SKIM PEMARKAHAN PEPERIKSAAN BRUNEI CAMBRIDGE O’LEVEL Oleh: Hj Ahad bin Masrun / Pg Abu Bakar Sani bin Pg Hj Md Yassin

/ Hj Rasni bin Bakir / Norasikin binti Hj Mat Zain / Roslinah binti Raya 1.0 Pendahuluan

Untuk menentukan seseorang itu berkelayakan bagi menceburi apa jua bidang, kita tidak boleh lari daripada menjalani pengujian dan juga penilaian. Sama ada kita ingin menjadi tukang masak, peguam, pemandu pesawat, guru, jurutera dan lain-lain lagi, kita harus ada kelayakan untuk melakukan kerjaya tersebut. Sebagai contoh, jika kita memilih untuk menjadi seorang askar sebagai profesion, apakah kita layak untuk menyandang tugas tersebut? Seperti yang kita tahu bahawa menjadi seorang askar bukannya mudah kerana ia memerlukan kekuatan bukan saja dari fizikal tetapi juga kekuatan dari segi mental. Jadi, untuk menentukan tahap kebolehan kita, pastinya kita akan diuji terlebih dahulu sebelum kita layak bergelar sebagai seorang askar. Melalui ujian, seseorang itu boleh dinilai dengan satu ukuran yang menepati standard. Perlu diingat bahawa kerjaya sebagai seorang askar ada pelbagai cawangan dan ada tata tingkat kedudukannya. Hal ini memerlukan seseorang itu diuji dengan cara yang berlainan mengikut ukuran pengkhususan tugasan yang hendak disandangnya. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran pula pengujian dan penilaian merupakan sesuatu yang berkaitan. Menurut Abbas Mohd. Shariff (2003: 183) pengujian, pengukuran dan penilaian mempunyai kelainan dari segi fungsi, tetapi saling berkaitan. Melalui pengujian, maklumat tentang murid dapat dikesan dan boleh diberi gambaran mengenai kemajuannya dalam satu-satu mata pelajaran. Manakala pengukuran pula adalah proses bagi menentukan tahap atau standard setelah proses pengujian selesai dijalankan. Setelah ujian dan pengukuran dilakukan maka penilaian akan dibuat bagi menentukan pencapaian murid. Kamarudin Hj. Husin (2001: 328), menjelaskan bahawa penilaian adalah merupakan aktiviti yang bersistematik untuk mendapatkan maklum balas yang boleh digunakan bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, penilaian lazimnya dilakukan melalui dua cara iaitu melalui penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif dirujuk kepada jenis penilaian yang mengesan perkembangan dan kemajuan pembelajaran murid. Penilaian jenis ini akan dibuat secara berterusan dan satu catatan yang berupa rekod akan disediakan. Penilaian ini akan dibuat pada setiap pengajaran bagi mendapatkan data untuk melihat perkembangan murid. Manakala penilaian sumatif pula ialah penilaian yang bertujuan melihat taraf pencapaian murid secara keseluruhan setelah selesai sesuatu penggal persekolahan (Juriah Long dkk. 1990: 259-260). Bagi konteks negara Brunei Darussalam, penilaian sumatif dikenali sebagai peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun. Bagi peperiksaan berbentuk umum pula ia dikenali sebagai peperiksaan menengah bawah, peperiksaan menengah atas dan sebagainya. Bagi ujian penilaian bagi menengah lima, pada peringkat ini ia dikenali sebagai ‘General Certificate Of Education Ordinary Level’ (G.C.E peringkat ‘O’). Salah satu cabang penilaian tersebut ialah subjek Bahasa Melayu. Ia merupakan subjek wajib diambil bagi 1

setiap pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Subjek Bahasa Melayu pula terbahagi kepada dua iaitu kertas 1 dan kertas II. Perbincangan dalam penulisan ini hanya menjurus kepada kertas soalan Bahasa Melayu I atau ujian penulisan karangan bagi tahun 2007 sahaja. 2.0 Contoh Tajuk-Tajuk Karangan Dan Peraturannya

Dalam peperiksaan awam, jumlah perkataan bagi penulisan karangan adalah ditentukan oleh peringkat peperiksaan tersebut. Semakin tinggi peringkat peperiksaannya maka semakin bertambah aras kesukarannya dan jumlah perkataannya. Dalam peperiksaan bagi menengah lima bagi tahun 2007, bahagian peperiksaan telah mengemukakan tujuh soalan bagi peperiksaan tersebut. Tajuk-tajuk soalan tersebut adalah seperti berikut: 1. Ramai yang berpendapat bahawa ‘kes jenayah meningkat adalah berpunca daripada pelbagai masalah sosial’. Bersetujukah kamu dengan pendapat tersebut? Nyatakan pendapat kamu sama ada bersetuju atau tidak dengan memberikan beberapa contoh. 2. Mahir menggunakan komputer menjadi satu kemestian kepada kita. Tulis sebuah rencana yang menjelaskan tentang hal ini. 3. Kita berhasrat supaya kuih-muih tradisional negara ini mestilah diperkenalkan kepada generasi muda. Huraikan apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mencapai hasrat ini. 4. Dalam bentuk sebuah penulisan drama, gambarkan kisah seorang jiran di sebelah rumah yang akhirnya menyesali perbuatannya yang sombong. 5. Semua agama menyuruh penganutnya supaya berbuat baik. Tulis satu ulasan mengenai hal ini. 6. Bertindik dan mewarna rambut adalah satu fesyen terkini yang bertentangan dengan budaya hidup masyarakat kita. Dalam bentuk sebuah ceramah sampaikan pernyataan ini dengan jelas. 7. ‘Bagai lebah menghimpun madu’, Peribahasa ini bermaksud rajin bekerja dan tekun berusaha. Berlandaskan makna peribahasa ini buat satu teks ucapan yang akan disampaikan dalam majlis penyampaian hadiah cemerlang. Soalan yang diajukan kepada pelajar dalam peperiksaan ini menunjukkan variasi dari segi aspek yang berbentuk perbahasan, deskriptif, penceritaan, perbincangan, penulisan drama, ceramah dan juga teks ucapan. Sementara itu had kepanjangan karangan adalah tidak kurang daripada 350 patah perkataan. Pemberian markahnya pula adalah dinilai dari aspek gaya bahasa, isi dan teknik penulisan.

2

3.0

Isu Kebolehpercayaan Pemarkahan Karangan

Terdapat isu tentang kebolehpercayaan dalam pemarkahan karangan. Menurut Vassilogou (dalam kamaruddin Yaakub, 2004), beliau menyatakan bahawa peperiksaan yang dijalankan terhadap seseorang calon bukanlah sebenarnya bertujuan untuk memeriksa kebolehan atau pencapaian calon tersebut, tetapi untuk menguji atau mengukur keupayaan pemeriksa jawapan yang diberikan oleh calon. Sehubungan perkara tersebut, markah bagi setiap karangan yang diberikan biasanya kurang mempunyai ketepatan pemarkahan atau kebolehpercayaan. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pemeriksa itu biasanya dipengaruhi oleh latar belakang pemeriksa, latar belakang pelajar, tempat peperiksaan, dan kertas soalan itu sendiri. Justeru, satu alat biasanya dikenali sebagai ralat pengukur atau ralat pengujian perlu diwujudkan bagi menghindarkan pengaruh-pengaruh negatif berlaku ketika membuat pemeriksaan. 3.1 Pentingnya Skim Pemarkahan

Ramai pengkaji menggunakan ‘ujian menulis karangan’ sebagai teknik bagi mengukur kemahiran pelajar menulis dalam pelbagai bahasa. Ia bertujuan menguji dan mengukur kebolehan pelajar menyusun idea atau pendapat, dan melahirkannya dengan menggunakan perkataan, gaya dan bahasa sendiri dalam bentuk komunikasi tulisan. Ketekalan pemarkahan dan kebolehpercayaan dalam pemarkahan adalah sangat penting terutama bagi pemeriksa atau kumpulan pemeriksa karangan bertulis. Biasanya skim pemarkahan karangan dibahagikan kepada tiga aspek penting, iaitu isi kandungan, penyusunan, dan bahasa. Menurut Abdul Aziz (1985) menegaskan bahawa skim pemarkahan yang dibuat tersebut mempunyai tujuan khusus, seperti berikut: a) mengurangkan unsur-unsur subjektif dengan memasukkan unsur-unsur keobjektifan dalam sistem pengukuran dengan menggunakan skala tertentu. b) mengawal ketekalan pemarkahan bagi seseorang pemeriksa atau kumpulan pemeriksa dengan menggunakan panduan gred yang standard dalam proses pemarkahan dan mengawal kebolehpercayaan pengukuran yang dihasilkan. c) menyenarai – semak sub kemahiran penting yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran, dan d) mengkuantitikan kemahiran ke dalam bentuk markah. Berdasarkan kepentingan skim pemarkahan tersebut, setiap pemeriksa atau kumpulan pemeriksa perlulah menguasai aspek sub kemahiran yang dihasilkan oleh seseorang penulis itu terutamanya dari segi kemahiran struktur dan gaya, kemahiran memilih isi, kemahiran perbendaharaan kata, kemahiran menyusun dan kemahiran mekanis iaitu kebolehan mengeja, menggunakan tanda bacaan, perenggan dan tulisan tangan yang boleh dibaca.

