You are on page 1of 37

1

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaan
langkah-langkah menangani masalah emosi pelajar dan kebaikan
mengatasinya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebih 120
perkataan.
Tragedi seorang pelajar mati akibat terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah
memang menyayat hati. Begitu juga dengan cubaan pelajar perempuan tingkatan tiga
yang diserang histeria mengancam untuk terjun dari tingkat dua bangunan sekolah
mujur dapat diselamatkan. Dua kejadian ini walaupun boleh dikategorikan sebagai kes
terpencil namun tidak boleh diambil mudah kerana berkait rapat dengan masalah emosi
pelajar. Sakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar melibatkan mental.
Oleh sebab itu, satu usaha untuk mengenal pasti masalah depresi mental
dari peringkat awal perlu dilakukan oleh pihak sekolah agar dapat ditangani seawal
mungkin sebelum menjadi serius. Sebagai permulaan, kaunselor di sekolah perlu
memainkan peranannya supaya masalah berkaitan emosi pelajar ini tidak melarat
sehingga menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Kaunselor tidak lagi boleh
hanya sekadar mengadakan program berkaitan universiti terbaik, kerjaya pilihan atau
teknik menjawab soalan tetapi perlu meluaskan skop bidang mereka. Selain itu,
kaunselor perlu menganjurkan program yang boleh mewujudkan kesedaran ke arah
mengenal pasti punca, simptom dan kaedah menangani masalah berkaitan emosi.
Manakala guru kelas pula perlulah sentiasa peka dengan sebarang perubahan
tingkah laku pelajar. Mereka juga janganlah mengambil mudah sebarang ugutan atau
ancaman khususnya yang dinyatakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Dalam pada itu, langkah kementerian kesihatan bekerjasama dengan Kementerian
Pelajaran memperkenalkan modul kesihatan mental di sekolah menengah mulai Januari
2011 tepat pada masanya. Modul tersebut diperkenalkan di empat buah sekolah perintis
selama enam bulan sebelum dikembangkan ke seluruh negara menjelang akhir tahun
ini.
Pada masa yang sama, pentadbir sekolah dan guru juga perlu memahami
Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Pentadbir juga hendaklah memberi ruang dan peluang
kepada pelajar untuk beriadah bagi mengurangkan tekanan dengan melibatkan diri
dalam kegiatan kokurikulum khususnya untuk pelajar yang bukan pada tahun
peperiksaan. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan,
menambahkan kemahiran dan membentuk semangat berpasukan. Malah aktiviti
kokurikulum juga memberi kelebihan kepada pelajar untuk memasuki universiti awam.
Pelbagai pendekatan juga perlu difikirkan oleh pihak sekolah. Kerjasama
rumah dan sekolah amat membantu dalam menangani permasalahan emosi pelajar.
Paling mudah, ibu bapa akan segera memberitahu pihak sekolah sekiranya anak-anak
mereka menghadapi masalah selain menyerahkan bulat-bulat kepada sekolah
menangani masalah tersebut. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga boleh mewar-
warkan pelbagai kaedah penyelesaian terbaik kepada masyarakat agar masalah emosi
pelajar ini dapat diatasi.Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan pentadbir sekolah
dan guru untuk menjadualkan aktiviti pelajar supaya dapat melahirkan modal insan
yang holistik, bijak, sihat dan berpersonaliti unggul.

(Diubahsuaikan daripada rencana Menangani Masalah Emosi Pelajar oleh
Azmy Mohamed,
Utusan Malaysia, 14 Februari 2011)
Pendahuluan :
Kata kunci ditukar dengan
perkataan sinonim dan
dihujung ayat
pendahuluan nyatakan
konteks perbincangan (di
mana?)
Panduan mengenal
pasti isi tersurat :
1. Cari kata kunci isi
tersurat.
2. Cari perkataan yang
bersinonim dengan
kata kunci isi
tersurat.
3. Penanda wacana
boleh dijadikan
panduan untuk
mencari isi tersurat.
4. Kata kerja serta
kata bantu.
(6 atau 7 isi)
Isi tersirat :
1. Isi calon sendiri.
2. Jangan ambil dalam
petikan.
(2 atau 3 isi)
Kesimpulan :
1. Cadangan terhadap isu
yang dibincangkan
2. Harapan daripada
cadangan (hasilnya?)
Kesimpulannya, _________
agar ______________.
2


Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 : Rumusan (Set 1), jawab soalan-soalan
yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Berikan maksud rangkai kata berpersonaliti unggul. [2 markah]

2. Berikan tiga kebaikan sekiranya pelajar-pelajar menyertai aktiviti
kokurikulum di sekolah. [3 markah]

3. Sekiranyanya anda menghadapi masalah emosi, bagaimanakah
penyelesaian terbaik untuk menghadapi masalah tersebut?
Berikan empat cadangan. [4 markah]



















Guna perkataan
sinonim setiap
perkataan.
Jawapan ada dalam
petikan tetapi bukan
jawapan isi tersurat
Soalan KBKK atau K-BAT
1. Isi calon sendiri .
2. Tiada dalam petikan.
3. Tiada kaitan dengan isi tersurat
atau tersirat.
3


Soalan 2(b) Petikan Drama (Tinglkatan 4)
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Tuk Wali : Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal)
Yang melanggar pantang, anak cucu aku jugak. Cakap
aku ni tak dihargai langsung.(Marah) Si Berahim anak
tiri aku tu! Dia murid Si Guan. Guan kedai singse tu!
Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya
rancang besi, rancang tembaga, yang mana raja
berangkat, apa khasit lukai jantan, apa gunanya tengkuk
biawak!
Ripin : Masya-Allah! Semuanya diajar, wak?
Tuk Wali : Semuanya, Ripin ! Kau tahu apa dah jadi? Berahim
masuk hutan bekal tali sigai dengan kayu umpil, tapi Si
Guan masuk hutan dengan traktor, bawa buruh lagi dua
tiga orang. Pokok besar betis ni, besar tiang rumah tu,
habis dicabut induk, mana nak datang benih?
Ripin : Bertimbang pikullah gamaknya, wak!
Tuk Wali : Dulu, rancang besi siap racik, bersih, lapan belas ringgit
sekilo. Tongkat ali pulak jejak dua puluh ringgit,
sekarang ni Guan ambil tongkat ali Cuma Sembilan
ringgit, rancang besi Cuma enam ringgit saja sekilo.

