You are on page 1of 6

Tokoh-tokoh Falsafah Pendidikan Islam

Ibnu Rushd (520-595 Hijrah)
Riwayat hidup:
 Lebih dikenali di Barat dengan nama "Averroes".
 Lahir di Kota Cordova di Tanah Andalusia atau Sepanyol di abad-abad
pertengahan (middle Ages)
 Nama sebenarnya ialah Abu Al Walid Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad
Bin Ahmad Bin Ahmad Bin Rushd.
 Gelaran: "Pendita Abu Al Walid".
 Dibesarkan dan dididik di kota Cordova dalam bidang ilmu perundangan islam
dan ilmu perubatan.
 Berasal daripada keluarga kaum terpelajar dan keturunan ahli-ahli Islam yang
terkenal.
 dilantik sebagai seorang hakim di Kota Seville dan Kota Cordova.
 seorang yang rajin membaca, mengkaji dan megarang.
 Falsafah hidup Ibnu Rushd:
I. Hidup sederhana dan bersahaja tanpa mempedulikan tentang pakaian,
harta benda atau masa depan.
II. Bersifat pemurah kepada semua orang meskipun mereka yang pernah
memusuhi atau menghinanya.
III. Bersifat rendah diri terutama kepada orang-orang miskin, tetapi
mengambil berat tentang harga diri, maruah dan pantang merendah diri
kepada orang-orang yang berpangkat besar.

 seorang yang tegas dan seringkali mengeluarkan pendapat yang bernas
menyebabkan ia tidak disukai oleh raja.
 akhirnya, beliau disingkirkan jawatan dan hidup menderita akibat hasutan-
hasutan musuhnya.

Sumbangan:
 telah ditugaskan untuk mengaji dan menyaringkan hasil pemikiran Aristotle,
Yunani Tua.
 Perbicaraan falsafahnya tertumpu kepada persoalan-persoalan berhubung
dengan metafizik, khususnya mengenai dengan ketuhanan.
 Beliau juga telah banyak mengemukakan idea-idea yang bernas dan baru dalam
bidang falsafah, perubatan dan perundangan islam.
 Karya besar yang dihasilkan oleh beliau:
 Kuliliyah fit - Thibb - mengandungi 16 jilid mengenai perubatan secara
umum.
 Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah).
 Tafsir Urjuza - mengenai perubatan dan tauhid, Taslul.
 Kasyful Adillah - tentang ilmu kalam dan mengungkap persoalan falsafah
dan agama.
 Tahafatul Tahafut - mengulas buku Imam Al- Ghazali berjudul Tahafatul
Falaisafah.
 Muwafatil Hikmah Wal Syari'a - membicarakan persamaan falsafah dengan
agama.




Al-Ghazali (1058-1111)
Riwayat hidup:
 Nama sebenarnya ialah Abu Hamed Mohammad ibn Mohammad al-Ghazzali.
 Digelar sebagai Algazel.
 Terkenal sebagai ahli falsafah, ahli teologi dan ahli juri yang amat disegani.
 Lahir di Tus, Khorasan, Iran pada 1058.
 Belajar ilmu fiqh di Gurgan.
 Melanjutkan pengajian dalam bidang agama, falsafah, logik dan lain-lain tujuh
tahun kemudian dengan seorang sarjana Muslim yang terkenal Imam al-
Haramayn.
 Beliau dilantik sebagai seorang Professor di Baghdad pada tahun 1091
 Meninggal dunia pada tahun 1111.

Sumbangan:
 Menghasilkan lebih daripada 400 buah karya dalam pelbagai bidang seperti
teologi, falsafah, sains dan ilmu Sufi:
 Tahafut al-Falasifa (The Incoherence of the Philosophers) - menolak
sepenuhnya pandangan ahli-ahli falsafah Barat.
 Ihya al-Ulum al-Din or Ihya'ul Ulumuddin – merangkumi bidang sains Islam
yang luas
 Maqasid al falasifa - membentangkan teori-teori asas falsafah.
 Miyar al-Nazr fi al-Mantiq (Criterion of Knowledge in The aArt of Logic).
 Mihak al-Nazar fi al-mantiq (Touchstone of Reasoning in Logic).
 al-Qistas al-mustaqim (The Correct Balance).

