You are on page 1of 20

1.

0 PENGENALAN
Menurut pandangan penganalisis politik, cadangan pembentukan Malaysia oleh
Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura (Sunday Mail 1961, Sunday
Times 1961) merupakan satu detik penting yang membawa kepada
perkembangan parti politik di Sabah.[1]Lanjutan daripada cadangan pembentukan
Malaysia ini, wujud kesedaran politik dan sekali gus menyebabkan munculnya
parti-parti politik di Sabah. (Whelan 1970; Ness 1965).Gagasan penubuhan
Malaysia ini telah di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dalam persidangan
dengan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi,
Singapura.Tunku Abdul Rahman menyatakan kemasukan Borneo Utara, Sarawak,
Singapura dan Brunei mampu memberi kesan yang amat baik.Dengan cara ini,
negeri-negeri tersebut mampu mencapai kemerdekaan melalui pembentukan
sebuah kesatuan politik yang di namakan Malaysia.Tunku Abdul Rahman juga
menyatakan betapa pentingnya kesatuan politik ini dalam mewujudkan kerjasama
yang lebih erat dalam politik dan ekonomi memandangkan latar belakang sejarah
dan sosiobudaya yang tidak jauh berbeza.Di samping itu, dengan pembentukan
kesatuan ini di harapkan mampu menyekat penularan pengaruh komunis di
negeri-negeri yang di nyatakan ini.
Berdasarkan usul yang di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman ini, ia telah
membangkitkan kesedaran politik di kalangan pemimpin Sabah dan ini telah
memberi rangsangan kepada kelahiran parti-parti politik di Sabah.Justeru
itu,adalah boleh di katakan pengumuman gagasan Malaysia ini telah menjadi
landasan kepada perkembangan politik di Sabah dan seterusnya
memperjuangkan kemerdekaan sendiri dan kemerdekaan kepada Sabah.[2]
2.0 PERKEMBANGAN PARTI POLITIK DI SABAH
2.01 United National Kadazan Organization (UNKO)
Parti United Kadazan Organization (UNKO) atau Pertubuhan Kebangsaan
Kadazan Bersatu merupakan parti pertama di tubuhkan di Sabah.Parti ini
di anggotai oleh kaum Kadazan dan kumpulan Kristian lain seperti Rungus
dan Murut.Antara tokoh-tokoh penting UNKO, selain Donald Stephens
ialah seperti Peter Mojuntin, Herman Luping, Ganie Gilong dan G.S
Sundang. Rancangan untuk menubuhkan parti UNKO ini mula di fikirkan
pada 26 Mac 1961 (Kely Jitilon, 1984/85: 76).[3] UNKO di tubuhkan
berasaskan penyatuan pertubuhan-pertubuhan sosial dan kebudayaan
orang Kadazan di seluruh Sabah untuk membentuk satu pertubuhan politik.
Proses pembentukannya telah di pesatkan lagi apabila pada 27 Mei 1961,
Tunku Abdul Rahman mengumumkan di Singapura cadangan gagasan
Malaysia.Rentetan daripada pengumuman gagasan Malaysia ini,
Persatuan Sosiobudaya Kadazan telah mengadakan satu Kongres
Persatuan di rumah kediaman Donald Stephens.Dalam kongrses tersebut
satu resolusi telah di luluskan bagi menubuhkan satu lembaga pusat untuk
menyelaraskan semua kerja-kerja Persatuan Kadazan di Sabah.Kongres
telah mengambil keputusan untuk menamakan Lembaga Pusat itu sebagai
The United National Kadazan Organization (UNKO). Pertubuhan ini
merupakan parti politik suku Kadazan yang berpusat di pantai barat Sabah
yang di tubuhkan pada bulan Ogos 1961 yang di pengerusikan oleh
Donald Stephen iaitu seorang ahli perniagaan peranakan Australia-
Kadazan dari Jesselton (Kota Kinabalu).Beliau adalah saudagar balak
(timber magnate) dan juga terkenal sebagai pengarang akhbar North
Borneo News and Sabah Times.(kemudiannya di kenali sebagai Sabah
Times).[4] Kekayaan hasil konsesi balak yang di perolehi daripada
penjajah British,telah membolehkan menampung perbelanjaan kegiatan
parti politik UNKO.Melalui pengelibatan beliau sebagai pengarang akhbar
North Borneo News and Sabah Times telah memudahkan penyampai
pandangan UNKO mengenai politik Sabah dan Malaysia secara lebih
berkesan.
