You are on page 1of 10

Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.

Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya
masyarakat kita?
Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam
kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus
terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat
cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabuing
ini diharapkan terbawa-bawa sehingga dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang.
Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa.
Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut
di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Persoalannya, apakah peranan
yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat
kita?

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-
cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga.
Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk
keperibadian anak-anak. “Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya
menjadi putih atau hitam”. Ibu bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk
berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak
datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah
mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa
boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak
menabung dengan menyimpan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian sekolah anak-
anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan
harian yang diberi agar anak-anak tahu akan kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa
perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak “sebelum kudis menjadi tokak”.

Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak
bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-
anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa
mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan
menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan
mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini,
amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya
didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan
mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa
yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-
kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini
lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa anak-anak
sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk.
Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai
contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi
menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian
peralatan di rumah dan setiap pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala,
terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang
bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang-orang di sekeliling walaupun
hakikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan .Mereka inilah yang berpegang pada prinsip
biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga,
diharapkan mereka dapat menukar perspektif tersebut bagi memudahkan proses penerapan
amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak.
“Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus
diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan
cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara penyimpanannya.
Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat menabung. Membuka akaun
bank untuk anak-anak merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-
anak ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi.
Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung dengan meminta mereka
membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak. Kata
orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-
anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh
mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa
dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung
mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan cara ini dapat
memudahkan penerapkan amalan menabung sudah terang seperti “murai berkicau hari siang”.
Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada anak-anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus
menabung wang bersama dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan kepada anak-anak
bahawa pada setiap bulan, mereka menyimpan sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos.
Perbuatan ibu bapa menyimpan wang akan dicontohi oleh anak-anak. Anak-
anak mudah terikut-ikut oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah
ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan
tabiat menabung juga. Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk
menabung sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang yang boros dan
tidak pandai menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya imej yang
diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga mengatakan bagaimana acuan,
begitulah kuihnya.
“Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika
berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”, Kawan merupakan
„magnet sakti‟ yang boleh mempengaruhi anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa harus
menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang kurang
berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan
kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”. Oleh itu, ibu
bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan golongan tidak bermoral.
Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak hanya tahu menghabiskan
wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk perbelanjaan
anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh
itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam
memastikan amalan menabung manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan
“Jikalau tiada wang semua kerja tak terjadi”. Peribahasa Melayu pula menunjukkan “ada padii
semua jadi, ada beras semua deras”. Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya wang dalam
zaman globalisasi yang mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat
menabung dan menjadikan amalan ini sabagai satu tabiat hidup. Pembentukan generasi muda
barakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui negara pada masa depan amat
diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. “Air bersih, ikannya jernih”



Boros bermakna suka mengeluarkan sesuatu seperti wang secara berlebih-lebihan manakala
jimat cermat pula bermaksud sangat berhati-hati dalam membelanjakan wang. Perkara ini
berkaitan dengan pepatah Melayu yang menyatakan ”ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis”. Hal ini membuktikan bahawa sikap berjimat cermat merupakan amalan yang
mulia dan memberi banyak manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

Faedah berjimat cermat yang pertama ialah dapat menjamin masa depan yang lebih
baik. Seseorang yang ada wang simpanan tidak perlu lagi membanting tulang apabila sudah
bergelar warga emas. Mereka boleh menggunakan wang tersebut untuk meneruskan
kehidupan tanpa meminta bantuan daripada sesiapa walaupun kepada anak-anak sendiri
kerana anak-anak mempunyai tanggungjawab mereka sendiri. Melalui perkara ini, jelaslah
bahawa orang yang berjimat cermat lebih selesa hidupnya berbanding dengan orang yang
boros.

Selain itu, antara faedah amalan berjimat cermat termasuklah membantu para pelajar
untuk melanjutkan pelajaran pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana yuran pengajian
semakin mahal. Oleh yang demikian, ibu bapa yang bijak merancang akan mula membuat
simpanan untuk anak-anak sejak awal-awal lagi bak kata peribahasa "sedikit-sedikit, lama-
lama menjadi bukit”. Berdasarkan perkara yang dibincangkan ini, jelaslah bahawa sikap
berjimat cermat akan dapat membantu kita melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Di samping itu, manfaat amalan berjimat cermat yang ketiga ialah membantu kita pada
masa kecemasan. Jika kita tiba-tiba diserang penyakit kronik seperti strok, sakit jantung dan
sebagainya, kita memerlukan rawatan segera. Kos pembiayaan rawatan untuk penyakit-
penyakit seperti ini boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Kita banyak melihat pesakit yang
menunggu sekian lama untuk menerima rawatan hanya kerana tidak cukup wang. Oleh hal
yang demikian, mereka yang mempunyai simpanan tidak akan menghadapi sebarang halangan
untuk menbiayai kos rawatan.

