You are on page 1of 13

Konsep Falsafah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pengenalan
Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses pengajaran
dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancer dan dapat
mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan
ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah melibat
beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi kini, setiap perkara
memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke hadapan.
Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk mengembangkan
potensi individu, menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan ilmu dengan betul,
mempunyai peluang masa depan yang cerah, persiapan mengalami perubahan seiring dengan
gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi.
Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia bersetuju
menyelaraskan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan
Negara berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini bertujuan
mewujudkan insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri (self well-being) serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
Pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak bermula dari sekolah
rendah seawal tujuh tahun. Di samping menjadi wadah penyampaian ilmu, sekolah
merupakan tempat pembentukan peribadi seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai-nilai
murni. Walaupun tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan di Malaysia
sering berunbah mengikut keperluan semasa dan sejajar dengan perubahan aspek ekonomi,
sosial dan politik.

Konsep Falsafah

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan „falsafah‟ berasal daripada
beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos
(hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cinta
kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa Inggeris.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu,
falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan
sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.
Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau pemandangan
yang benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para ahli fikir ini merupakan hasil
pengemblengan buah fikiran hasil daripada kajian mereka menggunakan kaedah yang
sistematik dan berinsurkan logic akal.
Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan perkataan „berfikir‟. berfikir sahaja
tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah namun perlu mempunyai
beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada perkara demikian ialah
falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara kritikal, berfikir secara
universal dan berfikir secara integral.
Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi
sejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik,
perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan
menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas .Perbahasan
mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah mengenai ilmu merupakan
falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut perkembangan semasa dan bergantung kepada
tahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat.

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti
pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan negara Malaysia
untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negara-negara
membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah
ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat .
Berikut merupakan hasrat dalam FPK :

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."

Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini, dapatlah dirumuskan secara
ringkas bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal insan berkualiti yang baik,
seimbang dan bersepadu secara langsung merupakan saluran utama untuk mencapai cita-cita
Negara .
FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar
Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan matlamat pendidikan, secara
jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab serta menjadiwarganegara yang baik.
•Memperkembang potensi individu
•Rakyat yang berilmu
•Kepercayaan kepada Tuhan
•Rakyat Malaysia yang berketrampilan
•Rakyat yang berakhlak mulia
•Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
•Sumbangan rekyat menerusi FPK
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga,
masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju di samping
bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan
tidak kira daripada sebarang aspek pun.
FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran
1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan matlamat
pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insane yang berilmu,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadi warganegara yang baik. Secara
keseluruhannya, terdapat 7 konsep utama FPK iaitu :




Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri
daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan mampu
bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah
dan Sarawak. Dengan adanya perpaduan, negara akan aman,sentosa dan bahagia dan
seterusnya menjana peningkatan produktiviti Negara.

Analisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. Memperkembang Potensi Individu
Perkara yang dititikberatkan dalam konsep FPK ialah perkembangan seseorang
individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi , intelek dan juga sosial. Tujuan
membangunkan insan secara menyeluruh ini bukanlah untuk melahirkan insan yang
sempurna tetapi untuk menyediakan tenaga manusia yang serba boleh.
2. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
Pendidikan merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat. Sejurus itu,
menyediakan rakyat yang berilmu merupakan prioriti utama dalam mendidik masyarakat
kerana ilmu akan menentukan hala tuju seseorang itu kelak.
3. Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan
Unsur yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu adalah kepercayaan kepada
Pencipta kerana kehidupan beragama merupakan fitrah semula jadi bagi setiap manusia. Di
Malaysia, agama rasmi ialah agama Islam. Di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti
oleh penganut-penganut agama lain.
4. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia perlulah mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan
tugas serta mempunyai kemahiran khusus dalam bidangnya. Hal ini adalah untuk memastikan
individu tersebut dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna. Perkara ini secara
tidak lansung akan mematangkan individu tersebut dan menjadikannya seorang yang
berketrampilan.
5. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
FPK juga menerapkan konsep berakhlak mulia dalam pendidikan kerana akhlak mulia
akan memastikan individu tersebut menghayati nilai kerohanian,kemanusiaan dan
kewarganegaraan. Dengan berbekalkan ilmu, seseorang itu dapat terus mengamalkan nilai-
nilai murni yang dipelajari secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan
sehariannya.
6. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Konsep ini penting kerana rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan
memiliki jiwa yang tenang, akal yang waras, perhubungan yang baik serta kuat dalam
menghadapi cabaran mendatang. Dengan ini, potensi seseorang itu dapat dikembangkan lagi
untuk keperluan diri sendiri, masyarakat, agama dan Negara.
7. Rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan Negara.
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga,
masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju di samping
bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan
tidak kira daripada sebarang aspek pun.






















Konsep Yang Sesuai Bagi Falsafah Pendidikan Dalam
Masyarakat Islam
1. PENDAHULUAN
Pendidikan adalah satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap
individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang
dinamik dalam semua aspek kehidupan. Dalam menempuh alam teknologi maklumat tidak
dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari
dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana masyarakat pelajar
adalah aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka
adalah generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencoraki masa depan sesebuah
negara pada zaman yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan
mencorakkan keunggulan masyarakat Islam sebagai agama sejagat.
Ramai tokoh telah berusaha untuk memberikan idea-idea dan konsep-konsep yang sesuai
bagi golongan masyarakat global. Ini termasuk juga tokoh-tokoh Islam berusaha sama untuk
mendalami pelbagai bidang keilmuan dan pendidikan semata-mata untuk kebaikan
masyarakat dunia Islam. Hasilnya terdapat pelbagai konsep falsafah pendidikan bagi
kepentingan suatu bangsa umat atau negara.
Satu persoalan yang ingin dikemukakan di sini, adakah apa yang kita rancangkan hari ini
melalui pelbagai konsep pendidikan dapat melahirkan generasi rabbani pewaris anbiya‟ dan
ulama‟ serta menjadikan masyarakat Islam yang berilmu? Ada bukti menunjukkan, masih
timbul persoalan dan keraguan di sudut hati para penyelidik yang membuat kajian,
pemerhatian, peka dan prihatin kepada perkembangan masyarakat Islam hari ini.
Sebahagiannya masih mencetuskan, kenapa tahap pemikiran masyarakat Islam secara
umumnya tidak maju?. Kenapa keterampilan, pemikiran, kewibawaan, daya intelek
masyarakat Islam selalu dikatakan ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan
masyarakat di negara-negara barat umpamanya?. Mengapakah masyarakat ini meskipun
disemai dengan benih-benih keimanan masih terjebak dengan gejala sosial?. Adakah sesuatu
yang tidak kena dengan idea atau konsep falsafah pendidikan itu sendiri atau mungkin
kekeliruan berlaku dari segi aplikasi?. Adakah mungkin kerana ini yang kita katakan kita
memerlukan satu tajdid dan perubahan?
Justeru itu suatu yang amat wajar untuk kita meneliti kembali konsep falsafah pendidikan di
peringkat awal. Jika generasi Islam yang mahu kita lahirkan adalah generasi serba boleh,
berketerampilan, berwawasan , tinggi daya keintelektualan dan utuh imannya demi
kepentingan masyarakat dunia Islam.
2. KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN
Banyak konsep-konsep telah diketengahkan oleh tokoh-tokoh pendidikan seluruh dunia.
Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh mengkaji dan membuat penyelidikan semata-
mata untuk kebaikan. Konsep memberikan kita makna atau maksud pengertian am (pendapat
yang terbentuk dalam fikiran) mengenai sesuatu, tanggapan, gagasan idea yang mendasari
sesuatu. Falsafah menurut sejarah berasal dari perkataan bahasa Yunani iaitu philosophic.
