You are on page 1of 13

ALKOHOL

1


Minuman beralkohol, biasanya dikenali juga sebagai minuman keras, atau arak. Minuman ini
boleh memabukkan dan boleh menimbulkan kesan ketagihan (addiction) dan pergantungan
(dependance). Di seluruh dunia, pengambilan bir, wain dan spirit semakin meningkat.
Minuman alkohol juga tergolong sebagai sejenis dadah, oleh kerana ia dapat memberi kesan
keatas sistem saraf pusat/sistem otak dan juga kesan terhadap tubuh badan peminumnya.
Alkohol merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Pengambilan alkohol secara
berterusan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan
kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai
masalah yang dihadapi masyarakat masa kini. Statistik kadar jenayah yang meninggi,
pertambahan kes penyakit mental dan keruntuhan institusi keluarga di serata dunia menjadi
testimoni bisu kepada kuasa perosak alkohol.
Mengikut syarak, minuman arak adalah haram dan salah di sisi agama bagi individu muslim
yang mengambilnya. Antara sebab pengharaman arak oleh syarak kerana ia memabukkan dan
boleh menghilangkan akal orang yang meminumnya. Perbuatan meminum arak adalah termasuk
dalam perbuatan syaitan yang dipandang keji oleh syarak.


ALKOHOL

2


JENIS-JENIS MINUMAN ALKOHOL
Di dalam pasaran terdapat berbagai jenis minuman alkohol/minuman beralkohol yang
dipasarkan. Di antaranya adalah:
 „Liquor‟: iaitu yang terdiri dari jenis-jenis seperti vodka, whisky.
 „Bir‟ : iaitu yang terdiri dari dari jenis-jenis seperti shandy, bir, stout.
Di samping itu juga terdapat minuman beralkohol yang digunakan secara tradisional di beberapa
tempat di negara kita. Sebagai contoh adalah minuman todi dan minuman samsu yang popular di
kalangan masyarakat India di negara kita. Selain dari itu terdapat juga minuman air tuak dan
minuman air tapai yang popular di
beberapa tempat di negara kita.





KESAN-KESAN PENGGUNAAN ALKOHOL
Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri
sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita.
Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para
ALKOHOL

3

penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis
alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.
Kesan terhadap kesihatan
Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bekannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi
jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada
penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang.

Kesan jangka pendek
Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti yang lebih tinggi, ia
menyebabkan seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar
(slurred), hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri.
Kesan jangka panjang
a) Ketagihan
Ciri-ciri ketagihan alkohol adalah saperti berikut:
i. Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi mencapai kesan
yang sama (toleran).
ii. Aktiviti hidupnya berpusat pada alkohol.
iii. Sindrom tarikan (withdrawal syndrome) akan timbul apabila individu berhenti atau kurang
mengambil alkohol setelah menggunanya secara berterusan buat tempoh yang lama. Antara
tanda-tanda “withdrawal” adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian („craving‟) untuk
mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila (psikosis), sawan dan meracau. Kesan sindrom
tarikan ini juga boleh membawa maut.
b) Kesan pada sistem saraf
Kesan-kesan kekal pada otak dan saraf adalah seperti hilang ingatan (amnesic syndrome) dan
kebas.
ALKOHOL

4

c) Kesan-kesan pada sistem penghazaman
i) Penyakit hepar seperti hepatitis, sirosis dan kanser.
ii) Penyakit ulser peptic (peptic ulcer)dan radang gaster (gastritis)
iii) Muntah darah,
iv) Radangan kelenjar pankreas (pancreatitis).
v) Kanser gaster
vi) Anemia
vii) Kekurangan zat makanan
d) Kesan pada sistem kardiovaskular
i) Tekanan darah tinggi (hipertensi)
ii) Strok (Angin ahmar)
iii) Kerosakan otot jantung (kardiomiopati)
e) Kesan pada sistem reproduktif
i) Mati pucuk (impoten)
ii) Kurang nafsu seks.
f) Kesan psiko-sosial
i) Cemburu buta (pathological jealousy)
ii) Murung (depression)
iii) Bunuh diri
iv) Perubahan personality
v) Penderaan terhadap keluarga
Kesan-kesan social
i) Orang yang minum minuman yang beralkohol tidak dapat memberi perhatian dan tumpuan
kepada anak-anak sehingga mengabaikan kebajikan dan pendidikan mereka.
ii) Mereka sering hilang pertimbangan dan sanggup mendera ahli keluarga terutama wanita dan
kanak-kanak secara fizikal dan mental.
iii) Mereka juga lupa maruah diri dan keluarga sehingga ada yang terjebak melakukan sumbang
muhrim.
ALKOHOL

