You are on page 1of 10

T h u r s d a y , J u n e 1 3 , 2 0 1 3

PENGADILAN MORAL
PENGENALAN
Dalam bidang pensejarahan terdapat unsur-unsur penting yang perlu ada bagi
memantapkan lagi suatu penulisan sejarah itu. Antaranya ialah unsur pengadilan moral.
Unsur pengadilan moral ini banyak membantu dalam membuat tafsiran dalam penulisan
sejarah.[1] Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan pengadilan adalah berasal
daripada kata dasar “adil” yang membawa maksud menyebelahi pihak yang benar tetapi
bukan berdasarkan kepada seseuatu perkara, seseorang, tindakan, undang-undang
mahupun keputusan. Seterusnya ialah meletakkan sesuatu pada tempat yang betul serta
menepati hak seseorang atau sesuatu perkara yang ingin dibincangkan. Ia juga membawa
maksud tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak berat sebelah serta
menimbangkan sesuatu perkara dangan saksama dan memutuskan atau menentukan dan
menjatuhkan hukuman dengan adil. Pengadilan pula membawa maksud perihal mengadili
perbicaraan ataupun sesuatu perkara yang ingin ditentukan betul dan salahnya serta
membuat keputusan oleh seseorang.[2] Moral pula membawa maksud ajaran atau
pegangan tentang baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang diukur
dari segi baik dan buruk sesuatu akhlak: kadang-kadang unsur dongeng perlu ada sebagai
saluran pendidikan ke arah membentuk akhlak yang baik. Ia juga berkaitan dengan
perkara yang betul dan adil serta kata-kata yang mengakui kebenaran atau menyokong
seseorang atau sesuatu pihak dan bukannya bersifat kebendaan semata-mata.[3]

Menurut pandangan seorang sejarahwan barat, iaitu Adrian Oldfield, beliau
mendifinisikan pengadilan moral sebagai :
“ pernyataan moral kerana pengadilan moral adalah berbentuk pujian dan kutukan.
Pernyataan moral bergantung kepada perbezaan tahap sama ada baik ataupun buruk ”.[4]
Manakala dari sudut pandangan Qasim Ahmad pula, beliau menyatakan bahawa
pengadilan moral merupakan perlakuan-perlakuan yang manjatuhkan hukuman, ataupun
mengenakan penilaian tertentu, kepada suatu peristiwa sejarah dan juga kepada seseorang
pelaku dalam sejarah tersebut.[5] Berdasarkan kepada difinisi-difinisi di atas, unsur
pengadilan moral memang tidak dapat dipisahkan dalam diri seseorang sejarahwan, lebih-
lebih lagi mereka bertindak seperti seorang hakim dan menjatuhkan hukuman moral ke
atas kajian dan penyelidikan sejarah yang telah dilakukan oleh mereka. Hal ini demikian
kerana, penyelidikan seorang sejarahwan adalah berasaskan kepada pemahaman beliau
tentang perlakuan-perlakuan dan watak-watak manusia yang terlibat dalam suatu sejarah
itu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.[6] Pengalaman dan latar belakang
seseorang penulis itu amat mempengaruhi corak penulisannya seperti yang telah disebut
oleh Mohd Yusof Hashim :
“kemampuan untuk berbuat demikian terletak pada pengaruh yang membentuk pendirian
dan pandangannya yang diperolehi daripada masyarakat, pelajaran, pengalaman, dan juga
pemikirannya. Kesemua unsur ini merupakan sumber tenaga dalam penulisannya”.[7]
Dalam pensejarahan, dengan menggunakan perkataan, ayat, dan frasa kadang-
kadang telah mengambarkan nilai-nilai moral dan ini secara tidak langsung menunjukkan
para ahli telah pun menjatuhkan pengadilan moral ke atas pelaku sejarah walupun
mereka tidak menyedarinya. Contohnya pengunaan perkataan seperti jahat, zalim,
merogol, membunuh dan kejam. Pengunaan perkataan-perkataan tertentu dalam
pensejarahan menunjukkan pendirian moral dan nilai moral yang diamalkan oleh
seseorang penulis sejarah sama ada perbuatan itu dilakukan secara langsung atau tidak
langsung dan sedar atau tidak sedar langsung. Walaupun seseorang penulis itu
