You are on page 1of 8

Kebaikan kemasukan pendatang asing

Kesan positif akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia

• Mempercepat proses pembangunan Negara.
Malaysia merupakan sebuah Negara yang pesat membangun, dengan pertumbuhan ekonomi yang
mantap. Malaysia sentiasa melakukan perubahan menyeluruh khususnya dalam pembangunan
infrastruktur, dan prasaran yang sistematik.oleh itu, kesemua ini perlu di bangun dalam masa yang
singkat selaras dengan perkembangan Negara.dalam usaha untuk mencapai misi tersebut,keperluan
tenaga buruh diperlukan kerana memainkan peranan dalam mempercepatkan arus pertumbuan
Negara.sungguhpun begitu,Malaysia menalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan
pembangunan tersebut dan secara tidak langsung menyebabklan Malaysia memerlukan tenaga buruh
dari luar dari luar seperti Vietnam, Myanmar, India dan Indonesia. Dengan adanya pendatang asing yang
bekerja sebagai tenaga buruh, maka proses pembangunan Negara akan berlangsung dengan cepat.

• Mengatasi masalah kekurangan pekerja terutama dalam sektor perladangan dan pertanian.
Industri sawit merupakan sektor pertanian termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam
ekonomi Malaysia di segi penjanaan pendapatan eksport (RM 65 billion) dan di bidang sosial dengan
memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka dan pekebun kecil (2 juta isi keluarga). Justeru,
industri sawit perlu dikekalkan untuk terus berkembang dalam menjana pertumbuhan ekonomi ketiga
bagi menunaikan tanggungjawab ekonomi dan sosial negara pada masa hadapan. Sejajar dengan itu,
industri sawit wajar diberi perhatian khususnya dalam pertimbangan asas untuk mengatasi masalah
yang dihadapi sekarang dan bagi merancang kesinambungan pertumbuhannya pada masa hadapan.
Sekiranya tidak diberi perhatian, prestasi industri sawit akan terjejas dan mampu memberi implikasi
negative terhadap pembangunan ekonomi negara.Namun begitu, Industri sawit dijangka akan
menghadapi masalah pertumbuhan pada masa hadapan kerana kekurangan tenaga kerja untuk
menggerakkannya. Hal ini disebabkan kerana kurangnya minat dalam kalangan tenaga kerja tempatan
sementara kemajuan dalam teknologi telah mencapai kemajuan di peringkat hiliran tetapi masih terhad
di peringkat huluan. Peranan pendatang asing sebagai tenaga kerja akan menjadi faktor penting pada
masa hadapan kerana dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja di bidang pertanian, mahupun
perladangan.




Bilangan kemasukan pendatang asing ke Malaysia saban hari semakin meningkat.Hal ini berlaku kerana
hidup ataupun punca lain yang menyebabkan mereka perlu berhijrah dari negara asal. Walau
bagaimanapun, hal ini juga memberi manfaat kepada Malaysia .

Antara kebaikan akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia :
1) Pertukaran teknologi
Kedatangan pekerja asing contohnya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan
negera memperlajari dan memperoleh teknologi baru melalui program usahasama yang dilakukan oleh
pihak kerajaan atau organisasi tertentu .

2) Menaikkan imej negara
Kedatangan rakyat asing ke Malaysia juga dapat membantu mempromosikan negara ke pentas dunia.
Contohnya mempromosikan tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat disini secara tidak
langsung dapat membantu industri pelancong negara untuk terus berkembang .

3) Dapat meningkatkan produktiviti negera
Kemasukan pendatang asing ke negara ini telah menyebabkan penawaran tenaga buruh di Malaysia
bertambah dan secara tidak langsung dapat membantu negara meningkat lagi produktiviti yang sedia
ada untuk keperluan global.










Definisi usul
Pendatang asing adalah kedatangan sekumpulan manusia atau seseorang dari sesuatu Negara ke Negara
lain dengan tujuan khusus. Pendatang asing dapat dikategorikan kepada dua kelompok iaitu pendatang
asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin. Pendatang asing yang sah adalah orang yng mendapat
keizinan dari negara yang indin dilanjut berdasarkan Akta dan Peraturan yang ditetapkan. Sebaliknya,
pendatang asing tanpa izin adalah seseorang yang tidak mendapat keizinan dari negara tersebut dan
memasuki secara haram.
Akta
"Pendatang Asing Tanpa Izin" bermaksud mana-mana orang, selain daripada warganegara, Yang
Menyalahi Seksyen 5,6,8,9 Dan 15 Akta Imigresen, 1959/63 atau Peraturan 39, Peraturan-peraturan
Imigresen, 1963.