5

iv) Keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga tidak dapat dinikmati dan akhirnya berlaku
penceraian.
v) Semasa mabuk, mereka tidak boleh mengawal tingkah laku secara rasional sehingga
terjerumus melakukan jenayah di luar rumah.
vi) Ada pula yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup dan cuba menyelesaikan masalah
dengan cara membunuh diri.


Kesan-kesan ekonomi
Penagihan alkohol menyebabkan badan penagih menjadi lemah dan hilang tumpuan. Individu
yang terlibat dengan ketagihan alkohol kurang berminat untuk bekerja, sering kali cuai dalam
menjalankan tugas dan kerapkali terlibat dalam kemalangan di tempat kerja. Akibat dari keadaan
ini majikan akan mengalami kerugian kerana pekerja tidak dapat lagi menghasilkan produktiviti
seperti yang diharapkan.
Kerugian ini bukan sahaja dialami oleh majikan tetapi juga kepada pekerja sendiri di mana dia
akan kehilangan pekerjaan dan keluarga pekerja akhirnya akan meghadapi masalah ekonomi
yang serius.
ALKOHOL

6















FAKTOR-
FAKTOR
YANG MENDORONG
PENGAMBILAN ALKOHOL
ALKOHOL

7

Faktor-faktor persekitaran
Di antara faktor-faktor yang dapat menjurus ke arah tingkah laku pengambilan alkohol termasuk:
i) Mudah diperolehi
Fenomena penjualan alkohol di berbagai kemudahan (outlet) saperti di kedai runcit, kedai
kopi, pasar raya dan lain-lain lagi memudahkan kaum remaja memperolehi minuman
beralkohol ini. Tambahan pula tiada undang-undang
semasa yang melarang kaum remaja bukan Islam
dari membeli minuman beralkohol.

ii) Harga yang murah
Walau pun cukai atau duti impot ke atas minuman
beralkohol ditingkatkan dari tahun ke tahun, namun
harga minuman ini masih mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat negara ini khususnya
remaja, terutamanya minuman bir, samsu dan todi.

iii) Pengiklanan
Iklan minuman beralkohol sering didapati di surat khabar, majalah, pawagam, dan lain-lain
media yang memaparkan keghairahan dan kecanggihan gaya hidup yang dikaitkan dengan
pengambilan minuman beralkohol. Sebagai contoh imej kedewasaan dan kejayaan yang
didakyahkan dalam iklan-iklan memberi kesan ke atas kaum remaja untuk mengambil
minuman beralkohol.
Faktor-faktor Sosial
i) Pengaruh rakan sebaya
Kebanyakan masa keremajaan dihabiskan bersama rakan-rakan sebaya. Pergaulan yang
bebas ini boleh mendorong kaum remaja untuk mencuba sesuatu dalam kumpulan seperti
pengambilan alkohol, rokok, dadah, dan pelbagai tingkah laku devian, yang boleh
memudaratkan mereka. Melalu cara ini ramai remaja terperangkap dalam gejala sosial ini
ekoran dari tekanan rakan sebaya yang sukar untuk ditangkis.
ii) Mencontohi ibu, bapa dan ahli keluarga
ALKOHOL

8

Sesetengah keluarga memberi teladan yang negatif terhadap remaja. Kemungkinan ibu bapa
atau ahli keluarga menagih alkohol dan ini akan memberi kesan yang amat mendalam serta
mempengaruhi remaja untuk mengamalkan tabiat ini.

iii) Mencontohi Idola
Kebanyakan remaja mempunyai idola saperti penyanyi pop dan artis yang akan menjadi
tauladan atau ikutan mereka. Jika sekiranya idola ini suka mengambil alkohol ia akan
menjadi ikutan dan mendorong para remaja tersebut untuk mengambil alkohol.