mengatakan dirinya seorang yang neutral dalam penulisannya, tetapi dia tetap tidak akan
terlepas daripada menjatuhkan hukuman pengadilan moral ke atas kajiannya. Contohnya
karya Aron Shai ;
“ ….kemudian diberitahu tentera udara Jepun menyerang penumpang kereta api di wilayah
Honan dan Hopei telah membunuh dan mencederakan 24 penduduk awam China….”[8]
Keadaan ini menunjukkan tindakan ganas tentera Jepun yang menyerang orang awam di
wilayah Honan dan Hopei semasa peperanganSino-Jepun. Dalam tidak sedar, penulis telah
pun menjatuhkan pengadilan moral ke atas kajiannya berdasarkan kepada penggunaan
perkataan-perkataan tertentu yang digunakan oleh beliau seperti membunuh dan
menyerang. Secara tidak langsung, pengadilan moral telah dijatuhkan kepada pelaku
sejarah.[9]


TINDAKAN LAHIRIAH SEBAGAI PENGUKUR PENGADILAN MORAL
Tindakan lahitiah si pelaku atau individu yang mencetuskan sesuatu peristiwa
menjadi kayu pengukur atau asas untuk menjatuhkan pengadilan moral. Menurut
Butterfield niat merupakan kayu pengukur untuk mengadili sesuatu tindakan atau
peristiwa sejarah tanpa mengambil kira soal lahiriah tindakan itu.[10] Jika seseorang itu
berniat baik tindakannya harus dipuji atau sekurang-kurangnya dilepaskan daripada
sebarang pengadilan moral, sekali pun dia telah melanggar hak asasi orang lain.
Merujuk kepada peristiwa penyeksaan orang Yahudi oleh pihak Nazi Jerman
tulisan Lucy S.Dawidowiez mengenai Akta Nuremburg 1935 yang diperkenalkan oleh
Hitler kepada Jerman bertujuan untuk membentuk satu bangsa Jerman yang dipanggil
Aryan merupakan matlamat baik yang cuba disampaikan oleh Hitler kepada
bangsanya. [11]Namun begitu, akibat daripada tindakannya melakukan kekerasan
terhadap orang Yahudi untuk menjayakan niatnya itu telah menyebabkan niatnya untuk
mewujudkan bangsa Aryan telah bertukar menjadi sebaliknya. Dengan itu Lucy
S.Dawidowiez telah cuba memaparkan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh
Hitler yang dianngap oleh beliau sebagai kejam terhadap orang Yahudi. Tindakan Hitler
itu telah melanggar hukum moral dan agama sejagat.[12]
Oleh itu,berdasarkan tingkah laku lahiriah yang dilakukan oleh pelaku sejarah
merupakan kayu pengukur yang membolehkan seseorang pengkaji sejarah itu
menjatuhkan pengadilan moral ke atas tindakan mereka. Manakala niat pula menjadi asas
kepada seseorang pelaku sejarah itu untuk melakukan sesuatu tindakannya. Dari situlah
seseorang pengkaji sejarah dapat mengenalpasti atau mengukur pengadilan moral ke atas
apa yang telah dilakukan oleh pelaku sejarah.
SEBAB-SEBAB PENGADILAN MORAL TIDAK BOLEH DIPISAHKAN
DALAM PENULISAN SEJARAH
PENGADILAN MORAL SEBAGAI TELADAN DAN PENGAJARAN
Antara sebab pengadilan moral tidak dapat dipisahkan dalam penulisan sejarah
ialah sebagai teladan dan pengajaran. Seperti yang telah dikatakan oleh Lord Acton,
beliau menegaskan bahawa sejarahwan haurslah mengadili semua aspek dalam suatu
sejarah itu dan bukan semata-mata hanya untuk memahami dan menjelaskan kejadian
tersebut, kita dapat menjadikan sejarah sebagai pedoman hidup dan membantu dalam
mengwujudkan kehidupan yang lebih baik.[13] Hal ini demikian kerana, kita boleh
jadikan sejarah sebagai bahan atau pengantara dalam pengajaran moral khususnya
kepada masyarakat pada masa kini. Dengan menjadikan peristiwa-peristiwa masa lalu
sebagai satu pengajaran ataupun teladan, masyarakat masa kini tidak akan mengulangi
kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan pada masa lalu. Menurut Adrian Oldfield,
pengadilan moral adalah sangat penting dalam penulisan sejarah dan merupakan satu
aspek yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja.
