You are on page 1of 62

Tamadun Islam

Pengenalan
Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-
Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada
manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini.
Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian
sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu
terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal daripada beruk.
Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle,
Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains
Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta
sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.

Manusia Menurut al-Quran
Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah
sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah
dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu
tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada
binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba
kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam
dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga
berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi
dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-
Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah
berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep
manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh
para pengkaji antropologi.

Fungsi Manusia Menurut al-Quran
Beribadat kepada Allah
Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia
dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah
menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam
bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh
setiap individu yang menepati syarat-syarat yang telah ditentukan, contohnya sembahyang,
puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan
oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi
melakukannya, contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan
sebagainya.

Memelihara Alam
Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah
telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh
menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu,
manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan
menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada
kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga
membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang.

Mengenali di Antara Satu Sama Lain
Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan
keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di
antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur. Sebaliknya
mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang
masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan.
Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya mereka
dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam. Dalam
keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka.

Memakmurkan Muka Bumi
Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini
supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang
dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi
memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh
disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-
tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga terdapat pelbagai
khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan
sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi
faedah kepada orang lain.

Mentauhidkan Allah
Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-
kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau
menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah
melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik,
manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya.
Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.

Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi
Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini.
Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia
hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Manusia
hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah
memastikan berlakunya kebaikan. Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah
iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran).

Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab
yang sangat besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut
sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan. Jika
sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan.

MASYARAKAT JAHILIAH

Pengertian Jahiliah
Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti dalam
bukunya "History of the Arab's", jahiliah bermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana
pada ketika itu, tidak ada nadi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan sebagai petunjuk.
Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka
telah mempunyai tamadun yang tinggi.

Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab
menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunya al-Quran.
Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah seperti berikut:
a. Tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk.
b. Tidak mempunyai tamadun / peradaban.
c. Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkah.
d. Masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca atau menulis.
Jika salah satu dari tersebut terdapat pada sesebuah masyarakat, maka masyarakat itu boleh
dianggap sebagai masyarakat jahiliah.

Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Sabak.

Agama dan Kepercayaan
Agama Berhala
Agama berhala merupakan agama yang mempunyai pengikut terbesar di Semenanjung Tanah
Arab. Berhala tersebut diperbuat daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamal
(kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala masing-masing. Antara berhala yang
terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah
Arab tidak menganggap berhala Tuhan tetapi hanya sebagai perantaraan. Kepercayaan
mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan percaya berhala. Mereka ini
dikenali sebagai golongan musyirikin, iaitu orang yang menyekutu Allah.

Agama Majusi
Agama ini tidak diamalkan seluas oleh orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas
Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama
ini menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agama ini yang
terkenal ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang
sememangnya mempunyai hubungan dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab
iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.

Agama Yahudi
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan
kepada kitab taurat. Agama ini tersebar luas terutamanya di kawasan-kawasan Osis di Barat
Laut Semenanjung Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib. Orang-orang
Yahudi berasal dari Palestine. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad
pertama Masihi. Mereka telah menjadi kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang
Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai
bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzarr sebagai anak tuhan. Di antara tokoh
terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas.

Agama Nasrani
Agama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s.
pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah,
pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah jajahan mereka.
Agama ini dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang
menganut agama ini termasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin Huwairith. Agama
ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan Hirah dan
Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan
Syria / Syam. Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran.
Bandar Najran terus menjadi bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah
terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz.

Agama Hanif
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama
ini mempercayai konsep keesaan Allah ataupun monoteisme. Di antara mereka yang
menganut agama ini termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibu
bapa nabi sendiri. Walau bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-
golongan tertentu seperti juga agama Yahudi dan Nasrani, misalnya mereka menyembelih
binatang korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah.

Kepercayaan Animisme
Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum
manusia terhadap sesuatu objek yang ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang
boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa
sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.

Kepercayaan Adat (Sunah)
Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan yang
diamalkan ialah menilik nasib. Apabila memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat
keadaan sekeliling bagi mengjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah burung
terbang. Jika burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.

Politik
Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah,
keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara
Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya lebih berbentuk negara naungan, misalnya
Kerajaan Anbat, Tadmur, Hirah dan Ghassan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom
manakala Hirah adalah naungan Parsi. Kerajaan Anbat dan Tadmur pula pernah dijajah oleh
Rom. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom
atau Parsi.

Kerajaan di bahagian Selatan seperti Himyar, Ma'in dan Qatban mengamalkan sistem
pemerintahan beraja. Pemerintahanya menggunakan pelbagai gelaran seperti Malek, Zu,
Makrab dan sebagainya.

Kerajaan di bahagian tengah pula terdiri daripada kerajaan kota, misalnya Kerajaan Kota
Mekah, Yathrib dan Taif yang terletak di Hijaz. Sistem pemerintahannya dipegang oleh
keluarga / keturunan tertentu, misalnya kota Mekah pada mulanya dikuasai oleh puak
Jurham, diikuti ileh puak Khuzaah dan akhirnya ke tangan Quraisy. Taif pula diperintah oleh
Bani Thaqif. Pemerintahan begini dikatakan berbentuk aristokrasi. Mereka tidak mempunyai
institusi diraja, tidak ada pasukan tentera dan tidak mengamalkan dasar perluasan wilayah.

Di pihak lain, orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini
adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka
sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah.
Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut
dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain.

Ekonomi
Sistem ekonomi orang-orang Hadari lebih maju berbanding dengan orang Badwi. Mereka
kebanyakannya ialah pedagang yang bergerak dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya
mengandungi 500-1,000 ekor unta. Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialah sistem
perdagangan dua musim, iaitu musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka
bergerak ke Utara, iaitu Syam dan pada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu
Yaman. Di samping itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung Tanah Arab
khususnya pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu Ukaz, Zulmajaz dan
Zulmajinman.

Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa.
Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan orang-orang India, China dan Nusantara.

Kegiatan perdagangan orang Arab melibatkan riba. Mereka juga sering melakukan penipuan
terutamanya dari segi sukatan dan timbangan.

Sistem barter masih diamalkan secara meluas terutamanya oleh golongan Badwi.

Selain dari kegiatan perdagangan, mereka juga melibatkan diri dalam kegiatan pertanian dan
kawasan pertanian yang paling subur ialah bahagian Selatan Semenanjung Tanah Arab, iaitu
Yaman. Yaman sememangnya mempunyai tanah yang subur di samping mendapat hujan
tahunan yang agak seragam. Tambahan pula, penduduk Yaman mempunyai kepakaran dari
segi teknologi sehingga membolehkan mereka mewujudkan sistem saliran untuk kawasan
pertanian.

Orang-orang Arab Jahiliah juga menternak binatang seperti unta, kuda, biri-biri, keldai dan
lain-lain lagi. Dari binatang ini, mereka memperolehi susu, daging dan kulit yang boleh
dijadikan pakaian atau khemah. Sekiranya terdesak, mereka makan apa sahaja. Ada kalanya,
mereka merampas atau menyerang suku-suku kaum yang mereka musuhi. Hal ini
menyebabkan peperangan yang tidak berkesudahan.

Sosial
Orang-orang Arab Jahiliah boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu orang-orang Arab
Badwi dan Hadari. Arab Badwi ialah orang-orang Arab yang tinggal di kawasan pedalaman.
Mereka tidak banyak bercampur dengan masyarakat luar. Oleh itu, ciri-ciri asli budaya Arab
masih kekal pada mereka. Mereka sering berpindah untuk mencari padang rumput / kawasan
yang mempunyai air. Ia juga bertujuan untuk menjaga keselamatan diri. Orang-orang Hadari
pula menetap di bandar-bandar tertentu dan cara hidup mereka lebih maju serta mempunyai
fikiran yang matang. Hal ini disebabkan mereka banyak terdedah kepada dunia luar
khususnya melalui perdagangan.

Mereka mengamalkan cara hidup berkabilah. Kabilah adalah satu kelompok besar yang
wujud berdasarkan keturunan, kepercayaan, adat tradisi, agama dan nilai-nilai
kemasyarakatan yang sama. Setiap kabilah akan diketuai oleh seorang Sheikh. Dia
berperanan menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kabilahnya, membuat perjanjian
dengan kabilah lain, melayan tetamu, memberi perlindungan kepada anggota kabilah dan
lain-lain.

Mereka mengamalkan semangat abasiyah. Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah,
mereka mempunyai semangat asabiyah yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan
berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain.
Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi.

Mereka juga mengamalkan sistem perhambaan. Oleh itu, di dalam sistem sosial mereka,
terdapat golongan hamba dan merdeka. Golongan hamba langsung tidak diberi hak untuk
hidup bebas atau memiliki harta. Seseorang itu boleh menjadi hamba melalui beberapa cara
sama ada sebagai tawanan perang, melalui jual beli atau kerana keturunan.

Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu
sekiranya mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, al-Nahl dan
Surah. Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan
membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.

Orang-orang Arab Jahiliah mengamalkan empat cara perkahwinan, iaitu perkahwinan biasa,
kahwin mencari anak pintar, mewarisi isteri bapa atau wanita menentukan siapa bapa kepada
anaknya.

Mereka menyamalkan nilai-nilai baik dan buruk dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai
baik yang mereka miliki ialah menghormati tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, sabar,
serta memberi penghargaan terutamanya kepada golongan penyair. Nilai-nilai buruk yang
agak ketara ialah suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak,
mengamalkan semangat asabiyah dan lain-lain.

Ilmu Pengetahuan
Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat
Semenanjung Tanah Arab kerana adanya hubungan perdagangan dengan dunia luar. Walau
bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidak
diwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya
membina semula Empangan Maarib yang telah runtuh. Dikatakan hampir semua orang Arab
buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang kaum Quraysi yang tahu
membaca dan menulis sahaja.

Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah. Tokoh seperti ini
ialah Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah. Mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya
bermutu yang disebut "al-Mu'allaqat-al-Sab" yang pernah digantung di Kaabah. Syair-syair
akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Karya-karya ini
kebanyakannya berbentuk sajak cinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan
berseronok. Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau pengalaman atau khayalan.
Semua karya ini dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan.


Asal-usul Quraisy
Perkataan Quraisy berasal dari kata dasar "taqarrasya" yang bermaksud penyatuan. Hal ini
disebabkan kejayaan Qusai bin Kilab menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Qusai bin Kilab
adalah datuk keempat Nabi Muhammad. Beliau adalah dari keturunan Kinanah yang berasal
dari keturunan Nabi Allah Ismail. Qusai bin Kilab telah berpindah bersama ibunya dan
dibesarkan di Syam. Setelah dewasa, beliau kembali ke Mekah dan berkahwin dengan
seorang gadis dari Bani Khuzaah yang memegang pemerintahan kota Mekah. Pada tahun 440
M, Qusai bin Kilab berjaya mengalahkan Bani Khuzaah dan mengambilalih pemerintahan
Mekah. Daripada kalangan Quraisy, muncul ramai tokoh terkemuka seperti Abu Bakar,
Umar, Uthman, Ali, Muawiyah dan lain-lain. Di dalam kabilah Quraisy, terdapat beberapa
bani yang terkenal seperti Bani Hasyim, Bani Umayyah, Bani Adi, Bani Taym dan
sebagainya.

Struktur Sosial Quraisy
Struktur sosial Quraisy boleh dibahagi dua, iaitu Quraisy al-Bittah dan Quraisy al-Zuwahir.
Istilah ini diperolehi semasa orang-orang Quraisy memasuki Mekah pada tahun 440 M.
Mereka memasukinya melalui Lembah al-Bittah. Terdapat satu golongan Quraisy yang tidak
masuk kota Mekah dan mereka inilah dipanggil al-Zuwahir (pinggiran). Mereka masih
mengamalkan cara hisup Badwi tetapi mereka berperanan menjaga keselamatan kota Mekah.

Orang-orang Quraisy telah menyusun pentadbiran kota Mekah dengan sistematik bagi
menjaga kepentingan penduduk dan pengunjungnya. Para pengunjung dikehendaki
membayar cukai perlindungan yang disebut "Muhajarah" atau "Harim". Beberapa jabatan
juga telah diwujudkan seperti Hijabah, Rifadah, Siqayah, Sirafah dan lain-lain. Dengan ini,
suasana aman dan kerjasama dapat diwujudkan di Mekah.

Mereka juga telah menubuhkan sebuah badan tertinggi yang dikenali sebagai Mala' (Majlis
Ketua-ketua Suku) yang akhirnya telah dikuasai oleh ketua-ketua suku yang berpengaruh
sahaja. Oleh itu, golongan yang kurang berpengaruh telah menubuhkan satu lagi badan yang
dikenali sebagai Half-al-Fudhul. Ia berfungsi untuk mengimbangi pertubuhan Mala' di
samping untuk menjaga kepentingan suku-suku yang lemah.

Satu fakta yang nyata bahawa masyarakat Arab Quraisy mengenal dan mengamalkan sistem
kelas suku dan kabilah. Kelas tertinggi dipegang oleh golongan aristokrat dari keturunan
Quraisy.

Golongan Quraisy merupakan kelas pemerintah bukan disebabkan oleh keturunan tetapi oleh
kekayaan. Sebagai satu sistem sosial feudalisme, terdapat kelas hamba yang besar
bilangannya dan mereka tidak mempunyai apa-apa hak, walaupun ke atas diri mereka sendiri
hingga mereka boleh dijual beli.

Kedudukan wanita pada umumnya nilai mereka sangat rendah.

Di dalam pembentukan keluarga, terdapat empat cara perkahwinan yang diamalkan. Di dalam
kehidupan keluarga, yang menjadi ketua ialah lelaki.

Orang-orang Quraisy mengamalkan nilai-nilai negatif. Mereka juga mengamalkan nilai-nilai
positif seperti memuliakan tetamu, setia pada janji dan sebagainya.

Ekonomi Masyarakat Quraisy
Kebanyakan mereka adalah kaum peniaga dan pedagang sama ada secara berkafilah, tahunan
atau bermusim.

Quraisy adalah bangsa yang berada dan mereka menguasai ekonomi kota Mekah.

Sistem ekonomi mereka melibatkan amalan riba dan mereka mengamalkan sistem tukar
barang.

AUS DAN KHAZRAJ

Asal-usul Kaum Arab
Asal-usul kaum Arab tidak jelas. Terdapat sumber yang mengatakan mereka berasal dari
Arab Utara dan telah berasimilasi dengan agama Yahudi. Bagi puak Arab yang baru, mereka
terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Aus dan Khazraj yang dikenali sebagai Bani
Qailah. Mereka berasal dari kawasan Selatan Semenanjung Arab. Ketibaan mereka dikatakan
bermula sejak runtuhnya Empangan Maarib di Yaman. Sesampai di Madinah, mereka
menjalankan aktiviti pertanian di pinggir kota. Apabila mereka menjadi kuat, mereka telah
menguasai Madinah dengan bantuan tentera Kristian Syam yang memihak Kerajaan Rom
Timur. Kenaikan mereka menyebabkan kaum Yahudi tidak senang. Mereka merancang
memecahbelahkan puak Arab baru ini. Akhirnya, peperangan berlaku dan suku Aus
mencapai kemenangan kerana adanya sokongan Yahudi.

Suku Aus
Jumlah suku Aus adalah lebih kecil dari Khazraj. Pengaruh mereka juga kurang. Sebelum
Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala. Mereka mempunyai ilmu ketuhanan dan
kenabian yang lebih tinggi dibanding dengan Quraisy.

Suku Khazraj
Jumlah suku Khazraj adalah besar dan pengaruhnya juga besar kalau dibandingkan dengan
suku Aus. Seperti suku Aus juga, sebelum kedatangan Islam, mereka terdiri daripada
penganut berhala dan mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi jika
dibandingkan dengan kaum Quraisy.

YAHUDI

Asal-usul Yahudi di Madinah
Terdapat sarjana yang mengatakan, kaum Yahudi di Madinah berasal dari Palestin.
Kedatangan mereka dianggarkan selepas tersebarnya agama Nasrani di Selatan Palestin.
Jumlah suku Yahudi yang tinggal di Madinah dianggarkan sebanyak 20 suku. Yang paling
terkenal ialah Bani Qainuqa', Bani Nadir dan Bani Quraizah.

Bani Qainuqa'
Bani Qainuqa' ialah puak Yahudi yang paling ramai dan berpengaruh di Madinah. Setalah
tiba di Madinah, mereka mendirikan rumah kediaman mereka di kawasan Barat Daya
berhampiran Musalla, tidak jauh dari Wadi Buthan. Mereka melakukan aktiviti perdagangan,
pertukangan tetapi tidak melakukan kegiatan pertanian. Mereka mempunyai angkatan tentera
yang kuat.

Bani Nadir
Bani Nadir ialah kumpulan kedua kaum Yahudi. Mereka berpindah ke Madinah kerana
tekanan tentera Rom yang menganut agama Kristian di Palestin. Mereka menetap di Bukit al-
Nadir. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi tulen. Sewaktu di Madinah, mereka
menjadi petukang, petani dan peniaga. Kawasan pertanian mereka terletak di wadi yang
mengarah ke Selatan kota Madinah.

Bani Quraizah
Ia juga digelar sebagai Darih. Mereka terdiri daripada Bani Ka'b dan Bani Amru. Mereka
tinggal di Wadi Mahzur (luar kota Madinah). Mereka bergiat dalam kegiatan pertanian.
Mereka memiliki senjata dan makanan yang mencukupi.

NABI MUHAMMAD S.A.W.

Latar Belakang
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571
Masihi di Mekah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia
apabila Nabi Muhammad 6 tahun. Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalib dan beliau
meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan. Nabi dipelihara oleh datuknya Abdul
Muttalib yang kemudiannya meninggal dunia ketika nabi berumur 8 tahun. Semasa berumur
12 tahun, nabi mengikut bapa saudaranya Abu Talib ke Syam untuk berniaga. Seorang paderi
bernama Bahirah / Buhairah menasihatkan Abu Talib membawa Muhammad balik kerana
bimbang dibunuh oleh orang Yahudi. Ketika berusia 25 tahun, beliau telah berkahwin dengan
Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun. Baginda mempunyai 6 orang anak, iaitu 2
lelaki dan 4 perempuan. Yang lelaki telah meninggal nudia semasa mereka kecil. Sewaktu 35
tahun, beliau diberi gelaran al-Amin kerana berjaya menyelesaikan perbalahan di kalangan
pembesar Arab berhubung dengan perletakan batu Hajar al-Aswad.

Perlantikan Sebagai Nabi dan Rasul
Nabi ialah seorang manusia lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah untuk
dirinya. Rasul juga sama dengan nabi tetapi Rasul mesti menyampaikan wahyu yang
diterimanya kepada orang lain.

Telah menjadi kebiasaan, Muhammad mengasingkan diri di Gua Hira untuk beribadat di
samping memikirkan kejadian alam. Akhirnya pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 611
Masihi sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu
pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. Wahyu ini bermaksud: bacalah dengan nama Tuhan
kamu yang menjadikan kau dan segumpal darah dan bacalah dengan nama Tuhanmu yang
mulia yang mengajar manusia yang tidak mengetahui apa-apa. Selepas menerima wahyu
pertama, nabi terus ke rumah menceritakan apa yang berlaku kepadanya dan Khadijah telah
membawa baginda berjumpa dengan sepupunya, Waraqah bin Naufal, seorang pendeta yang
menghafal kitab suci. Waraqah mengakui yang datang itu ialah Jibril dan ini bermakna
baginda dilantik sebagai nabi.

Selepas menerima wahyu pertama, baginda terus ke gua dan pada suatu hari, ketika baginda
keluar dari rumah, baginda terdengar satu suara dan apabila baginda mendongak, terlihatlah
Jibril. Kerana takut, baginda masuk semula ke rumah dan meminta Khadijah
menyelimutkannya. Ketika inilah turunlah wahyu kedua, iaitu surah al-Mudduthir, ayat 1-7
yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut, bangun dan berilah peringatan, hendaklah
engkau menggesakan tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatan dosa, janganlah
engkau memberi kerana hendakkan balasan yang banyak dan hendaklah engkau bersabar
kerana tuhanmu. Dengan wahyu kedua ini, bermakna Allah telah melantik baginda sebagai
Rasul kerana ayat tersebut dengan jelas memerintahkan Muhammad untuk mengingatkan
manusia.

SERUAN ISLAM DI MEKAH

Pengenalan
Segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad adalah dari wahyu Allah yang
diturunkan kepada baginda melalui malaikat Jibril. Ia diturunkan secara beransur-ansur dalam
jangka masa 23 tahun bermula dari wahyu yang pertama di Gua Hira sehinggalah baginda
wafat. Segala wahyu ini telah ditulis dan dihafal oleh umat Islam. Penurunan ayat terbahagi
kepada dua, iaitu:
a. Zaman Makkiyah
Zaman semasa baginda di Mekah sehinggalah berhijrah ke Madinah. Ia memakan masa
selama 13 tahun.
b. Zaman Madinah
Zaman selepas baginda berhijrah ke Madinah. Ia berlangsung selama 10 tahun.

Peringkat Seruan
Peringkat Sirriah (tersembunyi)
Seruan peringkat ini bermula setelah Nabi Muhammad menerima wahyu kedua iaitu dari
Surah al-Muddatthir ayat 1-7. Penurunan ayat ini dianggap telah merasmikan perlantikan
Nabi daripada seorang "Nabi" kepada seorang "Rasul". Baginda menjalankan dakwahnya
secara sulit dan bersembunyi kepada keluarga dan sahabatnya yang terdekat. Mereka ialah
Khadijah al-Kubra, Ali Bin Abu Talib, Zaid Bin Harithah dan Abu Bakar as-Siddiq. Melalui
Abu Bakar, Islam disebar kepada Abdul Rahman Bin Auf, Uthman bin Affan, Talhah Bin
Ubaidullah, Zubair al-Awwam, Abu Ubaidah al-Jarrah, Amman Bin Yasser dan sebagainya.
Mereka digelar sebagai as-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terawal memeluk Islam). Seruan
ini dijalankan selama 3 tahun dan seramai 55 orang penduduk Mekah memeluk Islam. Arqam
Abil al-Arqam telah menyerahkan rumahnya sebagai markas gerakan umat Islam.

Peringkat Jahriah (terbuka)
Seruan kepada Ali Bin Abu Talib dan keluarganya. Seruan ini bermula setalah baginda
menerim awahyu dari Surah Asy-Syu'ara'. Baginda mengadakan majlis ceramah di rumah Ali
Bin Abu Talib di Bukit Safa dan semua kerabat dijemput termasuk Abu Lahab, bapa
saudaranya. Baginda menerangkan dasar-dasar Islam yang telah ditugaskan oleh Allah untuk
baginda sampaikan. Ramai yang menyatakan kesanggupan untuk mengikut baginda, tidak
kurang yang mencemuhnya. Abu Lahab ialah tokoh pertama yang menghina dan mencerca
baginda.

Seruan kepada orang ramai dimulakan setelah baginda menerima wahyu dari Surah al-Hijr.
Baginda mula menyeru kepada segenap lapisan masyarakat Mekah di mana-mana sahaja.
Seruan secara terbuka ini berlangsung selama 10 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Bentuk Ajaran Islam
Akidah
Nabi memperkenalkan tauhid, iaitu mengesakan Allah dengan segala sifat kesempurnaan
iaitu sifat-sifat 20. Sehubungan itu, segala bentuk syirik adalah dilarang termasuklah
penyembahan berhala. Nabi menerangkan tentang adanya hari kebangkitan serta perkara-
perkara yang berhubung denganya seperti syurga, neraka, titian, neraca dan lain-lain. Baginda
turut menerangkan perkara yang berhubung dengan rukun Iman seperti percaya kepada
Rasul, kitab-kitab serta percaya kepada Qadak dan Qadar. Seterusnya, Nabi menerangkan
tentang tugas dan tanggungjawab manusia sama ada terhadap tuhan, diri, keluarga dan
masyarakat. Setiap individu akan dipertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan sama ada
baik atau buruk.