Dipetik daripada drama Gelanggang Tuk Wali oleh
Ismail Kassan, dalam antologi Harga Remaja, Dewan
Bahasa dan Pustaka.

(i) Nyatakan tindakan rakus yang menyebabkan sumber
perubatan tradisional boleh habis? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih lagi
menggunakan perubatan tradisional walaupun sudah ada
perubatan moden? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali dalam petikan dan satu
perwatakan lagi berdasarkan keseluruhan drama. [4
markah]





Soalan KBKK atau
K-BAT
Idea calon sendiri
Soalan unsur komsas
Ada dalam petikan
1. Tiada dalam petikan
2. Dalam keseluruhan drama

Jawapan ada
dalam petikan
4




Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional (tinglkatan 4)
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung
panjang di pulau itu untuk mengambil kayu dan air yang telah kehabisan,
tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak dapat rapat ke tepi.
Awang Sulung segera ke petak jubungnya mengambil bungkusan
tulang pelanduk putih lalu mengikatkannya pada benang pancar
warna, dicampakkannya ke laut.
Seketika kemudian laut menjadi tenang bagai air di kuali dan
dapatlah geliung itu berlabuh dengan eloknya. Setelah beberapa lama
berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar.
Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah
mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah
dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang
berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
"Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ni
daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin." Tuanku
Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-
belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga
kata jurumudi ini, kerana waktu mabuk itu berlaku beta jatuh pengsan.

(Dipetik daripada
' Pelayaran yang Penuh Peristiwa'
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata memeliharakan geliung. [2 markah]

(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah melihat
ombak yang terlalu besar dan geliung tidak dapat dirapatkan ke tepi
pulau? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh
Tuanku Nakhroda Tua sebelum mempercayai kata-kata jurumudi?
kata-kata jurumudi itu. [3 markah]





1. Beri perkataan
sinonim atau
2. Teka maksud ikut
konteks ayat
Jawapan ada
dalam petikan
Soalan KBKK atau
K-BAT
Idea calon sendiri
Soalan unsur komsas
Ada dalam petikan
5

Soalan 2(d) - Petikan Gurindam
Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah jadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.

Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka.







6

(i) Berikan maksud baris baik buruk jadikan sempadan dalam
gurindam di atas. [2 markah]

(ii) Bagaimanakah bakat kreatif seseorang perlu dikembangkan?
[3 markah]

(iii) Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam
gurindam. [4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) kenal
(ii) terkenal
(iii) berkenalan
(iv) perkenalan
(v) memperkenalkan
(vi) berkenal-kenalan
[6 markah]

(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi
setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek : ____________________
Predikat: ____________________

(i) Pasar Bergerak 1Malaysia yang baru dilancarkan memberi
kemudahan kepada rakyat yang berpendapatan sederhana
dan rendah.
(ii) Menara Berkembar Petronas bangunan tertinggi di dunia
antara tahun 1998 hingga 2004.
(iii) Pada setiap hujung minggu, kami ke pantai untuk mandi-
manda.
(iv) Taman Tasik Perdana terkenal oleh lanskapnya yang
menarik.
(v) Pelajar yang bijak itu bercita-cita untuk menjadi pakar
bedah.
(vi) Untuk mendapat markah tertinggi di dalam kelas, pelajar
itu sanggup meniru.

[6 markah]

Soalan KBKK atau
K-BAT
Idea calon sendiri
Soalan unsur komsas
Ada dalam petikan
Maksud baris atau
rangkap
Lihat Nota
7


(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Penyakit kanser itu telah menjalani rawatan kemoterapi
sebanyak tiga kali.

(ii) Salah satu objektif Program Bicara Guru Profesional
Daerah Jasin diadakan adalah untuk mempereratkan
hubungan silaturrahim antara guru cemerlang.

(iii) Kaki tangan kerajaan akan menikmati skim gaji baharu
mula pada bulan Julai ini.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Selain daripada memiliki kelulusan yang baik, siswazah
yang ingin memohon pekerjaan juga perlu memiliki
kemahiran telekomunikasi yang bagus.

(ii) Ketua jabatan-ketua jabatan dikehendaki mengecam
kakitangan mereka yang belum menguasai kemahiran
teknologi maklumat untuk diberi latihan.

(iii) Setiap perkataan yang dilafazkan oleh kita hendaklah
beralas supaya tidak menyoyak perasaan orang lain.
[6 markah]
(e) Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Walaupun Ahmad dan Rahmad merupakan adik-beradik namun
mereka mempunyai perbezaan amat ketara sama ada dari segi
sikap mahupun akademik. Perbezaan ini ibarat
___________(i)_______. Setiap kali bertemu mereka akan
bertengkar dan bergaduh,seperti _______(ii)_________.
Walaupun mereka sering bertengkar dan bergaduh namun mereka
pasti akan berbaik-baik semula selepas itu, bak kata perpatah
___________(iii)____________. [6 markah]



Lihat Nota
Lihat Nota
8

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-
novel yang anda pelajari.

