You are on page 1of 9

NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI 1

1. Bandingkan ekonomi tradisional dengan ekonomi dagangan. [ms 244]


EKONOMI TRADISIONAL
F1 sara diri- sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi sara
diri seperti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil hutan,dan menternak binatang
F2 skala- pengeluaran di lakukan dalam skala kecil
F3 teknologi- menggunakan teknologi yang mudah dengan peralatan asas sahaja seperti tajak, cangkul,
tugal dan tenggala
F4 modal- modal yang kecil
F5 buruh- buruh yang terhad
F6 pasaran- pasaran yang kecil
F7 lebihan- lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga atau kumpulan masyarakat untuk
tujuan pertukaran barangan, kenduri-kendara, pembayaran zakat, sedekah atau hadiah
F8 simpan- lebihan pengeluaran juga disimpan untuk satu tempoh tertentu
F9 padi- ini berlaku dalam aktiviti ekonomi yang bermusim seperti penanaman padi
F10 kelangsungan- tujuannya ialah untuk kelangsungan makanan
F11 tanaman lain- tanaman lain yang diusahakan seperti ubi, pisang dan kelapa
F12 ternak- menternak binatang seperti ayam, itik,lembu dan kerbau
F13 perairan- menggunakan sistem pengairan yang mudah berasaskan sumber air dari sungai atau
hujan yang bermusim
F14 ikan- kaedah penangkapan ikan berbeza-beza mengikut kawasan tangkapan seperti tali kail, bubu
F15 tenaga- menggunakan tenaga binatang atau manusia dan bukannya mesin
EKONOMI DAGANGAN
F1 kegiatan- merujuk kepada kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan
pengeluaran untuk tujuan pemasaran
F2 skala- pengeluaran dalam skala besar
F3 buruh- sumber tenaga buruh yang banyak
F4 modal- modal yang besar
F5 teknologi- teknologi yang lebih tinggi
F6 pemasaran- pemasaran yang lebih luas
F7 bijih-masyarakat Melayu telah memasarkan hasil bijih ke China, Jepun dan India
F8 alatan dibina untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alatan muzik seperti gong
F9 pembesar Melayu- sebelum abad ke-19, lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu
F10 mendulang- dikerjakan oelh buruh tempatan melalui kaedah mendulang di kawasan sungai
F11 British- kedatangan British dan penguasaan mereka terhadap pelabuhan utama
F12 dagangan- mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat
F13 terpinggir- menyebabkan aktiviti ekonomi tradisional terpinggir dan ketinggalan
F14 dwiekonomi- mewujudkan bentuk ekonomi duaan (dwiekonomi) yang bermaksud dua bentuk
ekonomi secara serentak iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan (komersial)
F15 ketidakseimbangan- penumpuan ekonomi di negeri-negeri pantai barat mewujudkan
ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai timur
F16 permintaan- wujud permintaan yang besar terhadap bijih timah maka keuntungannya dilaburkan
semula untuk meningkatkan industri perlombongan
F17 buruh Cina- buruh dari China di bawa masuk untuk sektor perlombongan dan pertanian

2. Huraikan tentang sistem pertanian komersial? [ms247]
Eksport- pihak British memberi penekanan terhadap sektor pertanian berasaskan eksport
Komersial pertanian komersial dianggap penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan
Tanaman tanaman komersial yang digalakkan oleh British ialah ubi kayu, tebu, lada hitam, gambir,
tembakau dan kopi
Kangcu di Johor, semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar, penanaman lada hitam dan gambir
diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu
Pemodal para pemodal Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial
Sebab kerana mempunyai modal, teknologi, konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama
Melayu masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomi pertanian sara diri
British British memberi tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau
China pemoddal China mengusahakan gambir, lada hitam dan ubi kayu
Getah pada abad ke-20, pemodal British mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport


BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI 2

3. Ceritakan tentang perusahaan getah di Tanah Melayu semasa penjajahan British. [ms247]
Revolusi - Revolusi Perindustrian membawa permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan
dalam pelbagi industri terutamanya industri kereta
Perkenal bagi memenuhi permintaan ini, British memperkanalkan tanaman getah di Tanah Melayu
Komersial getah mula diperkenalkan sebagai tanaman komersial pada awal abad ke-20
Awal pada peringkat awal, getah ditanam di halaman kediaman Residen Hugh Low di Kuala Kangsar,
perak sebagai tanaman hiasan
Ridley- Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura
Yakin beliau berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan
pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma
Ibidem beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai iaitu ibidem atau seperti bentuk
tulang ikan kering yang tidak merosakkan pokok
Pengguna perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut, tayar basikal dan
peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah
Tinggi ini menyebabkan harga getah melambung tinggi
Asing kemasukan modal asing iaitu modal milik pelabur Eropah merupakan faktor utama
perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu
Syarikat- antara syarikatnya ialah Harrisons and Crosfield, Guthrie dan Sime Darby
Ladang baru kemasukan syarikat dan modal asing ini menyebabkan lebih banyak ladang baru dibuka
Dasar dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing turut memainkan
peranan dalam perluasan kawasan tanaman getah
Sewa British menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yang rendah kepada peladang yang ingin
mengusahakan tanaman getah
Infrastruktur infrastruktur seperti jalan raya dan jalan kereta api dibina untuk menghubungkan
kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran
Komprador golongan pengusaha ini ibarat komprador kepada British
Pekerja asing- British membawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran
gaji yang murah
Kurang tujuannya adalah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang-ladang getah
Merosot industri getah mengalami kemerosotan semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia
Jaringan - ini menunjukkan ekonomi Tanah Melayu terikat dan dirangkumkan dalam satu jaringan
ekonomi dunia yang lebih besar
Stevenson Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan bagi menahan kejatuhan harga getah
Had- untuk mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar

4. Ceritakan tentang industri perlombongan di Tanah Melayu. [ms 250]
Melayu perlombongan telah lama dijalankan oleh orang Melayu dan telah menjadi kegiatan ekonomi
dagangan yang penting
Bumi Emas Tanah Melayu kaya dengan pelbagai hasil galian seperti emas, bijih timah,arang batu,
bauksit, antimoni dan bijih besi sehingga digela Suvarnabhumi (Bumi Emas)
Timah perusahaan bijih timah menjadi perhatian British keranan mendatangkankeuntungan yang
lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarbangsa
Eropah ini membawa kepada penglibatan pemodal Eropah dalam bidang perlombongan yang telah
pun diusahakan oleh orang Melayu
China penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah mulai pertengahan
abad ke-19
Pantau pada peringkat awal, pengusaha China ini dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu
Menguasai pembesar Melayu menguasai perlombongan bijih timah
Kebenaran pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar
Melayu untuk mengusahakan perlombongan
Jual pembesar Melayu pula akan memastikan hasil bijih yang dilombong dijual semula kepada mereka
Harga harga bijih akan ditentukan oleh para pembesar Melayu itu sendiri
Eropah pada awal abad ke-20, industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari
Eropah
Modal pemodal Eropah mampu bersaing dengan pemodal dari China kerana mempunyai modal bagi
penggunaan kapal korek yang membolehkan aktiviti perlombongan dilakukan secara besar-besaran
Intensif- perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal
Enakmen beberapa enakmen dan undang-undang telah digubal dn diluluskan bagi mewujudkan
penguasaan kerajaan kolonial British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah
Pajak terdapat pembesar Melayu yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan
dengan memajakkan lombong mereka kepada saudagar China dari Negeri-Negeri Selat kerana mereka
tidak mempunyai modal
NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI 3



























KEMASUKAN BURUH DARI CHINA [MS 253]

