You are on page 1of 9

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR: Hanis Izzati Binti Ibrahim


PROGRAM: 8PISMP RBT1
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA
NAMA PROJEK/AKTIVITI: BENGKEL I-THINK
TEMPOH PELAKSANAAN: 8.7.2014 HINGGA 11.7.2014



OBJEKTIF :
1) Memberi pendedahan kepada murid tentang i-Think
2) Member peluang kepada murid untuk mengaplikasikan i-Think dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran.
3) Memberi maklumat kepada murid tentang kelebihan menggunakan i-Think.
4) Mewujudkan interaksi positif dalam kalangan murid bagi membantuk
semangat kerja secara kolaboratif.






STRATEGI PELAKSANAAN :
1) Sebelum Pelaksanaan Program I-Think
Pada 7/7/2014, satu perbincangan telah dibuat di bilik Seni Sekolah Kebangsaan
KLIA antara pelatih-pelatih guru yang melakukan internship di sekolah tersebut. Pelatih
guru ini terdiri daripada enam orang pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam dan lima
orang pelajar daripada IPG Kampus Teknik. Perbincangan yang diadakan ini adalah
untuk menetapkan projek-projek yang ingin dilaksanakan bersama. Hasil perbincangan
tersebut, kami telah sepakat untuk mengadakan program Bengkel I-Think. Hal ini
demikian kerana I-Think merupakan satu teknik pembelajaran yang baru diperkenalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, menerusi program ini kami dapat
mendedahkan teknik-teknik I-Think ini kepada murid-murid.
Setelah semua setuju untuk mengadakan Bengkel I-Think, satu perbincangan
yang lebih khusus telah diadakan pada hari yang sama. Perbincangan ini dibuat bagi
membentuk jawatankuasa pelaksana program, kumpulan sasaran, tempat, hari, tarikh,
kos perbelanjaan dan sebagainya. Hasil daripada perbincangan tersebut, saya telah
dilantik sebagai AJK Buku Program untuk Bengkel I-Think. Oleh itu, tindakan pertama
yang harus saya lakukan ialah mencatat segala isi penting dalam perbincangan,
mencari maklumat ringkas dan padat mengenai i-Think dan menyusun tentative
program.
Kami telah menetapkan kumpulan sasaran bagi bengkel ini ialah murid-murid
tahun 5 yang terdiri daripada empat buah kelas. Tempat bengkel ini dilaksanakan ialah
di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan KLIA. Hari dan tarikhnya ialah 11/7/2014
bersamaan hari Jumaat. Dari segi kos perbelanjaan, kami telah menyenaraikan
beberapa perkara yang kami perlukan dan telah dimasukkan ke dalam kertas kerja.
Kami meminta peruntukan daripada pihak sekolah bagi menjayakan program ini.
Pada hari yang berikutnya, kertas kerja telah dihantar kepada puan guru besar
iaitu Puan Rumiah Binti Abd Jalil untuk pengesahan. Setelah berbincang dengan Puan
Rumiah, akhirnya beliau setuju untuk meluluskan program Bengkel I-Think ini. Setelah
mendapat persetujuan daripada beliau, saya telah berjumpa dengan Puan Natrah
Hanim Binti Mansor iaitu mentor saya sewaktu internship ini. Saya menjelaskan kepada
beliau tentang program yang bakal dijalankan. Alhamdulillah, beliau memberikan
sokongan sepenuhnya kepada saya bagi menjayakan program itu, Beliau juga telah
memberikan idea bagi menambah baik beberapa perkara sebelum projek itu dijalankan.
Menurut beliau, program seumpama ini amatlah sesuai dijalankan untuk semua murid
kerana teknik I-Think ini dapat membantu murid untuk meningkatkan lagi kefahaman
berkenaan perkara yang telah dipelajari.
Pada hari Khamis (10/07/2014), guru pelatih telah berbincang sekali lagi
bersama jawatankuasa pelaksana program. Perbincangan ini memberi peluang kepada
setiap ajk untuk menerangkan sejauh mana kerja yang telah dilakukan. Berdasarkan
penerangan yang diberikan oleh setiap ajk menunjukkan segala tugas yang diberikan
dapat dijalankan dengan cemerlang. Pada masa yang sama, kami juga
membincangkan kelemahan-kelemahan yang telah dapat dikenal pasti. Antaranya ialah
kekurangan pen marker bagi menjalankan aktiviti kumpulan. Oleh itu, kami telah
bersetuju untuk mengeluarkan dana sendiri untuk membeli pen marker bagi menambah
bilangan pen marker.
Selain itu, terdapat masalah lain yang timbul. Masalah ini wujud pada
jawatankuasa siar raya iaitu saudara Muhammad Firdaus Bin Abdul Jalil. Menurutnya,
layar skrin tidak ada. Dia telah merujuk kepada guru-guru sekolah tersebut. Namun,
hasil pencarian yang dibuat menunjukkan layar skrin itu tidak ada pada tempat yang
sepatutnya. Oleh itu, dia telah meminta pertolongan Ustaz Zainal untuk bertanya
berkenaan layar skrin ini di Wassap sekolah.
Akhir perbincangan itu saya telah meminta bahan-bahan yang ingin digunakan
sewaktu program itu nanti supaya dapat dikumpul pada satu tempat yang sama. Hal ini
bagi mengelakkan bahan-bahan tersebut hilang sewaktu ingin digunakan. Setelah
tamat perbincangan itu, saya dan rakan-rakan pulang ke IPG masing-masing.