3

4.0

Laporan Analisis Bagi Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 Peringkat ‘O’ - 2007

Berdasarkan laporan yang ditulis oleh Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Sayyiidina Hasan, beliau bersetuju dengan bentuk soalan yang telah diberikan dalam peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 Brunei - Cambridge Peringkat ‘O’ bagi tahun 2007 (Sila rujuk lampiran …….). Beliau menegaskan bahawa soalan-soalan tersebut boleh diterima dan bersesuaian dengan tahap dan standard pelajar Menengah Lima. Walau bagaimanapun beliau juga ada menegaskan beberapa perkara harus diambil perhatian iaitu dari aspek kualiti soalan kerana didapati ia agak menurun. Ini berdasarkan kepada soalan-soalan yang diajukan tidak banyak mengemukakan kepelbagaian bidang soalan kerana kebanyakan soalan hanya tertumpu kepada bidang social,, keagamaan dan pendidikan sahaja. Beliau berpendapat soalan-soalan tersebut kurang mencabar pemikiran, kewibawaan dan mentaliti pelajar yang menduduki kertas soalan tersebut. (Sila rujuk lampiran……..). Selain itu, berdasarkan laporan analisis tersebut juga, setiap jenis soalan yang diajukan di dalam kertas soalan peperiksaan tersebut, beliau mendapati daripada tujuh jenis soalan yang diajukan, empat daripadanya adalah karangan berformat dan selebihnya adalah karangan tidak berformat. Beliau berpendapat terdapat beberapa soalan yang mudah difahami dan tidak menyukarkan bagi setiap pelajar menulis tentang tajuk yang diutarakan. Selain itu, terdapat juga beberapa soalan yang bentuknya terlalu umum, kurang jelas dan tidak fokus. Inisiatif guru memberikan komen dan juga cadangan terhadap kertas soalan peperiksaan bahasa Melayu Brunei - Cambridge peringkat ‘O’ tersebut merupakan satu tindakan yang wajar dan baik. Ia sangat penting bagi mempertingkatkan kualiti jenis soalan yang diajukan agar ia dapat menguji kebolehan sebenar pelajar khususnya dalam mempelbagaikan jenis bidang yang boleh menguji pemikiran serta mentaliti pelajar itu sendiri. 4.1 Panduan Skim Pemarkahan

Setiap peperiksaan baik daripada peringkat rendah mahupun kepada peringkat tinggi, panduan skim pemarkahan merupakan faktor penting bagi memberi panduan kepada setiap pemeriksa atau pemarkah dalam menyemak hasil jawapan kertas kerja yang dilakukan oleh setiap pelajar. Tanpa adanya panduan tersebut, kebolehpercayaan pemeriksaan tersebut akan mudah dipertikaikan khususnya dari segi pemberian markah. Berdasarkan panduan pemarkahan yang diberikan oleh jabatan peperiksaan Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah memberi garis pandu kepada setiap pemeriksa tentang bagaimana memeriksa atau menyemak kertas jawapan pelajar khususnya kertas Bahasa Melayu kertas 1 bagi peperiksaan Brunei - Cambridge G.C.E peringkat ‘O’.

