You are on page 1of 72

1

KATA PENGANTAR

Puji dan syukur saya panjatkan kehadrat tuhan yang maha kuasa yang telah
melimpahkan rahmat, barokah serta hidayahNya sehingga saya dapat menyiapkan
Laporan Akhir Latihan Industri ini.
Tujuan saya menulis Laporan Akhir Latihan Industri ini adalah memenuhi tugas
yang diberikan oleh pihak universiti kepada pelaja-pelajar tahun akhir yang mengikuti
latihan industri di syarikat-syarikat dan institusi-institusi yang telah dipilih.
Di dalam laporan ini, saya menceritakan aktiviti-aktiviti yang saya dan sahabat-
sahabat seperjuangan lakukan sepanjang tempoh latihan industri kami iaitu bermula 4
November 2013 dan berakhir pada 10 Januari 2014 di Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM).
Saya menyedari masih banyak kekurangan dari segi penerangan mahupun data di
dalam laporan ini. Namun begitu, saya berharap laporan ini dapat membantu memberi
sedikit sebanyak input dalam bidang survei dan memberi markah yang terbaik untuk
semester terakhir saya
Semua kritikan dan saranan dari pembaca mahupun semua pihak saya terima
dengan hati yang terbuka.

Siti Farah Wahida I smail
Pelajar Latihan Industri
4 November 2013 -10 Januari 2013
Universiti Pendidikan Sultan Idris

2

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKASURAT
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Aktiviti Latihan Industri
1.3 Objektif Latihan Industri

2

3


5
6
8

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 Latar Belakang Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM)
2.1.1 Visi FRIM
2.1.2 Misi FRIM
2.1.3 Objektif Umum FRIM
2.1.4 Fungsi FRIM
2.1.5 Jenis Keluaran/Perkhidmatan
2.2 Latar Belakang KBG
2.2.1 Visi KBG
2.2.2 Misi KBG
2.2.3 Objektif KBG
2.2.4 Fungsi KBG

9
10
10
10
11
6
12
13
13
13
14








3

BAB 3 STRUKTUR ORGANISASI
3.1 Carta Organisasi FRIM
3.2 Carta Organisasi ProgramTaman Botani Kepong (KBG)
3.3 Carta Organisasi KBG
3.4 Bidang Pengurusan, Tugas &Tanggungjawab Setiap
Jawatan
15
16
17
18
19

BAB 4 TUGASAN
4.1 Laporan Mingguan
4.1.1 Minggu Pertama (4-8 Nov 2013)
4.1.2 Minggu Kedua (11-15 Nov 2013)
4.1.3 Minggu Ketiga (18-22 Nov 2013)
4.1.4 Minggu Keempat (25-29 Nov 2013)
4.1.5 Minggu Kelima (2-6 Dis 2013)
4.1.6 Minggu Keenam (9-13 Dis 2013)
4.1.7 Minggu Ketujuh (16-20 Dis 2013)
4.1.8 Minggu Kelapan (23-27 Dis 2013)
4.1.9 Minggu Kesembilan (30 Dis 2013-3 Jan 2014)
4.1.10 Minggu Kesepuluh (5-10 Jan 2014)

4.2 Tugasan Khas
4.2.1 Laporan Projek Digital FRIM
4.2.2 Laporan Survei Bukit Kiara
4.2.3 Laporan SurveiParcel C Taman Warisan
4.2.4 Laporan Lawatan ke Stesen Penyelidikan FRIM
Maran (SPF Maran)
CADANGAN
KESIMPULAN
LAMPIRAN

31

31
33
35
37
39
41
43
45
47
49

51
51
55
59
64

70
71
72

4

PENGHARGAAN



Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberi hidayah serta kekuatan
sehingga saya berjaya menamatkan latihan industri saya selama sepuluh minggu di
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada penyelia industri saya, Encik
Muhammad Farid bin Abdul Rashid yang begitu gigih memberi tunjuk ajar secara
langsung atau tidak langsung sehingga berjaya menyiapkan laporan akhir latihan industri
saya ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah penyelia saya, Tuan Haji Noor
Azman bin Razalee yang telah hadir membuat penyeliaan penilaian latihan industri saya
dan rakan-rakan UPSI lain.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih saya buat semua kakitangan Program
Botani Kepong yang mana tidak jemu mencurahkan ilmu dan melayan kerenah saya
sepanjang menjalani latihan industri di Program Botani Kepong ini.
Sesungguhnya hanya Allah yang boleh membalas jasa-jasa dan ilmu yang telah
kalian berikan kepada saya. Insyaallah.
5

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Latihan industri merupakan satu kokurikulum berkredit di mana membawa 5 jam
kredit bagi pelajar-pelajar diploma semester akhir Universiti Pendididkan Sultan Idris
(UPSI)dan merupakan salah satu syarat bergraduat di UPSI.Latihan industri ini telah
dijalankan selama 10 minggu iaitu bermula dari 4 November 2013 hingga 10 Januari
2014. Latihan industri ini memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi
mengaplikasikan teori yang telah dipelajari di universiti selama tiga tahun di samping
mempelajari ilmu-ilmu baru di dalam suasana pekerjaan sebenar.
Seramai sebelas orang pelajar daripada diploma sains UPSI telah dipilih untuk
menjalankan latihan industri di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
termasuk saya setelah proses pemilihan tempat untuk menjalani latihan industri
dijalankan. Sebelas orang pelajar tersebut adalah Siti Farah Wahida binti Ismail, Siti
Syamila binti Yusoff, Noor Adiela binti Razali, Nik Nur Hasni binti Awang, Siti Nor
Farahieda binti Mohd Asri, Wan Nurul Hanani binti Wan Hassan, Wan Nor Hamizah
bintiWan Abdul Rahman, Izyan Atiqah binti Abdul Razak, Nur Maisarah binti Azmi, Siti
Rahayu binti Rosnan dan Nur „Ain binti Syafee.
Sepanjang latihan industri, saya dan Siti Syamila binti Yusoff telah ditempatkan
di Program Taman Botani Kepong (KBG), yang terletak di bawah cawangan Perhutanan
Bandar di FRIM. Kami telah diselia oleh Encik Muhammad Farid bin Abdul Rashid,
selaku Pegawai Penyelidik Kanan di KBG sepanjang latihan industri ini dijalankan.







6

1.2 Aktiviti Latihan Industri
Dalam masa sepuluh minggu ini, pelbagai aktiviti dan tugasan telah dijalankan dibawah
seliaan Encik Muhamad Farid dan pegawai-pegawai lain di KBG. Antara aktiviti yang
dijalankan adalah seperti dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1 Jadual Tugas Pelajar Latihan Industri di KBG
MINGGU AKTIVITI OUTPUT
1-2 -Mempelajari cara-cara kerja-kerja
survey dijalankan
-Mempelajari cara menggunakan alat-
alat danperisian untuk survey
-Menyertai projek Bukit Kiara
-pembetulan selisih tutup
menggunakan cara
Bowditch di dalam perisian
AutoCAD
-dapat menggunakan alat
Total Station, laser
impulse, hand held GPS
-mempelajari cara-cara
mencatat data-data booking
di Bukit Kiara
3-4 -Menyertai projek Taman Warisan
-Mengenali kawasan KBG
-Kursus Ukur Aras
-pelan kontur tapak sebelah
pejabat KBG
-mengambil bacaan jarak
dan bearing bagi pokok-
pokok di Taman Warisan

7

5-6 -Menyertai projek penanaman pokok di
Zoo Negara
-Melakukan kerja-kerja di Bahagian
Pendidikan dan Khidmat Pelawat KBG
-Mempelajari cara bancuhan dan
penabungan tanah, tut dan pemangkasan
pokok
-modul skrip lawatan
berpandu Denai Razak
-ratusan tabung yang sedia
untuk digunakan
untukpenyemaian
7-8 -Menyertai projek Digital FRIM
-Menyambung kerja-kerja projek Taman
Warisan

-pelan digital FRIM
-pemasangan pancang
untuk tapak pembinaan di
Taman Warisan
9-10 -Menyertai projek Bukit Kiara
-Menyiapkan laporan akhir latihan
industri
-Menyediakan slide pembentangan
-pelan pemelotan pokok-
pokok di Bukit Kiara

Terdapat lima tugasan yang diberikan oleh Encik Farid dalam tempoh sepuluh minggu
latihan industri di KBG, FRIM. Tugasan tersebut adalah:
a) Projek Digital FRIM
b) Projek Taman Warisan
c) Survey di Bukit Kiara
d) Kursus Levelling
e) Modul skrip Denai Razak

8

Selain tugasan yang diberikan, saya juga berpeluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti
lain, iaitu menanam pokok di Zoo Negara, mempelajari cara-cara mentut pokok,
mambancuh tanah dan menabungkan tanah.
Selain itu, kami juga mempelajari perisian AutoCAD dimana amat penting dalam
kerja-kerja survey ini.Kami juga membantu Encik Hafizul dalam mengambil koordinat
pokok-pokok di Alam Impian Shah Alam menggunakan Garmin GPS.

1.3 Objektif Latihan Industri
Antara objektif latihan industri adalah seperti berikut:
a) Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori kepada kemahiran
teknikal.
b) Meningkatkan kesefahaman pelajar tentang amalan dan cabaran pekerjaan dalam
bidang sains.
c) Membentuk sahsiah dan emosi pelajar yang baik untuk menghadapi alam
pekerjaan.
d) Meningkatkan kemahiran insaniah (softskills) pelajar.


9

BAB 2: LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Latar Belakang Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM)
Penyelidikan Perhutanan di Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya pada
tahun 1918 oleh Jabatan Perhutanan pada sewaktu jajahan British di mana Dr. F.W
Foxworthy sebagai ketua pegawai penyelidik pertama.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ini diasaskan pada tahun 1929
yang mana dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan
Perhutanan (IPP). Institusi ini merupakan institusi penyelidikan
perhutanan terawal di Malaysia.
FRIM kemudiannya menjadi sebuah badan yang
berkanun di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan
Pembangunan Perhutanan Malaysia pada tahun 1985 dan
diletakkan di bawah Kementerian Perusahan Utama sebelum berpindah ke Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun 2004.
FRIM juga merupakan antara institusi
terulung dalam penyelidikan perhutanan tropika,
sama ada dalam negara atau luar Negara yang
dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong yang
terletak di Kepong sejauh 16 km arah barat laut
Kuala Lumpur dengan keluasan 1528 hektar.
Institut ini juga telah dinobatkan sebagai sebuah
institusi yang mempunyai sistem pengurusan yang
berkualiti MS ISO 9001:2008 dan diketuai oleh Ketua
Pengarah Dato‟ Dr. Abdul Latif Mohmod.

Logo
FRIM
Pintu Pagar Utama FRIM
10

FRIM menggalakkan pengurusan secara
berkekalan dan penggunaan yang optimum dari segi
sumber-sumber hutan dengan menjana pengetahuan
dan teknologi melalui penyelidikan, pembangunan
dan aplikasi. Kepakaran kakitangannya dalam pelbagai
bidang serta keupayaan memenangi anugerah
penyelidikan dan kerjasama di peringkat antarabangsa
telah membolehkan FRIM menempah nama dalam bidang perhutanan tropika.

2.1.1 Visi FRIM

a) Menjadi peneraju dalam penyelidikan perhutanan tropika menjelang tahun 2020.

