TINGKATKAN INTEGRITI, HAPUSKAN RASUAH Oleh : Loh Ker Shing (5S1

)
SMJK CHUNG HWA, KOTA BHARU.

" Transaksi secara ‘cross border’ semakin menjadi kebiasaan dalam dunia global masa kini. Tempiasnya, rasuah bukan lagi sekadar masalah negara tetapi telah menjadi isu global ... "

Demikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia ( MACA ) di Kuala Lumpur pada April 2007 baru-baru ini. Pada alaf yang pesat dengan pelbagai kemajuan sains dan teknologi, kita sebagai rakyat Malaysia boleh mendabik dada kerana negara kita sudah pun maju setapak lagi ke hadapan dan mampu "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan negara-negara maju yang lain. Namun begitu, antara musuh terbesar negara, iaitu rasuah masih belum menemui titik penyelesaiannya. Gejala rasuah ini merupakan masalah kronik kerana pegawai-pegawai yang menerima rasuah itu kebanyakannya terdiri daripada pegawai kerajaan berpangkat tinggi. Kegiatan rasuah boleh membantutkan pembangunan negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan rasuah ini amat kontras dengan matlamat yang ingin dicapai dalam Wawasan 2020, dan pasti akan menjadi masalah yang amat besar.

" Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang " , demikianlah pepatah Melayu yang menunjukkan bahawa setiap perkara mempunyai

1

sebab dan akibatnya. Antara faktor perdana yang menyebabkan rasuah ialah kemerosotan integriti. Integriti ditakrifkan sebagai keikhlasan, ketulusan, kejujuran dan sikap positif lain yang wujud secara keseluruhan pada individu, keluarga, komuniti dan sesebuah organisasi. Faktor-faktor kemerosotan integriti ialah individu, budaya, kurangnya didikan agama, persekitaran, dan sebagainya. Berdasarkan kajian ahli kriminologi dan kajian Badan Pencegah Rasuah (BPR), punca utama seseorang individu terbabit dengan jenayah rasuah adalah kerana kelemahan kawalan dalaman diri. Faktor yang mempengaruhi sifat dan sikap negatif ini ialah kemerosotan penghayatan nilai agama dan etika, perasaan tamak untuk membuat harta supaya cepat kaya dan sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan. Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, tiada disiplin diri, bersikap tamak serta mementingkan diri akan menyebabkan merosotnya integriti. Tekanan hidup yang pelbagai juga menyebabkan individu terjerumus dalam kancah rasuah, penyelewengan atau terlibat dalam gejala tidak bermoral. Selain itu, keadaan persekitaran juga mudah mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya. Budaya yang

menjunjung tinggi dapat memberi persekitaran yang kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. Manakala budaya yang sebaliknya hanya akan mendorong individu menjadi tidak bertanggungjawab dan mengamalkan sikap endah tidak endah. Faktor-faktor yang dinyatakan di atas menyumbang kepada kemerosotan integriti. Lantaran itu, langkahlangkah yang efektif harus diambil dengan segera agar masalah kemerosotan integriti dalam kalangan masyarakat dapat ditangani secara sistematik dan menyeluruh.

2

" Melentur buluh biarlah dari rebungnya ". Pepatah ini boleh dijadikan pedoman untuk melahirkan generasi muda yang berpegang teguh pada integriti dan membenci rasuah. Anak-anak diibaratkan sebagai sekeping

kertas putih, manakala pendidik merupakan pencorak yang mencorakkannya mengikut matlamat dan idea masing-masing. Masa depan generasi muda bergantung pada ilmu dan didikan yang diberi di samping dipengaruhi oleh budaya yang baik dan juga membesar di persekitaran yang elok. Ibu bapa yang bertanggungjawab ke atas anak-anak haruslah sentiasa menjadi teladan yang baik kepada anak. Anak-anak yang mencontohi ibu bapa mereka akan melakukan kesalahan yang sama jika ibu bapa tidak menjadi teladan yang baik bak kata pepatah " bapa borek anak rintik " . Dari aspek jenayah rasuah, apabila anak yang dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kebendaan ini mula memegang jawatan dan mempunyai kuasa, mereka akan lebih cenderung mengetepikan undang-undang dan peraturan semata-mata untuk mengaut keuntungan diri. Ibu bapa juga haruslah memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Pada zaman yang penuh dengan saingan ini, ibu bapa berlumba-lumba untuk mencari rezeki. Senario ini menyebabkan masa ibu bapa bersama-sama dengan anak “masa berkualiti” amatlah sedikit sehinggakan ada yang ataupun tergamak

mengabaikan anak-anak. Ibu bapa sepatutnya meluangkan masa bersama anak dan memberi pendidikan yang secukupnya untuk membina modal insan yang ihsan. Ibu bapa juga harus faham tentang jenis pendidikan yang diberi kepada anak dan impaknya sama ada menjadi orang yang berguna kepada masyarakat ataupun menjadi sampah mesyarakat. Pada era ini, ibu bapa