Hal ini demikian kerana, pengadilan moral dapat memberikan pengajaran kepada
para pembaca dan dapat menyedarkan kita supaya tidak meniru kesilapan-kesilapan yang
telah dilakukan oleh masyarakat yang terdahulu. Dengan ini, perkara buruk yang bakal
terhasil dari perbuatan tersebut dapat dielakkan daripada mengancam masyarakat dunia.
Contohnya tentang peristiwa pengeboman bom atom oleh pihak Amerika ke atas Bandar
raya Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada 9 Ogos 1945. Daripada pengkajiaan oleh para
pengkaji dari Persatuan The Pacific War Research di Jepun, mereka telah menulis bahawa
;
“ Hiroshima Atomic Hospital melaporkan bahawa enam bulan awal dalam tahun 1971, 33
pesakit telah meninggal dunia 23 daripadanya adalah disebabkan oleh kanser yang
disebabkan oleh pancaran radioaktif. Pada pertengahan tahun 1971, kematian pesakit yamg
menghidapi penyakit leukemia meningkat sebanyak 16 kali ganda berbanding purata
kematiannya, manakala kematian yang disebabkan oleh kanser meningkat sebanyak lapan
kali ganda dan kesan terhadap genetik tidak akan diketahui melainkan selepas tiga atau
empat generasi. ” . [14]
Pengadilan moral harus dijatuhkan ke atas Amerika syarikat kerana hanya ingin
membalas dendam, mereka sanggup mengorbankan jutaan nyawa yang sama sekali tidak
besalah. Ini bermakana kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat dunia khususnya
Jepun tidak dapat kita bayangkan. Kejadian ini seharusnya dijadikan pengajaran dan
iktibar kepada masyarakat dunia terutamanya kepada negara-negara yang gemar
berperang dan ghairah mencipta senjata nuklear serta menggunakan senjata tersebut
dengan sewenang-wenangnya dalam peperangan. Begitu juga dengan kekejaman Amerika
yang telah menyerang Afghanistan selepas terjadinya peristiwa serangan 11 September
2000 yang memusnahkan World Trade Centre (WTC), New York, Amerika Syarikat.
Tanpa usul periksa, tentera Amerika telah menyerang negara tersebut dan mengorbankan
ramai nyawa yang tidak berdosa. Walaupun tiada bukti yang nyata tentang siapa
sebenarnya bertanggungjawab terhadap peristiwa 11 September ini namun oleh kerana
perasaan marah dan dendam, maka Amerika dengan sewenang-wenangnya bertindak
menyerang Afghanistan. Di sini, pengadilan moral harus dijatuhkankepada Amerika
kerana telah merampas hak dan kedaulatan sebuah negara yang telah pun merdeka.[15]
Namun begitu, jika sekiranya pengadilan moral tidak dilakukan ke atas peristiwa
ini akan menyebabkan peperangan terus berlaku. Jika perkara tersebut terus berlaku
sudah pasti akan ramai yang terkorban dan banyak benda akan binasa. Tanpa pengadilan
moral juga manusia tidak akan sedar bahawa sebenarnya tidak mereka menyerang atau
berperang sebenarnya merupakan sesuatu yang salah serta menyebabkan ramai manusia
yang tidak bersalah terkorban. Oleh itu, sama ada mahu atau tidak mahu pengadilan
moral tidak dapat dipisahkan daripada dijatuhkan ke atas peristiwa tersebut kerana
dengan adanya pengadilan moral akan dapat menunjukkan kesilapan yang telah
dilakukan oleh mereka dan seterusnya dapat dijadikan sebagai teladan dan juga
pengajaran oleh mereka bahawa peperangan tidak membawa sebarang kebaikan tetapi
lebih kepada keburukan dan ianya perlu ditentang.