Akhlak
Selama 13 tahun, Nabi di Mekah telah berusaha membentuk peribadi muslim di samping
berusaha mengikis sifat-sifat yang tercela seperti iri hati, takbur, dendam dan sebagainya.
Sifat-sifat tersebut perlu diganti dengan sifat tinggi seperti jujur, ikhlas, amanah dan
sebagainya. Nabi juga berusaha mengangkat darjat wanita ke tempat yang sewajarnya sama
ada di dunia atau di akhirat. Nabi cuba banyak menekankan kepada cerita Nabi dan Rasul
yang terdahulu khususnya tentang perjuangan nabi-nabi, balasan yang diterima oleh orang
yang ingkar. Hampir 1/3 daripada kandungan al-Quran adalah mengenai sejarah nabi-nabi
dan umat terdahulu.

Ibadat
Di Mekah, hanya satu sahaja iaitu ibadat khusus yang difardukan kepada umat Islam. Ibadat
ini mula diwajib selepas berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Ibadat ini ialah sembahyang
5 waktu sehari semalam.

Rumusan
Cara-cara penyebaran Islam yang dilakukan secara berperingkat jelas menggambarkan
kebijaksanaan Nabi dalam soal berdakwah. Baginda mengukuhkan dahulu pengikut-pengikut
Islam sebelum mencabar seluruh masyarakat Mekah. Ajaran-ajaran yang baginda bawakan
jelas bertujuan untuk menyelamatkan manusia seluruhnya daripada kesesatan kehidupan
dunia dan akhirat.

PENENTANGAN KAUM QURAISY DI MEKAH

Pengenalan
Semasa Nabi Muhammad menyampaikan seruannya secara sulit, tidak terdapat sebarang
bentuk penentangan yang ketara dari kaum Quraisy. Semasa seruan mula dijalankan kepada
keluarga Abdul Mutalib, penentangan hanya timbul daripada kalangan kaum kerabat baginda
sendiri. Kaum Quraisy yang lain pula menganggapnya sebagai masalah dalaman keluarga
Bani Hasyim yang boleh diselesaikan sesama mereka sendiri. Namun setelah seruan secara
terbuka dijalankan dan ia mendapat sambutan di luar dugaan dan setelah Nabi Muhammad
mula menyentuh soal-soal penyembahan dan ajaran nenek moyang mereka, maka kaum
Quraisy mula bimbang lantas mengadakan pelbagai usaha untuk mebendung perkembangan
Islam.

Sebab Penentangan
Politik
Dalam politik orang Arab khususnya politik kota Mekah, perebutan kuasa sudah menjadi
teras politik mereka. Hal ini dapat dibuktikan dan pentadbiran kota Mekah yang pada
mulanya dikuasai oleh Puak Amaliqah, kemudian oleh puak Jurhum, diikuti oleh puak
Khuzaah dan akhirnya puak Quraisy. Muhammad adalah dari kaum Quraisy yang
berketurunan Bani Hasyim. Bani-bani lain dari kaum Quraisy terutamanya Bami Umayyah
mahu kuasa pentadbiran Mekah berada di tangan mereka. Menerima ajaran Islam seolah-olah
mereka tunduk di bawah Bani Hasyim. Keunggulan peribadi Muhammad yang terkenal
sebagai seorang yang amanah dan mempunyai budi pekerti yang tinggi membimbangkan
bani-bani lain. Sekiranya Muhammad berjaya menjadi pemimpin, mereka bimbang kuasa
kepimpinan tersebut akan dipegangnya dan ini menyebabkan bani lain tidak lagi berpeluang
meletakkan diri mereka sebagai pemimpin. Tanggapan ini timbul akibat dari kekeliruan orang
Musyirikin tentang konsep kenabian dan kepimpinan.

Ekonomi
Pengharaman berhala akan menyebabkan kedudukan musyirikin Mekah terjejas. Agama
Islam menentang penyembahan berhala kerana ia dianggap syirik. Pengharaman ini akan
menyebabkan pengukir patung, peniaga berhala dan juga penjaga Kaabah kehilangan sumber
pendapatan.

Penentangan orang musyirikin juga disebabkan agama Islam yang dibawa oleh Nabi
menentang penjualan hamba abdi. Orang musyirikin yang menpunyai kedudukan tinggi
biasanya memiliki hamba yang ramai, malah bilangan hamba dikatakan melambangkan status
seseorang. Mereka menggunakan tenaga hamba dengan percuma bagi membantu dalam
kegiatan ekonomi. Pengharaman hamba sudah pasti akan menjejaskan kedudukan ekonomi
mereka.

Orang musyirikin juga bimbang kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan, pusat ibadat
dan pusat kebudayaan akan terjejas dengan kedatangan Islam. Mereka percaya Mekah maju
disebabkan adanya patung-patung berhala yang diletakkan di sekeliling Kaabah. Sekiranya
patung-patung itu dibuang, mereka bimbang orang ramai tidak lagi mengunjungi Mekah.

Sosial
Menurut Islam, manusia akan dibangkitkan semula untuk diberi pembalasan terhadap
perbuatan baik dan buruk yang dilakukan di dunia. Orang musyirikin yang sememangnya
sentiasa melakukan perbuatan buruk seperti berzina, membunuh anak dan sebagainya takut
akan pembalasan yang akan diterima nanti. Hal ini disebabkan mereka tidak faham tentang
konsep taubat dalam ajaran Islam.

Ajaran Islam mengganggap semua manusia adalah sama tanpa mengira bangsa atau pangkat.
Yang berbeza hanya dari segi ketaqwaannya. Menerima Islam bererti mereka akan
meletakkan taraf mereka sama dengan golongan hamba. Golongan musyirikin juga
menentang konsep persaudaraan Islam. Mereka turut menentang segala amalan sosial yang
dianjurkan oleh Islam seharian kerana ia bertentangan dengan kehidupan biasa mereka.

Agama Islam sangat bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka. Orang musyirikin
sangat kuat berpegang kepada tradisi nenek moyang atau sunnah. Mereka bimbang jika
mereka menerima Islam, mereka akan melanggar adat tradisi mereka dan akan dimakan
sumpah.

Golongan musyirikin menentang Islam kerana perbezaan dasar agama dan ketuhanan. Islam
ialah agama monteisme. Sebaliknya, kaum Quraisy menyembah tuhan-tuahn berhala daripada
pelbagai jenis dan bentuk. Malah mereka menganggap lagi bahawa penyembahan berala ialah
mendekatkan lagi diri kepada Allah.

Cara Penentangan
Perang Saraf
Orang musyirikin melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nabi dengan harapan masyarakat
Arab tidak terpengaruh dengan dakwah yang disampaikan. Mereka mengatakan Nabi gila,
penipu, ahli sihir dan tamak. Sungguhpun begitu, semua tuduhan itu tidak memberi apa-apa
kesan kepada Nabi, malah telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan masyarakat Arab.
Mereka datang berjumpa dengan Nabi bagi memastikan dakwaan itu benar atau tidak dan ini
menguntungkan Nabi.

Menyeksa Nabi dan Orang Islam
Pada peringkat awal, seksaan hanya ditujukan kepada pengikut Nabi, terutamanya golongan
lemah seperti golongan miskin dan hamba. Antara yang paling teruk menerima seksaan ialah
Bilal Bin Rabbah. Beliau telah dijemur di tengah panas tanpa diberi makan atau minum.
Seksaan ini sedikit pun tidak mengubah pendirian beliau. Oleh sebab seksaan ini tidak
memberi kesan, mereka pun mulai menyeksa Nabi dengan meletak najis di rumah Nabi, di
sujut Nabi dan meletakkan duri di tempat yang dilalui Nabi.

Menawarkan Kekayaan
Orang musyirikin telah mengemukakan pelbagai tawaran bagi memujuk Nabi supaya
meninggalkan tugas-tugas dakwah. Antaranya termasuklah harta kekayaan, pangkat dan
wanita-wanita cantik. Nabi bukan sahaja menolak tawaran tersebut tetapi telah menjawab
dengan tegas sambil mengatakan,"Sekiranya orang musyirikin berjaya meletakkan matahari
di sebelah kiri dan bulan di sebelah kanan, tetapi Nabi tetap tidak akan berganjak."

Meminta Kerjasama Abu Talib
Apabila semua tindakan yang diambil tidak berkesan, orang musyirikin menemui Abu Talib
dan meminta beliau menasihati Nabi. Permintaan tersebut tidak dipedulikan. Mereka juga
pernah meminta untuk menukarkan Muhammad dengan seorang pemuda lain yang setanding
dengannya.

Memulaukan Bani Hasyim
Orang musyirikin akhirnya mengadakan pakatan untuk memulau Bani Hasyim dan semua
umat Islam. Pemulauan ini dilakukan dalam tempoh 10 tahun. Dalam tempoh tersebut,
mereka enggan mengadakan sebarang perhubungan termasuklah jual beli, bercakap, ziarah-
menziarahi dan sebagainya. Orang-orang Islam telah mengalami penderitaan yang teruk dan
ketika inilah 2 orang pendokong kuat Nabi iaitu Khadijah dan Abu Talib telah meninggal
dunia. Pemulauan ini hanya dilakukan dalam tempoh 3 tahun kerana tidak semua orang
musyirikin bersetuju dengan tindakan tersebut.

Merancang Pembunuhan Nabi
Apabila orang musyirikin gagal menyekat usaha Nabi, mereka akhirnya bersepakat untuk
membunuh Nabi. Beberapa orang pemuda telah dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut.
Rancangan ini telah diberitahu oleh Allah kepada Nabi melalui wahyu. Oleh itu, pada malam
rumah dikepung, Nabi ditemani oleh Abu Bakar telah keluar tanpa disedari oleh orang
musyirikin. Sebelum bertolak ke Mekah, Nabi dan Abu Bakar telah bersembunyi di Gua Ihur
selama 3 hari.

Memerangi Orang Islam
Setelah Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah, orang musyirikin telah berasa tidak puas
hati. Oleh itu, mereka telah melancarkan serangan ke atas orang Islam. Terdapat 3
peperangan penting yang berlaku iaitu Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khadak
(Ahzab).

Cara Nabi Menghadapinya
Bersabar
Pada peringkat awal, Nabi meminta orang Islam supaya bersabar menghadapi tindakan dari
orang musyirikin. Mereka diminta jangan bertindak balas bagi mengelakkan pertelingkahan
yang lebih besar. Lagipun belum ada wahyu yang membenarkan orang-orang Islam bertindak
balas.

Membebaskan Hamba
Nabi menggalakkan orang Islam yang berharta untuk membebaskan hamba yang telah
diseksa dengan teruk oleh tuan-tuan mereka. Antara sahabat yang menyahut seruan ini
termasuklah Abu Bakar yang telah menebus dan seterusnya membebaskan Bilal Bin Rabah
dari tuannya Umayyah Bin Khalaf.

Berlindung di Bawah Orang yang Berpengaruh
Bagi mengelakkan peyeksaan orang musyirikin Mekah, Nabi dan orang-orang Islam telah
mendapatkan perlindungan dari orang yang berpengaruh dalam masyarakat Quraisy. Nabi
sendiri misalnya telah diberikan perlindungan oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Berhijrah ke Habsyah
Apabila orang musyirikin menunjukkan penentangan yang semakin hebat, maka Nabi
mengarahkan orang-orang Islam supaya berhijrah ke Habsyah. Al-Najasyi yang memerintah
Habsyah ialah seorang pemerintah yang baik dan sanggup melindungi orng Islam.
Penghijrahan ke Habsyah dilakukan sebanyak 2 kali. Kali pertama berlaku pada tahun ke-6
selepas kerasulan Nabi. Ia diketuai oleh Uthman Bin Affan. Seramai 10 lelaki dan 5
perempuan terlibat. Pada tahun berikutnya, seramai 83 lelaki dan 18 perempuan yang diketuai
oleh Jaafar Abu Talib telah berhijrah ke Habsyah.

Berundur ke Taif
Sebelum berlakunya Bai'at Aqabah, Nabi dan anak angkatnya Zald Bin Harithah telah pergi
ke Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif tetapi penduduk Taif mempunyai hubungan
yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Oleh itu, mereka menolak mentah-mentah
dakwah yang disampaikan. Malah mereka mengupah kanak-kanak untuk mencederakan
Nabi.

Bai'at Aqabah
Setalah Nabi gagal menyampaikan dakwah di Taif dan kepada penduduk Mekah, Nabi
berusaha menemui orang-orang luar yang datang ke Mekah pada musim Haji. Hasilnya, pada
tahun 11 selepas kerasulan Nabi, Bai'at Aqabah I telah berjaya diadakan. Hal ini diikuti pada
tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II. Melalui Bai'at Aqabah II, Nabi dan orang Islam
dijemput ke Yathrib (Madinah).

Hijrah ke Yathrib
Pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, Nabi bersama orang Islam telah berhijrah ke
Yathrib bagi mengelakkan tindakan yang lebih keras dilakukan oleh orang musyirikin
Mekah. Hijrah ini dilakukan secara bersembunyi. Dengan hijrah ini, peluang bagi orang
musyirikin untuk menghalang usaha penyebaran Islam gagal.

Perang
Setelah 2 tahun Nabi berhijrah, turun wahyu yang membenarkan orang Islam berperang bagi
mempertahankan diri dan agama. Oleh itu, di dalam Perang Badar yang berlaku pada tahun 2
Hijrah, orang Islam telah mencapai kemenangan yang besar. Kemenangan ini kemudiannya
telah menyebabkan orang musyirikin melancarkan serang kedua pada 3 Hijrah yang berakhir
dengan kekalahan tentera Islam. Pada 5 Hijrah, orang musyirikin sekali lagi membentuk
pasukan tentera bersekutu yang bukan sahaja melibatkan orang musyirikin Mekah, tetapi juga
golongan Yahudi, Munafik, kabilah-kabilah Arab kecil seperti Bani Asad, Bani Salim, Bani
Yasyjab dan sebagainya.

Rumusan
Nabi Muhammad menghadapi perjuangan yang sukat untuk mengembangkan Islam di
sesetengah masyarakat Quraisy yang mengagung-agungkan patung-patung berhala mereka.
Namun dalam tempoh hampir 13 tahun itu juga kaum Quraisy berasa amat sukar untuk
membendung perkembangan Islam walaupun mereka telah melakukan pelbagai tindakan.
Perjuangan Nabi Muhammad tidak pernah mengenal erti kejayaan.

BAI'AT AQABAH

Latar Belakang
Bai'at ialah persetiaan, ikrar atau sumpah setia. Bai'at aqabah telah diadakan di antara Nabi
dengan penduduk Yathrib di sebuah tempat yang dikenali sebagai Aqabah. Aqabah adalah
nama sebuah bukit yang terletak antara Mekah dan Madinah. Bai'at ini diadakan sebanyak
dua kali. Bai'at yang pertama dikenali sebagai Bai'at Wanita / Bai'at al-Nisak kerana ia
merupakan perjanjian keamanan. Seramai 12 orang penduduk Madinah yang terdiri daripada
10 Khazraj dan 2 Aus terlibat dalam bai'at ini. Mereka berjanji tidak akan menyekutukan
Allah, tidak mencuri, tidak membunuh anak, tidak berbohong, tidak fitnah-menitnah dan lain-
lain. Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, seramai 73 orang
penduduk Madinah datang menemui Nabi bagi mengukuhkan kesetiaan mereka dalam Bai'at
Aqabah I. Mereka memeluk Islam sejak dari Yathrib lagi. Bai'at kedua ini disebut sebagai
Bai'at al-Haub. Di samping mengulangi ikrar yang pertama, mereka berjanji akan melindungi
dan mempertahankan Nabi serta umat Islam seperti mereka melindungi keluarga mereka
sendiri. Mereka juga mengajak Nabi untuk berhijrah ke Yathrib.

Hubungan Aqabah dan Hijrah
Bai'at Aqabah mempunyi hubungan yang rapat dengan Hijrah. Kedua-dua Bai'at tersebut
menandakan bahawa akan berlaku Hijrah Nabi dan umat Islam ke Madinah. Hal ini adalah
berdasarkan kepada fakta berikut:-
1. Kedatangan puak Aus dan Khazraj ke Mekah adalah untuk mendapatkan sokongan dari
Nabi dan orang Islam bagi menentang orang Yahudi di Madinah. Orang-orang Yahudi
walaupun golongan pendatang, tetapi mereka telah berjaya menguasai ekonomi di
Madinah sehingga penduduk asal di Madinah yang terdiri daripada orang Arab tertekan.
2. Penduduk Madinah sedar tentang perlunya mereka mempunyai seseorang pemimpin
seperti Nabi Muhammad. Nabi bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah mereka
dengan orang Yahudi, malah menyelesaikan masalah perebutan kuasa yang berlaku
antara orang Aus dan Khazraj.
3. Orang Madinah yakin dengan kebolehan Nabi dan keadilan agama Islam, dengan ini
mereka berharap pentadbiran kota Madinah yang mempunyai penduduk berbilang
bangsa dan kaum dapat ditadbir dengan sebaik-baiknya.
4. Usaha berterusan yang dilakukan oleh penduduk Madinah selama 3 tahun berturut-turut
merupakan satu usaha yang gigih bagi merangka strategi Hijrah. Ia bermula dari
kedatangan Suwaid Bin Samit diikuti oleh Iyas Bin Muazth dan seterusnya kedatangan 6
orang penduduk Madinah. Hasilnya, Bai'at Aqabah I telah diadakan pada tahun ke-12
selepas kerasulan Nabi diikuti pada tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II.
5. Selepas Bai'at Aqabah II diadakan, Nabi telah melantik 12 orang Naqib (ketua) yang
terdiri daripada 9 Khazraj dan 3 Aus bagi mengetuai gerakan dakwah di Madinah. Ia
juga menjadi bukti bahawa Hijrah akan berlaku.
6. Persetujuan yang telah dicapai antara Nabi dengan penduduk Madinah yang terdiri
daripada Aus dan Khazraj menandakan bahawa peristiwa penting ini akan berlaku.
Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk sama-sama mempertahankan Islam dan ancaman
musuh malah penduduk Madinah sanggup menjamin keselamatan orang Islam jika
mereka berhijrah ke Madinah.
7. Hijrah telah berlaku sebaik sahaja Bai'at Aqabah II diadakan. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa Bai'at inilah yang menyebabkan Nabi berhijrah ke Madinah. Setibanya Nabi di
Madinah, mereka disambut dengan gembiranya oleh penduduk Madinah.

Rumusan
Bai'at Aqabah berlaku di antara seorang pemimpin yang sedang mencari umat untuk
diserukan ajaran Islam dengan sekumpulan masyarakat yang mencari seorang pemimpin yang
dapat menyatupadukan mereka. Ia memainkan peranan besar dalam sejarah perkembangan
Islam. Ia membawakan sinar baru terhadap perkembangan Islam. Ada sejarahwan yang
menganggap peristiwa Ikrar Aqabah sebagai "penyelamat nyawa terancam". Ia merupakan
anak kunci peristiwa Hijrah yang bersejarah yang dapat mengubah perjalanan sejarah
perkembangan Islam.

PERISTIWA PENTING DI ANTARA 2 HIJRAH

Pengenalan
Dalam sejarah perkembangan awal Islam terdapat 2 peristiwa penting iaitu Hijrah ke
Habsyah dan Hijrah ke Madinah. Namun dalam 2 peristiwa ini, Nabi Muhammad hanya
melibatkan diri dalam hijrah ke Madinah. Kerana itu jugalah peristiwa Hijrah tersebut
digelarkan Hijratul-Rasul dan disambut oleh umat Islam pada setiap tahun sehingga kini.
Dalam perjanjian Hijrah ke Habsyah, hanya sebahagian daripada pengikut Nabi yang terlibat.
Hijrah ke Habsyah lebih bersifat sementara dan bertujuan mencari perlindungan. Kebanyakan
daripada mereka kembali ke Arab apabila mendengar berita pengislaman Saidina Umat al-
Khattab. Ada yang kembali semula selepas mendengar berita Hijrah ke Madinah.

Peristiwa Penting
Bantuan Perlindungan di Habsyah
Pada tahun ke-5 kerasulan, sebahagian daripada umat Islam telah berhijrah ke Habsyah untuk
mencari perlindungan di sana. Nabi Muhammad sendiri menyarankan agar berhijrah ke
Habsyah kerana ia dianggap sebagai Bumi Kebenaran dan penganiayaan tidak berlaku di
sana. Terdapat 2 rombongan umat Islam berhijrah ke sana. Rombongan ini telah mendapat
perlindungan di Habsyah walaupun Maharaja Najashy menganut agama Nasrani. Kejadian ini
telah memberikan perangsang dan menguatkan azam Nabi Muhammad untuk terus berjuang
menyebarkan Islam.

Pemulauan Islam (Moqato'ah)
Orang musyirikin telah melakukan pemulauan ke atas Nabi, orang Islam dan Bani Hasyim
sebagai salah satu cara untuk menyekat perkembangan Islam. Pada mulanya, pemulauan ini
hendak dilakukan selama 10 ahun tetapi setelah 3 tahun berlangsung, ia telah ditamatkan.
Pemulauan ini telah menyebabkan umat Islam menghadapi penderitaan yang teruk. Pada
tahun akhir pemulauan, 2 orang penyokong kuat Nabi iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib
meninggal dunia. Walaupun orang Islam menghadapi penderitaan tetapi peristiwa ini tetap
memberi kesan positif terhadap perkembangan Islam. Penderitaan yang dialami telah
melahirkan rasa simpati masyarakat umum terhadap Nabi sehingga ada antara mereka yang
mendesak orang musyirikin untuk menamatkan pemulauan itu. Peristiwa ini tidak
melemahkan semangat perjuangan orang Islam, malah orang-orang kaya di antara mereka
telah mengorbankan kekayaan mereka bagi membantu saudara lain. Hal ini menyebabkan
hubungan antara mereka bertambah rapat. Kegagalan orang musyirikin meneruskan
rancangan ini telah menjatuhkan imej mereka pada pandangan kabilah-kabilah lain.

Pengislaman Umar
Umar Bin al-Khattab adalah antara sahabat Nabi yang agak lewat menerima Islam. Ketika
orang Islam berhijrah ke Habsyah mereka menerima berita bahawa beliau telah memeluk
Islam. Sebelum menerima Islam, Umar ialah seorang penentang kuat Nabi tetapi selepas
menerima Islam, beliau menjadi sahabat Nabi yang kuat. Pengislaman beliau sangat besar
ertinya terhadap perkembangan Islam. Nabi sendiri pernah berdoa supaya Allah membuka
hati Umar untuk menerima Islam. Sebelum Islam, Umar mempunyai penyokong yang ramai.
Dengan islamnya Umar, kedudukan Islam menjadi kuat dan orang Islam berani melakukan
ibadat secara terbuka. Pengislaman Umar juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada
musyirikin Mekah kerana sebelum ini Umar bersungguh-sungguh menunjukkan
penentangannya terhadap Islam.

