan
terus dengan sekolah. Namun , hakikatnya pendidikan ialah perubahan tingkah laku yang berlaku di
sekeliling murid tanpa mengira masa sama ada mereka berada di sekolah mahupun di rumah. Oleh
yang demikian , teori Behavior perlu digunakan terlrbih dahulu.
1. MENGAPLIKASIKAN TEORI BEHAVIOR
Teori Behavior menekankan perubahan tingkahlaku dan mengamalkan kaedah peniruan
serta kaedah peneguhan, oleh yang demikian , bagi fasa pertama dari Januari hingga
Februari, guru lebih mementingkan perubahan sikap murid murid. Murid murid
didisiplinkan tentang penghantaran buku, memupuk minat dalam mata pelajaran yang lemah
serta tidak malu bertanyakan soalan sekiranya mereka tidak memahami konsep yang
diajar. Oleh yang demikian , langkah, langkah yang perlu di ambil pada fasa i9ni ialah :
Program guru Penyayang
Program Motivasi Sentuhan Kasih
Mentor Mentee
2. MENGAPLIKASIKAN TEORI KOGNITIF
Teori Kognitif lebih menekankan kepada keupayaan murid menguasai mata pelajaran yang
diajar. Setelah guru memperolehi tingkahlaku yang diinginkan daripada murid, pendekatan
teori kognitif akan lebih mudah dicapai. Oleh yang demikian , bagi menggunakan pendekatan
teori kognitif yang lebih kepada keupayaan murid menguasai topic yang diajar oleh guru..
Maka pada fasa kedua sekitar bulan Feb hingga Mei, guru akan lebih menekankan kepada
aktiviti berkaitan dengan pembelajaran dan pembelajaran seperti :-
Bil
Aktiviti
Hari
Masa
1
Kelas Kecemerlangan UPSR
Isnin - Khamis
3.00 5.00 petang
2.
Kelas tuisyen Felda
Setiap Sabtu mengikut Jadual
8.00 12.30 petang
3.
Kelas Tambahan Bahasa Inggeris
Setiap Jumaat
3.00 5.00 petang
LANGKAH 5 : MENYEDIAKAN PELAN TINDAKAN
PENTADBIR
Membentangkan pencapaian murid selepas setiap kali ujian kepada semua guru
Menilai keberkesanan setiap program yang dijalankan
Membuat tindakan susulan dan kajian semula.
GURU
Mengajar dan membimbing murid secara berfokus dan berkesan
Mengadakan kolaborasi antara guru lama dan guru baru
Menyediakan profil murid target
Mengenalpasti topic yang belum dikuasai oleh murid
MURID
Menambah bilangan set soalan latih tubi
Murid dibantu untuk menilai kelemahan diri sendiri dan seterusnya mengatasi masalah
tersebut
IBU BAPA
Mengadakan perjumpaan tiga penjuru antara ibu bapa dengan setiap kali ujian ( 4 kali
sebelum UPSR )
Khidmat baik ibu bapa dan komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran. Contoh :
Kerjasama dengan Mahasiswa UNIZA dan Mahasiswa tajaan MAINS
Mengadakan program Keibubapaan dan ceramah motivasi
Disediakan oleh :
..
(CIK ZARINA ABDUL AZIZ )
Setiausaha,
Program Kecemerlangan UPSR
SK( F ) Bandar Baru Serting