PENGADILAN MORAL SEBAGAI BENTENG MELINDUNGI HAK ASASI MANUSIA
Selain itu pengadilan moral juga penting sebagai benteng melindungi serta
memelihara hak asasi manusia. MenurutR.Suntharalingam, ukuran dalam penilaian ahli
sejarah bukan sahaja berdasarkan kepada persoalan kepentingan negara dan rakyat
secara keseluruhannya, tetapi juga melihat kepada pihak tertentu yang memperlekehkan
hak asasi manusia.[16] Hak asasi manusia ini juga harus diambil kira dalam penulisan
sejarah kerana kepentingan-kepentingannya yang tersendiri dalam membantu ahli sejarah
menghukum pelaku sejarah. Contoh paling sesuai ialah peristiwa pengeboman bandaraya
Hiroshima dan Nagasaki serta serangan Amerika ke atas Afghanistan jelas mununjukkan
penderitaan yang dialami oleh penduduknya yang tidak berdosa khususnya kaum
perempuan dan kanak-kanak. Sudah semestinya pengadilan moral perlu dijatuhkan
kepada Amerika kerana mereka telah mengakibatkan jutaan nyawa terkorban dan
banyak lagi yang menderita. Apa yang jelas di sini ialah sejarah mestilah ditulis dalam
bentuk seperti yang sebenarnya terjadi. Sejarah itu sendiri telah menjatuhkan hukuman
pengadilan moral kepada Amerika Syarikat kerana telah mengakibatkan banyak
kemusnahan dan kematian hanya disebababkan oleh perasaan ingin membalas dendam
mereka.[17]
Penganiayaan terhadap hak asasi manusia telah dilakukan oleh pihak Jepun ke atas
kaum wanita di Tanah Melayu khususnya pada zaman Perang Dunia Kedua. Di sini,
pengadilan moral memainkan peranan penting dalam menjelaskan tentang keadaan
peperangan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh Jepun. Berdasarkan kepada
pandangan Ghazali Bin Mayudin, kita dapat lihat dengan lebih jelas tentang penganiayaan
Jepun kepada kaum wanita terutamanya di negeri Johor. Ghazali menyatakan bahawa :
“ dari rekod-rekod yang tidak lengkap menunjukkan bahawa pihak J epun telah membunuh
sekurang-kurangnya 6199 penduduk di negeri J ohor sahaja dan 5493 adalah orang Cina, 551
orang Melayu, 44 orang I ndia dan Ceylon serta 31 orang Serani. Daripada jumlah ini,
menunjukkan orang cina ynag paling banyak dibunuh berbanding kaum-kaum lain, selain
dari penganiayaan ke atas kaum perempuan yang dilakukan di tempat-tempat terbuka, tempat
khas juga diadakan dan wanita disediakan untuk askar-askar Jepun di tempat tersebut ”.[18]
Daripada kata-kata beliau ini, jelas menunjukkan penganiayaan terhadap kaum wanita
oleh pihak Jepun dan menjadikan mereka sebagai hamba seks kepada askar-askar Jepun.
Oleh itu pengadilan moral wajib dijatuhkan ke atas perbuatan Jepun ini yang telah
melanggar hak asasi manusia dengan mengeksploitasi kaum wanita yang tidak mampu
menentang mereka.[19]
…………………………….
PENGADILAN MORAL SEBAGAI PANDUAN DAN PEDOMAN HIDUP
Seterusnya ialah sebagai panduan dan pedoman hidup. Melalui pensejarahan
China yang ditulis oleh pencatat-pencatat istana separti Su ma Chin dan anaknya Su Ma
Hwa, mereka menulis tentang kelemahan dan kelebihan raja terdahulu dan meninggalkan
hasil penulisan itu kepada maharaja yang seterusnya supaya maharaja tersebut tidak
mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh maharaja sebelumnya. Pencatat-pencatat istana
ini mestilah menulis dengan sebenarnya-benarnya seperti apa yang berlaku tanpa
dipengaruhi oleh sesiapa pun termasuklah maharaja sendiri. Sehinggakan maharaja yang
memerintah pada masa itu tidak dibenarkan membaca penulisan oleh pencatat istana ini
kerana ditakuti baginda akan murka apabila kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
baginda dicatat oleh pencatat istana dalam bukunya. Berdasarkan kepada keadaan ini,
kita dapat lihat pencatat-pencatat istana telah menjatuhkan pengadilan moral ke atas
maharaja yang melakukan kesalahan dan ini akan memyebabkan baginda lebih berhati-
hati dengan tindakan yang akan diambil. Maharaja China telah menjadikan pensejarahan
maharaja terdahulu sebagai pedoman dan panduan dalam memerintah negara.[20]
…………………………………..