(i) Papa (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani Karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

a. Tanpa konflik sesebuah cerita akan menjadi hambar. Terangkan dua
konflik yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [7 markah]

b. Bincangkan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam satu novel
yang anda kaji. [8 markah]


KERTAS SOALAN TAMAT












9

Nota :

1. Subjek dan predikat serta pola ayat
a. Subjek ialah konstituen dalam ayat yang terdiri daripada
frasa nama yang menjadi judul(fokus) atau unsur yang
diterangkan.
b. Predikat ialah konstituen dalam ayat yang menerangkan
subjek. Boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif atau frasa sendi nama.

Pola Subjek Predikat

Pola 1 FN
Encik Ahmad
FN
guru sekolah.
Pola 2 FN
Bapa mereka
FK
sedang berehat.
Pola 3 FN
Bayi itu
FA
comel sungguh.
Pola 4 FN
Sekolah saya
FS
di Merlimau.
Bentuk Soalan 3(b)
Subjek dan Predikat
Pola Ayat
Ayat Songsang
Jenis-jenis Ayat

Cakap Ajuk & Cakap
Pindah
Ayat aktif & Ayat
Pasif
Menggabungkan Ayat
& Memisahkan Ayat
AYAT Anak orang itu sedang tidur.
KLAUSA anak orang itu sedang tidur
FRASA anak orang itu sedang tidur
PERKATAAN anak orang itu sedang tidur
10


Susunan dalam ayat :

a. Susunan biasa = Subjek + Predikat
b. Susunan Songsang = Predikat + Subjek
Subjek
(1)
Predikat
(2)

Unsur
keterangan
(3)
Banglo mewah berharga
RM 3 juta itu
terletak di
Bukit
Perdana.

Umur persaraan
kakitangan kerajaan
sudah
ditetapkan
pada usia 60
tahun.


Susunan Frasa :

a. (1) (2) (3) = susunan biasa
Banglo mewah berharga RM3 juta itu terletak di Bukit
Perdana.
Umur persaraan kakitangan kerajaan sudah ditetapkan
pada usia 60 tahun.

b. (2) (1) = susunan songsang
Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3
juta itu.

c. (2) (1) (3) = susunan songsang
Sudah ditetapkan umur persaraan kakitangan kerajaan
pada usia 60 tahun.

d. (2) (3) (1) = ayat songsang
Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun umur persaraan
kakitangan kerajaan.

e. (3) (1) (2) = susunan songsang
Pada usia 60 tahun umur persaraan kakitangan kerajaan
ditetapkan.

f. (3) (2) (1) = susunan songsang
Pada usia 60 tahun sudah ditetapkan umur persaraan
kakitangan kerajaan.

11


2. Jenis-jenis Ayat :
i. Ayat penyata
ii. Ayat tanya
iii. Ayat perintah
iv. Ayat seruan
Jenis Ayat Keterangan

i. Ayat Penyata

Contoh :
1. Nadiah pramugari terkenal.
2. Abdullah guru matematik
di SMK seri Murni.
Tujuan membuat satu
penyataan
Memberi keterangan sesuatu
hal
Juga dikenali ayat berita atau
ayat keterangan.

ii. Ayat Tanya
Contoh :

1. Ayat Tanya tanpa kata
tanya
Encik Ahmad pengurus
syarikat itu ?
2. Ayat Tanya dengan
unsur Tanya
Siapakah pengurus syarikat
itu ?

Digunakan untuk tujuan
menanyakan sesuatu hal.
Menggunakan tanda tanya ?
Apa, siapa, bila, di mana,
bagaimana, kenapa, mengapa
Boleh guna partikel kah

iii. Ayat perintah
1. Ayat suruhan
2. Ayat larangan
3. Ayat silaan
4. Ayat permintaan
1. Ayat suruhan
Pergi dari sini.

Menyuruh seseorang
membuat sesuatu
2. Ayat larangan
Jangan ambil harta orang.
Menegah seseorang
melakukan sesuatu
Guna kata larangan seperti
jangan, usah, tak usah
3. Ayat silaan
Sila serahkan borang ke
pejabat.
Mempersilakan atau
menjemput seseorang
Gunakan kata silaan seperti
sila, jemput
4. Ayat permintaan
Tolong tutup pintu itu
Memohon permintaan atau
pertolongan
Gunakan kata permintaan
seperti minta , tolong
12

iv. Ayat Seruan
Comelnya !
Wah, besarnya kereta awak
!
Untuk melahirkan perasaan
sama ada sedih, marah, suka
dan sebagainaya.
Ada tanda seru !
mengunakan kata seru seperti
wah, ceh, ambai, cis dan
sebagainya.











Kesalahan
Ejaan
Pola
keselarasan
vokal
perkataan
Melayu asli
Kekecualian
Pola
Keselarsan
Vokal
bahasa
Inggeris
bahasa
Nusantara
bahasa Arab
Kata Majmuk
bentuk
mantap
bentuk tidak
mantap
Kata Ganda
Gandaan
penuh
Gandaan
Separa
Gandaan
Berirama/
Berentak

