You are on page 1of 22

ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN
SEKAPUR SIREH 2
1.0 PENGENALAN 3

1.1 LATAR BELAKANG PERIBADI 3
1.2 LATAR BELAKANG KERJAYA 3

2.0 MASALAH YANG DIKENALPASTI 4
2.1 MASALAH KEWANGAN 4
2.2 PENYALAHGUNAAN MASA 5
(DATANG LEWAT KE SEKOLAH, PONTENG KELAS,
CUTI SAKIT)
2.3 TIDAK MENULIS RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR 6

3.0 ANALISIS MASALAH 7
3.1 TEORI TINGKAHKAKU ID, EGO DAN SUPEREGO 8
3.2 TEORI HUMANISTIK ABRAHAM MASLOW 11

4.0 JUSTIFIKASI MASALAH 13
4.1 TONGGAK 12 14
4.2 KOD ETIKA PERGURUAN 14
4.3 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN MASALAH 16
4.4 STRATEGI PENILAIAN PELAN TINDAKAN 17

5.0 KESIMPULAN 19
LAMPIRAN SOALAN 20
RUJUKAN 21
1



ِ
مـ ْ س
ِ
ب
ِ
ا
ِ
مْ ي
ِ
حّ رلا
ِ
نم ْ حّ رلا
Sekapur Sireh

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnia dan keizinanNya maka
saya dapat menyiapkan tugasan ini.

Tugasan ini telah memberikan sesuatu pengalaman yang baru dan bermakna kerana telah dapat
menyelami permasalahan seorang pendidik. Dalam melakukan soal selidik ini untuk
mendapatkan maklumat, saya telah mendapat pengalaman baru iaitu masalah peribadi seseorang
itu akan menjejaskan profesion perguruan dan seterusnya menganiaya para pelajar itu sendiri.
Moga, saya tidak tergolong dalam golongan pendidik seperti ini. Tugasan ini telah memberi
impak yang besar dalam jiwa saya kerana seseorang guru perlu mematuhi Etika Profesion
Perguruan, SGM, dan berIntegriti.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah saya, Profesor Madya Dr. Abdul Malek bin Abdul Rahman atas bimbingan, tunjuk
ajar dan nasihat dalam menyiapkan tugasan ini melalui My Guru 3.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada isteri dan anak-
anak saya yang tercinta yang selama ini memberi semangat dan dorongan dalam menyiapkan
tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan
pihak-pihak yang terlibat dalam soal selidik telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan
ini.



PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN
2


1.0 PENGENALAN

Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan
kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa hadapan.
Sememangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara. Guru perlu
mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
baik. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia yang
menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawab guru
kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan Negara.


1.1 LATAR BELAKANG PERIBADI

Kajian kes saya berkaitan dengan seorang guru lelaki yang bernama Encik Sulaiman bin Fuad
(bukan nama sebenar). Usia beliau kini telah mencecah 49 tahun. Beliau merupakan anak jati
negeri Perak Darul Ridzuan. Anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Beliau merupakan
anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga
pesawah di Daerah Kerian yang dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak. Kelulusan
akademik tertinggi beliau ialah sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau telah
mendirikan rumah tangga dengan Puan Noriah binti Sahak (bukan nama sebenar) yang
merupakan suri rumah sepenuh masa. Hasil perkongsian hidup antara mereka berdua, mereka
telah dikurniakan enam orang cahaya mata yang berusia antara 10 hingga 20 tahun. Anak sulung
dan anak kedua beliau kini sedang menuntut di pusat pengajian tinggi. Tiga orang daripadanya
sedang belajar di sekolah menengah manakala yang bongsu sedang belajar di Tahun 4.


1.2 LATAR BELAKANG KERJAYA

Kerjaya perguruan beliau bermula apabila beliau menjadi guru sandaran tidak terlatih di SMK
Bagan Serai pada tahun 1983 sehinggalah beliau ditawarkan untuk mengikuti kursus perguruan
3

di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah dalam bidang Pengajian
Melayu Sekolah Rendah. Setelah tamat kursus pada tahun 1986, beliau telah ditempatkan di
sebuah kawasan FELDA di negeri Pahang Darul Makmur. Beliau menetap dan bertugas di sana
selama 10 tahun.