Pengislaman Hamzah
Hamzah ialah seorang pemuda gagah Quraisy. Beliau ialah bapa saudara Nabi. Beliau tidak
menyahut seruan Islam tetapi tidak terlibat dalam gerakan menentang Islam. Pengislamannya
mungkin berlaku secara spontan. Hal ini kerana pada suatu hari semasa beliau balik dari
berburu, beliau terlihat orang yang sedang menghina Nabi. Sebagai tokoh Bani Hasyim,
beliau memarahi orang itu dan menyatakan pengislamannya. Beliau merupakan panglima
Quraisy yang ulung dan disegani. Pengislamannya memantapkan lagi perjuangan Islam.

Peristiwa Israk dan Mikraj
Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Israk ialah perjalanan pada waktu malam dari Masjidil
Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil
Aqsa ke langit dan seterusnya hingga ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini, Nabi telah
diperlihatkan dengan pelbagai tanda kekuasaan Allah. Peristiwa ini menjadi ujian kepada
orang Islam. Bagi yang beriman, iman mereka semakin mantap tetapi bagi yang kurang
beriman, maka menjauhkan diri kerana menganggap Nabi mereka cerita. Peristiwa inilah
ibadat sembahyang mula diwajibkan. Peristiwa ini memberi keterangan kepada Nabi
walaupun orang musyirikin semakin kuat menentang.

Dakwah di Taif
Selepas tamatnya pemulauan, Nabi dengan ditemani oleh Zaid Bin Harithah telah pergi ke
Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif. Pemergian Nabi disebabkan beliau kecewa
dengan sikap penduduk Mekah di samping Abu Talib dan Khadijah. Di Taif, sekali lagi Nabi
dikecewakan. Mereka bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah yang disampaikan,
malah telah mengupah kanak-kanak melontar Nabi dengan batu sehingga Nabi cedera.
Ternyata dakwah di Taif gagal kerana Bani Thaqif mempunyai hubungan rapat dengan puak
Quraisy. Sungguhpun Nabi kecewa, tetapi semangat untuk terus berdakwah tetap kukuh. Dari
segi jangka panjang, dakwah ke Taif tidak gagal kerana sekurang-kurangnya Nabi telah
berjaya mengislamkan seorang penganut Kristian, iaitu Addas. Peristiwa ini telah membuka
jalan kepada pengislaman penduduk Taif pada 9 Hijrah. Kegagalan dakwah di Taif juga
dianggap sebagai Muqaddinah (permulaan) kepada peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini
menggembirakan Nabi dan menambahkan keyakinan untuk terus berdakwah.

Bai'at Aqabah
Apabila Nabi sedar penduduk Mekah tidak mahu menerima Islam, Nabi mengalihkan
perhatian kepada orang luar Mekah. Pada tahun ke-11 selepas kerasulan Nabi, 6 orang
penduduk Yathrib telah datang menemui Nabi dan menyatakan keislaman mereka. Pada
tahun berikutnya, 12 orang lagi datang dan mengadakan ikrar yang dikenali sebagai Bai'at
Aqabah I. Apabila mereka pulang ke Madinah, Nabi menghantar Mus'ab Bin Umair untuk
menjadi guru dan imam mereka. Pada musim Haji tahun berikutnya, seramai 73 orang lagi
mengadakan ikrar Aqabah II. Dengan adanya ikrar ini, bilangan penganut Islam telah
bertambah bilangannya. Secara tidak langsung, tenaga pendakwah bertambah. Penduduk
Yathrib berjanji akan menyebarkan Islam di sana. Ikrar ini dianggap sebagai Muqaddinah
kepada peristiwa Hijrah yang berlaku pada 622 Masihi.

Rumusan
Jangkamasa di antara Hijrah ke Habsyah dengan Hijrah ke Madinah mengandungi banyak
peristiwa penting yang memantapkan lagi perjuangan Nabi Muhammad. Setiap peristiwa
yang berlaku sama ada yang mendatangkan kesedihan atau kegembiraan kepada baginda
ternyata mempunyai signifikasinya yang tersendiri. Sebagai seorang pejuang yang
memandang jauh ke hadapan, baginda menggunakan setiap pengajaran daripada kegagalan
atau kegembiraan daripada setiap kejayaan untuk mengatur langkah yang lebih padu dan
teratur.

HIJRAH

Pengenalan
Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari
segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota
Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam hidup
Nabi dan juga perkembangan agama Islam. Penghijrahan ini dilakukan secara diam-diam
bagi mengelakkan diketahui oleh musyirikin Mekah. Mereka berpindah dalam kumpulan
yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar sebelum bertolak ke Madinah.
Mereka bersembunyi di Gua Thur untuk beberapa hari.

Faktor Berlakunya Hijrah
Bai'at Aqabah
Termeterainya Bai'at Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui Bai'at ini, Nabi
telah dapat menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik. Dalam Bai'at Aqabah
pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'at Aqabah kedua, bilangannya
telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi
sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang Islam.

Tekanan Musyirikin Mekah
Tekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah
ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri
telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan
mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka
dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas.

Kegagalan Dakwah di Taif
Kegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain,
iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk
menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Penduduk
Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan
yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah.

Kematian Abu Talib dan Khadijah
Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk
berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang
isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang
Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi
dari ancaman.

Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah
Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan
sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap
penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak kecil
berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.

Persediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi
Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana.
Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan
antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus dan
Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.

Kedudukan Madinah yang Strategik
Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat
sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi
kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat
dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.

Penduduk Madinah Hampir dengan Agama Samawi
Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi,
terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini
memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun,
penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding
penduduk Mekah.

Wahyu
Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam
berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30, Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi
tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini
menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.

Kepentingan Hijrah
Perubahan Pusat Gerakan Islam
Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan dengan
lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Penyebaran Islam mula dapat dijalankan
secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy. Ajaran-ajaran Islam diamalkan
dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja bahagian kota Mekah.

Penyebaran Islam Semakin Meluas
Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu meluas
sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah
menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir, Bani Bakar dan
sebagainya yang menyeru mereka kepada agama Allah. Di antara yang menerima utusan
tersebut ialah Heraclius (Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di
Mesir), Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi.

Perubahan Kedudukan Nabi
Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda
menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah,
baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama, pemimpin umat
dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di Mekah.

Pertambahan Umat Islam
Umat Islam semakin bertambah dan terdiri dari 2 golongan iaitu golongan Ansar dan
Muhajirin. Golongan Ansar ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya
ialah kaum Aus dan Khazraj. Golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikut
Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Muhajirin bermakna "penghijrah". Pertumbuhan
masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin
kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka.

Penubuhan Negara Islam
Kota Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya membentuk
Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi
kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama
di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang
tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat.

Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah
Sebelum Nabi Muhammad berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah tanpa
sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan. Manusia yang lemah
sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang teratur diperkenalkan.
Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang
ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup
bebas dari penindasan.

Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar
Konflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka
dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan.
Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang Bu'ath
pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta
benda.

Permulaan Kalendar Hijrah
Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem
kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada 634
M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun mengandungi 12 bulan atau 354
hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.

Perubahan Dasar Politik
Umat Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive iaitu menentang apa sahaja
penentangan Quraisy secara kekerasannya. Perubahan dasar ini dilakukan setelah turunnya
Suruh al-Hajj. Sebelum itu, mereka hanya bertahan dan bersabar.

Rumusan
Hijratul-Rasul adalah suatu peristiwa yang mempunyai signifikasi yang sangat besar dalam
sejarah perjuangan Islam. Ia jelas telah membawa banyak perubahan dalam corak
perkembangan Islam. Ia merupakan titik peralihan yang amat penting bagi Nabi Muhammad
sendiri dan perkambangan Islam di seluruh dunia. Penghijrahannya ini membawa kepada
kemenangan umat Islam dalam hampir setiap bidang seperti ekonomi, sosial dan politik.

UMMAH

Pengenalan
Sebelum terbentuknya ummah di Madinah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan
berpecah-belah. Hal ini disebabkan Madinah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan
agama. Secara keseluruhannya, penduduk Madinah terdiri daripada 2 bangsa utama iaitu
Arab dan Yahudi. Orang-orang Arab pula terdiri daripada 2 puak iaitu Aus dan Khazraj.
Kedua-dua puak ini sering bermusnahan antara satu sama lain terutamanya kerana perebutan
kuasa. Orang Yahudi pula terdiri daripada beberapa puak, yang paling terkenal ialah Bani
Nadhir, Quraizah dan Qainuqak. Hubungan di antara puak Yahudi dan Arab sentiasa di
dalam keadaan tegang sehinggalah Nabi berhjrah ke Madinah.

Definisi Ummah
Ummah menurut Sahifah Madinah adalah di dalam pengertian yang luas. Istilah tersebut
adalah merujuk kepada semua penduduk Madinah pada masa kedatangan Nabi ke Madinah.
Ia termasuklah orang-orang Islam yang berhijrah bersama Nabi atau lebih dikenali sebagai
orang-orang Muhajirin, penduduk Madinah yang telah membantu Nabi atau yang lebih
dikenali sebagai golongan Ansar serta orang-orang Yahudi yang telah menjadi sebahagian
daripada sebahagian daripada penduduk Madinah. Walaupun mereka terdiri daripada
pelbagai bangsa dan agama tetapi masih lagi dianggap sebagai satu ummah. Oleh itu, Sahifah
Madinah telah menyebutkan nama mereka satu persatu dan mereka masing-masing
mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara Islam Madinah.

Sejarah Pembentukan Ummah
Pembentukan ummah di Madinah bermula sebaik sahaja Nabi sampai ke Madinah iaitu pada
tahun 1 Hijrah bersamaan 622 M. Suasana di Madinah tidak aman menyebabkan Nabi
mengambil beberapa langkah untuk membentuk ummha. Nabi sedar negara Islam Madinah
mungkin dapat ditegakkan jika penduduk Madinah tidak bersatu terlebih dahulu. Sehubungan
dengan itu, Nabi telah bertindak mempersaudarakan golongan Aus dan Khazraj dan mereka
diberi nama baru iaitu golongan Ansar, golongan ini kemudiannya telah dipersaudarakan pula
dengan golongan Muhajirin dan seterusnya mengadakan perjanjian damai dengan golongan
Yahudi. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan ini, Sahifah Madinah telah digubal, Nabi juga
membina masjid sebagai tempat untuk menyatukan umat Islam. Dengan usaha-usaha yang
dilakukan ini maka terbentuklah satu ummah di Madinah.

Kaitan Ummah dengan Politik Islam di Madinah
1. Pembentukan ummah mempunyai kaitan yang rapat dengan politik Islam di Madinah.
Dengan terbentuknya ummah, Madinah telah muncul sebagai sebuah negara Islam yang
pertama. Ia kemudiannya menjadi sebuah kuasa yang besar dan disegani. Di bawah
konsep ummah, penduduk Madinah telah bekerjasama untuk membangunkan Madinah
sama ada dari segi politik, ekonomi ataupun sosial. Kejayaan Nabi menyatukan penduduk
Madinah di bawah konsep ummah telah membuktikan bahasa Islam adalah agama yang
lengkap dan ia tidak memisahkan di antara politik dan agama.
2. Pembentukan ummah Madinah juga telah menjamin keselamatan Madinah dari ancaman
luar dan dalam. Sebagai satu ummah semua penduduk Madinah perlu bekerjasama untuk
mempertahankan Madinah dan sebarang ancaman. Di samping itu, mereka juga tidak
boleh bermusuhan di antara satu sama lain. Nabi dengan jelas menyebutkan bahawa
sesiapa atau mana-mana golongan yang mengingkari perjanjian yang telah dibuat akan
dikenakan hukuman yang setimpal. Hal ini terbukti apabila orang-orang Yahudi telah
dihalau dari Madinah apabila mereka sering mempersendakan kemenangan tentara Islam.
Malah telah bekerjasama dengan pihak musuh iaitu orang-orang Quraisy.
3. Pembentukan ummah juga telah berjaya menyelesaikan krisis pemimpin yang wujud di
Madinah sebelum ini. Semua penduduk Madinah termasuklah orang-orang Yahudi
bersetuju untuk menerima Nabi sebagai pemimpin Madinah. Sifat-sifat kepimpinan yang
ada pada Nabi telah menyebabkan mereka berpuas hati dan bersetuju untuk bernaung di
bawah pemerintahan Islam. Sebelum ini, penduduk Madinah sering bertelagah bagi
menentukan kepimpinan di Madinah. Puak Aus dan Khazraj misalnya telah berperang
sejak sekian lama dan peperangan yang paling hebat ialah peperangan Buath. Orang-
orang Yahudi juga sering mengintai peluang untuk mengambilalih pentadbiran Madinah,
oleh itu, mereka sering melagak-lagakan di antara kedua-dua puak tersebut.
4. Pembentukan ummah juga berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah
membuka peluang kepada penyebaran agama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan
menyebarkan agama Islam. Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islam bertambah
dengan banyaknya. Dalam tempoh 10 tahun Nabi di Madinah, penganut Islam telah
meningkat lebih daripada 100,000 orang. Hal ini terbukti semasa Nabi mengerjakan
ibadat haji yang terakhir, seramai 100,000 orang telah mendengar khutbah baginda yang
terakhir. Bilangan ini sangat besar berbanding dengan bilangan yang berjaya diislamkan
dalam tempoh 13 tahun Nabi di Mekah.

Kesimpulan
Sesungguhnya pembentukan ummah di Madinah telah memberi kesan yang besar terhadap
usaha-usaha penyebaran Islam. Ia juga sekaligus menunjukkan bahawa Nabi Muhammad
adalah seorang pemimpin yang unggul. Oleh itu, tidaklah menghairankan jika baginda juga
digelar sebagai seorang negarawan.

PENYATUAN UMMAH

Pengenalan
Nabi Muhammad tiba di Madinah pada bulan September 622 M. Dengan penghijrahan ini,
pusat gerakan umat Islam telah bertukar dari kota Mekah ke kota Madinah. Nabi Muhammad
telah diterima sebagai pemimpin Madinah kerana Madinah pada waktu tersebut belum
mempunyai seorang pemimpin tunggal. Madinah adalah sebuah kota di Utara Mekah yang
diduduki oleh pelarian Yahudi dari Palestine dan bangsa Arab dari Yaman. Oleh sebab ia
lebih merupakan kota tumpuan pelbagai bangsa yang belum pernah dipimpin oleh mana-
mana pemerintah, maka Nabi Muhammad terpaksa menghadapi pelbagai masalah yang
timbul oleh pelbagai golongan.

Golongan yang Dihadapi
Golongan Muhajirin
Muhajirin ialah orang Islam yang berhijrah bersama-sama Nabi dari Mekah ke Madinah
berjumlah 150 orang. Mereka datang sehelai sepinggang meninggalkan kampung halaman
semata-mata kerana Allah. Sewaktu di Madinah, mereka diberi pertolongan oleh golongan
Ansar. Muhajirin kesemuanya adalah dari keturunan Quraisy tetapi dari pelbagai suku
termasuklah Bani Hasyim, Bani Taym, Bani Adi dan Bani Umayyah. Tokoh-tokoh Muhajirin
termasuklah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Muhajirin adalah golongan orang Islam
yang pertama memeluk Islam dan diletakkan sebagai orang yang paling mulia di sisi Allah
dan diberikan keutamaan untuk memimpin.

Golongan Ansar
Mereka adalah penduduk Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Mereka
adalah kumpulan pertama yang mendiami Madinah. Mereka berasal dari Arab Selatan
berpindah ke Madinah selepas pecahnya Empangan Maarib. Antara Aus dan Khazraj sering
berlaku pertelegahan. Dalam pertelegahan ini, suku Aus disokong oleh Yahudi. Daripada
golongan inilah, lahirnya golongan munafik. Mereka memeluk Islam Ba'at Aqabah. Jumlah
mereka lebih kurang 500 orang berdasarkan jumlah yang menyambut Nabi apabila Nabi
sampai ke Madinah. Mereka digelar Ansar kerana membantu menyebarkan Islam serta
memberikan pertolongan kepada Muhajirin. Mereka juga banyak berkorban sama ada harta
atau nyawa bagi menegakkan Syi'ar Islam. Mereka diletakkan setaraf dengan Muhajirin dan
disebutkan juga sebagai as-Sabiquna al-Awwalun.

Golongan Yahudi
Kaum Yahudi berasal dari Palestine. Mereka datang ke Madinah apabila Nabi Isa
menyebarkan agama Nasrani. Kerajaan Rom yang memerintah Palestine menganut agama
Nasrani. Hal ini menyebabkan golongan Yahudi lari ke Semenanjung Tanah Arab
termasuklah ke Khaibar, Wadi al-Qura dan Madinah. Jumlah suku Yahudi yang tinggal di
Madinah ialah sebanyak 20. Yang terkenal hanyalah 3 iaitu Quraizah, Nadhir dan Qainuqak.
Walaupun terdapat percampuran darah antara Yahudi dan Arab tetapi Yahudi tetap dengan
Yahudinya sama ada dari segi kepercayaan atau kebudayaan. Kaum Yahudi mempunyai
angkatan tentera yang kuat serta ekonomi yang kukuh.

Bani Qainuqak adalah Yahudi yang paling berpengaruh. Mereka juga dikatakan Yhudi yang
mula-mula sampai ke Madinah. Mereka tinggal di Barat Daya Madinah berhampiran Wadi
Buhtan. Mereka bekerja sebagai pedagang di samping petukang dan mempunyai pasukan
tentera yang ramai. Mereka pernah membekalkan sejumlah 700 tentera termasuk 200 tentera
berperisai bagi membantu kaum Khazraj menentang Aus dalam Perang Bua'th.

Bani Nadhir merupakan golongan kedua berpengaruh. Mereka tinggal di kawasan bukit yang
namanya al-Nadhir di Selatan Kota Madinah. Mereka berniaga dan bertani. Mereka memihak
kepada suku Aus dalam Perang Bua'th. Sokongan yang diberi kerana tujuan tertentu, iaitu
untuk memecahbelahkan orang Arab dan ini membolehkan mereka berkuasa di Madinah.

Bani Qainuzah pula dikenali sebagai Darih. Mereka tiba di Madinah agak lewat. Mereka
tinggal di Wadi Mahzur, Selatan kota Madinah. Pekerjaan mereka adalah bertani.
Kebanyakan mereka kaya, mempunyai bekalan makanan dan senjata yang banyak. Jumlah
tentera mereka dianggarkan 750 orang. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang
Bua'th sehingga menyebabkan suku Khazraj tertewas. Mereka sedar suku Khazraj adalah
kuat. Dengan kekalahan Khazraj, pentadbiran kota Madinah akan terlepas ke tangan Yahudi.
Yahudi Madinah mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi di luar Madinah.

Golongan Munafik
Munafik adalah orang yang perpura-pura masuk Islam tetapi pada hakikatnya mereka
memusuhi Islam. Sejarah kaum munafik bermula apabila Nabi sampai ke Madinah. Mereka
telah menimbulkan pelbagai masalah, misalnya dalam Perang Uhud, mereka telah menarik
diri sebelum berlakunya peperangan sehingga menyebabkan barisan tentera Islam kucar-kacir
dan seterusnya menyebabkan tentera Islam kalah. Pemimpin mereka yang terkenal ialah
Abdullah Bin Ubay dari suku Khazraj. Allah menyifatkan munafik sebagai orang yang
bercakap bohong seperti yang disebutkan dalam surah al-Imran ayat 167, surah al-Taubat
ayat 64-69, al-Ahzab ayat 1, 12, 24, 60 dan 73. Mereka menyokong Nabi kerana kepentingan
sendiri; jika didapati musuh lebih kuat, mereka akan menyokong musuh. Mereka mempunyai
hubungan yang baik dengan Yahudi. Secara umumnya, mereka tidak mempunyai pendirian
yang tetap. Oleh itu, mereka tertewas dalam perjuangan mereka.

Usaha yang Dijalankan dalam Penyatuan Ummah
Membina Masjid
Sebaik sahaja Nabi tiba di Madinah, Nabi telah berusaha membina masjid yang akan
dijadikan sebagai tempat ibadat. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang
Islam bertemu serta berbincang / bermesyuarat bagi menyelesaikan sebarang masalah. Pada
peringkat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat berniaga. Masjid pertama yang dibina
di Madinah ialah Masjid Nabi / Nabawi. Ia dibina atas tanah milik 2 orang yatim, Sahl dan
Suhail. Ia dibeli hanya dengan 10 dinar.

Menyatukan Aus dan Khazraj
Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah. Sebelum kedatangan Nabi, mereka
sentiasa bermusuhan antara satu sama lain sehingga mengorbankan banyak nyawa.
Peperangan Bua'th merupakan perang yang berlarutan di antara kedua-dua puak tersebut. Ia
berpunca dari masalah kepimpinan kerana kedua-duanya ingin menerajui pentadbiran kota
Madinah. Nabi sedar jika masalah ini tidak diselesaikan, keadaan ini tidak akan aman. Oleh
itu, Nabi berusaha menyatukan kedua-dua pihak tersebut dan menamakan mereka sebagai
orang Ansar. Nabi menanamkan sifat-sifat Iman kepada mereka sehingga mereka sanggup
melupakan permusuhan yang berlaku antara mereka.

Mewujudkan Persaudaraan Islam
Setelah Nabi berjaya menyatukan Aus dan Khazraj, Nabi berusaha pula mempersaudarakan
orang Ansar dan Muhajirin. Tujuan Nabi adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut
ekonomi dan juga kepentingan umum, termasuklah sosial dan politik Islam di Madinah.
Sekiranya masalah ekonomi tidak diselesaikan terlebih dahulu adalah sukar bagi Nabi
membangunkan sebuah negara yang benar-benar kukuh. Contohnya, Nabi telah
mempersaudarakan Hamzah Bin Abdul Muttalib dengan 'Ithban Bin Malik, Abdul Rahman
Bin Auf dengan Said Bin Rabi' dan lain-lain. Dengan adanya ikatan ini, golongan Ansar
tanpa ragu-ragu sanggup memberikan harta benda mereka untuk dijadikan modal sehingga
akhirnya ekonomi orang Muhajirin berjaya dipulihkan.

Menggubal Perlembagaan
Sebuah perlembagaan untuk negara Islam Madinah telah diwujudkan oleh Nabi demi untuk
menjamin perpaduan di kalangan penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti / ummah. Ia
diwujudkan hasil dari persetujuan bersama antara orang Islam dan juga orang Islam dan
Yahudi. Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan penekanan oleh
Nabi seperti tanggungjawab bersama untuk mempertahankan Madinah, Kebebasan beragama,
al-Quran sebagai asas peraturan perlembagaan dan kedudukan Nabi sebagai ketua negara.
Pada dasarnya kesemua penduduk Madinah menerima perlembagaan ini secara terbuka.

Memperkenalkan Dasar-dasar Ekonomi
Nabi menggalakkan orang-orang Islam supaya bekerja keras terutamanya dalam bidang
pertanian dan perniagaan. Nabi menggalakkan orang Islam menebus semula tanah mereka
yang tergadai di tangan orang Yahudi. Mereka juga diminta berusaha mengatasi masalah
monopoli perdagangan yang dilakukan oleh peniaga Quraisy antara Yaman, Mekah dan
Syam. Setalah semua langkah yang perlu dilaksanakan, maka kedudukan ekonomi orang
Islam telah dipulihkan sehingga membimbangkan orang Yahudi dan Quraisy Mekah sendiri.

