You are on page 1of 24
1 HURAIKAN KEBERKESANAN LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN DAN MASYARAKAT DALAM USAHA MEMELIHARA PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI 1.0 Pengenalan Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana perasaab prasangka antara kaum boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan, maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan. Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk adalah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini yang menjadi tunjang kekuatan bagi sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan atau persengketaan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan terhadap masyarakat dan negara lebih-lebih lagi dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha untuk memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan. 2 Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mana masing-masing mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza- beza antara satu sam dengan yang lain. Oleh sebab masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, maka perpaduan bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan di mana usaha untuk menerapkan perpaduan di kalangan masyarakat sering menghadapi masalah mendapat kerjasama masyarakatnya yang berlainan budaya. Walaupun begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Secara umum, perpaduan adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) : “Tanpa perpaduan, negara itu akan terdedah kepada pelbagai-bagai kelemahan dan ancaman yang boleh menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri.” Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) Rajah 1 Keadaan ini telah menunjukkan betapa pentingnya bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia supaya Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang boleh menggugat kedaulatan dan kemakmuran negara untuk menjadi Malaysia sebuah negara yang aman dan maju. Tambahan pula, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang terdiri daripada bangsa, agama dan budaya yang berbeza. Inilah keistimewaan yang dimiliki kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Kepelbagaian budaya setiap kaum menjadikan masyarakat lebih bersikap terbuka dan dapat berkongsi amalan budaya masing-masing. 3 Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) : “Intergrasi national adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakan harapan kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk di Malaysia. Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya.” Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) Rajah 2 Pendidikan yang terdapat di Malaysia mempunyai hubungkait serta pertalian yang erat bagi memastikan negara kita dapat mencapai matlamat Wawasan 2020. Di samping itu juga, pendidikan juga memainkan peranan yang penting yang bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara majuyang mengikut acuan sendiri. Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan juga nilai bersama serta menanam perasaan cinta dan bangga akan tanah air mereka sendiri. Di samping itu juga, Kamus Dewan 1994 mentakrifkan perpaduan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa integrasi nasional bermaksud proses menyatupadukan masyarakat pelbagai kumpulan kaum yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Integrasi nasional Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dan keharmonian antara penduduk di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat di seluruh negara dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni . 4 Keadaan ini telah menunjukkan betapa pentingnya untuk mewujudkan semangat perpaduan dan intergrasi nasional dalam konteks Malaysia. Maka, kerajaan Malaysia dan masyarakat Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memastikan usaha bagi mencapai perpaduan dan intergrasi nasional tercapai untuk membantu Malaysia menjadi sebuah negara aman dan maju. 2.0 Usaha Dan Strategi Kerajaan Dalam Memelihara Perpaduan Kaum Perpaduan negara merupakan matlamat yang amat penting bagi semua negara bebas, merdeka dan berdaulat. Ia adalah satu jaminan yang terpenting bagi keutuhan nergara dan pentadbirannya. Negara kita iaitu Malaysia merupakan sebuah negara yang kompleks, bukan sahaja daripada struktur pemerintahannya tetapi juga dari segi penduduknya yang terdiri dari pelbagai kaum. Maka kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha dan strategi untuk mewujudkan perpaduan kaum di dalam negara. Usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan kaum di dalam negara dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu: I. Politik II. Ekonomi III. Sosial IV. Pendidikan V. Kebudayaan I. Politik Sebagai sebuah negara persekutuan, Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri dari pelbagai kaum dan kumpulan etnik yang berbeza dari segi agama, pekerjaan, kebudayaan dan juga kepentingan-kepentingan lain. Oleh itu,tugas utama kerajaan kita ialah mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat majmuk di negara ini dapat hidup aman dan tenteram. 5 Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006): “satu cara untik mewujudkan perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya”. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) Rajah 3 Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam bidang politik untuk menggalakkan perpaduan negara adalah berlandaskan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan iaitu :  Sistem kerajaan Berpersekutuan  Demokrasi Berparlimen  Kedudukan raja-raja Melayu  Bahasa kebangsaan  Hak mengamalkan agama masing-masing  Hak asasi rakyat Malaysia  Kedudukan Istimewa Kaum Bumiputera dan pribumi  Pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. 6 Menurut Wong Khek Seng et.al (2002) : “Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu.” Wong Khek Seng et.al (2002) Rajah 4 Di sini, parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang melambangkan perpaduan antara tiga parti- parti etnik di Malaysia. Parti Barisan Nasional yang mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan dan intergasi nasional dalam kalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suara rakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah memberi peluang kepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan Nasional. Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam Barisan Nasional akan bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akan mewujudkan perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, Barisan National bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat banyak lagi parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi pembangkang telah bergabung bersama untuk memerintah Malaysia. Penggabungan parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli. 7 Langkah-langkah keselamatan dan undang-undang juga memainkan peranan penting dalam mengawal dan mencegah pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama daripada melakukan kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan menggugat kestabilan negara. Opsyen lain untuk mengawal keadaan seperti kod etika antara parti politik dan seruan supaya bersikap dan bertindak sederhana kurang berkesan dalam bidang politik. II. Ekonomi Pengeimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah dalam konteks ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak. Program untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum oleh kerajaan. Selain itu, sektor swasta juga akan terus digalakkan untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha untuk menyeimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum bagi mengelakkan berlakunya sebarang diskriminasi dan penyelewengan terhadap mana-mana kaum. Ini juga adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya ketidakpuasan dalam diri mana-mana kaum. Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum berdasarkan pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza bagi mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Keadaan ini telah menyebabkan perpaduan kaum susah dipupuk malah menyebabkan berlakunya perpecahan antara kaum. Jadi, satu proses perkembangan ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dirangka oleh kerajaan Malaysia untuk membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. 8 Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004): Rajah 5 Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai salah satu dasar untuk menggerakkan rakyat untuk bersatu padu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat dapat diseimbangkan bagi tujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan antara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyatalah amat berkesan dalam memupuk perpaduan kaum kerana dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara kita. Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, ianya secara tidak langsung telah membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam dasar-dasar dan program-program tertentu. III. Sosial Negara Malaysia mempunyai rakyat dari pelbagai bangsa, keturunan, suku kaum dan golongan etnik yang amat berbeza di antara satu sama lain. Penempatan, pekerjaan dan kebudayaan yang berbeza telah menyebabkan perpaduan kaum di Malaysia susah dipupuk. Jadi, bagi menghapuskan jurang perbezaan ini, kerajaan kita telah banyak merangka dan melaksanakan program-program bagi mewujudkan “Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat. DEB mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya pada tahun1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hakmilik tersebut.” Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) 9 perpaduan sosial di kalangan kaum yang pelbagai ini. Program-program sosial telah ditumpukan kepada bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, pembentukan persatuan-persatuan masyarakat dan sebagainya. Kerajaan juga melaksanakan program penempatan semula yang boleh memberi peluang kepada semua kaum untuk hidup bersama dalam suatu penempatan yang lengkap dan sempurna. Program-program ini amat berkesan kerana apabila kaum yang berlainan hidup dalam suatu penempatan yang sama, adat resam dan budaya kaum akan lebih mudah difahami dan dihormati. Selain itu, Rukun Negara penting dalam membina perpaduan kaum kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat. Antara lain, kerajaan juga mewujudkan banyak dasar yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep „1 Malaysia‟. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004): Rajah 6 Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan- amalan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah “Untuk menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.” Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004): 10 menunjukkan bahawa kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin mereka ke arah perpaduan intergrasi nasional. IV. Pendidikan Dalam aspek pendidikan, kerajaan mewujudkan satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti yang menggunakan satu bahasa pengantaraan, kurikulum dan kokokurikulum yang seragam atau sejenis peperiksaan serta sejenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama kepada semua lapisan generasi muda yang terbabit agar adil dan saksama kepada semua pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di negara pada peringkat sekolah rendah dan menengah turut dijadikan sebagai satu matapelajaran pilihan semua pelajar. Oleh itu, setiap pelajar bebas membuat pilihan terhadap mata pelajaran yang diminati tanpa sebarang paksaan. Berdasarkan kaedah sebegini, bukan hanya pelajar yang terdiri daripada bangsa yang sama sahaja yang belajar di dalam satu kelas malah melibatkan pelajar yang berbangsa lain. Situasi ini akan menimbulkan keseronokan belajar dan pelajar yang berbangsa lain juga berpeluang untuk mempelajari bahasa yang selain daripada bahasa ibunda mereka sendiri. Contohnya, pelajar yang berbangsa Melayu berpeluang dan bebas untuk memilih untuk belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C)) jika mereka berminat untuk mempelajari bahasa Mandarin. Begitu juga dengan bangsa lain. Di samping itu, untuk sekolah-sekolah dan institusi pendidikan yang mana pelajarnya terdiri dari satu kaum sahaja, tindakan yang efektif perlu diambil bagi membolehkan pelajar institusi pendidikan tersebut berinteraksi dan bergaul dengan pelajar institusi yang berlainan kaum. Antara langkah yang diambil adalah seperti acara-acara sukan, sosial, khemah, kerja dan sebagainya. 11 Sesungguhnya, pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik hari ini telah membuktikan bahawa mereka berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006): Rajah 7 Ini adalah penting kerana generasi muda inilah yang akan membentuk negara Malaysia pada masa depan sama ada masyarakatnya bersatu atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat pelbagai dasar dalam pendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk perpaduan didalam sistem pendidikan didalam sekolah. Sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan. Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak dibangku sekolah.” Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) 12 Menurut Wong Khek Seng et. al. (2002): Rajah 8 Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) : Rajah 9 Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan intergrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dikalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pembelajaran “Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk menyatu padu semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.” Wong Khek Seng et. al. (2002) “Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara. Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu. Kerajaan telah mewujudkan Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu oleh semua kaum. Cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.” Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) 13 secara percuma kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira asal- usul mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin boleh mendapat peluang belajar yang sama dengan pelajar lain. Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan. Kurikulum sekolah rendah dan menengah memberikan tumpuan sewajarnya kepada matapelajaran dan pembelajaran sejarah negara. Pendidikan dan aktiviti kurikulum menerapkan nilai-nilai mendokong pencapaian perpaduan negara. Sikap dan nilai-nilai termasuklah kesejahteraan, bertolak ansur, saling menghormati antara kaum dan agama, taat setia dan cinta kepada negara. Pendidikan sepanjang hayat iaitu program pendidikan dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal turut dilakukan bagi memastikan semangat perpaduan kaum dapat dikekalkan. Selain daripada isu yang ditekankan seperti yang telah dinyatakan di atas, kerajaan juga bertindak untuk melaksanakan dan menjalankan beberapa strategi untuk membantu meningkatkan perpaduan antara kaum di negara kita terutamanya bagi generasi muda yang masih lagi berada di bangku sekolah. Salah satu usaha yang diambil oleh kerajaan adalah seperti pada Jadual 1 di bawah. Jadual 1 : Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan  Tujuan penubuhan sekolah wawasan adalah untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat lebih mencintai negara atau bersemangat dan berjiwa patriotisme.  Sekolah Wawasa juga menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum secara berinteraksi dengan matlamat untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi semangat serta amalan yang muhibah serta terbentuknya semangat perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.  