2.1.2 Misi FRIM

a) Menghasilkan inovasi dan penyelesaian permasalahan secara saintifik bagi
memenuhi keperluan perhutanan masa kini dan akan datang.

2.1.3 Objektif Umum FRIM

a) Menjana pengetahuan saintifik bagi pemahaman, pengurusan dan penggunaan
sumber hutan.
b) Mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan dengan
penggunaan alat saintifik terkini.
c) Mengkaji kepelbagaian biologi bagi menghasilkan produk berguna melalui
penyelidikan dan pembangunan yang intensif.
d) Memajukan teknologi berkaitan bagi memenuhi keperluan industri perhutanan.
e) Mempakejkan hasil penyelidikan dan pembangunan untuk disebar kepada
pelanggan.
Pokok Kapur yang terdapat
di dalam FRIM
11

f) Mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan melalui pemindahan
teknologi kepada pihak yang berminat.
g) Menyediakan perkhidmatan cemerlang untuk memenuhi kepuasan pelanggan.
h) Mewujudkan kerjasama strategik dengan agensi tempatan dan antarabangsa.
i) Meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan alam sekitar dan
pemuliharaan kepelbagaian biologi hutan.

2.1.4 Fungsi FRIM

a) Merancang dan melaksanakan penyelidikan bagi pembangunan sektor perhutanan
dan pemuliharaan sumber hutan.
b) Memperoleh dan menyebarkan maklumat hasil penyelidikan bagi meningkatkan
pengurusan hutan dan penggunaan hasil hutan.
c) Mengadakan hubungan kerjasama penyelidikan dan pembangunan perhutanan
dengan badan-badan dalam dan luar Malaysia.

2.1.5 Jenis Keluaran/ Perkhidmatan

Jenis keluaran atau perkhidmatan FRIM adalah seperti:
a) Bahagian Penyelidikan.
b) Servis seperti Arboretum, Herbarium, Kursus latihan, pengenalan kayu dan
sebagainya.
c) Penawaran kemudahan untuk penyelidikan.
d) Lokasi dan tempat untuk aktiviti luar.

Tempat dan aktiviti-aktiviti menarik di dalam FRIM
12

2.2 Latar Belakang Taman Botani Kepong (KBG)

Taman Botani Kepong (KBG) merupakan sebahagian daripada kawasan FRIM
dengan peruntukan kawasan seluas 80 hektar dan terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong
serta berlatar-belakangkan Bukit Hari. Pada asalnya, kawasan tersebut adalah kawasan
tinggalan lombong bijih timah dan dipenuhi hutan sekunder.
Sebahagian besar kawasan ini
mempunyai topografi berlereng bukit dan turut
dihiasi dengan tasik-tasik dalam pelbagai saiz.
Kawasan taman ini juga pernah dijadikan
sebagai plot ladang bagi penanaman Mesiopsis
dan Acacia serta turut dijadikan sebagai tapak
bagi menempatkan batang pokok pine yang telah
dituai serta lokasi pembuangan sampah sarap.
Bermatlamatkan sebagai sebuah taman botani tropika, KBG ini dijangka menjadi
pusat kecemerlangan bagi konservasi pelbagai flora dan habitatnya serta membekalkan
kefahaman kepada pihak awam mengenai peranan dan kepentingan tumbuhan dan hutan
di samping bertindak sebagai sebuah pusat
utama bagi penyebaran maklumat,
perkhidmatan teknikal dan latihan berkaitan
dengan tumbuhan di Malaysia.
Pembangunan Taman Botani Kepong
merangkumi pembentukan taman-taman tema
tumbuhan yang menarik sebagai taman pameran
utama seperti orkid, ginger, costus, palma,
periuk kera, Begonia dan sebagainya. Sehingga kini
beberapa taman tema tumbuhan seperti taman hiasan, rumah pepanjat dan laman periuk
kera, taman kaum halia dan koleksi tumbuhan setawar, taman palma, taman buahan liar
atau lebih dikenali sebagai koleksi buah-buahan nadir, taman koleksi pokok dipterokarp
dan Denai Razak telah berjaya dibangunkan.
Taman Botani Kepong
Denai Razak
13


Kumpulan tumbuhan yang merupakan tumbuhan endemik dan terancam di
Malaysia akan dilaksanakan sebagai sebahagian dari strategi ex-situ conservation
menerusi aktiviti pengumpulan koleksi tumbuhan hidup di bawah program Plant
Introduction Programme for Kepong Botanic Gardens.


2.2.1 Visi KBG

a) Mewujudkan pusat kecemerlangan bagi membangunkan pengetahuan botanikal
dan pemuliharaan flora native negara agar kemapanan ekosistem semulajadi
negara dapat direalisasikan.

2.2.2 Misi KBG

a) Membangun dan menyelenggara sebuah taman botani berkepentingan negara
demi kepentingan penyelidikan botanikal, hortikultur, etnobotani, senitaman,
konservasi ex-situ dan in-situ, domestikasi, rekreasi, riadah, pendidikan botanikal
dan interpretasi alam bagi flora dan ekosistem di Malaysia.

2.2.3 Objektif KBG

a) Membangunkan program pembangunan menyeluruh kampus FRIM secara jangka
panjang, sederhana dan pendek sebagai taman botani berkonsepkan pemuliharaan
dan rekreasi.

b) Menggalakkan kesedaran umum tentang peranan dan kepentingan tumbuhan
hutan serta menyediakan peluang rekreasi dalam persekitaran taman botani di
kampus FRIM.

c) Mempromosikan program dan aktiviti taman botani di negara ini serta bertindak
14

Lawatan Berpandu di Denai Razak
Rumah pepanjat di
KBG
Taman Halia di KBG
sebagai pusat pertukaran bahan tanaman terutama tumbuhan unik dan yang jarang
dijumpai.

d) Meningkatkan penggunaan kawasan serta memenuhi keperluan penyelidikan dan
penghasilan bahan tanaman yang bermutu tinggi.

e) Meningkatkan pelindungan dan konservasi tumbuhan dan habitatnya di Malaysia.

2.2.4 Fungsi KBG

a) Pusat Konservasi dan Penyelidikan.
b) Pusat Pendidikan Botanikal.
c) Pusat Rekreasi dan Riadah.
d) Destinasi Eko-Pelancongan.

15

BAB 3: STRUKTUR ORGANISASI


3.1 Carta Organisasi FRIM

FRIM berada di bawah naungan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
(NRE) di mana Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia
(MFRDB) bertanggungjawab di atas FRIM. Ketua Pengarah FRIM adalah Y.Bhg. Dato‟
Dr. Abd. Latif bin Mohmod dan dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah.
Dr. Mohd Nor bin Mohd Yusoff adalah selaku Timbalan Ketua Pengarah bagi
Penyelidikan dan Pembangunan. Terdapat lima bahagian di bawah naungan beliau iaitu
Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Bahagian Keluaran Hutan, Bahagian
Bioteknologi Perhutanan, Bahagian Biodiversiti Hutan, dan Bahagian Hasilan Semula
Jadi.
Selain itu, terdapat lima bahagian di bawah naungan Dr. Nor‟ini binti Haron
selaku Timbalan Ketua Pengarah Operasi. Bahagian tersebut adalah Bahagian
Pentadbiran, Bahagian Kewangan, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Perkhidmatan
Teknikal, dan Bahagian Komersialisasi dan Inovasi.
Terdapat satu lagi bahagian di dalam carta organisasi FRIM iaitu Bahagian
Perancangan Penyelidikan dan Korporat iaitu di bawah Dr Mazlina binti Mansor
16

17

3.2 Carta Organisasi Program Taman Botani Kepong

Terdapat empat cawangan di dalam Program Taman Botani Kepong. Pertama
adalah Cawangan Pengurusan Pelawat, Intepretasi dan Outreach. Kedua Cawangan
Pembangunan dan Penyelenggaraan / Sistem Maklumat. Seterusnya adalah Cawangan
Hortikultur / Arborikultur dan cawangan yang terakhir ialah Cawangan Tapak Semaian.
Cawangan Pengurusan Pelawat, Intepretasi dan Outreach kini telah ditukar kepada
Cawangan Pendidikan dan Khidmat Pelawat dan diketuai oleh Cik Nur Suriani binti
Salleh selepas Cik Norsiha Ayop bertukar ke FRIM WHS-UNESCO.
Cawangan Pembangunan dan Penyelenggaraan / Sistem Maklumat diketuai oleh
Encik Muhamad Farid bin Abdul Rashid juga telah ditukarkan kepada Cawangan
Dokumentasi Tumbuhan, Aset dan ISO manakala Cawangan Hortikultur / Arborikultur
diketuai oleh Encik Adnan Mohammad. Bagi Cawangan Tapak Semaian pula Cik
Norsham Suhaina binti Yaakob.
Skop pekerjaan bagi Cawangan Pendidikan dan Khidmat Pelawat adalah
melakukan program-program pendidikan berkaitan taman kepada pelawat. Contohnya
seperti lawatan berpandu di Denai Razak. Cawangan ini juga bertanggungjawab dalam
penyewaan tapak kepada para pelawat.
Kakitangan Program Taman Botani Kepong juga telah banyak bertambah dari
semasa ke semasa. Antara nama kakitangan baru FRIM adalah, Puan Nur Farhana
Mohamad Fakhri, Muhammad Ammar Hamzah,Mohd Hafizul Rashid, Nurul Ayunni
Bidin, Rashidah Abu Hanifah dan Noor Baihaky Che Jamaludin.
Carta organisasi KBG yang terbaru bagi tahun 2013 masih lagi dalam proses
kerana masih ramai kakitangan kontrak yang baru akan diambil untuk bekerja di KBG.

18

3.3 Carta Organisasi KBG 2012
19

3.4 Bidang Pengurusan, Tugas Dan Tanggungjawab Setiap Jawatan

Jadual 3.1 Tugas Pegawai Penyelidik
Bil. Nama Jawatan Tahap Kepakaran
1. Adnan
Mohammad
Pegawai Penyelidik
(Ketua
Program/Koordinator
KBG)

a) Merancang, melaksana dan melaporkan
projek-projek penyelidikan dan
pembangunan di dalam bidang taman
botani.
b) Menyediakan laporan tahunan &
laporan teknikal berpandukan kepada
hasil penyelidikan dan pembangunan di
dalam bidang taman botani.
c) Mentadbir personel, bahan dan
peralatan di bawah jagaan.
d) Merancang & mentadbir anggaran
perbelanjaan tahunan Cawangan Taman
Botani Kepong.
e) Memberi khidmat latihan, khidmat
nasihat & perundingan kepada pihak-
pihak yang memerlukannya.
f) Melaksanakan lain-lain arahan yang
diterima daripada Pegawai atasan dari
semasa ke semasa.
2. Norsham
Suhaina
Yaakob
Pegawai Penyelidik a) Merancang, melaksana & melaporkan
dua projek iaitu Taman Botani Kepong
dan Plant Introduction for Kepong
Botanical Garden.
b) Merancang, mengatur jadual
pelaksanaan dan penyeliaan kerja harian
dan pengurusan tapak semaian untuk
20