2) Semasa Pelaksanaan Program I-Think.
Tepat pada pukul 7.00 pagi, kesemua jawatankuasa pelaksana program telah
berkumpul di Dewan Terbuka. Masing-masing melaksanakan tugas yang telah
diberikan. Murid-murid Tahun 5 telah turun dan terus bergerak ke meja pendaftaran.
Mereka dikehendaki menulis nama dan ajk yang bertugas akan melekatkan nombor
kumpulan masing-masing di baju para peserta. Setelah itu, para peserta diminta untuk
duduk mengikut kelas masing-masing. Hal ini bagi memberi laluan untuk majlis
perasmian. Walaupun mereka duduk mengikut kelas masing-masing, tetapi pihak
jawatankuasa pelaksana telah mengasingkan peserta lelaki dan peserta perempuan.
Hal ini bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Tepat pada pukul 8.oo pagi, majlis perasmian telah bermula. Majlis ini dimulakan
dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis iaitu saya sendiri, Hanis Izzati Binti
Ibrahim. Setelah itu, diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh adik Muhammad
Haziq Bin Jaafar peserta tahun 5 Airbus. Majlis diteruskan dengan ucapan pengarah
program iaitu saudara Muhammad Yazed bin Kosnan dan seterusnya merasmikan
program Bengkel I-Think. Selaku pengarah program, beliau telah menerangkan serba
sedikit berkenaan latar belakang program I-Think. Setelah itu, dengan lafaz
bismillahirrahmanirahim beliau telah merasmikan program Bengkel I-Think.
Setelah selesai majlis perasmian ini pengacara majlis menjemput fasilitator yang
bertugas iaitu saudari Zahiyyatun untuk menerangkan kepada para peserta berkenaan
I-Think. Zahiyyatun menerangkan lapan jenis peta yang terdapat dalam I-Think.
Antaranya ialah peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pelbagai alir, peta
alir, peta pokok, dan sebagainya. Dia juga menyediakan edaran kepada para peserta
supaya mereka lebih faham berkenaan penggunaan peta tersebut. Kemudiannya,
saudari Ruhil pula menerangkan pergerakan tangan yang melambangkan peta-peta
tersebut. Sesungguhnya, setiap peta itu mempunyai pergerakan tangan yang berbeza.
Oleh itu, saudari Ruhil menunjukkan lambang tangan untuk setiap peta. Hal ini berjaya
menarik minat para peserta. Dia juga telah meminta beberapa kumpulan untuk
menunjukkan lambang tangan untuk sesuatu peta yang dinayatakan.
Selepas itu, aktiviti yang seterusnya ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
Aktiviti ini dikendalikan oleh saya sendiri. Saya meminta setiap peserta untuk bangun
dan duduk dalam bulatan kumpulan masing-masing. Kumpulan ini terbentuk
berdasarkan pelekat nombor yang diberikan sewaktu mereka mendaftar lagi. Pada
aktiviti kali ini, para peserta diminta untuk memperkenalkan diri kepada ahli kumpulan
masing-masing. Kemudiannya, mereka diminta untuk melantik ketua dan penolong
ketua kumpulan. Mereka juga diminta untuk menghasilkan satu nama kumpulan dan
sorakan kumpulan dalam masa yang ditetapkan. Setelah cukup masa yang diberikan,
setiap kumpulan mempersembahkan nama dan sorakan kumpulan masing-masing.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya dapati bahawa setiap kumpulan
