You are on page 1of 7

11

Rencana : Isu V : Bahan Tambah Semulajadi dalam Makanan.


Oleh : Bahjatu Sholihah binti Raman
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2014), bahan tambah semulajadi merupakan
bahan selain daripada kandungan utama dalam makanan yang diperbuat daripada bahan
semulajadi. Bahan tambah ini juga dikenali sebagai aditif yang dimasukkan ke dalam sesuatu
makanan dengan sengaja secara selamat. Penggunaan aditif dalam makanan telah menjadi
amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu di mana ianya ditambah ke dalam makanan melalui
pelbagai cara. Sejarah terdahulu membuktikan bahawa penggunaan bahan tambah semulajadi
ini telah bermula sejak turun-temurun lagi di mana nenek moyang kita menggunakannya dalam
masakan mereka khususnya. Aktiviti ini diteruskan lagi pada zaman kini. Penggunaan bahan
tambah semulajadi ini digunakan secara meluas oleh semua peringkat masyarakat meliputi
kesemua agama, kaum mahu pun budaya hidup di Malaysia. Bagi masyarakat yang beragama
Islam di Malaysia, mereka meletakkan kepentingan untuk memilih makanan yang halal untuk
dimakan. Manakala bagi penganut agama-agama lain pula mereka mementingkan bahan
tambah yang mendatangkan kebaikan pada kesihatan mereka. Nilai bagi setiap bahan tambah
semulajadi ini dilihat amat tinggi kerana kepentingannya memberikan manfaat kepada
pengguna khususnya manusia. Antara contoh bahan tambah semulajadi ialah gula, garam,
serai, kunyit, dan daun pandan.


Gula
Garam
Serai
Kunyit
Daun Pandan
12





Punca atau sebab bahan aditif ini digunakan oleh masyarakat di Malaysia ialah kerana
peranannya yang bervariasi. Antaranya ialah contoh bahan aditif seperti gula berfungsi untuk
memberikan rasa manis dalam makanan. Gula merupakan antara bahan wajib yang digunakan
dalam menghasilkan kuih-muih tradisional di Malaysia. Manakala garam pula berfungsi untuk
menambahbaik rasa makanan dan juga dapat membantu kita untuk mengawet daging. Apabila
daging diawet menggunakan garam, maka daging tersebut akan menjadi lebih tahan lama.
Perisa dalam sesuatu makanan pula boleh hadir dengan bantuan bahan aditif seperti serai.
Selain itu, aditif juga digunakan untuk mewarnakan makanan contohnya dengan menggunakan
bahan seperti kunyit. Oleh sebab itu, kesannya akan menjadikan rupa sesuatu makanan itu
lebih menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Hal ini menjadi bonus kepada para penjual
makanan dalam usaha mereka untuk menarik perhatian para pelanggan bagi membeli
makanan buatan mereka. Selain itu, daun pandan pula berperanan untuk menghadirkan bau
wangi dalam sesuatu makanan. Contohnya dalam menghasilkan makanan seperti nasi lemak,
13

kebiasaannya kaum ibu akan menggunakan daun pandan bagi mewujudkan bau harum dalam
masakan mereka. Kesemua aditif yang digunakan ini sekaligus akan menambah kelazatan dan
keenakan serta mewujudkan tekstur yang baik ke atas sesuatu makanan yang dihasilkan.

Penggunaan setiap aditif semulajadi boleh memberikan pelbagai kesan kepada
kesihatan pengguna. Antara kepentingan bahan tambah semulajadi terhadap kesihatan
manusia ialah seperti berikut :


14

Hakikatnya, boleh dikatakan kesemua bahan aditif ini memberikan impak positif kepada
kesihatan manusia. Namun begitu, terdapat juga kesan buruk daripada penggunaan bahan
tambah semulajadi yang berlebihan terhadap kesihatan manusia. Antaranya ialah seperti
berikut :





Seantero dunia pernah suatu ketika dahulu dikejutkan dengan kemerosotan sektor
pembuatan dan perkhidmatan yang memberikan implikasi negatif kepada pengguna di seluruh
dunia. Oleh yang demikian, Malaysia telah bertindak untuk menjadikan projek pertanian di
negara ini sebagai alternatif bagi menyelesaikan masalah yang berlaku kerana pertanian
mampu mengeluarkan makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan pengguna. Hal ini
dikukuhkan lagi dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak
yang menyarankan agar kemajuan sektor pertanian negara dipertingkatkan dengan lebih giat
dari semasa ke semasa. Pada tahun 2006, Malaysia telah dikejutkan dengan masalah
15

kekurangan gula. Masalah kekurangan gula ini sedikit sebanyak dapat diatasi dengan
pengeluaran bahan pemanis alternatif iaitu Stevia Rebaudiana yang mana ekstraknya
mempunyai kemanisan melebihi 200-300 kali lebih manis daripada gula tebu atau gula beet.