seorang Penolong Pegawai Penyelidik
dan empat orang pekerja buruh kontrak.
c) Merancang dan melaksanakan kerja-
kerja pengutipan biji benih, sampel
baucer dan penanaman tumbuh-
tumbuhan daripada hutan atau pun
tapak semaian.
d) Memastikan penukaran dan
pendermaan pokok-pokok antara FRIM
dan institusi luar berjalan dengan baik.
e) Memberi khidmat latihan, khidmat
nasihat dan perundingan kepada pihak-
pihak yang memerlukannya.
f) Melaksanakan lain-lain arahan daripada
Pegawai atasan dari semasa ke semasa.
3. Muhammad
Farid Abdul
Rashid
Pegawai Penyelidik a) Membantu merancang, melaksana dan
melaporkan projek-projek penyelidikan
dan pembangunan di dalam bidang
taman botani.
b) Membantu menyediakan laporan
tahunan & laporan teknikal
berpandukan kepada hasil penyelidikan
di dalam bidang taman botani.
c) Mentadbir personel di dalam Unit
Pembangunan & Penyelenggaraan /
Sistem Maklumat, bahan dan peralatan
di bawah jagaan.
d) Memberi khidmat latihan, khidmat
nasihat & perundingan kepada pihak-
pihak yang memerlukannya.
21

e) Melaksanakan lain-lain arahan yang
diterima daripada Pegawai atasan dari
semasa ke semasa.
4. Nur Suriani
Salleh
Pegawai Penyelidik a) Merancang, melaksana dan melaporkan
projek-projek penyelidikan dan
pembangunan dalam bidang pengurusan
taman botani.
b) Menyediakan laporan tahunan dan
laporan teknikal berpandukan kepada
hasil penyelidikan dan pembangunan
dalam bidang pengurusan taman botani.
c) Mentadbir personel, bahan dan
peralatan di bawah jagaan.
d) Merancang dan mentadbir anggaran
perbelanjaan tahunan Cawangan
Pengurusan Pelawat, Interpretif dan
Outreach bagi Program Taman Botani
Kepong.
e) Memberi khidmat latihan, khidmat
nasihat dan perundingan kepada pihak-
pihak yang memerlukannya.
f) Melaksanakan lain-lain arahan yang
diterima daripada Pegawai atasan dari
semasa ke semasa.




22


Jadual 3.2 Penolong Pegawai Penyelidik / Penolong Pegawai Perancang
Bandar & Desa
Bil. Nama Jawatan Tahap Kepakaran
1. Mohd. Shis
Ibrahim
Penolong Pegawai
Penyelidik
a) Membantu Pegawai Penyelidik
menyedia dan menyelenggara bahan
tanaman yang sesuai untuk ditanam di
Taman Botani Kepong.
b) Membantu Pegawai Penyelidik
merancang, melaksana, membangun
dan menyelenggara kemudahan-
kemudahan di Tapak Semaian.
c) Membantu Pegawai Penyelidik
merancang, melaksana, menyelenggara
dan melaporkan koleksi bahan tanaman
untuk Taman Botani Kepong (Projek
FMC 3).
d) Membantu Pegawai Penyelidik dalam
kerja penyeliaan harian empat orang
Pekerja Buruh Kontrak.
e) Membantu Pegawai Penyelidik
mentadbir bahan dan peralatan di
bawah jagaan.
f) Melaksanakan lain-lain tugas dan
arahan yang diterima daripada pegawai
atasan dari semasa ke semasa.
2. Azrina
Yahaya
Penolong Pegawai
Perancang Bandar &
Desa

a) Membantu Pegawai Penyelidik
menyediakan pelan pembangunan
menggunakan perisian AutoCad dan
Adobe Photoshop.
23

b) Membantu Pegawai Penyelidik
mengendalikan sistem ISO Cawangan
Taman Botani Kepong.
c) Membantu Pegawai Penyelidik
melaksanakan sistem pemetaan pokok.
d) Membantu Pegawai Penyelidik
mentadbir personel, bahan dan
peralatan di bawah jagaannya.
e) Melaksanakan lain-lain arahan/tugas
yang diterima daripada pegawai atasan
dari semasa ke semasa.
3. Khairuddin
Kamaruddin
Penolong Pegawai
Penyelidik Kanan
a) Membantu Pegawai Penyelidik
menyedia dan menyelenggara bahan
tanaman yang sesuai untuk ditanam di
Taman Botani Kepong.
b) Membantu Pegawai Penyelidik
merancang, melaksana, membangun
dan menyelenggara kemudahan-
kemudahan di Tapak Semaian.
c) Membantu Pegawai Penyelidik
merancang, melaksana, menyelenggara
dan melaporkan koleksi bahan tanaman
untuk Taman Botani Kepong (Projek
FMC 3).
d) Membantu Pegawai Penyelidik dalam
kerja penyeliaan harian seorang
Pembantu Penyelidik dan empat orang
Pekerja Buruh Kontrak.
e) Membantu Pegawai Penyelidik
mentadbir personel, bahan dan
24

peralatan di bawah jagaannya.
f) Menyelaras dan mengendalikan urusan
pelawat ke Taman Botani Kepong.
g) Melaksanakan lain-lain tugas dan
arahan daripada pegawai atasan dari
semasa ke semasa.

Jadual 3.3 Pembantu Penyelidik / Pembantu Taman & Ladang
Bil. Nama Jawatan Tahap Kepakaran
1. Markandan
Moorthy
Pembantu
Penyelidik Kanan
a) Membantu Pegawai Penyelidik
melaksanakan dua projek iaitu Taman
Botani Kepong dan Plant Introduction
for Kepong Botanical Garden.
b) Membantu Pegawai Penyelidik
mengumpul, memproses,
mengemaskini dan membuat laporan
koleksi penanaman tumbuhan-
tumbuhan di Taman Botani Kepong
dengan menggunakan BRAHMS.
c) Membantu Pegawai Penyelidik
melaksanakan dan penyeliaan kerja
harian dan penanaman pokok-pokok
untuk sepuluh pekerja buruh kontrak.
d) Membantu Pegawai Penyelidik dalam
kerja-kerja pengutipan biji benih,
sampel baucer dan penanaman tumbuh-
tumbuhan daripada hutan atau pun
tapak semaian.
e) Membantu Pegawai Penyelidik dalam
memberi khidmat latihan, khidmat
25

nasihat dan perundingan kepada pihak-
pihak yang memerlukannya.
f) Membantu Pegawai Penyelidik dalam
memastikan penukaran dan pendermaan
pokok-pokok antara FRIM dan institusi
luar berjalan dengan baik.
g) Melaksanakan lain-lain arahan daripada
Pegawai atasan dari semasa ke semasa.
2. Azam Shah
Mat Rata
Pembantu
Taman/Ladang
a) Membantu merancang dan
melaksanakan aktiviti penyelenggaraan
ground/kawasan Taman Botani Kepong
serta kerja-kerja pengurusan jentera dan
mesin taman di bawah Program
Pembangunan KBG (RM ke-9).
b) Membantu dan memantau tugasan
harian tenaga kerja taman yang
melibatkan penyelenggaraan kawasan
dan pengurusan jentera/mesin taman.
c) Membantu kerja survei kawasan/zon
KBG, inventori dan pemetaan spesies
pokok/bukan pokok serta kerja
pendokumentasian tanaman KBG.
d) Menjalankan kerja-kerja inventori dan
servis peralatan dan mesin di bawah
seliaan Unit Pembangunan/
Penyenggaraan.
e) Menjalankan tugas-tugas khas yang
diarahkan dari semasa ke semasa.
3. Khairil Azuar
Abdul Khalit
Pembantu
Penyelidik
a) Membantu melaksanakan projek
pemetaan pokok.
26

b) Membantu mengumpul, memproses,
mengemaskini data pokok.
c) Menjalankan tugas-tugas khas yang
diarahkan dari semasa ke semasa.
4. Muzaini
Faizal
Mostofar
Pembantu
Taman/Ladang
a) Membantu Pegawai Penyelidik
melaksanakan dan penyeliaan kerja
harian dan penanaman pokok-pokok.
b) Membantu mengumpul, memproses,
mengemaskini data pokok.
c) Menjalankan tugas-tugas khas yang
diarahkan dari semasa ke semasa.


27

Jadual 3.4 Pekerja Awam
Bil. Nama Jawatan Tahap Kepakaran
1. Yusniza M.Yusof Pekerja Awam a) Membantu kerja-kerja
sekretariat Projek
Pembangunan Taman Botani
Kepong (KBG).
b) Membantu kerja-kerja
kemasukan data inventori dan
pemetaan pokok KBG.
c) Membantu mengendalikan
sistem fail dan dokumentasi
ISO bagi Cawangan Taman
Botani Kepong (KBG).
d) Membantu menjalankan kerja-
kerja perkeranian Cawangan
Taman Botani Kepong (KBG).
e) Menjalankan kerja-kerja
inventori dan servis peralatan
dan perabot di pejabat KBG.
f) Membantu lain-lain tugasan
yang diarahkan oleh Pegawai
atasan dari semasa ke semasa.
2. Khairul Anuar
Mohamed
Pekerja Awam a) Melaksanakan aktiviti
penyelenggaraan
ground/kawasan Taman Botani
Kepong serta pengendalian
jentera dan mesin taman di
bawah Program Pembangunan
KBG (RM ke-9).
b) Menjalankan kerja survei
28

kawasan/zon KBG, inventori
dan pemetaan spesies
pokok/bukan pokok serta kerja
pendokumentasian tanaman
KBG.
c) Memandu lori KBG dalam
urusan melaksanakan kerja-
kerja pembangunan KBG.
d) Menjalankan kerja-kerja
inventori dan servis kenderaan
(lori & traktor).
e) Menjalankan tugas-tugas khas
yang diarahkan dari semasa ke
semasa.

29

3. Ahmad Norsidar
Abd. Halim
Pekerja Awam a) Melaksanakan aktiviti
penyelenggaraan
ground/kawasan Taman Botani
Kepong serta pengendalian
jentera dan mesin taman di
bawah Program Pembangunan
KBG (RM ke-9).
b) Menjalankan kerja survei
kawasan/zon KBG, inventori
dan pemetaan spesies
pokok/bukan pokok serta kerja
pendokumentasian tanaman
KBG.
c) Memandu traktor KBG dalam
urusan melaksanakan kerja-
kerja pembangunan KBG.
d) Menjalankan tugas-tugas khas
yang diarahkan dari semasa ke
semasa.
4. Roshidi Rosmaidi Pekerja Awam a) Membantu Pegawai Penyelidik
dan Penolong Pegawai
Penyelidik dalam penyediaan
dan penyelenggaraan bahan
tanaman yang sesuai untuk
ditanam di Taman Botani
Kepong.
b) Membantu Pegawai Penyelidik
dan Penolong Pegawai
Penyelidik dalam merancang,
melaksana, membangun dan
30

menyelenggara kemudahan-
kemuahan di Tapak Semaian.
c) Membantu Pegawai Penyelidik
dan Penolong Pegawai
Penyelidik merancang,
melaksana, menyelenggara dan
melaporkan koleksi bahan
tanaman untuk Taman Botani
Kepong (Projek FMC3).
d) Membantu Pegawai Penyelidik
dan Penolong Pegawai
Penyelidik dalam mentadbir
bahan dan peralatan di bawah
jagaan.
e) Melaksanakan lain-lain tugas
dan arahan daripada pegawai
atasan dari semasa ke semasa.