Masyarakat yang lebih harmoni juga dapat dibentuk melalui perhubungan yang mesra antara ibu bapa yang kerap kali bertemu di sekolah lebih-lebih 14 lagi jika terdapat sebarang aktiviti yang melibatkan kerjasama daripada ibu bapa seperti gotong-royong sekolah.  Hubungan murid-murid di sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya juga dapat diperbaiki secara tidak langsung. Perpaduan dan semangat silaturahim akan terbentuk kerana masing-masing terdiri daripada latar belakang dan budaya yang berlainan antara satu sama lain.  Sekolah Wawasan juga menggabungkan tiga sekolah yang terdiri daripada aliran yang brbeza dalam satu kompleks yang mana para pelajarnya akan menggunakan segala kemudahan atau infrastuktur sekolah secara bersama- sama.  Oleh itu, pelajar akan berinteraksi antara satu sama lain secara tidak langsung dan hubungan mereka akan menjadi lebih erat kerana mereka dapat memahami budaya, bahasa serta pemikiran kaum yang lain. Selain itu, peranan guru juga penting dalam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana di sekolah, guru banyak bersama dengan anak murid mereka dan mata pelajaran yang dipelajari murid-murid juga mempunyai unsur-unsur moral. Hal ini dapat disokong dengan garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang menekankan peranan guru sebagai pembina Negara Bangsa iaitu : I. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Guru akan menanamkan rasa cinta akan bahasa Malaysia ke dalam diri murid- murid mereka melalui setiap mata pelajaran kecuali mata pelajaran yang tidak menggunakan bahasa Melayu seperti Bahasa Inggeris, Arab dan sebagainya. Di sekolah jenis kebangsaan (SK), bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar. Hampir setiap mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Melayu dan murid- murid digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu. Program ilmiah seperti program wacana ilmu, minggu bahasa kebangsaan, pertandingan menulis, dan sebagainya turut dijalankan agar perasaan cinta terhadap bahasa dapat dipupuk yang mana sekaligus membentuk hubungan erat antara murid dan juga seluruh warga sekolah. 15 II. Memantapkan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Melalui aspek tersebut, kerajaan telah melaksanakan program Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Melalui pelaksanaan program tersebut, penyertaan masyarakat setempat dapat digalakkan dan seterusya dapat merapatkan hubungan yang erat dalam kalangan warga sekolah dan juga masyarakat setempat. Contohnya, dalam aktiviti merentas desa, ibu bapa digalakkan untuk mengikut serta dalam aktiviti tersebut bersama-sama dengan anak-anak mereka dan juga warga sekolah. Oleh itu, akan terjalinnya hubungan erat dalam kalangan masyarakat setempat dan juga warga sekolah. III. Memupuk Kecintaan Terhadap Seni, Warisan dan Budaya Bangsa Aktiviti perbarisan, istiadat menaikkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan, acara sambutan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya merupakan aktiviti yang dapat merangsang perasaan hormat dan cinta akan negara yang secara tidak langsung menggalakkan perpaduan antara kaum. Dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan banyak ditekankan nilai murni. Tambahan pula, program yang dirancang dapat menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Contohnya seperti kempen cintakan warisan seni bangsa dan Negara, kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan lain-lain. V. Kebudayaan Rajah 10 Melalui kegiatan budaya, rakyat dapat berinteraksi dan memahami antara satu kaum dengan yang lain. Hal ini akan memudahkan lahirnya rasa persefahaman, toleransi dan perpaduan di kalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang “Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi Negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu.” (http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/) 16 berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Terdapat tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan kebangsaan iaitu :  Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat rantau asal negara ini.  Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan.  Islam menjadi unsur penting dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan intergrasi nasional kepada rakyat yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung- mengunjung di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan masyarakat dapat mengenali budaya dan agama orang lain dan secara langsung akan mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan rakyat. Dengan ini, kita dapat tahu bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini amat berkesan dalam menjadi titik pertemuan dan asas perpaduan ke arah mewujudkan satu identiti nasional bangsa Malaysia. Kerajaan juga turut melaksanakan beberapa strategi lain bagi menanam semangat perpaduan. Antaranya ialah: I. Intergrasi Wilayah Langkah-langkah yang sedang diambil ialah penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan pengangkutan, peluasan sistem radio dan televisyen nasional kepada Sabah dan Sarawak dan Wilayah persekutuan Labuan. Tumpuan khusus kepada usaha intergrasi wilayah dan perhubungan centre-periphery dilakukan sehingga perpaduan sampai ke tahap yang memuaskan. 