Philo bererti cinta atau kaji atau hargai dan sophic bererti hikmat atau kebajikan atau
kebenaran. Jika digabungkan daripada kedua-dua perkataan philosophic disebut cinta
kebenaran atau cinta hikmat.
Justeru itu perkataan falsafah dapat diertikan sebagai usaha mencari sesuatu kebenaran atau
keyakinan yang berhubung dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan akal fikiran.
Dalam erti kata lain falsafah adalah mencari atau menganggap sesuatu dengan menggunakan
kecerdasan akal fikiran dan kebijaksanaan.
Makna pendidikan dapat kita definisikan melalui pendapat daripada beberapa tokoh pendidik
seperti pendapat John Dewey yang mendefinisikan pendidikan sebagai proses pertumbuhan
dan perkembangan. Bagi James Mill mendefinisikan pendidikan adalah satu proses memberi
pertolongan maksimum kepada setiap anggota satu-satu masyarakat supaya hidup penuh
keselesaan serta kegembiraan. Manakala Prof. H. Home mendefinisikan pendidikan sebagai
suatu proses abadi bagi menyesuaikan diri manusia yang bebas, insaf serta dewasa
kejasmanian dan fikirannya dengan tuhan, sebagaimana yang ternyata dalam alam aqliah,
perasaan dan kemahuan manusia.
Di samping tokoh barat terdapat juga golong Islam mendefinisikan makna pendidikan seperti
Hassan Langgulung di mana dia berpendapat bahawa pendidikan sebagai satu bentuk
interaksi manusia. Ia adalah suatu tindakan sosial yang dimungkinkan berlakunya melalui
suatu jaringan hubungan kemanusiaan. Jaringan-jaringan ini bersama dengan hubungan
dalam peranan individu di dalamnya yang membentuk watak pendidikan masyarakat. Dalam
kitab Tazkirat as-Sami, Ibnu Jama‟ah memandang pendidikan dari kaca mata falsafah.
Menurut beliau, tujuan asas pendidikan ialah membina akhlak dan jiwa. Orang yang paling
istimewa ialah orang yang berilmu dam mengamalkan ilmunya dengan betul, iaitu orang
yang berpegang kepada prinsip bahawa mencari ilmu adalah untuk mencari keredaan Allah
semata-mata.
Dari definisi-definisi di atas, dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan merupakan suatu
proses yang berterusan untuk membentuk manusia ke arah kehidupan bermakna di dunia dan
akhirat. Oleh sebab antara fungsi pendidikan ialah penyampaian ilmu yang menyeluruh
kepada manusia, maka ilmu yang diterima akan menentukan nilai dan keyakinan yang akan
dianuti oleh seseorang sehingga membina keazamannya. Keazaman yang berdasarkan nilai-
nilai pendidikan inilah yang akan menggerakkan seseorang untuk bertindak melaksanakan
tugas dan tanggungjawab ini selaku khalifah Allah di muka bumi.
Mengenai dengan pengertian falsafah pendidikan, Abd Fatah mentakrifkan sebagai suatu
sistem kepercayaan, pegangan dan prinsip am yang mana membincangkan berbagai-bagai hal
mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan disekolah. Di samping itu Al-
Syaibani memberikan takrif falsafah pendidikan sebagai usaha bagi melaksanakan teori dan
kaedah berhubung pengalaman manusia. Dan ia juga mampu menilai, menyelaras dan
menganalisis masalah berhubung kehidupan.
Konsep Falsafah Pendidikan telah diketengahkan melalui pendapat tokoh-tokoh pendidikan
di mana konsep falsafah pendidikan mempunyai fungsi-fungsi serta konsep seperti di bawah:-
1. Proses sosiolisasi:- pendidikan memberi murid peluang untuk berinteraksi antara satu sama
lain supaya mereka menjadi dewasa yang berfungsi kelak.
