You are on page 1of 14

5.

3 PERTUMBUHAN PARTI-PARTI POLITIK

Selepas Perang Dunia Pertama, sudah ada usaha
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui penubuhan
beberapa parti politik. Penubuhan parti-parti politik ini
menunjukkan bahawa perkembangan proses politik di Tanah
Melayu menjadi semakin rancak lagi. Penubuhan parti-parti politik
ini didorong oleh reaksi rakyat terhadap cadangan Malayan Union
(1946) oleh Kerajaan British. Ternyata Malayan Union merupakan
pemangkin utama penyatuan orang Melayu untuk bertindak
menentang cadangan British tersebut.

Mari kita tinjau parti-parti politik yang ditubuhkan di Tanah
Melayu menjelang kemerdekaan.

5.3.1 United Malays National Organization (UMNO)

Dato‟ Onn Jaafar yang menjadi pengerusi Pergerakan Melayu
Johor
3
telah mencadangkan supaya diadakan Kongres Melayu
bagi menyatukan seluruh masyarakat Melayu untuk menentang
Malayan Union. Oleh yang demikian, Kongres Melayu Se-Malaya
diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur. Kongres tersebut dihadiri oleh 41 buah persatuan
Melayu.
4
Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan rasminya
ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Matlamat awal penubuhan UMNO
adalah untuk menentang gagasan Malayan Union dan
menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.
Pemimpin pertamanya ialah Dato‟ Onn Jaafar. Cadangan Dato‟
Onn untuk membuka keahlian parti kepada semua bangsa untuk
memupuk perpaduan kaum tidak direstui oleh ahli-ahli UMNO.
Penentangan dari ahli parti menyebabkan Dato‟ Onn meletakkan
jawatan pada tahun 1951. Kepimpinan UMNO kemudiannya
diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman dan menukar konsep
perjuangan UMNO dari „Hidup Melayu‟ kepada „Merdeka‟.
5
Di
bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau cuba
menggerakkan segala usaha untuk mencapai kemerdekaan
dengan menggabungkan parti-parti politik yang ada sehingga
terbentuknya Parti PERIKATAN yang dianggotai oleh UMNO, MCA
dan MIC pada tahun 1954. Sejak itu, UMNO menjadi teras utama
pergerakan ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.
6




5.3.2 Malayan Indian Congress (MIC)

MIC ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946. Yang Dipertua
Kongres yang pertama ialah John A. Thivy. John Thivy pernah
terlibat di dalam Persatuan Pusat India di Tanah Melayu dan juga
gerakan kemerdekaan India. MIC bermula dengan penggabungan
persatuan-persatuan India yang terdapat di Tanah Melayu. Hasil
daripada penggabungan tersebut, maka lahirlah parti MIC. Pada
peringkat awal perjuangannya, parti ini bertujuan menyokong
perjuangan kemerdekaan di India. MIC juga kurang mendapat
sambutan di kalangan orang India di Tanah Melayu. Walau
bagaimanapun, selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun
1947, MIC lebih memberikan tumpuan kepada kegiatan politik di
Tanah Melayu. Selain itu, parti MIC juga bermatlamat
mengenengahkan isu-isu kerakyatan yang merupakan satu
daripada isu utama di Tanah Melayu. Dapatlah dikatakan bahawa
matlamat utama penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan
politik, ekonomi, dan sosial kaum India di Tanah Melayu dan juga
menjadi saluran bekerjasama dengan kaum lain untuk
memperjuangkan kemajuan politik. MIC pernah menyertai parti
serpihan yang ditubuhkan oleh Dato‟Onn setelah beliau keluar
daripada UMNO. Walau bagaimanapun, MIC kurang bernasib baik
kerana parti pimpinan Dato‟ Onn tidak berapa berjaya dalam
pilihanraya 1952. Apabila MIC bergabung dalam Parti Perikatan
pada tahun 1955, barulah parti ini mendapat sambutan daripada
orang India di seluruh Tanah Melayu.


5.3.3 Malayan Chinese Association (MCA)

MCA ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Februari 1949 atas
idea British bagi membolehkan sebahagian orang Cina
menyokong British dalam menghadapi darurat. Sebenarnya, pada
penghujung tahun 1930an, Parti Komunis Malaya (PKM)
merupakan satu-satunya parti yang disertai oleh kebanyakan
orang Cina. Presiden MCA yang pertama ialah Tan Cheng Lock.
MCA ditubuhkan dengan matlamat untuk melindungi hak dan
kepentingan ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah
Melayu. Pada masa yang sama, MCA berjanji akan bekerjasama
dengan kerajaan untuk mematahkan kegiatan komunis.
Penubuhan MCA juga membuktikan kepada kerajaan Inggeris
akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu. Adalah
diharapkan dengan demikian kaum Cina akan bekerjasama
dengan kaum-kaum lain untuk memperoleh kemerdekaan.