Stevia Rebaudiana ini tidak mengandungi kalori dan karbohidrat. Selain itu, kajian
saintifik yang dilakukan telah mendapati bahawa Stevia adalah non-toksik yang mana tidak
mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia. Persamaan antara pemanis Stevia dan
pemanis gula ialah kedua-dua bahan ini merupakan bahan tambah semulajadi yang digunakan
dalam makanan atau pun minuman. Penggunaannya meluas di dalam negara Malaysia sendiri.
Bahan pemanis Stevia ini telah diiktiraf sebagai Generally Regarded As Safe (GRAS) oleh
Syarikat Food and Drug Adminstration (FDA) Amerika Syarikat pada tanggal 17 Disember tahun
2008 dan boleh digunakan sebagai bahan tambah dalam makanan. Penggunaan Stevia
Daun Stevia.
16

bukanlah suatu perkara yang baharu namun telah digunakan oleh masyarakat terdahulu.
Buktinya boleh dilihat pada kaum Gurani yang telah menggunakan Stevia sebagai pemanis
hampir 1500 tahun dahulu. Kaedah ini telah digunakan di seantero dunia iaitu di Paraguay,
Brazil, China dan Jepun serta negara Pasifik lain seperti India, Thailand dan kini di
Malaysia. Kajian oleh pengkaji Sains telah dibuat dan mendapati bahawa kesan penggunaan
gula pemanis Stevia ini lebih baik berbanding dengan penggunaan gula tebu atau gula beet
dalam kehidupan seharian manusia. Perbandingannya boleh dilihat pada jadual di bawah :

Bahan Pemanis Stevia

Perkara

Bahan Pemanis Gula
Daripada pokok Stevia
(famili Chrysanthemum).
Sumber ekstrak Daripada pokok tebu.
Cecair, kapsul, tablet, dan
serbuk.
Bentuk Pepejal.
40 % murah daripada harga
gula.
Harga 40 % mahal daripada harga
Stevia.
Tiada. Kehadiran kalori dan
karbohidrat
Ada.
Tiada. Keupayaan pengguna
mendapat penyakit diabetes
Ada.
Tiada. Keupayaan pengguna
mendapat penyakit karies
gigi
Ada.
Tidak. Keupayaan menaikkan berat
badan
Ya.


17

Dalam isu yang berlaku ini, peranan kerajaan dilihat sangat besar dalam membantu
menstabilkan keadaan rakyat khususnya. Pengenalan kepada perusahaan pertanian melalui
penanaman pokok Stevia sebagai langkah menggantikan penghasilan gula tebu sebagai bahan
tambah semulajadi dilihat memberikan kesan yang sangat baik. Bagi meningkatkan
penghasilan dan kewujudan bahan tambah semulajadi, kerajaan boleh menubuhkan satu badan
Research and Development (R&D) yang berfungsi untuk mengkaji bahan tambah semulajadi
yang ada selain daripada bahan tambah yang telah sedia ada. Natijahnya akan membuahkan
hasil yang positif di mana seperti yang kita sedia maklum, boleh dikatakan hampir 99 % bahan
tambah semulajadi memberikan impak yang baik terhadap kesihatan manusia. Pihak kerajaan
juga boleh mengkomersialkan lagi penggunaan bahan tambah semulajadi ini kepada
masyarakat umum. Selain itu, peranan masyarakat juga penting dalam menyokong usaha-
usaha kerajaan untuk menaikkan nilai bahan tambah semulajadi di Malaysia. Selain daripada
memberikan sokongan, masyarakat juga perlu sedar untuk menggunakan bahan tambah
semulajadi mengikut keperluan badan mereka. Misalnya, mereka perlu mengurangkan gula
dalam makanan mereka agar penyakit seperti diabetes dapat dielakkan. Mereka perlu bijak
dalam menggunakan bahan tambah yang ada agar kesihatan mereka tidak terjejas.

Daripada dapatan yang dibuat,saya telah mendapat satu kesedaran bahawasanya saya
mempunyai peranan yang sangat penting untuk menyedarkan masyarakat umum tentang
kebaikan bahan tambah semulajadi ini dengan menjadikan murid-murid di sekolah sebagai
sasaran utama saya. Dalam masa yang sama juga, hal ini meningkatkan kesedaran saya untuk
mencari lebih banyak lagi bahan-bahan yang berkait dengan bahan tambah semulajadi bagi
meningkatkan pengetahuan sedia ada sebagai persediaan sebelum melangkah keluar daripada
kampus seterusnya menuju ke alam pekerjaan sebenar sebagai seorang guru Sains. Selain itu,
satu sesi temu bual dengan seorang ahli farmasi di Klinik Bandar Kuantan, Pahang iaitu Puan
Juliza binti Yahya telah dibuat pada 2 September 2014 bagi melihat sudut pandang seorang ahli
kesihatan terhadap isu ini. Kesimpulannya, saya dapat merumuskan bahawa hasil temu bual
yang dilakukan mendapati bahan tambah semulajadi ini lebih mendatangkan kesan yang positif
terhadap kesihatan manusia berbanding dengan penggunaan bahan tambah kimia dalam
makanan yang dimakan dalam kehidupan seharian mereka.

You might also like