PENGADILAN MORAL BERDASARKAN KEPADA BUKTI DAN PENYELIDIKAN
Seorang ahli sejarah mestilah wajib membuat penyelidikan ke atas kajiannya demi
mencari bukti-bukti yang releven dan berdasarkan kepada bukti-bukti tersebut barulah
penulisan sejarah dapat dilakukan. Ini menjelaskan bahawa para ahli sejarah sebelum
membuat sebarang keputusan, mereka akan menbuat kajian dan siasatan dengan meneliti
sumber-sumber yang ditemui supaya dapat memastikan sama ada sumber itu adalah sahih
ataupun palsu. Begitu juga dengan unsur pengadilan moral dalam penulisan sejarah,
setiap ahli sejarah tidak akan terlepas daripada menjatuhkan pengadilan moral ke atas
kajiannya kerana penyelidikan seseorang sejarahwan adalah berdasarkan kepada
pemahaman terhadap watak dan pelaku sejarah yang mencetuskan satu peristiwa
itu.[21] Pada kebiasaanya sesuatu pengadilan moral akan dijatuhkan pada penghujung
kajian. Hal ini demikian kerana, ahli sejarah telah meneliti dan kemudiannya menyaring
sumber-sumber yang diperolehinya sebelum menjatuhkan pengadilan moral pada akhir
penulisannya. contoh yang paling menonjol ialah daripada buku bertajuk “ Darurat ”
1948-1960 yang telah disunting oleh Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Nawang. Buku
tersebut menceritakan tentang kisah pembunuhan Micheal Codner di Tanjung Malim,
Peristiwa Berdarah menegaskan bahawa ;
“ serang hendap itu berlaku pada hari selasa, 25 Mac 1952, pada jam 7:00 pagi. Muka surat
depan The Strait Timespada keesokan harinya terpampang tajuk Galant Fight I n Bandit
Trap, Twon Fears That Murders 12 Men. Antara yang terbunuh ialah Penolong Pegawai
Daerah Tanjung Malim, iaitu R.M.C Corner, J urutera Kerja Perak Selatan, W.H Fournies,
Penolong J uruteknik, Teoh Eng Kiew dan Ahmad bin J alil,8 orang pasukan keselamatan
terkorban serta 5 orang lagi cedera. Bilangan pengganas yang menyerang hendap pada masa
itu kira-kira 40 orang dan kesemua mereka menggunakan senjata automatic yang
canggih.” [22]
Berdasarkan kepada petikan di atas, jelas sekali penulis ingin menggambarkan tentang
kekejaman yang dilakukan oleh pihak komunis yang telah membawa kepada pembunuhan
12 orang. Malah penulis menggambarkan peristiwa ini adalah sesuatu yang kejam dan
tidak dapat diampunkan kerana serengan hendap tersebut telah dirancang. Secara tidak
langsung, penulis telah cuba memaparkan satu kebenaran tentang sejarah berdarah yang
telah meragut nyawa 12 orang. Maka, ahli sejarah haruslah mejatuhkan pengadilan moral
ke atas perbuatan kejam komunis ini.[23]
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sudah terbukti bahawa unsur pengadilan moral memang tidak
dapat dipisahkan dalam penulisan sejarah. Persoalan untuk menjatuhkan pengadilan
moral tidak harus diketepikandi dalam penulisan sejarah kerana seseorang ahli sejarah itu
perlu memikul beban dan tanggungjawab tersebut. Hal ini demikian kerana, apabila
seseorang ahli sejarahwan itu menggunakan suatu perkataan seperti kejam, jahat dan
baik, secara sedar atau tidak sedar, mereka telah pun menjatuhkan pengadilan moral ke
atas kajian mereka. Memang susah jika perkataan ini tidak digunakan dalam penulisan
sejarah dan sekiranya pengadilan moral ini dipisahkan maka suatu penulisan itu tidak
mempunyai sebarang makna. Di sini, dapat kita simpulkan bahawa pengadilan moral
merupakan antara unsur dan kaedah yang harus diamalkan oleh ahli sejarah dalam
melakukan penyelidikn bagi menghasilkan sebuah penulisan sejarah yang baik dan
sempurna. Mahu ataupun tidak, seseorang ahli sejarah itu haruslah menjatuhkan
pengadilan moral dalam penganalisaan penulisan sejarah yang ingin disampaikan.
