Bahagian A : Penulisan Akademik.

1. Jelaskan isu dan cabaran utama profesion perguruan mengikut pandangan
anda?
Gambar tersebut menunjukkan sikap ibu bapa pada masa dahulu dan sekarang
terhadap guru.Ibu bapa pada masa dahulu mempercayai guru untuk mengajar anak
mereka.Berdasarkan dialog pada gambar tersebut menunjukkan ibu bapa pada masa
dahulu menghormati guru. Jika guru merotan atau sebagainya menunjukkan bahawa
anak mereka yang bersalah dan bukannya guru. Gambar yang kedua, menunjukkan
sikap ibu bapa kini yang menyebelahi anak mereka berbanding guru. Dialog pada
gambar kedua jelas menunjukkan senario yang berlaku pada masa kini dimana ibu
bapa menyaman guru-guru yang merotan atau mendenda anak mereka. Kes ibu bapa
menyaman guru kini menjadi lumrah guru dalam menjalankan pekerjaan mereka.
Di dalam arus pemodenan yang semakin perkembangan pesat ini, banyak
perubahan telah berlaku dari pelbagai aspek. Kemudahan teknologi komunikasi yang
semakin meluas memberikan implikasi yang besar kepada perubahan sosial pelajar.
Pengaruh media massa yang memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat
tempatan telah menyebabkan pelajar membentuk sisitem nilai tersendiri dan nilai-nilai
tradisi berasaskan budaya dan agama semakin terhakis. Oleh itu, pelajar merupakan
antara golongan yang terdedah dengan pelbagai masalah sosial. Sikap ibu bapa yang
sibuk mencari pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga berikutan kos sara hidup
yang semakin meningkat terutamanya keluarga yang tinggal di bandar telah
menyebabkan ibu bapa mengabaikan anak-anak mereka dan menyerahkan seratus
peratus tugas mendidik anak-anak mereka kepada guru di sekolah. Ini antara
merupakan antara cabaran profesion perguruan dalam menangani isu-isu semasa yang
memberikan kesan kepada pelajar di dalam institusi pendidikan. Terdapat empat isu
dan cabaran yang akan dibincangkan iaitu isu mengenai sikap dan pemikiran ibu bapa,
isu mengenai sikap dan etika guru, isu mengenai gejala sosial yang mempengaruhi
sikap pelajar serta isu mengenai pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi.
i) Isu mengenai sikap dan pemikiran ibu bapa.
Berdasarkan Kamus Dewan (2007), Isu merujuk kepada pekara pokok atau
persoalan yang dibincangkan. Manakala cabaran pula bermaksud sesuatu unsur atau
faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Antara isu dan
cabaran profesion perguruan ialah pemikiran dan sikap ibu bapa pada masa kini. Ibu
bapa melihat guru itu sama tarafnya dengan pekerjaan yang lain. Sama saja dengan
pekerja kilang yang menjadi operator pengeluaran, biarpun yang ditadbir dan dibentuk
oleh seorang guru ialah anak-anak. Jika seorang operator pengeluaran dinilai daripada
pretasinya terhadap pengeluaran barang-barang, seorang guru kini dilihat setakat
mesin untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademiknya.
Ibu bapa seolah-olah tidak mengambil kisah tentang nilai-nilai yang perlu
diterapkan di dalam diri pelajar dan hanya mementingkan kecemerlangan akademik
semata-mata. Pelbagai tomahan yang di lemparkan terhadap guru apabila berlakunya
permasalahan dikalangan pelajar sekolah. Ibu bapa juga memikirkan tugas guru sangat
senang. Berbanding penjawat awam yang lain, guru-guru mempunyai masa bertugas
yang paling pendek. Hanya enam jam sahaja tanpa mereka mengetahui guru-guru juga
mempunyai tugas-tugas lain seperti aktiviti ko-kurikulum di sebelah petang dan kelas
tambahan di sebelah malam.
Isu ibu bapa menyaman guru menjadi topik hangat sejak akhir-akhir ini, buktinya
pada 13 Julai 2013 yang lalu seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami
tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah
kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat
kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah
rendah di Butterworth kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah. Bercakap kepada
pemberita, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil
borang tukar sekolah dan berpindah sekolah. Bapa murid tersebut telah membuat
laporan polis dan menyaman guru wanita tersebut.
Satu insiden yang dilaporkan di dalam Kosmo Online (21 Januari 2010), yang
bertajuk „Ibu Pelajar Tampar Guru‟ membuktikan bahawa isu-isu ini benar-benar
berlaku. Insiden yang membabitkan seorang guru lelaki berusia 26 tahun dan seorang
ibu kepada pelajar tingkatan satu. Ini berlaku kerana ketidakpuasan hati ibu tersebut
terhadap guru yang menampar anaknya yang di katakan telah membuat bising di dalam
perpustakaan dan menganggu rakan-rakan yang lain. Di Seremban, Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan (JPNS) masih menyiasat dari segenap aspek kes guru wanita sebuah
sekolah menengah di Kuala Klawang, Jelebu yang didakwa merotan pelajarnya
sehingga menyebabkan mangsa kini menerima rawatan di hospital kerana tidak dapat
bergerak.”(Berita Harian,15 Julai 2008).
Dengan timbulnya kes-kes seperti di atas, ada yang beranggapan bahawa
hukuman rotan perlu dikaji semula terhadap mekanisme pelaksanaannya. Timbul
persoalan tentang kewajaran hukuman merotan yang pernah diberikan kuasanya
kepada guru tetapi telah dilarang mulai tahun 1983 ketika Tan Sri Murad Mohamed
Noor menjadi Ketua Penolong Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau dengan tegasnya
mempertahankan tindakannya untuk menarik kembali kuasa guru dari merotan pelajar
dengan alasan biarlah pelajar ini dididik dengan penuh hemah tetapi kesannya apa
yang dapat kita lihat sehingga hari ini ialah pelajar semakin berani mempertikaikan
tentang peraturan dan disiplin sekolah. Isu tersurat yang boleh dikatakan, ialah sikap
ibu bapa yang menyebelahi anak - anak tanpa usul periksa. Contohnya, guru di sekolah
merotan anak mereka. Adakah guru merotan anak mereka tanpa sebab? Perkara ini
menjadi semakin menjadi terutamanya murid –murid yang bersekolah di bandar.