3

yang semakin sibuk dengan kerjaya masing-masing sering mengabaikan aspek pendidikan kerohanian, termasuk nilai agama dan etika dalam proses mendidik anak-anak. Itulah hakikatnya yang perlu ditelan dek mengejar kemajuan duniawi.

Di samping itu, kempen, ceramah dan kursus meningkatkan integriti juga harus dipergiatkan. Kempen pendidikan pencegahan rasuah harus dilakukan secara berperingkat. Kerajaan boleh bermula dari peringkat sekolah. Sebagai contoh, satu kempen peningkatan integriti dan pencegahan rasuah telah dilakukan menerusi Bengkel Penerapan Elemen Antirasuah Dalam Pendidikan Sekolah pada tahun 2004. Selain itu, ceramah-ceramah juga patut diperbanyak untuk meningkatkan integriti masyarakat. Pendidikpendidik negara juga digalakkan agar mengikuti kursus khas untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan integriti, dan isu rasuah menerusi kurikulum, sahsiah dan kepimpinan supaya mereka sedar sedar bahawa integriti amatlah penting kepada diri sendiri dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara sebagai pewaris negara pada masa hadapan. Salah satu buktinya ialah bermulanya tahun 2002, seramai 969 guru kaunseling sekolah menengah dari seluruh negara dipilih mengikuti Seminar Peranan Kaunselor Dalam Pendidikan Integriti dan Pencegahan Rasuah di peringkat sekolah. Selain guru kaunselor, pentadbir sekolah turut mengikuti seminar berkenaan. Mereka yang mengikuti seminar tersebut hendaklah memahami dan mengamalkan konsep pengurusan integriti dalam organisasi dan memainkan peranan penting dalam mendidik generasi muda tentang kepentingan integriti menerusi pelbagai kokurikulum dan kokurikulam agar

4

mereka membenci rasuah. Moga-moga kempen, ceramah dan kursus yang pelbagai dapat member kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya peningkatan integriti dalam membanteras rasuah.

Bukan setakat itu sahaja, peningkatan integriti boleh dilaksanakan melalui pelaksanaan agenda integriti untuk institusi politik. Tanah air kita adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan memilih pemerintah atau kerajaan melalui proses pilihan raya. Sistem pentadbiran ini merupakan sistem Raja berperlembagaan dengan sistem pemerintahan berparti di peringkat pusat dan negeri dengan memilih wakil rakyat. Semenjak kemerdekaan, sistem ini berjalan dengan lancar dan berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan pembangunan kepada rakyat berbilang kaum. Oleh sebab sistem pentadbiran memberi kesan ke atas kemajuan masyarakat dan negara, maka integriti kesemua institusi ternyata penting. Parti yang memegang kuasa mempunyai tugas yang penting, iaitu memantapkan integriti dan menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat. Rakyat kini sedar akan hak mereka. Mereka tidak lagi bersikap teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan bagi hak mereka itu. Justeru, rakyat berhasrat mendapat pemimpin yang berkhidmat untuk pembangunan negara betul-betul mempunyai sikap yang amanah, bertanggungjawab, bertoleransi, telus dan mementingkan rakyat. Pada masa ini, terdapat persepsi dalam kalangan sebahagian masyarakat yang mencurigai integriti ahli politik. Rakyat berasa kurang yakin dengan ahli politik dan menganggap politik sebagai “ kotor’’. Pelbagai usaha harus dilakukan untuk meningkatkan citra parti politik, memastikan integriti parti dan ahli politik, meningkatkan ketelusan, mengatasi

5

penyelewengan dan salah guna kuasa. Pelaksanaan strategi dan pelan tindakan dalam kalangan pentadbir akan meningkatkan daya tahan gerakan pemantapan etika dan integriti. Semua ini dapat menyumbang kepada pembangunan yang lestari, kestabilan politik dan kesejahteraan hidup pelbagai kaum.