Tanda baca :
tanda
sempang


kata sendi di
dieja rapat atau
dieja jarak


kata nama = k
kata kerja = kk




13

A. Pola Keselarasan Vokal

B. Kekecualian Pola Keselarsan Vokal
Bil. Suku Kata
PraAkhir
Suku kata
Akhir Tertutup
Contoh
1 a a asal talak halaman
2 a i alih tarik parit
3 a u asuh datuk baruh
4 e(pepet) a emas kelam selam
5 e(pepet) i betik ketil lebih
6 e(pepet) u belut telur perut
7 e(taling) a elak dewan perang
8 e(taling) e (taling) belek gelek leceh
9 e(taling) o elok belok telor
10 i a bilah kilang selinap
11 i i intip pilih sisih
12 i u pikul rebut tidur
13 o a otak borang sekolah
14 o e (taling) oleh boleh celoteh
15 o o obor borong kelompok
16 u a ulat bulat ketupat
17 u i ulit kulit putih
18 u u untuk buluh seluruh
Bil. Pola Vokal Contoh Bahasa Nusantara Contoh Bahasa Inggeris
1 a- e taling aneh kaget pamer kabaret panel
2 a o calon lapor perabot atom faktor
3 e pepet e taling gembleng
4 e pepet o bendok jempol gabenor interkom
5 i e taling imlek simen tiket
6 i o ijon pilon diftong transistor
7 u e taling tulen ulet subjek dokumen
8 u o bunglon lelucon kupon konduktor
9 a - pepet pakem teater
10 e taling hipotesis objektif
11 e taling u petroleum spektrum
12 e pepet e pepet dendem pepet
13 i e pepet iseng artikel filem
14 o i fosil hipokrit
15 o u bonus forum
16 u e pepet lumer skuter
17 e taling e pepet meter
18 o e pepet oktober
14

C. Kata Majmuk :

i. Bentuk Mantap(dieja rapat)

antarabangsa pesuruhjaya
bumiputera setiausaha
jawatankuasa sukarela
kakitangan suruhanjaya
kerjasama tandatangan
warganegara tanggungjawab
olahraga matahari
beritahu


ii. Bentuk tidak mantap : (dieja terpisah)

a. Rangkai kata bebas / gelaran
balai raya atur cara kertas kerja
urus setia tengah hari guru besar

b. Istilah khusus dalam bidang ilmiah
cari gali temu duga medan sinaran
deria rasa segi empat gambar rajah

c. Kiasan iaitu simpulan bahasa
ringan tulang cakar ayam
buah hati lupa diri

iii. Ejaan kata majmuk digandakan :

a. Bentuk mantap : (digandakan keseluruhan)
Kakitangan kakitangan
Setiausaha-setiausaha

b. Bentuk tidak mantap : (gandakan perkataan pertama
sahaja)
Ketua menteri = ketua-ketua menteri
Kertas kerja = kertas-kertas kerja


iv. Ejaan kata majmuk tidak mantap yang diimbuhkan :

a. dirapatkan jika menerima imbuhan apitan
ibu bapa = keibubapaan
15


b. tetap jarak jika menerima imbuhan awalan
ibu bapa = beribu bapa



D. Penggunaan Tanda Sempang ( - )

a. Kata ganda penuh
Kunci-kunci kereta-kereta baik-baik

b. Kata ganda separa
Besar-besaran kecil-kecilan awang-awangan

c. Kata ganda berentak
Simpang-siur kontang-kanting gelap-gelita

d. Penggunaan tanda sempang ( - )
Selain kata ganda, tanda sempang juga digunakan untuk :

i. merangkaikan kata nama am dan kata nama khas
hamba-Mu Rahmat-Nya
se-Malaysia Pro-Arab

ii. mengaitkan kata sendi dengan angka
ke-20 ke-100 ke-3000

iii. merangkaikan angka dengan suku kata
tahun 50-an era 60-an 70-an













16

E. Ejaan yang melibatkan satu k dan dua k serta perbezaan antara
kata sendi di dengan kata kerja pasif menggunakan imbuhan di.

a. Kata nama terbitan satu k
Masuk kemasukan

b. Kata kerja terbitan dua k
Masuk memasukkan, masukkan

c. Kata sendi di yang merujuk ATM (arah dan tempat)
di sana di Melaka di sekolah

d. Kata di yang digunakan dalam ayat pasif diri ketiga
dilaksanakan dibuat dibincangkan

Kesalaham Umum dalam Tatabahasa
1. Kesalahan kata nama abstrak dengan penjodoh bilangan
Kata nama abstrak tidak memerlukan penjodoh bilangan
Gunakanlah kata nama abstrak dengan kata bilangan tentu
sahaja

Salah Betul
sebuah fikiran satu fikiran
sebuah sumbangan satu sumbangan
sebuah masalah satu masalah
sebuah dapatan satu dapatan

2. Kesalahan kata adjektif perasaan yang digabungkan dengan imbuhan
kan
Kata sendi nama akan tidak boleh dipendekkan menjadi kan

Salah Betul
rindukan kekasihnya rindu akan kekasihnya
sayangkan anak-anaknya sayang akan anak-anaknya
cintakan negara cinta akan negara

17

3. Kesalahan kata nama ganda dan kata bilangan jamak

Kata nama ganda membawa maksud lebih daripada satu
Kata jamak membawa maksud lebih daripada satu
Oleh itu, kata nama ganda dan kata jamak tidak boleh
digunakan serentak dalam ayat.

Salah Betul
segala kerja-kerja segala kerja / kerja-kerja
kebanyakan pelajar-pelajar kebanyakan pelajar / pelajar-
pelajar
semua ketua-ketua jabatan semua ketua jabatan/ketua-ketua
jabatan
pelbagai kuih-muih pelbagai kuih / kuih-muih

4. Kesalahan kata bilangan yang disingkatkan atau digandakan
sewenang-wenangnya.

Salah Betul
berbagai berbagai-bagai
para-para para
bermacam bermacam-macam
tiap tiap-tiap/setiap
setengah setengah-setengah/sesetengah
bertahun bertahun-tahun






18

5. Kesalahan kata nama ganda dan kata adjektif ganda

Jika kata nama ganda digunakan, kata adjektif tidak perlu
digandakan
Jika kata adjektif digandakan kata nama tidak perlu
digandakan

Salah Betul
Rumah-rumah di kampung itu
besar-besar.
Rumah rumah di kampung itu
besar.
atau
Rumah di kampung itu besar-
besar.
Pelajar-pelajar kelas itu rajin-
rajin belaka.
Pelajar pelajar kelas itu rajin
belaka.
atau
Pelajar kelas itu rajin-rajin belaka.