31

BAB 4: TUGASAN

Beberapa tugasan telah diberikan semasa menjalani latihan industri di KBG, FRIM
selama sepuluh minggu. Antara tugasan yang diberikan adalah Projek Digital Frim, kerja
survei di Parcel C Taman Warisan dan Modul Skrip Lawatan Berpandu Denai Razak.

4.1 LAPORAN MINGGUAN

4.1.1 Minggu Pertama (4-8 Nov 2013)

Pada minggu pertama, saya dansepuluh orang rakan saya yang lain, melapor
diri di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada pukul 8 pagi. Ketibaan kami semua
tidak disangka-sangka kerana tarikh sepatutnya kami melapor diri adalah pada bulan
Disember dan pada hari itu ramai penyelia industri bercuti. Namun begitu, nasib saya dan
seorang lagi rakan saya Siti Shamila binti Yusof yang ditempatkan di Program Taman
Botani Kepong bernasib baik kerana penyelia kami tidak bercuti pada hari tersebut.Kami
di bawa ke Bangunan D13 dan diberi taklimat pendek oleh Cik Nurul Ayunni dan Cik
Nur Suriani.
Selepas selesai sesi berkenalan dengan penyelia kami, kami terus diberi
tugasan untuk membuat survei tinjauan di sekeliling bangunan D13menggunakan Garmin
hands on GPS dan alat laser impulse untuk mendapatkan koordinat, jarak dan bearing
bagi paku yang ada di sekitar kawasan tersebut. Kemudiannya kami memasukkan data-
data tersebut ke dalam excel untuk memudahkan kerja-kerja pemelotan di dalam perisian
AutoCAD.
Pada minggu ini juga saya dikehendaki mengikuti kerja-kerja booking di Bukit
Kiara bersama kakitangan KBG yang lain bagi menggantikan salah seorang kakitangan
yang kurang sihat. Kami juga dibawa oleh penyelia mengenali kawasan-kawasan Taman
Botani Kepong.
32

Belajar menggunakan Garmin
GPS
Belajar menggunakan perisian
AutoCAD
Cara menggunakan Laser
Impulse
Cara memegang reflektor Penggunaan Laser Impulse di
Bukit Kiara
Salah satu plat penanda pokok di Bukit
Kiara



























33

4.1.2 Minggu Kedua (11-15 Nov 2013)

Pada minggu ini, kami diajar untuk membaiki selisih tutup dengan cara Bowditch
di dalam perisian AutoCAD (hasil pemelotan di LAMPIRAN 1). Kami menggunakan
data daripada survei tinjauan minggu lepas. Kemudiannya kami diajar untuk membuat
penyediaan untuk mencetak bagi kerja-kerja kami di dalam perisian AutoCAD. Kami
menyediakan hasil kerja kami di dalam saiz A4 untuk dicetak.
Pada minggu ini jugalah kerja-kerja survei di parcel C Taman Warisan bermula.
Kami memulakan dengan mengambil bacaan jarak dan bearing pagar dan pokok-pokok
yang berhampiran dengan Titik A dimana kami telah setkan alat Total Station kepada 00
o.

Kami juga menyambung kerja-kerja di Taman Warisan dengan pemasangan piket
untuk menyediakan tapak pembinaan kawasan sand pit. Kami mengalami beberapa
masalah apabila terdapat perbezaan jarak di pelan dengan jarak di lapangan. Kami
menangguhkan kerja-kerja pemasangan piket sementara kami menyemak semula
sempadan parcel C Taman Warisan.
Di samping itu, kami meneruskan kerja-kerja survei di Taman Warisan dengan
mengambil bacaan jarak dan bearing pokok-pokok yang ditanam dan yang sedia ada di
situ dengan menggunakan alat laser impulse. Kami di bantu oleh kakitangan-kakitangan
KBG. Antaranya, Encik Azam Shah Mat Rata, Encik Muzaini Faizal bin Mustofa, Encik
Ahmad Norsidar dan dua lagi pekerja Indonesia.
Selain bacaan jarak dan bering pokok, kami juga mengambil bacaan jarak dan
bearing perigi dan lubang-lubang yang terdapat di lapangan. Ini adalah untuk
menyenangkan kerja-kerja pembinaan yang bakal dijalankan pada tahun hadapan.
Setelah selesai mendapatkan bacaan jarak dan bering pokok-pokok di Taman
Warisan, saya mempelot pokok-pokok tersebut di dalam perisian AutoCAD yang baru
(stand alone) sebelum dimasukkan ke pelan parcel C Taman Warisan yang sebenar.

34

Mengambil bacaan jarak dan
bering pokok-pokok di parcel C
Taman Warisan
Mengambil koordinat tiang telefon
menggunakan mobile mapper
Encik Muz memegang reflector
semasa kerja-kerja survei di Taman
Warisan
Encik Norsidar bertungkus lumus
membuka kunci pintu pagar parcel C
Taman Warisan










35

4.1.3 Minggu Ketiga (18-22 Nov 2013)

Kami memulakan minggu ketiga kami dengan mengikuti kursus dalaman KBG.
Kursus kur aras ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada kakitangan KBG
tentang kepentingan dan cara-cara mengukur aras. Penceramah jemputan bagi kursus ini
ialah Encik Muhammad Farid bin Abdul Rashid.
Pada minggu ini juga kami menyambut kedatangan seorang lagi pelajar latihan
industri di bawah seliaan En Farid iaitu Azzulaizza binti Muhran daripada Universiti
Teknologi Malaysia (UiTM) Kuala Pilah. Seramai lebih 20 orang kakitangan menyertai
kursus ini termasuk saya dan dua orang lagi teman seperjuangan saya.
Kami diberi pengenalan terlebih dahulu tentang ukur aras. Kemudian
diperkenalkan alat-alat yang bakal kami gunakan sepanjang kerja-kerja ukur aras
dijalankan. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana diketuai oleh Encik
Azam dan Encik Muzaini untuk mempraktikkan ilmu ukur aras kami.
Saya berada di dalam kumpulan Encik Muzaini bersama-sama tujuh lagi
kakitangan KBG yang lain manakala Mila dan Azzu berada di dalam kumpulan Encik
Azam.Kursus ini berlangsung selama tiga hari. Setiap kumpulan perlu mengukur aras di
dua tempat yang berbeza dan mempelot kontur dan keratan rentas di dalam perisian
AutoCAD.
Setelah selesai kursus selama tiga hari, kami bertiga pelajar-pelajar latihan
industri ini membuat kerja-kerja finishinghasil kursus kami sebelum dihantar kepada
tenaga pengajar kami. Kerja-kerja finishing ialah menyediakan hasil pemelotan kita untuk
dicetak di dalam saiz yang kita inginkan(hasil di LAMPIRAN 3).
Pada minggu ini juga kami telah membantu Encik Zulfadhli mencompile data-data
kerja-kerja penebangan dan pemangkasan pokok di dalam FRIM menggunakan khidmat
kontraktor atau kakitangan sepanjang tahun 2013.


36

Kumpulan Encik Muz mengambil bacaan
aras di lapangan
Puan Azrina memberi penerangan kepada
rakan-rakan sekumpulan sebelum bacaan
aras diambil
Kumpulan Encik Azam mengambil bacaan
aras di lapangan
Memasukkan data ke dalam excel untuk
pembinaan kontur
Encik Azam menerangkan kontur
yang terbina bagi kumpulannya



























37


4.1.4 Minggu Keempat(25-29 Nov 2013)

Pada minggu ini, kami memulakan projek digital FRIM. Projek ini juga
melibatkan kerja-kerja survei. Tujuan utama projek ini adalah untuk dapatkan koordinat
pokok-pokok sepanjang jalan utama FRIM bagi kerja-kerja inventori.
Kami menggunakan alat Total Station untuk mengambil bacaan jarak dan bearing
pokok-pokok. Selain daripada pokok, kami juga mengambil jarak dan bering bentuk jalan
untuk dipelotkan ke dalam perisian AutoCAD.
Kami bermula di jalan depan bangunan D13 dan berakhir di pintu pagar utama
FRIM. Setelah selesai mendapat bacaan jarak dan bering bagi pokok-pokok, kami mula
mempelot di dalam perisian AutoCAD. Penerangan lanjut tentang projek ini juga
boleh dilihat di tugasan khusus. (m/s 51)
Minggu ini juga, kami mengikuti program penanaman pokok oleh pelajar-pelajar
dari Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM) di KBG. Selepas selesai penanaman
pokok, kami mengkuti rombongan UM memasuki Denai Razak. Lawatan berpandu di
Denai Razak merupakan salah satu pakej yang ditawarkan oleh cawangan pendidikan dan
khidmat pelawat KBG.
Di dalam Denai Razak, banyak jenis pokok endemik yang dapat kami lihat.
Antaranya ialah pokok payung, pokok Begonia dan Liqualla. Pokok-pokok di dalam
Denai Razak ini mempunyai banyak kelebihan tersendiri di mana kebanyakannya adalah
dalam perubatan tradisional. Contonya seperti pokok derhaka mertua dan tongkat ali.
Kami juga mempelajari cara-cara mentut pokok di Taman Botani Kepong. Kami
bertiga dibantu oleh Encik Markandan, salah seorang lagi pembantu penyelidik di KBG,
Encik Muzaini, Puan Farhana, Encik Baihaki dan Encik Mat Dahari.(carta alir cara
mentut pokok di LAMPIRAN 10)



38

Pemasangan tripod untuk
projek digital FRIM
Menyapu penggalak akar
pada bahagian pokok yang
telah ditut
Serbuk penggalak
akar
Encik Mat menunjukkan cara-cara
penanaman pokok kepada para pelawat
UM
Cara membalut tanah di
bahagian pokok yang tut
Pokok yang selesai di tut
Penanaman pokok bersama
pelawat-pelawat dari Universiti
Malaya
Pelawat-pelawat dari Universiti Malaya melihat cara-cara
penanaman pokok yang ditunjukkan oleh Encik Mat Dahari




























39

4.1.5 Minggu Kelima(2-6 Dis 2013)

Pada minggu ini penyelia industri saya, Encik Farid bercuti selama seminggu.
Saya dan dua orang lagi sahabat seperjuangan saya dipertanggungjawabkan di bawah
seliaan Cik Suriani Salleh untuk seminggu ketiadaan beliau. Cik Suriani merupakan
pegawai penyelidik di cawangan pendidikan dan khidmat pelawat.
Dalam masa seminggu ini kami berada di pejabat kedua KBG iaitu pejabat tapak
semaian KBG. Untuk permulaannya kami diberi pendedahan tentang fungsi dan skop
pekerjaan cawangan pendidikan dan khidmat pelawat KBG ini oleh Cik Suriani.
Kami juga diberi tugasan khas oleh Cik Suriani untuk dijadikan sebagai output
seminggu pembelajaran kami di cawangan ini. Kami mencabut undi untuk mendapatkan
tugasan khas masing-masing. Saya telah mendapat tugasan khas untuk menghasilkan satu
modul skrip lawatan berpandu di Denai Razak.(modul yang terhasil di LAMPIRAN 4)
Bagi mendapatkan maklumat untuk membuat skrip lawatan berpandu, saya
meminta pertolongan Encik Markandan untuk membawa kami memasuki Denai Razak
dan memperkenalkan kepada kami pokok-pokok yang terdapat di dalam Denai Razak.
Penerangan selanjutnya tentang modul ini juga boleh dilihat di dalam tugasan khas saya.
Kami juga diarahkan untuk mengelilingi kawasan Taman Botani Kepong sebagai
seorang pelawat dan mencatat kekurangan dan penambah baikan yang perlu dilakukan di
taman tersebut. Kami dapati taman tersebut kekurangan educational signage dan tong-
tong sampah. Kami membuat perbincangan dengan Cik Suriani untuk penambahbaikan
taman tersebut.
Selain daripada itu, kami juga mempelajari cara-cara membancuh dan menabung
tanah dan memangkas pokokdengan Puan Farhana. Kami juga dibantu oleh Encik Roshidi
dan Encik Mat Dahari di nurseri semasa membuat aktiviti ini.(carta alir cara
membancuh tanah di LAMPIRAN 11)
Pada minggu ini juga kami dibawa oleh Encik Adnan ke Zoo Negara untuk
membantu kakitangan KBG menanam pokok untuk projek di Zoo Negara. Kami
menanam pokok-pokok hiasan bagi mencantikkan lagi kawaasan di dalam Zoo Negara
tersebut.
40