Sikap-sikap seperti pro, anti atau neutral dalam mempersoalkan unsur pengadilan
moral akan mengakibatkan rentetan peristiwa sejarah seterusnya. Jikalau para
sejarahwan tidak menjatuhkan pengadilan moral, maka para pembaca sudah semestinya
dengan sendirinya akan menjatuhkan pengadilan moral untuk
mereka.[24] Menurut Qasim Ahmad, jalan keluar dari masalah ini bukanlah lari
daripadanya, tetapi melengkapkan lagi para ahli sejarah dengan kemahiran-kemahiran
yang berkait supaya mudah bagi mereka untuk membuat sebuah penulisan yang
baik.[25] Oleh hal yang demikian, sebagai seorang ahli sejarah, mereka tidak harus
mengetepikan pengadilan moral di dalam penulisan mereka, sebaliknya mereka haruslah
peka terhadap kepentingan pengadilan moral ini dalam menentukan baik buruk sikap
pelaku sejarah. Sebenarnya pensejarahan mestilah mempunyai isi kandungan yang
menarik supaya para pembaca tertarik untuk membaca buku tersebut dan seterusnya
dapat memberikan pedoman dan pengajaran kepada generasi masa depan supaya
kesilapan padan masa lalu tiidak diulangi lagi.





BIBLIOGRAFI
Aron Shai,Origin of the war in the east,Crobm Hehlm,London,1976
Abdul Rahman Haji Abudullah, “Penghantar Ilmu Sejarah”, Dewan bahasa dan Puataka & Pusat Pengajian
Luar Kampus Universiti SainS Malaysia Maiden, Kuala Lumpur, 1994.
Ghazali Bin Mayudin, J ohor Semasa Pendudukn J epun 1942-1945, Bangi, 1978.
Herbert Butterfield, Moral J udgement in History, The Philosophy History in Our Time, New York, 1959.
Hajah Noresah Bt. Baharom, Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2007.
Ishak Saat, I lmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Publications Sdn.Bhd, Shah
Alam, 2007.
Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Nawang, Darurat 1948-1960, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur,1978.
Mohd Yusof Hashim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975.
R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican dan Sons, Kuala Lumpur, 1985.
Tengku Anuar, Pengetahuan Kenegaraan Malaysia (Untuk Peperiksaan Am Kerajaan), Nurin Enterprise,
Kuala Lumpur, 1991.
Qasim Ahmad, Pengadilan Moral dalam Sejarah : Kes Nazi di J erman, Dewan Masyarakat, Jilid XiX, bil.6,
1981.





[1] Ishak Saat, I lmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Publications Sdn.Bhd, Shah Alam, 2007,hlm
69.
[2] Hajah Noresah Bt. Baharom, Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2007, hlm 9.
[3] I bid,hlm.9
[4] Ishak Saat, I lmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Publication Sdn Bhd, Shah Alam, 2007, hlm.
70.
[5] Qasim Ahmad, Pengadilan Moral dalam Sejarah : Kes Nazi di J erman, Dewan Masyarakat, Jilid XiX, bil.6,
1981,hlm 54.
[6] Ishak Saat, I lmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Publication Sdn. Bhd,Shah Alam, 2007, hlm.
70.
[7] Mohd Yusof Hashim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975, hlm. 52.
[8]Aron Shai,Origin of the war in the east,Crobm Hehlm,London,1976,hlm.20
[9] Ishak Saat, I lmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Publications Sdn. Bhd, Shah Alam, 2007,hlm
83.
[10] R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Maricon dan Sons, Kuala Lumpur, 1985, hlm.112
[11] Ishak Saat, I lmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Publications Sdn. Bhd, Shah Alam, 2007,
hlm.77
[12] Ibid, hlm.78
[13] R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Maricon dan Sons, Kuala Lumpur, 1985, hlm 94.
[14] Ishak Saat, I lmu Sejarah Antara Tradisi Dan Moden, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah Alam, 2007,
hlm.86
[15] I bid,hlm 85-89.
[16] R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican dan Sons, Kuala Lumpur, 1985, hlm 118.
[17] Ishak Saat, I lmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Publications Sdn.Bhd, Shah Alam, 2007,
hlm 88.
[18] Ghazali Bin Mayudin, J ohor Semasa Pendudukn J epun 1942-1945, Bangi, 1978, hlm 11.
[19] Ishak Saat, I lmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Publications Sdn. Bhd, Shah Alam, 2007,
hlm 88-89.
[20] I bid,hlm 89-90.
[21] I bid, hlm 80.
[22] Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Nawang, Darurat 1948-1960, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur,1978, hlm 179.
[23] Ishak Saat, I lmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Publications Sdn. Bhd, Shah Alam, 2007,
hlm 82.
[24] Ibid, hlm 91.
[25] Qasim Ahmad, Karya sejarah ; Pendekatan dan Persoalan, Pengadilan Moral dalam Kes Nazi di Jerman,
1981, hlm 143.
Posted by hani at 11:40 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook