You are on page 1of 3

Jenis Pentaksiran

1) Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik bererti menilai pengetahuan atau penglibatan pelajar dalam konteks
yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.

 Meliputi pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman, penyelesaian
masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi
dunia sebenar.
 Merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang
boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti
yang releven.

Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-
kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran
yang dilakukan secara berterusan. „Realistik‟ dan „bermakna‟ merupakan terma yang sering
digunakan dalam pentaksiran autentik.

Menurut Rudner & Boston, (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan
kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi
maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.

Mana-mana cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan
perkembangan pelajar dan pengajaran terurus dikatan sebagai satu alterbatif kepada ujian
tradisional.

Antara ciri-cirinya ialah:

a) Berorientasikan proses; membantu menunjukkan bagaimana murid dapat meningkatkan
diri dan bukan hanya berdasarkan kedudukan sedia ada.
b) Bersifat dua-hala; guru dan murid mengambil tanggungjawab bersama, banyak
persepktif diambil kira dalam pernilaian yang dijalankan.
c) Bersistematik; merujuk kepada kriteria yang ditetapkan.
d) Bersifat autentik; berdasarkan kepada aktiviti bilik darjah yang sebenar .
e) Bersifat ujian terbuka; lebih dinamik dan fleksibel.

TIGA FASA AUTENTIK

• Fasa permulaan: fasa ini melibatkan menetapkan matlamat, menentukan keperluan
pembelajar, dan menyediakan data asas mengenai apa yang murid boleh lakukan
dengan apa yang dipelajari, bagaimana mereka berfikir dan apa yang murid tahu dan
lakukan dengannya.
• Fasa berterusan: fasa ini melibatkan penyemakan dan pernilaian bilik darjah dan
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
• Fasa penamat: fasa ini melibatkan pentaksiran refleksi mengenai pembelajaran,
pengajaran, kurikulum dan rekabentuk program pada penghujung proses.

JENIS PENTASKIRAN AUTENTIK

 Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya .
 Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran GURIS (Pameran Seni) atau Science
Fair (pameran Sains).
 Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.
 Jurnal, buku log, penulisan.
 Persembahan, dan projek.


Pameran Seni Visual

KENAPA PERLU MENGGUNAKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

 Masalah yang berhubung dengan ujian tradisional biasanya tidak menunjukkan keadaan
sebenar mengenai apa yang murid tahu (Huerta-Macias, 1995). Pentaksiran alternatif :
menguji lebih kebolehan dalam menghadapi ujian
 Pencapaian boleh diuji (selain dari pengetahuan), menyediakan lebih menyeluruh
mengenai apa yang pelajar boleh lakukan (Pavlenko, temubual April, 2001)
 Mengubah sikap, interaksi sosial dan corak komunikasi pelajar yang menyumbang
kepada penglibatan program (Spruck Wrigley, 2000).







2) Pentaksiran “Performance Based”
3) Pentaksiran dan Hasil Pembelajaran
4) Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan
5) Pentaksiran dan Motivasi
6) Pentaksiran Aspek Nilai dan Sahsiah
7) Pentaksiran Pembentukan Watak
8) Pentaksiran Berbantukan Komputer
9) Pentaksiran Kendiri