Mendengar penerangan daripada Mr.
Mark tentang sejarah Denai Razak
Laluan masuk ke Denai
Razak
Penanaman pokok di Zoo
Negara
Penanaman pokok di Zoo Negara oleh
kakitangan FRIM
Pemangkasan
pokok
Penabungan tanah
Hasil penabungan tanah




























41


4.1.6 Minggu Keenam(9-13 Dis 2013)

Minggu ini kami menyambung lagi menyiapkan modul masing-masing. Saya
dengan Modul skrip lawatan berpandu di Denai Razak, Mila “A Day with A Young
Gardener” manakala Azzu “Fun Race at Climber House”. Kami menambah dan membuat
semakan terakhir sebelum menghantarnya kepada Cik Suriani.
Pada miggu ini juga, Encik Farid telah membawa kami bertiga ke Bukit Kiara
untuk membuat kerja-kerja semakan di Bukit Kiara. Kami mengambil bacaan jarak dan
bering beberapa pokok sahaja untuk lima plot.
Kami menggunakan alat laser impulse bagi mendapatkan bacaan jarak dan bering
pokok-pokok tersebut. Bagi mendapatkan koordinat titik semakan bagi kerja-kerja
penyemakan titik rujukan pula kami menggunakan alatmobile mapper GPS. Kami dibantu
oleh Encik Azam, Encik Muzaini dan Encik Baihaki semasa melakukan kerja-kerja
semakan ini.Penerangan lanjut tentang projek Bukit Kiara ini boleh dilihat di bahagian
Tugasan Khas saya (m/s 55)
Kami juga menyambung kerja-kerja projek digital FRIM bermula di titik pindah
yang kami telah set back beringnya daripada front bearing yang kami telah perolehi pada
minggu lepas.
Seperti biasa, selepas selesai mengambil data di lapangan, data-data ini akan
dimasukkan ke dalam excel dan akan dipelot di dalam perisian AutoCAD untuk
mendapatkan hasilnya.(hasil pemelotan di LAMPIRAN 5)

42

Bersedia untuk kerja-kerja semakan di
Bukit Kiara
Encik Azam memberi bacaan jarak dan bering
pokok
Mengambil bacaan jarak dan
bering pokok untuk kerja
semakan di plot 12
Azzu mentag pokok untuk
Projek Digital FRIM
Shamila bersedia untuk
mengambil bacaan jarak dan
bering menggunakan alat total
station
Shamila memberi bacaan jarak dan bering untuk
saya mencatanya ke dalam data sheet




























43

4.1.7 Minggu Ketujuh(16-20 Dis 2013)

Pada minggu ini kami menyambung kerja-kerja di Taman Warisan. Namun
begitu, kerja-kerja di Taman Warisan hari ini berbeza daripada kebiasaanya. Kami
memasang piket untuk menandakan tapak-tapak bagi membangunkan kawasan-kawasan
bangunan dan juga dataran.Kami mendapatkan jarak dan bering untuk menandakan piket-
piket tersebut daripada perisian AutoCAD.
Kami menggunakan alat Total Station, kompas dan tali tape bagi menandakan
piket-piket tersebut. Kami menggunakan kompas dan tali tape kerana berkemungkinan di
lapangan terdapat halangan seperti pokok atau tebing tinggi yang menyebabkan
penggunaan alat Total Station terhalang. Jadi kami menggunakan kompas dan tape untuk
mendapatkan jarak dan beringnya secara manual.
Encik Ridzuan, seorang jurutera FRIM membantu kami dalam pemasangan piket
ini. Kami meminta bantuan beliau yang lebih arif dalam mengendalikan alat-alat
tersebut.Selain itu, kami juga dibantu oleh Encik Muzaini, Encik Norsidar dan Encik
Baihaki. Kerja-kerja ini dapat dilakukan dengan cepat kerana adanya bantuan daripada
mereka.
Selepas selesai pemasangan piket, kami mengikat piket-piket tersebut dengan tali
untuk membentuk kawasan bangunan dan bulatan dataran. Pada sebelah petang, satu
mesyuarat antara Encik Farid, Puan Azrina dan Encik Adnan untuk membincangkaan
tentang Taman Warisan. Kami menunggu arahan daripada keputusan mesyuarat pada
petang itu.
Keesokan harinya kami mengambil bacaan jarak dan bearing pagar dan tebing
untuk pemetaan semula sempadan parcel C Taman Warisan ini. Selepas mempelot data-
data tersebut di dalam AutoCAD Encik Farid superimposekan pelan pagar yang baru ke
atas pelan yang lama untuk melihat jika ada perbezaan di antara pelan lama dan pelan
baru. Kerja-kerja di lapangan ditangguhkan sehingga mendapat kata putus daripada
mesyuarat yang diadakan. Penerangan lanjut tentang projek parcel C Taman Warisan ini
boleh dilihat di bahagian Tugasan Khas saya (m/s 59).

44

Encik Muz dan Encik Mad sedang
memasang piket di parcel C Taman
Warisan
Encik Ridzuan menentukan bering dengan
menggunakan suunto tendem kompas
Encik Ridzuan menentukan bering dengan
lebih tepat apabila bergerak untuk
mendapatkan jarak
Set up alat total station sebelum digunakan
Kompas Suunto Tendem
Pita ukur





















45

4.1.8 Minggu Kelapan (23-27 Dis 2013)

Pada minggu ini, kami mempunyai banyak masa untuk menyiapkan laporan akhir
dan menyediakan slide pembentangan kami kerana penyelia kami Encik Farid bercuti
selama seminggu. Namun begitu, saya dan sahabat seperjuangan saya, Syamila diminta
untuk menolong Encik Hafizul untuk mengambil bacaan koordinat pokok-pokok yang
ditanam di Alam Impian, seksyen 24 Shah Alam.
Alam Impian merupakan kawasan perumahan elit dimana terdapat tasik dan
kawasan lapang yang ditanam dengan pokok-pokok seperti pokok misai kucing, buluh
hitam, jelutong dan pokok hujan-hujan. (hasil pemelotan di LAMPIRAN 7)
Selain daripada mengikuti Encik Hafizul ke Alam Impian, pada minggu ini juga
kami mengikuti kawan kami yang berada di makmal teknologi biji benih FRIM, Nik Nur
Hasni dan Yoke Yee memasuki canopy walk.
Kami mengambil peluang ini untuk menikmati pemandangan yang cantik di aras
canopy pokok. Canopy walk merupakan salah satu tarikan pelancong ke FRIM.
Saya dan empat lagi kawan saya, Adiela, Nik, Azzu, Mila dan Yoke Yee dibawa
menaiki canopy walk oleh kakitangan makmal teknologi biji benih iaitu Encik Ramli dan
Encik Idris. Encik Ramli mengetuai kami dalam menunjukkan jalan untuk tiba di titian
kanopy tersebut..

46

Encik Hafizul mengambil koordinat pokok
di Alam Impian menggunakan mobile
mapper
Salah satu pokok yang terdapat di Alam
Impian
Sebelum menaiki Canopy
walkway
Bersama-sama Encik Ramli di atas titian
kanopi
Bergambar di perhentian
kedua terakhir di atas titian
kanopi
Bersama-sama Shamila semasa perjalanan
pulang daripada titian kanopi

47

4.1.9 Minggu Kesembilan (30 Dis 2013-3 Jan 2014)

Pada permulaan minggu ini, saya mengikuti kerja-kerja booking di Bukit Kiara
bersama-sama tiga kakitangan KBG iaitu, Encik Muzaini, Encik Baihaqi dan Encik Jai.
Kami mengambil bacaan jarak dan bearing pokok dengan menggunakan alat laser
impulse yang dikendalikan oleh Encik Muzaini.
Saya sebagai pembantu mencatat setiap jarak dan bering manakala Encik Baihaqi
dan Encik Jai memegang reflector. Untuk hari pertama, kami mengambil bacaan jarak
dan bering bagi petak T13. Pokok yang terdapat di petak T11 ialah pokok metega, sentul,
kundang dan berangan.(hasil pemelotan di LAMPIRAN 8)
Kakitangan KBG yang mengikuti kerja-kerja booking di Bukit Kiara untuk Hari
kedua ialah Encik Azam, Encik Muzaini, Encik Kairul dan Encik Baihaqi. Pada hari ini,
saya membantu Encik Azam dan Encikn Khairul mencatat jarak dan bering pokok di
petak T11. Pokok yang terdapat di petak ini ialah pokok jambu iaitu sebnyak 150 batang
pokok.
Pada minggu ini juga saya banyak menyiapkan laporan akhir dan kerja kursus
kami serta slide-slide untuk pembentangan pada minggu kesepuluh nanti.Pada hari
Khamis minggu ini, Tuan Haji Noor Azman iatu pensyarah penyelia saya datang. Kami
berkumpul di perpustakaan FRIM.

48

Encik Baihaqi memegang reflector
untuk kerja-kerja survei di Bukit
Kiara
Mengutip anak pokok selepas selesai kerja
survei
Tuan Haji Noor Azman bersama saya dan
rakan-rakan di perpustakaan FRIM
Kontraktor projek Bukit Kiara belanja
kami makan tengahari di Sungai Buloh


49

4.1.10 Minggu Kesepuluh (5-10 Jan 2014)

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi saya dan rakan-rakan seperjuangan.
Pada minggu ini kami diberi peluang untuk menyiapkan laporan akhir latihan industri
kami sebelum menamatkan latihan industri kami pada 10 Januari 2014.
Pada minggu ini juga saya dan Siti Shamila membuat pembentangan tentang
aktiviti-aktiviti sepanjang 10 minggu latihan industri. Kami membentangkan slide power
point kami di hadapan kakitangan-kakitangan KBG dan rakan-rakan latihan industri
daripada bahagian Program Hutan Bandar dan FRIM WHS-UNESCO
Kakitangan yang menghadiri semasa pembentangan kami ialah Puan Farhana, Cik
Suriani, Cik Rasyidah dan Cik Ayunni. Masing-masing memberi respon semasa
pembentangan kami dan sesi soal jawab juga dibuka kepada para hadirin. Cik Suriani
juga memberi komen dan teguran yang membina kepada kami.(slide pembentangan di
LAMPIRAN 9)
Pada minggu ini juga kami telah melawat Stesen Penyelidikan FRIM Maran (SPF
Maran) di Maran Pahang. Kedatangan kami disambut baik oleh Pegawai Operasi, Encik
Syarmizi bin Ismail. Kami melawat SPF Maran kerana di sana terdapat satu kilang yang
baru dibina untuk kerja-kerja postharvest.
Di sana kami juga dibawa melawat ke nurseri-nurseri Tongkat Ali, Kacip Fatimah
dan Kaduk. Pokok-pokok ini ditanam pada medium yang berbeza-beza nisbah
kandungannya. Ini adalah bertujuan untuk melihat medium yang sesuai untuk penanaman
pokok-pokok herba ini.
Kami juga mengambil peluang terakhir untuk bergambar di pintu gerbang KBG
dan juga di rumah pepanjat yang menjadi salah satu tarikan pelawat ke Taman Botani
Kepong ini. Kami juga pergi melihat hasil pokok yang telah ditut oleh kami selama tiga
minggu. Setakat ini hanya dua bahagian pokok yang ditut yang telah mengeluarkan akar
baru.