5.3.4 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak, hasil
rundingan dan persetujuan dua kumpulan pemuda, iaitu dari
golongan Ahmad Boestamam dan golongan Mokhtaruddin
Lasso.
7
PKMM bermatlamat untuk melahirkan kesedaran politik
dan menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di
Indonesia. Berikutan dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946,
sedikit sebanyak menggugat PKMM. PKMM kemudian turut serta
sebagai anggota UMNO buat seketika. Berikutan dengan
percanggahan pendapat berkaitan ideologi, kepimpinan, dan soal
bendera, PKMM kemudian keluar dari UMNO. PKMM menjadi
semakin lemah setelah ahli-ahlinya ditangkap. Walau
bagaimanapun, PKMM telah dibubarkan kemudiannya. Serpihan
pimpinan PKMM menubuhkan pula Parti Rakyat Malaya pada
tahun 1955.

5.3.5 Parti Islam Se-Malaya (PAS)

PAS ditubuhkan ekoran daripada satu persidangan Persatuan
Ulama Se-Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos
1951. Parti ini jelasnya ditaja oleh Jabatan Agama
UMNO.
8
Persatuan Ulama turut dianggotai oleh bekas aktivis
agama, dan bekas ahli HAMIM yang diharamkan oleh British. Parti
ini telah ditubuhkan pada tahun 1955 dengan matlamat untuk
menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, dan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi, serta mengetatkan peraturan
kerakyatan.



5.3.6 Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

IMP merupakan parti pelbagai kaum yang pertama dan dipimpin
oleh Dato‟ Onn Jaafar. Dato‟ Onn Jaafar telah keluar dari UMNO
dengan semangat „perpaduan kaum‟ untuk bercantum dengan
MCA dan bekas ahli UMNO, serta MIC pada tahun 1951. IMP
ditubuhkan setelah usaha Dato‟ Onn Jaafar untuk menjadikan
UMNO sebagai sebuah parti berbilang kaum ditolak oleh orang
Melayu. Sebenarnya, IMP pernah bekerjasama dengan MIC dari
tahun 1951 sehingga tahun 1953. MCA di bawah pimpinan Tan
Cheng Lock juga pernah menyertai Dato‟ Onn. Namun Tan Cheng
Lock yang melihat potensi UMNO semakin mendapat sokongan
Melayu telah mengecewakan Dato‟ Onn Jaafar. Pada tahun 1952,
MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam Parti PERIKATAN.
Kegagalan IMP menyebabkan Dato‟ Onn berpatah balik
memperjuangkan kepentingan Melayu melalui Parti Negara. Parti
Negara ditubuhkan pada tahun 1955 oleh tokoh politik berbilang
kaum. Tetapi kebanyakan ahlinya adalah terdiri daripada orang
Melayu. IMP bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu.
Selain itu, IMP ditubuhkan juga untuk mengambil bahagian dalam
pilihanraya negeri dan persekutuan yang sedang dirancangkan
ketika itu.
9


5.3.7 Parti Buruh

Parti Buruh ditubuhkan di Pulau Pinang oleh pemimpin Kesatuan
Sekerja atas nama Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951.
Parti yang sama ditubuhkan di Selangor, Negeri Sembilan, Perak,
dan Melaka. Parti-parti ini bergabung membentuk Parti Buruh
SeMalaya di bawah pimpinan Mohd. Sopiee Ibrahim. Parti ini
merancang untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1964. Parti
Buruh kurang mendapat sokongan dari orang ramai mungkin
disebabkan terdapat unsur sosiolisme dan komunisme dalam
perjuangan parti. Dalam pada itu, orang Melayu enggan
memberikan sokongan disebabkan parti ini berfahaman sosiolis
yang tidak mahu mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu.
Selain itu, pengalaman politik akibat kezaliman komunis pada
masa darurat juga membimbangkan rakyat untuk menerima Parti
Buruh.
10