6. Kesalahan frasa kerja yang membawa maksud berbalas-balas
(saling dan kata kerja ganda)
Jika perkataan saling digunakan kata kerja yang mengikutinya
tidak perlu digandakan
Pilih salah satu, sama ada hendak menggunakan perkataan
saling atau kata kerja ganda

Salah Betul
saling bersalam-salaman saling bersalaman
atau
bersalam-salaman
saling bantu-membantu saling membantu
atau
bantu-membantu
19


7. Kesalahan frasa kerja kerja transitif memper-
Imbuhan memper- membawa maksud menjadikan lebih
Imbuhan memper- sama dengan imbuhan meN--kan
Imbuhan memper- boleh diikuti oleh
i. kata adjektif
ii. kata tugas (satu sahaja iaitu oleh)

Salah Betul
memperketatkan memperketat / mengetatkan
memperbesarkan memperbesar / membesarkan
memperolehi memperoleh

Imbuhan memper --i dalam bahasa Melayu tidak aktif, hanya
enam perkataan sahaja iaitu
o Memperingati
o Memperkawani
o Mempersuami
o Memperisteri
o Mempersenjatai
o memperkebuni

8. Kesalahan frasa kerja transitif diikuti dengan kata tugas

Salah Betul
a. membincangkan tentang kes jenayah membincangkan kes
jenayah
b. membesarkan lagi rumahnya membesarkan rumahnya
lagi
c. menendang dengan kuat bola itu menendang bola itu
dengan kuat
Ayat a. salah kerana yang dibincangkan ialah tentang
bukan kes jenayah
Ayat b. salah kerana yang dibesarkan ialah lagi bukan
rumahnya.
Ayat c. salah kerana yang ditendang ialah dengan bukan
bola.

20

9. Kesalahan ayat pasif diri pertama dan kedua yang disisipkan dengan
perkataan lain.

Ayat pasif di pertama dan kedua

Objek + pelaku + kata kerja
pasif
(kata ganti diri pertama atau kedua) (kata
kerja tanpa imbuhan awalan)

Salah Betul
Karangan itu kamu perlu
siapkan.
Karangan itu perlu kamu siapkan.
Bola itu saya telah tentang. Bola itu telah saya tentang.
Kerja-kerja itu kami belum
laksanakan.
Kerja-kerja itu belum kami
laksanakan.

10. Kesalahan ayat pasif diri ketiga dijadikan seperti ayat pasif diri
pertama dan kedua.

Ayat pasif diri ketiga

Objek + kata kerja pasif + pelaku
(awalan di ) (kata ganti diri ketiga)

Dalam ayat aktif dan pasif, kata nama am dan kata nama
khas dianggap sebagai kata ganti nama diri ketiga

Salah Betul
kemenangan yang mereka
capai
kemenangan yang dicapai oleh
mereka
Bola itu Ali tendang dengan kuat. Bola itu ditendang oleh Ali
dengan kuat.

21


11. Kesalahan menggugurkan awalan se dalam frasa sendi dari dan
ke
frasa pertama frasa kedua
dari saat ke saat
dari setahun ke setahun

Frasa kedua hendaklah mengikut frasa pertama
Jika frasa pertama ada awalan se, maka frasa kedua juga mesti
ada awalan se dan sebaliknya
Salah Betul
dari sedetik ke detik dari sedetik ke sedetik
dari semasa ke masa dari semasa ke semasa
dari hari ke sehari dari hari ke hari

12. Kesalahan antara di antara dan antara
antara di antara
tiada konsep jarak ada konsep jarak
dalam di dalam
tiada konsep ruang ada konsep ruang

Salah Betul
Di antara perkara yang
dibincangkan
Antara perkara yang
dibincangkan
Jarak antara titik A dengan titik B

Jarak di antara titi A dengan titik
B
Di dalam hal ini Dalam hal ini
Dalam botol itu Di dalam botol itu

antara membawa maksud bilangan lebih daripada dua
Oleh itu, kata nama selepas antara tidak boleh digandakan
22


Salah Betul
Antara bandar-bandar besar
yang terdapai di Malaysia
Antara Bandar besar yang
terdapat di Malaysia
Antara faktor-faktor Antara faktor
Antara pelajar-pelajar yang
terlibat
Antara pelajar yang terlibat

13. Kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah

Kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama / frasa nama


+

Kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan
frasa sendi nama
+
Kata pemeri ialah dan adalah tidak boleh digunakan dengan
kata kerja / frasa kerja

Dalam keadaan tertentu, kata pemeri boleh tidak digunakan
langsung
Salah Betul
Hobi saya ialah mendengar lagu. Hobi saya mendengar lagu.
Keputusan hakim ialah
muktamat.
Keputuan hakim adalah
muktamat. atau
Keputusan hakim muktamat.
Kegagalan projek itu adalah
disebabkan oleh
Kegagalan projek itu disebabkan
oleh
Pelajar itu adalah adik saya. Pelajar itu ialah adik saya.
Kata pemeri
ialah
Frasa adjektif dan
Frasa sendi nama
kata nama /
frasa nama
Kata pemeri
adalah
23


14. Kesalahan kata sendi demi dan untuk

demi membawa maksud tujuan.

demi berfungsi sebagai penegas
Demi Allah, aku tidak akan mengulangi
demi juga digunakan dalam ungkapan yang bermaksud urutan
satu atau sekumpulan
perkataan demi perkataan, satu demi satu, pasukan demi pasukan

Salah Betul
Demi untuk kepentingan
bersama, marilah kita
berganding bahu.
Demi kepentingan bersama,
marilah kita berganding bahu.
Rakyat Malaysia mesti bersatu
padu demi untuk kestabilan
negara.
Rakyat Malaysia mestu bersatu
padu demi kestabilan Negara.
Ikutlah peraturan-peraturan
makmal itu demi untuk
keselamatan kita.
Ikutlah peraturan-peraturan
makmal itu demi keselamatan
kita.