1. Sistem Tiket Kredit
kheh tau- kheh tau (ketua) akan mengumpulkan bakal imigran ke Tanah Melayu dari kampung-
kampung di China
bayar ketua ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran yang dibawa
sin kheh- bakal-bakal imigran ini dipanggil sin kheh
pengawasan- golongan imigran ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi
buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan
perjanjian- sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang
mereka dengan cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam satu tempoh tertentu
tiket- mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju
serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang
orang tengah- sin kheh ini akan diambil oleh pemborong buruh (orang tengah) yang akan
mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu
pelindung buruh- jawatan pelindung buruh dari China telah diwujudkan di Tanah Melayu untuk
mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China
undang-undang- beberapa undnag-undang dan tindakan telah diluluskan untuk membaiki sistem
pengambilan buruh

2. Sistem Pengambilan Kakitangan
hantar pegawai- majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk
mendapatkan buruh
majikan biayai- segala tambang dan pembelanjaan buruh akan dibiayai oelh majikan
mengiringi- pegawai yang dihantar akan bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut
sehingga mereka sampai di tempat majikannya

3. Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
pegawai di China- pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh
sesebuah rumah kongsi
pegawai biayai- pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut
sehinggalah mereka sampai ke rumah kongsi du Tanah Melayu
serah- apabila buruh telah diserahkan, pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti
yang telah dipersetujui

4. Sarawak - kemasukan imigran China berketurunan Foochow secara berkumpulan dilakukan
selepas persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke
gambir- untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam
KEMASUKAN BURUH DARI INDIA [MS 254]

1. Sistem Buruh Bebas
datang sendiri- datang sendiri dengan biaya masing-masing
diaturkan- kedatangan mereka diaturkan oleh orang dan
kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi
bebas- setelah tiba di Tanah Melayu, mereka bebas memilih
tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki

2. Sistem Kontrak
majikan biayai- majikan akan membiayai tambang ke Tanah
Melayu
masa- sebagai balasannya buruh akan bekerja dengan majikan
itu untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun)
bayaran- dengan bayaran paling minimum (9-13 sen sehari)
pemerasan- ini menyebabkan sering berlaku pemerasan dan
penindasan atau perhambaan secara tidak ketara

3. Sistem Kangani
Undang-undang- Sistem Kontrak ditamatkan selepas Undang-
Undang Tabung Imigresen India dikuatkuasakan
Kangani- bermaksud ketua, tandil atau mandur
lesen- seseorang kangani yang diberikan kepercayaan oleh
majikan akan diberi lesen
pulang- kangani akan dihantar pulang ke India untuk mencari
tenaga buruh
wang pendahuluan- kangani diberi wang pendahuluan untuk
membiayai perbelanjaan buruh tersebut
pengurus agensi- kangani menjadi seperti pengurus agensi
diharamkan- sistem ini diharamkan kerana wujudnya
penyelewengan oleh kangani itu sendiri
PENGGUNAAN BURUH LUAR
NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI 4

2. Galurkan institusi kewangan dan insurans di Tanah Melayu [ms 255)

INTITUSI KEWANGAN
F1 mata wang- mula digunakan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
F2 Melaka- pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, mata wang emas, perak, dan timah
dikeluarkan di Melaka untuk melicinkan urusan perdagangan
F3 primitif- jenis mata wang primitif yang digunakan di Tanah Melayu seperti dinar emas (Kelantan),
wang dan kupang emas (Terengganu), dan jongkong tampang (Pahang).
F4 asing- pedagang Eropah telah memperkenalkan mata wang asing
F5 Sepanyol- mata wang perak Selangor mampu bertahan selama 300 tahun dan digunakan di Negeri-
Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat
F6 Lembaga- kerajaan British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang
kertas bagi Negeri-Negeri Selat di bawah Ordinan XIII
F7 wang kertas- wang kertas Negeri-Negeri Selat mula diperkenalkan pada tahun 1906
F8 perubahan- pihak penjajah membuat beberapa perubahan untuk melicinkan urusan kewangan.
F9 bank- ditubuhkan institusi kewangan atau bank
F10 pinjaman- bank menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur
F11 memajukan- system pinjaman telah memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah
F12 kewangan moden- memperkenalkan system kewangan moden yang berorientasikan keuntungan
dengan memperkenalkan kadar faedah yang tinggi
F13 dana luar- dana dari luar dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat.
F14 ejen pembayar- bank bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport yang
menjadikan urusan perdagangan antarabangsa bertambah licin.
F15 bank pertama- bank pertama di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank (1859).
F16 bank Eropah- bank Eropah di Tanah Melayu seperti ialah The Chartered Bank, Hong Kong and
Shanghai Bank dan Algemene Bank Nederland.
F17 mengutamakan- bank Eropah ini mengutamakan pedagang Eropah.
F18 komprador- pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui
orang tengah atau golongan komprador.
F19 bank tempatan- bank tempatan pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur iaitu Kwong Yik Bank (1913),
diikuti Bank of Malaya di Ipoh dan Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.
F20 bank perdagangan- bank perdagangan juga ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Lee Bank,
Sarawak Chinese Banking Corporation Limited dan Ban Chiang Bank.
Melayu- bank orang Melayu pertama ialah Malay National Banking Corporation di Kuala Lumpur