Pada tahun 1996, beliau telah memohon pertukaran dan ditempatkan di daerah Kinta Utara.
Bertugas di sebuah sekolah bandar yang mempunyai bilangan murid dan guru yang ramai
merupakan suasana yang berbeza dengan pengalaman sebelumnya Tambahan pula latar belakang
murid daripada golongan berada dan berpendidikan tinggi memberikan satu kejutan budaya
kepada beliau. Menurut beliau, suasana pendidikan di sekolah bandar memberikan tekanan
dalam kerjayanya. Kebetulan ibu bapanya mengalami masalah kesihatan, dua tahun kemudian
beliau telah memohon pertukaran ke daerah Kerian dan ditempatkan di SJK (T) Bagan Serai.
Beliau bertugas di SJK (T) selama 7 tahun iaitu bermula pada tahun 1998 sehinggalah tahun
2005. Selepas itu barulah beliau ditukarkan ke sebuah Sekolah Kebangsaan di Kawasan Selama,
Perak sehingga ke hari ini.


2.0 MASALAH YANG DIKENALPASTI

Berdasarkan pemerhatian dan pengamatan saya, terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti
membelenggu diri Cikgu Sulaiman yang bukan sahaja memberikan kesan kepada dirinya sendiri
malah kepada organisasi sekolah secara keseluruhan iaitu:


2.1 MASALAH KEWANGAN

Disebabkan beliau seorang sahaja yang bekerja maka masalah kewangan merupakan bebanan
utama yang ditanggung oleh beliau. Sepanjang perkhidmatan, beliau tidak pernah menerima
pergerakan gaji menegak atau melintang semasa Skim Saraan Baru dahulu. Disebabkan beliau
lambat mencapai aras 3 dan 4 dalam PTK maka beliau juga agak terlewat menerima kenaikan
pangkat ke DGA32. Walaupun telah berkhidmat selama lebih kurang 22 tahun namun tangga
4

gaji beliau pada hari ini berada pada P1T6 sama seperti saya yang baru berkhidmat selama 16
tahun. Gaji pokok beliau hanyalah sebanyak RM 2907. Bagi ketua keluarga yang hanya
bergantung kepada sumber pendapatan tersebut untuk menyara enam orang anak yang masih
belajar merupakan satu masalah yang besar. Tambahan pula, beliau masih belum mempunyai
rumah sendiri dan terpaksa tinggal menyewa.

Berikutan dengan masalah kewangan ini juga, beliau telah membuat beberapa pinjaman peribadi
dan turut menggunakan kad kredit. Sudah selalu benar saya mendengar pihak bank menghubungi
beliau supaya melangsaikan hutang kad kreditnya. Selain berhutang dengan institusi kewangan,
beliau juga sering meminjam wang daripada rakan-rakan sekerja. Hal ini menyebabkan rakan-
rakan kurang selesa untuk berdampingan dengannya. Disebabkan keperluan kewangan semakin
mendesak, beliau dan isterinya telah membuka gerai makan di hadapan kawasan perumahan
tempat tinggal beliau itu. Beliau berniaga dari pukul 5.00 petang sehingga 11.00 malam.
Berniaga untuk menambah pendapatan tidaklah dilarang. Namun, sebagai penjawat awam
seseorang yang ingin berniaga haruslah mendapat kebenaran daripada majikan kerana bimbang
mereka mungkin tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tanggungjawab di sekolah dan
pengajaran.


Selain itu, pada hari Sabtu dan Ahad pula beliau menjadi tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen
untuk menambahkan pendapatan. Beliau juga pernah menjadi pemeriksa untuk kertas Bahasa
Melayu Penulisan UPSR. Namun, hasil kerja beliau telah mendatangkan banyak masalah kepada
Ketua Pemeriksa dan rakan-rakan yang lain. Hasil kerjanya tidak menepati skema dan tidak
berjaya diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Akibatnya, pada tahun berikutnya namanya
telah digugurkan daripada senarai pemeriksa.





