SJK(T) KLEBANG 31200 CHEMOR

KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM


TAJUK:
SECRET COIN BOX



DIHASILKAN OLEH:
PERSATUAN PENCEGAHAN DADAH
SJK(T) KLEBANG 31200 CHEMOR



KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM
PERSATUAN PENCEGAHAN DADAH
SJK(T) KLEBANG 31200 CHEMOR.
TAJUK : SECRET COIN BOX

PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang
menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan
sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat
murid-murid di SJK(T) Klebang untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.


OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.
2. Membentuk budaya mereka cipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan dan buangan dalam penghasilan
produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melatih murid menggunakan semula barangan plastic, kertas dan kaca supaya dapat menjaga
keseimbangan alam.
5. Melahirkan para usahawan muda.

RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara
keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

SASARAN

Semua ahli Persatuan Pencegahan Dadah SJK(T) Klebang, 31200 Chemor

PERNYATAAN MASALAH

Antaranya ialah :

1. Alat – alat untuk menyimpan barangan kemas dan wang selalunya dibuat daripada bahan logam
yang mahal.
2. Terlalu tinggi harga peti simpanan di pasaran.
3. Penduduk luar Bandar tidak dapat menyimpan bahan berharga dengan selamat.


SKOP DAN LIMITASI PROJEK.
Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan sekitar yang terdapat dan digunakan dalam kehidupan
harian untuk mengaplikasikan teori ketumpatan Newton Kedua kerana murid memang sudah belajar
dalam Tahun 5.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK
Antara kepentingannya ialah:
1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan Secret Coin Box yang selamat melalui
aktiviti persatuan.
2. Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan kepada murid .
3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.
4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran Alam
Sekitar.

ANGGARAN KOS PROJEK
Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM 60.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan
ialah :
- Kotak air
- Corong turas
- dawai
- garam
- pili air
- air suling
- penyepit
- bekas kaca
- barang hiasan akuarium
- glue stick

TINJAUAN DAN KAJIAN
Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak jenis kotak keselamatan yang mahal dan senang
dikesan oleh orang awam. Keadaan ini sudah tentu boleh mengancam keselamatan barang yang
disimpan di dalamnya. Jadi , Secret Coin Box ini membantu untuk memudahkan penyimpanan barang
berharga dan sukar dikesan oleh orang awam.
KAEDAH PENYELIDIKAN
Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan laman sesawang dan buku Sains PMR untuk
penghasilan satu kotak keselamatan ‘Secret Coin Box’ yang mempunyai kegunaan sama seperti kotak
keselamatn yang ada dalam pasaran.

PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
1. Januari : Mesyuarat Agung Persatuan Pencegahan Dadah = Program Inovasi akan dimasukkan
dalam agenda mesyuarat
2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi – AJK akan memulakan pencarian
Teori Ketumpatan dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku Sains PMR
untuk menghasilkan Secret Coin Box baru
3. Mac : mengkaji teori Ketumpatan Newton dua ( Bilik Persatuan)
Menjalankan eksperimen ( Bilik Sains )
4. April : Memulakan penghasilan produk ( Bilik Persatuan )
5. Mei : Pasaran sampel kotak dalam sekolah – Kalangan guru
6. Jun-Ogos: Pasaran produk kepada semua warga SJK(T) Klebang dan PIBG
7. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan

KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid
demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah
dipelajari dalam mata pelajaran Sains Alam Sekitar. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat
melahirkan bakat keusahawanan dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan
manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.