2. Pembentukan budaya:- pendidikan mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya.
3. Penempatan sosial:- pencapaian di sekolah dinilai berasaskan pencapaian akademik. Secara
unggul, kejayaan akademik murid menjadi asas kepada kejayaan sosial pada masa depan.
Secara umum, falsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran yang analytical yang
digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep atau asas berhubung dengan pendidikan. Antara
perkara-perkara yang menjadi tumpuan para pendidik termasuk seperti berikut:-
I. Apakah jenis-jenis pendidikan yang kita hasratkan untuk anak-anak kita?
II. Apakah tujuan pendidikan?
III. Apakah peranan pendidikan untuk kita dan masyarakat?
IV. Apakah yang wajar diajar di sekolah?
V. Apakah kaedah pengajaran yang sesuai?
VI. VI. Apakah peranan guru?
VII. Bagaimanakah kita boleh memahami anak murid kita dengan lebih berkesan?
Dari persoalan di atas dapatlah kita rumuskan konsep-konsep falsafah pendidikan yang sesuai
untuk kita ketengahkan. Di mana bagi membentuk masyarakat Islam madani seharusnya
falsafah itu selari dengan kehendak Islam. Dari itu jika diteliti falsafah pendidikan Islam
adalah amat sesuai bagi masyarakat Islam keseluruhannya.
3. KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM SESUAI DALAM MASYARAKAT
ISLAM
Sekalipun terdapat pelbagai falsafah pendidikan yang diketengahkan oleh tokoh-tokoh dahulu
seperti tokoh falsafah umum mahupun tokoh-tokoh falsafah barat. Falsafah pendidikan Islam
lebih bersifat holistik yang bermaksud bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai
suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu
sahaja tetapi ia merangkumi kesemua yang dikehendaki dalam sebuah matlamat pendidikan
sama ada dari segi rohani jasmani dan intelektual.
Sehubungan itu, amat penting bagi kita menggubal satu falsafah dan epistemologi baru yang
sesuai bagi generasi anak muda kita. Di samping itu, menjadikan pendidikan sebagai satu
usaha untuk memupuk pemahaman bersifat global serta menyemai perasaan cintakan
kemanusiaan dalam kalangan masyarakat Islam sejagat dan yang terpenting menjadikan
manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi sesuai dengan kehendak Islam.
Falsafah pendidikan Islam merupakan satu usaha untuk melahirkan individu yang soleh,
warganegara yang beriman dan beramal soleh. Falsafah pendidikan Islam bertolak dari
tasawur Islam secara menyeluruh, berpaksikan hakikat, ketuhanan, alam dan manusia. Di
samping itu ia berdasarkan enam bidang pendidikan iaitu keimanan, akhlak, jasmani,
pemikiran, kerohanian dan kemasyarakatan. Dari itu sebagai seorang pendidik Islam yang
inginkan masyarakat Islam berjaya seharusnya menekan keenam-enam perkara tersebut
dalam konsep falsafah pendidikan yang akan diketengahkan.
Di antara tokoh Islam yang mengetengahkan konsep-konsep falsafah pendidikan Islam ialah
seperti Turki Rabib (1982), di mana ia menyatakan falsafah pendidikan Islam dibina
berasaskan empat rukun, iaitu:-
a) Iman yang teguh kepada Allah dan Rasul, malaikat, syurga, neraka, dan hari kebangkitan.
b) Akhlak yang baik dan mulia.
c) Berilmu dalam erti menyeluruh.
d) Amal soleh di dunia dan di akhirat.
