You are on page 1of 12

Susunan Dalil-Dalil Hukum Yang Disepakati

Susunan dalil-dalil disepakati dalam mengistibat hukum-hakam adalah seperti yang
berikut :
Pertama :
Al-Quran
Kedua :
As-Sunnah
Ketiga :
Ijmak
Keempat :
Qias

PERTAMA : AL_QURAN
UNIT 1 : TAKRIF AL-QURAN
Kalam Allah Taala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan lafaz
bahasa Arab yang menjadi ibadat membacanya, ditulis pada mushaf dan dipindahkan
secara mutawatir tanpa syubhah.
UNIT 2 : PENGHUJAHAN AL-QURAN
Al-Quran ialah kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
supaya menjadi petunjuk kepada semua manusia sehingga hari Kiamat. Al-Quran
menerangkan kehendak Allah kepada hambanya dan syariat yang disyariatkan kepada
mereka. Oleh itu, tidak ada perselisihan sesame orang Islam bahawa nas-nasnya
menjadi hujah yang wajib kepada setiap manusia,wajib bagi mereka mengambilnya
mengikut bentuk yang ditunjuk olehnya selama ayat-ayat tersebut tidak dimansuhkan.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu
(wahai Muhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau
menghukum antara manusia menurut apa-apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu
(melalui wahyu-Nya)
Sesetengah ayatnya yang umum diterangkan oleh as-Sunnah atau dalil-dalil
yang lain dan ayat-ayat yang umum pula berhajat kepada pengkhususannya. Maka
wajib untuk mencari pengkhususan ayat tersebut dalam ayat-ayat yang lain atau dalil-
dalil yang muktabar.
KEDUA : AS-SUNNAH
UNIT 1 : TAKRIF AS-SUNNAH
Perkara yang terbit daripada Nabi s.a.w. sama ada berupa perkataan,pebuatan, atau
pengakuan baginda s.a.w.
Sesetengah ulama pula menambah : Segala sifat Nabi daripada ciptaan dan
akhlaknya. Ulama pula menambah : Sesuatu yang dilaksanakan oleh para sahabat
daripada perkataan, perbuatan, dan keadaan mereka. Sabda Nabi s.a.w. yang
bermaksud : Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ ar-
rasyidin yang diberi petunjuk. (Surah an-Nisa‟ 4:105)
UNIT 2 : PENGHUJAHAN AS-SUNNAH
Setiap orang Islam beriktikad bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ialah utusan Allah yang
diutuskan untuk menyeru umat manusia supaya beriman kepada Allah Tuhan yang satu
dan menyembah-Nya serta mengikut jalan-Nya yang lurus.
Tuntutan keimanan ini ialah kita beriman dengan kebenaran Rasulullah s.a.w.
tentang apa-apa yang Baginda khabarkan mengenai Allah dan syariat-Nya. Jika
perkara yang dikhabarkan itu adalah mengenai sesuatu perkara agama, maka hal itu
menjadi hujah kepada kita. Hukumnya menjadi wajib kepada kita untuk mengikut
tuntutan keimanan kita dengan risalah Baginda.
Begitu juga jika baginda melakukan sesuatu perkara untuk menerangkan kepada
agama, maka perbuatannya itu menjadi hujah kepada kita untuk melaksanakan
seumpama perbuatan Baginda. Jadi, hujah as-Sunnah adalah bersaksi bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. ialah Rasulullah.
Al-Quran juga telah menunjukkan atas kewajipan beramal dengan as-Sunnah
Nabi. Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesiapa yang mentaati Rasulullah, maka
sesungguhnya dia telah mentaati Allah. (Surah an-Nisa‟ 4:80)
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah
kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu
mendengar (al-Quran yang mewajibkan taatnya). (Surah al-Anfal 8:20).
KETIGA : IJMAK
UNIT 1 : TAKRIF IJMAK
Iaitu kesepakatan para mujtahid daripada umat Islam pada zaman dari zaman-zaman
atas hukum syarak selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Ijmak telah mula terbayang sejak zaman Rasulullah s.a.w. yang mana Umar ibn
al-Khattab r.a. pernah menanyai Baginda, “Wahai Rasulullah! Dalam kehidupan kita
adakalanya kita menghadapi sesuatu masalah yang tidak kita dapati hukumnay di
dalam al-Quran dan as-Sunnah. Apakah tindakan yang patut kita lakukan?”
Pertanyaan Saidina Umar r.a. ini telah dijawab oleh Rasulullah s.a.w. “
Kumpulkanlah oran-orang yang berpengetahuan. Ajaklah mereka bermesyuarat dan
jadikanlah masalah itu sebagai agenda mesyuarat”.
Jawapan Rasulullah ini membawa kepada pengertian bahawa persefahaman
dan persetujuan para ulama mujtahid dalam penetapan sesuatu hukum yang tidak
ditemukan nas dan dalilnya daripada al-Quran atau hadis Rasulullah s.a.w. adalah
dinamakan sebagai Ijmak.
UNIT 2 : KEDUDUKAN DAN PENGHUJAHAN IJMAK
Para ulama mujtahid telah menetapkan kedudukan ijmak sebagai dalil hukum yang
ketiga selepas al-Quran dan as-Sunnah, yang mana ijmak ini tidak menyalahi dan
bertentangan dengan nas-nas yang termaktub didalam al-Quran dan as-Sunnah.
Dalam masalah ini, Imam Syafi‟i telah menegaskan, „Setiap hukum yang tidak
diperoleh nas dan dalilnya daripada ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah, bolehlah
dijadikan ijmak sebagai hujah dan dalil bagi hukum tersebut.”
UNIT 2 : PENGHUJAHAN AL-QURAN

