You are on page 1of 2

1.

0 PROFIL SYARIKAT

1.1 Latar Belakang Syarikat dan Sejarah
Kumpulan Yeo Hiap Seng Malaysia pada dasarnya terlibat dalam penghasilan,
pemasaran dan penjualan makanan dan minuman di bawah nama jenama
“Yeo’s”,“Fizzi”, “Goodtase”, “Cintan” dan “Soyrich”. Produk ini dikeluarkan oleh kilang-
kilangYeo Hiap Seng Malaysia yang keseluruhannya terletak di Malaysia. Semua
makanan danminuman yang di keluarkan menggunakan bahan-bahan yang segar untuk
mengekalkanrasa dan citarasa yang asli.
Pada tahun 1955, sejarah ditempuh bukan saja untuk syarikat ini tetapi untuk
keseluruhan dunia apabila Yeo Hiap Seng telah berubah daripada kebiasaan dari segi
pemikiran daripada hasil kejayaan membotolkan susu soya bean. Sejarah kebanggaan
YeoHiap Seng Malaysia bermula di China apabila kilang soya telah dibina pada tahun
1906.Inisiatif pengasasnya Yeo Kheng Lian telah membawa ke Asia pada tahun 1973
apabilakeluarganya berpindah ke Singapura. Pada tahun di mana Malaya telah menjadi
negara bangsa juga merupakan tanda aras penting kepada Yeo Hiap Seng. Tahun
1957menyaksikan penubuhan pertama pejabat Yeo Hiap Seng di Malaysia. Yeo Hiap
Sengmemperbadankan jualan syarikat yang pertama di Malaysia di bawah nama Yeo
HiapSeng (Sarawak) Sdn.Bhd dan diikuti dengan penubuhan kilang pegetinan Yeo Hiap
Seng(Malaysia) Sdn.Bhd di Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1959.
1967 merupakan pencapaian terbesar syarikat. Berikutan kejayaan
pembotolansusu soya, Yeo Hiap Seng sekali lagi memperkenalkan minuman penciptaan
baru apabilamenjadi yang pertama di dunia memperkenalkan minuman dalam kotak.
Pada tahun itu juga Yeo Hiap Seng memperkenalkan kari ayam yang ditinkan.
Berkembang daripadakekuatan demi kekuatan, syarikat memulakan operasi
mengetinkan makanan yang dibinadi Johor Bharu pada 1971. Pada 1975 syarikat di
senaraikan dalam Kuala Lumpur Stock Exchange. Pada 1983, Yeo Hiap Seng menjadi
pengeluar minum di Jepun. Bagi syarikatyang mempunyai pengalaman yang luas,
kepelbagaian dalam bidang yang berkaitanmerupakan perkara yang biasa. Yeo Hiap
Seng Malaysia memperkenalkan pelbagaiminuman dalam tin pada tahun 1985
sementara 1984, menjadi yang pertama di Malaysiamembangunkan dan pembungkusan
minuman berkabonat perisa buah-buahan tropika di bawah nama jenama “Fizzi”.
Pada tahun tersebut juga Yeo Hiap Seng Malaysia menjadi yang pertama
dalamnegara memperkenalkan jus campuran buah-buahan 100%. Tahun 1994 Yeo’s
menjadinama barangan rumah di Malaysia dan Singapura. Ini merupakan masa untuk
syarikatmengambil tindakan mengembangkan perniagaan. Yeo Hiap Seng mengadakan
pakatan bersama dengan Worldgrain Co. Ltd untuk menghasilkan minuman dalam tin
dan pada1995 Yeo Hipa Seng mendapatkan subsidiari Rengo International Investment
Ltd HongKong di mana beroperasi dengan Xiaman Rengo Food Co.Ltd untuk
meneluarkan danmengedarkan mee segera ke China.