INSURANS
F1 jenis- antara jenis insurans ialah insurans maritim atau kelautan, kebakaran, harta, perniagaan dan
kemalangan, serta nyawa.
F2 maritim- insurans maritim untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang.
F3 kebakaran- insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering berlaku sehingga
mendatangkan masalah.
F4 insurans asing- pada peringkat awal, syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan
cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara seperti Syarikat Boustead
and Company di Pulau Pinang mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari England.
F5 insurans tempatan- pada akhir abad ke-19, ditubuhkan syarikat insurans tempatan seperti Straits
Insurance Limited di Singapura dan Khean Guab Insurance Limited di Pulau Pinang.
F6 undang-undang- undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskinikan oleh kerajaan
British.
F7 diasingkan- pada tahun 1917, insurans nyawa telah diasingkan dengan insurans kebakaran.
F8 ordinan- pada tahun 1948, enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans
Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.


NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI 5


DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN
UNDANG-UNDANG BERHUBUNG TANAH [MS 258]

F1 sebelum- sebelum kedatangan British, hal berkaitan dengan pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama.
F2 luas ini kerana kawasan tanah yang luas dan kepadatan penduduk yang rendah di Tanah Melayu.
F3 pembesar Melayu- segala hal yang berkaitan dengan tanah seperti kadar cukai dan aktiviti ekonomi yang mahu dilakukan di atas tanah atau mahu
mengusahakan sebidang tanah mesti mendapat kebenaran daripada para pembesar Melayu.
F4 ekonomi tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak utama politik serta mencerminkan kehidupan sosial pembesar Melayu.
F5 undang-undang adat- menurut undang-undang adat, sesebuah kawasan tanah itu akan menjadi milik seseorang yang meneroka dan mengerjakan tanah
tersebut
F6 warisi - tanah itu boleh diwarisi oleh generasi yang terkemudian
F5 rekod bertulis- sistem pemilikan tanah di kalangan masyarakat Melayu dikatakan tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti
pemilikan terhadapnya
F6 sah - rekod bertulis penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah
F6 mudah urusan- rekod ini juga memudahkan urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urus niaga terhadap tanah seperti pajakan, sewa beli, penjualan
dan pembelian.
F7 cagaran mengikut konsep Barat, tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
F7 undang-undang tanah- berkonsepkan Barat bagi memudahkan kerja pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi
F8 bahagi- British telah membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersialnya seperti tanag lading, tanag peribumi dan tanah perlombongan.
F9 cukai- kadar cukai yang dikenakan terhadap tanah bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.
F10 Pejabat Tanah- Undang-Undang Tanah menetapkan individu atau syarikat yang berminat untuk mengusakan sesuatu kawasan mesti membuat permohonan
di Pejabat Tanah.
F11 kebenaran - masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip hasil hutan seperti nipah, damar dan rotan.
F11 Residen- Undang-undang Tanah British memberikan kuasa yang besar kepada Residen negeri untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang
akan diberikan kepada para pemodal.
F12 sistem ekonomi wang- dasar kerajaan penjajah British membawa kepada perkembangan sistem ekonomi wang dalam kalangan masyarakat Melayu
F13 orang tengah- masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang
F14 jual- ramai orang Melayu terpaksa menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang
F15 Akta- Akta Tanah Simpanan Melayu (TSM) telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan
F16 jamin- ini untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu
F17 elak- bertujuan mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing
F18 kuasa- Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah milik orang Melayu sebagai TSM
F18 selamat- ini akan menyelamatkan tanah di kawasan tersebut daripada dijual, dipajakgadai atau ditukar milik kepada orang bukan Melayu
F19 lindungi- sebenarnya melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah
F20 tidak dibenarkan- orang Melayu tidak dibenarkan sama sekali menanam sebarang tanaman komersial di kawasan TSM
F21 tidak subur- kebanyakan kawasan TSM juga tidak subur dan tidak sesuai untuk perladangan
NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI 6


