You are on page 1of 3

PERBEZAAN PENGURUS DAN PEMIMPIN (LEADERSHIP VS MANAGER

)
Perbezaan di antara Leadership dan manager adalah seperti berikut:-

v Pengurusan

Pengurusan ialah individu yang bertanggungjawab secara langsung untuk memastikan
kerja dilaksanakan dalam organisasi melalui orang/pekerja. Pengurus merupakan individu
yang merancang, mengorganisasikan, memimpinan dan mengawal pekerja (manusia) dan
kerja-kerja dalam organisasi dengan cara-cara tertentu bagi organisasi mencapai
maklamat.

Peranan sebagai symbol – setiap pengurus mesti meluangkan masanya melakukan tugas-
tugas keraian. Contohnya:- pengurus terlibat merasmikan upacara-upacara atau program.
Begitu juga dengan seorang ketua jabatan, dia juga bertanggungjawab membawa tetamu
yang berurusan dengannya untuk makan tengah hari.

Peranan sebagai ketua – seorang pengurus, secara tidak langsung berperanan sebagai
seorang ketua. Setiap pengurus mesti berfungsi sebagai ketua memotivasi dan memberi
galakan kepada pekerja-pekerjanya. Pengurus mendorong ahli-ahli unitnya setiap masa
agar menjalankan tugas secara berkesan dalam mencapai matlamat unit dan organisasi di
samping pelbagai masalah dan cabaran yang harus ditempuhi.

Peranan sebagai pegawai perhubungan – Pengurus menyampaikan sesetengah dari
maklumat yang dikumpulkannya kepada individu-individu di luar unitnya atau mungkin juga
kepada pihak-pihak tertentu di luar organisasinya. Pengurus meluangkan masa yang
banyak berinteraksi dengan masyarakat beliau bertindak sebagai media perhubungan
antara jabatannya dengan mereka yang dalam dan di luar organisasinya.

Peranan sebagai jurucakap – pengurus biasanya menjadi jurucakap kepada organisasinya.
Contohnya, seorang penyelia selalu memastikan pengurus operasi mendapat maklumat
terkini tentang perjalanan logi pengeluaran.

Peranan sebagai perunding – Pengurus diwajibkan untuk memikirkan penyelesaian untuk
setiap masalah. Tanpa kira tahap kesukaran masalah. Seseorang pengurus perlu
meluangkan banyak masa dimeja perundingan kerana secara tidak langsung. Dia juga
memainkan peranan sebagai perundingan. Contohnya, seorang pengurusan akan
berunding dengan ketua kesatuan sekerja bagi mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak
dalam masalah pembayaran gaji.

Peranan sebagai pencetus – sejak akhir-akhir ini, dua pakar pengurusan, Sumantra
Ghoshal dan Chirstopher Bartlett (Dessler, G:2001) menekankan aspek tambahan dalam
peranan pengurus, iaitu sebagai pencetus kepada tindak balas dan perubahan syarikat
yang cemerlang.

v Pemimpin

Pengurus dan pemimpin merupakan suatu konsep yang berbeza. Perbezaan yang ketara
dapat dilihat ialah pengurusan mempunyai autoritinya dari pihak atasan berdasarkan criteria
ditetapkan. Sebaliknya pemimpin diberi oleh ahli atau pengikutnya. Definisi pemimpin ialah
mereka yang mampu untuk mempengaruhi orang lain dan sesiapa yang menjadi
sebahagian daripada pengurusan.

Pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri tertentu yang membolehkan mereka dihormati dan
disanjung sebagai seorang pemimpin. Keliber bergantung kepada beberapa ciri kualiti yang
patut mereka miliki seperti berikut:-

ɤ Mempunyai wawasan dan meletakkan gol
ɤ Mengambil risiko
ɤ Mengguna dan melatih pemimpin yang lain
ɤ Menurunkan kuasa
ɤ Mempercayai dan setia kepada pengikut
ɤ Berkongsi kejayaan
ɤ Menerima tanggungjawab
ɤ Seorang yang kongruen
ɤ Mempunyai standard etika tersendiri
ɤ Seorang yang tegas (Consistent)

Jenis atau tahap pengurusan dikenali juga sebagai Hirarki Pengurusan(Managerial
Hierarchy). Tahap-tahap pengurusan terbahagi kepada tiga:-

ɤ Pengurusan Atasan – Peringkatan pengurusan Atasan (Eksekutif) berada diperingkat
paling atas dikenali sama ada sebagai Presiden atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Terlibat dalam tugas-tugas penetapan misi, strategi dan objektif organisasi.

ɤ Pengurusan Pertengahan – Peringkat Pengurusan Pertengahan adalah pengurus-
pengurus dibawah pengurusan peringkat atasan yang biasanya terdiri daripada supervasor,
dekan kolej, pengarah projek dan penyelia jualan kawasan. Pengurus pada peringkat ini
menerima strategi, misi objektif daripada pengurus atasan dan kemudian merangka
perancangan untuk mencapai misi dan objektif ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan.

ɤ Peringkat garisan pertama – Peringkat Pengurusan Barisan pertama. Bertanggungjawab
dalam mengawal dan memastikan semua kerja yang dilakukan oleh pekerja bawahan.

Kepimpinan (Leadership) pula adalah proses mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan
kearah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kepimpinan terbahagi kepada empat
seperti berikut:;

ɤ Kepimpinan Autokratik (autocratic leadership) adalah ‘penyelia’ tertutup’ menyediakan
pekerja dengan petunjuk kerja mendalam dan banyak iaitu pengurus menerangkan
bagaimana kerja dilakukan dan pengurusan merasakan mereka patut merancang dan
membuat keputusan bagi pihak pekerja. Pekerja tiada hak bersuara dan mereka mesti
menurut keputusan yang telah di buat oleh pegurus.

ɤ Pemimpin Demokratik (democtric leadership) adalah ‘penyelian terbuka’ Pengurusan
memberikan penerangan jelas terhadap isu-isu berkaitan dengan aktiviti kerja, masalah
yang dihadapi dan tindakan penyelesaian yang perlu di ambil oleh pekerja. Keputusan
dibuat dengan mengambil kita pendapatan perkerja dan pengurusan. Pekerja ada hak
untuk bersuara dan pengurus akan mendengar serta mempertimbangkan pendapat
pekerja.

ɤ Kepimpinan Laissez-Faise (Laissez-Faire leadership) ialah jenis kepimpinan dimana
majikan atau pengurus melepaskan kuasa dan tanggungjawab sepenuhnya kepada
pekerja. Pengurusan atau majikan hanyalah bertindak sebagai tempat rujukan pekerja.
Risiko daripada keputusan atau nasihat yang diberikan oleh pengurus hasil daripada
rujukan yang dibuat oleh pekerja nanti adalah tanggungjawab pekerja. Pengurusan tidak
bertanggungjawab di atas nasihat yang diberikannya. Pekerja mempunyai kebebasan
penuh dalam bertindak dan perlu mempertimbangkan dengan teliti segala nasihat dan
keputusan oleh pengurus.

ɤ Kepimpinan Amir adalah corak kepimpinan dalam Islam. ‘Amir’ maksudnya raja. ‘Raja’
perlu mentadbir dan seterusnya bertindak sebagai pengurusan atau ketua dengan
berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang berdasarkan. Al-Quran dan Al-Sunnah.
Rakyat atau pekerja wajib taat kepada pemimnpin dengan mematuhi arahan pemimpin.
Amir wajib menerima kuasa dan tanggungjawab pengurusan yang diberikan kepadanya
oleh organisasi atau negara sebagai amanah bukan sahaja amanah daripada pekerja atau
rakyat juga amanah daripada Allah