You are on page 1of 4

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.1 PENGENALAN ILMU EKONOMI ASAS

DEFINISI EKONOMI

• Ekonomi merupakan satu ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia secara
individu dan secara berkelompok menggunakan sumber ekonomi atau faktor-
faktor pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas.
• Sistem ekonomi merujuk kepada satu set institusi sosial yang berkaitan dengan
pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam
sesebuah masyarakat.
• Ekonomi ialah satu bidang sains yang mengkaji bagaimana manusia
mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia
yang tidak terhad.

1.Melalui pengertian di atas, terdapat 2 perkara penting iaitu sumber ekonomi atau
faktor pengeluaran dengan barangan dan perkhidmatan.
2.Masalah ekonomi wujud akibat kehendak manusia yang tidak terbatas.
3.Manusia sering inginkan sesuatu yang melebihi dari apa yang mereka inginkan.
4.Masalah ekonomi juga wujud akibat sumber ekonomi yang terhad seperti sumber
manusia, sumber alam semesta dan sumber modal yang terhad.

SUMBER EKONOMI

SUMBER EKONOMI

TANAH & SUMBER ASLI MODAL

BURUH KEUSAHAWANAN

1.Tanah & Sumber asli
• Tanah merupakan sumber alam semesta dan agak terhad seperti tanah, mineral,
hasil hutan dan sumber air.
1.Buruh
• Merujuk kepada buruh yang ada dalam ekonomi.
• Buruh merupakan penduduk yang berumur antara 15 hingga 64 tahun yang
sedang bekerja dan aktif mencari pekerjaan.
• Buruh meliputi buruh mahir, separa mahir atau tidak mahir.
1.Modal
• Adalah barang, alatan atau wang yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu
barangan dan perkhidmatan.
1.Usahawan
• Merujuk kepada pengusaha yang mempunyai kebolehan dan kemahiran
mengurus dan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran lain supaya proses
pengeluaran berjalan baik.
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

MASALAH-MASALAH EKONOMI

MASALAH EKONOMI

KEKURANGAN

PILIHAN

KOS LEPAS

Contoh Masalah Ekonomi

ISI RUMAH

KEKURANGANPendapatan spt Upah, Sewa dan Faedah
Bertujuan mencapai kepuasan maksimum
PILIHAN
Barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
KOS LEPAS

FIRMA
Faktor Pengeluaran
KEKURANGAN
Bertujuan mencapai kepuasan maksimum
PILIHAN
Output kedua terbaik terpaksa dilepaskan
KOS LEPAS

KERAJAAN
Sumber Hasil
KEKURANGAN
Bertujuan menjaga kebajikan masyarakat
PILIHAN
Projek pembangunan kedua terbaik terpaksa
KOS LEPAS
dilepaskan

KOS LEPAS

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Definisi Kos Lepas 1
Kos mengeluar atau memiliki satu barangan dalam satu bentuk barangan lain yang
terpaksa dilepaskan.

Sebagai contoh kerajaan telah memperuntukkan RM10 000 untuk kampung A.
Penduduk di kampung A memerlukan surau dan balai raya. Dalam keadaan
kewangan yang tidak mencukupi, penduduk kampung terpaksa memilih antara
balai raya ataupun surau. Jika mereka memilih surau maka terpaksa melepaskan
balai raya dan inilah dinamakan sebagai kos lepas.

Definisi Kos Lepas 2
Jumlah keluaran satu barang yang pelu dilepaskan bagi memperolehi sejumlah
barang yang lain.

1.Konsep ini boleh dijelaskan dengan menggunakan Keluk Kemungkinan Keluaran
(KKK).
2.KKK ialah satu lokos beberapa kombinasi output maksima yang dapat dikeluarkan
dengan menggunakan semua input yang ada.
3.Untuk membina KKK ini beberapa andaian perlu diadakan iaitu :
• Ekonomi hanya menghasilkan dua barang sahaja iaitu barang pengguna dan
barang modal
• Semua faktor pengeluaran telah digunakan semaksimanya
• Jumlah faktor pengeluaran tidak boleh diubah tetapi gabungan faktor-faktor boleh
diubah untuk menghasilkan jumlah barang yang dikehendaki
• Tingkat teknologi tetap

Keluk Kemungkian Keluaran
Contoh Keluk Kemungkinan Keluaran :
1.Andaian penduduk sesebuah kawasan yang ingin mengeluarkan secara maksima
2 jenis barang iaitu padi dan durian, KK boleh ditunjukkan seperti di bawah :

Durian

P
A
B
E
1400

0 P Padi
2000
Keluk Kemungkinan Keluaran Bagi Ekonomi Dua Barang

2.Rajah di atas menunjukkan titik E di atas keluk PP, jika penduduk mengeluarkan
2000 kg maka mereka tidak lagi dapat mengeluarkan lebih dari 1400 biji durian.
3.Sebarang titik di luar KKK PP seperti titik A, menandakan kombinasi padi-durian
yang tidak dapat dicapai, kecuali jika terdapat kemajuan teknologi dan sumber-
sumber keluaran ditambah.
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

4.Sebarang titik di dalam KKK PP seperti titik B, menandakan kombinasi padi-durian
yang dapat dicapai.
5.Kecerunan KKK PP menerangkan sesuatu penggantian sumber keluaran antara
penggunaan keluaran padi dan durian.
6.Seandainya penduduk memilih titik di atas yang tinggi, dan menggunakan segala
sumber-sumber pengeluaran secekapnya, maka mereka terpaksa mengambil
sebahagian sumber-sumber keluaran dari pengeluaran durian dan mengakibatkan
pengeluaran durian berkurangan.

JENIS-JENIS BARANGAN

JENIS-JENIS BARANGAN

BARANG PERCUMA BARANG EKONOMI BARANG AWAM

PERBANDINGAN BARANGAN

Barang Percuma Barang Barang Awam
Ekonomi
Penawar Tidak terhad Terhad Ada
an
Kos Tiada Ada
Lepas
Bayaran Tidak perlu dibayar Perlu Dibayar Tidak perlu dibayar
kerana kos ditanggung
kerajaan
Pengelu Anugerah alam Pihak swasta Pihak kerajaan
aran semulajadi
Contoh Angin, Cahaya Kereta, MP3, Balai raya, Jalan Raya
Matahari Rumah

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009