5

2.2 PENYALAHGUNAAN MASA (DATANG LEWAT KE SEKOLAH, PONTENG
KELAS, CUTI SAKIT)

Sejak beliau mengajar di sekolah ini, sangat selalu beliau datang lewat ke sekolah. Seingat saya,
paling awal dia sampai ke sekolah ialah pada pukul 7.30 pagi iaitu ketika loceng perhimpunan
sudah berbunyi. Masalah kelewatan ini semakin menjadi-jadi semenjak beliau membuka gerai
makanan. Semasa berada di sekolah pula, beliau sering lewat atau tidak masuk ke kelas untuk
mengajar. Beliau yang juga guru penyelaras Bilik Kemahiran Hidup sering menjadikan bilik KH
itu sebagai tempat tidurnya. Ada kalanya beliau akan keluar dari kawasan sekolah atas urusan
peribadi tanpa meminta izin atau memaklumkan kepada pihak pentadbir. Sikap beliau ini sering
mendatangkan masalah kepada pihak sekolah.

Selain itu, beliau juga selalu mengambil Cuti Sakit (MC) terutamanya pada hari Isnin atau hari
Jumaat. Walaupun cuti yang diambil dibuktikan dengan Sijil Cuti Sakit, namun kekerapan beliau
cuti itu sering menjadi tanda tanya dan kemusykilan kepada semua pihak. Tambahan pula, rakan-
rakan sekerja sering terserempak dengan beliau dan isteri sedang berniaga atau melakukan
urusan peribadi pada hari beliau mengambil Cuti Sakit.Kekerapan beliau bercuti serta ponteng
kelas telah menjejaskan pencapaian murid serta membebankan guru-guru lain yang terpaksa
menggantikan kelas beliau. Begitu juga dengan waktu aktiviti Kokurikulum, Latihan Dalam
Perkhidmatan (LADAP) peringkat sekolah, atau sebarang aktiviti lain yang dijalankan di luar
waktu persekolahan, beliau sering menghilangkan diri tanpa memberikan alasan yang
munasabah.


2.3 TIDAK MENULIS RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR

Berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
kebangsaan)1997 (P.U.A.531) - Kegagalan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
merupakan satu kesalahan. Jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh didenda tidak
kurang daripada RM500.
6

Buku Persediaan Mengajar jarang ditulis. Biasanya beliau hanya menulis Rancangan Pengajaran
hariannya pada minggu pertama persekolahan ataupun apabila diminta oleh pihak pentadbir.
Namun, nasib beliau selalu baik kerana setiap kali kedatangan pihak-pihak berwajib untuk
membuat pemantauan di sekolah, beliau sering tiada kerana mengambil cuti sakit. Walaupun
sudah banyak kali ditegur, dinasihati dan diberikan amaran oleh pihak pentadbir mengenai hal
ini, namun sikap beliau tetap tidak berubah. Selain tidak menyiapkan Rancangan Pengajaran
Harian, beliau juga mengajar tidak mengikut format dan sukatan yang ditetapkan. Berdasarkan
P.U.(A) Peraturan 11 menetapkan bahawa guru hendaklah mengajar mengikut sukatan
pelajaran dan jadual waktu yang diluluskan (mesti ditandatangani) oleh Guru Besar.
Beliau sering mengadakan kuiz, aktiviti permainan Sahibba atau mengarahkan murid-muridnya
ke Pusat Sumber. Sebagai Ketua Panitia BM, saya telah menasihati dan memberikan tunjuk ajar
kepadanya beberapa kali namun tetap tidak diendahkan. Hal ini mendatangkan masalah kepada
guru-guru Tahun Enam apabila mengajar bekas murid-murid beliau. Buku latihan murid juga
tidak pernah disemak. Hal ini menyebabkan beberapa orang ibu bapa telah membuat aduan
kepada pihak pentadbir sekolah.

3.0 ANALISIS MASALAH

Segala masalah yang diwujudkan oleh Cikgu Sulaiman berpunca daripada masalah untuk
memenuhi keperluan fisiologinya. Pada masa ini, kita tidak dapat hidup selesa tanpa wang.
Justeru, kebanyakan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang.
sehinggakan ada segelintir kita yang sanggup melanggar etika, peraturan malah
perundangan dan Hukum Agama demi memenuhi keperluan fisiologinya. Oleh kerana itu
jugalah, Cikgu Sulaiman sanggup melakukan kerja-kerja sampingan walaupun dia terpaksa
mengorbankan masa rehat dan tidurnya selepas waktu persekolahan. Dia juga sanggup
mengabaikan tanggungjawab utamanya sebagai pendidik dan penjawat awam asalkan
pendapatannya bertambah. Disebabkan kesungguhannya melakukan kerja-kerja sampingan,
prestasi kerja dan produktivitinya sebagai guru telah terjejas. Begitu juga minat dan
motivasi kerjanya di sekolah juga semakin menurun. Hal ini terbukti dengan sikapnya yang
sering lewat datang ke sekolah, ponteng kelas, tidak menyampaikan ilmu yang sepatutnya
7