Dalil tidak disepakati
Ijmak ulama dan al-Qiyas juga diterima sebagai sumber perundangan yang disepakati.
Di samping itu, terbentuk sumber tidak disepakati atau sumber sampingan yang dikenali
dengan dalil zanni. Antara dalil yang tidak disepakati dalam kalangan ulama ialah :
SKOP 1 : AL-ISTIHSAN
Al-Istihsan bahasa : menganggap sesuatu itu baik. Sudut istilah, Istihsan diberikan
pengertian berikut :
1. Menurut ulama Hanafi : mengubah sesuatu perkara berasal daripada al-Qiyas
kepada al-Qiyas yang lebih dan kuat. Ataupun perubahan terhadap al-Qiyas
kepada dalil nas yang bercanggah dengan Qiyas nyata.
2. Menurut ulama Usul al-Fiqh : Menukarkan pengambilan al-Qiyas Nyata kepada
al-Qiyas Tidak Nyata. Ataupun menukarkan sesuatu hukum daripada hukum kulli
(umum) kepada hokum pengecualian, atau dari dalil umum kepada hukum
khusus ekoran terdapat dalil menyebabkan mujtahid memindahkannya.
TOPIK 1 : KEHUJAHAN AL-ISTIHSAN
Ulama berselisih pendapat tentang kehujahan al-Istihsan, iaitu : Ulama menolak dan
menerima.
UNIT 1 : ULAMA MENOLAK
Imam al-Syafi‟I, mazhab Zahiri serta sebahagian ulama Hanbali menolak berhujah
menggunakan al-Istihsan. Iaitu ia tidak boleh digunakan sebagai dalil untuk
mengeluarkan hukum. Ulama tersebut menolak al-Istihsan sebagai hujah berdasarkan
dalil, iaitu :
1. Dalil Al-Quran. Banyak ayat menyuruh kita mentaati Allah dan Rasul dan
menegah mengikut nafsu. Antara lain jika kita berselisih hendaklah merujuk
kepada Al-Quran dan al-Sunnah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara,
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (AL-Quran) dan (al-
Sunnah) Rasul-Nya. (Surah al-Nisa‟ 4:59)
al-Istihsan bukanlah sebahagian daripada Al-Quran atau al-Sunnah dan
tiada sebarang dalil menunujukkan ia diterima sebagai hujah. Oleh itu,
menggunakan al-Istihsan sebagai dalil bererti mengeluarkan hukum yang
bercanggah dengan hukum Al-Quran dan al-Sunnah.
2. Sudut logic, kiranya mujtahid boleh mengeluarkan hukum yang tiada nas dalam
Al-Quran dan al-SUnnah berdasarkan apa yang dikira baik sudut akal mereka
,sudah tentu orang awam juga boleh berbuat demikian. Sedangkan Ijmak ualam
berpendapat orang awam sememangnya tidak harus berbuat demikian.
3. Imam al-Syafi‟i berpendapat : Berhujah dengan al-Istihsan bererti menetapkan
hukum bersandarkan nafsu dan fikiran, sedangkan yang berhak membuat hukum
hanya Allah.

