You are on page 1of 5

Semangat kejiranan merujuk aspek kesefahaman dan hubungan erat sesama jiran.

Pelbagai
langkah dilakukan bagi mengembalikan semangat kejiranan yang kian luntur.Semangat
kejiranan memberi manfaat yang besar dalam masyarakat mahupun negara.
Jelaskan kepentingan semangat kejiranan kepada masyarakat.
PERENGGAN
PENDAH!
AN
"enyentuh isu "eny#k#ng isu$berupa
situasi semasa%
"engaitkan
sk#p isu
dengan
perenggan
seterusnya
Nusa tercinta kita Malaysia
merupakan negara yang
mempunyai anak watan
berbilang kaum dan hidup secara
bersama sehati sejiwa ibarat
peribahasa seikat bak sirih,
serumpun bak serai.
Sehubungan dengan itu,
kebanyakan anggota masyarakat
hidup berjiran di kawasan bandar
ataupun di kawasan luar bandar
dan mereka saling berhubung,
bertemu dan berurusan antara
satu sama lain
Namun terdapat lakaran suram
yang menyelubungi kita bahawa
ada pandangan yang
menyatakan bahawa semangat
kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia pada masa
ini dikatakan semakin terhakis
ibarat hidup segan mati tak
mahu
Banyak kempen
dan usaha telah
dijalankan oleh
pelbagai pihak
untuk merapatkan
kembali hubungan
dalam kalangan
jiran kerana
semangat kejiranan
begitu penting
dalam kehidupan
bermasyarakat.
&si'&si
Rele(an
Huraian )#nt#h *esimpulan
bagi setiap isi
memupuk
kerjasama
dalam
kalangan
anggota
masyarakat
'Kerjasama ini boleh dipupuk
melalui penglibatan anggota
masyarakat dalam pelbagai
aktiviti yang diadakan di
kawasan tempat mereka tinggal.
' Mereka akan lebih mesra,
saling membantu bagai aur
dengan tebing tanpa
membezakan warna kulit, bangsa
atau kepercayaan.
Aktiviti kemasyarakatan seperti
gotong-royong, majlis sambutan
perayaan atau perjumpaan
bulanan komuniti dapat
mempertemukan semua jiran,
saling berkenalan dan
merapatkan hubungan .
Hal ini
menunjukkan
bahawa semangat
kejiranan yang
dipupuk dapat
membentuk
kerjasama dalam
kalangan anggota
masyarakat
seterusnya
membentuk
ukhuwah yang
kukuh dan ampuh.
&si'&si
Rele(an
Huraian )#nt#h *esimpulan
bagi setiap isi
membentuk Mengimbas kembali Peristiwa Masyarakat yang berbilang Tegasnya semangat
semangat
kekitaan dan
melahirkan
masyarakat
yang bersatu
padu
13 Mei 1969 menunjukkan
bahawa jika masyarakat tidak
bersatu padu dan berpecah-belah,
negara akan musnah dan
kehidupan anggota masyarakat
tidak akan selesa dan aman.
' Tuntasnya, semangat kejiranan
membolehkan semua anggota
masyarakat memahami antara
satu sama lain.
kaum ini boleh mempelajari
perbezaan budaya dan sistem
sosial masyarakat lain
seterusnya memahami sensitiviti
mereka agar dapat bertoleransi,
bekerjasama dan saling
menghormati
kejiranan penting
dalam membentuk
masyarakat yang
bersatu padu dan
seterusnya dapat
memacu
pembangunan
negara ke arah
kegemilangan
&si'&si
Rele(an
Huraian )#nt#h *esimpulan
bagi setiap isi
memudahkan
kerajaan
melaksanakan
pelbagai
program
pembangunan
dan membawa
kemajuan
kepada rakyat.
'. Slogan Negara Maju Rakyat
Sihat menunjukkan apabila
rakyat hidup dalam keadaan sihat
sejahtera maka pelbagai
rancangan pembangunan dapat
diatur, dirancang dan
dilaksanakan secara lancar tanpa
sebarang kekangan.
-Jika masyarakat dapat hidup
bersama dalam suasana yang
aman dan harmoni maka segala
kemajuan yang disediakan oleh
kerajaan di seluruh pelosok tanah
air akan dapat dinikmati
bersama-sama secara adil dan
saksama.