menunjukkan hasil yang kreatif kerana nama kumpulan dan sorakan kumpulan yang
dibuat begitu menarik serta melucukan.
Setelah itu, peserta-peserta dibenarkan rehat dalam tempoh dua puluh minit.
Jawatankuasa yang terlibat menyajikan tayangan video yang berbentuk ilmiah kepada
para peserta. Video yang dipasang ini sebagai pengisian kepada para peserta untuk
berehat seketika setelah melalui proses pembelajaran selama dua jam. Aktiviti
disambung semula dan dikendalikan oleh saudari Ayuni. Pada aktiviti kali ini, para
peserta diminta menghasilkan satu peta berdasarkan satu tajuk dalam mata pelajaran
yang telah ditetapkan oleh fasilitator. Terdapat lima jenis buah peta yang akan
digunakan. Antaranya ialah peta buih, peta bulatan, peta pokok, peta alir, dan peta titi.
Tiga kumpulan akan membuat satu peta tersebut. Mata pelajaran yang digunakan
dalam melaksanakan amali ini ialah Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan
Kemahiran Hidup. Tajuk yang hendak diberikan kepada kumpulan mestilah
berdasarkan satu mata pelajaran tersebut. Setiap kumpulan diberi tempoh selama tiga
puluh minit untuk menyiapkan peta tersebut.
Kemudiannya, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kumpulan
masing-masing di atas pentas. Fasilitator-fasilitator akan menilai hasil yang dibuat oleh
setiap kumpulan dan mengumumkan pemenang bagi setiap jenis peta. Aktiviti yang
dirancang berjaya tamat pada waktunya. Kami semua bergambar dengan para peserta
untuk dijadikan sebagai kenangan. Kemudiannya, murid-murid dikehendaki mengutip
sampah yang terdapat pada dewan terbuka. Peserta-peserta diminta untuk beratur
mengikut kelas masing-masing. Setelah memberi salam, para peserta dibenarkan untuk
pulang ke rumah. Jawatankuasa pelaksana mengemas bahan-bahan yang digunakan
sepanjang bengkel dijalankan.
3) Selepas Pelaksanaan Program Bengkel I-Think
Pada hari Isnin(14/7/2014), satu perbincangan post mortem telah dijalankan
bersama jawatankuasa pelaksana. Perbincangan ini diadakan untuk membincangkan
berkenaan objektif projek sama ada tercapai ataupun tidak. Berdasarkan perbincangan
yang dibuat, kami dapati bahawa objektif projek ini telah tercapai dengan jayanya.
Selain itu, kami dapati terdapat kelemahan sewaktu melaksanakan bengkel I-Think.
Antaranya ialah tidak menjemput pihak pengurusan sebagai contohnya guru besar
untuk merasmikan Bengkel I-Think tersebut. Guru-guru juga tidak dimaklumkan dengan
lebih awal berkenaan program ini dan ini menjadi kekeliruan sesama guru. Selain itu,
kami dapati terdapat papan-papan yang berpaku di belakang dewan dan kami tidak
mengalihkannya terlebih dahulu dan ini boleh membahayakan para peserta. Ini
merupakan kelemahan yang dapat dikenal pasti daripada pihak kami. Kami
menganggap ini sebagai satu pengajaran dan tidak akan berlaku lagi.
Setelah itu, kami meminta jawatankuasa dokumentasi untuk menyediakan satu
laporan lengkap berkenaan perjalanan bengkel yang telah dijalankan. Secara
keseluruhannya, Bengkel I-Think ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat
menyumbangkan sesuatu kepada pihak sekolah.