2. Huraikan kesan isu tersebut terhadap emosi murid dan guru serta langkah
menanganinya.
i) Kesan terhadap emosi murid.
a) Kesan daripada isu sikap ibu bapa.
Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau
lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi
maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan,
yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri
suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil.
Persekitaran dan keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif juga
menjadi penyebab kepada gangguan emosi murid. keluarga yang sering bertengkar,
bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai,
terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan
penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan
in berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di
antara satu sama lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang
meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi.
Kesannya, kita dapat lihat peningkatan kes buli di sekolah yang semakin meningkat
saban tahun. Murid- murid yang menghadapi gangguan emosi ini sering kali
menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan situasi normal dan tidak mengikuti
norma seperti kanak-kanak yang sama peringkat umur. Ini selaras dengan pendapat
yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling,
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani
Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud
kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid
mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak
kondusif dan mengganggu emosi mereka.

ii) Kesan terhadap emosi guru.
a) kesan isu sikap dan pemikiran ibu bapa.
Sikap dan campur tangan ibu bapa pelajar terhadap tindakan yang di ambil guru juga
merupakan tekanan terbesar yang dialami guru. Apabila guru mengambil tindakan yang
keras seperti merotan dan menampar pelajar. Guru dengan serta merta akan di serang
oleh ibu bapa pelajar tidak cukup dengan itu, laporan polis juga dibuat di atas tindakan
guru. Ini akan menambahkan tekanan kepada guru dalam mendidik pelajar bukan
sahaja dalam akademik malahan dalam aspek nilai-nilai murni. Kesannya guru tidak
dapat mengambil sebarang tindakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan
kerana bimbang akan tuntutan saman daripada ibu bapa. Lebih dasyat lagi ada ibu
bapa yang membawa senjata seperti pistol dan parang untuk menyerang guru yang
mengambil tindakan terhadap anak mereka. Hal ini menyebabkan guru akan
mempunyai emosi fobia atau pun takut untuk bertindak ke atas pelajar dan tidak
mempedulikan pelajar yang melakukan kesalahan. Guru juga akan bertindak secara
tidak rasional seperti bersikap berat sebelah seperti tidak akan melayan pelajar yang
pernah menyebabkan dirinya di saman atau diugut oleh ibu bapa. Ini akan menjejaskan
prestasi pelajar itu sendiri dan seterusnya membawa kepada keciciran pelajar tersebut.
Guru juga merupakan seorang individu biasa yang juga tidak dapat lari daripada
tekanan emosi. Akibat daripada isu-isu dan cabaran yang berlaku dan tidak dapat
ditangani oleh guru akan menyebabkan stres dan menganggu kualiti kerja guru. Stres di
kalangan guru merupakan satu halangan kepada produktivi kerja yang baik dan
memberi kesan kepada fizikal dan psikologikal guru, Payne & Firth (1987). Stres akan
menyebabkan pelbagai kesan yang negatif seperti hilang fokus, cepat marah, hilang
rasa ingin bekerja dan boleh menyebabkan gangguan emosi. Stres juga dilihat sebagai
punca kepada penurunan kualiti kerja dan keinginan meninggalkan pekerjaan, Barling
(1990).
Perkataan Stres mengundang pelbagai definisi dan pemahaman secara global. Ramai
cendiakawan dan pengkaji telah mengutarakan definisi dan pemahanan mereka
terhadap stres. Menurut Wangsa ( 2010), istilah stres berasal dari kata “stringere“ yang
mempunyai erti ketegangan dan tekanan. Hardjana (1994) pula mendefinisikan stres
sebagai suatu keadaan yang tercipta dalam proses transaksi orang yang mengalami
stres dan hal yang dianggap yang mendatangkan stres sehingga membuat orang yang
bersangkutan melihat ketidaksepadanan yang bersifat nyata ataupun tidak nyata,
antara keadaan dan sistem sumber daya biologi, psikologi, dan sosial yang ada
padanya.
Mengikut Kyriacou (2000), stress guru juga merujuk kepada pengalaman guru terhadap
emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbingan, kemarahan dan
kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru . maka stress merupakan
tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu pekara atau tindak bala fizikal yang
biasa terhadap sesuatu pekara atau peristiwa yang boleh menyebabkan
ketidakseimbangan berlaku. Kadangkala apabila kita menghadapi bahaya secara
spontannya badan kita bertindak menangani bahaya tersebut. Secara tidak langsung,
tindak balas stress merupakan cara badan melindungi kita.

iii) Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah
mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu
perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan
emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan
kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah
yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan pihak sekolah ialah yang pertama,
guru perlu amalkan sikap kepimpinan yang demokratik
Sebagaimana yang telah kita ketahui, kepimpinan guru bersifat demokratik boleh
mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra
dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini
boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid
berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau
mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong
murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti kumpulan.
Yang kedua guru perlu lebih banyak menyediakan aktiviti-aktiviti yang berasaskan
kumpulan semasa pembelajaran dan pengajaran. Aktiviti berkumpulan memberi banyak
peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru
harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk
membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan,
sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan
merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka
tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan
murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.
Yang ketiga guru perlu menggunakan percakapan yang sesuai sebagaimana yang telah
dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru
dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak
langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan
kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan
pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan
modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi
kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu
adil dan berseuaian.
Yang keempat, Guru perlu membantu murid yang bermasalah. Sekiranya terdapat
murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu,
guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi
masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti
pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid
normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan
mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat
mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.
Yang kelima, ialah peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pihak sekolah Unit
Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang
berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku.
Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan
emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial,
meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep
kendiri murid-murid.
Yang keenam murid perlu bersifat self-efficacy, mengikut Albert Bandura, murid
haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh belajar daripada kekalahan,
mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikirkan bagaimana membaikinya
demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau menyedih
kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara optimistik
kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang
sihat ini.
Selain itu, murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan
psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli
psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama
dengan ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada
ahli psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa
juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-
anak mereka. Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan
apa juga cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-
sama.
Ibu bapa juga perlu membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik
meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang
mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang
cara menguruskan emosi masing-masing.
Dendaan negatif perlu dikurangkan, guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak
yang mempunyai tingkah laku yang tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng
sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti
kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk
memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka memukul
anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan
anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid
itu mengalami gangguan emosi.
Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan
ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif. Langkah-langkah
diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal
menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan
membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan
emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan
menggunakan kecerdasan emosinya.


iii) Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Guru.

