You are on page 1of 7

PROTON

LATAR BELAKANG SYARIKAT


Proton holdings berhad atau lebih dikenali sebagai PROTON merupakan salah satu
syarikat automobil yang terkenal di Malaysia. Syarikat Proton mengeluarkan pelbagai jenis
automobil yang bergaya dan berketerampilan tinggi. Proton ditubuhkan pada tahun 1983 di
mana Proton merupakan satu-satunya syarikat nasional sehingga kedatangan Perodua pada
tahun 1993. Proton di tubuhkan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad. Proton juga akronim daripada
perkataan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad. Proton Saga merupakan model pertama
pada September 1985 di Shah Alam. Aktiviti utama Proton adalah perkilangan, pemasangan
dan penjualan kenderaan bermotor serta produk yang berkaitan. Proton menghasilkan pelbagai
jenis kenderaan seperti Proton Gen Dua, Proton Wira, Proton Saga, Proton Waja, Proton
Perdana dan Proton Satria dan banyak lagi.
Pada tahun 1980, Dr. Mahathir ketika itu adalah Menteri Perdagangan dan Industri
mengarahkan MIDA ( lembaga Kemajuan Industri Malaysia ) memulakan kajian projek buatan
nasional. Hasilnya HICOM yang merupakan sebuah syarikat industri Negara mendapat
pertolongan daripada syarikat automotif Jepun iaitu MITSUBISHI. Hasil daripada pertolongan ini
Proton Berjaya menghasilkan sebuah model Saga. Syarikat Proton ditubuhkan untuk menjual
model ini. HICOM memlikik 70% saham manakalan Mitsubishi memliki 30%.
Model Saga Berjaya menguasai 70% pasaran kereta penumpang berkapasiti sederhana
Malaysia,kejayaannya disebabkan harga Proton Saga yang jauh lebih murah daripada kereta
asing akibat cukai import tinggi kepada kereta dan alat kompenan asing.Walaupun Proton
berjaya memasuki pasaran Malaysia,syarikat induk HICOM perlu menanggung kerugian besar
Proton semenjak penubuhannya sehingga tahun 1989 kerana kos teknikal,alat
kompenan,teknologi dan lain-lain daripada Jepun.




LOGO PROTON


Logo Proton yang terkini berkonsep kepala harimau yang berlatarkan berbentuk berlian.
Kepala harimau tersebut merupakan harimau kebanggaan Malaysia kerana terdapat satu
spesis harimau itu sahaja di Malaysia. Harimau ini juga diguna pakai dalam lambang jata
Negara Malaysia. Bentuk berlian itu pula dapat disimbolkan sebagai kekayaan dan kejayaan
Proton pada masa lampau. Hasil gabungan bentuk berlian dan kepala harimau ini menunjukkan
pada kekuatan logo ini. Di dalam penghasilan identiti korporat, logo memainkan peranan yang
penting. Logo ini ditubuhkan pada tahun 2000. Pada sebelum ini logo Proton berubah mengikut
peredaran masa. Kini sudah empat tahun logo ini bertahan. Walaupun logo Proton ini sudah
dapat kita kategorikan sebagai logo yang baik, tidak semestinya tidak boleh di ubah.
Simbol Kepala harimau yang digunakan amat ringkas. Tidak sesuai dengan
perkembangan pesat global. Persaingan kini semakin hebat terutama dalam bidang automobil.
Penggunaan kepala harimau kurang mengancam. Hal ini demikian kerana simbol harimau ini
terlalu minimalis dan tiada unsur kemodenan dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh,
maybank juga menggunakan kepala harimau sebagai logo mereka, akan tetapi, mereka
mengubahsuai logo kepala harimau tersebut kepada logo harimau yang lebih mengancam. Hal
ini kerana Maybank mengikuti perubahan global yang semakin pesat membangun. Logo yang
mengikut perkembangan global dapat menarik pengguna dalam pemasaran.
KAD NAMA



Di dalam identity korporat, kad nama juga memainkan peranan penting. Kad nama
merupakan satu cara untuk menghubungkan pelanggan dan penjual. Sebagai seorang penjual,
kad nama haruslah menarik dan kreatif. Hal ini bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan
untuk terus menyimpan kad nama penjual. Jika kad nama tidak kreatif, sudah tentu kad tersebut
akan di buang tanpa melihat.
Sebagai contoh seperti di atas, kedua-dua kad nama yang dihasilkan amat
mengecewakan. Kad nama yang dihasilkan terlalu ringkas dan kurang kreatif. Mereka hanya
menggunakan logo proton sebagai tarikan ataupun unsur grafik. Kad nama ini juga berlatarkan
warna putih sahaja. Kekurangan ini menunjukkan bahawa kad nama yang tertera tidak kreatif
dalam penghasilan kad nama sebagai identiti korporat.