Selain itu, institusi sosiobudaya yang merangkumi pendidikan, kesihatan, rekreasi, sukan, dan media massa memainkan peranan yang penting dalam pembinaan insan yang berintegriti dan beretika. Matlamat pengukuhan integriti dalam aspek sosiobudaya ialah pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti. Selain aspek akademik, komponen kesihatan, rekreasi dan sukan juga menyumbang kepada pembinaan kesihatan badan, kecergasan mental, keceriaan dan produktiviti individu. Untuk meningkatkan taraf kesihatan badan dan kecergasan mental, penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai

murni dalam bidang sukan dititikberatkan. Selain itu, pengurusan badanbadan sukan juga amatlah penting kerana badan-badan ini dianggap dapat menolong meningkatkan etika dan integriti. Penulisan cerpen, artikel, dan buku yang bertemakan integriti digalakkan untuk menanam amalan etika dalam bidang penulisan yang berbeza Bukan setakat itu sahaja, pihak tertentu juga boleh menganjurkan pertandingan lagu, poster, esei, iklan, laman web, pidato, perbahasan dan sebagainya mengenai integriti. Sebagai contohnya, usaha Badan Pencegah Rasuah(BPR) Negeri Kelantan

menganjurkan Pertandingan Pidato Prauniversiti BPR di Tumpat, Kelantan sebagaimana tersiar dalam beberapa akhbar perdana amatlah disokong. Kita

6

berharap

penganjuran

itu

akan

memesrakan

hubungan

masyarakat,

khususnya pelajar-pelajar dengan pegawai agensi BPR. Selain itu, pemberian anugerah dan pengiktirafan dalam bentuk-bentuk karya yang lain akan menonjolkan lagi nilai etika dan integriti. Justeru, komponen-komponen ini perlu digemblengkan dalam usaha pemantapan integriti.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa agama adalah benteng diri yang cukup berkesan. Seseorang yang mempunyai pegangan agama, menghayati serta mengamalkan ajaran agama akan sentiasa diberkati Tuhan dalam hidupnya. Setiap agama di dunia ini mahukan penganutnya hidup berpaksikan nilai murni seperti jujur, amanah, bekerjasama, benar, telus, adil dan saksama. Dunia ini akan menjadi lebih selamat dan hidup manusia juga akan menjadi aman damai dan bebas daripada segala bentuk jenayah jika manusia mematuhi ajaran dan tuntutan agama. Walaupun rakyat Malaysia mempunyai pelbagai agama, tetapi ini tidak akan menjadi masalah jika semua perkara ditangani dengan baik. Sikap hormat-menghormati dan saling memahami antara penganut patut ditingkatkan. Jelas sekali, ibu bapa yang menjadi pendidik utama bertanggungjawab memastikan anak-anak dihantar untuk mendapatkan pendidikan agama. Institusi yang memainkan peranan penting dalam membina integriti individu, masyarakat dan negara menyemai nilai-nilai moral ke dalam diri individu berlandaskan ajaran agama masingmasing. Sebagai contoh, dalam konteks Islam, rasuah dianggap sebagai suatu perbuatan yang keji. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: " Allah melaknat orang yang memberi rasuah, menerima rasuah dan orang yang menjadi perantara kedua-duanya." (Hadis riwayat Ahmad, Tarmizi dan Ibnu

7

Hibban).

Sebagai akhirulkalamnya, semua pihak haruslah berganding bahu bagai “ aur dengan tebing’’ untuk meningkatkan integriti individu, masyarakat dan negara. Lagipun, pepatah Melayu ada menyebut, “ Ranting sekerat masakan bisa menyokong berat’’. Dengan kata lain, janganlah kita menyerah bulat-bulat kepada pihak kerajaan. Begitu juga dengan masalah rasuah di negara kita, kita patut membantu pihak kerajaan, khususnya BPR untuk

membanteras amalan rasuah yang pernah dikatakan lebih buruk daripada pelacuran. Jadi, kita patut mengukuhkan integriti diri yang merupakan resipi penting utnuk menghapuskan amalan rasuah. Ayuh, rakyat Malaysia samasamalah kita bersama-sama YAB Perdana Menteri membawa negara ke

mercu kegemilangan tanpa rasuah, dan “ KATAKAN ‘TIDAK’ KEPADA RASUAH”, dan saya pasti kita akan menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

*****
CATATAN :
Esei ini mendapat tempat SAGU HATI dalam Pertandingan Menulis Esei BPR. Tahniah daripada warga guru SMJK Chung Hwa.

8