UNIT 2 : ULAMA MENERIMA
Ulama Hanafi, Imam Malik dan sebahagian ulama Hanbali berhujah dengan al-Istihsan
dan mengeluarkannya sebagai dalil hukum. Hujah mereka ialah :
1. Dalil Al-Quran. Sebagai contoh al-Istihsan bersandarkan Al-Quran ialah, tidak
sah memberi upah kiranya diqiyaskan dengan jual beli. Kerana antara syarat sah
jual beli ialah benda yang dijualkan wujud waktu akad, tetapi upah kerja belum
wujud waktu akad. Ia sah digunakan berdasarkan konsep al-Istihsan dan
disokong oleh firman Allah yang bermaksud : Kemudian mereka menyusukan
anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya. (Surah al-Talaq
65:6)
2. Dalil al-Sunnah. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w., daripada Ibn Mas‟ud yang
bermaksud : apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu baik, ia adalah baik di
sisi Allah. Dan apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu buruk, ia adalah buruk
disisi Allah. (Ahmad)
3. Dalil Ijmak. Sebagai contoh penggunaan al-Istihsan berasaskan Ijmak : Tidak
sah Jual Saham jika diqiyaskan dengan akad jual beli, kerana benda yang
diakadkan belum wujud ketika akad.
Ekoran Jual Saham perlu dalam masyarakat, ulama mengira baik dan
harus atas dasar konsep al-Istihsan. Ijmak ulama mengharuskan akad Jual
Saham tersebut merupakan dalil dalam penggunaan al-Istihsan.

SKOP 2 : AL-MASALIH AL-MURSALAH
Ia dikenali juga dengan al-Istilah. al-Masalih al-Mursalah gabungan dua perkataan, iaitu
: al-Masalih sudut bahasa : Untuk kebaikan atau tujuan kemaslahatan.
Seterusnya al-Masalih al-Mursalah sudut istilah bermaksud :
1. Membuat sesuatu hukum yang baik dan berfaedah untuk kepentingan
masyarakat yang tidak dan berfaedah untuk kepentingan masyarakat yang tidak
ada sebarang nas khusus untuk dijadikan dasar sama ada ia boleh
dilaksanakan, atau tidak boleh dilaksanakan.
2. Sesuatu kemaslahatan mengenai hukum syarak yang tidak disyariatkan oleh
syarak juga tidak ada dalil syarak menunjukkan ada atau tiada hukum tertentu.
UNIT 1 : ULAMA MENERIMA
Jumhur ulama, Imam Malik, dan Imam Ahmad menerimanya sebagai sumber hukum.
Hujah dan alas an mereka ialah :
1. Syarak sentiasa menjaga kemaslahatan manusia. Sebagaimana firman Allah
yang bermaksud : dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu
keberatan dan susah payah dalam perkara agama. (al-Hajj 22:78)
Syarak menjaga kemaslahatan manusia sudut hukum berdasarkan sabda
Nabi s.a.w yang bermaksud : Tidak mudarat dan tidak memudaratkan. (Ibn
Majah dan Ahmad)