kepada murid, tidak menyiapkan buku rekod mengajar, sering mengambil cuti sakit dan
meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu kerja serta tidak menghadirkan diri ke sekolah
untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan termasuklah pada hari Sabtu
atau pada cuti persekolahan. Saya menyimpulkan permasalahan yang berlaku ini merujuk kepada
isu penyalahgunaan masa.


Berdasarkan rajah diatas, saya dapati guru yang dikaji ini tidak menunaikan tanggungjawabnya
sebagai ketua keluarga seperti tidak memiliki sebuah rumah sendiri untuk keluarganya. Walhal
dia seorang Guru Penolong Kanan yang kini gajinya mencecah RM 3000.00 sebulan. Akibat
berbelanja tanpa kewarasan akal menyebabkan guru ini mengalami masalah wang kerana
sikapnya yang suka membazir seperti menghabiskan duit di pusat-pusat karaoke. Oleh kerana,
wang sudah habis berboros menyebbakan guru ini berhutang dengan bank-bank tertentu dan
meminjam daripada syarikat pemberi pinjaman kewangan tanpa lesen. Akhirnya guru ini dikejar
oleh syarikat-syarikat ini kerana gagal melangsaikan hutangnya.

3.1 KAITAN TEORI TINGKAHLAKU.
Id
- Keinginan berbelanja diluar kemampuan
- Dorongan nafsu, boros dan tidak beringat menyusahkan diri sendiri.
Ego
-Ingat tanggungjawab ketua keluarga menyediakan kemudahan
tempat tinggal.
-Ukur tahap ekonomi sebelum berbelanja.
Superego
- Berbelanja untuk keperluan asas seperti rumah tetapi tidak berbuat
demikian.
8

Kaitan Teori Tingkahlaku Id, Ego dan Superego terhadap pembangunan sahsiah. Id
adalah satu-satunya komponen keperibadian yang wujud sejak lahir. Sebagai contoh, rasa
lapar atau haus akan menghasilkan keinginan untuk makan atau minum. Id ini sangat penting
dalam hidup, karena itu memastikan bahwa keperluan seseorang bayi dipenuhi. Jika bayi lapar
atau tidak nyaman, ia akan menangis sampai tuntutan Id terpenuhi.
Namun, segera memuaskan keperluan ini tidak selalu realistik. Jika kita diperintah seluruhnya
oleh prinsip kesenangan, kita mungkin menemukan diri kita meraih hal-hal yang kita inginkan
dari tangan orang lain untuk memuaskan keinginan kita sendiri. Perilaku semacam ini akan baik
mengganggu dan sosial tidak dapat diterima.
Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Dalam
pandangan psikoanalisis, ciri Id seseorang itu sudah wujud semasa ianya dilahirkan. Id dianggap
sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi, satu elemen yang sedia
ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala bawah sedar. Id merupakan satu tenaga yang
primitif. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan nafsu berkehendakkan
kepuasan. Tujuan utama Id adalah bagi mendapatkan kepuasan sendiri secara mendadak.
(immediate gratification).
Ego adalah komponen keperibadian yang bertanggungjawab untuk menangani dengan
realiti. Ego berkembang dari Id dan memastikan bahwa dorongan dari Id dapat dinyatakan
dalam cara yang dapat diterima di alam nyata. Fungsi Ego baik di fikiran sedar, prasedar, dan
tidak sedar. Ego bekerja berdasarkan prinsip realiti, yang berusaha untuk memuaskan
keinginan Id dengan cara-cara yang realiti dan sosial yang sesuai. Prinsip realiti
menekankan dari suatu tindakan sebelum memutuskan untuk bertindak.Dalam banyak keadaan,
Id itu dapat dipenuhi melalui proses membawa kepuasan.
Ego juga pelepasan ketegangan yang diciptakan melalui proses sekunder, di mana Ego mencuba
untuk menemukan objek di dunia nyata yang sesuai dengan gambaran mental yang diciptakan
oleh proses utama Id.
Superego melambangkan cabang moral dan mewakili perkara yang individu percaya tidak
patut dilakukan. Ia berfungsi mengawal tingkahlaku mengikut peraturan masyarakat dan
penawaran ganjaran untuk tingkahlaku baik dan hukuman untuk tingkahlaku yang buruk.
9




