You are on page 1of 8

KAJIAN TINDAKAN

MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI
2014

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH SELAYANG JAYA
JALAN SJ 24, TAMAN SELAYANG JAYA
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN



AHMAD AMIRULHADI BIN MOHAMAD
900204-11-5939
A 77656



TAJUK KAJIAN
PERMASALAHAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI


ISI KANDUNGAN M/S

1. REFLEKSI PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN LALU 3


2. FOKUS KAJIAN 4

3. OBJEKTIF KAJIAN 5


4. KUMPULAN SASARAN 5

5. PELAKSANAAN TINDAKAN 6


















REFLEKSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sepanjang tempoh 4 bulan mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani, pada
tahap satu dan dua iaitu Tahun 1, 3, 4, 5 dan 6, saya dapati ada beberapa masalah
utama yang menjadi kekangan dalam kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran.
Antara masalah utama ialah :
1. Majoriti pelajar tidak memakai atau tidak mempunyai pakaian sukan yang
sesuai.
2. Tidak menepati masa.
3. Agihan pelajar mengikut jantina tidak sama rata.
4. Tidak menguasai kemahiran asas dengan baik.

Permasalahan-permasalahan tersebut adalah antara punca utama dalam
kegagalan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan
dan efektif. Akibatnya :
1. Sukar untuk melaksanakan pengajaran sesuai dengan perancangan harian
sebagaimana peruntukan masa diberi.
2. Sukar melaksanakan kehendak sukatan pelajaran, mengikut tahap usia
pelajar dan aras kesukaran yang sesuai.

Permasalahan-permasalahan tersebut perlu diberikan perhatian yang serius,
memandangkan ianya boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran dan
mengakibatkan kegagalan dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam
sukan dan permainan. Ianya secara tidak lansung akan menyukarkan penyampaian
maklumat dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Permasalahan-permasalahan tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan begitu
sahaja, ianya bukan sahaja menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran,
tetapi turut menjejaskan kredibiliti guru-guru Pendidikan Jasmani dalam menjalankan
tugas. Oleh yang demikian, kajian perlu dibuat bagi mengenalpasti cara bagaimana
mengatasinya.



Untuk tujuan tersebut, saya menyarankan agar beberapa langkah diambil dan
dilaksanakan segera supaya permasalahan-permasalahan tersebut tidak menjadi
duri dalam daging yang akhirnya merugikan pelajar sendiri. Beberapa langkah sesuai
telah dikenalpasti dan perbincangan bersama antara pengurusan dan tenaga
pengajar perlu dibuat segera.

FOKUS KAJIAN

Melalui perhatian yang dibuat, adalah didapati majoriti pelajar tahap dua yang terdiri
daripada Tahun 4, 5 dan 6 sama ada lelaki atau perempuan sering melanggar
peraturan dan menimbulkan permasalahan-permasalahan berikut;

1. Tidak memakai pakaian sukan yang bersesuaian atau lansung tidak
membawa pakaian.
2. Tidak tepat masa dan seringkali lewat
3. Tidak menguasai kemahiran asas sukan dan permainan.
4. Jumlah pembahagian pelajar yang tidak seimbang.

Saya berkeyakinan sekiranya permasalahan-permasalahan di atas dapat diatasi,
maka proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan, mencapai objektif yang dirancang sesuai rancangan yang dirancang
mengikut sukatan pelajaran bagi melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing dan
seimbang dari aspek mental dan fizikal.













OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian permasalahan ini dibuat dan langkah-langkah pro aktif diambil,
objektif berikut diharap dapat dicapai;

a) Objektif Am
Permasalahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan mampu menguasai
kemahiran asas yang diajar.

b) Objektif Khusus
1. Pelajar mempunyai baju sukan yang sesuai mengikut rumah sukan.
2. Pelajar menepati masa dan mempunyai cukup waktu untuk belajar.
3. Pelajar dapat menguasai kemahiran asas dalam sukan dan permainan.
4. Jumlah pelajar yang sama rata akan memudahkan penyampaian
dan pelaksanaan aktiviti.


KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan pelajar Tahun 4, 5 dan 6 yang terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan.















PELAKSANAAN TINDAKAN

Tinjauan Awal Masalah

Hasil pemerhatian selama empat bulan pertama melaksanakan pengajaran
matapelajaran Pendidikan Jasmani, didapati majoriti pelajar sama ada lelaki atau
perempuan yang tidak memakai atau membawa pakaian sukan. Pelajar juga lebih
cenderung memakai baju T dan berseluar sekolah. Oleh itu, pelbagai aktiviti tidak
dapat dijalankan seperti yang dirancang kerana pelajar tidak memakai pakaian yang
sesuai.

Kelewatan pelajar hadir waktu matapelajaran Pendidikan Jasmani
menyebabkan kesuntukan masa untuk menghabiskan rancangan harian yang telah
dirancang. Pelbagai alasan diberikan oleh pelajar. Waktu yang diambil untuk sampai
ke padang memakan masa lama memandangkan jarak kelas yang jauh.

Kegagalan pelajar menguasai kemahiran asas sukan dan permainan di
sekolah rendah menyukarkan sedikit proses pengajaran dan pembelajaran kerana
aras kemahiran di peringkat menengah lebih komplek dan pemahaman terhadap
lakuan dan kesan adalah amat diperlukan.

Pembahagian pelajar yang tidak sama rata turut menimbulkan masalah
terutama sewaktu pengajaran sukan dan permainan yang melibatkan pasukan.
Ketidakseimbangan ini juga perlu diberikan perhatian serius kerana ia juga boleh
menyebabkan kesukaran mengajar terutama pada jumlah yang sangat kecil dan
sebaliknya.










Tindakan yang telah/akan dijalankan

Memandangkan masalah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja, beberapa langkah
dirasakan perlu diambil dan akan diambil, antaranya termasuklah;

Guru telah mengenakan denda dan amaran lisan bagi memastikan pelajar
hadir dengan pakaian yang sesuai dan lengkap. Namun, didapati masih gagal
mematuhi arahan. Mencadangkan agar disediakan baju rumah sukan di kedai
koperasi untuk dibeli dan dipakai semasa kelas.

Akan berbincang dengan pihak pengurusan tentang penggabungan waktu
agar lebih masa untuk menguruskan kelas. Selain berbincang tentang
pergerakan pelajar keluar dan masuk ke kelas, bagi mengelakkan masalah timbul
semasa pergerakan pelajar.

Mengenalpasti guru-guru yang mengajar mempunyai kemahiran dan dihantar
menghadiri kursus profesionalisme yang berkaitan agar menguasai kemahiran
asas sukan dan permainan. Ini akan menambahkan keyakinan dan minat guru
terhadap pengajaran, sekaligus akan menarik minat pelajar.

Mengimbangkan bilangan murid akan dapat memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran, keseimbangan ini memudahkan guru menjalankan
aktiviti-aktiviti yang dirancang. Bagaimanapun pembahagian tersebut akan
mengambil masa yang lama.

Adalah menjadi harapan agar pendekatan yang lebih positif diambil bagi menangani
permasalahan-permasalahan tersebut agar proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.






SENARAI GURU BESAR

Bil Nama Guru Besar Tarikh
1. En Abdul Rahim Bin Abu Bakar 1988-1989
2. Tn. Haji Aminuddin Bin Muhammad 1990-1997
3. Pn Siti Rahmah Bt. Bukhairah 1997-April 2003
4. Pn Jamilah Bt. Abdul Rahman Jun 2003-2010
5. En. Khamis Bin Mohd Nor 2010-2012
6. En. Taufek Bin Mohamad 2012-2013
7. Pn. Hjh Siti Mariam Bt. Mohammad 2013-kini