2. Semua hukum berdasarkan Nas, Ijmak dan al-Qiyas mengandungi masalah atau
menjaga kepentingan manusia.
3. Kemaslahatan manusia sentiasa berubah dan tiada sudahnya. Sekiranya
pembinaan hukum dibatalkan terhadap maslahah-maslahah tertentu yang
berpandukan dalil syarak, sudah tentu banyak kemaslahatan manusia dan
hukum yang sentiasa berubah mengikut masa dan tempat tidak dapat
dilaksanakan.
4. Ulama Salaf dan para Sahabat ada mengeluarkan sesuatu hukum atas dasar al-
Masalih al-Mursalah. Contohnya : Abu Bakar melantik Umar al-Khattab sebagai
khalifah penggantinya, sedangkan Nabi s.a.w tidak berbuat begitu.
UNIT 2 : ULAMA MENOLAK
Mazhab Zahiri, sebahagian ulama Syafi‟I, seperti ; al-Amidi dan sebahagian ulama
Maliki, seperti : Ibn Hajib menolaknya.
Hujah dan alas an ulama yang menolak ialah ;
1. Ia membuka ruang istinbat hukum berdasarkan nafsu. Antara lain, dengan
pembinaan hukum yang semata-mata didasarkan kepada konsep maslahah
bererti membuka ruang kepada mengeluarkan hukum berdasarkan hawa nafsu.
2. Beramal dengan al-Masalih al-Mursalah membawa berlainan hukum dengan
sebab berbeza zaman. Hal tersebut kerana masalah sentiasa berubahmengikut
zaman dan suasana.
3. Syariat sentiasa mementingkan dan menilai kemaslahatan manusia berdasarkan
dalil-dalil dan al-Qiyas yang dibenarkan sahaja. Justeru, tidak ada sesuatu
kamaslahatan yang tidak ada petunjuk syarak.
Kemaslahatan tidak berpandukan petunjuk syarak bukanlah suatu
kemaslahatan, ia berdasarkan sangkaan dan tidak mempunyai dasar. Lantaran itu,
hukum berdasarkan al-masalih al-Mursalah tidak boleh dibuat hujah.


SKOP 3 : QAWL AL-SAHABI
Sahabt menurut ulama Hadis : Orang pernah bertemu Nabi dan beriman serta mati
keadaan beriman. Sahabat menurut ulama Usul al-Fiqh : Orang pernah bertemu Nabi
keadaan beriman serta mendampingi Baginda s.a.w jangka masa lama.
Qawl al-Sahabi bermaksud : Kata-kata, pendapat serta fatwa para Sahabat yang
berkelayakan berijtihad, sama ada ketika hayat Nabi s.a.w atau selepas Baginda wafat.
Qawl al-Sahabi merangkumi : Pendapat, perbuatan, mazhab serta fatwa Sahabat.
UNIT 1 : ULAMA MENERIMA
Kalangan mereka yang menerima antaranya : Imam Malik, Imam Ahmad, majority
ulama Hanafi juga Qawl Qadim Imam al-Syafi‟i. Antara alasannya :
1. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : Dan orang-orang yang terdahulu
yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan)dari antara orang-orang
Mujahirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka
dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula
redakan Dia. (Surah al-Taubah 9:100)
Ayat tersebut Allah memuji orang-orang yang mengikut para Sahabat.
Oleh itu, sudut kaitan dan logiknya pujian tersebut kita diperintahkan mengikut
petunjuk-petunjuk mereka. Justeru, Fatwa Sahabat dapat dijadikan hujah.
Selain itu, ayat tersebut sudut khitabnya ialah kepada Sahabat. Dimana ia
menunjukkan apa yang mereka suruh adalah baik. Untuk itu, suruhan tersebut
perlu diterima.
2. Sahabat merupakan orang paling hampir dengan Nabi s.a.w dan jujur. Mereka
juga kalangan umat generasi pertama ataupun kurun pertama yang dikira
terbaik. Sebagaimana sabda Baginda s.a.w yang bermaksud : Sebaik-baik
umatku ialah generasi yang mana daku utuskan (oleh Allah) padanya (Muslim
dan Ahmad).
3. Sudut logiknya pula, seandainya terdapat pendapat Sahabat berdasarkan al-
Qiyas, sedangkan ulama yang muncul selepas mereka juga menggunakan al-
Qiyas. Dimana pendapat Sahabat berdasarkan al-Qiyas tentu tidak sama
dengan pendapat ulama selepasnya. Justeru, untuk lebih berhati-hati pendapat
Sahabat lebih utama untuk diikuti juga diambil sebagai hujah.
UNIT 2 : ULAMA MENOLAK
Kalangan mereka yang menolak antaranya : Jumhur al-Asya‟irah, ulama Mutakallimin
serta Qawl Jadid Imam al-Syafi‟i. Antara alasannya :
1. Para Sahabat sama mujtahid lain yang terdedah dengan kesilapan dalam
berijtihad.
2. Kita dituntut sentiasa mengikut petunjuk Al-Quran dan al-Sunnah serta apa yang
ditunjuki daripada nas kedua-duanya sahaja. Justeru, pendapat Sahabat tidak
termasuk dalam kategori itu.
SKOP 4 : SYAR‟U MAN QABLANA
Syariat Umat Terdahulu membawa maksud : Syariat yang ditetapkan oleh Allah
terhadap umat sebelum Nabi s.a.w., seperti : Nabi Ibrahim dan Musa. Antara lain ia
juga bermaksud : Syariat Rasul terdahulu yang terdapat mengenainya dalam syariat
Islam.
UNIT 1 : ULAMA MENERIMA
Sememangnya tiada dalil menunjukkan ia diterima atau dikekalkan, seperti : Hukum
Qisas. Iaitu hukumnya tercatat dalam kitab Taurat serta dikekalkan dalam syariat Islam.
Jumhur ulama Hanafi, Maliki sebahagian ulama al-Syafi‟i, ulama Hanbali serta
Mutakallimin menerima sebagai hujah dan perlu beramal dengannya. Justeru, ulama
yang menerima kehujahannya membawa dalil dan alasannya :
1. Ia merupakan syariat yang diturunkan oleh Allah serta tiada dalil yang
menasakhkannya, bahkan terdapat nas yang menegaskan agar mengikut rasul
terdahulu. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : Kemudian Kami
wahyukan kepadamu (wahai Muhammad s.a.w) Hendaklah engkau menurut
agama nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar.(Surah al-Nahl
16:123)
Ayat tersebut dalil jelas menyuruh mengikuti agama nabi Ibrahim. Antara
lain, kaedah asal : Setiap suruhan adalah wajib.
2. Sebagaimana firman Allah tentang hukum Qisas yang bermaksud :Dan Kami
telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas
dengan jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung
dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka
hendaklah dibalas (seimbang). (Surah al-Ma‟idah 5:45)
Ulama mengesahkan Qisas sebagaimana ayat tersebut merupakan
sebahagian daripada Syariat Umat Terdahulu. Justeru, ia membuktikan hukum
tersebut sabit dan disyariatkan terhadap umat Islam.
3. Seterusnya ulama mazhab Maliki, Hanbali dan al-Syafi‟i menetapkan hukum
harus al-Ju‟alah iaitu upah mengupah. Ia berdasarkan firman Allah yang
bermaksud : Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda
makanan) sebanyak muatan seekor unta dan akulah yang menjamin pemberian
itu. (Surah Yusuf 12:72)
Ayat tersebut khitab dan berlakunya berkaitan umat zaman nabi Yusuf. Namun
begitu, ia diamalkan dalam Islam.
Rumusannya, ulama berpendapat Syariat Umat Terdahulu dapat dijadikan
syariat terhadap umat Islam dengan syarat syariat islam tidak menasakhkan syariat
sebelumnya.