i. Sifat semula jadi manusia
Tindakan manusia dari desakan semulajadi yang bersifat membinasakan. Oleh itu manusia
boleh bertingkahlaku dengan cara-cara yang bengis, destuktif, tidak matang, menyakiti dan
regresif.(UPSI, 1994).
Harapan manusia bergantung kepada keupayaan untuk mencapai dan mengekalkan
imbangan di antara desakan dalaman dan halangan luaran. Untuk mencapai imbangan ini
memerlukan pemahaman yang mendalam tentang tenaga yang menggerakkan tindakan individu.
Terdapat tiga situasi berlaku kepada kehendak manusia iaitu:
a. Mempunyai pelbagai lintasan dan interpretasi di dalam pemikirannya.
b. Mempunyai pelbagai arah perasaan emosi dan sukar untuk memahaminya.
c. Mempunyai kehendak yang perlu difahami oleh orang lain.

ii. Implikasi kepada pembangunan sahsiah.
Matlamat sahsiah atau pesonaliti ialah untuk mengatasi ketegangan perasaan. Oleh itu seseorang
individu hendaklah disedarkan bahawa bukan perasaan yang mengawal individu tetapi individu
yang mengawal perasaan. Aziz salleh (1993) menegaskan sekiranya individu itu lemah dari
intelektual, menguasai fikiran maka mereka akan bertindak di luar norma manusia atau
agama. Sekiranya mereka bertindak dengan bijak sudah pasti mereka akan berjaya dan
keputusan yang dipilih adalah benar dan sesuai dengan kehendak masyarakat.
Mahmud Mahdi (1998) ada menyatakan bahawa manusia cepat terpengaruh dengan apa yang
dilihat oleh yang demikian bantuan perlu diberi agar tidak mudah terpesong daripada jalan
yang lurus. Oleh itu sikap tidak amanah sebagai contoh ada kemungkinan melihat daripada
10

peristiwa yang berlaku disekeliling mereka dan mengikuti perkara tersebut tanpa pertimbangan
akal. Oleh itu setiap individu perlu belajar menyuarakan sesuatu, wujud rasa menerima dan dapat
menyesuaikan perasaan.
Mohd Othman Najati (1992), menjelaskan dalam keperibadian manusia terkandung berbagai
sifat haiwan dan malaikat. Kadang-kadang antara keperluan dan hawa nafsu jasmaninya dan
kadang-kadang antara dua aspek tersebut terjadinya konflik di antara keperluan dan hawa nafsu
jasmaninya, dan kadang-kadang ia tertarik oleh keperluan dan keinginan spiritualnya.
Oleh yang demikian jelaslah manusia mempunyai pelbagai demensi, dan berdasrkan tiga faktor
di atas, ternyata individu terbentuk oleh keputusan dan kehendak masyarakat. Konflik yang
berlaku dalam diri individu menyebabkan manusia mempunyai kepelbagaian keinginan,
mengakibatkan kadang-kadang keinginan individu itu bertentangan dengan nilai-nilai, norma-
norma, dan etika yang telah ditetapkan oleh masyarakat.
Tingkah laku manusia boleh diubah melalui bimbingan oleh pihak yang mempunyai autoriti
yang dilantik khas seperti kaunselor yang mana individu itu perlu memlaporkan segala yang
terkandung dalam kotak fikirannya, melahirkan perasaan-perasaan emosinya kepada kaunselor,
dan interpretasi spontan seperti poses dalam keadaan alam tidak sedar yang dilahirkan melalui
mimpi. Kaunselor melakukan interpretasi, dan memahaminya secara mendalam.
Jelaslah bahawa teori tingkah laku id, ego dan superego antara teori yang mempunyai
kaitan dengan pembangunan sahsiah manusia. Pilihan dan penilaian sesuatu pembangunan
sahsiah yang positif adalah ditentukan oleh khalayak masyarakat dan sesuatu yang bertentangan
dengan kehendak masyarakat dianggap satu pencabulan kepada etika, norma-norma atau nilai-
nilai yang telah digariskan oleh masyarakat atau sesuatu oganisasi.