iv) Budaya
Sesetengah budaya menganggap pengambilan alkohol sebagai perkara biasa serta
dihidangkan dengan meluas pada majlis-majlis keramaian. Oleh itu kaum remaja daripada
golongan tersebut menganggap tabiat mengambil alkohol bukanlah sesuatu larangan dalam
masyarakat mereka. Senario seperti ini mungkin memerangkapkan remaja ke kancah
pengambilan alkohol dan terus bergantung kepada alkohol.
Faktor Biologi
Iaitu merangkumi faktor genetik, jantina, ciri-ciri personaliti dan ethnik.
i) Genetik
Individu dari keluarga yang mempunyai sejarah pengambilan alkohol mempunyai
kecenderungan yang lebih tinggi untuk mengambil alkohol sebelum mereka mencapai umur
20 tahun. Faktor genetik menyumbang kepada tabiat pengambilan alkohol di kalangan
kedua-dua jantina ini. Menurut satu kajian, kebanyakan wanita yang menagih alkohol
mempunyai ibu bapa yang ketagihan alkohol.

ii) Jantina
Secara global kebanyakan penagih alkohol terdiri daripada kaum lelaki, walau bagaimana
pun tren pengambilan alkohol di kalangan wanita telah meningkat sejak 30 tahun
kebelakangan ini. Kaum wanita mempunyai kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol
pada peringkat umur yang lebih tua berbanding dengan lelaki.

ALKOHOL

9

iii) Ethnik
Di Amerika Syarikat, rakyat Amerika asli dan mereka dari keturunan Irish, mempunyai risiko
yang lebih tinggi untuk menagih alkohol berbanding dengan rakyat Amerika keturunan
Yahudi dan Asia. Di Malaysia, masalah pengambilan alkohol lebih ketara di kalangan kaum
India berbanding dengan kaum-kaum yang lain.

iv) Ciri-ciri Personaliti dan masalah psikiatri
Kajian-kajian menunjukkan bahawa pengambilan alkohol berkait rapat dengan tingkah laku
yang impulsif, mudah terangsang (excitable) dan suka mencari keseronokan. Mereka yang
mempunyai tingkah laku kurang upaya menumpukan perhatian (attention deficit
hyperactivity disorder) juga menambahkan risiko ke arah penagihan alkohol.

TANGAPAN YANG SALAH MENGENAI ALKOHOL


Tangapan yang salah Fakta sebenar

i) Mengambil alkohol melambangkan
kedewasaan, kematangan dan „macho‟
Ramai remaja yang tidak mengambil alkohol
didapati lebih matang, dewasa dan‟macho‟

ii) Mengambil alkohol memupuk semangat
kekitaan dan mudah mendapat kawan

Kawan-kawan yang tidak minum adalah lebih
ramai dan lebih boleh diharap.
Perhubungan boleh bertambah erat tanpa
alkohol sewaktu menjalankan aktiviti-aktiviti
yang lebih berfaedah bersama-sama seperti
berjogging dan bermain komputer.

ALKOHOL

10

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENAGIHAN ALKOHOL
Penagih bagi peminum arak (Alkohol) memerlukan rawatan seperti berikut:
Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol di kalangan lelaki dan wanita adalah 4 kali ganda
jika ibu bapa mereka juga penagih alkohol. Oleh itu Ketagihan alcohol ini boleh diwarisi.
Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu penyakit. Ini adalah penting dan cara yang baik
untuk mengatasi masalah minum arak ini ialah dengan berhenti meminumnya. Ada dua jenis
ubat yang boleh diberi untuk merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai antabuse.
Ubat ini boleh menimbulkan reaksi fizikal yang teruk sekiranya pesakit meminum alkohol
semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat Naltrexone, ia menyekat keinginan untuk
meminum arak dan merasa nikmat kemabukannya.
Justeru itu seseorang individu perlu menjaga kesihatan dan memelihara diri agar aspek kesihatan
darisegi fizikal dan psikologikal sihat daripada sebarang kesan yang serius akibat daripada
iii) Mengambil alkohol adalah satu amalan
bergaya, berprestij dan menunjukkan imej
orang yang berjaya.