Jika kita huraikan dari pendapat Turki Rahib di atas, setiap pendidikan dalam Islam
seharusnya mempunyai empat rukun di atas. Dengan diketengahkan keempat-empat rukun di
dalam suatu sistem falsafah pendidikan akan dapat menghasilkan suatu pendidikan yang
bersepadu. Kerana setiap sesuatu matlamat falsafah pendidikan adalah untuk menjadikan
masyarakat yang berilmu, berakhlak, beramal dan berkebolehan serta berketerampilan. Ini
adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah yang bermaksud:- Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal
soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka Dengan sebab iman mereka Yang sempurna
itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman
mereka di Dalam syurga Yang penuh nikmat. ( Al-Qur‟an, Yunus 10:9)
Di samping Turki Rabib, Mohd. Kamal Hassan (1987) mengetengahkan Pendidikan Islam
Juga menekan konsep-konsep berikut:-
a) Pendidikan seumur hidup.
b) Pembangunan seluruh potensi (roh, akal, dan jasad) secara padu mencakupi aspek kognitif,
efektif, volitional (rela atau pasrah dengan hati yang ikhlas menerima segala atau
memberikan sesuatu semata-mata kerana Allah)
c) Menyampaikan dua fungsi:
i) Sebagai hamba kepada Allah („ubudiyyah).
ii) Sebagai khalifah Allah.
d) Memakmurkan seluruh alam.
e) Kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan amal soleh.
f) Kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
Pendapat Mohd Kamal Hassan mengenai konsep-konsep Falsafah Pendidikan Islam lebih
menyeluruh. Kerana ia menekan pelbagai aspek kehidupan serta pendekatannya yang
menitikberatkan keseimbangan yang kukuh antara keperluan rohaniah, akal dan jasmaniah.
Antara pembangunan duniawi dengan pembangunan ukhrawi, Falsafah Pendidikan Islam
menganggap pembangunan akhlak individu yang selari dengan pandangan hidup Islam
adalah teras pembangunan manusia.
Jika kita amati dengan teliti, bahawa pendapat tokoh falsafah pendidikan Islam ia mempunyai
banyak persamaan dengan Falsafah Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Yang mana
Falsafah Negara “adalah usaha yang berterusan bersumberkan ilmu naqli dan „aqli ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang
berilmu, beriman, beramal, berkepandaian, bertaqwa, amanah, bertanggungjawab serta
berakhlak mulia. Segala usaha ini akan mewujudkan masyarakat berilmu dan berwawasan
yang akan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran keluarga, masyarakat, negara
dan sejagat serta menimbulkan suatu identiti kebangsaan berdasarkan falsafah negara Melayu
Islam Beraja menurut Ahli Sunnah Waljama„ah sebagai tapak pertumbuhan dan pengukuhan
ketaatan kepada agama, raja, dan Negara Brunei Darussalam”
Dalam Falsafah pendidikan Negara kita, ia mempunyai konsep-konsep yang amat sesuai bagi
masyarakat Islam di negara kita. Bahkan ia juga sesuai jika di ambil dan diketengahkan ke
dalam suatu masyarakat Islam di luar negara kita. Kerana Falsafah negara kita lebih
menyeluruh dan berkesan untuk pembangunan ummah serta ketamadunan masyarakat Islam
seluruhnya.
4. KONSEP-KONSEP YANG DIKETENGAHKAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
4.1. Pendidikan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Usaha Berterusan.
Sistem pendidikan adalah merupakan usaha berterusan dengan mengambil kira keperluan
duniawi dan ukhrawi. Dengan lain perkataan, bukan duniawi semata-mata dan bukan juga
ukhrawi semata-mata. Tetapi bagai mana caranya sistem pendidikan itu dilaksanakan. Serta
meneruskan setiap usaha atau idea-idea yang dapat membangunkan sistem pendidikan
Negara kita. Kerana pendidikan merupakan suatu yang berubah-berubah mengikut kesesuaian
zaman dan masyarakat. Ini adalah untuk kebaikan masyarakat Islam di negara kita khususnya
dan masyarakat Islam seluruh dunia amnya.