Melaksanakan Syura
Sistem Syura atau mesyuarat telah dilaksanakan oleh Nabi di semua peringkat. Ia bertujuan
untuk menjamin keadilan dan mengelakkan kezaliman. Sebarang masalah yang timbul sama
ada dalam bidang ekonomi, politik dan sosial akan dibincang dan diselesaikan bersama.
Setiap anggota masyarkat diberi peluang untuk memberi / mengemukakan pendapat selagi ia
tidak bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh al-Quran.

Membangunkan Masyarakat Islam yang Bermoral
Pembentukan masyarakat Islam yang bermoral adalah penting kerana ia akan memberi
contoh kepada masyarakat lain. Nabi berusaha membangunkan mereka dari segi fizikal dan
spiritual. Dengan panduan wahyu, Nabi telah memperluaskan lagi kehidupan beragama di
Madinah dengan menekankan kepada konsep beribadat, bermuamalat, bermunakahat,
jenayah dan kenegaraan. Hasilnya Nabi berjaya melahirkan ramai tokoh yang mempunyai
ciri-ciri keperibadian yang tinggi.

Menubuhkan Pasukan Tentera
Pasukan tentera adalah penting bagi sesebuah negara. Bagi Islam, ia adalah untuk
mempertahankan kesucian serta kedaulatan agama dan negara. Nabi telah berjaya
menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan mempunyai semangat jihad yang tinggi. Tentera
Islam telah memperoleh beberapa kejayaan termasuklah dalam Perang Badar, Khandak,
Mu'tah dan sebagainya.

Dakwah dan Diplomatik
Usaha-usaha dakwah juga dipergiatkan. Ia tidak lagi tertumpu di Madinah. Beberapa utusan
telah dihantar untuk menjalin hubungan diplomatik di samping berdakwah. Antaranya
termasuklah menghantar utusan ke Habsyah, Yamamah, Mesir dan lain-lain. Ada di antara
utusan tersebut diterima baik dan ada juga yang ditolak.

Rumusan
Nabi Muhammad terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah setelah baginda berhijrah ke
Madinah, sama ada masalah yang dihadapi oleh umat Islam sendiri mahupun masalah yang
ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Baginda telah membuktikan ketokohannya sebagai
seorang negarawan ulung yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Tanah Arab. Bangsa-
bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan
perkauman telah berjaya ditegakkan.

PERLEMBAGAAN MADINAH

Pengenalan
Perlembagaan Madinah juga dikenali sebagai Sahifah Madinah. Ia adalah perjanjian politik
yang dibuat di antara Nabi dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa
termasuklah orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi. Ia dirangka oleh Nabi dengan petunjuk
wahyu. Ia mengandungi 10 bab yang terdiri daripada 47 fasal. 23 daripada fasal tersebut
adalah mengenai orang-orang Islam dan 24 lagi mengenai orang-orang Yahudi.
Perlembagaan Madinah dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.

Sebab-sebab Penggubalan
Penduduk Madinah merupakan satu kelompok masyarakat majmuk dengan nilai-nilai yang
tersendiri. Di antara mereka sering berlaku pertelingkahan, khususnya antara Aus dan
Khazraj, antara Arab dan Yahudi serta antara Yahudi dan Yahudi.

Nabi sedar kehormatan dan keamanan tidak akan terjamin jika tiada persefahaman dan
kesetiaan dari setiap golongan yang mendudki Madinah.

Nabi juga sedar bahawa orang-orang Yahudi akan melakukan penghinaan terhadap orang-
orang Islam dan pada masa yang sama, orang Musyirikin Mekah pula berusaha untuk
memusnahkan orang Islam. Dengan adanya perlembagaan ini, mudah bagi Nabi untuk
bertindak sekiranya berlaku pengkhianatan oleh orang Yahudi.

Permusuhan antara Aus dan Khazraj merupakan masalah besar sekiranya ia tidak
diselesaikan terlebih dahulu. Maka, cita-cita Nabi untuk menubuhkan sebuah negara Islam
yang kukuh tidak akan tercapai. Melalui perlembagaan ini, kedua-dua puak tersebut telah
berjaya disatukan oleh Nabi dan mereka kemudiannya digelar orang Ansar.

Kandungan Perlembagaan
 Wahyu adalah undang-undang tertinggi bagi negara Islam Madinah.
 Nabi Muhammad diakui sebagai ketua negara yang mesti dipatuhi dan dihormati.
 Tidak boleh bermusuhan di antara sesama Islam dan tidak boleh membantu orang bukan
Islam membunuh orang Islam. Orang-orang Islam mestilah menganggap orang Islam
yang lain sebagai saudara meraka.
 Kebebasan beragama diberi kepada orang bukan Islam. Orang Yahudi boleh
meneruskan amalan agama dan adat resam mereka. Mereka akan menerima layanan
yang saksama tetapi mereka bertanggungjawab ke atas keselamatan Madinah.
 Keadilan adalah diberi kepada semua pihak. Dalam sesetengah kes, ketua suku diberi
hak untuk menyelesaikan masalah suku mereka. Tetapi beberapa kes jenayah perlu
dirujuk kepada Nabi.
 Semua penduduk Madinah tanpa mengira agama dan bangsa adalah bertanggungjawab
mempertahankan Madinah walaupun ia diancam oleh kaum sendiri.

Kepentingan Perlambagaan Madinah
Perlembagaan ini menjadi bukti bahawa Islam adalah agama dan politik. Dengan adanya
perlembagaan ini dan tertubuhnya negara Islam Madinah, maka lengkaplah Islam sebagai al-
Din. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Nabi bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul, tetapi
seorang pemimpin yang unggul. Negara Islam yang ditegakkan oleh Nabi merupakan negara
contoh dan usaha ini kemudiannya diperkukuhkan oleh sahabat Nabi sehingga Madinah
muncul sebagai kuasa terulung di dunia.

Perlembagaan ini telah berjaya menyatukan Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dan kam. Ia telah mengatr hubungan antara mereka supaya mereka hidup dalam keadaan
hormat-menghormati dan bertanggungjawab. Oleh itu, mereka dapat hidup dalam suasana
aman dan semua gejala buruk dapat dihapuskan.

Melalui perlembagaan ini, setiap pengkhianatan akan menerima hukuman yang setimpal
tanpa mengira kaum. Dengan hal ini, Nabi adalah orang yang berhak menjatuhkan hukuman
bagi setiap kesalahan. Beliau adalah hakim yang baik dan adil. Dengan keadilan ini, semua
pihak akan berpuas hati dan keadaan aman di Madinah dapat dikekalkan.

Perlembagaan ini juga menyelesaikan krisis kepimpinan yang wujud di Madinah sejak sekian
lama. Melalui perlembagaan ini, Nabi telah diterima sebagai pemimpin bagi negara Islam.
Kesemua masyarakat Madinah termasuk Yahudi yang terdiri daripada pelbagai puak suku
bersetuju dengan perlantikan tersebut.

Perlembagaan Madinah juga menjamin keselamatan Masinah. Ia dengan jelas menyebutkan
bahawa semua penduduk Madinah bertanggungjawab untuk mempertahankan keamanan dan
melindungi Madinah dari serangan musuh. Secara tidak langsung, ia akan melahirkan
semangat bersatu-padu, tolong-menolong serta sayangkan Madinah.

Dengan adanya perlambagaan ini, aktiviti penyebaran Islam dapat dijalankan dengan
berkesan. Suasana aman dan harmoni di Madinah membolehkan Nabi dan sahabat menumpu
dalam usaha-usaha dakwah. Peluang ini digunakan untuk menghantar utusan ke luar,
termasuklah menemui pemerintah Rom dan Parsi.

Perlembagaan ini tidak menetapkan konsep persamaan antara semua orang sama ada orang
perseorangan atau berkumpulan. Tidak ada perbezaan antara pemerintah dengan yang
diperintah. Dengan ini, penindasan dapat dielakkan.

Kebebasan dan hak asasi individu adalah terjamin. Hal ini bermakna tidak ada sesiapa yang
boleh dihina atau ditindas. Keadaan ini akan mewujudkan suasana yang aman dan harmoni di
Madinah.

KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD

Pengenalan
Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan kepadanya wahyu Allah untuk
amalan dirinya sahaja. Seorang Rasul pula ialah seorang lelaki yang terpilih yang
disampaikan wahyu Allah kepadanya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan
kepada orang lain.

Seorang negarawan atau pimpinan pulah dapat diertikan sebagai seorang ketua, ahli politik
dan pentadbir yang cekap, yang berjaya membuat polisi pemerintahan dan pentadbiran yang
baik, dan dapat pula membuat kejayaan yang banyak kepada negaranya di samping
memberikan kemakmuran dan kesenangan kepada rakyatnya.

Benarkah Nabi Muhammad Bin Abdullah itu adalah seorang Nabi, Rasul dan negarawan
yang agung. Terdapat banyak bukti yang dikutip daripada catatan ahli sejarah yang
menunjukkan bahawa memang benar Muhammad Bin Abdullah itu ialah seorang Nabi, Rasul
dan negarawan Tanah Arab yang ulung.

Sebagai Nabi dan Rasul
 Sebagai Nabi dan Rasul, baginda berakhlak mengikut ajaran dalam al-Quran.
 Sebagai seorang pendakwah, Nabi menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut,
toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutamanya
tentang aspek akidah.
 Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba
menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan pelbagai mukjizat
oleh Allah.
 Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat. Antaranya ibadat, nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan
dan sebagainya.
 Bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad: -

Pengalaman Kanabian
Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mengalami proses
pengalaman kenabian dan kerasulan seperti yang juga pernah dialami oleh nabi-nabi
sebelumnya. Misalnya, pengakuan yang diberikan oleh Waraqah bin Naufal bahawa apa yang
dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah petanda-petanda bahawa baginda bakal menjadi
seorang Nabi. Pengakuan ini diberikan setelah isteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saidatina
Khadijah menceritakan kepada Waraqah bin Naufal tentang pengalaman baginda bertemu
Malaikat di dalam Gua Hirak.

Kedatangan Nabi adalah Dinanti-nantikan
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sendiri memang telah dinati-nantikan oleh sebahagian
daripada masyarakat Arab. Misalnya ketika Abdul Mutalib mengunjungi Yaman untuk
menyatakan tahniah kepada Saif Zu Yazin yang berjaya menguasai semuala Yaman daripada
orang-orang Habsyah. Saif Zu Yazin telah memberitahu kepada Abdul Mutalib tentang bakal
kelahiran seorang bayi dari Mekah yang mempunyai "tanda tertentu" pada badannya yang
akan menjadi pemimpin manusia sehingga ke Hari Kiamat.

Keterangan dari Kitab-kitab Terdahulu
Kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Musa a.s (Taurat) dan Isa a.s (Injil) dengan
jelas ada menyatakan tentang bakal kelahiran seorang Nabi dari arah Mekah dan dari
keturunan keluarga atau saudara-mara Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s itu sendiri, walaupun
bukan dari keturunan Yahudi atau Nasrani. Malah kaum Yahudi di Yastrib (Madinah) sering
pula menakut-nakutkan masyarakat Arab kota itu tentang kelahiran "Nabi" tersebut yang
diceritakan dalam kitab mereka (Taurat). Mereka mendakwa "Nabi" tersebut akan menganut
agama Yahudi dan mengalahkan orang-orang Arab.

Keterangan dari al-Quran
Ayat-ayat dari kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan
tegas menjelaskan bahawa Muhammad bin Abdullah itu ada menerima wahyu dari Allah
melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s dan seterusnya baginda diarahkan agar
menyampaikannya kepada umat manusia yang lain.

Mukjizat-mukjizat Nabi
Seperti juga nabi-nabi terdahulu, Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai berbagai mukjizat.
Di antaranya ialah baginda sering menerima berita-berita ghaib atau ramalan-ramalan masa
depan dengan tepat. Misalnya setelah tiga tahun umat Islam dipulaukan oleh kaum Quraisy,
Nabi Muhammad s.a.w menyatakan kepada Abu Talin bahawa piagam pemulauan tersebut
yang disimpan di dalam Kaabah telah hancur dimakan oleh anai-anai. Apabila disiasat oleh
kaum Quraisy didapati bahawa apa yang dinyatakan oleh baginda itu benar-benar berlaku.

Bukti Sejarah Tugas-tugas Nabi
Sumber-sumber sejarah lain termasuk yang dikaji oleh para orientalis ada menunjukkan
bahawa baginda ada menerima wahyu dari Allah dan menyampaikannya kepada manusia
yang lain. Kajian-kajian sejarah tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa baginda telah
menjalankan tugasnya sebagai seorang Nabi dan Rasul yang cuba memimpin umatnya ke
jalan yang benar.

Sebagai Pemimpin Masyarakat
Setelah sampai di Madinah, baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi di antara Suku
Aus dan Suku Khazraj. Kedua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar. Setelah itu,
golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang-orang Quraisy
yang datang dari Mekah. Dengan kejayaan ini, baginda merupakan tokoh yang pertama yang
menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu
dan kukuh.

Sebagai Pemimpin Politik
Keunggulan Nabi dari segi politik dapat dikesan dalam: -

Menyelesaikan Masalah Perpindahan Hajar al-Aswad ke Tempat Asal
Baginda jga mempamerkan ciri-ciri kepimpinannya dengan berjaya menyelesaikan masalah
yang timbul di kalangan pemimpin bani-bani dalam kabilah Quraisy yang merebutkan hak
untuk meletakkan hajarul-aswad di tempatnya yang asal di penjuru dinding Kaabah.

Peristiwa tersebut berlaku setelah kota Mekah dilanda banjir dan sebahagian daripada
bangunan Kaabah telah runtuh. Semasa hendak meletakkan semula batu hajarul-aswad di
sudut dinding Kaabah, bani-bani di Mekah bertelagah sesama sendiri. Hal ini kerana batu
tersebut dianggap sangat suci dan mulia dan hanya tangan yang mulia dari bani atau suku
yang mulia sahaja yang layak meletakkan semula batu tersebut ke tempat asalnya.

Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai hakim untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Baginda telah meletakkan batu tersebut di atas sehelai kain. Setelah itu
setiap wakil bani memegang bahagian hujung kain tersebut dan beramai-ramai
mengangkatnya. Nabi Muhammad s.a.w sendiri meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya
di sudut Kaabah. Cara itu menyebabkan seluruh pihak yang bertelagah itu merasa puas hati.

Membentuk Piagam Madinah
Pada tahun 1 Hijrah baginda berjaya menggubal sebuah perlembagaan yang dinamakan
Perlembagaan Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.

Hal ini seterusnya berjaya mewujudkan sebuah negara Islam yang pertama di dunia yang
menampung rakyat berbilang kaum dan agama. Sesungguhnya perlembagaan ini lebih
bersifat satu alat untuk menyelesaikan masalah masyarakat majmuk yang ingin hidup aman
damai dalam sebuah negara yang sama.

Mengadakan Perjanjian Hudaibiah
Perjanjian Hudaibiah yang diadakan di antara umat Islam Madinah dengan kaum Quraisy
Mekah merupakan satu lagi bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda. Tiada siapa
dapat menyangka (termasuk Saidina Umar sendiri) bahawa perjanjian yang dianggap
kontroversi itu telah memberikan penangan maut kepada kaum Quraisy dalam semua bidang.

Sebagai buktinya, selepas Perjanjian Hudaibiah, tiga pahlawan unggul Quraisy iaitu Khalid
al-Walid, Amru Bin al-As dan Osman Bin Talba memeluk Islam, umat Islam bertambah
sebanyak lebih lima kali ganda dalam masa dua tahun sahaja, serta tewasnya Mekah tanpa
pertumpahan darah dua tahun kemudian. Jelas bahawa baginda membuktikan
kebijaksanaannya dalam selok-belok percaturan politik Tanah Arab.

Mengadakan Hubungan Diplomatik
Walaupun Nabi Muhammad s.a.w buta huruf, namun baginda membuktikan kualitinya
sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan. Baginda mengadakan hubungan diplomatik dan
menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di dalam dan di luar Tanah Arab seperti
Habsyah, Farsi, Byzantine, Ghassan, Hirah dan sebagainya.

Sebagai Perancang Ekonomi
 Nabi Muhammad telah memperkenalkan ekonomi baru bagi menggantikan dasar
ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja teras dan bergiat
dalam bidang perniagaan dan pertanian.
 Baginda telah membangunkan ekonomi orang Islam: tanah tergadai kepada kaum
Yahudi ditebus balik dan dikerjakan; tanah terbiar diusahakan semula.

Sebagai Pemimpin Ketenteraan
 Asas kepimpinan baginda ialah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia.
 Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar tertentu semasa perang seperti: (a) tidak
memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak serta wanita; (b) tidak
memusnahkan harta benda.
 Baginda turut mengamalkan sifat amanah - melaksanakan amanah Allah dan juga
amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tenter untuk mencapai kegemilangan.
 Baginda bersifat adil - harta rampasan dibahagi sama rata kepada tentera yang
menyertai peperangan dan tidak menceroboh pihak lawan seperti mengejar musuh yang
sudah lari dari medan peperangan.
 Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi.
 Dengan ilmu dan pengalaman yang luas, baginda berjaya merangka takrif peperangan
yang berkesan yang membawa kejayaan kepada tentera Islam.

MASALAH YANG DIHADAPI SELEPAS KEWAFATAN NABI MUHAMMAD

Pengenalan
Nabi Muhammad wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11 Hijrah di Madinah. Baginda tidak
pernah mengatakan secara lisan siapakah yang baginda pilih sebagai pemimpin umat Islam
yang seterusnya. Namun perundingan yang dijalankan di kalangan masyarakat Islam di
Madinah telah memutuskan untuk melantik Abu Bakar al-Siddiq sebagai Khalifah yang
pertama.

Masalah yang Dihadapi
Terdapat Perselisihan Pendapat Mengenai Kewafatan Nabi
Terdapat perselisihan tentang berita kewafatan Nabi Muhammad. Terdapat sebahagian
daripada umat Islam termasuk Saidina Umar sendiri yang tidak dapat menerima berita
tersebut. Umat Islam berada dalam keadaan yang penuh kekeliruan dan emosi. Penyelesaian
dilakukan oleh Saidina Abu Bakar apabila beliau membacakan ayat al-Quran yang antara lain
bermakna bahawa Nabi Muhammad hanya seorang pesuruh Allah seperti rasul yang
terdahulu yang pernah hidup dan kemudiannya akan mati. Namun, Islam tepat kekal dan
tidak akan mati.

Perselisihan Tentang Tempat Pengebumian Nabi
Umat Islam kemudiannya berselisih pendapat tentang tempat untuk mengebumikan jenazah
baginda. Sebahagian pihak mahukan agar baginda dimakamkan di Mekah manakala pihak
lain mahu baginda dimakamkan di Madinah. Ada juga yang mahukan Nabi dimakamkan di
Baitul Muqaddis. Perselisihan tersebut diselesaikan oleh Abu Bakar apabila dibacakan
kepada mereka sepotong hadith di mana Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud
"para nabi dikebumikan di mana mereka meninggal dunia". Oleh itu, Nabi Muhammad
dikebumikan di Madinah.

Menyelesaikan Masalah Perlantikan Khalifah
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, sebahagian besar golongan Ansar telah berkumpul di
sebuah dewan bernama Saqifah untuk melantikan Saad Bin Ubadah sebagai pengganti Nabi.
Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah al-Jarrah telah mendengar berita tersebut lalu menuju ke
Saqifah Bani Saidah.

Masalah pemilihan pengganti Nabi menjadi kusut apabila golongan Ansar bersungguh-
sungguh mahukan jawatan tersebut dengan alasan mereka adalah pembela Allah dan Islam.
Perjuangan mereka terhadap Nabi dan agama Islam adalah tidak ternilai dan golongan
Muhajirin adalah sebilangan kecil dari mereka dan mereka berada di Madinah dalam keadaan
merantau atau menumpang.

Abu Bakar telah memberikan hujah dan alasan yang sebaik-baiknya mengapa pemilihan
bakal pengganti Nabi mestilah dari golongan Muhajirin. Beliau juga membacakan hadis Nabi
yang bermaksud "Para imam adalah daripada golongan Quraisy".

Hujahnya ini dapat menyebarkan golongan Ansar tentang kepentingan memilih golongan
Muhajirin sebagai pengganti Nabi Muhammad. Akhirnya, Abu Bakar dipilih sebagai
pemimpin umat Islam. Melalui cara ini, krisis perlantikan Khalifah yang amat kritikal itu
dapat diatasi dan diselesaikan dngan cara sebaik-baiknya. Ia berjaya menghindari umat Islam
dari kemungkinan bahaya perpecahan politik yang amat membimbangkan.

Meneruskan Gerakan Ketenteraan Usamah Bin Zaid
Sebelum Nabi Muhammad wafat, baginda telah membentuk sebuah angkatan tentera yang
diketuai oleh Usamah Bin Zaid Bin Harithah untuk menentang penduduk Daerah Ghassan
yang telah membunuh beberapa orang utusan Nabi.

Apabila Abu Bakar menjadi Khalifah beliau menghadapi masalah yang kritikal sama ada
untuk meneruskan atau membatalkan sahaja gerakan ketenteraan tersebut. Ada yang
berpendapat ia perlu dibatalkan kerana Mekah dan Madinah sendiri menghadapi ancaman
dan pemberontakan dari kaum Absy dan Zubyan. Tambahan pula, Usamah Bin Zaid masih
dalam usia belasan tahun. Namun, Khalifah Abu Bakar menunjukkan ketegasannya dengan
meneruskan gerakan tersebut.

Tentera Usamah mencapai kejayaan gemilang dalam tempoh 40 hari. Kemenangan ke atas
wilayah kekuasaan Rom ini memberikan kesan politik yang penting terhadap negara Islam. Ia
menyedarkan kaum-kaum yang ingin menyerang Madinah bahawa masyarakat Islam bukan
mudah diugut atau digugat. Kemenangan ini juga mengukuhkan kedudukan politik dan
keselamatan umat Islam kerana tentera Usamah Bin Zaid ditugaskan untuk menjaga
keselamatan Madinah.

Menentang Gerakan al-Riddah
Al-Riddah ialah gerakan anti kerajaan Islam atau gerakan mengingkari ajaran-ajaran Islam. Ia
terdiri dari gerakan 3 golongan iaitu golongan-golongan nabi palsu, golongan yang murtad
dan golongan yang enggan membayar zakat. Kesemua golongan ini merupakan anasir yang
membahayakan kerana boleh menghancurkan keutuhan Islam jika tidak dihadapi dan
ditentang bersungguh-sungguh.

Langkah awal Khalifah Abu Bakar ialah menghantar utusan-utusannya kepada ketua
golongan tersebut dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Hanya segelintir dari
mereka menyahut seruan Khalifah Abu Bakar seperti Bani Abdul Qais di Bahrain. Namun
kebanyakannya masih degil.

Oleh itu, Khalifah Abu Bakar telah membentuk sebanyak 11 pasukan tentera yang diketuai
oleh panglima-panglima Islam yang terkenal dan dihantarkan ke seluruh Tanah Arab untuk
memerangi gerakan al-Riddah.

Akhirnya, semua gerakan al-Riddah dapat dilenyapkan dan Islam kembali menjadi agama
yang suci dan tunggal di Tanah Arab. Golongan penentang Islam berjaya ditundukkan supaya
mematuhi ajaran-ajaran Islam.

Rumusan
Pelbagai masalah sosial, politik dan kepimpinan telah dihadapi oleh umat Islam sebaik sahaja
wafatnya Nabi Muhammad. Namun, umat Islam menunjukkan ciri-ciri perpaduan dan
persefahaman dengan menyelesaikan setiap masalah secara kolektif dan perbincangan
sehingga akhirnya semua masalah dapat diatasi demi untuk kebaikan ummah dan negara
Islam itu sendiri.