Mengawal emosi dan berdaya tindak terhadap tekanan kerja di kalangan guru kini
menjadi semakin penting kerana kegagalan guru untuk berdaya tindak boleh memberi
kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru. Kesemua faktor
yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil
perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin
sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu
bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu
bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres
memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru
sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara. Stress
dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

Yang pertama ialah mengenal pasti reaksi emosional. Apabila keperluan emosi dapat
dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih
positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua
di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu
menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam
dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu
ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak
bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua
itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan
memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

Yang kedua ialah komitmen sosial. Apabila berhadapan dengan stress, guru
memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Tekanan mempunyai
hubung kait dengan sokongan sosial dan juga bantuan yang diterima. Sokongan sosial
yang kuat boleh mengurangkan tahap tekanan. Kewujudan sistem sokongan yang kuat
membolehkan guru-guru untuk berkongsi permasalahan antara satu sama lain di mana
ia boleh menyumbang kepada cadangan yang membantu. (Woods & Weasmer, 2004).
Individu akan berupaya untuk berdaya tindak ke atas tekanan secara lebih efektif jika
beliau mempunyai perhubungan sosial yang lebih berkesan. Kajian dalam bidang
tekanan menunjukkan sokongan sosial sangat efektif dalam meningkatkan
kesejahteraan kesihatan mental individu. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.
Yang ketiga ialah pengurusan fizikal. Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi
tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani
stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim
peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam
senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.
Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan
diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman
berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara
beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman
rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang
sesuatu isu. Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam
kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan
makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan
mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab
malam dan sering tidur lewat.
Yang keempat, guru juga hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap
intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru
menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan
terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus
memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku
ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di
televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka lebih mudahlah untuk
seseorang guru mengurus tekanannya. Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan
kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu
untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang
menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut,
individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya
masalah serupa pada masa akan datang.
Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru
tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh
tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan
mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah
laku pelajar tidak lagi mengganggunya.
Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor
atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:

a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills)

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru
untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka
untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang
mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang
keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.
Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi
agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh
menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih
daripada tekanan emosi.
Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan
kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu
tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan
bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang
tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan
yang tinggi.
Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan
perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau
memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus
dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang.
Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan,
kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam
Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh
menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama
dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan
mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru
dengan adanya kemahiran tersebut.
Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran
bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini
membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan.
Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain
daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran
bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping
berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat
berpasukan dalam bilik darjah.
Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi
masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan
sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah
dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan
mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan
pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan,
memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.
Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh
melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya
guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan
komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada
pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting
bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.
Cara yang terbaik dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang
sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru. Seorang guru
yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya sebagai agen dakwah
dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam terlebih dahulu. Di dalam
ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam
sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan
sekaligus menangani segala masalah. Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun,
23: 1 & 2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu
mereka Yang khusyuk Dalam solatnya".
Perkataan “aflaha” atau berjaya di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah berjaya
juga di akhirat. Mereka yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh khusyuk
dan ketenangan dalam kehidupan dan minda mereka. Malah seruan azan juga turut
mengaitkan solat dengan kejayaan. Marilah bersolat dan marilah menuju kejayaan.
Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai
kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres. Mereka yang
mengalami stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat
yang khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalan-
amalan ini terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.








