Pemuliharaan Hutan Daripada: Dorothy Wong Huan Nee Hutan suatu formasi yang dikuasai oleh pokok.
Memulihara memulihkan serta memelihara, dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.
Hutan Tiga konsep:
i) dirian pokok atau tumbuh-tumbuhan yang menyerupai pokok.
ii) seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok.
iii) seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi, termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosfera. Malaysia terletak di kawasan iklim khatulistiwa yang diliputi oleh lapisan hutan yang tebal - hutan hujan tropika.
Kepentingan hutan: punca kayu balak dan kayu api. ubat-ubatan melindungi tanah-tanih menstabilkan iklim-iklim setempat. - mempertingkat keefisyenan kitar nutrien di antara tanah dan tumbuhan.
- menyerap gas karbon dioksida dan mengurangkan kesan pemanasan dunia.
Isu-isu berkaitan dengan pemuliharaan hutan Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas.
Pembersihan dan penebangan pokok yang tidak terancang ini telah menyebabkan pelbagai masalah. hakisan tanah/tanah runtuh - struktur tanah yang longgar dan tidak stabil ekoran daripada kehilangan cengkaman akar pokok.
Contoh: kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antara Bangsa di Kuala Lumpur, Bukit Canada di Miri Sarawak. kawasan habitat flora dan fauna terhapus. pelbagai spesies pokok dan tumbuh- tumbuhan yang berharga telah mengalami kepupusan seperti pokok meranti, cengal, balau, resak, damar camar, pelbagai orkid hutan dan periuk kera. haiwan hilang tempat perlindungan dan sumber makanan menyebabkan mereka mencerobohi kawasan tempat tinggal manusia.
Utusan Online pada 10 Januari 2009, laporan DEIA (Detailed Environment Impact Assessment) yang dikeluarkan menyatakan bahawa 30 peratus daripada populasi gajah di dalam kawasan projek pembinaan janakuasa hidro Hulu Terengganu telah dipaksa terpinggir ke kawasan ladang berhampiran menyebabkan berlakunya konflik dengan manusia. perubahan pandangan darat Penebangan pokok bagi pembinaan empangan menyebabkan kawasan hutan yang luas ditenggelami air. Contohnya, landskap baru akibat pembersihan kawasan perhutanan telah muncul di sekitar Lembah Klang dan Kuala Langat di Selangor serta Lembah Kinta di Perak.
Jerebu akibat pembakaran hutan.
kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang.
Pembakaran hutan menyebabkan lebih karbon dioksida dihasilkan dan berlakulah pemanasan global.
Kurang pokok dan tumbuhan yang mengambil karbon dioksida dan membebaskan oksigen.
Pemanasan global. Penggondolan hutan dan pembalakan yang dilakukan secara meluas akan menyebabkan tiada tempat untuk menyerap haba yang dilepaskan oleh aktiviti manusia. Contonya, penebangan hutan di Tanah Tinggi Cameron menyebabkan suhu sekitarnya meningkat sebanyak 1.5 darjah Celcius. Banjir air hujan menghentam dan memecahkan lapisan atas tanih tanpa halangan. hakisan tanih berlaku dan bahan terhakis ini diangkut oleh air larian permukaan ke sungai berhampiran. pemendapan bahan terhakis mencetekkan air sungai. semasa hujan lebat, air akan melimpahi tebing dan menyebabkan banjir di kawasan rendah. Kaedah pemuliharaan hutan 1. Penghutanan semula proses penanaman pokok-pokok terpilih yang cepat tumbuh dan bermutu di kawasan hutan yang telah ditebang. memastikan supaya hasil hutan dapat dikekalkan.
2. Pendidikan pendedahan kesedaran tentang pemuliharaan hutan. Tajuk berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan telah dimasukkan dalam kurikulum seperti mata pelajaran sains, biologi dan greografi. Memupuk kesedaran tentang peranan yang dimainkan oleh mereka dalam usaha menjaga harta semula jadi kurnian Tuhan sejak kecil. 3. Menguatkuasakan undang-undang dan akta perlidungan Kerjasama pihak kerajaan dan bukan kerajaan. Akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram perlu diperketatkan. Penebangan terpilih juga dilaksanakan di mana hanya pokok yang cukup matang sahaja dibenarkan ditebang. 4. Mewujudkan kawasan hutan simpan kekal untuk mewujudkan hutan perlindungan iaitu iklim dan rupa bumi yang sempurna, bekalan air bersih, kesuburan tanah dan keadaan sekeliling yang memuaskan. kawasan untuk istirehat, menjalankan penyelidikan serta pendidikan dan memeliharan serta memulihara tumbuh- tumbuhan. 5. Media massa penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Majalah, surat khabar, televisyen dan radio. Masyarakat sedar akan peranan asing- masing dalam pemulihraan hutan. 6. Menubuhkan kawasan khas (Taman Negara) kawasan perlindungan bagi pelbagai spesies pokok dan tumbuh-tumbuhan. tempat penyelidikan, pendidikan, rekreasi, ekonomi, estetik dan ekologi. mengandungi keunikan hutan, kekayaan kepelbagaian biologi dan memiliki keindahan alam semulajadi. 7. Kempen dan ceramah memberi kesedaran kepada penduduk mengenai kepentingan pemuliharaan hutan dan mencintai alam sekeliling. Tahu akan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam usaha pemuliharaan hutan. 8. Menghadkan pengeluaran lesen pembalakan Segala kegiatan penebangan pokok dan pembalakan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak kerajaan. meningkatkan syarat-syarat bagi permohonan lesen. Pemuliharaan Hutan di Malaysia 1. Perhutanan Semula dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Malaysia Antara pokok yang selalu ditanam oleh Jabatan Perhutanan ialah pokok pain, pokok akasia, merbau, jati dan pokok eukaliptus. Contoh penghutanan semula seperti di kawasan hutan paya air masin di Tanjung Piai, Johor. 2. Kurikulum Pendidikan alam sekitar diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Peringkat menengah - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga - pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. 3. Menguatkuasakan undang-undang dan akta Sesiapa yang menebang, memotong, menggelang, menanda, menutuh atau menoreh mana-mana pokok atau merosakkan dengan api atau memindahkan mana-mana pokok atau kayu akan didenda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali di bawah seksyen 81(1). Di bawah rancangan penebangan terpilih, hanya pokok-pokok yang cukup matang sahaja dibenarkan ditebang. 4. Hutan simpan kekal dan Taman Negara Hutan simpan - kawasan hutan yang dilarang menjalankan aktiviti pembalakan dan pemburuan. Hutan Simpan Sepilok (Sabah), Hutan Simpan Bukit Air (Sabah) dan Hutan Simpan Bukit Lama (Sarawak). Taman Negara - hutan simpan yang dibuka untuk menjadi kawasan tarikan pelancongan. Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Mulu. 5. Kempen kesedaran dan ceramah Pelbagai program kesedaran telah dijalankan oleh Persatuan Pencinta Alam dan Kelab Alam Sekitar di peringkat sekolah. ceramah, tayangan slaid, video dan menerokai hutan - dijalankan oleh pelbagai agensi seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan PERHILITAN, WWF (Worldwide Fund for Nature) dan Persatuan Pencinta Alam.