GERAKAN AL-RIDDAH

Pengenalan
Gerakan al-Riddah ialah gerakan ahli kerajaan Islam atau gerakan mengingkari Islam.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, perjalanan sejarah Semenanjung Arab seolah-olah
kembali surut ke belakang. Masyarakat Islam menghadapi krisis yang hebat yang hampir-
hampir mengalami kehancuran. Terdapat golongan yang mengaku menjadi Nabi, keluar terus
daripada Islam (murtad) dan tidak mahu membayar zakat yang merupakan satu daripada
rukun asas Islam. Gejala ini muncul di Mekah, Madinah dan Taif. Menurut Profesor Philip K.
Hitti, hanya 1/2 daripada penduduk Tanah Arab yang benar-benar beriman dengan agama
Islam dan mengakui kekuasaan Nabi Muhammad.

Golongan al-Riddah
Nabi Palsu
a. Tulaihah al-Khuwailid daripada Bani Asad di Najed atau Tengah Arab. Di antara
ajarannya ialah menghapuskan amalan sujud dalam sembahyang. Beliau juga
menghapuskan amalan zakat. Beliau pernah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar
untuk menuntut supaya diakui kenabiannya tetapi gagal.
b. Al-Aswad al-Ansi dari Yaman yang gemar memakai purdah. Nama sebenarnya ialah
Ailat Bin Ka'ab Bin Auff al-Ansi. Ajarannya ialah membebaskan setiap pengikutnya
dari amalan sembahyang dan zakat dan menghalalkan perzinaan.
c. Sajjah Binti al-Harith Bin Suwaid Bin Aqfan daripada Bani Tamim di Yamamah.
d. Musailamah al-Khazzab dari Bani Hanifah di Yamamah. Beliau telah bergabung dengan
Sajjah al-Harith.

Golongan Murtad
Golongan yang terus keluar dari Islam banyak terdapat di Bahrain seperti Bani Bakar dan
Bani Abdul Qais, di Oman dipeloroti oleh Laqit Bin MAlik Azadi, di Mahrah terdapat dua
golongan iaitu yang menyokong syakrit dan yang mengyokong al-Musabbah, di Yaman
Selatan oleh Bani Kindah dan sebagainya.

Enggan Membayar Zakat
Golongan ini timbul di Yaman, Yamamah dan Oman. Ia dipelopori oleh Malek Bin
Nuwairah. Beliau menyatakan sokongannya terhadap Sajjah Harith.

Sebab Berlakunya Gerakan al-Riddah
1. Islam hanya mula tersebar luas selepas peristiwa Sulhul Hudaibiyah (6 H) dan
penaklukan Kota Mekah (8 H). Selepas Nabi Muhammad wafat, kefahaman agama
Islam belumlah begitu meresap dengan mendalam di kalangan orang Arab yang jauh
dari Hijaz. Keadaan kefahaman tersebut semakin cetek di kalangan kabilah Badwi yang
tinggal di pedalaman dan hidup dalam keadaan berpindah-randah.
2. Ramai juga di antara mereka yang memeluk Islam tanpa keimanan yang kukuh. Mereka
mengaku memeluk Islam tetapi tidak mempelajari segala tuntutan dan larangannya.
Kebanyakan mereka memeluk Islam kerana ingin menghindari dan mendapat hak
istimewa daripada tentera dan pemerintahan Islam. Mereka juga memeluk agama Islam
kerana inginkan harta rampasan perang, sanjungan dan kedudukan apabila mencapai
kejayaan bersama-sama tentera Islam.
3. Golongan yang lemah imannya itu sentiasa memperlihatkan ketidakpuasan mereka
terhadap peraturan-peraturan Islam. Mereka menganggap Islam satu agama yang
mengongkong mereka dari keseronokan kehidupan jahiliah yang menjadi amalan
mereka sebelum ini. Kewafatan Nabi Muhammad merupakan peluang yang paling baik
bagi mereka untuk keluar dari Islam.
4. Penentangan ini juga timbul kerana mereka masih kekal dengan sifat kesukuan dan
berkabilahan yang tebal. Semangat assabiyah terhadap suku masing-masing belum
terkikis. Terdapat golongan yang mahu mempunyai Nabi dari kaumnya sendiri dan tidak
mahu mengikut Nabi dari golongan Quraisy. Hal inilah kesan daripada sifat assabiyah
membutatuli mereka.
5. Gerakan golongan Nasrani dan Yahudi yang memainkan peranan yang penting dalam
menimbulkan gerakan al-Riddah. Mereka sentiasa menjalankan propaganda dan dakyah
untuk menyesat dan menyelewengkan umat Islam dari landasan yang sebenarnya.
6. Golongan Nabi palsu pula muncul kerana mengkagumi kejayaan yang dicapai oleh Nabi
Muhammad. Di antaranya yang dikagumi ialah menguasai masyarakat Arab,
mempunyai pengikut yang ramai dan sanggup berjuang bermati-matian untuknya dan
sebagainya. Mereka juga mengkagumi kejayaan Nabi Muhammad yang telah
menyatupadukan penduduk Arab di bawah satu kesatuan ummah Islamiyah. Oleh hal
yang demikian, mereka inginkan kedudukan seperti yang dicapai oleh Nabi Muhammad.
Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka mengakui diri mereka sebagai "Nabi" dan
mengumpulkan pengikutnya.

Langkah untuk Mengatasi Gerakan al-Riddah
Menghantar Utusan
Khalifah Abu Bakar telah menghantar utusan kepada kabilah-kabilah berkenaan untuk
menyeru mereka supaya kembali ke pangkuan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, hanya
Bani Abdul Qais di Bahrain sahaja yang berjaya dipujuk.

Memerangi Mereka
Bagi golongan yang degil, Khalifah Abu Bakar telah memerangi mereka. Sebanyak 11 buah
pasukan tentera baru dibentuk. Ketua-ketua pasukan ini terdiri daripada Khalid al-Walid,
Akramah Bin Abu Jahal, Amru Bin al-Ass dan sebagainya. Pasukan ini telah dikerah untuk
menentang golongan Nabi palsu, murtad dan enggan membayar zakat. Antaranya Kahlid al-
Walid memerangi Tulaihah al-Khuwailid dan Malek Bin Nuwairah, Amru Bin al-Ass ke
negeri Qudhaah, Akramah Bin Abu Jahal memerangi Musailamah al-Khazzab dan
sebagainya. Setiap pasukan ini dipesan untuk memberi utusan dahulu kepada golongan al-
Riddah. Sekiranya mereka masih enggan kembali ke pangkal, barulah diperangi secara habis-
habisan.

Kesimpulan
Pembanterasan gerakan al-Riddah merupakan titik tolak dalam usaha meneruskan syiar Islam
supaya satu kesinambungan sejarah yang dibentuk oleh Nabi Muhammad akan berkekalan.
Dengan pasukan tentera Islam yang dipimpin oleh panglima Islam yang gagah itu, gerakan
al-Riddah dapat disekat. Islam telah menjadi agama yang unggul di Semenanjung Tanah
Arab.

INSTITUSI KHILAFAH

Pengenalan
Perkataan khalifah berasal dari istilah Arab yang bermakna "pengganti". Istilah khulafa ialah
kata jamak bagi khalifah. Oleh itu, "khalifah" ialah seseorang yang dilantik oleh masyarakat
Islam untuk menggantikan tugas-tugas kepimpinan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad.
Khilafah pula ialah institusi atau jawatan yang menjalankan urusan pemerintahan dan
pentadbiran di dalam semua bidang untuk menggantikan Nabi Muhammad. Institusi ini
dianggap bermula serentak dengan perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai pengganti Nabi
Muhammad sebagai ketua negara Islam yang baru.

Beberapa Pendapat Berhubung dengan Pemilihan Khalifah
Jawatan tersebut hanya untuk orang Quraisy dan ada yang mengatakan hanya Muhajirin
Quraisy sahaja yang layak. Pendapat ini disokong oleh kebanyakan orang termasuklah Abu
Bakar, Abu Ubaidah, Umar dan sebagainya. Hal ini disebabkan sifat kepimpinan orang
Quraisy sememangnya telah diakui oleh masyarakat Arab ketika itu.

Jawatan ini hanya khas bagi keturunan Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari Ali Bin
Abu Talib dengan disokong oleh ahli al-bait.

Jawatan khalifah adalah hak semua orang tidak tertentu kepada puak Quraisy atau Muhajirin
atau Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari puak Ansar. Mereka juga menganggap diri
mereka layak memandangkan sumbangan mereka terhadap perkembangan Islam. Mereka
mencadangkan supaya seorang khalifah dilantik dari kalangan mereka dan seorang lagi dari
kalangan Muhajirin.

Cara Pemilihan Khalifah
Cara Perundingan Beramai-ramai
Cara ini adalah mengadakan perundingan atau persetujuan tanpa ditetapkan calon terlebih
dahulu. Pemilihan cara ini berlaku seperti dalam pemilihan ke atas Khalifah Abu Bakar as-
Siddiq. Abu Bakar telah dilantik melalui bai'at yang dilakukan melalui 2 peringkat. Peringkat
I dikenali sebagai Bai'at Khas di Balai / Saqifah Bani Saidah, manakala Peringkat II dikenali
sebagai Bai'at Am. Ia diadakan di Masjid Nabi.

Menyusulkan Seorang Calon
Dalam cara ini, seorang calon khalifah telah diusulkan oleh khalifah sebelumnya untuk
dipilih oleh umat Islam. Hal ini berlaku semasa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sedang sakit.
Beliau telah menyusulkan nama Saidina Umar al-Khattab untuk dipilih oleh umat Islam
sebagai penggantinya. Usul tersebut diterima sebulat suara oleh umat Islam.

Menyusul Sekumpulan Calon
Uthman Bin Affan dilantik melalui "syura" di mana Uthman adalah salah seorang dari
anggota majlis perlantikan khalifah. Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat yang layak
dipilih sebagai khalifah. 6 orang yang dimaksudkan ialah Uthman Bin Affan, Ali Bin Abu
Talib, Abdul Rahman Bin Auf, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad Bin Abi
Waqqas. Pemilihan khalifah tersebut mestilah dilakukan selewat-lewatnya 3 hari selepas
kewafatan Umar.

Diusulkan oleh Sekelompok Masyarakat
Ali Bin Abu Talib dilantik secara paksa oleh golongan pemberontak yang tidak berpuas hati
dengan pemerintah Uthman dan akhirnya membunuh Uthman. Ali terpaksa menerima
jawatan tersebut memandangkan suasana huru-hara ketika itu.

Syarat Kelayakan Khalifah
 Seseorang itu mesti yang merdeka, iaitu bukan hamba abdi dan mesti beragama Islam.
 Mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap yang membolehkannya melakukan ijtihad
ke atas masalah yang berlaku dalam urusan kehidupan dan juga mengenai hukum-
hukum perundangan Islam.
 Mesti adil iaitu istiqamah dalam akhlak Islam. Semua tingkah laku baik, menjauhkan
maksiat, baik dari segi syarak atau akidah.
 Mesti kifayah / berkemampuan iaitu mesti mempunyai kemampuan untuk melaksanakan
undang-undang.
 Pancaidera serta anggota badannya tidak cacat.
 Luas pengalaman dan bijak dalam pentadbiran.
 Berani dan berwibawa dalam mempertahankan taraf ummah dan agama terutamanya
dalam soal jihad.

Bidang Kuasa Khalifah
 Khalifah mempunyai kuasa untuk menguruskan soal-soal agama dan perundangan Islam
dalam sesebuah masyarakat Islam.
 Khalifah juga bertanggungjawab mempertahankan negara dari kuasa-kuasa luar dan
menjamin keselamatan negara dan umat Islam dari sebarang ancaman luar dan dalam
negara.
 Meraka juga menguruskan hal-ehwal kewangan negara iaitu menyusun urusan
percukaian sama ada dari segi pungutan / penggunaan.
 Dalam bidang pentadbiran, khalifah bertanggungjawab melantik atau melucutkan
jawatan pegawai dalam pentadbiran negara.

Keistimewaan Khalifah
 Khalifah memegang 2 bidang kuasa secara serentak iaitu kuasa keagamaan dan
keduaniaan. Hal ini bermakna, khalifah bukanlah pemerintah sekular yang memisahkan
aspek kehidupan duniawi dan akhirat.
 Khalifah adalah ketua pentadbir dan ketua agama. Perlaksanaan kedua-dua bidang ini
adalah berasaskan ajaran wahyu. Akibatnya, kekeliruan dan kezaliman tidak berlaku.
 Khalifah tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti kuasa yang ada pada ketua gereja yang
dikatakan terpelihara dari sebarang kuasa dan mempunyai kuasa pengampunan dosa
para pengikutnya.Mengikut sistem khalifah, kuasa pengampunan dosa adalah satu-
satunya milik Allah.
 Khalifah tidak mempunyai apa-apa keistimewaan di hadapan undang-undang Islam.
Mereka boleh didakwa dan dibicarakan.
 Sistem khalifah adalah berlandaskan kepada prinsip "syura" di mana khalifah harus
tunduk kepada keputusan syura walaupun ia bercanggah dengan pendapatnya sendiri.
 Rakyat diberi kebebasan untuk mengeluarkan buah fikiran masing-masing dalam
lingkungan yang dibenarkan oleh "syura"
 Kelangsungan sistem khalifah bertitik-tolak dari Mubaya'ah (bai'at). Seseorang khalifah
tidak boleh menjalankan tugasnya sebelum mendapat bai'at dari orang ramai.
 Perlantikan khalifah tidak boleh berdasarkan sistem warisan.

Majlis Syura
 Semasa Abu Bakar, Majlis Syura diamalkan secara bebas dan terbuka.
 Semasa Umar, majlis ini ditubuhkan bagi tujuan menentukan pemilihan khalifah.
 Orang yang menganggotai majlis ini dikenali sebagai ahl al-syura atau ahl al-hal wa al-
'aqd.
 Mereka merupakan ulama dan sahabat Nabi Muhammad.
 Syarat menjadi ahl-al-syura ialah: (1) beragama Islam; (2) lelaki; (3) akil baligh; (4)
merdeka; dan (5) adil dan mempunyai siasah yang tajam.

Bai'ah
 Perkataan ini berasal dari kata dasar ba'a ertinya menjual.
 Bai'ah: Pengakuan seseorang atau sekumpulan manusia terhadap seseorang untuk
berkuasa atau memerintah yang dikenali sebagai khalifah.
 Merupakan satu syarat perlantikan khalifah.
 Khalifah yang mendapat bai'ah mestilah menjalankan tugasnya dengan sempurna. Jika
pemerintahannya tidak mengikut al-Quran, maka dia harus meletak jawatan.

Kesimpulan
Oleh sebab sistem khalifah berjalan berasaskan ajaran wahyu, sudah pasti ia merupakan satu
pemerintahan yang unggul dan tuntutan bermasyarakat dan bernegara. Ia sesuai dengan
keperluan setiap manusia yang dicipta oleh Allah yang mempunyai tuntutan spiritual iaitu
rohani dan jasmani.

KHALIFAH ABU BAKAR

Latar Belakang
Nama sebenar Abu Bakar ialah Abdullah Bin Abu Qahafah. Sebelum Islam, beliau dikenali
sebagai Abdul Kaabah. Al-Siddiq ialah gelaran yang diberi oleh Nabi kerana beliau sentiasa
membenarkan kata-kata Nabi. Beliau dilahirkan pada tahun 574 M, dari keturunan Bani
Tamin/Taim. Sebelum Islam, beliau adalah saudagar yang kaya. Selepas Islam, beliau banyak
mengorbankan harta dan tenaga untuk kepentingan Islam. Melalui usaha beliau, beberapa
orang sahabat telah berjaya diislamkan termasuklah Uthman Bin Affan, Zubair Bin al-
Awwan, Abdul Rahman Bin Auf dan sebagainya.

Proses Perlantikannya Sebagai Khalifah
Ketika orang Islam sibuk dengan pengebumian Nabi, orang-orang Ansar telah berkumpul di
Saqifah Bani Saidah bagi melantik Saad Bin Ubaidah, ketua puak Khazraj, sebagai khalifah.
Apabila hal ini diketahui oleh Abu Bakar, beliau bersama-sama Umar dan Abu Ubaidah al-
Jarrah telah pergi ke sana. Abu Bakar menerangkan bahawa jawatan khalifah sepatutnya
diberi kepada keturunan Quraisy kerana Quraisy sangat berpengaruh. Oleh itu, belia
mencadangkan supaya sama ada Umar atau Abu Ubaidah dipilih. Umar sebaliknya telah
mencadangkan supaya Abu Bakar sahaja dipilih memandangkan kelebihan yang dimilikinya.
Umar telah membai'atkan Abu Bakar diikuti Abu Ubaidah dan seterusnya orang-orang yang
ada dalam perhimpunan tersebut.

Esoknya, Abu Bakar terus menerima bai'at dari orang ramai di masjid nabi. Abu Bakar
kemudiannya telah membuat ucapan besar di antara lain menyebutkan bahawa umat Islam
wajib mentaatinya selagi beliau masih mentaati Allah. Sekiranya beliau melakukan
kesalahan, adalah menjadi tanggungjawab semua orang untuk membetulkannya. Beliau telah
menggalakkan umat Islam untuk melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara-
perkara mungkar.

Jasa-jasa Khalifah Abu Bakar
Menyelesaikan Masalah Perebutan Jawatan Khalifah
Masalah ini berpunca cari nabi tidak menyebut siapakah yang akan dilantik untuk
menggantikannya. Apabila baginda mangkat, timbullah masalah perebutan jawatan khalifah.
Ada yang berpendapat jawatan khalifah hanya untuk orang Quraisy dan sesetengah menyebut
ia hanya untuk Muhajirin. Terdapat pula yang mengatakan jawatan khalifah hanya dikhaskan
kepada keturunan Bani Hasyim. Masalah ini menjadi kuat apabila golongan Ansar
mengganggap diri mereka layak memandangkan sumbangan mereka terhadap perkembangan
Islam. Abu Bakar telah memberi hujah yang sebaik-baiknya bahawa khalifah adalah
ditujukan kepada orang Quraisy kerana orang Quraisy sangat berpengaruh. Beliau telah
mencadangkan sama ada Umar atau Abu Ubaidah dipilih tetapi Umar mencadangkan Abu
Bakar dipilih sebagai khalifah. Abu Bakar telah mendapat persetujuan dari orang ramai dan
menjadi khalifah pertama.

Gerakan Tentera Usamah
Sebelum nabi wafat, nabi telah membentuk sebuah pasukan tentera yang diketuai oleh
Usamah Bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang telah membunuh utusan nabi.
Sebelum pasukan ini digerakkan, nabi telah wafat. Apabila Abu Bakar menjadi khalifah,
beliau mencadangkan untuk meneruskan gerakan tersebut tetapi telah dibantah oleh
kebanyakan sahabat.

Dalam hal ini, Abu Bakar telah menunjukkan ketegasannya walaupun kebanyakan sahabat
berpendapat Usamah terlalu muda (18 tahun) untuk memikul tugas tersebut. Abu Bakar
ternyata tidak mahu merombak keputusan yang telah dibuat oleh nabi. Dengan ketegasannya,
40 hari selepas tentera Usamah berperang, mereka kembali semula ke Madinah dengan
membawa kejayaan malah dapat sama-sama membantu menyelesaikan masalah al-Riddah.

Masalah al-Riddah
Al-Riddah/Gerakan anti kerajaan Islam, merupakan satu ancaman yang besar kepada negara
Islam.Mereka telah dibahagikan kepada 3 golongan, iaitu orang-orang yang mengaku sebagai
nabi termasuklah Tulaihah Bin Khuwalid, al-Aswad al-Anasi, Musailamah al-Khazzah,
Sajjah al-Harith dan sebagainya.

Golongan kedua terdiri daripada mereka yang tidak mahu membayar zakat. Antara yang
terkenal ialah Malik Bin Nuwairah.

Golongan ketiga terdiri daripada mereka yang murtad/kembali semula ke agama asal. Bagi
mengatasi masalah ini, Abu Bakar telah membentuk 11 buah pasukan tentera yang diketuai
oleh panglima-panglima terkenal seperti Khalid Bin al-Walid, Amru Bin al-As, Ikramah Bin
Abu Jahal, Syurahbil Hasahah dan Khalid bin Said.

Sebelum memerangi golongan al-Riddah, Abu Bakar terlebih dahulu menghantar utusan
kepada mereka dan menyuruh mereka kembali semula kepada Islam. Ada di antara mereka
yang menerima dan ada yang menolak. Kepada golongan inilah tentera tersebut dihalalkan.
Tindakan Abu Bakar ini ternyata telah membawa kejayaan.

Pengumpulan al-Quran
Semasa nabi masih hidup, al-quran telah ditulis pada kulit-kulit binatang dan pelepah-pelepah
kurma di samping hafalan para sahabat tetapi tulisan-tulisan tersebut tidak terkumpul di suatu
tempat. Semasa berlakunya peperangan al-Riddah, ramai sahabat yang menghafal dan
menyimpan al-Quran mati syahid. Keadaan ini amat membimbangkan Abu Bakar.

Dengan menggunakan istihat Abu Bakar telah mengarahkan Zaid Bin Thabit untuk
mengumpulkan tulisan al-Quran dan disimpan di rumah khalifah. Usaha ini tidak pernah
dilakukan oleh nabi tetapi demi keselamatan orang Islam, Abu Bakar terpaksa melakukannya.
Hal ini disebabkan al-Quran adalah sumber rujukan yang utama di dalam Islam.

Ancaman Parsi
Pertelingkahan dengan Parsi bermula apabila tentera Islam dihantar ke sebelah Timur untuk
menghapuskan pemberontakan orang Badwi. Parsi yang merupakan musuh orang Islam telah
menghasut penduduk di sempadan sebelah Timur menentang Kerajaan Islam Madinah.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Abu Bakar telah mengarahkan Panglima al-Muthana Bin
Harithah dengan bantuan Khalid Bin al-Walid bersama-sama dengan 10,000 tentera untuk
memerangi Parsi. Pasukan tentera ini akhirnya berjaya menguasai beberapa tempat di Hirah
setelah menewaskan pemimpin Parsi iaitu Hurnuz al-Muthana kemudiannya dilantik sebagai
wakil pemerintah di Hirah dan Anbat.

Ancaman Rom
Tentera Islam juga terpaksa menghadapi ancaman Rom terutamanya di Syria dan Palestin.
Rom sememangnya berhasrat untuk meluaskan kekuasaan politiknya di Semenanjung Tanah
Arab kerana wujudnya persaingan dengan Parsi. Kemunculan Kerajaan Islam Madinah
menyebabkan kedudukan Rom semakin tergugat.

Abu Bakar telah membentuk sebuah pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid Bin al-Walid
dan dibantu oleh 4 orang panglima tentera iaitu Abu Ubaidah Bin al-Jarrah, Amru Bin al-As,
Yazid Bin Abu Sufian dan Syunahbil Hasanah. Pertempuran I di antara tentera Islam dan
Rom berlaku di Ajhadieh. Hercules melarikan diri ke Antibeh. Beliau telah berjaya
mengumpulkan semua tenteranya dan pertempuran II berlaku di Yarmuk. Dalam
pertempuran ini tentera Islam telah menang.

Sebelum peperangan berakhir, sampai berita mengatakan Khalifah Abu Bakar telah wafat dan
Umar telah dilantik sebagai khalifah kedua. Panglima Khalid al-Walid dipecat dari jawatan
Panglima Agung Tentera dan digantikan oleh Abu Ubaidah Bin al-Jarrah.