50

Perjalanan ke SPF
Maran
Menyiapkan laporan akhir
Pembentangan akhir
Bergambar di rumah pepanjat KBG
Pintu gerbang KBG
Hasil tut pokok

51

4.2 TUGASAN KHAS

4.2.1 LAPORAN PROJEK DIGITAL FRIM

Pengenalan:
Projek Digital Frim merupakan satu projek yang mana melibatkan kerja-kerja
survei bagi mendapatkan jarak dan bearing bentuk jalan pokok-pokok sepanjang jalan
utama FRIM bermula daripada simpang Jalan Jelutong ke pintu pagar utama FRIM. Data
jarak dan bering ini akan dimasukkan ke dalam perisian AutoCAD untuk kerja-kerja
pemetaan.
Projek ini berpandukan dua objektif utama iaitu penghasilan peta digital bagi jalan
utama FRIM dan juga kedudukan koordinat pokok sepanjang jalan utama FRIM.
Kedudukan koordinat pokok amat penting dalam kerja-kerja inventori.
Alat yang digunakan ialah Total Station dimana ketepatan yang diberikan oleh
alat ini adalah tinggi berbanding alat-alat lain seperti laser impulse dan Garmin Hand
Held GPS.
Kami memulakan kerja-kerja survei ini di M1 iaitu berhampiran dengan
Bangunan D13 dan berakhir di pintu pagar utama FRIM. Sepanjang kerja-kerja survei ini
dijalankan, kami telah membuat beberapa titik pindah bagi memudahkan kerja ini
dilakukan. Terdapat 12 titik pindah iaitu M1, M2, BM109, M3, BM110, M4, M5, M6,
M7, M8, M9 dan M10
Objektif:
- Penghasilan peta digital bagi jalan utama FRIM
- Koordinat pokok sepanjang jalan utama FRIM
- Meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan alatan-alatan survei
- Meningkatkan lagi pengetahuan dalam penggunaan perisian AutoCAD
Alatan:
- Total Station
- Reflektor
- Ranging pole

52

YA
TIDAK
Kaedah:
Kerja-kerja survei Projek Digital FRIM ini dijalankan selama tiga minggu iaitu dari 25
November 2013 – 13 Disember 2013. Rajah1 merupakan carta alir keseluruhan gerak
kerja survei Projek Digital FRIM























Set up alat total station di batu
monumen atau titik pindah terakhir

Mengambil bacaan front bearing dan
back bearing bagi setiap titik pindah

Mentag pokok-pokok di sepanjang jalan
utama FRIM yang belum ada nombor
Mengambil bacaan jarak dan bearing
pokok-pokok yang ada tag

Semak
dengan
pemelotan
yang lama

Mempelot di atas base map

Sedia untuk mencetak

RAJAH 1

53

1) Diri siapkan alat Total Station di atas kaki tripod
2) Pastikan gelembung udara berada di tengah-tengah bulatan untuk kestabilan alat
tersebut.Laraskan kaki tripod untuk memasukkan gelembung udara ditengah-
tengah bulatan.
3) Laraskan jugaleveling foot screw untuk mendapat point survei yang tepat di atas
paku yang ditandakan.
4) Aktifkan perisian alat Total Station. Untuk pertama kali, alat Total Station di
setkan (send circle) mengikut bacaan back bearing yang diperolehi daripada batu
monumen (koordinat sudah diketahui) berdasarkan base map.
5) Kemudiannya, ambil bacaan front bearing untuk titik pindah yang
seterusnyadaripada batu monumen tersebut. (diri siapkan reflektor di titik pindah
seterusnya)
6) Untuk mendapatkan back bearing bagi titik pindah seterusnya, front bearing titik
tersebut haruslah ditambah 180 jika beringnya < 180
o
manakala harus ditolak 180
jika beringnya > 180
7) Set kan (send circle) back bearing yang didapati daripada pengiraan tadi dan jarak
yang sama seperti front bearing (nota:-back bearingdan front bearing nilainya
haruslah sama)
8) Alat Total Station sedia untuk digunakan

54

Keputusan:
Hasil pemelotan jarak dan bering pokok-pokok dan bentuk jalan di dalam perisian
AutoCAD dan jadual koordinat pokok saya lampirkan di LAMPIRAN 5 & 6

Perbincangan:
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi sepanjang kerja-kerja survei untuk projek ini.
Antaranya ialah, kedudukan pokok yang kadang-kadang terhalang daripada pandangan
alat total station. Namun begitu masalah ini dapat di atasi dengan mengambil bacaan jarak
dan bering secara offset. Offset adalah mengambil bering mengikut kedudukan pokok
tersebut tetapi untuk mendapatkan jaraknya, reflektor ditempatkan selari dengan pokok
dimana tiada halangan untuk mendapatkan jarak tersebut. Pemilihan titik pindah yang
bagus juga amat penting dalam menyenangkan kerja-kerja survei ini. Titik pindah yang
bagus boleh diketegorikan apabila berada di titik tersebut, banyak pokok yang boleh
diambil jarak dan beringnya dengan menggunakan alat total station. Selain itu, kawasan
titik pindah itu juga stabil dan rata yang mana boleh mempengaruhi kedudukan
gelembung udara. Selain itu, masalah yang dihadapi juga adalah ketinggian jalan yang
tidak sama menyukarkan kami untuk mendapatkan bacaan front bearing dan back
bearing bagi sestengah titik pindah. Kami menggunakan reflektor yang dipasangkan pada
ranging pole bagi mengatasi masalah ini. Hal ini kerana, dengan menggunakan reflektor
yang dipasangkan pada ranging pole ketinggian reflektor tersebut boleh diubah-ubah
namun begitu, gelembung udara bagi reflektor tersebut haruslah dijaga supaya sentiasa
berada di tengah-tengah bulatan.

Kesimpulan:
Projek Digital FRIM ini selesai dengan jayanya apabila dua objektif utama iaitu peta
digital jalan utama FRIM dan koordinat pokok sepanjang jalan utama FRIM Berjaya
dicapai. Selain itu, kemahiran saya dalam menggunakan alat Total Station dan perisian
AutoCAD juga bertambah. Objektif projek ini tercapai secara keseluruhannya.


55

4.2.2 LAPORAN SURVEI BUKIT KIARA

Pengenalan:

Taman Bukit Kiara merupakan sebuah di mana pokok-pokok hutan berkayu dan
tanaman sokongan hutan hujan khatulistiwa akan ditanam mengikut rekabentuk senibina
landskap berasaskan hutan semulajadi. Ia juga mengambilkira keseimbangan ekologi
yang dapat mewujudkan kepelbagaian biologi, menggambarkan keindahan serta fungsi,
mengekalkan spesis tanaman yang unik dan menarik disamping menambahkan
kepelbagaian tanaman untuk generasi masa depan.
Projek survei di Bukit Kiara merupakan salah satu projek khidmat rundingan yang
dipertanggungjawabkan kepada Program Taman Botani Kepong. Projek ini adalah
bertujuan untuk menyediakan inventori bagi tumbuhan yang terdapat di Taman
Persekutuan Bukit Kiara Kuala Lumpur.
Saya dan rakan saya mengikuti kerja-kerja ini sebagai pencatat jarak dan bering
setiap pokok yang ditanam dan mempunyai plat. Kerja ini dipanggil sebagai kerja-kerja
booking. Bacaan jarak dan beringdiambil dengan menggunakan alat Laser Impulse
200LR. Jarak ketepatan bagi alat ini ialah 30 meter.
Bukit Kiara mempunyai 24 petak. 12 petak di bahagian atas manakala 12 petak
lagi di bahagian bawah. Petak-petak ini mempunyai pokok-pokoknya yang tersendiri.
Sebagai contoh, pokok yang ditanam di petak P4 ialah pokok Meranti Seraya Timbau
atau nama saintifiknya Shorea smithiana.
Kami juga memasukkan data-data tersebut ke dalam Microsoft excel untuk
memudahkan kerja-kerja pemetaan pokok di dalam perisian AutoCAD. Selepas selesai
pemetaan pokok di dalam perisian AutoCAD, koordinat pokok akan diambil daripada
peta tersebut dan akan dilampirkan pada laporan akhir untuk dibentangkan kepada
pelanggan.

56

TIDAK
YA
Objektif:
- Menyediakan inventori bagi tumbuhan yang terdapat di Taman Persekutuan
Bukit Kiara Kuala Lumpur.
- Menyediakan rekabentuk dan susunatur pelan induk landskap bagi Taman
Persekutuan Bukit Kiara.
- Menentukan nilai keseluruhan bagi pokok-pokok yang ditanam.
- Meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan alat Laser Impulse 200LR&
Mapstar
- Memberi kemahiran tentang kerja-kerja booking.
Alatan:
- Laser Impulse 200LR& Mapstar
- Reflektor
- Ranging pole
- Data sheets

Kaedah:
Kerja-kerja survei di Bukit Kiara ini dijalankan secara berperingkat. Kami mengikuti
kerja-kerja ini pada minggu pertama, minggu ke tujuh dan minggu kelapan. Rajah 2
menunjukkan carata alir kerja-kerja survei di Bukit Kiara


Mengambil jarak dan bearing
bagi pokok-pokok yang ditanam
menggunakan alat Laser
Impulse 200LR
Mempelot di dalam
AutoCAD
Memasukkan data-data ke
dalam exel
Membuat
semakan
Mencetak
RAJAH 2

57

Kerja-kerja survei
1) AlatLaser Impulse 200LR perlu dipasangkan sekali dengan alat mapstar di mana
alat mapstar akan memberikan bacaan bering
2) Pasangkan Laser Impulse 200LR dan Mapstar pada ranging pole
3) Aktifkan alat Laser Impulse 200LR dengan menekan butang yang paling hampir
dengan kita. Untuk menutup alat ini pula, tekan kedua-dua butang yang paling
jauh daripada kita
4) Aktifkan pula alat Mapstar dengan menekan butang on
5) Sedia untuk digunakan

Kerja-kerja semakan
1) Mendapatkan koordinat untuk titik semakan dengan menggunakan alat
mobilemapper GPS.
2) Mengambil bacaan jarak dan bering beberapa titik rujukan (pokok)di beberapa
petak daripada titik semakan menggunakan alat Laser Impulse 200LR dan
Mapstar

Keputusan:
Hasil pemelotan jarak dan bering pokok-pokok di dalam perisian AutoCAD saya
lampirkan di LAMPIRAN 8


58

Perbincangan:
Terdapat beberapa masalah yang kami hadapi sepanjang mengikuti projek survei di Bukit
Kiara ini. Antaranya ialah ada pokok yang tertinggal tidak diambil jarak dan beringnya
selepas titik pindah telah dilakukan. Contonya seperti pokok sentul. Apabila keadaan ini
berlaku, kami terpaksa mencari semula pokok-pokok yang belum diambil jarak dan
beringnya itu bermula di tempat permulaan kerja-kerja dilakukan pada hari itu. Hal ini
akan melambatkan kerja-kerja kami. Selain itu, permukaan tanah yang berbukit dan licin
menjadi salah satu cabaran dalam melakukan kerja ini. Pemakaian di dalam melakukan
kerja-kerja di Bukit Kiara ini amat ditik beratkan. Contonya seperti pemakaian kasut
sukan atau kasut boot. Masalah yang sering dihadapi untuk mana-mana kerja survei iaitu
terdapat halangan dalam mengambil bacaan jarak dan bering juga berlaku di dalam projek
ini. Seperti biasa, kami mengatasi masalah ini dengan mengambil bacaan jarak dan bering
secara offset.
Kesimpulan:
Projek survei di Bukit Kiara ini selesai dengan jayanya apabila pemelotan pokok-pokok
ke dalam AutoCAD siap dan koordinat pokok juga boleh dikeluarkan untuk kerja-kerja
inventori. Objektif dalam meningkatkan kemahiran kami dalam menggunakan alat Laser
Impulse 200LR dan Mapstar juga telah tercapai. Kami juga dapat menimba pengalaman
mencatat data (booking) dengan jayanya. Objektif tercapai.