4.2. Bersumberkan Ilmu Naqli Dan „Aqli.
Dalam pendidikan Islam, dua sumber ilmu yang akan diperolehi oleh seseorang itu iaitu ilmu
naqli dan ilmu „aqli. Ilmu naqli ialah ilmu yang datangnya dari al-Qur‟an dan al-Hadits,
manakala ilmu „aqli adalah semua pengetahuan yang dikaitkan dengan akal fikiran dan
rasional. Walau bagaimanapun secara konsep umumnya semua ilmu adalah kepunyaan Allah
Subhanahu wa Ta„ala baik naqli ataupun „aqli, kerana diri manusia itu sendiri adalah
kepunyaan Allah, jadi segala apa jua yang dihasilkan menerusi akal fikirannya adalah juga
kepunyaan Allah.
4.3. Ke Arah Memperkembangkan Potensi Individu Secara Menyeluruh.
Dengan memperolehi ilmu naqli dan ilmu „aqli atau ilmu fardhu „ain dan ilmu fardhu
Kifâyah, maka akan mudahlah untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh,
seimbang dan tidak pincang, sebaliknya mempunyai keperibadian yang luhur dipandang dari
aspek rohani, akhlak dan moral, akal dan jasmani yang memahami dan meyakini bahawa
manusia tidak boleh lari dari kehidupan duniawi dan ukhrawi. Sistem pendidikan kita Brunei
Darussalam menyediakan tapak bagi kecemerlangan kehidupan duniawi dan ukhrawi itu.
4.4. Bagi Melahirkan Insan Yang Berilmu, Beriman, Beramal, Berkepandaian, Bertaqwa,
Amanah, Bertanggungjawab Serta Berakhlak Mulia.
Matlamat dalam sistem pendidikan kita ialah bagi melahirkan insan dengan ciri-ciri yang
disebutkan di atas iaitu:
a. Memiliki ilmu pengetahuan dalam agama Islam dan ilmu-ilmu pengetahuan .
b. Mempercayai akan rukun-rukun iman serta beramal dengannya.
c. Mengerjakan amal ibadat dan kebajikan untuk dirinya, masyarakat, agama, bangsa dan
negara.
d. Memiliki kepandaian atau kemahiran hasil daripada ilmu pengetahuan yang dipelajari.
e. Menjalani kehidupan dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sejati dengan
mengerjakan segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya.
f. Bersifat jujur, ikhlas, setia dan boleh dipercayai dalam segala peranan yang dilaksanakan.
g. Melaksanakan tugas dan peranan dengan sebaik-baiknya
h. Mempunyai keperibadian yang terpuji dan berbudi pekerti sebagai pelengkap peribadi
4.5. Masyarakat Berilmu Dan Berwawasan.
Masyarakat berilmu dan berwawasan adalah merupakan hasil daripada pendidikan yang
berterusan dengan meningkatkan mutu pendidikan dari semasa ke semasa serta kesedaran
yang
mendalam dan kecintaan kepada ilmu pengetahuan. Negara tidak akan maju tanpa ilmu.
Islam adalah satu-satunya agama yang sangat menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Al-
Qur‟an sendiri mengangkat orang-orang atau masyarakat yang berilmu pengetahuan beberapa
darjah perkara ini terdapat dalam firman Allah yang bermaksud:
11. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari
tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah
melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka
bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan
orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat.
dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan. (Al-
Quran, al-Mujaadilah 58:11)
4.6. Keamanan Dan Kemakmuran Keluarga, Masyarakat, Negara Dan Sejagat.
Dengan Insan yang berilmu, beriman, beramal, berkepandaian, bertaqwa, amanah dan
bertanggungjawab serta berakhlak mulia pasti akan membentuk keluarga yang bahagia dan
masyarakat harmoni dan akan mewujudkan keamanan dan kemakmuran keluarga,
Masyarakat, negara dan sejagat. Di samping itu akan meningkatkan kestabilan negara dan
ekonomi pula berkembang baik, hasilnya ini akan memberikan kehidupan yang sempurna di
kalangan masyarakat Islam di negara kita ini.