Perlantikan Khalifah Kedua
Ketika Khalifah Abu Bakar sakit, beliau telah memanggil para sahabat meninjau fikiran
mereka untuk mencari seorang tokoh yang bakal menjadi khalifah seterusnya. Kebanyakan
para sahabat telah bersetuju pendapat Abu Bakar untuk menjadikan Umar sebagai pengganti.
Oleh itu, Uthman telah dilantik untuk menulis wasiat berhubung dengan perlantikan tersebut.
Tindakan Abu Bakar ini bukan sahaja memeri peluang kepada Umar untuk memerintah
negara Islam dan seterusnya melakukan usaha-usaha pembangunan, malah ia dapat
mengelakkan berlakunya masalah perebutan jawatan khalifah seperti yang berlaku selepas
kewafatan nabi.

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Latar Belakang
Umar al-Khattab dilahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi. Pada zaman Jahiliah,
beliau adalah seorang sadagar dan duta kaum Quraisy. Beliau adalah seorang yang berani,
tabah, tidak mengenal binggung dan ragu. Beliau digelar al-Faruq oleh nabi setelah beliau
membawa sekumpulan umat Islam bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk
pertama kali dalam Sejarah Islam. Beliau merupakan khalifah kedua dalam Sejarah Islam
setelah dipilih sendiri oleh Abu Bakar. Beliau adalah khalifah yang pertama yang digelar
sebagai "Amirul Mukminin".

Pembaharan dalam Pentadbiran
Pembentukan Majlis Syura
Umar telah menubuhkan Majlis Syura yang merupakan lembaga (Majlis Perunding Negara)
yang tertinggi. Ia terbahagi kepada 2 majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Anggota
Majlis Syura Tertinggi terdiri daripada Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib, Waqqas Bin
Muaz Bin Jabal. Semua perkara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial
negara akan dibincangkan bersama-sama. Majlis Syura juga bertanggungjawab menentukan
polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Melalui amalan sistem
syura, Umar telah membuka peluang dan kebebasan yang seluasnya kepada semua orang
untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka dari kebaikan dan keadilan Islam
sehingga beliau menganggap bahawa manusia yang tidak dapat atau tidak mahu memberi
pendapat adalah manusia yang tidak berguna.

Perbahagian Wilayah Islam
Umar telah membahagikan Kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi
menjaga kelicinan pemerintahan Islam. Ia terdiri daripada Hijaz, Syiria, Iran, Iraq, Mesir,
Palestine, Juzirah dan Madinah. Setiap wilayah dilantik beberapa orang pegawai. Mereka
dikehendaki datang ke Mekah pada setiap tahun untuk membuat laporan setelah menunaikan
haji. Orang ramai pula berpeluang untuk mengadukan hal tentang pegawai-pegawai yang
ditugaskan itu. Antara pegawai yang terkenal ialah Muawiyah Bin Abu Sufian, Amru Bin al-
As, Zaid Bin Smyah dan sebagainya. Di antara jawatan utama yang dilantik di setiap wilayah
adalah Wali (Gabenor) yang menjadi ketua pentadbir awam dan panglima tentera, pengarah
perbendaharaan, pemungut cukai, ketua polis, hakim (Qadi). Sebelum seseorang Gabenor
dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta-benda masing-masing demi mengelakkan
amalan rasuah. Mereka juga diisytiharkan bahawa tidak menunggang kuda Turki atau
memakai pakaian yang mahal.

Memperbaharui Undang-undang Pentadbiran Tanah
Apabila wilayah jajahan Islam menjadi semakin luas, beberapa pembaharuan dalam undang-
undang pentadbiran tanah telah diperkenalkan. Misalnya, di Iraq, Syria dan Mesir, segala
tanah awam (sawafi) adalah hak kerajaan tempatan dan segala hasil daripada tanah-tanah itu
akan digunakan untuk membiayai kemudahan awam negara. Tanah-tanah yang dimiliki oleh
penduduk Iraq tidak boleh dirampas tetapi dikenakan cukai oleh Kerajaan Islam. Tanah-tanah
milik pemerintah Rom di Mesir dan Syiria dirampas dan dibahagikan kepada para petani.
Tentera/Umat Islam tidak dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan melainkan
pembelian. Hal ini berbeza dengan amalan sebelumnya di mana tanah-tanah jajahan akan
dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

Pembaharuan dalam Ekonomi
Kadar dan sistem pungutan cukai telah diubah. Cukai dikenakan mengikut perbezaan jenis
tanaman dan kualiti tanah. Sebagai contoh, kadar cukai untuk tanaman gandum adalah 2 kali
ganda daripada cukai untuk tanaman barli. Ladang-ladang subur dikenakan cukai yang lebih
tinggi. Peraturan-peraturan yang tidak adil telah dihapuskan. Umar sering meninjau daripada
golongan Dhimmi dan pegawai-pegawai pemungut cukai untuk menentukan sama ada
cukai/jizyah yang dikenakan menyusahkan mereka atau tidak. Sistem pemungutan cukai
menjadi cekap dan perbendaharaan negara bertambah. Umar turut memajukan sektor
pertanian negara. Rakyat digalakkan untuk membuka tanah-tanah baru. Hak milik tanah-
tanah pertanian diserahkan kepada sesiapa yang mahu mengusahakannya. Namun hak
tersebut akan terlupus jika ia gagal menunjukkan hasil dalam tempoh 3 tahun. Beberapa
pengairan telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq untuk meningkatkan lagi hasil pertanian.
Umar turut memberikan perhatian supaya amalan penindasan ke atas petani tidak berlaku.

Pembaharuan Pentadbiran Ketenteraan
Umar adalah khalifah pertama yang memberikan gaji kepada tenteranya. Tentera Islam telah
dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tentera tetap dan sukarela. Tentera tetap diberikan gaji,
pakaian seragam dan keluarga mereka turut mendapat bantuan. Pusat-pusat ketenteraan telah
ditubuhkan di bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Mawsil, Fustat, Hims
dan sebagainya. Tentera-tentera akan dikenakan peraturan dan disiplin tertentu yang sesuai
dengan ajaran Islam. Pusat-pusat tentera ini kemudiannya telah tumbuh sebagai pusat
kebudayaan Islam. Umar telah mengarahkan Abdullah Bin Qaisy untuk membina kubu-kubu
pertahanan di sempadan yang menghadap negara musuh demi keselamatan. Tentera-tentera
diwajibkan menjalani latihan ketenteraan seperti menunggang kuda, berjalan kaki tanpa kasut
dan sebagainya. Ia bertujuan untuk menanamkan semangat perjuangan pada setiap masa.
Umar juga menubuhkan jabatan penyiasatan jenayah tentera rahsia.

Pembaharuan Bidang Kehakiman
Umar telah mengetatkan syarat-syarat perlantikan seseorang untuk menjadi hakim supaya
golongan yang layak sahaja akan memikul tugas tersebut. Seseorang itu mestilah mempunyai
ilmu yang lengkap, dihormati oleh masyarakat. Gaji untuk hakim telah dinaikkan supaya
mengelakkan kecenderungan menerima rasuah. Para hakim tidak dibenarkan melibatkan diri
dalam perniagaan. Jabatan kehakiman telah dipisahkan sepenuhnya daripada jabatan-jabatan
lain dan mempunyai mahkamah keadilan dan kadi-kadi khas untuk menguruskan perbicaraan
serta peraturan-peraturan kehakiman yang tertentu.

Pembaharuan Dalam Bidang Sosial
Polisi Baru untuk Golongan Dhimmi
Golongan Dhimmi ialah orang-orang bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam
dengan dikenakan ckai jizyah. Umar telah memperkenalkan beberapa polisi baru ke atas
golongan ini supaya kedudukan sosioekonomi dan politik mereka tetap dijaga. Beliau telah
menetapkan cukai jizyah dan cukai tanah yang rendah kadarnya supaya tidak menyusahkan
mereka.

Taraf dan hak awam ke atas golongan ini diberikan sama seperti yang dinikmati oleh
masyarakat Islam. Golongan Dhimmi yang masih menentang Kerajaan Islam akan dihalau
keluar negara. Namun, harta-benda mereka tidak akan dirampas manakala harta benda yang
tidak boleh dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh Kerajaan Islam.

Taraf Baru untuk Golongan Hamba
Beberapa pembaharuan yang dilakukan untuk menjaga kepentingan sosial, taraf dan
kedudukan golongan hamba dalam masyarakat. Hal ini bertujuan supaya mereka tidak dihina
/ ditindas. Hanya orang-orang yang benar-benar terlibat menentang Islam dalam peperangan
sahaja akan dijadikan hamba. Hal ini bermakna penduduk awam dalam negara yang dijajah
akan terus dibenarkan hidup bebas.

Hamba perempuan yang menjadi ibu pula tidak boleh dijual beli sewenang-wenangnya
seperti harta-harta yang lain. Hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari anggota
keluarganya yang lain. Oleh itu, hamba yang berkeluarga mestilah dibeli / dijual bersama-
sama dengan anggota keluarganya.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam hal-hal tertentu. Pegawai-
pegawai yang tidak menghormati kebajikan hamba di bawah jagaannya akan dikenakan
tindakan oleh Umar. Beliau pernah melucutkan jawatan salah seorang pegawainya yang tidak
menziarahi pekerjanya yang sakit.

Menggalakkan Kegiatan Keilmuan dan Pelajaran
Pelbagai langkah telah dijalankan untuk mengembangkan pengajaran al-Quran. Guru-guru
telah disediakan bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan mereka
dihantar ke serata tempat yang memerlukannya serta diberikan gaji yang lumayan. Sekolah-
sekolah telah ditubuhkan di masjid-masjid untuk mengajar pelajaran al-Quran di seluruh
wilayah Islam.

Umat Islam telah diwajibkan untuk menghafal surah-surah tertentu dalam al-Quran yang
menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti Surah al-Baqarah, al-Nisa, al-
Maidah dan sebagainya. Golongan yang menghafal seluruh isi kandungan al-Quran akan
diberi pelbagai ganjaran sebagai usaha untuk menggalakkan mereka menghafal kandngan al-
Quran.

Kemudahan-kemudahan Lain
Umar bertanggungjawab memulakan sistem kalendar Islam dengan menggunakan Tahun
Hijrah yang umat Islam gunakan hingga kini. Umar adalah khalifah yang pertama
memperkenalkan pasukan polis yang digelar "Andath".

Hukum buang daerah telah diperkenalkan oleh Umar. Baginda telah menjatuhkan hukuman
buang daerah ke sebuah pulau ke atas Abu Mihjan Thaqafi kerana bersalah minum arak.

Baginda turut membangunkan kota-kota baru seperti Basrah, Kufah, Fustat dan Mausil.
Basrah (Iraq) dibina pada tahun 14 H. Penduduk asalnya berjumlah 800 orang telah
meningkat kepada 100,000 orang. Dalam zaman Kerajaan Umayyah, ia mempunyai
penduduk seramai 120,000 orang. Kufah di Iraq mempunyai penduduk asal seramai 40,000
orang. Umar menunjukkan minatnya kepada pembinaan kota ini dengan menyediakan sendiri
sebahagian daripada pelan dan peta kota itu. Jalan raya yang dibina seluas 60 kaki dan masjid
negerinya boleh memuatkan seramai 40,000 orang jemaah. Umar pernah menggelarkan kota
Kufah sebagai "Rasulul-Islam" atau pusat Islam. Fustat dibina oleh Amru Bin al-As atas
arahan Umar. Ia dipanggil sebagai kota Islam yang paling indah selepas kota Baghdad.

Umar telah membina banyak masjid dan memerintahkan gabenor Islam supaya membina
sekurang-kurangnya sebuah masjid di setiap bandar. Beliau juga mengarahkan pembinaan
pejabat-pejabat Baitul-Mal di seluruh wilayah Islam. Rumah-rumah rehat untuk pengembara
turut dibina.

Pembaharuan Dalam Ekonomi
Memajukan Sektor Pertanian
Umar telah membina tali air dan terusan supaya hasil pertanian bertambah. Di antaranya ialah
Terusan Amirul Mukminin (Mesir) yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laur Merah
sepanjanag 69 batu dari Bandar Fustat. Di Iraq, dibina Empangan Abu Musa yang
menyambungkan Sungai Dujlah (Tigris) dengan Bandar Basrah.

Satu kaji selidik telah dilangsungkan di Iraq untuk memudahkan penaksiran cukai dan
menentukan jenis tanaman untuk pertanian. Rakyat digalakkan membuka tanah-tanah
pertanian dan akan dikenakan syarat bahawa hak milik ke atas tanah tersebut akan ditarik
balik sekiranya gagal mendatangkan hasil dalam masa 3 tahun.

Baitul-Mal
Umar telah menubuhkan Baitul-Mal untuk menyimpan harta dan khazanah kerajaan. Sumber
utama kewangan negara dikutip daripada orang Islam melalui zakat dan usyur (zakat
tanaman). Daripada orang bukan Islam, cukai diperolehi melalui jizyah dan kharaj (cukai
tanah). Baitul-Mal juga memperolehi hasilnya daripada al-Fai iaitu harta benda rampasan
daripada pihak musuh tanpa peperangan dan ghanimah iaitu harta rampasan perang.

Rumusan
Umar adalah seorang pentadbir yang amat cekap dan bijak serta banyak melaksanakan
pembaharuan dalam pentadbiran negara Islam. Dalam zaman pemerintahannya, beliau
berjaya memperluaskan wilayah Islam dan membebaskan rakyat yang ditindas oleh
penjajahan Parsi dan Rom. Pemerintahan Umar dianggap sebagai "zaman keemasan Kerajaan
Islam". Beliau telah memperkenalkan sebanyak 41 buah pembaharuan berdasarkan al-Quran
dan Hadis dan digelarkan Awliat-i-umar. Beliau telah meninggal dunia dalam Zulhijah 23 H
setelah dibunuh oleh seorang hamba berbangsa Parsi bernama Fairuz.

KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

Latar Belakang
Khalifah Uthman Bin Affan dilahirkan semasa Nabi berumur 5 tahun. Beliau telah memeluk
agama Islam melalui perantaraan Abu Bakar. Beliau adalah seorang daripada sahabat Nabi
yang rapat dan dijamin syurga oleh Nabi. Beliau juga terkenal sebagai seorang dermawan
yang banyak mengorbankan harta untuk kepentingan Islam. Beliau menyertai semua
peperangan pada zaman Nabi kecuali Perang Badar. Beliau merupakan seorang juru tulis
wahyu. Beliau telah diberikan gelaran Zun-Nurain kerana memperisterikan 2 orang puteri
Nabi iaitu Rokiah dan Ummi Kalsom.

Perlantikan Uthman Sebagai Khalifah
Uthman dilantik sebagai khalifah selepas kematian Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah
Umar yang telah ditikam sempat menamakan 6 orang sahabatnya iaitu Uthman Bin Affan,
Abdul Rahman Bin Auf, Ali Bin Abu Talib, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan
Saad Abu Waqqas untuk memilih salah seorang dari mereka sebagai bakal khalifah dalam
tempoh 3 hari. Anak Khalifah Umar turut disenaraikan sebagai pemilih tetapi tidak
dibenarkan untuk dipilih.

Akhirnya pemilihan tersebut tertumpu kepada Uthman Bin Affan dan Ali sahaja setelah calon
yang lain menarik diri. Dengan kebijaksanaannya sebagai pengerusi pemilihan, Abdul
Rahman Bin Auf telah melakukan tinjauan dari kalangan sahabat dan umat Islam dan
mendapati bahawa Uthman lebih popular kerannya ciri Uthman sebagai pemimpin yang
lembut, bertoleransi, pemaaf, mudah berbicara dan mendapat sokongan penuh dari kalangan
keluarganya iaitu Bani Umayyah. Dengan itu, beliau telah dilantik sebagai khalifah umat
Islam yang ketiga.

Dasar Pemerintahan
Melantik Pegawai dari Kaum Keluarga Sendiri
Khalifah Uthman banyak melantik keturunan Umayyah memegang jawatan penting dalam
pentadbirannya. Diantaranya termasuklah Marwan Bin al-Hakam sebagai Setiausahanya,
SAid Bin al-As sebagai Gabenor Kufah, Abdullah Bin Amir sebagai Khalifah Basrah,
Abdullah Bin Saad Bin Abi Sarrah sebagai Gabenor Mesir dan sebagainya. Bagi Uthman,
keturunan Umayyah sememangnya terkenal dengan pengalaman mereka di dalam bidang
pentadbiran di samping mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh. Bagi Uthman juga,
kedua-dua faktor ini tidak sahaja dapat melancarkan pentadbiran, malah akan mengelakkan
berlakunya penyelewengan.

Membina dan Menguatkan angkatan Tentera Laut
Uthman banyak membelanjakan wang negara bagi mengukuhkan kedudukan angkatan
tentera laut khususnya di Mesir dan Syria. Angkatan tentera laut hanya diwujudkan pada
zaman Uthman. Hal ini tentu memerlukan banyak belanja. Kebetulan gabenor di kedua-dua
tempat ini mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau. Gabenor Mesir adalah
Abdullah Bin Said Bin Abi Sarrah manakala Gabenor Syria ialah Muawiyah Bin Abu Sufian.
Akibatnya, timbul tuduhan yang mengatakan Uthman menggunakan wang tersebut untuk
kepentingan peribadi dan keluarganya sendiri.

Memperkenalkan Dasar Pertukaran Tanah
Khalifah Uthman telah memperkenalkan satu dasar baru iaitu Dasar Pertukaran Tanah di Iraq
dengan tanah di Hijaz dan Yaman. Melalui dasar ini, mereka yang memiliki tanah di Hijaz
dan Yaman boleh menukarkannya dengan yanah sawafi (terbengkalai) di Iraq yang terkenal
dengan kesuburannya. Tujuan Uthman adalah untuk membalas jasa golongan tentera.
Peluang ini terbuka luas kepada sesiapa sahaja yang memiliki tanah di kedua-dua tempat
tersebut. Di antara mereka yang menikmatinya termasuklah Talhah Bin Ubaidullah, Marulan
Bin al-Hakam dan Ashath Bin Qais al-Kindi.

Memihak kepada Quraisy
Khalifah Uthman telah menggubal dasar yang dibuat oleh Umar dengan memberikan kuasa
pemilikan tanah kepada orang Quraisy. Said Bin al-As, Gabenor Iraq (Kufah) telah
mengisytiharkan bahawa tanah-tanah sawad di Iraq adalah kepunyaan kaum Quraisy. Dalam
hal ini, Uthman telah berdiam diri seolah-olah menunjukkan beliau bersetuju dengan tindakan
Said. Hal ini menimbulkan kemarahan orang bukan Quraisy terutamanya golongan ahl al-
ayyam yang kemudiannya dikenali sebagai al-Qurra. Sebelum pengisytiharaan ini, merekalah
diberi kuasa untuk mengerjakan tanah-tanah tersebut.

Penghijrahan Bebas
Khalifah Uthman juga telah merombak dasar penghijrahan yang dibuat oleh Umar. Uthman
membenarkan para sahabat berhijrah ke luar dari Semenanjung Tanah Arab. Hal ini
menyebabkan ramai tokoh yang berhijrah ke luar terutamanya ke kawasan baru yang
dibuka/ditakluki, khususnya di Mesir, Syria dan Iraq. Umar melarang penghijrahan ini kerana
bimbang mereka akan terpengaruh dengan kebudayaan asing dan kemewahan hidup
sedangkan bagi Uthman, penghijrahan ini dapat menyebabkan proses penyebaran Islam
berjalan dengan lebih lancar.

Menerbitkan Naskah Tunggal al-Quran
Pada zaman Khalifah Uthman, wilayah Islam agak luas. Hal ini menyebabkan wujudnya
perbezaan bacaan/sebutan al-Quran antara satu tempat dengan tempat yang lain. Mereka
membaca loghat masing-masing disebabkan mereka gagal menguasai nahu Arab dengan
baik. Uthman akhirnya telah bertindak menerbitkan naskah tunggal al-Quran yang dikenali
sebagai "Mushanf Uthmani" dan dihantar ke setiap wilayah Islam. Beliau juga memastikan
agar al-Quran dibaca mengikut loghat Quraisy kerana ia diturunkan dalam bahasa Quraisy.
Naskah-naskah lain telah dikumpul dan dibakar.

Lemah-lembut dalam Pentadbiran
Khalifah Uthman adalah seorang khalifah yang lemah-lembut berbanding dengan Umar al-
Khattab. Beliau sangat bersimpati dengan kesusahan orang lain dan sering memaafkan
kesalahan seseorang. Misalnya, Uthman telah menggunakan "diyad" (wangnya sendiri) untuk
membayar "diat" (hutang darah) berhubung dengan pembunuhan Khalifah Umar. Beliau juga
telah memaafkan kesalahan Jundah al-Azdi yang telah dikenakan hukum bunuh oleh kadi
Kufah. Sikapnya yang lemah-lembut ini mungkin dipengaruhi oleh sesiapa yang agak tua,
iaitu 70 tahun ketika mula memerintah.

Faktor yang Mempengaruhi Kekacauan
Perbalahan
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman, telah berlaku pelbagai perbalahan di mana ia bukan
sahaja melibatkan penduduk di Semenanjung Tanah Arab, tetapi juga penduduk di luar
Semenanjung Tanah Arab. Misalnya, perbalahan telah berlaku di antara Arab Utara (Mudar,
Qais) dan Arab Selatan (Rabi'ah, Yaman), antara Quraisy dan Yanan, antara Bani Hasyim
dan Bani Umayyah, antara penduduk Hijaz dan luar Hijaz dan sebagainya. Akibatnya,
keadaan politik di Semenanjung Tanah Arab semakin tidka stabil sehingga menimbulkan
pelbagai kekacauan.

Dasar Penghijrahan
Khalifah Uthman telah mengubah dasar penghijrahan yang dibuat oleh Umar di mana beliau
membenarkan mat Islam berhijrah ke wilayah baru dikuasai di Mesir, Syria dan Iraq.
Tindakan beliau telah membolehkan kebanyakan orang Arab yang berhijrah itu hidup dalam
kemewahan di tengah-tengah kesusahan penduduk tempatan. Akibatnya, wujud jurang
ekonomi antara pendatang baru dan penduduk tempatan sehingga mencetuskan peperangan.

Munculnya Golongan Pemegang Amanah (ahl al-ayyam)
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman, beliau telah mengambilalih tanah sawafi yang
diusahakan oleh golongan ahl al-ayyam dan diserahkan kepada kaum Quraisy. Tindakan ini
telah menimbulkan kemarahan ahl al-ayyam dan kemarahan mereka memuncak apabila
Uthman memperkenalkan dasar pertukaran hak milik tanah yang berada di Iraq dengan tanah-
tanah di luar Iraq. Hal ini menyebabkan golongan yang menikmatinya hanya mereka yang
memiliki tanah di kawasan tersebut sahaja. Akibat dari rasa tidak puas hati, ahl al-ayyam
telah bangun menentang Uthman sehingga mencetuskan kekacauan politik.

Usia Uthman dan Sifatnya
Khalifah Uthman kerap terlalu bersimpati dengan kesusahan orang lain dan sering
memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan yang dirasakan boleh dimaafkan. Usianya
yang lanjut iaitu 82 tahun semasa kemuncak kekacauan berlaku telah menambahkan lagi sifat
lembutnya. Sikapnya ini telah dipergunakan oleh golongan tertentu untuk membangkitkan
kekacauan.

Sikap Uthman Memihak kepada Ketua-ketua Kabilah
Bagi mengukuhkan kedudukannya, Uthman telah bersikap memihak kepada ketua-ketua
kabilah di mana mereka telah ditawarkan kepada jawatan-jawatan penting. Antara mereka
termasuk juga bekas murtad. Sebagai contoh, Ash'ath Bin Qais al-Kindi telah dilantik sebagai
Gabenor Azrabaijan.

Membenar Para Sahabat Berhijrah ke Luar Hijaz
Khalifah Uthman juga membenarkan para sahabat berhijrah ke luar Hijaz yang sebelum ini
dilarang oleh Umar. Hal ini menyebabkan mereka terpengaruh dengan kemewahan dan
kebendaan.

Melantik Keluarganya ke Jawatan-jawatan Penting
Dalam menjalankan pentadbiran, Khalifah Uthman juga mengamalkan dasar nepotisme, iaitu
mengutamakan keluargannya dalam menentukan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran
kerajaan. Misalnya, Uthman telah melantik Marwan Bin Hakam sebagai Setiausaha,
Abdullah Bin Amir sebagai Gabenor Basrah, Abdullah Bin Saad sebagai Gabenor di Mesir
dan sebagainya. Dasar ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan umat
Islam.

Menggunakan Wang Baitul-Mal
Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan kekayaan negara dan harta rampasan perang.
Hal ini berpunca dari tindakan beliau yang tidak mahu mendengar pandangan sahabatnya,
dlam soal pembahagian harta-benda Baitul-Mal. Khalifah Uthman beranggap tidak menjadi
satu kesalahan jika beliau menggunakan Baitul-Mal yang berlebihan untuk dirinya dan
keluarganya dengan alasan beliau telah banyak mengorbankan harta dan wang untuk
perjuangan Islam. Namun, hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat
jelata.

Tindakan Membebaskan Ubaidullah dari Qisas
Ubaidullah Bin Umar sepatutnya dijatuhkan hukuman Qisas kerana membunuh Hurmazan
dan Jafainah. Tetapi Uthman telah menyelamatkan Ubaidullah dengan menganggapkan
dirinya sebagai wali kepada Hurmazan dan 2 orang lagi yang telah dibunuh oleh Ubaidullah
itu dengan membayar di-lab dari wangnya sendiri kepada Baitul-Mal. Tindakan Uthman telah
tidak dipersetujui oleh sesetengah golongan orang Islam termasuk Ali Bin Abu Talib.

Tindakan Memaafkan Jundab al-Azdi
Uthman telah memaafkan Jundab al-Azdi yang telah dijatuhkan hukuman mati oleh Gabenor
di Kufah, aiitu al-Walid Bin Uqibah. Hal ini telah menyebabkan suasana Kufah semakin
buruk di mana Jundab telah menggunakan peluang tersebut untuk menghuru-harakan keadaan
di Kufah. Akhirnya, al-Walid telah difitnah dan dipecat dari jawatannya.

Kegagalan Uthman Meluaskan Jajahan Taklukan
Semasa Uthman menjadi khalifah, beliau tidak berjaya meluaskan wilayahnya. Peluasan
wilayah hanya dapat dilakukan semasa peringkat awal pemerintahannya. Kegagalan tersebut
telah memberi kesan kepada ekonomi negara Islam lebih-lebih lagi di Kufah. Ekonomi di
Kufah menjadi semakin tidak stabil akibat pertambahan penduduk di bawah dasar
penghijrahan bebas.

Pemusnahan Salinan al-Quran
Khalifah Uthman juga ditentang akibat tindakannya yang memusnahkan salinan al-Quran
yang ditulis dalam pelbagai loghat dan menerbitkan salinan yang standard yang dikenali
sebagai "Mashanf Uthmani". Walaupun usaha beliau baik, namun golongan tertentu
menganggapnya sebagai usaha untuk mengukuhkan kekuasaannya dalam bidang keagamaan.

Keengganan Uthman Menerima Nasihat dan Melepaskan Jawatan Khalifah
Polisi pentadbiran Uthman telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan tertentu.
Akibatnya, sahabat beliau telah menasihatinya supaya mengubah polisi pentadbiran. Walau
bagaimanapun, beliau tidak menerima nasihat tersebut, malah Uthman juga telah diminta
untuk melepaskan jawatan khalifahnya tetapi juga ditolak oleh Uthman. Akibatnya,
berlakulah pelbagai kekacauan bagi menentang Uthman.

Pengaruh Luar
Pengaruh luar turut menyebabkan kekacauan berlaku. Misalnya, Abdullah Bin Sabak
dikatakan cuba memecahbelahkan umat Islam. Beliau telah menghasut umat Islam untuk
menentang Uthman dengan memperkembangkan fahaman qisayah yang menyatakan jawatan
khalifah adalah menjadi warisan dan hak Bani Hasyim.

Pengingkiran Abu Dzar al-Ghifari
Abu Dzar al-Ghifari adalah sahabat Nabi. Beliau telah mengkritik politik pentadbiran
Khalifah Uthman dan gabenor-gabenor yang hidup mewah. Akibatnya, Uthman telah
menyingkirkan Abu Dzar al-Ghifari ke sebuah kampung kecil. Hal ini kemudiannya
dieksploitasikan oleh sesetengah golongan untuk menentang pemerintahan Islam.

Tindakan Mengambil al-Hakam Bin al-As
Khalifah Uthman juga dikecam kerana memanggil semua bapa saudaranya iaitu al-Hakam
Bin al-As bersama keluarganya ke MAdinah padahal beliau telah dihukum buang daerah oleh
Nabi kerana kebiadapannya yang dilakukan terhadap Nabi. Tindakan Uthman seolah-olah
mengingkari perintah Nabi. Isu ini kemudiannya dieksploitasikan untuk menentang Khalifah
Uthman.

MASYARAKAT ISLAM DI IRAQ

Pengenalan
Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, berlakunya beberapa peristiwa pembukaan wilayah di
Utara Semenanjung Arab secara meluas seperti di Iraq, Syam dan Mesir. Mereka yang
terlibat dalam pembukaan wilayah tersebut digelar ahl-al-ayyam. Kebanyakan mereka terdiri
daripada suku kecil dan suku Syaiban adalah yang majoriti. Semasa Khalifah Umar al-
Khattab, bilangan ahl al-ayyam dikatakan sebanyak 12,000 orang.

Golongan di Iraq
Terdapat 3 golongan utama.
1. Mereka yang pernah murtad dan menentang Kerajaan Madinah
2. Muhajirin dan Ansar
3. Golongan ahl al-ayyam (peneroka)

Golongan Pertama
Dikecualikan daripada menjawat jawatan penting oleh Khalifah Umar al-Khattab.

Golongan Kedua
 Bilangannya tidak ramai.
 Kebanyakannya balik ke Hijaz, Mekah, Madinah dan Taif selepas selesainya
pembukaan Iraq.

Golongan Ketiga
 Menjadi penting setelah golongan di atas keluar.
 Digelar sebagai trustee.
 Mengelolakan tanah yang dikuasai oleh orang Islam di Iraq dan menganggap sebagai
hak milik mereka yang tidak boleh ditukar milik.
 Menikmati kekuasaan yang penuh terhadap tanah-tanah yang ditakluki di Iraq.
 Ada di antara mereka berkongsi tugas menerima cukai yang dikutip oleh pegawai dan
ketua tempatan, dahaqin dan menukar mata wang kepada perbendaharaan negara.
 Boleh juga menjadi penyelia kerja-kerja dan pemungut cukai kepada (jizyah).

Pentadbiran Ketenteraan Islam di Kufah
Projek Perumahan dan Pentadbiran Sosial
 Tentera Islam telah disusun secara Sistem 'ashar (10 kelompok) kemudian ditukar
menjadi asba' (7 kelompok) dan 'arafah (unit).
 Perubahan ini diperlukan kerana ramai ahl al-ayyam tidak beada di Kufah kerana sibuk
dengan peperangan di perbatasan dan menjalankan tugas di bahagian lain di Iraq.
 Selain itu, sistem 'ashar yang dibentuk itu juga bertujuan ketenteraan tetapi kini kempen
ketenteraan berkurang, maka sistem ini perlu diubah.

Pentadbiran Kewangan
 Semua pembayaran elaun atau gaji dibuat oleh pemegang amanah (ahl al-ayyam),
kelompok 7 dan pemimpin kumpulan, kemudian dipindah kepada ketua-ketua unit
('urafa), naqib-naqib dan umana'.
 Setiap 'arafah mengagihkan 100,000 dirham kepada anggotanya: -
a. Unit ahl al-ayyam
20 lelaki - 3,000 seorang
20 perempuan - 340 seorang
340 kanak-kanak - 100 seorang
b. Unit ahl al-Qadisiyah
43 lelaki - 2,000 seorang
45 perempuan - 200 seorang
500 kanak-kanak - 100 seorang
c. Unit ahl al-rawadif (pendatang baru)
60 lelaki - 1,500 seorang
60 perempuan - 100 seorang
40 kanak-kanak - 100 seorang
 Bagi pewira yang layak menerima elaun, jumlahnya adalah seperti berikut: -
a. Muhajirin / Ansar - 3,000-5,000 dirham setahun
b. Ahl al-ayyam - 3,000 setahun
c. Orang yang menyertai perang Yarmuk dan Qadisiyah, pernah murtad dan bukan
murtad - 2,000 setahun
d. Rawadif - 1,500-2,000 setahun

Pembukaan Kota Basrah
 Penubuhan Kota Basrah yang sebenar bermula pada 17 H / 638 M.
 Tujuan: untuk mengurangkan tekanan penghijrahan yang tidak berhenti-henti di Iraq.
 Komposisi anggota tentera Islam di Basrah pada mulanya terdiri daripada suku-suku
yang berasal dari kawasan Timur Semenanjung Tanah Arab seperti Tamim, Bakar dan
sebagainya.
 Mereka merupakan pendatang baru, tidak memainkan peranan utama dalam perang al-
Riddah dan penaklukan awal negeri Iraq.
 Dikatakan pendatang di kawasan ini lebih kurang 300 orang (pada perawalan).

Pentadbiran Ketenteraan Islam di Basrah
Pentadbiran Sosial
 Pada awalnya masyarakat di susun secara sistem genealogi (salasilah).
 Kemudian digantikan dengan sistem 'arafah (unit) disebabkan ketibaan pendatang baru
yang tidak berhenti-henti menyebabkan kelompok suku Basrah berbeza-beza dari segi
saiz.

Pentadbiran Kewangan
 Dalam pengagihan elaun di bawah sistem 'arafah, hanya pemimpin yang diiktiraf sahaja
layak menerima elaun.
 Jumlah yang diterima ialah 2,500 dirham, sementara yang lain ialah 250-300 dirham.
 Bagi pendatang baru, elaunnya rendah.
 Pendatang baru tidak puas hati - menimbulkan kekacauan.
 Khalifah Umar menaikkan alaun kepada 2,000 dirham untuk menyelesaikan kekacauan
dengan alasan mereka berani dalam Perang Nihavan.

Kemunculan Golongan Baru di Iraq
Golongan al-Qurra
 Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, sebilangan ahl al-ayyam memberontak kerana
pengambilan kuasa pentadbiran wilayah Iraq oleh kaum Quraisy dan penyokong
Uthman.
 Mereka disingkir dari Kufah dan digelar al-Qurra.
 Istilah ini merujuk kepada kata dasar qaf ra ya yang bermaksud orang kampung.

Golongan Khawarij
 Kaum al-Qurra di Iraq memberi sokongan kepada Khalifah Ali ketika menentang
Aisyah, Talhah dan al-Zubayr dalam Perang Jamal dan menentang Muawiyah dalam
Perang Siffin.
 Selepasnya kaum al-Qurra berpaling tadah dengan Khalifah Ali dan keluar dari barisan
tentera Khalifah Ali dan digelar Khawarij.
 Khawarij berasal dari kata dasar kharaja bererti keluar.

Mawali atau Orang Ajam
 Orang bukan Arab.
 Terdiri dari kaum Parsi.
 Bilangannya tidak ramai kalau dibandingkan dengan zaman Bani Umayyah.

MASYARAKAT ISLAM DI SYAM

Pengenalan
Syam merupakan sebuah wilayah di Utara Semenanjung Tanah Arab yang penting
merangkumi Palestine, Jordan dan Syria. Ia diduduki oleh bangsa Arab dan bukan Arab.
Pengaruh Kristian juga kuat. Sebelum Islam, ia terletak di bawah Kerajaan Rom (Byzantine).
Sejak dahulu lagi, orang Arab Badwi telah membuka beberapa petempatan dan kerajaan
seperti Hims, Petra dan Palmyra di kawasan Syam. Kaum Arab di Syam terdiri daripada suku
Kalb, suku Lakham dan suku Jurham. Selain itu, terdapat juga bangsa asing seperti Syrian,
Yahudi dan Rom.

Masyarakat Selepas Kedatangan Islam
 Kebanyakan mereka mula memeluk Islam
 Merupakan peyokong Khalifah Uthman dan Muawiyah yang selepasnya menjadi
Gabenor Syam.
 Di Jazirah (Mesopotamia) terdapat masalah - perbalahan antara kaum Qays dan Rabi'ah
sejak zaman Khalifah Uthman.
 Kaum Qais - pendatang lama
 Kaum Rabi'ah - pendatang baru
 Muawiyah menyelesaikan masalah ini secara muafakat
 Tetapi selepas Muawiyah meninggal dunia - masalah perbalahan berlaku lagi

MASYARAKAT ISLAM DI MESIR

Pengenalan
Mesir adalah sebuah negeri tua yang diperintah oleh 30 buah Dinasti Firaun. Setelah itu
diperintah oleh Iskandar Zulkarnain, setelah itu Ptolemys, Rom dan Islam.

Zaman Sebelum Islam
 Majoriti terdiri daripada kaum Qibti beragama Kristian
 Agama Kristian menjadi agama rasmi di Mesir pada 381 M
 Sebelum itu, penduduk Mesir menganut agama Buddha
 Agama Kristian terbahagi 2: Katolik dan Protestant
 Dua mazhab ini saling bergaduh sehingga akhirnya Rom mengambilalih Mesir (30 SM)
 Cukai tinggi - penduduk marah - membuka jalan kepada penguasaan Islam

Zaman Selepas Islam
 Bermula pada zaman Khalifah Umar al-Khattab
 Sejak itu, ramai bangsa Arab berhijrah ke situ
 Akhirnya, bangsa Arab menjadi majoriti dan bahasa Arab menjadi bahasa rasmi

MASYARAKAT ISLAM ZAMAN BANI UMAYYAH

Pengenalan
Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufian pada tahun 661 M.
Beliau daripada keturunan Bani Umayyah, bekas Gabenor Syam dan seorang pemimpin yang
pintar dan mempunyai fikiran yang tajam. Penubuhan Kerajaan Bani Umayyah menyebabkan
sistem pemerintahan demokrasi dan pemilihan Khalifah Islam berdasarkan Sistem Syura
lenyap dan mewujudkan sistem pemerintahan monarki dan pemilihan Khalifah Umayyah
berdasarkan sistem warisan. Kerajaan Bani Umayyah dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap
kelahiran (661-705 M), zaman kemajuan dan pembangunan (705-724 M) dan zaman
kehancuran (724-750 M). Pada zaman ini, masyarakat Islam terbahagi kepada golongan
pemerintah, kaum Mawali, golongan Zimmi dan golongan hamba.

Golongan Pemerintah
Golongan pemerintah diterajui oleh keluarga dari Bani Umayyah. Nama ini diambil sempena
nama ketua keluarga Umayyah Bin Abd Syams Bin Abdul Manaf Bin Qusay Bin Kilab dari
keturunan Quraisy.

Kerajaan ini diperintah oleh dua keluarga besar iaitu keluarga Abu Sufian (23 tahun) dan
keluarga Marwan (68 tahun). Terdapat 3 orang Khalifah dari keluarga Abu Sufian iaitu
Muawiyah Bin Abu Sufian (661-680), Yazid Bin Muawiyah (680-683) dan Muawiyah Bin
Yazid (683). Bagi keluarga Marwan, terdapat 11 orang Khalifah dimana kumpulan pertama
dimulakan oleh Marwan I Bin al-Hakam (684-685) dan diakhiri oleh Hisham Bin Abdul
Malik (724-743). Khalifah bagi kumpulan kedua ialah al-Walid II bin Yazid, Yazid III Bin
al-Walid, Ibrahim Bin al-Walid dan Marwan Bin Muhammad.

Semasa keluarga Abu Sufian, masyarakat Islam aman dan stabil. Ketika keluarga Marwan
mengambilalih pemerintahan, negara Islam tidak stabil dan kucar-kacir. Keadaan ini
diselamatkan oleh Abdul Malik Bin Marwan. Dengan itu, Kerajaan Bani Umayyah mulai
mengalami zaman kegemilangan. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah menegakkan semula
sebuah komuniti Islam yang teguh tetapi penggantinya tidak berhati-hati, cuai dengan
tanggungjawab menyebabkan usaha Umar disia-siakan.

Sebahagian besar corak kehidupan Khalifah Kerajaan Bani Umayyah terikut dengan corak
pemerintahan Kerajaan Byzantine dengan dikelilingi kemewahan dan hiburan. Perpecahan
masyarakat ketara. Antara gerakan penentangan yang terkenal ialah gerakan Azariqah dan
Najdiyah.

Golongan Mawali
Terdapat dua pandangan.

Pandangan pertama - negatif. Ia disokong oleh J. Wellhausen, Goldziher dan Belyaev.
Mereka berpendapat bahawa Mawali tidak mempunyai tempat dalam pemerintahan dan
pentadbiran. Ia disebabkan pemerintahan Bani Umayyah berlandaskan semngat Asabiyah
keturunan Arab. Oleh itu, orang Arab diberi keutamaan dalam semua perkara manakala kaum
Mawali tidak dapat memegang jawatan penting dan tidka bebas bergerak. Dari segi ekonomi,
mereka merupakan golongan berpendapatan rendah dan tidak menerima ganjaran atau sara
hidup yang tetap dalam perkhidmatan ketenteraan. Dari segi sosial, golongan Mawali tidak
boleh berkahwin dengan perempuan Arab. Pernah dikatakan bahawa golongan Mawali ini
diperintah untuk balik ke Kufah bagi mengusahakan pertanian. Tangan dan kaki mereka
dicop dengan nama kampung supaya dapat dikesan. Dari segi Agama, kaum Mawali tidka
boleh solat bersama-sama kaum Arab sehinggalah beberapa buah masjid dibina khusus untuk
Mawali. Mereka dikehendaki membayar jizyah (cukai perlindungan) walaupun beragama
Islam.

Pandangan kedua menghala ke positif. Dari segi pemerintahan dan pentadbiran, mereka
dikatakan memainkan peranan penting. Mereka telah menjadi pegawai Jabatan Kewangan
(Diwan al-Kharaj). Sebagai contoh, Maymun Bin Mihran menjadi Pengarah Jabatan Cukai di
Jazirah oleh Umar dan Ubaidullah Bin Barray menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Iraq oleh
Muawiyah. Selain itu, mereka juga menjadi pegawai Jabatan Urusetia (Diwan al-Khattam)
yang bertanggungjawab mengecap surat rasmi kerajaan. Kerja ini merupakan kerja yang sulit
dan rahsia dan memerlukan orang ikhlas dan jujur serta amanah. Sebagai contoh, Junah (oleh
Khalifah Abdul Malik), Syu'aib al-Sabi (oleh Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik), Amir
Binal-Harith dan Qatan (oleh Khalifah Yazid Bin al-Walid). Mereka juga pernah menjadi
pegawai Jabatan Perhubungan Awam (Diwan al-Rasa'il) seperti al-Laith Abi Ruqayyah,
Rusydayn dan Salim. Mereka juga berkhidmat sebagai pengawal dan penjaga istana. Tuganya
ialah menjaga keselamatan istana dan dibayar gaji setimpal dengan kerja yang dilakukan.
Contohnya Abu Mukhriq dan Khalid Bin Dayyan. Rabah, Khalid, Safwan dan Jubayr pula
menjadi Hajib yang bertugas menyoal siasat pengunjung istana sebelum masuk bertemu
dengan Khalifah. Di Afrika Utara dan Maghribi, Abu al-Muhajir Dinar dan Yazid Bin Abu
Muslim menjadi Gabenor wilayah. Dari segi ekonomi, mereka hidup kaya raya seperti Fairuz
Husayn. Hal ini membuktikan bahawa bukan semua kaum Mawali hidup dalam kemiskinan.
Dari segi ketenteraan, ia dimonopoli oleh orang Arab dan tiada jawatan yang diberi kepada
kaum Mawali. Angkatan tenteranya diketuai oleh orang Arab Syria sama ada keturunan
Yaman atau Qais. Bani tentera pembantu, ia terdiri daripada kaum Arab dan Mawali. Tentera
Arab didaftar dan dibayar gaji manakala tentera Mawali berkhidmat sebagai tentera infanteri,
tidak didaftar dan dibayar gaji.

Gerakan Penentangan Bani Umayyah
Gerakan Azariqah
Gerakan ini dipimpin oleh Azraq Bin Nafi. Is muncul di Basrah pada 683 M berikutan
dengan penyingkiran Ubaidullah Bin Ziyad dan kematian Khalifah Yazid I. Kemudiannya,
gerakan ini berpindah ke Ahwaz dan Kirman dan berjaya memberi tentangan hebat kepada
Ibn al-Zubayr. Jumlah tenteranya ialah 20,000 orang. Mereka berjaya menguasai Ahwaz,
Fars, Kirman, Isfahan dan Tabaristan. Pemimpin yang lain bagi gerakan ini ialah Qatari Bin
Fuja'ah. Doktrin kaum Azariqah ialah (1) orang yang berzina, derhaka kepada ibu bapa,
membunuh dianggap kafir dan kekal dalam neraka; (2) menghukum kafir ke atas orang yang
tidak menyertai Azariqah; dan (3) mengharuskan rampasan harta benda orang yang
mengingkari mereka.

Najaiyah
Gerakan ini diasaskan oleh Najdah Bin Amir al-Hanafi. Ia muncul serentak dengan Gerakan
Azariqah. Dari segi matlamatnya, ia sama dengan Azariqah iaitu menjatuhkan Bani Umayyah
dan kuasa Ibn al-Zubayr. Pada permulaannya, gerakan ini bekerjasama dengan Azariqah
tetapi disebabkan perbezaan ideologi, akhirnya berpecah. Perbezaan ini berlaku dimana
Azariqah mengamalkan konsep isti'rad (menghalalkan darah sesiapa sahaja yang tidak
menyokong mereka) dan Najdiyah menganggap ia terlampau. Golongan Najdiyah
berpendapat bahawa mereka yang tidak sokong hanya boleh dikenakan kafir apabila mereka
menentang. Najdiyah menubuhkan komuniti sendiri, mengamalkan al-Quran mengikut
tafsiran mereka. Mereka tidak mewajibkan adanya Khalifah tetapi perlu mematuhi al-Quran.
Mereka terdiri daripada kaum Badwi dan lebih bergiat dalam politik dan ketenteraan
berbanding dengan teologi.

