Terdapat lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik

,
Perkaitan matematik adalah tonggak yang keempat. Tonggak ini mengaitkan
pengetahuan konseptual dan prosedual serta topik-topik dalam matematik
khususnya dan bidang lain secara amnya dalam kehidupan seharian. Dalam
kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu diwujudkan supaya
murid-murid dapat mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural,serta dapat
mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan bidang lain secara amnya
dalam kehidupan seharian mereka.

Terdapat dua perkaitan dalam matematik iaitu perkaitan antara tajuk-tajuk
matematik yang dipelajari dan perkaitan antara matematik yang dipelajari dengan
pengalaman di luar bilik darjah. Perkaitan antara tajuk-tajuk matematik yang
dipelajari dalam Kurikulum matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang
diskrit seperti perhitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian
masalah. Murid akan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara
berasingan sekiranya tidak membuat perkaitan antara bidang-bidang ini.

Oleh yang demikian, proses menghubungkait sesuatu topik dengan topik lain
dalam matematik penting dan merupakan satu perkara asas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di mana pembelajaran terbaik adalah dimulakan
dengan menghubungkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan pengetahuan baru
yang akan dipelajari mereka. Contohnya ialah menghubungkaitkan idea operasi
tambah yang telah dipelajari sebelum ini dengan topik baru seperti darab. Perkaitan
antara topik tambah dan darab ini ialah darab merupakan pengulangan proses
tambah. Perkaitan inilah yang perlu diajar kepada para pelajar supaya mereka dapat
melihat kesinambungan pembelajaran mereka dari ilmu atau pembelajaran.

Selain itu, haruslah mengajar pelajar untuk menghubungkaitkan kemahiran-
kemahiran Geometri ke dalam kehidupan seharian. Contohnya pelajar dapat
menghubungkaikan pelbagai bentuk yang telah dipelajari dalam bilik darjah dengan
bentuk yang telah dinampak dalam kehidupan harian. Dengan kemahiran ini, pelajar
dapat mengenalpastikan bentuk-bentuk seperti bentuk botol, bentuk bangunan dan
lain-lain. Proses membuat kaitan dalam matematik memang dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar sekolah.
Matematik merentasi kurikulum ini merupakan antara proses membuat kaitan dalam
matematik di mana topik dalam subjek lain dihubungkan dengan topik matematik.
Misalnya, guru boleh menghubungkaitkan matematik dengan seni ketika
mengajar tambah dalam perpuluhan. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan
mencampurkan air berwarna biru dengan warna kuning dan seterusnya
menghasilkan warna hijau. Para pelajar akan merasa seronok dan mudah
mempelajari mengenai topik tambah perpuluhan ini kerana mereka melakukan
eksperimen dan menerokanya sendiri. Sebagai kesimpulan, perkaitan matematik
dengan mata pelajaran lain di sekolah adalah sangat penting supaya guru dapat
memaksimakan pembelajaran pelajar ke tahap optimum dan pengajaran dan
pembelajaran Matematik dalam kelas akan menjadi lebih senang dan menarik.

Related Interests