4.7. Identiti Kebangsaan Berdasarkan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja Bersendikan
Ajaran-Ajaran Agama Islam Menurut Ahli Sunnah Waljama„ah.
Memiliki identiti kebangsaan bermaksud memiliki identiti kebruneian yang terkandung
dalam falsafah negara Melayu Islam Beraja. sifat-sifat ini akan dilaksanakan bersendikan
ajaran-ajaran Islam menurut ahli Sunah Waljamaah. kerana fahaman Ahli Sunnah Waljamaah
yang menjadi teras di dalam falsafah pendidikan kita. Kerana dasar-dasar iktikad Ahli
Sunnah Waljamaah bersifat sederhana yang diisi dari perjalanan dan amalan Rasullullah
Sallallahu „alaihi wasallam dan perjalanan para sahabat baginda Radhiallahu „anhum lalu
menjadi ikutan di dunia dari dahulu hingga sekarang. Dasar-dasar itu selaras dengan
pertimbangan akal yang waras dan dengan dalil-dalil al-Qur‟an dan al-Hadits
4.8. Tapak Pertumbuhan Dan Pengukuhan Keta„atan Pada Agama, Raja Dan Negara Brunei
Darussalam.
Sebagai suatu proses yang berterusan, pendidikan diharapkan akan dapat mendidik semua
warga Brunei daripada generasi muda hingga dewasa. Bagi warga muda, pendidikan adalah
tapak kepada wujudnya ketaatan kepada agama, raja dan negara. Manakala bagi generasi
dewasa, pendidikan dihasratkan akan mengukuhkan pula ketaatan dan kesetiaan berkenaan.
Dengan lain perkataan, falsafah Melayu Islam Beraja yang mana Islam menjadi terasnya,
menurut aliran Ahli Sunnah Waljamaah itu adalah menjadi asas yang kuat sebagai tapak
pertubuhan dan menjana dengan subur dan kuatnya kehidupan beragama, berbangsa, beraja
dan bernegara.
Bila kita renungkan dengan penuh penghayatan, Falsafah Pendidikan Negara Brunei
Darussalam adalah suatu falsafah yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam di
negara kita khususnya kerana ia mempunyai suatu unsur atau sistem kehidupan yang
menyeluruh. Dalam Islam, pendidikan adalah sebahagian perkara penting dalam mengatur
sistem kehidupan yang sempurna.
5. KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM AMAT
BERSESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN MASYARAKAT ISLAM.
Kesesuaian konsep Falsafah Pendidikan negara kita dalam masyarakat Islam adalah kerana
berkonsepkan perkara berikut:
1. Penggunaan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber utama.
2. Memerintah, mendorong, memandu serta membimbing masyarakat Islam khususnya dan
masyarakat lain amnya menggunakan akal untuk berfikir, bertafakur, membuat penyelidikan,
penelitian dan sebagainya.
3. Pembangunan seluruh potensi (roh, akal, dan jasad) secara padu mencakupi aspek kognitif,
efektif, volitional (rela atau pasrah dengan hati yang ikhlas menerima segala atau
memberikan sesuatu semata-mata kerana Allah)
4. Kesepaduan dalam melahirkan insan yang sempurna dalam segala aspek kehidupan.
5. Berkaitan dengan realiti masyarakat dalam hubungan kebudayaan, sosial, ekonomi dan
politik seperti yang terdapat dalam Falsafah Melayu Islam Beraja.
6. Bersifat dinamik, berkembang, sesuai dengan perkembangan penyelidikan dan kajian-
kajian dalam pendidikan melalui usaha yang berterusan.
7. Bebas daripada pertentangan dan percanggahan antara prinsip kehidupan dengan
kepercayaan yang menjadi dasar pegangan masyarakat Islam.