3.2 TEORI HUMANISTIK ABRAHAM MASLOW

Menurut Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow, beliau melihat individu
sebagai sesuatu yang berintergrasi secara menyeluruh. Contohnya, apabila seseorang sedang
lapar, kesannya bukan ke atas sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan
11

diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini berkaitan dengan personaliti, dan
menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan
keseluruhan diri individu bergerak ke arah matlamat dan bukan hanya sebahagian
daripada diri individu itu sahaja.

Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, di mana tingkah laku luaran
yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi
oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi
oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering
mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang
diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang
menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang
ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.

Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi
terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan
di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan di peringkat pertama tidak mencapai tahap
kesempurnaan.

Dalam konteks masalah Cikgu Sulaiman ini, beliau sanggup bekerja keras untuk mencari
pendapatan tambahan bagi memenuhi keperluan-keperluan asasnya seperti bayaran sewa rumah,
bayaran ansuran kenderaan, perbelanjaan keluarga dan pendidikan anak-anak. Beliau terpaksa
bekerja keras kerana pendapatan tambahan ini memerlukan komitmen yang tinggi. Bak kata
pepatah, “takda kerja, takda duit” tetapi dalam masa yang sama beliau mengabaikan
tanggungjawab utamanya sebagai guru kerana pekerjaan tersebut menjanjikan pendapatan
tetap setiap bulan walaupun tanpa memberikan komitmen yang tinggi. Akibat kesibukan
dalam melakukan kerja-kerja sampingan, beliau tidak mempunyai rehat yang cukup di rumah.
Justeru, hal ini telah menyebabkan beliau menjadikan waktu siangnya ketika di sekolah sebagai
12

masa untuk berehat dan tidur. Tanggungjawab sebagai guru untuk mengajar murid-murid telah
diketepikan.


4.0 JUSTIFIKASI MASALAH

Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi
persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15 tengah hari iaitu lebih kurang
enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Manakala di sekolah tempat
saya dan guru tersebut bertugas waktu persekolahan ialah antara 7.45 pagi hingga 1.35 tengah
hari. Sepanjang tempoh ini, murid-murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kes cikgu Sulaiman salah laku beliau berkaitan dengan isu penyalahgunaan masa
di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya
lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk
membendung isu ini daripada terus menular kerana ia akan memberikan kesan negatif dalam
pelbagai aspek. Antara salah laku penyalahgunaan masa yang dilakukan oleh beliau ialah:

a. Tidak menepati masa datang ke sekolah dan memasuki kelas.
b. Tidak menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian dan tidak menyampaikan isi pengajaran
dengan bersungguh-sungguh mengikut sukatan pelajaran dan format yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
c. Menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan
pendidikan misalnya melayari facebook, bergosip, melepak di kantin, melakukan kerja
sambilan pada malam hari dan hujung minggu (mengajar tuisyen dan berniaga) hingga
menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari.
d. Mengambil cuti sakit walaupun sebenarnaya tidak sakit. Sebaliknya beliau mengambil
cuti tersebut untuk membuat urusan peribadi.


13

4.1 TONGGAK 12

Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas bermaksud menjalankan tugas
merupakan amanah dan kewajipan yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh
penjawat awam. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja
yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah
ilmu dan kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai
Kewajipan Menjalankan Tugas bertujuan untuk mengelak penjawat awam bekerja
sambalewa, malas, ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan
menangguh kerja.

Menerusi nilai Menghargai Masa pula, penjawat awam perlu menyedari kepentingan masa
dalam segala urusan perkhidmatan. Jika cekap menguruskan masa maka cekaplah sesuatu
perkhidmatan. Penjawat awam perlu sentiasa menepati masa, berperancangan, menyegerakan
tugas, kreatif, produktif dan berkualiti. Amalan menghargai masa ini juga dapat membasmi
sikap suka membuang masa, kurang perancangan, suka bertangguh, tidak siap kerja dan
memberi hasil yang tidak berkualiti.