Penentangan Kaum Syi'ah
Penentangan bermula sejak zaman Muawiyah Bin Abu Sufian. Pembunuhan Husayn di
Karbala menaikkan semangat mereka untuk menentang Muawiyah. Berikutan peristiwa
karbala, wujud golongan al-Tawwabun pimpinan Sulayman Bin Surad al-Khuza'i (pengikut
Khalifah Ali yang setia). Golongan ini berasa berdosa dan bertaubat kerana tidak
mempertahankan Husayn dan bagi menebus dosa, mereka mesti berjuang dan berkorban bagi
menentang Bani Umayyah. Perjuangan Syi'ah disambung baik oleh Mukhtar. Perjuangan al-
Mukhtar berbeza dengan kaum Syi'ah kerana (a) orang pertama memperjuangkan hak dan
kedudukan Muhamamd al-Hanafiyah. Sebelum itu, kaum Syi'ah memperjuangkan hak dan
kedudukan Husayn; (b) orang pertama menonjolkan jawatan Wazir yang tidak pernah
dilakukan oleh Syi'ah; (c) tindakannya tidak direstui oleh Muhammad al-Hanafiyah; dan (d)
cuba memihak kaum Mawali menyebabkan kaum Syi'ah kecewa. Kaum Mawali menyokong
al-Mukhtar kerana perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Bani Umayyah yang
bersifat perkauman Arab. Al-Mukhtar telah mengambil kesempatan ini untuk
memperkukuhkan kedudukannya.

MASYARAKAT ISLAM ZAMAN ABBASIYAH

Pengenalan
Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. Pusat pemerintahannya di Kota Baghdad.
Khalifah pertama Kerajaan Abbasiyah ialah al-Abbas al-Saffah. Kerajaan ini mengamalkan
sistem berdasarkan sistem warisan. Kerajaan ini diperintah oleh 37 orang Khalifah dari tahun
750-1258 M. Kerajaan mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-
Rasyid dan anaknya al-Makmum.

Ciri-ciri Masyarakat Abbasiyah
Semangat Fanatik Orang Arab Makin Luntur
 Sebab: tampuk pemerintahan dipengaruhi oleh bangsa asing.
 Ramai Khalifah beristeri berketurunan Parsi dan Turki.
 Begitu juga bagi orang Arab yang lain - beristeri bangsa asing melalui sistem poligami,
gundik atau hamba abdi.

Kedudukan Kaum Wanita
 Dikawal ketat pada awalnya.
 Zaman berikutnya - mulai terlibat dalam urusan pentadbiran, contoh isteri Khalifah al-
Mahdi, al-Khayzurum dan isteri Harun al-Rasyid, Zubaidah.
 Adanya yang menyertai peperangan, mengetuai golongan penyair, terlibat dalam bidang
intelektual dan kesenian.
 Zaman akhir - kedudukan jatuh ke paras yang rendah - sebab: merebaknya sistem
gundik yang berlebihan serta kealpaan yang mengikut hawa nafsu dan hidup yang lebih
materialistik.

Sistem Perhambaan
 Semakin meluas.
 Kebanyakan digunakan oleh Khalifah, Wazir dan pembesar bukan Islam.
 Diperolehi melalui paksaan atau tawaran perang atau dibeli.
 Kebanyakan keturunan Negro, Turki, Yunani, Slav, Armania dan Barbar.
 Hamba perempuan yang masih perawan dijadikan penyanyi, penari atau gundik.

Golongan Masyarakat
 2 golongan utama: (a) golongan atasan - bangsawan, pembesar, panglima, sasterawan,
sarjana, pelukis, saudagar, pemahat dan golongan pemahat yang lain; (b) golongan
bawahan - petani, pengembala, penduduk Zimmi.
 Orang Kristin diberi layanan baik - ada yang dilantik menjadi Wazir dan pegawai tinggi
- dibenarkan menghantar pengembang agama ke China dan India.

Sukan
 Berkembang pesat.
 Permainan catur diperkenalkan semasa Khalifah Harun al-Rasyid.
 Permainan lain: memanah, memburu, berlumba kuda, polo, melontar lembing.

MASYARAKAT ISLAM DI CHINA

Pengenalan
Agama Islam disebarkan ke negeri China sejak abad ke-7 M. Islam masuk ke China dari
negeri Arab melalui jalan darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama
Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap agama
bangsa lain.

Cara Kemasukan Islam ke China
Versi Pertama
 Dibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib).
 Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo.

Versi Kedua
 Semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin
Abi Waqas bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei.
 Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san.

Versi Ketiga
 Pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd.
 630 M, beliau tiba di Canton.
 Menjalankan aktiviti dakwah di Chuan Chow, Chong Chow dan Canton.
 Sebuah masjid dibina di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se.

Hubungan Awal Arab-China
 Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung membantu Firuz Bin
Yezdegird III (Raja Parsi) melancarkan serangan balas terhadap tentera Islam di
Khurasan - tetapi gagal.
 Khalifah Uthman mengirim perwakilan - menyebutkan bantahan - Lalu, hubungan
diplomatik diadakan.
 Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke sebelah Barat negeri
China, memasuki Sinkiang dan Kansu.
 Utusan dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah disebarkan
secara meluas di China.

Perkembangan Islam di China
Peringkat Awal
 Terdiri daripada pendatang Arab dan Parsi.
 Berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat
tempatan.
 Petempatan orang Arab: Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton).

Dinasti Tang (618 - 905 M)
 Mengikut catatan, sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam.
 878 M, terdapat 120,000 orang asing - kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam.
 Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China.

Dinasti Sung (960 - 1279 M)
 Aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas.
 Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan
perdagangan secara bebas - manarik ramai pedagang Islam.
 Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China.

Dinasti Yuan (1127 - 1368 M)
 Para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai
pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya.
 Semasa Kublai Khan - 12 orang panglima beragama Islam.
 Abdul Rahman - pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut
Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara.
 Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan
(digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya).
 Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam. Alauddin
menjadi Wakil Panglima dan Ismail menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam.
 Jamaludin - tokoh sains dan astronomi Islam. Telah mencipta Wan-nien-li.
 Mengikut Ibn Battutah - setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton,
jumlah orang Islam besar, terdiri daripada Arab, India, Parsi - disini terdapat Kadi dan
Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di pinggir Canton dan
Chang-an. Ulama besar: Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.

Dinasti Ming (1368 - 1644 M)
 Merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China
beragama Islam.
 Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan
Taoism.
 Maharaja pertama - Chu Yuan Chang - Maharaja Huang Chu.
 Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam
dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking.
 Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan
Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya.
 Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao.
 Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini - Bukti: Nanking
sahaja terdapat 36 buah masjid.
 Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho
dan sebagainya.
 Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan
orang Islam Yunnan - mereka dipanggil Han Hui.
 Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.

Dinasti Ching (1644 - 1911 M)
 Kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan China.
 Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su, Yunnan dan
Shensi menyebabkan 11 juta orang Islam terkorban.

MASYARAKAT ISLAM DI INDIA

Pengenalan
Di kalangan masyarakat Arab, India dikenali sebagai Sind atau Hind. Sebelum kedatangan
Islam, India telah pun mempunyai hubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Apabila
Islam hadir, hubungan perdagangan antara India dan Arab masih diteruskan. Kawasan-
kawasan pantai termasuk Lautan Hindi telah menjadi sasaran para pendakwah untuk
menyebarkan agama Islam.

Perkembangan Awal Agama Islam di India
 Islam mula tiba di India pada kurun ke-7 M.
 636-637 M, tentera Islam cuba menawan Thana - gagal.
 634 M, tentera Islam menyerang India - dipimpin oleh Abdullah Bin Amir - berjaya
menawan sebahagian besar Lembah Hind.
 Zaman Muawiyah Bin Abu Sufian - menawan Kabul dan Lahore.
 Zaman Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik - menembusi benteng pertahanan India.
 712 M, Muhammad Bin al-Qasim menawan Daibul dan meruntuhkan beberapa buah
kuil Hindu dan Buddha dan mendirikan sebuah masjid.
 Kemudian, beliau dilantik menjadi Gabenor wilayah Multan.
 Ramai orang menyambut ketibaan tentera Islam seperti puak Jat dan Med.
 Beliau (a) membebaskan orang yang tidak menentang atau tidak terlibat dalam perang;
(b) menjamin keselamatan harta benda dan nyawa penduduk; (c) mengenakan jizyah
terhadap bukan Islam; dan (d) menjamin tidak meruntuhkan kuil dan gereja kalau
mematuhi pemerintahan Islam.
 Ramai rakyat dari golongan Brahmin telah dilantik untuk menjawat jawatan tinggi.
 Perkembangan Islam terbantut apabila Muhammad Bin al-Qasim diperintah pulang oleh
Khalifah Bani Umayyah.

Kerajaan Ghaznawi
 Zaman Mahmud Ghaznawi, Punjab menjadi daerah Islam.
 Penaklukan Punjab menamatkan ancaman lanun terhadap pedagang Islam, menamatkan
ancaman raja Hindu terhadap Kerajaan Bani Umayyah.
 Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula kepada penduduk
tempatan untuk meneruskan pemerintahan mereka.
 Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan penting.
Misalnya, Tilak seorang jeneral beragama Hindu dilantik sebagai pemerintah wilayah
Punjab.

Kerajaan Ghori
 Muhammad al-Ghori menakluk semula wilayah yang membebaskan diri semasa
Kerajaan Ghaznawi.
 Setiap wilayah ditinggalkan seorang wakil untuk memerintah mangikut lunas Islam.
 Pembesar Hindu tidak dibenarkan mengendalikan pentadbiran daerah.
 Setelah kemangkatan Muhammad al-Ghori - Kerajaan Ghori mulai berpecah-belah.

Kesultanan Delhi
 Terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Tughluq, Dinasti Khalji, Dinasti Lodi,
Dinasti Suri, Dinasti Syeid - Delhi menjadi pusat pemerintahan.
 Dinasti Mamluk diasaskan oleh Qutbuddin Aibek (bekas hamba Muhammad al-Ghori) -
seorang yang tegas dan adil - seorang pemurah (sehingga digelar Laksh-Baksh).
 Dinasti Mamluk berakhir pada zaman Ghiyasuddin Balban - beliau berjaya membentuk
dan membangunkan masyarakat bertamadun.
 Alauddin Khilji - pemerintah terkenal Dinasti Khilji.
 Baginda bercita-cita menakluki dunia seperti Iskandar Zulkarnain.
 Mengenai projek ini - baginda memerintah agar perkataan Iskandar kedua ditulis pada
mata wang negara.
 Atas nasihat Allu Muluk, niatnya dihentikan - baginda dinasihati supaya memberi
perhatian dalam pentadbiran negara, meneruskan usaha menewaskan raja Hindu yang
belum tunduk kepada Delhi.
 Atas nasihat ini, baginda mula (a) mengharamkan penjualan minuman keras; (b)
mengawal perkahwinan antara pembesar; (c) mengharamkan perhimpunan pembesar
tanpa kebenaran Wazir; dan (d) memaksa memulangkan cukai yang dikutip kepada
penduduk terhadap Zamindar.
 Pada zaman ini, kegiatan perdagangan dijalankan di kawasan Teluk Benggala sehingga
Pergunungan Kabul dan dari Tulingana ke Kashmir.

Kerajaan Moghul
Akbar
 Pemerintah ke-3 Kerajaan Moghul.
 Seorang yang mengamalkan dasar liberal.
 Beliau (a) mengasingkan hal ehwal pentadbiran dengan agama; (b) menghapuskan
perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa; (c) semua rakyat diberi hak sama rata
sama ada menganut Islam atau tidak; dan (d) amalan perhambaan dihapuskan -
mendapat sokongan politik daripada semua rakyat.
 Beliau menggalakkan perkahwinan politik di antara kerabatnya dengan kerabat diraja
Hindu, misalnya baginda sendiri mengahwini puteri Raja Rajputna - mereka masing-
masing boleh mengamalkan agama asal setelah berkahwin.
 Semua rakyat dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan, misalnya Todal Mal
menjadi panglima dan bendahari; Man Singh menjadi panglima juga dan gabenor.
 Baginda berusaha segera menghapuskan pemerontakan yang boleh mengapikan isu
perkauman dan keagamaan.
 Bahasa Arab - bahasa agama.
 Bahasa Turki - untuk bangsawan
 Bahasa Parsi - bahasa istana dan kesusasteraan
 Bahasa lain seperti Urdu (gabungan Arab, Parsi dan Hindi) dipopularkan.
 Kolej dan sekolah ditubuhkan - kurikulum pendidikan digubal.
 Rakyat miskin diberi pendidikan percuma.
 Undang-undang digubal bagi membolehkan orang bukan Islam memasuki sekolah khas
untuk orang Islam.
 Pendidikan wanita juga diberi perhatian.
 Undang-undang perkahwinan diperkenalkan (a) umur berkahwin - lelaki 16 keatas dan
perempuan 14 keatas; (b) perkahwinan mesti dilangsungkan atas persetujuan kedua-dua
mempelai; (c) mahar yang tinggi dilarang; dan (d) perkahwinan poligami dilarang
(berkahwin campur digalakkan dalam masyarakat majmuk).
 Baginda melarang adat sati, tidak menggalakkan para janda berkahwin lagi dan
melarang berkhatan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
 Dari segi agama, semua rakyat bebas beragama, agama bukan ukuran kedudukan.
 Baginda juga memperkenalkan agama baru - Din Illahi (1581 M).
 Din Illahi - gabungan Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster. Melakukan pemujaan Tuhan
dari semua agama utama di India. Ciri-ciri: (a) sebutkan Allahu-akbar dan jalla jalaluh
ketika bertemu dengan rakan; (b) jamuan mengingati arwah yang mati sekali seumur
hidup; (c) menahan diri memakan daging; (d) tidak menaiki kenderaan sesama tukang
sembelih, nelayan atau penangkap burung; (e) tidak boleh mengadakan hubungan jenis
dengan wanita hamil, tua, mandul, gadis bawah umur; (f) tidak boleh berkelakuan
mengikut hawa nafsu; dan (g) dilarang menyalahguna kuasa, tipu, mengumpat, berlaku
zalim, memeras ugut, bermegah diri.
 Usaha Akbar mempopularkan agama Din Illahi telah menjejaskan perkembangan Islam.
Contoh: hari beribadat ditetapkan pada hari Ahab sahaja, jizyah terhadap orang bulan
Islam turut dihapuskan.
 Akbar turut menghapuskan kira-kira 80 jenis cukai bagi meringankan golongan miskin,
antaranya cukai pasar, cukai tanah dan sebagainya.
 Baginda telah memberi bantuan kepada mangsa kemarau.
 Bagi mengatasi pengemis, pusat orang miskin didirikan di Khaipura (Islam) dan
Pharmapura (Hindu).
 Kalendar Islam turut dihapuskan.

Aurangzeb
 Baginda cuba mengembalikan kedaulatan umat Islam.
 Dari segi sosial, banyak surau dan masjid dibina bagi menggalakkan solat berjemaah,
orang Islam dibenarkan berkahwin secara poligami, orang Islam dibenar menyembelih
lembu dan orang bukan Islam dikenakan jizyah.
 Dari segi politik, orang bukan Islam dihadkan memegang jawatan penting.
 Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian digalakkan.

MASYARAKAT ISAM DI EROPAH

Pengenalan
Masyarakat Islam Sepanyol (Andalus) mewakili masyarakat Islam Eropah kerana di situlah
terdapatnya Masyarakat Islam di benua Eropah. Terdapat pelbagai kaum di sini seperti
Barbar, Arab, Muwalladun dan Mozarab. Selain masyarakat Islam Sepanyol, masyarakat
Islam Sicily juga penting peranannya di benua Eropah.

Kaum di Masyarakat Islam Sepanyol
Barbar
 Kebanyakan beragama Islam dan bukan kaum berpindah-randah
 Majoritinya tinggal di desa bekerja sebagai buruh dan petani
 Hanya sedikit yang tinggal di bandar bekerja sebagai tukang tangan
 Nenek moyang mereka merupakan pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol
 Mereka datang ke Sepanyol kerana mencari penghidupan baru
 Mereka bergabung dengan orang Arab bagi menghadapi penentangan orang Kristian
Arab
 Bilangannya kecil tetapi berpengaruh kerana merupakan golongan pemerintah
 Pengaruhnya tersebar dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban
 Memiliki ladang-ladang besar dengan hasil yang lumayan
 Pada mulanya, kaum Mawali bertuankan Arab
 Selepas itu, puak Mawali telah berasimilasi dengan orang Arab dan bersemangat Arab

Muwalladun
 Kaum Muslimin dari keturunan bangsa Sepanyol
 Lebih ramai daripada kaum Arab
 Dengan perkahwinan dengan kaum Arab, permisahan antara mereka lama makin lenyap
sehingga ada yang mengaku keturunan Arab
 Faktor mendorong bangsa Sepanyol memeluk Islam ialah perasaan bangga terhadap
agama baru yang dianuti

Mozarab
 Orang Kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam
 Tinggal di luar bandar dan bandar
 Bertutur mengikut loghat Rom
 Bagi yang terpelajar: boleh menulis dan bertutur Bahasa Arab dengan baik
 Ada di antara mereka sangat terpesona dengan kebudayaan Islam manakala ada yang
begitu fanatik terhadap bangsa dan agama mereka
 Bagi golongan yang bergitu fanatik terhadap bangsanya, mereka menyokong gerakan
yang dilancarkan oleh Ibn Hafsun yang dikatakan beragama Islam dan cuba
memperjuangkan kepentingan bangsa Sepanyol. Ada juga yang berhijrah ke negeri
Kristian di Utara Sepanyol.

Yahudi dan Hamba
 Puak Yahudi tidak ramai - mempunyai sumbangan dalam bidang intelektual
 Hamba terdiri daripada dua iaitu puak Negro dan puak Saqalibah (Slav) termasuk puak
Frank dan Utara Sepanyol
 Puak Saqalibah sangat berpengaruh dan bilangannya ramai - berkhidmat di istana dan
menjadi tentera upahan - menjad berpengaruh dalam politik selepas memeluk Islam

Perkembangan Masyarakat Islam di Sepanyol
 Pemerintahan Muluk al-Tawa'if (raja-raja puak) terbahagi kepada 3 puak besar - Barbar,
Saqalibah dan lain-lain (bangsa Arab dan Sepanyol)
 Setiap puak mementingkan kepentingan sendiri sahaja
 Mereka mengamalkan dasar agresif yang mengorbankan jiran tetangga
 Matlamat mereka: mencapai kemenangan walaupun dibantu oleh puak Kristian
 Perpecahan ini memberi peluang kepada orang Kristian di Utara untuk mengukuhkan
kedudukan mereka
 Kini, Kerajaan Muluk al-Tawa'if yang membayar ufti kepada orang Kristian
 Semasa Alfonso IV, baginda menerima ufti dari pemimpin Muluk al-Tawa'if seperti
Seville.
 1085 M, Toledo jatuh ke tangan Alfonso IV - kemudian menjadi tapak kuat tentera
Kristian bagi melancarkan gerakan Reconquista, penawanan semula Sepanyol oleh
orang Kristian

Kaum di Masyarakat Islam Sicily
Arab
Golongan elit - mereka menganggap golongan lain sebagai masyarakat kelas kedua

Barbar
 Kaum majoriti - berasal dari keturunan Barbar yang tinggal di Afrika Utara
 Sering diperalatkan oleh Kaum Arab
 Kebanyakan menganut Mazhab Maliki

Penduduk Tempatan
Menyamai golongan Muwalladun di Sepanyol

Perkembangan Masyarakat Islam di Sicily
 Semasa zaman Fatimiyah, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val di Mazara
manakala orang Kristian tertumpu ke kawasan Val Demone
 Semasa zaman pemerintahan Bani Kalb, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val
Demone yang majoriti penduduknya beragama Kristian
 Pihak pemerintah Bani Kalb cuba menyebarkan agama Islam di Val Demone tetapi
kurang berjaya
 Penduduk Islam pada zaman Bani Kalb semakin bertambah dengan penghijrahan
penduduk Islam dari Afrika Utara
 Sebab penghijrhan: kedudukan ekonomi, wabak penyakit pada tahun 1004-1005 M yang
merebak di Tunisia (Ifriqiya)
 Pada zaman Bani Kalb, pengaruh Mazhab Sunni lebih menonjol - banyak kitab teologi
mazhab Sunni dihasilkan
 Bagi pemerintah Bani Kalb, mereka dikatakan menganut Mazhab Syi'ah

MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA

Pengenalan
Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-
Buddha. Kepercayaan mereka diselaputi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha. Selepas
kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat meninggalkan amalan awal
mereka. Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan
seharian mereka yang membawa unsur Hindu-Buddha.

Masyarakat Islam di Melaka
 Terdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya.
 Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka - memainkan peranan
penting dalam politik, ekonomi dan sosial.
 Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa lingua
franca.

Pengelasan Masyarakat
 Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan.
 Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada.
 Kelas pemerintah: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai
gelaran Sultan atau Yang Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi,
baginda mempunyai daulat - bergantung kepada kekuatan rohaniyah dan jasmaniyah;
(2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'.
 Kelas diperintah: Rakyat dan hamba.
 Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang.

Hukuman
 Setiap golongn itu adalah berbeza.
 Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka.
 Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undang-undang untuk golongan merdeka.

Demografi Penduduk
 Raja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi keselamatan dan
pertahanan.
 Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan.
 Rakyat - kaki bukit.
 Orang laut - tepi pantai atau sungai.

Sistem Masyarakat
 Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung.
 Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin luas
bidang kuasa dan boleh juga terlepas dari hukuman.
 Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. Sebagai contoh, dalam istana
menjunjung duli, menteri dan pembesar didahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan
seterusnya. Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku oleh
pembesar dan rakyat.
 Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka.
 Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan kata-kata
raja menjadi undang-undang tanpa banyak budi bicara.
 Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan akan
menerima padah seperti hukuman bunuh.
 Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya - semakin
tinggi kedudukannya, semakin besar peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin
rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.

Adat-istiadat dan Peraturan
 Bercanggah dengan ajaran Islam.
 Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan oleh ketakwaan dan amal salihnya dan
bukannya keturunan.
 Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang selaras dengan ajaran Islam. Sebagai
contoh, hukuman rejam kerana berzina, potong tangan kerana mencuri.
 Adat-istiadat yang berunsur Islam juga dipraktiskan, contohnya menyambut bulan
Ramadan, Hari Raya Puasa dan sebagainya.

Masyarakat Islam di Filipina
 Masyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai masyarakat Moro.
 Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu. (abad ke-13, Tuan Mashaika dan Tuan
Maqbalu; 1380 - Karim al Makhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu
didirikan - raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja Baguinda mangkat, Abu
Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini, Islam tersebar ke
Maguindanao (Mindanao) pada 1460 M hasil dakwahan Sharif Awliya dan Sharif
Maraja.
 1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor) berkahwin dengan Tonina,
Puteri Cotabato - bermulanya sejarah kesultanan Islam di Filipina.
 Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan.
 Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan Sepanyol - kerajaan ini
runtuh.
 Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat.
 Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan dibuat ke atas
Mindanao. Sejak itu, peperangan sering berlaku antara orang Islam dan Sepanyol.

Masyarakat Islam di Pattani
 Islam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11 M.
 Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan memeluk Islam.
 1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran Sultan Ismail Syah - sejak itu, agama
Islam tersebar luas.
 Pattani yang dimaksudkan termasuk Naratiwath, Yala dan sebahagian Songkhla -
namanya diambil daripada nama Pak Tani.
 Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu.

Masyarakat Islam di Jawa
 Tarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan.
 Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam datang ke Jawa melalui pedagang-
pedagang - mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan dan mengembangkan
agama ini melalui perkahwinan.
 Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa oleh Maulana Malik
Ibrahim.
 Beliau datang ke Jawa pada 1416 M.
 Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan.
 Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan kesaktian yang tiada tandingan.
 Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala hal yang berkaitan dengan
Islam.
 Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk dalam wayang kulit,
gamelan dan sebagainya.

Rujukan: http://www.geocities.com/cominglucky/