17 II. Strategi Keselamatan Strategi keselamatan terbahagi kepada dua aspek utam iaitu aspek pencegahan dan aspek pemulihan. Aspek pencegahan melibatkan usaha- usaha bagi mencegah dari berlakunya ancaman kepada keselamatan negara atau pihak awam manakala pemulihan pula ialah usaha untuk menenteramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik. Tambahan pula, aspek pencegahan merangkumi penguatkuasaan sekatan di sisi undang- undang ke atas hak kebebasan bercakap, berhimpun, tahanan preventif, penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan dan kawalan terhadap akhbar . Aspek pemulihan merujuk kepada keselamatan dan ketenteraman awam melibatkan tindakan-tindakan terutamanya daripada pihak polis dan dibantu oleh pihak-pihak lain seperti RELA, Rukun Tetangga III. Strategi Pembangunan Kawasan Pemaju perumahan serta pihak berkuasa hendaklah mengambil kira aspek pembangunan dalam memajukan kawasan setempat. Perkara ini dapat dilaksanakan melalui Jawatankuasa Penduduk seperti Rukun Tetangga dan penganjuran aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum. IV. Strategi Penggunaan Tenaga Manusia Majikan sama ada swasta ataupun kerajaan hendaklah memastikan bahawa sebarang faktor seperti kaum, agama dan budaya tidak mempengaruhi lantikan jawatan agar tidak akan menimbulkan sebarang implikasi dan juga komplikasi dalam mana-mana institusi. Majikan memainkan peranan mereka dengan menerapkan unsur-unsur perpaduan dalam kalangan pekerja melalui dasar syarikat dan program serta aktiviti yang dianjurkan. V. Strategi Media Massa Perkembangan media massa mampu menghubungkan hampir semua rakyat di negara kita termasuklah masyarakat terpencil yang tingal di kawasan pedalaman. Media massa sangat penting dan berkesan untuk membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat , pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerangan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan. Contohnya, rancangan televisyen yang 18 selalu menegaskan semangat kejiranan secara langsung dan tidak langsung dapat mewujudkan kesedaran dalam diri individu yang melihatnya. VI. Strategi Kesukanan Sukan merupakan bidang yang paling ideal bagi membentuk perpaduan dan intergrasi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum, umur dan taraf sosioekonomi. Acara sukan dapat mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan dan solidari tanpa mengira kaum dan keturunan masing-masing. VII. Strategi Pemasyarakatan Perpaduan Konsep pemasyarakatan perpaduan yang diperkenalkan pada tahun 1998 ialah satu strategi kerajaan ke arah menerapkan ciri identiti nasional bagi membangunkan bangsa Malaysia yang berasaskan semangat persaudaraan dan semangat kewarganegaraan yang tinggi melalui proses penerepan nilai- nilai murni mengenai perpaduan dalam kalangan smua lapisan masyarakat dengan menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada yang sesuai bagi maksud proses penerapan tersebut. VIII. Strategi Pertubuhan Sukarela Jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga dan persatuan-persatuan penduduk digunakan sebanyak mungkin sebagai saluran untuk menerapkan nilai-nilai murni, perpaduan dan intergrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan yang terancang. IX. Strategi Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan Memperbanyak penyelidikan mengenai perpaduan negara dan intergrasi nasional adalah sangat perlu bagi mengetahui pola hubungan kaum semasa. Pengesan ini dapat diperkukuhkan dengan adanya penerbitan bahan-bahan bacaan mengenai perpaduan dan integrasi dan adat resam masyarakat Malaysia. 19 X. Strategi Pemantauan Isu-Isu Semasa Dan Konflik Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi nasional secara berterusan dan sistematik merupakan langkah pengesanan awal. Pengesanan perhubungan sosial perlu dipertingkatkan lagi melalui sistem online kerana bukan sahaja maklumat dapat dikesan atau diperolehi dengan segera malah dapat membantu pihak jabatan dan agensi lain mengambil langkah pencegahan sekiranya terdapat sebarang isu yang tidak diingini berlaku. XI. Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) Dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN) Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL ) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri untuk membincangkan isu-isu perpaduan dan intergrasi nasional hendaklah memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan. XII. Strategi Program Dan Aktiviti Perpaduan Program pemetaan perpaduan merupakan satu proses untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu bagi meningkatkan kadar perpaduan dan semangat bekerjasama dalam kalangan golongan masyarakat setempat. Setiap kawasan yang disasar akan dilaksanakan program atau aktiviti bagi mengikat pertalian silaturahim. Aktiviti-aktiviti yang tersusun akan dirancang mengikut kumpulan sasaran. XIII. Strategi Lain Antara strategi lain yang dilakukan oleh kerajaan adalah seperti mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya dalam sesuatu masyarakat itu. Pengauditan dasar-dasar kerajaan akan dilakukan. Selain itu, kerajaan juga menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggunjawab kemanusiaan untuk rakyat Malaysia. Penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum di Malaysia juga dikeluarkan dalam jumlah yang banyak agar mencukupi dan informasi tersebut dapat disampaikan secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia. 20 3.0 Usaha Dan Strategi Sekolah dan Masyarakat Dalam Memelihara Perpaduan Kaum. I. Sekolah Sekolah juga memainkan peranan yang besar dalam memelihara perpaduan kaum. Keadaan ini berlaku kerana sekolah merupakan asas kepada pembentukan seseorang insan yang boleh mengamalkan nilai perpaduan dan intergrasi nasional. Sekolah jenis kebangsaan adalah lebih berkesan dalam usaha memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana dengan adanya sistem pendidikan berteraskan kebangsaan yang bersifat terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. II. Masyarakat Aktiviti kemasyarakatan merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memupuk perpaduan. Hal ini demikian kerana aktiviti masyarakat merupakan aktiviti yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. 21 Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama. Antara peranan yang boleh dilakukan oleh masyarakat dalam memastikan perpaduan kaum sentiasa terjalin dengan mantap adalah seperti :  Rukun Tetangga  Rumah Terbuka  Penerimaan Budaya  Program di Institusi Pengajian Tinggi  Peranan NGO Penerangan lanjut berkenaan peranan anggota masyarakat dalam menyemaikan dan mewujudkan semangat perpaduan dapat dilihat pada Jadual 2 seperti di bawah. Jadual 2 : Peranan Masyarakat Rukun Tetangga • Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1957 berikutan berkuatkuasanya peraturan-peraturan yang tertentu. Pada peringkat awal, Tukun Tetangga membolehkan rakyat untuk mengawal keselamatan di kediaman masing-masing. Contohnya, rakyat yang tinggal berjiran dapat tolong-menolong antara satu sama lain sekiranya terdapat pencerobohan di kawasan kediaman mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu mengeratkan silaturahim mereka. • Pada 1 Januari 1983, kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan yang memberikan penekanan kepada konsep 22 semangat kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. • Pada Tahun 2000, pendekatan Rukun Tetangga telah dibuat pindaan sekali lagi dengan memberikan mandat yang lebih bersifat meluas iaitu pembangunan masyarakat secara bersepadu ke arah mewujudkan perpaduan nasional. Rumah Terbuka • Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tibanya musim perayaan. • Setiap golongan etnik di malaysia akan kunjung-mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Jadi, hubungan antara mereka akan menjadi lebih baik dan mesra. Penerimaan Budaya • Masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. • Contohnya, ramai masyarakat bukan Melayu pada zaman kini mula menjadikan pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung sebagai pakaian mereka. Di tempat kerja misalnya, pekerja akan memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis. • Ini telah menunjukkan bahawa masyarakat mula berfikiran terbuka dan dapat menerima sisipan budaya dalam diri mereka. Program Di Institusi Pengajian Tinggi • Kandungan kursus atau silibus di semua institusi pendidikan haruslah menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang bersifat 23 harmonis dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum. • Saranan bagi mewujudkan Kelab Perpaduan atau kelab Rukun Negara di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan usaha bagi menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum. Peranan NGO (Non Government Organization) • Walaupun terdapat pertubuhan yang berasaskan golongan etnik, namun terdapat pertubuhan induk pada peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan yang etnik seperti pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Perniagaan, Perusahaan Malaysia dan sebagainya. • Selain itu, terdapat juga beberapa persatuan barisan kepimpinan yang disertai oleh pelbagai kaum di Malaysia seperti Kempimpinan Majlis Belia Malaysia. Berdasarkan keseluruhan isu, memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan setiap anggota masyarakat tidak boleh dipandang enteng dalam memastikan perpaduan antara kaum dapat ditanam dan dipraktikkan. Tambahan pula, peranan pihak swasta dan kerajaan amat diperlukan ke arah menyumbangkan dana bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan inovasi dan seterusnya membantu dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Tanpa persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia, segala rancangan atau agenda yang dirancang tidak dapat berjalan dengan lancar dan situasi sebegini akan menggugat sistem ekonomi negara kita. 24 4.0 Penutup Intihanya, langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan dan masyarakat dalam memelihara perpaduan kaum adalah sangat berkesan dan sangat diperlukan. Tetapi, tidak seratus peratus matlamat kerajaan kita dalam memupuk perpaduan anatara kaum tercapai. Perpaduan kaum di Negara kita masih lagi belum berada dalam keadaan yang stabil kerana terdapat segolongan masyarakat yang agak keras kepala dan bersikap pesimis terhadap program yang dilaksanakan. Jadi, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai. Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara. Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.