4.2 KOD ETIKA PERGURUAN

Kod Etika Perguruan digubal untuk dijadikan rujukan oleh bakal-bakal guru yang baru
menceburi bidang perguruan dan mereka yang sudah lama bertapak dalam bidang perguruan ini.
Kepentingan kod etika sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Dengan adanya kod etika
perguruan ini seharusnya para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut
diamalkan oleh seseorang guru, memahami dengan lebih jelas etika guru iaitu tanggungjawab
mereka terhadap pelajar, masyarakat dan Negara, rakan sejawat, profesion perguruan,
dan ibu bapa pelajar. Di samping itu, Kod Etika Perguruan juga mempunyai matlamat untuk
meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta mengekal dan memelihara kepercayaan
yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan guru sesama guru. Namun begitu, masih terdapat guru-guru yang
14

melanggar tatasusila perguruan termasuklah isu penyalahgunaan masa ini. Kod Etika Perguruan
menggariskan beberapa perkara utama iaitu:

a. Guru tidaklah harus bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan
yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

b. Guru tidaklah harus bertingkah laku yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri
dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan

c. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

d. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi
semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

e. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yangboleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya.

f. Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik/'role model'
kepada muridnya

g. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.









15

4.3 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN MASALAH






























MASALAH:
 KEWANGAN
 PENYALAHGUNAAN
MASA
 PERSEDIAAN REKOD
MENGAJAR

PENTADBIR:
 PEMANTAUAN
 NASIHAT
 KAUNSELING
 TINDAKAN TATATERTIB
RAKAN SEJAWAT:
 MENJADI TELADAN
 WUJUDKAN
PERSEKITARAN KERJA
YANG POSITIF
 NASIHAT
EN. SULAIMAN B. FUAD
BERSEDIA UNTUK BERUBAH
MUHASABAH DIRI
LOG AKTIVITI PERANCANGAN
KEWANGAN
BIJAK MEMILIH RAKAN
16

4.4 STRATEGI PENILAIAN PELAN TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB PELAN TINDAKAN
PENTADBIR


Pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa
ke semasa terhadap prestasi kerja guru tersebut. Dengan adanya
pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk
menyalahgunakan masa di sekolah adalah terbatas.

A.
B. Pihak pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti punca dan
bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru tersebut. Jika
pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut
kepada kaunselor.

C.
D. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan
memberikan amaran dan mengenakan tindakan tatatertib kepada
guru terbabit jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang.
Dengan cara ini, guru itu akan sedar akan kesilapan diri dan tidak
akan mengulanginya lagi.

RAKAN SEJAWAT

Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani
masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada beliau
dan mewujudkan suasana kerja positif agar dapat memberikan
pengaruh yang baik kepada beliau.


Rakan sejawat terutamanya yang lebih senior perlu memberikan
nasihat dan teguran terhadap tingkahlaku yang telah beliau lakukan.
Nasihat daripada rakan-rakan mungkin dapat memberikan impak
yang besar kepada beliau untuk mengubah sikap, persepsi dan
motivasi dirinya.
17

DIRI SENDIRI
E.
F. Individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha
untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dilakukan
adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah
dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat
dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran
untuk berusaha menjadi lebih baik.

G.
H. Guru tertsebut juga perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu
menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-
sifat yang ideal sebagai seorang guru.
I.
J.
K. Guru juga mesti bijak menguruskan masa. Beliau perlu menyediakan
log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang
dan tiada pembaziran masa. Susun dan rancang kerja mengikut
keutamaan. Guru perlu sedar bahawa mengajar adalah core business
guru. Kerja-kerja rasmi di luar sekolah membawa 30% sahaja dalam
pemarkahan prestasi tahunan.


L.
M. Guru tersebut juga harus bijak dalam merancang kewangannya.
Berbelanja mengikut kemampuan. Elakkan diri daripada berhutang
dan menggunakan kad kredit. Bebanan hutang yang banyak biasanya
menjadi punca kepada pelbagai masalah dalam kehidupan seharian.
N.