15. Kesalahan antara bila dan apabila

bila ialah kata tanya yang merujuk waktu / masa
apabila ialah kata hubung / keterangan waktu

Salah Betul
Ibu menangis bila mendengar Ibu menagis apabila mendengar

Penonton tertawa bila pelawak
itu
Penonton tertawa apabila
pelawak itu
Dia gembira bila melihat
rakannya.
Dia gembira apabila melihat
rakannya.
24


16. Kesalahan meletakkan kata sendi selepas kata kerja tak transitif
berimbuhan ber--kan

Kata nama yang mengikuti kata kerja tak transitif bertindak
sebagai pelengkap

Salah Betul
beralaskan dengan tikar beralaskan tikar
berpandukan dengan kompas berpandukan kompas
berdasarkan kepada maklumat berdasarkan maklumat
beristerikan dengan gadis beristerikan gadis
berbantalkan dengan lengan berbantalkan lengan

17. Kesalahan kata kerja tak transitif tanpa kata sendi
Salah Betul
berjumpa doktor berjumpa dengan doktor
balik kampung balik ke kampung
lalu lorong itu lalu di lorong itu
tahu perkara itu tahu akan perkara itu

18. Kesalahan hukum DM

D = diterangkan M=menerangkan
Bahasa Melayu menutamakan unsur diterangkan (D)
Bahasa Inggeris mengutamakan unsur menerangkan (M)
Salah Betul
lain-lain hal hal-hal lain
lain-lain perkara perkara-perkara lain
Ali Klinik Gigi Klinik Gigi Ali
cili serbuk serbuk cili

25

Dalam keadaan tertentu, terdapat frasa yang boleh disusun
terbalik untuk membawa maksud yang berbeza

Diterangkan
(D)
Menerangkan
(M)
Keterangan frasa
goreng pisang kata kerja
pisang goreng pisang yang digoreng
susu lembu susu yang diambil daripada
lembu
lembu susu Lembu yang mengeluarkan
susu

Hukum DM dikecualikan untuk jawatan atau gelaran

19. Kata Kerja Berimbuhan meN.kan dan meNi dengan dua objek

meNkan objek tepatnya tidak bernyawa
meN i objek tepatnya bernyawa

Imbuhan

Objek tepat
menghadiahi Ahmad
menghadiahkan sebuah basikal
menganugerahi pahlawan itu
mengurniai Hang Tuah
mengurniakan sepasang persalinan
menghidangi tetamu sepinggan kuih.
menghidangkan sepinggan kuih untuk
tetamu.

20. Penggunaan kata sendi di

Kata sendi di hanya digunakan untuk arah dan tempat

Contoh arah Contoh tempat

di sana, di situ, di sini, di
selatan, di utara
Di sekolah, di dalam hutan, di
Melaka,
di antara Johor dengan
Singapura


26

21. Penggunaan kata sendi ke

Digunakan untuk arah, tempat dan masa (ATM)
Berpasangan dengan dari

Arah

Tempat Masa
Ke sana
Ke sini
Ke situ
Ke padang
Ke Seremban
Ke kampung
Dari semasa ke
semasa dari pukul
3.00 petang ke
pukul 5.00 petang



22. Penggunaan kata sendi dari

Digunakan untuk arah, tempat dan masa (ATM)

Arah

Tempat Masa
dari sana
dari sini
dari situ
dari padang
dari Seremban
dari kampung
dari semasa ke
semasa dari pukul
3.00 petang ke
pukul 5.00 petang



23. Penggunaan kata sendi daripada
menyatakan punca (orang, haiwan, benda)
Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian
Menunjukkan perbandingan / perbezaan

menyatakan punca (orang,
haiwan, benda)

Menyatakan maksud
sumber atau asal kejadian

Menunjukkan perbandingan /
perbezaan


daripada Ahmad
daripada beruang
daripada bahaya dadah
daripada muntah lembuh
daripada persatuan
dariapada Kementerian
Pelajaran
daripada logam
daripada akar kayu
daripada pemandangan itu
daripada kapas
daripada tepung
daripada ibu bapa
Daripada Ahmad
lebih baik Ali
Cara berfikirnya
lain daripada
yang lain.
Perangai Mohd.
berbeza daripada
perangai
abangnya.






27



24. Penggunaan kata sendi pada
Keterangan waktu
Didahului perkataan ada, contoh ada pada
Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja

Keterangan waktu

pada pukul lapan pagi
pada hari ini
pada waktu itu
pada akhir tahun ini
pada ketika itu

Didahului perkataan ada,
contoh ada pada

Duit itu ada pada ibi.
Sifat jujur ada padanya.
Jam itu ada pada abang.

Menunjukkan tempat bagi
perbuatan sesuatu kata
kerja

Kaki budak itu diikat pada tiang.
Tulis nama pada kertas itu.
Pilihan yang kena pada
tempatnya.
Notis itu ditampal pada papan
kenyataan.