4

Tujuan sebenar panduan skim pemarkahan ini dibuat adalah seperti berikut: a) Untuk memudahkan cara pembahagian markah yang selaras. Pemarkah-pemarkah bolehlah menggunakan budi bicara dan inisiatif masing-masing supaya setiap markah yang diberi itu akan dapat dipertanggungjawabkan. b) Setiap pemarkah dinasihatkan agar membaca setiap hasil penulisan pelajar secara berhati-hati, dan setelah itu barulah membuat penilaian dengan merujuk kepada butir-butir pemberian markah secara analisis. Jabatan Peperiksaan juga telah memberikan garis pandu tentang pemberian markah maksima bagi kertas soalan Bahasa Melayu kertas 1. Jumlah keseluruhan bagi kertas tersebut ialah 100. Pemberian markah adalah berdasarkan kepada tiga aspek penting iaitu: a) Isi 45 markah b) bahasa 35 markah c) Susunan (Teknik) 20 markah ( Sila rujuk lampiran …… bagi keterangan lanjut) Adapun ketiga-tiga aspek yang dinilai adalah selaras dengan pendapat Koh Boh Boon (1981) yang mencuba membina satu skim pemarkahan karangan bahasa Malaysia bagi tingkatan 1V dan V yang berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (edisi 1978) untuk tingkatan 1V dan V. Sehubungan itu, skim pemarkahan yang diaplikasikan di Negara Brunei Darussalam adalah sangat wajar dan harus dipatuhi bagi memastikan keselarasan serta kebolehpercayaan pemarkahan bagi penulisan karangan khususnya soalan kertas 1 Brunei – Cambridge peringkat ‘O”.

5.0

Pemberian Pemarkahan Secara Analisis

Markah penuh hendaklah diberi kepada calon-calon jika mereka layak menerimanya.

PERKARA

ISI

PENERANGAN PERINGKAT Kaitan idea/isi dengan tajuk, keragaman, Cemerlang 37-45 keaslian, perkembangan dan huraian idea Baik 30-36 Sederhana 23-29 Lemah 10-22 Sangat Lemah 0-9 i. STRUKTUR Ketepatan tatabahasa, kompleksiti ayat, keragaman struktur dan keberkesanan bahasa. Cemerlang PERBENDAHARAAN KATA Baik Pemilihan kata yang tepat, beraneka Sederhana 5 29-35 23-28 18-22

BAHASA ii.

dan luas.

Lemah Sangat Lemah

9-17 0-8

iii.

MEKANIS Ejaan, tanda baca, perenggan, penggunaan huruf besar dan kecil, kebolehan bacaan tulisan tangan. Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah 18-20 14-17 10-13 6-9 0-5

SUSUNAN

Perkembangan tema/cerita yang logis, sistematis, bertalian dan jelas.

6.0

Struktur Pembahagian Markah Cemerlang, Sederhana dan Lemah

Semasa memeriksa ISI, BAHASA dan SUSUNAN pemeriksa mestilah menandai kesalahankesalahan atau idea-idea yang munasabah yang terdapat dalam penulisan calon dan tidak hanya memberikan markah. Berikut adalah panduan ketika memeriksa: i. ISI Cemerlang : Idea pokok dibincangkan secara jelas dengan disokong oleh butirbutir yang konkrit, penting dan bersabit. : Idea pokok dibincangkan tetapi terlalu ringkas dan am. Perbincangan disokong oleh butir-butir yang konkrit tetapi kadangkala butir-butir itu diulang, tidak berkait atau tidak lengkap. : Idea pokok kurang jelas atau keliru, atau tidak disokong oleh butir-butir yang konkrit dan bersabit.

Sederhana

Lemah

ii.

BAHASA Cemerlang : Ayat-ayat dibina dengan baik, bersepadu dan berkesan. Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan dengan sangat berkesan, menarik, tepat dan penuh dengan bunga bahasa. Penggunaan (secara konsisten) tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang standard. 6

Sederhana

: Ayat-ayat digunakan secara betul tetapi tidak bersifat luar biasa dan kadangkala bersifat seragam sahaja. Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan secara sesuai, jelas dan kadangkala terdapat penyelewengan dari tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang standard. : Ayat-ayat tidak bersepadu, tidak bertalian, keliru, tidak sempurna dan membosankan. Perkataan yang dipilih dan digunakan tidak munasabah, kabur, tidak berbunga bahasa atau kurang standard. Penglahiran idea-idea terhalang kerana sering terdapat penyimpangan dari aspek tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang standard.

Lemah

iii.