6. Media massa TV3 dan NTV7 telah menyiarkan pelbagai program yang berkaitan dengan alam sekitar, pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. Agensi-agensi seperti Alam Sekitar, Taman Sabah dan Jabatan Hidupan Liar sering menayangkan bahan-bahan berkaitan hutan hujan tanah pamah atau hutan hujan tropika di televisyen dan majalah 7. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) memulihara dua koridor hijau membabitkan kawasan yang luas di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak akan meliputi kawasan yang saiznya seluas Iceland. habitat penting hutan dan koridor semulajadi sedia ada akan dilindungi dan pada masa yang sama memulihara jaringan antara hutan yang terpisah melalui hubungan ekologi atau koridor hidupan liar. Teknologi terkini untuk pemuliharaan hutan Malaysia mempunyai kepelbagaian tumbuhan yang terdiri daripada spesies tumbuhan ubatan asli dan aromatik di kawasan perhutanan.
Daripada sejumlah 1,600 spesies yang dilaporkan mempunyai khasiat perubatan, hanya sebilangan kecil sahaja yang telah atau sedang ditanam dan dikaji secara saintifik. Dalam memastikan sumber genetik tumbuhan ubatan dalam hutan ini terpelihara untuk kegunaan pada masa hadapan, beberapa inisiatif untuk memuliharanya perlu dijalankan. Antaranya, membangunkan bank genetik tumbuhan ubatan melalui simpanan biji benih atau bahan tumbuhan lain yang boleh dibiakkan untuk kegunaan kemudian.
Pemuliharaan sumber genetik secara in situ.
Ini merujuk kepada pemuliharaan di bawah persekitaran semula jadinya.
Contoh yang terbaik ialah hutan simpan seperti taman negara yang meliputi negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu di semenanjung Malaysia dan taman negara di Sarawak dan Sabah.
Pemuliharaan sumber genetik secara ex situ pula merujuk kepada pemuliharaan yang dilakukan di luar ekosistem semula jadinya.
Antara contoh yang boleh dilihat ialah taman-taman etnobotani seperti Taman Botani di Gua Musang, Kelantan, Taman Etnobotani di Perlis dan Sekayu, Terengganu.
Terdapat juga beberapa taman etnobotani yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri seperti Taman Botani Semengoh dan Taman Hutan Sama Jaya di Sarawak.
Kehadiran taman-taman etnobotani seperti ini membolehkan penyimpanan kepelbagaian genetik tumbuhan ubatan yang penting dijalankan.
Kajian mengenai Pemuliharaan Hutan Dalam kajian Haliza Abdul Rahman (2008), hasil soal selidik yang dilakukan di Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor menunjukkan masalah kemerosotan dan kemusnahan hutan bakau terus berlaku di Selangor disebabkan oleh dua faktor utama iaitu kekurangan pengetahuan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan ekosistem hutan bakau khususnya berkaitan dengan dasar dan perundangan yang digunapakai di kalangan kakitangan agensi berkenaan serta kegagalan mewujudkan satu bentuk pengurusan bersepadu di antara agensi-agensi yang terlibat.
kajian berkenaan dengan pemuliharaan hutan bakau juga telah dilaksanakan di bawah Projek Penanaman Semula Bakau oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Objektif - untuk memuliharakan hutan bakau di kawasan pantai yang mengalami hakisan yang teruk akibat dari tindakan ombak yang kuat dengan menggunakan teknik eco- engineering. Pemantauan dari segi profail pantai, kadar pemendapan sedimen dan kadar pertumbuhan pokok- pokok bakau yang telah ditanam dikaji dengan teliti. Berdasarkan kepada data profail pantai bagi tahun 2001 (sebelum penanaman) dan 2004 (selepas penanaman), didapati berlaku pemendapan sedimen di sekitar kawasan penanaman pokok bakau. Keputusan daripada kajian ini telah menunjukkan bahawa penanaman semula pokok bakau memainkan peranan yang berkesan sebagai penimbal hakisan pantai serta lain-lain kepentingannya. Keadaan tapak sewaktu projek baru dimulakan Keadaan tapak dalam tahun 2004 Sekian Terima kasih