8. Perkembangan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan intelektual.
6. KESIMPULAN
Falsafah pendidikan digubal adalah untuk memberikan kesedaran bahawa masyarakat atau
negara mesti mempunyai hala tuju dan matlamat. Sebab itu kesesuaian konsep-konsep dalam
falsafah pendidikan seharusnya menekankan elemen-elemen yang menjurus kepada
pembangunan masyarakat dan negara. Pelaksanaan satu-satu konsep hendaklah dimulakan
dari akar umbinya kerana apabila ingin menjayakan sesuatu seharusnya bermula dari
peringkat bawah. Tetapi timbul pula pertanyaan, kenapa sebuah konsep pendidikan yang
begitu sempurna, tetapi tidak mampu melahirkan insan yang sempurna. Bagi saya apa yang
menyebabkan ini berlaku adalah faktor pelaksanaannya. Kemungkinan ada pihak-pihak yang
kurang mengambil perhatian dalam pelaksanaan satu-satu tujuan atau matlamat falsafah
pendidikan tersebut. Kerana usaha ke arah itu memerlukan kesepaduan semua pihak yang
terlibat. Apa pun jua falsafah pendidikan yang diketengahkan, jika dasar pelaksanaannya
kurang diambil perhatian sewajarnya, maka tujuan yang ingin kita capai melalui falsafah
pendidikan itu tidak akan kesampaian. Dari itu sama-samalah kita muhasabah diri kita dari
semasa ke semasa untuk mencapai serta mengukuhkan cita-cita kita, masyarakat Islam dan
negara kita.
7. CADANGAN
Untuk sentiasa meningkatkan pelbagai konsep falsafah pendidikan seharusnya ada
perubahan-perubahan ke arah perkara itu. Di sini dikemukakan beberapa cadangan untuk
kebaikan masyarakat Islam di negara kita khususnya dan masyarakat Islam amnya.
1. Keterlibatan keseluruhan masyarakat Islam dalam membangun ummah Islam yang madani.
2. Cetusan idea-idea atau pandangan yang menjurus ke arah kebaikan masyarakat Islam yang
berhubung dengan pendidikan hendaklah diketengahkan dan dilaksanakan sekalipun
cadangan itu daripada kelas orang bawahan.
3. Mempelbagaikan pendekatan-pendekatan ke arah memajukan sistem pendidikan demi
melahirkan masyarakat Islam yang bersih dari segi rohani, jasmani dan intelektual .
4. Dilengkapi pendidikan negara dengan program-program pembangunan masyarakat.
5. Membangun pertubuhan dan institusi yang kuat dalam bidang keilmuan dan pendidikan
bagi semua lapisan masyarakat Islam.
6. Memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti berbentuk pendidikan di semua peringkat dari
peringat kanak-kanak membawa kepada peringkat dewasa dan orang tua.
7. Konsep falsafah Pendidikan seharusnya dinilai pada setiap waktu. Kerana konsep
pendidikan tersebut sentiasa berubah mengikut keadaan dan zaman semasa.
8. BIBLIOGRAFI
- Al- Quran Al-Karim
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003, Falsafah Pendidikan dan
Kurikulum, Tanjung Malim Perak, Malaysia, Quantum Books
- Abd.Rahman Aroff Zakaria Kasa, 1994, Falsafah Dan Konsep Pendidikan,
Kuala Lumpur, Fajar Bakti Sdn Bhd.
- Ahmad Mohd Salleh, 2008, Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi dan
Pedagogi Pendidikan, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn Bhd.
- Dr. Gamal Abduk Nasir Zakaria, 2003, Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam,
Pahang Darul Makmur, PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
- Ee Ah Meng, 1995, Pendidikan Sebagai Suatu Proses Asas Pembelajaran 1,
Selangor Darul Ehsan, Fajar Bakti Sdn Bhd.
- ______________, 1989, Kamus Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
& Pustaka, Kem. Pendidikan Malaysia.
- ______________, 2006, Pendidikan Dan Profesionalisme, Jabatan Perdana
Menteri, Negara Brunei Darussalam
- http://www.scribd.com/doc/16737591/Konsep-falsafah-pendidikan
(di layari pada 29hb Januari 2011 )
Share this: