Pengenalan

1. Konsep Pentaksiran

Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya Pengukuran dan Penilaian
Pendidikan muka surat 23, pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat
untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian dalam
Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau
markah (pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang pembelajaran
seseorang murid bagi tujuan tertentu. Daripada penerangan ini, kita boleh mengatakan
bahawa pentaksiran merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian.




Rajah 1: Perhubungan antara pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian


Daripada rajah 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian, pengukuran dan penilaian
adalah di dalam pentaksiran. Oleh yang demikian, untuk mendalami konsep pentaksiran,
pemahaman konsep pengujian, pengukuran dan penilaian adalah amat penting sekali.

Menurut Gay (1985) dipetik daripada Ee Ah Meng (2002), berpendapat bahawa penilaian
ialah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini
membolehkan guru membuat keputusan tepat berhubung dengan pengajaran dan
pembelajarannya.






2. Penilaian

Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan.
Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara
ringkas seperti rajah 2 berikut.



Rajah 2: Prosedur Penilaian

Berdasarkan kepada rajah 2 di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti
utama dalam penilaian. Untuk menjalankan penilaian, seseorang guru perlulah terlebih
dahulu melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap
pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut boleh
menjalankan penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lemah,
sederhana, baik ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang tindakan susulan
untuk membantu murid-muridnya meningkat prestasi mereka.




















3. Pengukuran

Menurut Azizi Ahmad (2009), Pengukuran bermaksud satu proses mendapatkan maklumat
secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai
sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan suatu instrumen.
Hasil pengukuran hanya merupakan penentuan status atau tahap yang tidak mempunyai
nilai. Contohnya, Ali mendapat 70 peratus dalam ujjian Kajian Tempatan, kita tidak
menyatakan sama ada prestasi Ali ini baik atau tidak. Pengukuran ini dilaksanakan tanpa
nilai seperti yang diterangkan dalam rajah 3 di bawah.




Rajah 3: Konsep pengukuran

Pengukuran tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang adalah sukar
dan tidak dapat dilakukan dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti pembaris. Oleh
yang demikian, kita tidak boleh menganggap murid yang mendapat skor 90 itu adalah dua
kali ganda lebih pandai daripada murid yang hanya mendapat skor 45. Sementara
seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boleh dianggap sebagai tidak mempelajari
sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang
dilalui.














4. Pengujian

Antara keempat-empat istilah, pengujian boleh dikatakan mendukung maksud yang labih
sempit atau khusus. Menurut Cronbach, ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan membuat huraian dengan
bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori.
Ini dikukuhkan lagi oleh Azizi Ahmad Mohd Isha Awang (2008) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh
murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya
akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.
(Azizi, 2008; 4).


Proses pengujian lazimnya bermula dengan perancangan ujian, diikuti oleh pentadbiran ujian
dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan murid seperti yang ditunjukkan dalam rajah
4 di bawah. Melalui proses pengujian ini, guru boleh mengetahui kedudukan dan prestasi
serta penguasaan murid terhadap tajuk-tajuk yang diuji. Ini membolehkan guru
menempatkan murid-murid mengikut kumpulan dalam bilik darjah untuk memudahkan
pengajaran.


Rajah 3: Proses pengujian


Kesimpulannya, pentaksiran merupakan suatu proses yang merangkumi penyediaan dan
perlaksanaan ujian (Pengujian), penyemakan dan memberi skor (Pengukuran) dan
menterjemah maklumat atau jawapan (Penilaian). Pentaksiran, penilaian, pengukuran dan
penilaian mempunyai definisi dan makna yang tersendiri namun keempat-empat konsep ini
adalah saling berhubungkait antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Guru tidak
akan tahu kejayaannya dalam menyampaikan isi pelajaran, melainkan dia membuat
pentaksiran.



5. Instrumen
Menurut Suharsimi Arikunto (2000:134), instrumen pengumpulan data adalah alat bantu
yang dipilih dan digunakan oleh peneliti dalam kegiatannya mengumpulkan agar kegiatan
tersebut menjadi sistematis dan dipermudah olehnya. Ibnu Hadjar (1996:160) berpendapat
bahwa instrumen merupakan alat ukur yang digunakan untuk mendapatkan informasi
kuantitatif tentang variasi karakteristik variabel secara objektif. Instrumen pengumpul data
menurut Sumadi Suryabrata (2008:52) adalah alat yang digunakan untuk merekam-pada
umumnya secara kuantitatif-keadaan dan aktivitas atribut-atribut psikologis. Atibut-atribut
psikologis itu secara teknis biasanya digolongkan menjadi atribut kognitif dan atribut non
kognitif. Sumadi mengemukakan bahwa untuk atribut kognitif, perangsangnya adalah
pertanyaan. Sedangkan untuk atribut non-kognitif, perangsangnya adalah pernyataan.
Dari beberapa pendapat ahli di atas, dapat disimpulkan bahwa instrumen penelitian adalah
alat bantu yang digunakan oleh peneliti untuk mengumpulkan informasi tentang variabel atau
objek yang sedang diteliti.
Di dalam matapelajaran pendididikan seni visual, instrumen yang lazim digunakan di dalam
membuat pengukuran, penilaian dan pentaksiran, antara yang dicadangkan adalah ;
i. Ujian (sejarah dan apresiasi seni)
ii. Pemerhatian
iii. Temubual
iv. Perbincangan
v. Anekdot
vi. Senarai semak
vii. Soal selidik
viii. Pengukuran sikap
ix. Portfolio












Bagi tujuan tugasan ini, saya memilih untuk menggunakan instrrumen pemerhatian dan soal
selidik. Rasionalnya adalah kerana pihak sekolah telah menetapkan penggunaan instrumen
ini bagi pelajar tahun 1,2,3 dan 4 selaras dengan pelaksanaan PBS dan KSSR di samping
penilaian portfolio pelajar bagi pelajar tahun 5 dan 6.
T