SUSUNAN Cemerlang : Tema dikembangkan dengan teratur selangkah-selangkah, perenggan-perenggannya adalah bersepadu dan satu perenggan beralih kepada perenggan yang lain dan berkesan. Perenggan dikembangkan secara menarik dan seimbang dengan penekanan yang wajar. : Pelan tema kadangkala tidak teratur, dikembangkan secara tidak seimbang atau memberi penegasan yang tidak sesuai, perengganperenggan berkaitan tetapi peralihan dari satu perenggan ke perenggan lain kadangkala tidak licin dan membosankan. : Tema tidak dikembangkan atau dikembangkan dengan tidak konsisten, tidak kena mengena dan diulang, perengganperenggan tidak bertalian dan peralihan dari satu perenggan kepada perenggan yang lain tidak jelas dan tidak berkesan.

Sederhana

Lemah

7.0

Penyelewengan (Karangan Terkeluar Tajuk)

Bagi karangan yang sama sekali terkeluar dari tajuk, pemeriksa perlu melakukan perkara-perkara berikut: a. ISI KARANGAN tidak perlu diberi markah; b. Tetapi bagi BAHASA dan SUSUNAN bolehlah ditimbangkan. c. Perkataan “MENYELEWENG” hendaklah ditulis di bawah karangan tersebut, perkara ini bertujuan supaya mengelakkan sebarang masalah di antara pemarkah dengan penyemak.

7

8.1 8.1

Kaedah Pemarkahan Kaedah pemarkahan karangan Bahasa I bagi peperiksaan G.C.E peringkat ‘O’.

Dalam peperiksaan karangan Bahasa I bagi peperiksaan G.C.E peringkat ‘O’, kaedah pemarkahan berikut hendaklah ditunjukkan oleh pemeriksa di akhir tiap-tiap jawapan yang diperiksa. Contoh: I : 28 B : 36 G : 19 Jumlah : 83 8.2 Kaedah yang digunakan jika berlaku kesalahan-kesalahan dalam karangan

Tanda-tanda seperti di bawah ini hendaklah digunakan bagi menunjukkan kesalahankesalahan dalam karangan pelajar. Perkara Ejaan Tanda baca Bahasa Isi 8.3 Di Ruang Kiri E T B I , ‘ Di Dalam Karangan Dimasukkan ‘

Ejaan yang digunakan mestilah menggunakan sistem ejaan baru. - Tiap-tiap ejaan yang salah ½ markah akan dipotong. - perkataan yang berulang akan dipotong sekali sahaja. - pemotongan markah maksima sebanyak 10 markah.

8.4

Panjang petikan karangan yang melebihi hadnya yang dibenarkan (350 patah perkataan) juga akan dipotong mengikut beberapa tahap seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. 350 perkataan ke atas tiada pemotongan markah. 321 – 349 perkataan, potong 2 markah. 271 – 320 perkataan, potong 4 markah. 230 – 270 perkataan, potong 6 markah 185 – 229 perkataan, potong 8 markah 8

9.0

Hal-Hal Yang Perlu Dilakukan Ketika Menjawab Soalan Bahasa Melayu I

Kertas Bahasa Melayu I mengandungi tujuh tajuk karangan yang biasanya mengandungi jenis yang berbeza-beza seperti, penghuraian atau rencana, ceramah, ucapan, laporan, wawancara atau temu ramah, perbincangan, menyambung cerita, menulis cerita atau rencana daripada peribahasa, cerita tentang pengalaman, cadangan, pendapat, ulasan, bahasan, penulisan perbualan dalam bentuk skrip. Walaupun terdapat pelbagai jenis karangan, teknik menjawab kesemua jenis karangan tersebut hampir sama. Semuanya memerlukan penelitian dan terpulanglah kepada pelajar untuk menampilkannya di dalam kertas jawapan mereka. Arahannya juga sama, iaitu meminta pelajar supaya mengarang tidak kurang daripada tiga ratus lima puluh patah perkataan. Semua jenis karangan juga hendaklah mengandungi pendahuluan, isi dan penutup. Bahagian pendahuluan dan penutup mengandungi satu perenggan sahaja manakala bahagian isi mengandungi beberapa perenggan. Setiap perenggan isi pula sebaiknya mengandungi satu idea atau boleh juga jika satu idea dalam satu dua perenggan, tetapi tidak boleh satu perenggan mengandungi dua idea. Hal-hal yang perlu diingat oleh setiap pelajar ialah, sebelum memulakan menjawab soalan karangan, pelajar hendaklah membaca terlebih dahulu kehendak soalan tersebut. Setelah itu barulah pelajar mulakan dengan menulis beberapa perkataan atau ayat yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Sebagai contoh tajuk soalan karangan berikut: Bagaimana mengelakkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku di negara kita sekarang? Sebelum menuliskan bahagian pendahuluan, pelajar perlu mengetahui kunci utama dalam untaian patah-patah perkataan di dalam tajuk di atas iaitu, kemalangan. Huraikan makna kemalangan, tempat yang selalunya berlaku kemalangan, iaitu sama ada di jalan raya, di rumah, di hutan, di laut, di udara dan sebagainya. Bahagian isi ini biasanya menghendaki pelajar supaya menuliskan kurang lebih lima puluh patah perkataan, kerana bahagian ini hanya bertujuan mengenalkan secara umum sahaja tentang tajuk yang diperkatakan. Apabila sampai ke bahagian isi, beberapa perkara yang perlu diingat ialah seperti isi, bahasa dan teknik atau susunan isi. Isi yang diperkatakan hendaklah berkaitan dengan tajuk. Keseragaman, keaslian, perkembangan dan huraian idea hendaklah seimbang. Idea dalam bahagian isi sebaiknya disokong oleh bukti-bukti yang konkrit atau contoh-contoh yang berkaitan.