DASAR BRITISH TERHADAP PEKEBUN KECIL [MS 261]

F1 Melayu- kebanyakan pekebun kecil terdiri daripada orang Melayu
F2 kekal- British mahu mengekalkan orang Melayu sebagai petani
F3 Enakmen- Enakmen Tanah Padi 1917 melarang penanaman getah di kawasan penanaman paadi
F4 mengurangkan- ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah terutamanya orang Melayu
F5 premium tinggi- premium untuk permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah dinaikkan
F6 tanah baru- pada tahun 1930-an, pembukaan tanah baru untuk penanaman getah telah dilarang sama sekali
F7 kecil-kecilan- pada peringkat awal, penglibatan orang melayu dalam penanaman getah secara kecil-kecilan dan tidak menimbulkan sebarang
kebimbangan di kalangan pengusaha Eropah dan kerajaan British
F8 kemerosotan- sentimen ini berubah apabila berlaku kemerosotan harga getah di pasaran dunia pada awal tahun 1930-an
F9 Sekatan Stevenson- kerajaan British mengamalkan dasar yang memberi perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah
menerusi rancangan Sekatan Stevenson 1922
F10 Had prinsip asasnya ialah mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar
F11 kuota- Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa (1934) memberi kuota yang lebih rendah kepada pekebun kecil
F12 ancaman- kumpulan pekebun kecil getah telah ditekan kerana mereka dilihat sebagai suatu ancaman kepada pengusaha ladang
F13 tidak berminat- rakyat tempatan tidak berminat untuk terus mengerjakan sawah kerana keuntungannya kurang berbanding getah
F14 import beras- ini menyebabkan Tanah Melayu bergantung kepada pengimportan beras dari luar negara seperti Thailand, Ind0-China dan
Myanmar
F15 Jabatan- British menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air (1930) bagi membaiki sistem perparitan dan tali air untuk membantu kegiatan
penanaman padi
NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI 7


Pembandaran [ms 263]
Pembandaran perubahan daripada pekan kecil/
kampung kepada bandar hasil pertambahan fungsi
atau kegiatan ekonomi
Lombong pekan yang berhampiran kawasan
perlombongan akan mengalami pertambahan
penduduk serta berfungsi sebagai tempat mengumpul
hasil lombong
Fungsi fungsi bandar meningkat seperti pusat
pentadbiran, perbankan dsb.
Bijih bandar hasil perlombongan bijih timah seperti
Kuala Lumpur, Taiping dan Seremban
Petroleum bandar hasil perlombongan petroleum
seperti Miri
Bandar Baru Kuala Lumpur, Taiping, Ipoh dan
Seremban menyebabkan pusat kehidupan bertumpu
di bandar
Pusat pusat perniagaan dan pentadbiran yang
dilengkapi kemudahan infrastruktur dan institusi
kewangan
Cina menghuni kawasan bandar baru
Melayu kawasan kampung seperti pesisir sungai
India kawasan ladang getah
Pengangkutan bandar baru berkembang kerana
perkembangan sistem pengangkutan dan pertanian
komersial
Kuala Lumpur- kedudukan strategik dan
perkembangan jalan raya dan jalan kereta api utama
Bandar pelabuhan seperti pelabuhan Klang,
Melaka dan Pulau Pinang kerana industri bijih timah
Kuching pusat pengumpulan dan pengeksportan
gambir dan lada hitam
Untung- aktiviti pembinaan infrastruktur tertumpu di
kawasan yang memberikan keuntungan ekonomi
kepada British seperti di pantai barat Tanah Melayu