REFLEKSI :
1) Kekuatan Projek/Aktiviti
Berdasarkan projek yang telah dijalankan ini, saya dapati bahawa banyak
kelebihan dan kekuatan yang diperolehi oleh guru pelatih dan murid-murid. Hasil
penilaian yang dibuat mendapati bahawa projek ini telah dapat membantu murid
mengetahui dan memahami dengan lebih terperinci berkenaan peta i-Think dan cara
untuk menggunakannya. Pada awalnya, murid-murid hanya mengetahui dua atau
tiga daripada lapan jenis peta yang terkandung dalam i-Think. Namun, setelah
mereka mengikuti bengkel i-Think ini mereka telah dapat mengetahui dan
menguasai dengan baik kelapan-lapan jenis peta i-Think.
Selain itu, projek ini juga dapat membantu meningkatkan tahap kreativiti murid
dalam melaksanakan sesuatu tugas. Hal ini demikian kerana melalui peta-peta i-
Think yang telah mereka pelajari, mereka dapat menghasilkan kesinambungan
sesuatu perkara, aliran, persamaan, perbezaan dan sebagainya. Perkara ini sekali
gus dapat membantu meningkatkan tahap kreativiti dan daya berfikir murid-murid.
Saya dapat melihat perubahan yang berlaku kepada murid-murid. Pada awalnya,
mereka kurang berjaya melaksanakan sesuatu tugasan namun segala-galanya
menjadi mudah pada mereka apabila menggunakan peta i-Think.
Di samping itu, guru-guru pelatih juga dapat belajar cara untuk menganjurkan
sesuatu bengkel. Pada waktu ini, kita dapat melihat hasil daripada perancangan
yang dibuat. Pada keseluruhannya, bengkel i-Think ini telah dapat membantu guru-
guru pelatih untuk meningkatkan lagi kemahiran sosial bersama murid-murid dan
menunjukkan kepimpinan yang tersendiri. Selama satu hari, saya dan guru-guru
pelatih yang lain telah memikul tanggungjawab untuk menguruskan kesemua murid
tahun 5. Bersyukur ke hadrat Ilahi, kami telah berjaya mengurus murid-murid
dengan baik tanpa berlakunya perkara buruk yang tidak diingini.
2) Kelemahan Projek/Aktiviti
Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti sewaktu melaksanakan bengkel i-
Think ini ialah kami tidak mengadakan majlis perasmian pembukaan bengkel i-Think.
Hal ini menyebabkan guru-guru lain bertanya kepada kami sama ada telah
menjemput guru besar atau tidak bagi merasmikan pembukaan bengkel i-Think.
Pada waktu itu, barulah kami terfikir bahawa kami tidak mengadakan majlis
perasmian pembukaan dan penutup sempena pelaksana bengkel i-Think. Kami
menjelaskan kepada guru tersebut bahawa kami tidak mengadakan program yang
rasmi dan hanya untuk mengadakan sesi pembelajaran kepada murid-murid dan
pendedahan berkenaan i-Think.
Kelemahan yang seterusnya ialah pihak kami tidak menyediakan kepada guru-
guru yang melihat kami melaksanakan bengkel i-Think. Hal ini menyebabkan mereka
berdiri dan tercari-cari kerusi untuk duduk. Guru-guru ini ialah guru yang mengajar
subjek masing-masing untuk kelas yang terlibat dalam bengkel i-Think. Apabila
sudah tiba waktu mereka mengajar murid tahun 5, mereka akan turun ke dewan
terbuka bagi melihat anak-anak muridnya. Oleh itu, kami seharusnya menyediakan
kerusi kepada guru-guru tersebut agar mereka dapat menunggu murid-murid yang
terlibat dalam bengkel i-Think sehingga tamat waktu mengajarnya.
Kelemahan yang seterusnya ialah kami kurang mengadakan aktiviti kumpulan
untuk murid-murid. Sesi pembelajaran menjadi bosan kerana murid-murid tidak dapat
melibatkan diri secara aktif dan dalam pada masa yang sama kurangnya aktiviti
kumpulan. Kesannya, murid-murid menjadi bosan dan mula membuat bising. Perkara
ini menyebabkan sesi pdp terganggu dan murid-murid tidak dapat sepenuhnya
maklumat yang ingin disampaikan. Kami seharusnya mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih ceria dan menghiburkan. Hal ini akan menyebabkan
kurangnya keberkesanan sesi penyampaian ilmu.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara penambahbaikan yang boleh dibuat ialah saya dan ahli jawatankuasa
yang lain perlulah menyediakan surat pemberitahuan kepada guru-guru berkenaan
program yang bakal dijalankan. Perkara ini amat penting agar guru yang terlibat boleh
menyediakan bahan untuk murid-muridnya. Surat pemberitahuan ini juga penting
supaya tidak berlaku perselisihan tempat ataupun program yang ingin dijalankan pada
masa yang sama. Oleh itu, bagi melaksanakan program lain yang akan dijalankan
perkara yang utama perlu dilakukan ialah mengedarkan surat pemberitahuan kepada
semua guru.
Selain itu, sekiranya ingin melaksanakan bengkel yang bersifat ilmiah atau
pembentukan sahsiah kita haruslah melaksanakan aktiviti yang berbentuk
pembelajaran kendiri, berpusatkan murid dan memperbanyak aktiviti kumpulan. Hal ini
supaya kita dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Latihan
dalam kumpulan juga amat perlu kerana menerusi latihan ini murid-murid dapat
berkomunikasi dan suai kenal antara ahli kumpulan dan ini sekali gus dapat
mewujudkan hubungan yang erat antara satu sama lain.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, bengkel i-Think ini dapat dijalankan dengan jayanya dan
murid-murid berjaya menguasai peta-peta yang terdapat dalam i-Think. Kerjasama
yang erat juga ditunjukkan oleh setiap jawatankuasa pelaksana dengan memberikan
sepenuh komitmen dalam menjayakan bengkel ini. Penilaian dan pemerhatian yang
dibuat juga mendapati bahawa objek program ini telah tercapai dan perlu dibuat
tindakan susulan sebagai langkah pengukuhan kepada perkara yang telah diajarkan.
Program ini merupakan salah satu sumbangan yang kami berikan kepada pihak
sekolah dengan membantu murid-muridnya untuk menguasai peta i-Think dan
mengaplikasikannya dalam pembelajaran. Pendedahan i-Think kepada murid-murid
juga merupakan satu alternatif dalam mencorak murid-murid yang mempunyai minda
kelas pertama dan mencapai modal insan yang cemerlang.

You might also like