Salah Betul
di zaman ini dada zaman ini
di pagi ini pada pagi ini
di Hari Raya pada Hari Raya
di kurun ke-18 pada kurun ke-18
Ke pihak polis Kepada pihak polis
Ke Ahmad Kepada Ahmad
Ke kucing Kepada kucing
Dari Ahmad ke Mohd. Daripada Ahmad kepada Mohd.
Daripada sudut Dari sudut
Daripada Kedah Dari Kedah
Dari akar kayu Daripada akar kayu



28

Peribahasa :
Sesuatu hal yang disampaikan melalui bahasa

Simpulan
bahasa
Perumpamaan Pepatah Bidalan Kata-kata hikmat

Biasanya
dua
perkata
an
Frasa atau
klausa
Menggunakan
perkataan
seperti bak,
bagai,
laksana,
umpama dan
sebagainya
Beberapa
perkataan
Untuk
mengiaskan
sesuatu
keadaan
dalam
masyarakat
Mendalam
maksudnya
Mempunyai
pengajaran

Mempunyai
maksud
selapis
Sebagai
teladan dan
peringatan
kepada
masyarakat
Dicipta pada
zaman ini oleh
cendekiawan
dan bijak pandai
Mempunyai
maksud
mendalam
Anak emas

Air muka

Buah tangan

Cakar ayam
Bagai isi dengan
kuku

Seperti ikan
pulang ke lubuk

Umpama cincin
dengan permata

Lain padang,
lain belalang

Tak lekang dek
panas, tak
lapuk dek hujan

Sekali air bah,
sekali pantai
berubah

Indah khabar
dari rupa

Sudah terantuk
baru tengadah

Melentur buluh
biarlah
daripada
rebungnya
Bahasa jiwa bangsa

Pandu cermat jiwa
selamat

Mambaca jambatan
ilmu












29

Jawapan :
Pendahuluan :
Petikan membincangkan usaha/kaedah/ cara menangani masalah emosi pelajar di
negara ini.
Isi tersurat : [Langkah-langkah]
1. Satu usaha untuk mengenal pasti masalah depresi mental dari peringkat awal
perlu dilakukan oleh pihak sekolah
2. Kaunselor di sekolah perlu memainkan peranannya.
3. Kaunselor perlu meluaskan skop bidang mereka.
4. Kaunselor perlu menganjurkan program yang boleh mewujudkan kesedaran ke
arah mengenal pasti punca, simptom dan kaedah menangani masalah berkaitan
emosi.
5. Guru kelas pula perlulah sentiasa peka dengan sebarang perubahan tingkah
laku pelajar.
6. Mereka juga janganlah mengambil mudah sebarang ugutan atau ancaman
khususnya yang dinyatakan di laman sosial.
7. Langkah kementerian kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran
memperkenalkan modul kesihatan mental di sekolah menengah mulai Januari
2011 tepat pada masanya.
8. Pentadbir sekolah dan guru juga perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara
yang mahu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
9. Pentadbir juga hendaklah memberi ruang dan peluang kepada pelajar dengan
melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
10. Ibu bapa akan segera memberitahu pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka
menghadapi masalah selain menyerahkan bulat-bulat kepada sekolah
menangani masalah tersebut.
Isi tersirat : (Kebaikan mengatasinya)
1. Meningkatkan pencapaian pelajar
2. Meningkatkan prestasi sekolah.
3. Melahirkan remaja yang berwawasan
4. Melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa.
Kesimpulan :
Kesimpulannya, usaha menangani masalah emosi pelajar perlu dilakukan secara
bijaksana agar negara dapat melahirkan remaja yang mempunyai jatidiri yang ampuh.






30

Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 : Rumusan (Set 1), jawab soalan-soalan
yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata berpersonaliti unggul.
Berpersonaliti unggul bermaksud berpewatakan baik.

ii. Berikan tiga kebaikan sekiranya pelajar-pelajar menyertai
aktiviti kokurikulum di sekolah.
Mengurangkan tekanan
Boleh menyihatkan badan
Menambahkan kemahiran
Membentuk semangat berpasukan
Kelebihan kepada pelajar untuk memasuki university
awam.

iii. Sekiranyanya anda menghadapi masalah emosi,
bagaimanakah penyelesaian terbaik untuk menghadapi
masalah tersebut?
Berikan empat cadangan.
Meluahkan perasaan kepada ibu bapa atau ahli
keluarga
Berkongsi masalah dengan rakan yang boleh
dipercayai.
Meminta pandangan guru
Mendapatkan khidmat nasihat daripada
kaunselor.
Soalan 2(b) Petikan Drama (Tinglkatan 4)
(i) Nyatakan tindakan rakus yang menyebabkan sumber
perubatan tradisional boleh habis? [2 markah]
Si Guan masuk hutan dengan traktor,
bawa buruh lagi dua tiga orang.
Pokok besar betis ni, besar tiang rumah tu, habis
dicabut induk.
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih lagi
menggunakan perubatan tradisional walaupun sudah ada
perubatan moden? [3 markah]
Ubat tradisional lebih murah
Ubat tradisional banyak khasiat
Ubat tradisional mudah diperoleh
Tiada kesan sampingan


31

(iii) Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali dalam petikan dan satu
perwatakan lagi berdasarkan keseluruhan drama. [4 markah]
Dalam petikan :
seorang yang berilmu tahu nama-nama herba
tradisional
seorang yang bertanggungjawab cuba
mempertahankan ubat-ubat tradisional daripada
pupus.
Dalam drama secara keseluruhan :
seorang yang pandai dalam persilatan mengajar
anak-anak muridnya bersilat walaupun sudah tua
seorang yang cepat panas baran hilang sabar apabila
dituduh yang bukan-bukan hingga bergaduh dengan
Siak


Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional (tinglkatan 4)

(i) Berikan maksud rangkai kata memeliharakan geliung. [2 markah]
* menjaga kapal


(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah melihat
ombak yang terlalu besar dan geliung tidak dapat dirapatkan ke tepi
pulau? [3 markah]
mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu
mengikatkannya pada benang pancar warna,
dicampakkannya ke laut.

(iii) Pada pendapat anda, Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh
Tuanku Nakhroda Tua sebelum mempercayai kata-kata jurumudi?
kata-kata jurumudi itu. [3 markah]
o bertanya kepada tuan puteri terlebih dahulu
o bertanya kepada si kembang cina
o menyuruh jurumudi bersumpah





32

Soalan 2(d) - Petikan Gurindam

(i) Berikan maksud baris baik buruk jadikan sempadan dalam
gurindam di atas. [2 markah]
Peristiwa yang baik atau buruk boleh dijadikan teladan

(ii) Bagaimanakah bakat kreatif seseorang perlu dikembangkan?
[3 markah]
Memberi pendedahan dengan menyertai pertandingan
yang berkaitan
Memberi sokongan dan galakan
Menghantar kursus untuk meningkatkan kemahiran
Memberi bantuan kewangan untuk memajukan bakat
yang ada.