18

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika
yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa
dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya
membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa
depan anak bangsa. Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi
panduan kepada guru-guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Guru-guru
harus mengetahui, memahami, menghayati dan mematuhi Kod Etika Perguruan demi
menjamin martabat profesion perguruan terus dipandang mulia. Penerapan nilai-nilai murni
serta nilai-nilai yang digariskan dalam Tonggak 12 dapat menjamin kemantapan peribadi dan
sahsiah seseorang guru. Guru juga harus sedar akan tanggungjawab sebagai penjawat
awam yang perlu menurut perintah dan berkhidmat untuk negara. Tidak sewajarnya bagi
seseorang guru mengabaikan tanggungjawab utmanya untuk mendidik modal insan ke arah
kecemerlangan agar mereka dapat menyumbang ke arah pembangunan dan kesejahteraan
agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.















19

LAMPIRAN


Soalan ini dibina untuk mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang boleh saya
percayai untuk mengkaji masalah guru tersebut secara mendalam seperti pihak pentadbir, kawan
rapatnya, kawan sekerjanya, ahli keluarganya dan jiran-jiranya.

Soalan 1 Berapa lamakah anda telah mengenalinya?
Soalan 2 Apakah hubungan anda dengan beliau?
Soalan 3 Bolehkah anda ceritakan serba sedikit tentang latar belakang keluarga beliau
dan kehidupannya semasa kecil?
Soalan 4 Adakah beliau mewarisi sebarang harta pusaka yang ditinggalkan oleh ibu
bapanya?
Soalan 5 Adakah dia seorang yang suka membazirkan wang dengan berjoli bersama-
sama rakan-rakan?
Soalan 6 Pernahkah beliau mengadu kepada anda tentang masalah peribadi
termasuklah masalah kewangan yang dihadapinya?
Soalan 7 Apakah aktiviti yang sering beliau lakukan pada masa lapang atau selepas
waktu bekerja?
Soalan 8 Bagaimana hubungan beliau dengan jiran tetangga dan masyarakat
setempat?
Soalan 9 Bolehkah tuan ceritakan secara ringkas sejarah perkhidmatan beliau?
Soalan 10 Apakah pandangan anda tentang sikap dan komitmen yang ditunjukkan oleh
beliau dalam menjalankan tugas?
Soalan 11 Sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai guru, pernahkan beliau
menerima sebarang anjakan gaji atau anugerah perkhidmatan cemerlang?
Soalan 12 Pernahkah beliau diberikan kaunseling, amaran atau dikenakan tindakan
tatatertib?
Soalan 13 Pernahkah sebarang institusi kewangan menghubungi pihak majikan
(pentadbir) berkaitan dengan pinjaman kewangan yang dilakukannya?

20

RUJUKAN

Ahmad Rafaai Ayudin (1994). Kaedah Pengajaran Berkesan. KL: Penerbitan Al-Kausar.
Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT
di Malaysia.Universiti Teknologi Malaysia.
Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan
perkembangan. Petaling Jaya: Longman.
Ee Ah Meng (1996). Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan,Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip(2001),
Pembangunan Sahsiah KKD 2063, Tanjung Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-asas masyarakat cemerlang . Kuala Lumpur:
Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Aziz salleh.1993. Kaunseling Islam Asas. Kuala Lumpur: Publishing and Distributers Sdn. Bhd.
Azwar Saifuddin. 2000. Sikap Manusia. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Abdul rahman Aroff.1995. Falsafah dan Konsp Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd
Hasan Langgulung,1986. Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Junjun S. Suriasumantri. 1990. Ilmu Dalam Perspektif: Dewan Bahasa dan Pustaka
Maimunah Aminuddin.1998. Pengurusan Sumber Manusia, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd
Mahmud Mahdi Istanbul.1998. Ke Arah Pembentukan Keluarga Muslim, Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Othman Najati. 1992. Kaunseling, Teori, Proses dan Kaedah, Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.
21

Ting Chew Peh.1997. Konsep Asas Sosiologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
1994: Teori-Teori Pengajaran dan Implikasi. Institut Perguruan Sultan Idris.
http://www.slideshare.net/onnel/terapi-realiti/31.3.2012
http://www.scribd.com/doc/56583833/Tugasan-3-Etika-keguruan/31.3.2012
http://pusatpanduan.info/pdf/pendekatan+kognitif+teori+pilihan.html/31.3.2012