59

4.2.3 LAPORAN SURVEI PARCEL C TAMAN WARISAN

Pengenalan:
Pacel C Taman Warisan merupakan projek yang mana bermula dari tahun 2004
lagi. Ia merupakan satu projek oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk
membangunkan tanah lot di Mukim Batu, Wilayah Persekutuan menjadi satu taman rimba
warisan.
Berkonsepkan kepada keseluruhan pembangunan sebagai Taman Warisan Alam,
Taman ini merujuk kepada „Forest Park‟ dengan penekanan kepada aspek-aspek rekreasi,
pembelajaran, „wilderness‟, „green lung‟ dan warisan kehijauan.
Saya dan sahabat latihan industri saya mengikuti kerja-kerja survei yang dilakukan
di lapangan parcel C Taman Warisan ini. Kerja-kerja survei ini dijalankan bagi
memudahkan kerja-kerja pembangunan taman ini di jalankan.
Antara kerja survei yang kami lakukan ialah, kami mengambil bacaan jarak dan
bering pagar, perigi, lubang-lubang dan pokok-pokok. Selain daripada itu, kami juga
mengambil bentuk tebing. Dengan adanya bentuk tebing ini, kerja-kerja seperti
penambakan atau pemotongan tanah akan senang dilakukan.
Selain itu, kami juga telah membuat kerja-kerja pemasangan piket bagi „building
area‟ dan datarandengan mengabil jarak dan bering daripada unjuran yang telah dibina di
dalam pelan menggunakan perisian AutoCAD.
Kerja-kerja penyemakan semula sempadan juga turut dilakukan bagi memastikan
keluasan pelan di dalam perisian AutoCAD sama dengan keluasan di lapangan. Kerja-
kerja survei sempadan dengan mengambil jarak dan bering pagar dilakukan semula dan
terbukti terdapat perbezaan antara pelan digital dengan di lapangan. Kerja-kerja
ditangguhkan sehingga keputusan mesyuarat diputuskan.
Objektif:
- Pendedahan kepada cara mengukur bentuk tebing
- Meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan alat Laser Impulse 200LR
- Meningkatkan lagi kemahiran dalam menggunakan alat kompas suunto tendem
60

TIDAK
YA
Kaedah:
Rajah 3 di bawah menunjukkan carta alir gerak kerja sepanjang kerja-kerja survei di
parcel C Taman Warisan.























Mencari titik rujukan di Taman Warisan
(tel pole), set point A dan B (total station)

Mengambil bacaan jarak dn bearing pagar,
pokok dan perigi (total station)

Pemasangan piket untuk open space dan
building area
(laser impulse)

Menyemak
semula
sempadan

Kerja-kerja ditangguhkan sehingga keputusan
mesyuarat diputuskan (laser impulse)

Mengambil bacaan jarak dan bearing
pokok (laser impulse)
RAJAH 3

61

Kerja survei
1) Dapatkan koordinat tiang telefon (titik rujukan) dengan menggunakan ashtech
mobile mapper field
2) Pilih satu tempat (titik A) yang boleh lihat tiang telefon dengan pandangan alat
total station.
3) Diri siapkan alat total station di titik A tersebut
4) Ambil bacaan jarak dan bering tiang telefon menggunakan alat total station yang
didiri siapkan di titik A
5) Ambil bacaan jarak dan bering pokok, lubang, pagar, bentuk tebing dan perigi
yang boleh dilihat dari pandangan alat Total Station di titik A
6) Diri siapkan reflektor di titik pindah baru (titik B) yang boleh mengambil banyak
bacaan jarak dan bering menggunkan alat total station.
7) Ambil jarak dan bering titik B dari titik A (front bearing titik B)
8) Diri siapkan total station di titik B manakala reflektor di titik A
9) Setkan (send circle) back bearing yang telah dikira daripada front bearing
sebelum ini. Frontbearingditambah 180 jika beringnya < 180
o
manakala harus
ditolak 180 jika beringnya > 180
10) Alat Total Station sedia untuk digunakan di titik B

Pemasangan piket
1) Unjurkan garisan di dalam perisian AutoCAD untuk mendapatkan jarak dan
bering bagi penandaan piket
2) Diri siapkan alat total station di titik A dan setkan back bearing titik A
3) Arahkan pemegang reflektor untuk bergerak mengikut jarak dan bering yang
diperoleh daripada perisian AutoCAD dengan menggunakan alat Total Station
untuk setkan bering dan jarak tersebut.
4) Tanamkan piket ke dalam tanah untuk menandakan titik unjuran di dalam perisian
AutoCAD yang terbina di lapangan
5) Sambungkan setiap piket menggunakan tali untuk menjadi open space, building
area dan dataran
62

Kerja-kerja Semakan
1) Diri siapkan alat total station pada titik A
2) Setkan back bearing titik A
3) Ambil bacaan jarak dan bering keseluruhan pagar
4) Pelot data-data di dalam perisian AutoCaAD

Keputusan:
Hasil unjuran daripada perisian AutoCAD boleh dilihat di LAMPIRAN 2. Kerja-kerja
ditangguhkan sehingga keputusan mesyuarat diputuskan.

Perbincangan:
Antara masalah yang dihadapi sepanjang kerja-kerja survei dijalankan ialah halangan-
halangan yang terdapat di lapangan. Contonya seperti semak samun yang melitupi pagar
menyebabkan bacaan jarak dan bering tidak boleh diambil dengan menggunakan alat total
station. Pekerja-pekerja terpakasa membersihkan kawasan terlebih dahulu sebelum kerja-
kerja survei ini dijalankan. Selain daripada itu, masalah yang dihadapi juga ialah keadaan
di titik A dan B kurang rimbunan pokok menyebabkan alat total station terdedah kepada
cahaya matahari yang terang. Alat total station sensatif terhadap cahaya matahari dan
haba. Kami menutup alat tersebut dengan kantung putih yang tersedia apabila kerja-kerja
survei siap dijalankan atau mengambil masa untuk membersihkan kawasan terlebih
dahulu. Permukaan tanah yang tidak rata dan berbatu-batu juga menyusahkan kami
memasang siap tripod untuk alat total station dan reflektor. Kami mengambil semula
bacaan jarak dan bering keseluruhan pagar untuk kerja-kerja semakan semula sempadan
kawasan parcel C Taman warisan tersebut. Selain itu, masalah yang dihadapi semasa
kerja-kerja pemasangan piket pula ialah kawasan yang diunjurkan di dalam perisian
AutoCAD terlindung dengan pokok-pokok besar di lapangan. Kami mengatasi masalah
ini dengan menggunakan alat kompas suunto tendem untuk menentukan bering manakala
pita pengukur untuk mengukur jarak yang sepatutnya.

63

Pemelotan baru sempadan parcel C
Taman Warisan
Pelann asal parcel C Taman
Warisan
Pemelotan baru sempadan di supuper imposekan
ke atas pelan asal
















Kesimpulan:
Projek Parcel C Taman Warisan ini ditangguhkan sehingga keputusan mesyuarat yang
terbaru diputuskan. Walaubagaimanapun, objektif kami masih lagi tercapai. Kami berjaya
menggunakan kompas suunto tendem untuk menentukan bering dan pita pengukur untuk
mendapatkan jarak. Kami juga telah mahir menggunakan alat Laser Impulse 200LR
kerana telah beulang kali menggunakannya di dalam kerja-kerja survei pokok ini.
Objektif keseluruhan berjaya dicapai.


64

Papan tanda SPF Maran
Plot tanaman herba
Simpang ke SPF Maran
4.2.4 LAPORAN LAWATAN KE STESEN PENYELIDIKAN FRIM MARAN
Pengenalan:
Stesen Penyelidikan FRIM Maran
(SPF Maran) merupakan slah satu stesen
penyelidikan FRIM yang terdapat di
Semenanjung Malaysia. SPF Maran
terletak di Ulu Luit, Maran Pahang dimana
berada dibawah Bahagian Tanaman
Perubatan di FRIM. (peta SPF Maran di
LAMPIRAN 12 & 13) SPF Maran mula dibina
pada tahun 2001 selepas mendapat hak tanah daripada kerjaan negeri Pahang.
Penyelidikan utama di sini cenderung kepada tanaman-tanaman perubatan di mana
menjadi sumber-sumber baru produk ubat-ubatan.
Dengan meningkatnya permintaan produk-
produk herba di Malaysia secara tidak langsung
akan meningkatkan permintaan barangan mentah
yang mana akan mengancam sumber-sumber
semulajadi sekiranya tidak dikawal dengan baik.
Dengan menitikberatkan masalah ini, FRIM mengambil langkah untuk menjadikan SPF
Maran tempat untuk menanam dan memproses
tanaman herba dan secara tidak langsung menjadi kawasan pemeliharaan ex-situ dimana
SPF Maran juga akan menjadi tempat rujukan di dalam
tanaman herba dan asas pemprosesan tumbuhan-tumbuhan
herba ini.
Pokok-pokok herba mula ditanam pada tahun 2000 di
SPF Maran ini. Antaranya ialah Eurycome longifolia (Tongkat
Ali), Orthosiphon stamineus (Misai Kucing) and Morinda citrifolia
(Mengkudu). Pada tahun 2003, penanaman tanaman herba seperti Eurycome longifolia
(Tongkat Ali), Labisia pumila (Kacip Fatimah), Mentha arvensis (Pudina), Elephantopus
scaber (Tutup bumi) dan Curcuma domestica (kunyit) dilakukan di dalam ladang kelapa
65

Pejabat SPF Maran
sawit. Sekarang lebih kurang 20 hektar
daripada 50 hektar kawasan keseluruhan
telah ditanam dengan Citrus aurantifolia
(Limau nipis), Cymbopagan nardus (Serai
wangi), Vitex negundo (Legundi), Neolamarckia
cadamba (Kelempayan) dan Garciniaatroviridis (Asam gelugor).
Di sini terdapat beberapa kemudahan seperti plot-plot tanaman herba yang tinggi
nilainya, plot-plot ladang untuk tujuan pemeliharaan, bilik mesyuarat, pejabat, makmal,
dan kuaters kakitangan. Selain itu, kemudahan terbaru yang baru siap dibina ialah kilang
postharvest dimana akan menempatkan hasil-hasil tanaman sebelum dikomersialkan.