(iii) Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam
gurindam. [4 markah]
Ketekunan akan membawa kejayaan
Kesederhanaan dalam kehidupan
Ketulusan hati akan menjadi bekalan di akhirat
Kebijaksanaan ketika berbelanja

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
(i) kenal - cam
(ii) terkenal - popular
(iii) berkenalan - bermesra
(iv) perkenalan perihal berkenalan
(v) memperkenalkan memberitahu kepada orang lain
(vi) berkenal-kenalan bermesra-mesraan sebagai kawan
[6 markah]






33

(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi
setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek : ____________________
Predikat: ____________________

Pasar Bergerak 1Malaysia yang
baru dilancarkan
memberi kemudahan kepada rakyat yang
berpendapatan sederhana dan rendah.

Menara Berkembar Petronas bangunan tertinggi di dunia antara tahun
1998 hingga 2004.

kami ke pantai untuk mandi-manda pada setiap
hujung minggu

Taman Tasik Perdana terkenal oleh lanskapnya yang menarik.

Pelajar yang bijak itu bercita-cita untuk menjadi pakar bedah.

pelajar itu sanggup meniru untuk mendapat markah
tertinggi di dalam kelas



(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya

Penyakit pesakit kemoterapi kimoterapi
Mempereratkan- mempererat silaturrahim silaturahim
Kaki tangan kakitangan mula mulai

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Selain daripada = selain Telekomunikasi= komunikasi

Ketua jabatan ketua jabatan = ketua-ketua jabatan
Mengecam = mengenal pasti

dilafazkan= diucapkan tidak mengoyak= menyinggung /
menghiris

34



(e) Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Walaupun Ahmad dan Rahmad merupakan adik-beradik namun
mereka mempunyai perbezaan amat ketara sama ada dari segi
sikap mahupun akademik. Perbezaan ini ibarat langit dengan
bumi. Setiap kali bertemu mereka akan bertengkar dan
bergaduh,seperti anjing dengan kucing. Walaupun mereka sering
bertengkar dan bergaduh namun mereka pasti akan berbaik-baik
semula selepas itu, bak kata pepatah air dicencang tidak akan
putus.































Perbezaan yang
ketara
Pergaduhan antara
adik-beradik tidak
akan berlarutan dan
akan berbaik semula
Orang yang
sering bergaduh
apabila bertemu
35

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-
novel yang anda pelajari.

(ii) Papa (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani Karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

a. Tanpa konflik sesebuah cerita akan menjadi hambar. Terangkan dua
konflik yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [7 markah]
Renyah karya Gunawan Mahmod
Contoh jawapan :
Novel yang saya kaji ialah novel Renyah karya Gunawan
Mahmood. Antara konflik yang terdapat dalam novel ini ialah
konflik antara Datuk Dolhi dengan anak-anaknya yang tidak
berminat untuk mewarisi perniagaan Datuk Dolhi. Sebagai
contoh Hasnol berminat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, Amira
sebagai pendidik dan anak-anaknya yang lain minat dalam bidang
masing-masing. Selain itu Datuk Dolhi menghadapi konflik
apabila anak-anaknya yang menimbulkan pelbagai masalah.
Sebagai contoh, Hasnol terlibat dengan rasuah, Mukhlis terlibat
dengan ajaran sesat, Dani ditangkap oleh pihak berkuasa kerana
terlibat dengan dadah.
Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
Novel yang saya kaji ialah novel Sutera dalam Lukisan karya
Abd. Talib Hassan. Antara konflik yang terdapat dalam novel
ini ialah konflik antara Bujei dengan Alias. Alias sering membuli
Bujei seperti menyuruh Bujei mencuci motosikalnya tanpa bayaran
upah dan menyuruh Bujei terjun ke dalam sungai. Selain itu, Bujei
menghadapi konflik dengan Harun, ayah tirinya. Harun
menyepak terajang dan membelasah Bujei apabila Bujei merosakkan
surat turun tandatangan untuk mendapatkan tapak tanah daripada
Bujei.
Pengenalan
Pernyataan
Huraian/
contoh
Pernyataan
Huraian/
contoh
Pengenalan
Pernyataan
Huraian/
contoh
Pernyataan
Huraian/
contoh
36

b. Bincangkan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam satu
novel yang anda kaji. [8 markah]


Contoh jawapan :

Novel yang saya kaji ialah novel Renyah karya
Gunawam Mahmood. Antara latar masyarakat yang
terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang rajin.
Sebagai contoh, Datuk Dolhi rajin membaca buku pada waktu
lapang. Beliau banyak membaca buku penulis terkenal untuk
memantapkan ceramahnya. Selain itu, latar masyarakat yang
tabah menghadapi dugaan hidup. Datuk Dolhi tabah apabila
diuji dengan beberapa masalah yang timbul dalam kelauarganya.
Antaranya Hasnol ditangkap oleh pihak berkuasa kerana terlibat
dengan rasuah dan Dani tingkap kerana terlibat dengan dadah.
Akhir sekali, latar masyarakat yang penyayang, contohnya Datuk
Dolhi menyayangi anak-anaknya. Beliau sanggup menjamin Dani
dan Hasnol bebas daripada tahanan pihak berkuasa.






















Pengenalan
Pernyataan
Huraian/
contoh
Huraian/
contoh
Pernyataan
Huraian/
contoh
Pernyataan
37

You might also like