KESAN-KESAN DASAR EKONOMI
Sektor Perkilangan [ms266]

Sebelum abad ke-20 tumpuan
ekonomi kepada pengeluaran bahan
mentah seperti bijh timah dan getah
Import- hamper semua barangan
perkilangan diimport
Saingan - memberi saingan kepada
perkilangan tempatan
Syarikat Shum Yip Leong - di
Setapak, Selangor dan Tapah, Perak
menghasilkan kasut getah untuk
dieksport ke China
Syarikat Kasut Bata- ditubuhkan di
Klang, Selangor
Kinta Rubber Works- di Ipoh, Perak
menghasilkan barangan berasaskan
getah
Syarikat United Engineers
mendirikan kilang membina kapal
korek, kapal kecil dan mesin
memproses getah
Nanas- perusahaan mengetin nanas
berpusat di Johor menghasilkan
nanas dalam tin untuk eksport
Asing kebanyakan kilang dimiliki
dan diusahakan oleh pemodal Eropah
dan China
1970-an pihak pemerintah
membanyakkan penglibatan orang
Melayu dalam sektor perindustrian
dan perniagaan untuk mengimbangi
kedudukan ekonomi antara kaum

Pembentukan Masyarakat
Berbilang Kaum [ms 264]

Faktor kedatangan imigran Cina dan India
ke Tanah Melayu;
i. i. Kekayaan sumber alam
ii. Kemakmuran ekonomi
iii. Kestabilan politik
iv. iv. Dasar British yang
menggalakkan
penghijrahan buruh asing untuk
keperluan tenaga manusia

Kesan;
i. i. Pembentukan masyarakat berbilang
kaum
ii. ii. Petempatan dan jenis pekerjaan
berbeza
mengikut kaum
iii. iii. Melayu bertani di luar bandar
iv. iv. India penoreh getah di estet
v. v. Cina berniaga dan melombong di
kawasan bandar
vi. vi. Bahasa pertuturan berbeza
vii. vii. Tidak terdapat kesepaduan dan
interaksi antara kaum
viii. Menyulitkan proses perpaduan nasional
NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI 8








































KESAN-KESAN DASAR EKONOMI
Sistem Pendidikan Vernakular [ms 265]
Vernakular sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
Perpaduan tidak mampu memupuk perpaduan kerana murid-murid daripada pelbagai kaum telah dipisahkan
Sebelum British kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok
Tumpuan kepada aspek membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hakan agama, kemahiran membaca, menulis dan mengira
Selepas Kedatangan British:
i. Vernakular Melayu
Selat ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat
Pertama sekolah Melayu pertama di Teluk Belanga, Singapura
Perak ditubuhkan di Kuala Kangsar dan Batu Gajah
Perempuan sekolah untuk murid perempuan dibina di Negeri-Negeri Selat
Rendah hanya peringkat sekolah rendah
Kurikulum terbatas dan bersesuaian dengan cita-cita British menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya
MPSI Maktan Perguruan sultan Idris bertujuan melatih guru sekolah Melayu
Lanjutan institusi lanjutan sekolah rendah
KMKK Kolej Melayu Kuala Kangsar khusus untuk golongan elit
ii. Vernakular India
Tamil pendidikan Tamil disediakan oleh British di kawasan Bandar
Ladang pihak pengurusan ladang akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang
Contoh - Sekolah Tamil Vivekananda di Seremban
India sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India
Pengantar bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar
iii. Vernakular Cina
Saudagar dibiayai oleh saudagar ddari China
Contoh Sekolah Chung Hwa dan Sekolah Cina Yuk Chai di Kuala Pilah
Pengantar menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar
China guru, buku dan sukatan pelajaran dari China
Enakmen Enakmen Pendaftaran Sekolah diwartakan untuk menyekat pengaruh komunis
iv. Pendidikan Inggeris
Mubaligh pada peringkat awal merupakan usaha mubaligh Kristian dan badan sukarela
Elit dianggap sekolah elit kerana lokasi di bandar dan pelajarnya daripada kalangan orang atasan
Kurikulum berasaskan sistem pendidikan di England
Universiti penubuhan Universiti Malaya di Singapura
NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI 9








































Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
i. Jalan Kereta Api
Bijih mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan
perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport
1885 jalan kereta api pertama dari Taiping ke Port Weld
1889 menghubungkan kawasan perlombongan Kuala Lumpur dengan Port
Swettenham
1891- menghubungkan Seremban dengan Port Dickson
1895- menghubungkan Ipoh dan Tapah Road dengan Telok Anson
1904 semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Selangor dan di
Negeri Sembilan telah mempunyai perkhidmatan kereta api.
1918- menghubungkan Seberang perai dengan sempadan siam
1931- menghubungkan Gemas, Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam
1923- disambung ke Singapura
Getah menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman untuk
penanaman getah
Keistimewaan mempercepatkan pengangkutan dan boleh membawa
muatan yang banyak

ii. Jalan Raya
Ganti menggantikan jalan denai dan kereta lembu untuk mengangkut bijih
Berkembang di kawasan perlombongan bijih timah dan ladang getah
1895- Selangor dan Perak mempunyai rangkaian jalan raya sepanjang
2400km
1902- semakin polular selepas pengenalan kenderaan bermotor
1911- dari Seberang Perai ke Melaka
1911-1928 menghubungkan Perlis dan Singapura
Mudah jalan raya antara Kuala Lumpur dan Kuantan memudahkan
perhubungan pantai barat dan pantai timur

iii. Sistem Perhubungan
Contoh telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara
Cepat perhubungan antara negeri dan negara luar lebih cekap dan cepat


Perkhidmatan Kesihatan
Keperluan asas yang mendesak kerana ;
i. Kemasukan beramai-ramai buruh asing telah
menambahkan jumlah penduduk
ii. Tempat tinggal dan tempat kerja mempunyai kepadatan
yang tinggi dan tidak dapat diurus dengan baik
iii. Bekalan air bersih tidak mencukupi
iv. Penyakit berjangkit mudah merebak

Hospital British menubuhkan hospital dan pusat kesihatan untuk
mengawal wabak penyakit
1898- hospital kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur
1895- terdapat 29 buah pusat perubatan di Perak dan Kuala Lumpur
Perak hospital dibina di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng,
Kerian dan Kuala Kangsar
Pusat kesihatan kecil 14 buah di Selangor, 2 di Pahang dan 3 di
Negeri Sembilan
Sabah- beberapa buah hospital dibina di Jesselton (Kota Kinabalu),
Sandakan, Beaufort, Kudat dan Tawau
Sarawak- perkhidmatan kesihatannya tertumpu di Kuching
1921- pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu
Hospital Tung Shin memberi perkhidmatan khusus kepada
pekerja lombong bijih timah yang terdiri daripada imigran China
Institut Penyelidikan Perubatan bertanggungjawab mengkaji
punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan
Bandar menitikberatkan kebersihan ddan kesihatan awam di
bandar
Sanitary Board mengawas kebersihan dan kesihatan bandar di
Kuala Lumpur
Perak turut ditubuhkan di beberapa bandar di Perak
Sanitary Board (1911)- menjaga kebersihan bandar
Jabatan Kesihatan bertanggungjawab daripada aspek kesihatan
KESAN-KESAN DASAR EKONOMI