3. Cadangan bagaimana guru dapat menyesuaikan dan menyediakan diri dengan isu
dan cabaran tersebut.
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh
mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Semenjak beberapa tahun kebelakangan
ini, pelbagai usaha dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha
dalam meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan
pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin
mencabar.Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan
guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan
kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan
kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran
seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan. Bukan
sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat
yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu
pendidikan. (Dr.Sapora Sipon, 2007).
Seorang guru perlu menyediakan dirinya dengan isu-isu dan cabaran yang bakal
dihadapi. Antara cara guru untuk menyesuaikan dan menyediakan diri adalah seperti
bersikap realistik terhadap pekerjaan sebagai seorang guru. Guru yang realistik
terhadap tugasnya akan sentiasa mempunyai etika kerja yang baik. Guru perlu
melaksanakan tugasan dengan baik dan komitmen terhadap tugasan yang diberikan.
Seorang guru yang realistik perlu sentiasa bersikap positif terhadap tugasnya yang
diberikan bagi mengelakkan gangguan seperti tekanan emosi dan bebanan yang
dihadapi sehingga hilang pertimbangan dan bertindak secara tidak rasional.
Merancang tindakan dengan betul juga merupakan salah satu cara bagi persediaan
seorang guru bagi mengelakkan daripada berlakunya isu semasa proses pembelajaran
dan pengajaran. Peneguhan yang negatif seperti berbentuk dendaan dan hukuman
sepatutnya tidak lagi digunakan. Kerana pendekatan ini hanya akan memberikan kesan
yang negatif terhadap pelajar. Jika guru ingin menggunakan pendekatan ini, guru perlu
mengadakan perjanjian atau pun perbincangan dengan pihak ibu bapa secara peribadi.
Bukannya secara melulu, kerana sikap dan pemikiran ibu bapa pada masa kini adalah
berbeza. Laporan oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNICEF) bertajuk Keganasan Terhadap Kanak-Kanak berpendapat, amalan merotan
hanya akan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran mereka. Laporan
tersebut menyebut, hukuman dalam bentuk fizikal sebenarnya tidak memberi kesan
positif kepada pelajar, malah lebih teruk lagi apabila mereka secara tidak langsung
mula beranggapan bahawa keganasan boleh diterima pakai ketika berhadapan dengan
masalah.
Guru perlu lebih banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan strategi
pengajaran dan buku-buku yang berkaitan dengan penyelesaian masalah tingkah laku
murid. Pelbagai strategi pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif dapat dirancang
semasa berada di dalam bilik darjah dalam menarik minat murid-murid secara tidak
lansung tingkah laku disruptif murid dapat dikurangkan dan guru akan berasa lebih
seronok dan tidak tertekan dengan pekerjaan mereka. Di samping itu, guru berinovasi
tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran
biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Menurut
Esah Sulaiman, 2003, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap
keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan
tertentu.
Hubungan antara ibu bapa dan guru perlulah terjalin dengan baik. Pihak sekolah perlu
mengadakan lebih banyak perjumpaan antara ibu bapa dan guru bagi membincangkan
keadaan sebenar anak-anak mereka. Perjumpaan yang kerap antara ibu bapa dan guru
bukan sahaja dapat memberikan maklumat tentang prestasi akademik semata-mata
tetapi juga sikap murid itu sendiri malahan dapat mengeratkan hubungan antara ibu
bapa dan guru itu sendiri. Kesannya, ibu bapa lebih percayakan guru daripada anak-
anak mereka sendiri.
Guru juga perlu sedar bahawa mereka merupakan ibu bapa kedua kepada anak didik
mereka. Kasih sayang dan keadilan dalam mendidik mereka amatlah penting. Maka,
guru perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan banyak melaksanakan aktiviti yang
menghilangkan tekanan supaya murid-murid di sekolah tidak menjadi mangsa untuk
melepaskan tekanan. Guru perlu banyak membaca buku-buku dan artikel tentang
mengatasi masalah stres pada diri mereka. Apabila seorang guru yang tersebut ceria
dan sentiasa menunjukkan nilai-nilai yang positif maka secara tidak langsung murid-
murid juga akan terpengaruh dengan tingkah laku guru tersebut dan lebih menghormati
guru mereka.
Sebagai seorang ikon di sekolah guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai isu-isu
semasa. Guru perlu memanfaatkan pengunaan teknologi yang semakin berkembang.
Pengunaan gadjet-gadjet terbaru yang bersesuaian untuk dijadikan bahan bantu
mengajar juga menjadi daya penarik kepada murid-murid yang lahir di zaman dunia di
hujung jari ini. Pengunaan seperti blog dan web untuk memberikan pengajaran secara
dunia maya juga boleh diaplikasikan. Menguasai bagaimana menghasilkan perisian-
perisian untuk menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.