9

Bahasa dalam perenggan isi hendaklah mempunyai struktur ayat-ayat yang dibina dengan baik, bersepadu dan berkesan. Pelajar hendaklah bijak dalam memilih perkataanperkataan yang menarik dan tepat seperti perkataan yang mengandungi bunga bahasa atau peribahasa. Penggunaan perkataan hendaklah secara konsisten. Manakala tatabahasa, tanda baca dan penggunaan bahasa baku yang betul juga mengambil peranan penting untuk mendapatkan markah yang baik. Pelajar perlu mahir dalam teknik menyusun isi yang baik. Tema karangan hendaklah dikembangkan dengan teratur secara selangkah demi selangkah. Setiap perenggan dalam karangan tersebut hendaklah mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain. Perkembangan perenggan hendaklah menarik dan seimbang. Bahagian terakhir dalam sebuah karangan ialah penutup. Penutup karangan berperanan sebagai penyimpulan dalam perbincangan. Penutup yang baik hendaklah mengandungi fakta, kutipan, perwatakan atau apa saja yang dibincangkan dalam pendahuluan, dan isi sesebuah karangan. Ia juga diikuti dengan harapan, penegasan, cadangan atau rayuan seperti memujuk pembaca supaya memihak kepada hal yang diperkatakan oleh pelajar. Sebaiknya penutup mengandungi satu perenggan dan tidak melebihi dua perenggan. Setelah pelajar selesai menuliskan kesemua bahagian karangan tersebut, pelajar hendaklah menyemak semula karangan yang telah ditulis. Pelajar hendaklah mengambil kira perkara seperti struktur, penjelasan, khalayak pembaca, tema, terjemahan, klise (pengulangan), jenis ayat dan pembaziran perkataan. Jika pelajar sudah yakin, maka pelajar bolehlah menghantar kertas jawapan kepada pengawas peperiksaan setelah tamat tempoh waktu yang ditetapkan.

9.0

Kesimpulan

Skim pemarkahan yang disediakan oleh Jabatan Peperiksaan bertujuan untuk memberikan garis pandu, bukan sahaja kepada pemeriksa, tetapi juga kepada guru Bahasa Melayu itu sendiri. Oleh itu sebaiknya, guru Bahasa Melayu membiasakan diri dalam memberikan markah berpandukan kepada skim pemarkahan tersebut. Dengan adanya skim pemarkahan kertas Bahasa Melayu I ini, guru juga diharap akan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keputusan peperiksaan mereka, iaitu dengan memberikan pelajar panduan cara menjawab soalan kertas I dengan sebaik-baiknya.

10

Rujukan Abbas Mohd Shariff. 2003. Pendidikan Satu Panduan Praktis. Singapore: Alfa Media Abdul Aziz Abdul Talib. 1985. Menilai Kemahiran Pelajar Menulis Karangan: satu Tinjauan Pemarkahan dalam Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran, Sofia Hamid. 1990. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. 2001. Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Yaakub. 2004. Kebolehpercayaan Pemarkahan Karangan Bahasa Melayu dalam Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Koh Boh Boon. 1981. Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd. Ra’in Shaari. 2007. Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

11