UNIT 2 : ULAMA MENOLAK
Ulama mazhab al-Asya‟irah, Imam Ahmad serta sebahagian ulama al-Syafi‟i, seperti :
al-Ghazali dan al-Amidi tidak menerimanya sebagai hujah dan tidak menjadi hujah juga
tidak wajib diikuti, kecuali terdapat pengesahan syariat Islam. Justeru, ulama yang
menolak kehujahannya membawa dalil dan alasannya ;
1. Syariat Nabi Muhammad s.a.w dan Islam menjadi saksi terhadap Umat
terdahulu. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : (Dan demikianlah
(sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan
kamu (wahai umat Muhammad s.a.w.) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya
kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia
(tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad s.a.w.) pula
akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Surah al-
Baqarah 2:143)
2. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud : Bagi tiap-tiap umat yang ada di
antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib
diikuti oleh masing-masing). (Surah al-Ma‟idah 5:48)
Dalil ayat tersebut membuktikan Allah menjadikan untuk setiap umat itu
syariat yang tersendiri. Justeru, antara mereka tidak dituntut mengikut syariat
umat lain.
3. Semua rasul sebelum Nabi s.a.w. diutuskan khusus untuk kaum dan umat
mereka sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk seluruh
umat.
Justeru, ia jelas menunjukkan prinsip asal Syariat Umat Terdahulu bersifat
khusus, manakala syariat Islam bersifat umum dan menasakhkan Syariat Umat
Terdahulu.