Ibn Khaldun (1332 - 1406)
Riwayat hidup:
 Seorang tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi.
 Nama penuh beliau ialah Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurahman
bin Ibn Khaldun.
 Lahir di Tunis, Tunisia pada tahun 1332.
 Pendidikan awal beliau berbentuk tradisional yang merangkumi mata pelajaran
seperti Qur’an, Hadith, Tatabahasa, Retorik dan Puisi.
 Beliau meneruskan pelajaran sehingga usia beliau meningkat 19 tahun apabila
dunia di landa The Great Plaque.
 Menceburkan diri dalam politik.
Sumbangan:
 Beliau juga berfokus kepada ilmu mystic dan teologi.
 Sumbangan utama beliau adalah dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi
(Umraniyat)
 Beliau telah berusaha menulis mengenai sejarah dunia di mana naskah pertama
(al-Muqaddimah atau Prolegomena) beliau mengandungi analisis peristiwa-
peristiwa sejarah.
 Beliau juga menganalisis tentang dinamika hubungan kelompok serta
menunjukkan kepentingan al-‘Asabiyya (perasaan kekitaan) bagi mewujudkan
tamadun baru serta meningkatkan kuasa politik dalam kalagan masyarakat.
 Hasil karya beliau dalam bidang sejarah dan agama:
I. Universal History
II. Sejarah Maghrib
III. Lubab al-Mahsul (Summary of the Result)
IV. Shifa' as-Sail (Healing of the Inquirer)
Al Farabi (870 - 950 AD)
Riwayat hidup:
 Menyumbangkan pemikiran beliau dalam sains, falsafah, logik, sosiologi,
perubatan, matematik dan muzik.
 Nama penuh beliau ialah Abu Nasr Mohammad Ibn al-Farakh al-Farabi.
 Lahir di Wasij, sebuah kampung kecil berhampiran dengan Farab di Turkistan
pada 870 AD.
 Beliau menamatkan pengajian awal di Farab dan Bukhara serta kemudian
melanjutkan pendidikan tinggi di Baghdad sehingga 942 AD
 Ali Sains, Pakar Bahasa dan Ahli Falsafah.
 Digelar sebagai Tok Guru Kedua atau al-Mou’allim al-Thani di belakang Aristotle,
Mahaguru pertama.
 Beliau menceburi diri dalam bidang kehakiman sebagai seorang Qadi, kemudian
menjadai seorang guru.
 Meninggal dunia pada tahun 950 AD pada usia 80 tahun.

Sumbangan:
 Utama dalam bidang falsafah, logik dan sosiologi.
 Seorang Neoplatonist yang telah banyak mengabungkan pemikiran Plato dan
Aristotle deng teologi.
 Sumbangan penting beliau ialah membahagikan pengajian logik kepada dua
kategori iaitu Takhayyul (idea) dan Thubut (bukti).
 Beliau telah menghasil sebanyak 117 buah buku (43 naskah mengenai logik, 11
mengenai metafizik, 7 mengenai etika, 7 mengenai sains politik, dan 17
mengenai perubatan dan muzik) berikut disenaraikan beberapa buah buku yang
ditulis oleh beliau:
I. Fusus al-Hikam - masih digunakan sehingga hari ini.
II. Kitab al-ihsa al 'Ulum - menghuraikan klasifikasi dan prinsip-prinsip asas
sains.
III. Ara Ahl al- Madina al-Fadila (The Model City) - sumbangan dalam sosiologi
dan sains politik.
IV. Kitab al-Musiqa - Merupakan sebuah buku muzik.