Objektif:
- Mengenali SPF Maran
- Melawat kilang postharvest terbaru di SPF Maran
- Mempelajari tentang tanaman-tanaman herba di SPF Maran

Kaedah:
- Menemubual pegawai operasi, Encik Syarmizi bin Ismail
- Mencatat maklumat penting

66

Bilik penimbangan
Melawat pejabat di
dalam kilang lepas tuai
Penerangan daripada Encik
Syarmizi
Keputusan:
POSTHARVEST FACTORY/ KILANG LEPAS TUAI
Dalam sektor pertanian, pengendalian lepas tuai adalah sangat penting kerana ia
adalah peringkat pengeluaran tanaman sebaik sahaja selepas menuai. Ia termasuklah
proses penyejukan, pembersihan, penyusunan dan
pembungkusan. Tanaman yang dikeluarkan dari tanah,
atau dipisahkan daripada pokok induk akan mula merosot
sekiranya tidak melalui proses yang betul. Rawatan lepas
tuai sebahagian besarnya menentukan kualiti terakhir,
sama ada tanaman yang dijual untuk kegunaan segar, atau
digunakan sebagai bahan dalam produk makanan
diproses.Kilang lepas tuai
yang dibina di SPF Maran
adalah bertujuan untuk memproses hasil-hasil
tanaman herba yang akan dikomersialkan sebagai
produk-produk perubatan dan produk-produk
kecantikan. Antara hasil tanaman yang
dikomersialkan ialah Eurycome
longifolia (Tongkat Ali), Labisia
pumila (Kacip Fatimah), Garciniaatroviridis (Asam
gelugor),Tinospora crispa(miers)(Patawali), Tamarindus
indica (Asam jawa) dan Orthosiphon stamineus (Misai
Kucing). Kilang lepas tuai yang baru siap dibina masih lagi
kosong tanpa perabot dan alatan. Antara bilik yang terdapat di
dalam kilang lepas tuai ini ialah bilik penimbangan, biliksejuk, bilik RO utility,bilik
buffer dan bilik pembungkusan.


67

Antara produk herba di SPF Maran
Pokok Tongkat Ali yang baru
bercambah
Pokok Tongkat Ali yang
dijangkiti kulat
TANAMAN HERBA DI SPF MARAN
Eurycome longifolia (Tongkat Ali)
Di SPF Maran, Eurycome longifolia (Tongkat Ali) dikomersialkan sebagai ubatan
di dalam bentuk kapsul. Pokok Tongkat Ali ini di
tanam di dalam sand bed terlebih dahulu sehingga ia
bercambah. Penanaman di sand bed ini adalah kerana
biji benih tidak memerlukan nutrient untuk
percambahan dimana cukup dengan hanya ditanam di
dalam pasir. Ini kerana, biji benih akan menggunakan
nutrient yang tersimpan di dalam cotyledonnya
sepanjang proses percambahan.
Kemudiannya pokok yang bercambah akan dipindah masuk ke dalam polibag
yang tinggi kerana faktor akarnya yang panjang. Umur pokok tersebut akan mula dihitung
apabila telah dipindah masuk ke dalam polibag.
Umur pokok Tongkat Ali yang paling sesuai untuk
ditanam di lapangan ialah 6 bulan hingga 12 bulan. Apabila
pokok Tongkat Ali melebihi umur setahun, akarnya sudah
berpusing-pusing di dalam polibag menyebabkan pokok
tersebut tidak sesuai lagi untuk ditanam di lapangan kerana
telah merubah morfologi akar tersebut.

Pokok-pokok yang dijangkiti ulat dan ditumbuhi kulat akan diasingkan
daripada nurseri untuk mengelakkan penyakit ini merebak kepada pokok-
pokok lain. Pokok-pokok ini akan di dedahkan kepada cahaya matahari untuk
mengurangkan lembapan yang mana medium utama pembiakan kulat. Pokok-
pokok ini akan dirawat dengan hanya menggunakan campuran minyak masak
dan air. Penggunaan minyak masak dan air ini adalah bagi menggantikan
penggunaan racun dimana akan mengurangkan nilai komersial pokok
68

Pokok Tongkat Ali yang menjalani fasa
terakhir sebelum ditanam di lapangan
Antara nurseri yang terdapat di
SPF Maran
Kawasan baru dibuka untuk
penanaman kelapa sawit dan tanaman
herba
Tongkat Ali tersebut. Sabun pencuci
akan digunakan sebagai bahan pelarut
minyak di dalam air.
Pokok Tongkat Ali ini akan
melalui satu lagi fasa sebelum
ditanam di lapangan. Ia akan didedahkan
kepada cahaya matahari untuk
membiasakannya dengan keadaan sebenar di lapangan.

Perbincangan:
Sepanjang kami melawat di SPF Maran, kami diberi
layanan yang terbaik oleh pegawai operasi SPF Maran,
Encik Syarmizi bin Ismail. Kami menubual beliau
tentang masalah yang dihadapi di SPF Maran. Terdapat
beberapa masalah yang dihadapi di SPF Maran.
Antaranya ialah, kekurangan tenaga pekerja. Kawasan
penanaman baru yang dibuka bertambah dari semasa ke
semasa, namun begitu
kakitangan di SPF Maran masih
lagi dalam bilangan yang
sama iaitu empat orang
termasuk Encik Syarmizi. Hal ini akan mengurangkan kecekapan
dalam pengeluaran hasil-hasil tanaman. Selain itu, kekangan
kawasan penyimpanan atau nurseri pokok menghadkan
pengeluaran hasil tanaman di SPF Maran. Masalah-maslah
inilah yang perlu diatasi supaya dapat meningkatkan lagi
produktiviti di SPF Maran yang mana mempunyai peluang masa hadapan yang cerah di
dalam penghasilan produk-produk tanaman herba.

69

Kesimpulan:
Lawatan kami berakhir dengan jayanya kerana semua objektif dapat dicapai dengan
sempurna. Pelbagai ilmu baru dan perkara baru yang saya telah belajar tentang penjagaan
pokok Tongkat Ali dari awal penanaman biji benihnya sehingga penanaman pokok
tersebut di lapangan.

70

CADANGAN

Setelah menjalani latihan industri selama sepuluh minggu di KBG, FRIM,
terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan program latihan industri di organisasi
tersebut. Cadangan yang pertama adalah masa untuk latihan industri boleh dipanjangkan.
Ini adalah kerana masa latihan industri yang singkat akan menyebabkan pelajar latihan
industri tidak dapat menguatkuasakan kemahiran insaniah yang dipelajari dengan baik.
Teori-teori yang dipelajari di universiti tidak dapat dipraktikkan sepenuhnya. Dengan
memanjangkan masa latihan industri, yakni dapat meningkatkan kesefahaman pelajar
tentang apa yang dipelajari. Dengan ini, objektif latihan industri juga dapat dicapai iaitu,
meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dan meningkatkan kesefahaman pelajar tentang
amalan dan cabaran pekerja dalam bidang perhutanan.
Selain itu, penyeliaan pensyarah penyelia haruslah dilakukan dua kali iaitu pada
minggu permulaan latihan industri dan minggu terkhir latihan industri. Hal ini dapat
membantu para pensyarah dalam menilai pelajar-pelajar latihan industri dengan lebih
mendalam kerana pensyarah penyelia akan dapat lihat perkembangan ilmu-ilmu yang
dipelajari oleh para pelajar di syarikat-syarikat dan institusi-institusi masing-masing.
Contohnya seperti saya dan rakan seperjuangan saya yang telah ditempatkan di KBG,
FRIM. Di sana kami mempelajari ilmu-ilmu survei hutan bermula daripada kosong tanpa
ilmu pengetahuan langsung tentang kerja-kerja survei ini.
Cadangan seterusnya adalah cara keselamatan semasa kerja haruslah diterangkan
pada hari pertama pelajar latihan industri melaporkan diri. Ini adalah penting kerana
pelajar dapat memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang boleh menyebabkan
kecederaan semasa bekerja. Dengan ini, peratusan untuk mengelakkan diri daripada
kecederaan semasa bekerja adalah lebih tinggi.

71

KESIMPULAN

Sepanjang sepuluh minggu latihan industri di KBG, FRIM, saya mendapati
bahawa latihan industri merupakan salah satu program yang amat penting sebelum
menamatkan pengajian Diploma Sains saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ini
adalah kerana latihan industri boleh meningkatkan kemahiran insaniah saya selama
sepuluh minggu ini. Dengan adanya kelengkapan kemahiran insaniah, keyakinan diri saya
untuk bersaing dengan orang lain dan menunjukkan kebolehan diri sendiri semakin
meningkat. Selain itu, latihan industri ini dapat memberi peluang kepada saya untuk
mempelajari sesuatu ilmu yang baru dimana sebelum ini saya langsung tidak mengetahui
tentang bidang tersebut.
Dari segi pandangan alam pekerjaan, latihan industri ini dapat membentuk sahsiah
yang baik apabila menghadapi alam pekerjaan. Latihan industri ini bukan sahaja dapat
membentuk sahsiah dan insaniah seseorang, ia juga membolehkan saya mempelajari cara
berkomunikasi dengan orang lain dan mengajar saya untuk disiplin dalam ketepatan
masa.
Semangat kerjasama antara kakitangan juga terpupuk sepanjang saya menjalani
latihan industri di sini. Elemen kerjasama ini amat penting di dalam alam pekerjaan bagi
mendapat hasil yang terbaik apabila sesuatu kerja dilakukan. Kekurangan semangat
kerjasama akan menyebabkan kerja menjadi semakin bosan, sukar dan kurang daya usaha
untuk melaksanakan kerja tersebut. Dengan ini, semangat kerjasama antara setiap lapisan
organisasi harus dipraktikkan dalam diri supaya setiap orang dapat dimotivasi dan
meningkatkan minat mereka terhadap pekerjaan mereka.

72

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 Hasil Pembetulan Selisih Tutup menggunakan cara Bowditch
LAMPIRAN 2 Unjuran yang dibina di dalam perisian AutoCAD
LAMPIRAN 3 Hasil Pemelotan Kursus Ukur Aras
LAMPIRAN 4 Modul Skrip Lawatan Berpandu Denai Razak
LAMPIRAN 5 Hasil Pemelotan Projek Digital FRIM
LAMPIRAN 6 Koordinat Pokok Projek Digital FRIM
LAMPIRAN 7 Hasil Pemelotan Koordinat Pokok di Alam Impian
LAMPIRAN 8 Hasil pemelotan Projek Bukit Kiara
LAMPIRAN 9 Slide Pembentangan Akhir
LAMPIRAN 10 Carta Alir Cara-cara Mentut Pokok
LAMPIRAN 11 Carta Alir Cara-cara Bancuhan Tanah dan Penabungan Tanah
LAMPIRAN 12 Peta lokasi SPF Maran
LAMPIRAN 13 Peta Topografi Kawasan SPF Maran