Imej akan lebih rendah terutamanya ketika
sedang mabuk.
iv) Menghilangkan rasa „boring‟ dan
sebaliknya menimbulkan keseronokan.

Keseronokan yang disangka hanyalah
sementara dan boleh diperolehi melalui
aktiviti-aktiviti rekreasi dan hobi bersama.
Sebaliknya keadaan mabuk boleh
mengakibatkan loya dan murung.

v) Di waktu muda inilah peluang untuk
berseronok dan boleh bertaubat sewaktu tua.

Ketagihan akan berlarutan sehingga tua dan
menjadi sangat susah utuk berhenti
Membiasakan diri menjadi seorang yang
bertanggunjawab dari waktu muda

vi) Boleh lari dari masaalah

Mengambil alkohol boleh menambahkan lagi
masalah

ALKOHOL

11

penyalahgunaan alkohol. Oleh yang demikian terdapat pepatah yang mengatakan “Menghindari
lebih baik daripada mengubati”.
Disini terdapat beberapa langkah bagi membantu individu untuk berhenti meminum arak di
antara langkah-langkah tersebut adalah:
(1) Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri anda dari menjadi penagih alkohol
adalah dengan mengakui diri anda sebagai seorang peminum.
(2) Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang boleh menyajikan alkohol (kelab
malam, parti dan majlis tari menari) sehinggalah anda boleh mengawal diri anda dari minum.
Apabila anda berjaya mengatasi masalah ini, mintalah jus, soda atau kopi sebagai ganti, jika anda
menghadiri majlis-majlis tertentu.
(3) Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk meraikan majlis mereka,
terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti. Anda boleh mencari rakan baru sekiranya
mereka tidak setuju tindakan anda ini.
(4) Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kumpulan motivasi/bantu diri
untuk menguatkan pendirian anda.
(5) Pengawasan ibu bapa adalah penting agar anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala yang
negatif ini. Dengan menyiasat dengan siapa anak-anak mereka berkawan dan sebagainya.
(6) Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini.
(7) Curahkan segala masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan yang mengambil berat
tentang diri anda. Mungkin ini akan mengurangkan kesedihan anda dan mengelakkan diri dari
mengambil alkohol.
(8) Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti
fizikal dan menonton wayang)
(9) Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana
mereka belajar dari apa yang mereka lihat.
ALKOHOL

12

(10) Kuatkan pegangan agama anda. Semua agama melarang pengambilan dan penyalahgunaan
alkohol.
Yang penting, kempen kesedaran harus dijalankan bagi menanam kesedaran di kalangan
masyarakat terutamanya para remaja tentang bahaya dan akibat pengambilan minuman keras.
Kempen-kempen ini boleh diadakan di tempat umum dan juga sekolah supaya anak-anak sekolah
mendapat pengetahuan tentang kesan daripada arak.






KESIMPULAN
Pengambilan alkohol dalam kalangan remaja semakin
menjadi-jadi dan ini adalah satu gejala yang sangat
tidak sihat berlaku pada remaja Islam kita.
Oleh kerana faktor individu remaja dan persekitaran sama-sama memainkan peranan penting
dalam menyumbang kepada gejala ini maka perlu difikirkan cara terbaik menjauhkan daripada
merosakkan lagi ramai akhlak anak muda kita.
Contohnya, alkohol ini boleh didapati secara terbuka. Tidak kurang juga remaja kita yang
bekerja mencari rezeki dengan majikan yang melibatkan dalam penjualan dan juga menyediakan
minuman alkohol kepada pelanggan dan ini perlu dihentikan.
Secara ringkasnya,sudah jelas di sini ALKOHOL ini amat berbahaya dan boleh membawa maut.
Masyarakat kini terutamanya remaja haruslah sentiasa berhati-hati dalam mengatur kehidupan,
sikap mengambil tahu haruslah sentiasa ada di dalam diri setiap individu agar tidak terjerat di
ALKOHOL

13

dalam kancah kemusnahan ini. Bak kata pepatah “menyesal dahulu pendapatan,menyesal
kemudian tidak berguna” sayangilah diri anda dan juga keluarga.