3.

0 KONTRAK SOSIAL
Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang
hidupharmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada
berbilang etniknamun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah
sehinggamenghancurkan negara.Di antara masalah utama ke arah
kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Iaberkait rapat dengan kepelbagaian
keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiapkaum mahukan bahasa
ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu,kaum-kaum lain berasa
bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikanagama rasmi.
Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka
diberikankerakyatan.
Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan
disebabkanoleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada
dasar pecah danperintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat
tinggal dan bidangekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi,
akhirnya mewujudkan jurangperbezaan dan menjejaskan perpaduan.
[Nazaruddin Mohd Jalil, 2001]
3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara
kaum yangdicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat
dan pemimpinyang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian
kontrak sosial ini jugaturut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka
wakili iaitu UMNO, MCA danMIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam
Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapidari perspektif lain, kontrak sosial
sememangnya wujud dalam sejarah negara danpermuafakatan yang dicapai
itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnyamenentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuknegara.
Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukansahaja
soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.Oleh
itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala
usahauntuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang
harusdipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960
keranamencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam
PerlembagaanMalaysia.Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori
demokratik Eropah sepertiThomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa
manusia mewujudkan negara sebagaisatu perjanjian bersama di mana setiap
individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak inibererti individu-individu yang bebas
bersetuju untuk menyerahkan haknya untukmemerintah diri sendiri itu kepada
satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal
dengansyarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh
bermaksud dokumenyg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang
undang-undang yg berkaitan dgnkontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai
segala yg berkaitan dgn masyarakat,perihal masyarakat dan kemasyarakatan.
Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikanboleh ditakrifkan sebagai satu
bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis danditetapkan oleh undang-
undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat disesebuah negara.
Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihanraya.
Pilihan raya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan
sistemdemokrasi berparlimen. Di Malaysia pilihan raya diadakan setiap lima
tahun bagipemerintah menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat.Untuk
memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat mandat barudaripada
rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi.Pada
umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri.
Dalamkonteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk
mewujudkanmasyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran
terhadap pentingnyafaham memahami, hormat menghormati, harga menghargai
dan bertolak ansur.Manfaatnya terjelma dalam kehidupan sebauah negara yang
aman damai dapatdinikmati bersama. Justeru kontrak sosial adalah semangat
dalaman yangkepentingannya tidak semata-mata dihujahkan dengan
bersandarkan perundangan danperbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi hakikat
sejarah dan keikhlasan hatimenjunjung hasrat murni sebuah negara.
Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan
perkongsianhidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam
masyarakat majmuk dinegara ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau
perjanjian, walaupun adasebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda
mengikut keadaan, namunsegala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan
bersama atau keizinan bersama.Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah
secara satu pihak sahaja. Semua yang terlibat dalam perjanjian itu mesti setuju
kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagikontrak sosial itu telah diinstitusikan
dengan menyuratkannya ke dalam PerlembagaanPersekutuan.Di samping itu,
asal usul dan rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan,diperturunkan,
dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasimuda
daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti
memahamidan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak
sosial itu. Hal iniamat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai
resipi kehidupanmasyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan
harmoni. Penyebaran luasmaklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan
secara sungguh-sungguh, terutamamelalui sistem pendidikan di pelbagai
peringkat sama ada rendah, menengah, kolej danuniversiti.
.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL
Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai
antarapenduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India.
PerlembagaanMalaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia
adalah kontrak sosial danperjanjian perdamaian. [Ahmad Mohd Ibrahim,
1995]Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan
beberapaelemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan
British lagi. Parapenggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting
memandangkan peranan yangdimainkan dalam menjaga kestabilan negara
terutamanya dalam konteks negaraMalaysia yang berbilang kaum [Mohamed
Suffian Hashim, 1984]. Peruntukan itu adalahhasil proses tawar menawar pada
asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalikpembentukan perlembagaan
tahun 1957.Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat
majmuk diMalaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak
mereka danmenghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk
keseimbangan dalammasyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama
yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang
dipersetujui oleh semuapihak.
Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil
daripadaperkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal
negara itumerangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini
yang menjadikanbangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah
Melayu memasukkannya kedalam Perlembagaan bagi mengekalkan
keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hakkeistimewaan orang Melayu,
kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasaMelayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. ApabilaTanah
Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka
mulatergugat. Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum
member kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya
kemerdekaandiberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja
diteruskan tetapi denganbeberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan
konsep demokrasi berparlimendan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja
Melayu menggambarkan ciri-ciri asalnegara Malaysia. Ia melambangkan
kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagiandaripada identiti negara.
Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satuidentiti yang berbeza
dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isikepada upacara
rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinyamenekankan ciri-ciri
kemelayuan [Abdul Aziz Bari, 1999]
Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan
olehBritish. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka
sebagaipenduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari
negara China danIndia. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia
member jaminan kepadamasyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia
mempunyai satu peruntukan khas dibawah Perkara 153 bertujuan memelihara
orang Melayu dan bumiputera Sabah danSarawak. Perkara 153 menggariskan
bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihatPerdana Menteri atau Kabinet
berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi
merekakedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan
atau latihanatau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk
permit atau lesenperniagaan.Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain
termasuklah peruntukan Perkara89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-
undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi
tanah rizab orang Melayu daripadadiselenggarakan oleh orang bukan Melayu.
Selain itu, kemasukan orang Melayu dalamRejimen Askar Melayu dengan
pengecualian orang bukan Melayu sebagaimanadikuatkuasakan oleh Perkara
8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripadakedudukan istimewa orang
Melayu.Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan
adalah satuisu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan
pegangan orangMelayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan
dinyatakan:
“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain
bolehdiamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”
[Perkara 3: Perlembagaan Persekutuan]
Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan
jatidiri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan
yangmenjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting
untukmenyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan
bahasapertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan dengan tidakmengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub
dalam Perkara 152Perlembagaaan Persekutuan.
3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL
Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak
sosial yangtelah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia
tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya
membawa semua kaum diMalaysia supaya menghormati setiap hak yang telah
ditetapkan oleh perlembagaan.
Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat
dalamperlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan
urusanpentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan
mana-manadaripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan
mencetuskan perpecahandalam keharmonian kaum.
Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak
tertentuberbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan
aman damai diMalaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat
di negara lain yangmempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan
masyarakat untuk menghormatidan patuh pada kontrak sosial yang telah
ditetapkan.
Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap
kontraksosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang
diberikankepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau
keturunan imigran.Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak
sosial ini sebagai sesuatuyang sudah berlalu.
Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka
iaadalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa
masyarakatbumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika
golongan bukanMelayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu,
masyarakat bumiputerapula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam
Perlembagaan tentang hak istimewaorang Melayu.
Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu
atausistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala
kaumbumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum
yang terdapat dinegara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal
kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa
yang penting ialah kedua-dua pihakharus saling memahami.
Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain
tidakdipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan.
Penulis teringatpolemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan
oleh JawatankuasaRayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia
(Suqiu) satu ketika dahuluiaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut
agar semua orang Cina mendapatsemua perkara yang dianggap sebagai hak
mereka dan menghapuskan hak istimewaorang Melayu.[Utusan Malaysia, "Suqiu
keterlaluan - PM -Kerajaan menolak samasekali tuntutan hapuskan hak istimewa
orang Melayu", 24 Disember 1998].
Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr.
LimKeng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak
sosial antarakaum yang dipersetujui semasa negara mencapai
kemerdekaan.[Utusan Malaysia,"Lupakan formula kontrak sosial antara kaum -
Keng Yaik", 14 Ogos 2005]. Menurutbeliau, formula kontrak sosial itu
membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecilhati.
Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu
agamaiaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan
usahaKumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama
kebebasanindividu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana
tegang dankemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen
peneranganmereka.[Utusan Malaysia, "Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit
kesedaran", 16November 2006]. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina
Joy dan juga kesperebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru
Rayappan antara keluarga simati dan juga Jabatan Agama Islam.
Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi
menjaminkeharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak
sosial dirombaksedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam
memelihara perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini
dibincangkan secara terbukaakan memebi lebih banyak kesan kepada setiap
kaum di Malaysia.Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan
memprotes dan inisekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi
dengan kaum lain. Oleh itubagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak
perkara yang tidak dijangka adalahlebih wajar jika kita mengambil jalan mudah
dengan tidak membicarakan tentangkontrak sosial secara terbuka.
3.4 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara
hidupyang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam
kepelbagaianberasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu
padu. Formula inisebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan
Persekutuan, yang diamalkansecara bijaksana dalam satu pakatan agung
negara dengan inspirasi untuk membawaMalaysia muncul dalam peta dunia
sebagai sebuah negara maju.Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat
kontak sosial ini denganmenolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan
ekstrimisme; dan pada masa yangsama terus memperkukuhkan ikatan
masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yangerat dan padu serta
mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik danmenyenangkan. Dalam
kata-kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangatkeadilan dan
perpaduan berasaskan kepada prinsip “duduk sama rendah, berdiri samatinggi”.
Dan inilah semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama
dalamsebuah masyarakat majmuk di Malaysia