Sebagai contohnya, kerajaan
telah berupaya membina
pelbagai kemudahan dan
infrastrukutr di kawasan taman-
taman perumahan seperti dewan
orang ramai, balai raya, taman
permainan kanak-kanak
mahupun pusat komuniti atas
inisiatif, semangat kejiranan dan
perpaduan yang ditunjukkan
oleh anggota masyarakat di
sesetengah kawasan tempat
tinggal.
Jelaslah semangat
kejiranan penting
bagi membantu
anggota
masyarakat dalam
suatu kawasan
kejiranan
menikmati
pelbagai
kemudahan awam
yang disediakan
oleh pihak
kerajaan.
&si'&si
Rele(an
Huraian )#nt#h *esimpulan
bagi setiap isi
membantu
melahirkan
anggota
masyarakat
yang harmoni,
mempunyai
jati diri dan
semangat cinta
akan negara
Melalui hubungan kejiranan,
pelbagai aktiviti berbentuk
pemupukan nilai-nilai
patriotisme dapat
diimplimentasikan.
Sebagai contoh, mengibarkan
jalur gemilang, mengadakan
pameran sempena ulang tahun
kemerdekaan negara ataupun
menyertai perarakan dalam
sesebuah pesta. Datuk Azhar
Bin Mansor merupakan contoh
paling jelas, dan atas sokongan
rakyat Malaysia membolehkan
beliau melakukan pelayaran solo
Hal Ini jelas
menunjukkan
keharmonian
kehidupan rakyat
Malaysia
membolehkan
mereka melakukan
sesuatu hal dan
perkara yang amat
hebat bagi
mengelilingi dunia sambil
mengibarkan Jalur Gemilang
dengan penuh kejayaan.
melonjakkan
Malaysia di
persada
antarabangsa
&si'&si
Rele(an
Huraian )#nt#h *esimpulan
bagi setiap isi
sebagai produk
pelancongan
Sesungguhnya, kedatangan
pelancong asing ke negara ini
banyak disebabkan kehidupan
masyarakat Malaysia yang unik,
mempunyai pelbagai seni budaya
yang menarik dan hidup secara
harmoni dalam komuniti
kejiranan.
-Sesungguhnya, perpaduan
masyarakat banyak membantu
menarik kehadiran pelancong
terutamanya ketika musim
perayaan besar.
Sebagai contohnya pada
sambutan Hari Kemerdekaan,
Majlis Rumah Terbuka dan
sambutan pesta-pesta tertentu
menampilkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum di
negara kita yang amat disukai
oleh para pelancong asing
tersebut .
-Selain di kawasan bandar,
produk pelancongan seperti
Program Homestay atau Inap
Desa di kawasan luar bandar
juga dapat menunjukkan
semangat hidup berjiran dalam
kalangan masyarakatnya .
Maka
sememangnya
semangat kejiranan
dalam kalangan
masyarakat
Malaysia sangat
berfaedah dan
membawa
pulangan ekonomi
yang begitu
memberangsangka
n kepada negara.
*esimpulan
terhadap isi'
isi
pendirian+ penegasan
sk#p isu s#alan
Harapan terhadap isu
Intihanya,
semangat
kejiranan
merupakan
sebahagian
daripada amalan
dan menjadi
budaya
masyarakat di
Malaysia yang
menjadikan
negara kita unik
pada pandangan
masyarakat di
luar sana malah
dikenali di
seluruh dunia
Tuntasnya, Semangat kejiranan
bukan sahaja penting dalam
mengekalkan suasana harmoni
dalam kalangan rakyat di negara
kita malah sumbangannya cukup
besar terutamanya bagi
memastikan Malaysia terus
cemerlang dan mampu berdaya
saing pada masa akan datang
kerana rakyatnya yang
bersahsiah terpuji bagi
melahirkan modal insan
berminda kelas pertama yang
dapat memacu negara tercinta
ke arah kegemilangan di puncak
jagat.
Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup
secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai. Sehubungan dengan
itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan
mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun terdapat lakaran suram yang
menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak
kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan dalam
kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di
sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai
aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,
majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling
berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan
tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat
kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya
membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika
masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat
tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat
memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya
dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi,
bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat
yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan
melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan
Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka
pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang
kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala
kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama
secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan
infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan
kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan
oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi
membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang
disediakan oleh pihak kerajaan.
Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia
sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka
negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan
vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan
semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-
nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan
pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta.
Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan
beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh
kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka
melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini
banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang
menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak
membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada
sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan
perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut .
Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar
bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka
sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa
pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya
masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah
dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana
harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi
memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya
yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara
tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.