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dibuktikan bahawa sikap jimat cermat banyak
memberikan faedah. Oleh hal yang demikian, kita hendaklah sediakan payung sebelum
hujan agar perkara kecemasa yang tidak diduga dapat dihadapi dengan tabah. Oleh itu,
marilah kita mengamalkan amalan mulia ini kerana amalan ini memberi banyak manfaat.


okus karangan: Cara-cara ibu bapa memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak
[Ayat Rangsangan] Amalan berjimat cermat memang menjadi agenda perdana dalam kehidupan
seharian. [Ayat Huraian] Malangnya, anak-anak remaja bersikap membazir dan memboros dari segi
perbelanjaan serta penggunaan air dan elektrik. Mereka seolah-olah tidak menghargai nilai wang dan
sumber alam. Dalam konteks ini, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak agar
menjadi insan yang mengamalkan budaya berjimat cermat dalam kehidupan. [Ayat
Arahan]Persoalannya, bagaimanakah ibu bapa boleh melahirkan anak yang menghayati amalan berjimat
cermat dalam segala aspek kehidupan?
[Ayat Topik 1] Antara langkah perdana dalam pemupukan amalan berjimat cermat dalam kalangan anak
ialah ibu bapa perlu menjadi anjakan paradigma kepada anak mereka. [Ayat huraian] Mereka harus
menjadi cermin perbandingan yang positif kepada anak-anak dalam segala aspek kehidupan kerana
bapa borek anak rintik! [Ayat Contoh] Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, setiap tindak-
tanduk ataupun gerak-geri ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak. Misalnya, jika ayah bertelefon bimbit
berjenama Nokia N95, anak lelaki pula hendak memiliki Nokia N97; jika ibu senantiasa tidak menutup pili
air selepas menggunakannya, maka anak gadis pula akan senantiasa tidak menutup suis lampu. [Ayat
Penyimpul] Jadi, ibu bapa haruslah menjadi contoh teladan yang sihat kepada anak.
[Ayat Topik 2] Selain menjadi modal insan yang ideal, ibu bapa perlu mengamalkan kesederhanaan
dalam kehidupan seharian. [Ayat Huraian] Hal ini demikian kerana sikap boros tidak relevan lagi dalam
kehidupan kita dalam zaman kegawatan ekonomi ini kerana mengundang musibah, iaitu kemiskinan dan
kesengsaraan. [Ayat Contoh] Kita sering terdengar cerita seorang ayah berumah banglo dan berkereta
mewah dahulu, tetapi sekarang berkain basah kering di pinggang. Kita bukan tidak boleh berkereta
ataupun berumah, tetapi apa gunanya berkereta mewah dan berrumah banglo. [Ayat Penyimpul]
Pendek kata, anak-anak kita tidak akan mengamalkan sikap kesederhaan selagi ibu bapa mengagung-
agungkan kemewahan.
[Ayat Topik 3] Ibu bapa juga perlu mengamalkan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) dalam penerapan
amalan berjimat cermat dalam kehidupan. [Ayat huraian] Dalam hal ini, ibu bapa perlu menekankan
kepentingan 3R dalam usaha mencermatkan perbelanjaan dengan melibatkan semua ahli keluarga.
[Ayat Contoh] Misalnya, anak-anak perlu dididik agar mengurangkan penggunaan air, tenaga elektrik,
kertas tulisan, ubat gigi, syampu, pencuci muka, dan sebagainya. Selain itu, barang-barang terpakai
seperti bekas air, beg sekolah, kasut dan sebagainya perlulah digunakan semula. Barang-barang yang
tidak berguna pula dihantar ke pusat kitar semula. [Ayat Penyimpul] Tegasnya, konsep 3R ini dapat
memupuk tabiat berjimat cermat dalam kehidupan anak.
[Ayat Kesimpulan] Intihanya, kepentingan peranan ibu bapa dalam melahirkan anak yang berjimat
cermat dalam kehidupan tidak dapat dinafikan. [Ayat Pandangan] Sesungguhnya, tabiat lama, yakni
pembaziran dan pemborosan, sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. [Ayat Cadangan]
Dalam hal ini, ibu bapa perlu menonjolkan kesungguhan, kezaman, dan keiltizaman melalui teladan dan
mengamalkannya sehingga konsep berjimat cermat ini menjadi sebahagian hidup kita. Pedoman orang
tua-tua “cermat masa banyak, jimat masa sedikit” dan “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis” pula
hendaklah dijadikan petunjuk dalam kehidupan kita . [Ayat Harapan] Dengan ini, seisi keluarga dapat
mencegap nikmat kebahagiaan, keharmonian dan kemakmuran.








































Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda.

Jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi memartabatkan
permainan tradisional di negara kita.

Pada zaman pascakemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat
berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan
disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk
kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh
yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan
tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan
tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng,
guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang
diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional berkenaan
akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan
khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya
saya mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita?

Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional adalah
dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa
ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering
menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu,
sebagai generasi muda, saya harus sedar bahawa saya berperanan memartabatkan permainan
tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi
berkaitan dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan
tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional yang ada di
negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenan
pelbagai permainan tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud
kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan permainan tradisional di negara ini bagi
menyaingi permainan moden yang semakin popular dalam kalangan remaja.

Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan
tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya
pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya
boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan
tradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakan-
rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat
memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan
diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada
pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih baik mengisi masa
dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi
muda masa ini.

Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar sekolah
haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional menjadi
salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis surat kepada pihak
sekolah menerusi persatuan agar memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian
daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan
permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan menyertai permainan tradisional
yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan
akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau, pertandingan
bermain congkaka dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman
bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional
dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan
pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula
jadi. Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan
tradisional.

Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat cinta akan
budaya terutama permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional merupakan
budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar dikenali oleh
generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil
sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah kukuh maka
secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu mempertahankan dan memartabatkan
permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada awalnya akan
menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga yang diharapkan
terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula menanamkan sikap sayang
dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan tradisional terpelihara megah
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan terhadap permainan tradisional
akan memupuk juga rasa cinta terhadap negara

Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional agar
permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia umumnya
dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan meminta
bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan dan
diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama
sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan
menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan.













Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas daripada
cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya,namun
kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecap, negara kita masih
lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat
diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran
kita, apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang
disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh
dan formula penyelesaian harus diimplementasikan untuk merungkaikan masalah ini bak kata
peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.

Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang
berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan
kempen berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya
sekadar melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lao tze, kehidupan membazir dan
tamak haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah
menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan
dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru
supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan usahlah
bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan membawa
padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut
rasa binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat
menarik penyertaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan
sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa penganjuran kempen
berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk merungkaikan masalah
kenaikan harga barangan.

“Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang kesulitan yang
berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun begitu. kita tetap melihat dan
kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat
melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara
Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap
masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan
badan bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga
barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan
sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti Gabungan
Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah
mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk
menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah masalah
kenaikan harga barangan keperluan, penjualan barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan
yang melampau dan sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah
dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini
haruslah menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga
berpegang pada falsafah Confusius, apalah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita
lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya,
melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran
merupakan tindakan efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.


Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh
diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-kata ini memang ada
kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut
yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi
ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas
terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh
kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan
yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke premis-premis perniagaan dari
semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan
tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan
tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya
menguatkuasakan undang-undang secara serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada
golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah
di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat
pisang berbuah dua kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan
mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat mengekang masalah
kenaikan harga barangan di pasaran.

Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih
dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak
akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada
menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media massa juga
menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan
merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang kita
sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih kurang
meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan
peniaga yang mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas
golongan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah
menyumbang tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna
kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa, pengguna akan mengetahui
kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang
durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat aduan
kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan.
Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para pengguna termasuk suri
rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana
benar dalam memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di
negara ini.


Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh, segenap
lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengekang kenaikan harga
barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar
menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada
menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.Oleh itu,semua
anggota komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliunguntuk membendung
masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang
keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan Mat J enin