You are on page 1of 2

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2014


Tarikh : 30 Dis 2014
Tempat : Kelas 5 GB
Masa : 12 tengah hari
Kehadiran :
1. En. Mohd Affendy b. Isa
2. En.Mohd Azhar b. Awang
3. En. Khairil Azlee b. Khalid
4. En. Sahabuddin b. Bawok
5. Puan Nor Aishah bt Hamzah
6. Cik Nurul Suhaili bt Misran
7. Puan Nur Firdaus t Abd Rahim
8. Pn Norliza Bt Abdullah
1. Ucapan pengerusi
1.1 Pengerusi mengalukan-alukan kedatangan ahli panitia ke Mesyuarat Panitia PJK dan
mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan.
2. Pengesahan Minit
Cadangan : Puan Nor Aishah Hamzah
Sokongan : Cik Nurul Suhaili Bt Misran
3. Bangkitan minit
3.1 Pengurusan PBS harus dikemaskini dan ditambahbaik.
3.2 Ujian Segak Perlu dijalankan sebanyak dua kali
4. Perancangan Strategik 2014
4.1 Setiap guru perlu membaca perancangan strategik sebelum memulakan perancangan
2014. Setiap program yang dirancang perlu merujuk kepada perancangan strategik.
4.2 Semua Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan mestilah disediakan
lebih awal untuk melancarkan proses Pnp
4.2 Setiap guru perlu memberikan komitmen yang terbaik untuk tahun 2014
Tindakan: Semua guru
5. Pentaksiran berasaskan sekolah
5.1 PBS perlu dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan dan mengikut DSP. Segala
dokumen perlu dimasukkan ke dalam fail peribadi pelajar dan disusun dengan baik
dalam almari yang telah disediakan di bilik PBS.
5.2 Penilaian boleh menggunakan pelbagai instrument yang bersesuaian dan laporan
prestasi perlu dimasukkan kedalam sistem SPPBS dengan teratur. Ia perlu dilakukan
secara berperingkat untuk mengelakkan kesesakan traffic atas talian.
Tindakan: Semua guru
6. Hal hal lain
6.1 Semua guru perlu memastikan penggunaan alatan dari stor sukan mengikut
prosedur. Semua peralatan perlu di susun semula dengan baik untuk mengelakkan
dari berlaku kehilangan yang menjejaskan stok barangan sukan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,

..
(NUR FIRDAUS BINTI ABD RAHIM)
S/U PANITIA PJK