Pada awal penubuhan UNKO, ia mendapat sokongan terbesar daripada
kalangan orang-orang Kadazan/Dusun Pantai Barat, terutamanya dari
Penampang dan Papar.Kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa kerja adalah
terdiri daripada mereka yang beragama Kristian.Pada awal penubuhannya,
UNKO hanya membuka keahliannya kepada orang-orang Kadazan/Dusun
termasuklah orang Dusun dan Sino-Kadazan.Donald Stephens percaya
dengan jumlah penduduk Kadazan/Dusun seramai 167,367 (32 % dari
jumlah penduduk Sabah) pada tahun 1960 sudah cukup bagi UNKO untuk
berdiri dengan teguh sebagai sebuah parti politik dan boleh menjadi
dominat partner dalam sebarang penggabungan parti politik lain yang
wujud di Sabah.Namun apabila parti United Sabah Nation Organization
(USNO) wujud dengan dasarnya yang membuka keahlian kepada semua
kaum bumiputera di Sabah sama ada beragama Islam atau tidak telah
menyebabkan kedudukan parti UNKO tergugat.Dasar USNO yang
membuka keahliannya kepada semua kaum ini telah menarik ramai
sokongan orang-orang Dusun yang tidak setuju dengan penggunaan
istilah Kadazan ini yang di perjuangkan oleh UNKO untuk menyertai parti
USNO.Golongan Dusun ini khuatir dengan kedudukan mereka dalam
UNKO memandangkan mereka kurang maju dalam pelajaran dan ekonomi
akan mudah di dominasikan oleh orang-orang Kadazan Penampang yang
sedia lebih berpelajaran dan lebih berada berbanding orang-orang
Dusun.Ini terbukti apabila mereka menyaksikan keahlian parti politik
UNKO banyak di kuasai oleh orang Kadazan Penampang.[5]
Menurut Donald Stephens, matlamat utama penubuhan UNKO ialah untuk
menyatupadukan rakyat Kadazan/Dusun dan Murut supaya mereka pada
akhirnya berkerjasama dan bersatu dengan etnik-etnik yang lain untuk
memajukan serta membangunkan negeri Sabah.[6][7] Selain itu, tujuan
penubuhan UNKO juga adalah untuk memperkuatkan perhubungan di
antara orang-orang Kadazan/Dusun agar mereka dapat memperjuangkan
satu cita-cita dan satu matlamat dalam politik, ekonomi, dan sosial, di
samping menggesa kerajaan British supaya tidak mengabaikan hak-hak
bumiputera Sabah, terutamanya orang-orang Kadazan/Dusun.Ia juga
bertujuan untuk menggalakkan semangat orang-orang Kadazan/Dusun
supaya bersatu dan tidak mudah mengalah kepada orang-orang lain, agar
terus hidup dalam suasana kegembiraan, keharmonian dan
kesederhanaan (Kely Jitilon, 1984/85 : 82).
2.02 United Sabah National Organization (USNO)
Kemunculan UNKO telah menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan
penduduk bumiputera Islam di Sabah.Oleh itu, bumiputera Islam telah
menubuhkan parti politik mereka sendiri,iaitu United Sabah National
Organization(USNO) yang mewakili cita-cita dan objektif komuniti Melayu
Muslim di Sabah.Ia di lancarkan di Kudat oleh Tun Datu Mustapha pada
23 Disember 1961, empat bulan selepas penubuhan UNKO (Abdullah
Hussain 1976, 71).[8] Sebenarnya kewujudan parti USNO ini adalah hasil
daripada kesedaran orang-orang Melayu Islam terutamanya Datu
Mustapha Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah yang bergiat
dalam berbagai persatuan Islam.Kebanyakan pemimpin persatuan Islam
tersebut menjadi pemimpin dalam parti USNO. Di antara mereka yang
menjadi pengasasnya ialah Datuk Hj.Zakaria Gunn, Datuk Ahmad
Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Datuk Hj. Ariffin,
Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk Othman Hj.Sidik dan Datu K.M Edinin
(Abdullah Hussain, 1976 : 69). Pemimpin utama Persatuan Islam Putatan,
Allahyarham Datuk Hj. Abu Bakar Titingan adalah Timbalan Presiden
USNO yang pertama.Pemimpin-pemimpin Islam ini telah berjaya
menggabungkan persatuan-persatuan sosial dan Islam seluruh Sabah di
bawah naungan satu parti politik.Sejak awal penubuhan parti USNO ini, ia
telah di pimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan seorang
pemimpin bumiputera tempatan yang sangat kuat pengaruhnya di
kalangan orang Islam Sabah sejak awal tahun 1950-an.Sebelum penerajui
kepimpinan parti USNO, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua
Anak Negeri Gred Satu yang membawa gelaran Orang Kaya-kaya dan di
lantik menjadi ahli Majlis Perundangan Sabah pada tahun 1955.[9]
Pada 24 Disember 1961, Datu Mustapha menggariskan cogan kata Parti iaitu
Bersatu, Bersedia, Berkhidmat kearah mencapai kemerdekaan melalui
Malaysia.USNO sejak awal lagi menyokong gagasan Malaysia kerana ia
dapat menjamin perkembangan ekonomi dan kestabilan politik
Sabah.Malah pembentukan ini mampu menyekat perkembangan komunis
di Sabah.Datu Mustapha adalah pemimpin pertama Sabah yang
menyokong agama Islam di jadikan agama rasmi Sabah dan begitu juga
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.Dasar ini ketara bertentangan
dengan dasar UNKO dan inilah yang menyebabkan kontroversi antara dua
parti ini.Namun kedua-dua parti ini bersatu menjelang penubuhan
Malaysia.[10]
2.03 United National Pasok-Momugun Organization (PASOK-MOMUGUN)
PASOK-MOMUGUN di anggotai oleh suku-suku bumiputera dari kawasan
pedalaman Sabah.O.K.K. Sedomon dan O.K.K. Sundang iaitu dua orang
adik-beradik telah memimpin parti ini sejak ia di tubuhkan.[11] Orang Murut
berasa bimbang bahawa kemungkinan mereka akan ketinggalan dalam
arus perubahan yang pesat di Sabah berbanding dengan orang Kadazan
dan Melayu Muslim.Oleh itu, G.S.Sundang keluar dari UNKO dan
menubuhkan United National Pasok Momugun Organization (Pasok
Momugun) pada 4 Januari 1962 bersama-sama dengan Orang Kaya-Kaya
Sedomon.Perkataan Pasok Momogun dalam bahasa Dusun membawa
maksud People Of the Country, tetapi ia di anggotai oleh kebanyakan kaum
Murut dan Dusun di Sabah.Pasok Momogun di tubuhkan oleh golongan
Bumiputera Sabah yang tidak setuju dengan USNO yang menyokong
gagasan Malaysia dan penggunaan Kadazan oleh UNKO.[12]
Tujuan parti ini di tubuhkan adalah untuk melindungi hak kaum Bumiputera di
kawasan pedalaman dan di sokong oleh segelintir orang Cina yang
bimbang tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai
Malaysia.Misalnya, Khoo Siak Chiew, seorang tauke Cina dari Sandakan
menyuarakan kebimbangan mengenai Sabah akan di jajah oleh Tanah
Melayu sekiranya Sabah tidak di beri hak berkerajaan sendiri terlebih
dahulu.Pada peringkat awalnya, orang Cina menggunakan orang Murut
sebagai alat untuk menentang penubuhan Malaysia.Tauke-tauke Cina
seperti Peter Chin dari Kota Kinabalu dan Khoo Siak Chiew dari Sandakan
memberi sokongan kewangan kepada orang Murut untuk menubuhkan parti
politik.Sebuah laporan di buat bahawa pada tahun 1962, United Party telah
menyumbang wang sebanyak $250,000 kepada Pasok Momogun.[13]Pada
dasarnya, Pasok Momogun juga menentang penubuhan Malaysia kerana
kebimbangan terhadap dominasi Melayu Islam.Selain itu juga,parti ini
mahukan Sabah mencapai kemajuan dan kemerdekaan sendiri sebelum
menyertai sebarang persekutuan.Namun, walau bagaimanapun akhirnya
Peter Chin dan Khoo Siak Chiew menerima pembentukan gagasan
Malaysia apabila mereka sedar bahawa gagasan itu pasti akan menjadi
kenyataan.Setelah itu, bantuan kewangan kepada Posok-Momogun pun
dihentikan dan G.S.Sundang di tinggalkan dengan sikap anti
Malaysianya.Selepas itu, pengaruh Pasok-Momogun pun semakin merosot
dengan beberapa kehadiran parti Cina dan parti Cina tersebut telah mula
bergerak kearah berkerjasama dengan UNKO dan USNO.Setelah melihat
perkembangan itu, akhirnya G.S. Sundang akhirnya terpaksa akur lalu
mempertimbangkan semula gagasan Malaysia.Akhirnya, pada November
1962, Pasok Momogun menyertai Parti Perikatan Sabah sebagai salah satu
komponen parti yang menyokong Malaysia.Kemudian Pasok Momogun
telah bergabung dengan UNKO pada Jun 1964 membentuk United Pasok
Momogun Kadazan Organization (UPKO).Adalah dapat di lihat bahawa
penubuhan Pasok Momogun ini berkait rapat dengan gagasan Malaysia dan
akhirnya menjadi satu parti yang terdapat dalam Parti Perikatan Sabah.[14]
2.04 PARTI POLITIK CINA
Orang cina juga telah mula mencari idea terbaik untuk melindungi
kepentingan komunitinya di Sabah.Timbul kebimbangan di kalangan
orang Cina bahawa pembentukan gagasan Malaysia ini bukan sahaja
menggugat peluang ekonomi mereka, malah orang Cina juga
beranggapan ia akan membawa dominasi politik orang Melayu dan
menjejaskan kedudukan bahasa Cina dan pendidikan mereka di
Sabah.[15] Muncul dua aliran reaksi orang Cina di Sabah terhadap
pembentukan gagasan Malaysia.Pertama, di satu pihak mereka inginkan
sebuah pertubuhan politik, manakala di satu pihak lagi mereka inginkan
sebuah badan bukan politik untuk memperjuangkan kepentingan mereka
di Sabah. Akhirnya, orang Cina yang inginkan pertubuhan politik telah
menubuhkan parti politik mereka pada tahun 1962.Pada awal tahun 1962,
terdapat dua buah parti Cina iaitu North Borneo Democratic Party (NBDP)
yang di bentuk di Kota Kinabalu yang di pimpin oleh Peter Chin dan
United Party (UP) yang di bentuk di Sandakan pada Febuari 1962 yang
di pimpin oleh Khoo Siak Chiew.[16]United Party ini di sertai oleh
peniaga-peniaga kaya dari golongan Hakka dan Teochew yang
berpendidikan Inggeris serta sebilangan kecil golongan
profesional.NBDP pula mewakili peniaga dan pedagang sederhana dari
golongan Hokkien dan Hakka yang kebanyakan daripada mereka
berpendidikan Cina.
Kedua-dua parti Cina ini inginkan Sabah mencapai kerajaan sendiri terlebih
dahulu sebelum menyertai Malaysia.UP berpendapat bahawa
penubuhan Malaysia adalah perkembangan yang terlalu awal bagi
Sabah.Sementara NBDP menuntut taraf berkerajaan sendiri,tidak ada
bahasa atau agama rasmi,bahasa Inggeris terus di kekalkan,hubungan
rapat dengan Tanah Melayu dan Singapura mesti di jalankan secara
beransur-ansur serta hendaklah di tentukan taraf orang Cina kacukan
Dusun (Sino-Dusun) di Sabah. Jika dibandingkan parti ini dengan UNKO
dan USNO parti ini kecil yang memperjuangkan kepentingan dan masa
depan komunitinya di Sabah.Penubuhan dua buah parti ini semakin
penting memandangkan sejak tahun 1960, komuniti Cina telah
menguasai 32 lesen kayu balak dan 90% ekonomi Sabah juga berada
pada tangan orang Cina.Maka kepentingan ekonomi mereka di Sabah
perlu lah di lindungi.[17]
Menjelang pilihanraya tempatan pertama di Sabah, pada Febuari 1962, wakil-
wakil Malayan Chinese Association (MCA) dari Tanah Melayu telah
melawat Sabah dan berjaya memujuk kedua-dua buah parti ini untuk
membentuk gabungan bagi mewakili komuniti Cina dalam pilihanraya
yang akan di adakan di Sabah.Di bawah pimpinan Dr.Lim Swee Aun,
MCA berjaya menyatukan kedua-dua parti tersebut untuk membentuk
Borneo Utara National Party (BUNAP) pada 12 Oktober 1962.Pada masa
yang sama juga, MCA berjaya mengurangkan kebimbangan orang Cina
tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai dan ini sekali gus
mempengaruhi mereka untuk berkerjasama dengan kaum lain dalam
proses Sabah menghadapi pilihanraya dan mencapai
kemerdekaan.Menjelang tahun 1962, parti ini mengumumkan
penerimaan gagasan Malaysia dan bersedia untuk berkerjasama dengan
parti-parti yang menyokong gagasan Malaysia dan ini sekali gus telah
membawa kepada penyertaan BUNAP dalam parti Perikatan
Sabah.Apabila Sabah menyertai Malaysia dan namanya ditukar daripada
Borneo Utara kepada Sabah,iaitu pada 16 Sept. 1963, nama BUNAP
ditukar kepada Sabah National Party (SANAP).
2.05 PERIKATAN SABAH
Parti perikatan Sabah di anggotai oleh UNKO,USNO,SANAP dan
PM.Penubuhan Perikatan ini adalah atas intensif dan usaha pemimpin-
pemimpin politik Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu bagu
mewujudkan satu perpadun untuk menyokong penubuhan gagasan
Malaysia.Pada awal penubuhan perikatan ini (1962-1967) masih wujud
perbezaan pendapat dan asas antara parti yang menganggotai perikatan
ini.Persengketaan dan perbezaan pendapat ini jelas kelihatan
terutamanya antara parti UNKO dan USNO.Namun disebabkan oleh
beberapa perkara akibat ancaman Filipina yang menuntut Sabah dan
Konfrontasi Indonesia, persengketaan ini terpaksa di lupakan demi
kepentingan dan kemerdekaan Sabah.Pemimpin seperti Datu Mustapha,
Donald Stephens, G.S.Sundang dan Khoo Siak Chiew telah bersama-
sama menyatakan bahawa penduduk Sabah adalah bersaudara dan
mereka harus berkerjasama untuk mewujudkan sebuah negeri yang
makmur.Namun ia tidak dapat bertahan lama kerana terpaksa tunduk
kepada kehendak masing-masing yang sentiasa wujud curiga mencurigai
yang kurang percaya kepada parti-parti lain dalam komponen.Walaupun
berada dalam satu perikatan yang sama, namun masih wujud unsur
perkauman dalam menyokong calon parti.USNO penyokongnya terdiri
daripada Melayu-Muslim,UNKO disokong oleh Kadazan/Dusun dan Sino-
Kadazan ,SANAP disokong oleh Cina manakala Pasok Momogun
disokong oleh masyarakat Dusun dan Murut di Pedalaman.
2.06 KERAJAAN PERIKATAN 1962-1967
Pada awal penubuhannya, asas penubuhan parti adalah tidak kukuh dan
terburu-buru bagi menyokong penubuhan gagasan Malaysia.Di
sebabkan hal ini, setiap parti yang ada dalam perikatan ini masih
memperjuangkan hak kaum masing-masing.Dalam tiap-tiap parti ini
masih wujud perasaan perkauman yang terlalu tebal yang lebih berpihak
kepada kepentingan kaum masing-masing. .[18]
Perikatan telah membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya secara
langsung menerusi Residency Electoral Colleges(Roff,1967: hlm.86.)
yang di adakan pada bulan Mac 1963.Pilihanraya ini di adakan bertujuan
untuk memilih calon menduduki Majlis Dewan Undangan.Dalam
pilihanraya tersebut, USNO menang 8 kerusi,UNKO 5 kerusi, SANAP 4
kerusi dan PM 1 kerusi.[19]Dalam kerajaan baru ini British dan semua
ahli perikatan bersetuju untuk memilih Donald Stephens sebagai Ketua
Menteri.Kalau di lihat melalui pemilikan jumlah kerusi,Tun Mustapha lebih
layak menjadi Ketua Menteri tetapi Tun Mustapha mengalah dan
memberi peluang kepada Donald Stephens dan memegang jawatan
sebagai Yang Di-pertua Negeri dan nampak lebih adil untuk
mengurangkan ketegangan antara bumiputera Islam dan bukan
Islam.Namun ada juga mengatakan bahawa Tun salah tanggapan pada
jawatan Yang di-Pertua.Beliau beranggapan bahawa jawatan ini sama
seperti Gabenor pada zaman British.Tetapi sangkaan beliau ini adalah
sebaliknya.Kedudukan beliau sangat terkongkong dalam politik kerana
semua kuasa pentadbiran Sabah di pegang oleh Donald Stephens.Ini
menyebabkan beliau enggan berkerjasama dengan Donald Stephens
lalu melemahkan kedudukan perikatan.[20]
Ketegangan yang berterusan antara USNO dan UPKO ini telah memberi
keuntungan kepada orang Cina.Hal ini bertambah rumit apabila Kerajaan
Pusat campur tangan dan memaksa Donald Stephens meletak
jawatan.Apabila Donald Stephens meletak jawatan dan memegang
Menteri Hal-Ehwal Sabah ,jawatan Ketua Menteri telah di sandang oleh
Peter Lo dar SCA.Parti UPKO berasa kecewa dengan tindakan
USNO/SCA dan Kerajaan Persekutuan kerana mereka beranggapan
bahawa perlantikan Peter Lo ini akan menjadi laluan kepada Tun
Mustapha untuk menjadi Ketua Menteri selepas itu.Ini menyebabkan
UPKO bertindak meminta supaya kemasukan Sabah ke Malaysia di kaji
semula namun di tolak oleh Tunku dan ini menyebabkan Donald
Stephens mahu berkerjasama dengan Singapura untuk menubuhkan
Persekutuan 3 S (Singapura,Sabah,Sarawak).Ini di anggap ancaman
kepada Tunku dan menyebabkan Tunku menekan perikatan Sabah
supaya menggugurkan jawatan pemimpin UPKO ini.Untuk kepentingan
penyokong UPKO,Donald Stephens dan Peter Mojuntin meletak jawatan
dan kedudukan UPKO dalam perikatan semakin lemah[21]
Pada bulan Disember 1967, UPKO di bubarkan kerana Donald Stephens
merasakan pengaruh beliau dan UPKO semakin lemah kerana hampir
semua rancangan beliau gagal.Ini di tambah lagi apabila seorang demi
seorang ADUN UPKO melompat parti kerana kedudukan mereka lebih
terjamin dan mendapat keistimewaan.Setelah UPKO di bubarkan,USNO
menguasai Sabah semula dan ia di sambut baik oleh Tunku dan Tun
Mustapha.Ekoran dari itu,Donald Stephens di lantik sebagai Pesuruhjaya
Tinggi Malaysia di Australia.[22]
Dengan pembubaran UPKO dan ketiadaan Donald Stephens dalam politik
Sabah telah meredahkan suasana ketegangan politik Sabah dan Sabah
dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembangunan negeri
Sabah.
2.07 KERAJAAN PERIKATAN 1967-1976
Terdapat banyak kecacatan dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan tahun
1967-1976.Sungguh pun begitu, pentabiran USNO masih membawa
kebaikan kepada negeri dan rakyat Sabah.Pada era pentadbiran
ini,keadaan politik stabil dan ini memudahkan lagi pembangunan Sabah
untuk di jalankan.Banyak Rancangan-rancangan pembangunan telah
berjaya di laksanakan dengan licin disebabkan adanya perpaduan
rakyat.Kerajaan perikatan pada tempoh ini sentiasa berusaha untuk
menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat dan tanamkan semangat
cintakan negara memandangkan terdapat banyak kaum di Sabah yang
masing-masing dengan agama dan budaya tersendiri.Oleh itu,adalah
menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyatupadukan rakyat demi
kepentingan pembangunan Sabah.Antara langkah yang telah di
laksanakan ialah meingiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi
manakala Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Sabah yang
bertujuan penyatuan rakyat.
Walaupun USNO bukan parti Islam tetapi parti ini banyak berusaha untuk
mengukuhkan dan meluaskan Islam di Sabah.Di bawah pentadbiran
USNO, agama Islam telah di jadikan agama rasmi negeri
Sabah.Namun walau Islam sebagai agama rasmi negeri,tetapi agama
lain bebas di amalkan.Bagi menjayakan rancangan ini, Ketua Menteri
telah menubuhkan United Sabah Islamic Association (USIA) pada bulan
Ogos 1969 yang bertujuan untuk mentadbir Islam dan menyebarkan
dakwah Islam di Sabah.Selain USIA, Kerajaan USNO juga telah
menubuhkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada tahun 1971 bagi
menguruskan hal-ehwal Islam di Sabah.Namun, tindakan USNO ini
tidak di senangi oleh bumiputera bukan Islam kerana mereka
merasakan bahawa dasar ini tidak harus di laksanakan kerana Sabah
terdiri daripada pelbagai agama.Dasar-dasar yang di laksanakan oleh
Tun Mustapha tidak berapa di senangi oleh bumiputera bukan
Islam.Akhirnya perpaduan yang di kecapi telah goyah dan semangat
perkauman dan keagamaan semakin menenebal di hati bumiputera
Kristian dan Kadazan di Sabah.
Namun,walau wujud banyak kontroversi, terdapat juga pembangunan dari
segi ekonomi dan pelajaran bumiputera Sabah.Pada tahun 1969
Yayasan Sabah telah di tubuhkan yang banyak memberi manfaat
kepada bumiputera Sabah.
Walaupun banyak kontroversi,namun ia tidak lah sampai kepada tahap yang
membimbangkan kerana kedudukan USNO pada waktu itu telah kukuh
dan sukar untuk di tandingi.Walau pun ada cubaan-cubaan untuk
menggugat kedudukan USNO,namun dengan cepat-cepat ia di atasi
oleh USNO.Contohnya, Peter Mojuntin telah menubuhkan Union Of
Sabah People (USAP) tetapi ia gagal di daftarkan kerana penyokong-
penyokongnya di ancam dan pemimpinnya pula begitu mudah di sogok
dengan wang.
Penentangan ke atas pimpinan USNO tidak berdiam begitu
sahaja.Kemarahan dan ketidakpuasan di kalangan rakyat semakin
membara di atas dasar-dasar USNO yang kurang di persetujui.Peluang
yang di tunggu telah tiba apabila BERJAYA di tubuhkan untuk
mengembalikan semangat politik rakyat Sabah.
2.08 Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)
Pembentukan Parti Bersatu Rakyat Sabah (BERJAYA) dapat di bincangkan
berdasarkan hubungan antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan
Pusat Kuala Lumpur pada tahun-tahun akhir pemerintahan Perikatan
Sabah.Pada era awal pemerintahan Perikatan Sabah, hubungan di antara
Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur adalah
sangat baik dan erat terutama sekali semasa Tunku Abdul Rahman
menjadi Perdana Menteri.Namun, apabila Tun Mustapha sudah menjadi
semakin kuat dan terlalu berkuasa, hubungan baik ini semakin
renggang.Tindak-tanduk Tun Mustapha semakin sukar untuk di kawal dan
banyak bercanggah dengan dasar Kerajaan Pusat pimpinan Tun Abdul
Razak.Banyak berlaku pembaziran wang,penyelewengan, dan
penyalahgunaan kuasa yang telah menyebabkan berlaku pertelagahan
peribadi di antara kedua-dua tokoh Pusat dan Negeri itu.Pertentangan
yang berlaku ini telah menjadi faktor penting yang membawa Kerajaan
Pusat untuk menyokong penubuhan BERJAYA (Yusoff Jalil, 1979; Jenar
Lamdah, 1981, Bernard Sta Maria, 1978).Dengan sokongan yang di
lakukan oleh Kerajaan Pusat Kuala Lumpur ini, Tun Mustapha tidak dapat
menyekat pertumbuhan parti BERJAYA seperti yang pernah di lakukan
oleh beliau sebelum ini ke atas parti politik yang lain.Selain daripada
sokongan daripada Kerajaan Pusat Kuala Lumpur, penubuhan parti ini
juga turut di sokong oleh tokoh-tokoh seperti Abd.Ghafar Baba,
Abd.Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri iaitu Tun
Fuad juga turut menyokong penubuhan parti ini.[23]
Pada awal tahun 1975, hubungan antara Kerajaan USNO-SCA dan Kerajaan
Barisan Nasional (BN) menjadi semakin tegang apabila Perdana Menteri,
Tun Abdul Razak, meminta dan menyokong supaya di bentuk satu parti
baru yang lebih berbentuk multi-racial iaitu pelbagai corak bangsa di
Sabah untuk menentang Tun Mustapha dan USNO. Suatu keputusan
telah di capai untuk membentuk parti BERJAYA, suatu usul yang cepat
dan sebuah parti baru ini telah di bentuk pada 15 Julai 1975.Pemimpin
yang menerajui parti BERJAYA ini terdiri daripada bekas pemimpin dalam
USNO yang tidak puas hati dan tidak bersefahaman dengan kepimpinan
Tun Mustapha, seperti Datuk Harris Salleh dan Datuk Salleh Sulong,
bekas pemimpin parti UNKO seperti Tun Fuad Stephens dan Datuk Peter
Mojuntin, pemimpin Parti Cina seperti Yap Pak Leong,Chong Thain Vun
dan Lim Guan Sing serta ahli baru yang terdiri daripada sektor
persendirian dan bekerja seperti Datuk Yeh Pao Tzu,Datuk K.Y.Lee,
Wong Boon Ping, Nicholas Fung,Joseph Pairin Kitingan, Wong Yau
Ket,Darius Binion,Datuk Fred Sinidol dan James P.Ongkili.[24]
Apa yang unik mengenai parti BERJAYA ialah, parti ini merupakan parti
pertama yang betul-betul bersifat multiracial yang di tubuhkan di Sabah
sejak negeri mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun
1963.Ini dapat di lihat apabila parti ini di terajui oleh pemimpin dari
golongan bumiputera Muslim dan bukan Muslim iaitu terdiri daripada
bangsa Kadazan/Dusun,Bajau,Suluk,Rungus,Murut,Bisaya,Brunei,Orang
Sungai,Kwijau,Tatana,Tidong dan Kimaragang.Persatuan-persatuan Cina
juga menyertai parti ini kerana keyakinan mereka kepada parti ini dalam
membangunkan semua bangsa di Sabah dalam melibatkan diri dalam
politik Sabah.
Kemunculan Parti BERJAYA ini telah di sambut baik oleh segenap
masyarakat yang cintakan demokrasi.Hal ini terbukti apabila Parti
BERJAYA memenangi pilihanraya negeri dalam bulan April,
1976.BERJAYA telah memperolehi 28 kerusi daripada 48 kerusi yang di
pertandingkan.Manakala USNO hanya memperolehi 20 kerusi dan
kebanyakan kerusi ini di perolehi daripada kawasan bumiputera
Islam.Parti BERJAYA hanya dapat menawan tiga buah kawasan
penduduk Islam iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang.Tetapi memperolehi
undi yang terbanyak daripada orang-orang Kadazan dan Cina.[25]
2.09 Parti Bersatu Sabah (PBS)
Kemenangan Parti PBS dalam pilihanraya pada tahun 1965 telah
memeranjatkan semua pihak terutamanya parti BERJAYA dan Kerajaan
Persekutuan sendiri.Namun bagi rakyat ia sememangnya telah di duga
memandangkan keadaan politik pada masa tersebut yang tidak
menentu.Rakyat sememangnya menunggu kemunculan parti baru yang
lebih baik yang mampu mempertimbangkan tentang keperluan dan hak
mereka.[26]Keadaan pergolakan politik pada masa tersebut telah di
gunakan sebaik mungkin oleh PBS untuk meraih sokongan daripada
rakyat.Walaupun wujud 40 hari sebelum pilihanraya berlangsung namun
pemimpin-pemimpin hebat seperti Joseph Pairin Kitingan,Joseph
Kurup,Benard Giluk Dompok serta pemimpin Kadazan yang lain yang
berpendidikan tinggi telah berusaha sekuat-kuatnya untuk menumpaskan
parti BERJAYA.Parti PBS turut mendapat sokongan kuat daripada orang
Kadazan/Dusun yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk Harris yang
menarik taraf daerah Tambunan dan sikap tidak adil Parti BERJAYA
dalam mengagihkan kekayaan kepada penduduk yang kurang berada di
bandar dan luar bandar.[27]Sokongan padu daripada rakyat ini dapat di
lihat apabila PBS memenangi pilihanraya pada 10 April 1985.Daripada 48
kerusi yang di pertandingkan, PBS telah memenangi 25 kerusi manakala
USNO 16,PASOK 1 dan BERJAYA 6 kerusi (Darman Shah,
1985/86:274).Kemenangan ini mengejutkan Kerajaan Persekutuan dan
presiden BERJAYA apabila Datuk Harris kalah di tempat sendiri iaitu di
Tenom kepada calon baru PBS yang tidak terkenal iaitu Encik Kadoh
Agundang.[28]
Kemenangan PBS dalam pilihanraya ini membolehkan PBS membentuk
kerajaan baru di Sabah.Datuk Jospeh Pairin Kitingan sebagai presiden
parti telah di lantik sebagai Ketua Menteri manakala Mark Koding telah di
lantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan
Perindustrian dan Luar Bandar.