1.4 KESAN KEBAIKAN.

Kedatangan pendatang asing ke negara kita juga sedikit sebanyak telah membantu membangunkan dan
mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara kita. Malaysia merupakan sebuah negara yan
pesat membangun, dengan pertumbuhan ekonomi yang mantap, Malaysia sentiasa melakukan
perubahan yang sistematik. Oleh itu, ia perlu dibangukan dalam masa yang singkat selaras dengan
perkembangan negara. Untuk mencapai misi tersebut, keperluan tenaga buruh sangat diperlukan dan
memainkan peranan dalam mempercepatkan arus pertumbuhan negara. Sungguh pun begitu, Malaysia
mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan tersebut dan secara
tidak langsung menyebabkan Malaysia memerlukan tenaga buruh dari luar seperti dari Vietnam,
Myanmar, India dan Indonesia. Dengan adanya pendatang asing sebagai tenaga buruh, maka proses
pembangunan negara dapat dilangsungkan dengan cepat. Seterusnya, kedatangan pendatang asing ke
sini dapat mengisi kekosongan dalam sektor pertanian dan perladangan. Industri sawit merupakan
pertanian yang termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia dari segi
penjanaan pendapatan eksport dan dibidang sosial dengan memberi sara hidup kepada pekerja ladang
dan kilang serta peneroka dan pekebun kecil. Kedatangan pendatang asing contohnya tenaga buruh
mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan negara mempelajari dan memperoleh teknologi
baru melalui program usahasama yang dilakukan oleh kerajaan ataupun organisasi tertentu. Selain itu,
ia dapat membantu menaikan imej negara. Kedatangan pendatang asing juga dapat membantu
mempromosikan tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat disini secara tidak langsung dapat
membantu industri pelancongan negara untuk terus berkembang. Kesimpulannya, kedatangan
pendatang asing mencari rezeki di Malaysia sedikit sebanyak telah menguntungkan kita dalam pelbagai
cara. Ia dapat membantu dari segi kemajuan negara.


1.2 DEFINISI PENDATANG ASING.

Pendatang tanpa izin adalah sebagai mana-mana orang selain daripada warganegara yang masuk
dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak dibenarkan atau jalan yang tidak diwartakan dan tanpa
pas atau permit yang sah. Manakala pendatang asing yang datang mengunakan cara yang betul adalah
pendatang asing yang sah. Majoriti pendatang asing mudah dikenali oleh rakyat Malaysia. Biarpun
mereka mempunyai warna kulit yang hampir sama dengan penduduk tempatan, mereka tetap mudah
dikenal pasti. Bagi pendatang Bangladesh dan India, wajah gelap mereka tidak dapat dikelirukan dengan
keturunan India warganegara Malaysia. Manakala pendatang dari Vietnam, mereka tetap gagal meniru
gaya keturunan Cina warga Malaysia . Bagi pendatang Indonesia dan Filipina pula mempunyai wajah
yang seiras dengan bumiputera di negara ini tetapi mereka juga amat mudah dikenal pasti kerana cara
dan gaya mereka berpakaian tetap tidak sama. Secara umumnya, PATI beerti sebagai mana-mana orang
yang telah memasuki negara Malaysia secara haram. Dari segi kamus dewan pula, ia diertikan sebagai
pendatang tanpa izin iaitu orang yang memasuki Malaysia secara haram. Selain itu, maksud pendatang
tanpa izin ( PATI) menurut seksyen 55E(7) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) ialah pendatang tanpa izin
iaitu mana-mana orang selain daripada warganegara yang menyalahi seksyen 5, 6, 8, 9, dan 15 Akta
Imigresen , 1959/63 atau Peraturan 39 dan Peraturan-peraturan Imigresen , 1963. Dalam seksyen 5(2),
ia merupakan orang yang masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak dibenarkan atau jalan
yang tidak diwartakan. Melalui seksyen 6(3), PATI adalah orang yang masuk dan tinggal di Malaysia
tanpa Pas atau Permit yang sah. Manakala, dalam seksyen 8 ialah Imigran Larangan (Prohibited
Immigrants). Selain itu, dalam seksyen 9 pula diertikan sebagai orang yang masuk dan tinggal di
Malaysia setelah Pas atau Permit dibatalkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia. Seterusnya,
dalam seksyen 15 pula, PATI ialah orang yang tinggal di Malaysia setelah Permit dibatalkan atau suatu
pas tamat tempoh. Akhir sekali ialah Peraturan 39(b), dirujuk sebagai orang yang melanggar syarat Pas ,
Permit atau Pas Sempadan. Oleh itu, kita dapat merumuskan bahawa PATI ataupun pendatang tanpa
izin ini adalah orang-orang yang telah memasuki ke dalam negara Malaysia secara tidak sah, curi-curi,
dan secara haram. Manakala, tidak semua pendatang asing masuk secara haram, ada juga yang masuk
secara baik dan melalui pelbagai pemeriksaan untuk mencuba nasib mencari rezeki di Malaysia. 1.3
PUNCA-PUNCA PENDATANG ASING. Kedatangan pendatang asing ke Malaysia ini adalah kerana
beberapa sebab. Kebanyakannya ingin mencari rezeki yang lebih untuk menampung kehidupan seharian
mereka. Ada yang mencari rezeki dengan cara yang baik dan ada juga yang mencari rezeki mengunakan
cara yang tidak baik dan haram. Antara punca kebanjiran pendatang asing ke Malaysia ialah kadar
kemiskinan yang melanda negara mereka adalah sangat tinggi. Keadaan ini dapat dilihat di negara
Indonesia, Filipina dan juga negara India. Oleh kerana terlalu ramai, peluang pekerjaan di negara sendiri
menjadi amat terhad. Keadaan ini telah ,menyebabkan ramai diantara mereka tiada pendapatan dan
hidup dalam kemiskinan. Di Malaysia, peluang pekerjaan untuk pendatang asing dalam beberapa sektor
adalah sangat banyak kerana ramai rakyat Malaysia menolak pekerjaan seperti buruh kasar, bekerja di
ladang-ladang serta kebun dan menjadi pembantu rumah. Akibat daripada kemiskinan dan penganguran
di negara asal pendatang asing, mereka terpaksa kerja di negara kita untuk menyara seisi keluarga di
kampung mereka yang miskin. Kebanyakan pendatang asing akan merebut peluang mengumpul wang
dan harta sebaik sampai di negara kita kerana peluang tersebut tidak ada di negara mereka. Disebabkan
kemiskinan dan penganguran di negara asal mereka, mereka sanggup dan rela bekerja apa sahaja demi
mengisi perut yang kosong. Disamping itu, pendatang- pendatang asing yang ingin melarikan diri dari
kes jenayah yang telah dilakukan di negara asal mereka turut membanjiri negara kita. Kebanyakan
mereka telah melakukan jenayah yang berat seperti membunuh, merompak serta menjual dadah dan
manusia. Mereka telah melarikan diri untuk dielak ditangkap dan diberkas oleh penguatkuasa di negara
mereka. Dengan melarikan diri ke negara lain, mereka boleh memulakan kehidupan baru atau dapat
meneruskan kegiatan pekerjaan mereka di negara lain. Tambahan pula, Negara asal pendatang asing
yang dilanda peperangan,bencana alam, dan rusuhan kaum yang teruk juga turut menyebabkan mereka
membanjiri negara ini. Contohnya seperti, Indonesia dan India yang acap kali mengalami rusuhan antara
kaum. Seterusnya, majikan di Negara asal menggaji mereka dengan gaji yang yang rendah dan
menyebabkan mereka lari ke Negara jiran untuk mencari sesuap nasi. Kemakmuran dan kestabilan
ekonomi di Malaysia juga salah satu punca hal ini berlaku.Pendatang asing sanggup bekerja untuk jangka
masa yang panjang dan kerja berat berbanding dengan rakyat tempatan yang manja dan memilih
pekerjaan. Hal ini menyebabkan ramai majikan tempatan mengambil keputusan untuk menggaji pekerja
asing dengan bayaran yang rendah dan tidak perlu membuat sumbangan SOCSO dan EPF. Melalui cara
ini ia dapat menguntungkan ramai majikan di Malaysia. Seterusnya adalah kedudukan geografi Negara
ini telah membolehkan PATI masuk secara mudah samada melalui jalan darat mahupun laut. Kerajaan
juga kurang melakukan pemantauan dan pemeriksaan terhadap laluan-laluan yang dikenal pasti menjadi
jalan masuk PATI ke negara ini. Kesimpulannya, pendatang-pendatang asing ini mempunyai pelbagai
tujuan untuk mencari rezeki di negara
Bukti Sumbangan Pendatang Asing
César Pelli (lahir pada 12 Oktober 1926 di San Miguel de Tucumán, Argentina) ialah seorang jurubina
kelahiran Argentina, yang terkenal kerana mereka bentuk beberapa buah bangunan tertinggi di dunia
dan bermacam-macam lagi mercu tanda bandaraya utama. Kebanyakan dari hasil seni rekaan bangunan
yang beliau lakarkan, ia lebih dikenali atas hasil karya bereleman litupan metalik dan berlikur.








Pendahuluan
Terima kasih saudara pengacara majlis. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepada
tuan pengerusi, panel hakim yang arif lagi adil, dif-dif kehormat, penjaga masa yang tidak lari dari
landasan waktunya, barisan pembangkang yang hormati, tuan-tuan dan puan-puan.

Salam perdebatan salam teknologi, usul gagasan cukup menarik, Kedatangan Warga Asing Lebih Banyak
Membawa Kebaikan Daripada Keburukan. Menyedari hakikat bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat, kami berempat pada hari ini berhadiran sepakat untuk menyokong usul
melihatkan pada kelebihan-kelebihan yang ada kedatang warga asing. Terus kepada gerak kerja yang
pertama selaku perdana menteri pendefinisian usul frasa demi frasa. Kata orang tak kenal maka tak
cinta, maka kita terus bercinta dengan frasa pertama.

Yang saya hormati Tuan Yang Dipertua Dewan,rakan-rakan kerajaan yang sanggup berkorban demi
kebaikan,delegasi pembangkang yang berhujah demi kebaikan serta ahli – ahli dewan yang budiman.

Amerika dan China
They import “silicon valley” . Most of them are people all over the world.
China
Rural migration to urban areas.
Israel
Bringing Russians into Israel.

Bangladesh, Indonesians, Phillipines
Pekerjaan yang bertaraf rendah.