KEPALA SURAT ( LETTERHEAD )


Setiap syarikat mempunyai surat rasmi yang tersendiri. Kepala surat memainkan
peranan dalam menonjolkan identiti sebuah syarikat tersebut. Contohnya seperti kepala surat
yang ditunjukkan di atas. Sebagai seorang pereka grafik, kepala surat Proton ini kurang
memuaskan. Walaupun ianya hanya kepala surat, ini melambangkan bahawa Proton
kekurangan pekerja dari bidang pereka kreatif. Persaingan bukan hanya pada produk yang di
hasilkan, malah inti dalaman syarikat juga turut bersaing. Persaingan ini sejajar dengan
perubahan global yang semakin pesat membangun. Kepala surat Proton ini terlalu ringkas dan
kurang kreatif. Sebagai syarikat yang mengeluarkan automobil canggih, kepala surat perlulah
mengikuti perkembangan luaran syarikat. Jadi, kepala surat Proton akan diubah-suai menjadi
satu kepala surat yang kreatif dan berdaya saing.





LOGO PROTON ( PERBAHARUI )



Logo Proton diberikan nafas baru dalam penghasilan logo sebagai identiti korporat.
Logo Proton yang baru ini memfokuskan kepada simbol Kepala Harimau. Pada sebelum ini,
kepala harimau yang terdapat dalam logo Proton terlalu ringkas. Dalam pebangunan automobil
yang global, persaingan amat sengit. Logo sebelum ini diubahsuai bagi menaiktaraf logo Proton
supaya berdaya saing dengan negara luar. Logo kepala harimau yang diubahsuai ini kelihatan
lebih mengancam daripada yang sebelumnya. Walaubagaimanapun, hanya, bentuk berlian
dikekalkan kerana bentuk berlian amat sesuai jika digabungkan dengan kepala harimau ini. Hal
ini demikian kerana simbol kepala harimau kelihatan lebih moden dan gagah sesuai dengan
perkembangan automobile Proton yang akan datang.



KAD NAMA (DIPERBAHARUI)



Dalam memperkembang lagi identity sebuah syarikat itu, kad nama merupakan salah
satu komponen penting. Kad nama Proton yang telah di ubah suai ini mampu menarik perhatian
pelanggan. Hal ini demikian kerana, penggunaan warna yang elegan membuatkan pelanggan
lebih memerhati dengan lebih lama. Tarikan ini dapat membolehkan pelanggan membaca
informasi yang terdapat pada kad nama tersebut. Bukan itu sahaja, kad nama yang kreatif
mampu berdaya saing dengan syarikat lain. Hal ini boleh kita lihat jika dibandingkan dengan
kad nama syarikat luar negara. Mereka mempunyai tenaga kreatif yang hebat. Oleh pada dasar
itu lah, kad nama perlu kreatif dan elegan.









KEPALA SURAT ( LETTERHEAD )



Kepala surat memainkan peranan penting dalam aspek identiti sesebuah syarikat.
Kepala surat proton yang telah diberi nafas baru ini mampu menaikkan lagi taraf identity
syarikat Proton. Penggunaan warna kuning dan biru kekal kerana warna tersebut merupakan
warna identity di dalam logo Proton itu sendiri. Perubahan ini mampu menarik perhatian sesiapa
sahaja yang melihat. Hal ini demikian kerana penyusunan grafik dan warna menggunakan
konsep eye rest. Penyusunan yang seimbang juga menyifatkan bahawa Proton menyamakan
perubahan keluaran produk dan dalaman syarikat itu. Kepala surat ini mampu berdaya saing
dengan syarikat-syarikat yang lain terutama syarikat di luar negara.