Selepas kejatuhan parti BERJAYA ini, maka Sabah terdedah semula kepada
politik yang bersifat perkauman.Bumiputera Islam kebanyakannya
menyokong perjuangan parti USNO manakala bumiputera bukan Islam
menyokong perjuangan PBS.Namun, Datuk Joseph Pairin Kitingan
menyatakan bahawa parti ini untuk semua kaum tetapi di sebabkan ia
dibentuk oleh pemimpin dari orang Kadazan/Dusun dan penyokong ramai
dari Kadazan/Dusun dan Murut maka ia kelihatan seperti di kuasai oleh
satu kaum sahaja.Tatapi PBS juga berhasrat untuk menarik sokongan
bumiputera Islam dan orang-orang Cina.Pada permulaan,PBS kurang
mendapat sokongan daripada bumiputera Islam kerana kurang yakin
dengan wakil bumiputera Islam dalam PBS.Wakil tersebut adalah Encik
Nahalan Hj.Damsal dan Puan Ariah Tengku Ahmad.Wakil-wakil ini tidak
di yakini oleh bumiputera Islam kerana Encik Nahalan Hj.Damsal yang
merupakan pengikut ajaran Qadiani manakala Puan Ariah merupakan
saudara baru yang berketurunan Australia.Oleh itu,kesetiaan mereka
terhadap Islam masih di ragui.Tanpa wakil Islam yang berpengaruh dalam
PBS,sokongan Orang Melayu-Muslim tetap kurang.Tetapi sungguh pun
begitu,Datuk Pairin tetap berusaha untuk menjadikan PBS sebagai parti
yang berbilang kaum.[29]
Setelah mengalahkan parti USNO dan BERJAYA,PBS memenangi
pilihanraya pada 5 dan 6 Mei 1986 sekali lagi.Usaha USNO, Berjaya serta
BN untuk menyekat pengaruh PBS tidak berjaya.Dalam pilihanraya
tersebut PBS memenangi 34 kerusi manakala USNO dan Berjaya
masing-masing 12 dan 1 kerusi.Dengan 6 wakil yang di lantik oleh
kerajaan selaras dalam peruntukan Perlembagaan Negeri Sabah, PBS
menguasai 40 daripada 54 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah dan
melayakkan PBS di terima sebagai ahli BN namun kekecohan terus
berlaku sehinggalah PBS keluar dari BN menjelang pilihanraya tahun
1994 dan menyertai pakatan pembangkang di Semenanjung.[30] Selepas
pilihanraya pada tahun 1994, beberapa ahli PBS melompat parti dengan
menyertai BN dan atas usaha USNO,BN berjaya menguasai Sabah
semula.Kedudukan BN semakin kukuh apabila PBS hanya menang 8
kerusi daripada 19 kerusi yang di pertandingkan dalam pilihanraya
parlimen pada tahun 1995.Setelah itu,UMNO terus maju ke Sabah
apabila ramai anggota parti USNO,Berjaya dan PBS menyertai parti
tersebut.Akhirnya PBS menyertai semula BN apabila sekali lagi kalah
dalam pilihanraya pada tahun 1999.[31]
3.0 KESIMPULAN
Dapat di simpulkan perkembangan politik Sabah berlaku begitu rancak sekali
selepas gagasan Malaysia di tubuhkan.Walaupun sebelum gagasan Malaysia
di umumkan tidak wujud parti politik yang lebih radikal tetapi pengumuman
gagasan Malaysia ini telah di jadikan landasan oleh pemimpin dan rakyat
Sabah untuk membuka mata tentang pentingnya satu kesatuan politik yang
dapat di jadikan wadah untuk memperjuangkan hak rakyat dan memberi
kemerdekaan kepada Sabah.Bermula dengan penubuhan Parti UNKO
hinggalah kepada zaman PBS , kita dapat lihat bagaimana berlaku persaingan
yang sangat kuat dalam berpolitik di Sabah.Kontroversi-kontroversi yang
berlaku telah menjadi satu titik permulaan kepada rakyat Sabah untuk
membina matlamat dan cita-cita bagi kepentingan seluruh peringkat sosial di
negeri Sabah.

You might also like