Sementara parti-parti lain yang ditubuhkan ialah Parti Progresif
Perak (PPP). Ia ditubuhkan pada tahun 1953 dipimpin oleh SP
dan DR Senivasagam. PPP menyertai Perikatan dan berjaya
menguasai Majlis Perbandaran Ipoh atas nama Perikatan UMNO-
MCA-PPP. Menjelang pilihanraya tahun 1955, PPP keluar dari
Perikatan dan kemudiannya telah menukar nama Parti Progresif
Rakyat. Parti lain ialah Parti Radikal pimpinan Dr. Lim Chong
Eu, National Association of Perak (NAP) dipimpin oleh Dato Bukit
Gantang Abdul Wahab dan Kesatuan Melayu Semenanjung
pimpinan Haji Hashim Ghani.
 . KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
 2. Definisi Negara yang bebas daripada kongkongan dan
cengkaman kuasa asing yang menekan. Kebebasan
bermakna rakyat berhak mengatur dan memilih corak
kehidupan mereka seperti mempunyai sistem pemerintahan
dan perlembagaan senddiri tanpa terikat dengan kusa asing.
 3. Perkembangan Politik Tahun 1945-1955 1955, British
telah memperkenalkan beberapa langkah ke arah
pemerintahan sendiri Memperkenalkan sistem pengundian
Mengadakan pilihanraya Penubuhan beberapa parti politik
Syarat-syarat ke arah kemerdekaan Perpaduan Kaum Semua
kaum mesti bersatu membolehkan perkongsian kuasa Usaha
ke Arah Perpaduan Membentuk sebuah pertubuhan yang
mewakili semua kaum Jawatankuasa Perhubungan Antara
Kaum ditubuhakan 1949
 4. Perkembangan Politik Tahun 1945-1955 Pertumbuhan
Parti-parti politik Perrtumbuhan parti-parti politik didorong
oleh reaksi terhadap cadangan Malayan Union (1946) Parti-
parti politik UMNO Ditubuhkan oleh Dato‟ Onn Jaafar
Ditubuhkan pada 11 Mei 1946 Matlamat awal menentang
gagasan Malayan Union dan menyatupadukan orang Melayu
Dato‟ Onn meletak jawatan pada tahun 1951 dan diambil
alih oleh Tunku Abdul Rahman Tukar konsep Hidup Melayu
ke Merdeka Membentuk parti PERIKATAN dianggotai UMNO,
MCA dan MIC, 1954.
 5. Perkembangan Politik 1945-1955 Malayan Indian
Congress (MIC) Ditubuh pada Ogos 1946, diketuai oleh Joh.
A. Thivy. Perjuangan awal menyokong kemerdekaan di
India, tapi kurang sambutan dari kaum India di Tanah
Melayu Selepas kemerdekaan India 1947,tumpu isu
kerakyatan . Pernah menyertai parti serpihan Dato‟ Onn,
tetapi kurang sambutan Bergabung dalam Parti Perikatan,
1955 dapat sambutan.
 6. Perkembangan Politik 1945-1955 Malayan Chinese
Association (MCA) Ditubuh pada Februari 1949
membolehkan kaum Cina sokong british semasa darurat
Presiden yang pertanma Tan Cheng Lock Matlamat:
melinduni kepentingan ekonomi, politik, dan sosial orang
Cina
 7. Parti Islam Se-Malaya (PAS) Ditubuhkan ekoran
persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Kuala Lumpur,
23 Ogos 1951. Ditaja oleh Jabatan Agama UMNO Persatuan
Ulama disertai oleh aktivis agama, bekas ahli HAMIM.
Ditubuhkan pada 1955 bermatlamat menjadikan Islam
sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi, dan mengetatkan peraturan kerakyatan.
 8. Perubahan Dasar British ke Arah Berkerajan Sendiri
Dasar-dasar ke arah kemerdekaan Sistem Ahli Diperkenalkan
dalam Mesyuarat Kerja Persekutuan. Mereka yg dilantik
terdiri daripada beberapa warganegara Persekutuan Tanah
Melayu untuk menjadi ahli Majlis dan diberi portfolio bertaraf
menteri Pilihanraya Tahun 1951 Pilihanraya pertama pada 1
Disember 1951 di peringkat majlis tempatan Majlis
perbandaran Georgetown, Pulau Pinang UMNO-MCA telah
menang semua 9 kursi 1953, speaker telah dilantik untuk
Majlis Mesyuarat Persekutuan bagi mengganti tempat
Pensuruhjaya Tinggi British
 9. Dasar-dasar kemerdekaan Pilihanraya 1952 Februari
1952, Pilihanraya Mjlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan
12 kursi UMNO-MCA telah menang 9 kursi, IMP 2 kursi dan 1
calon bebas Pilihanraya Majlis Bandaran Johor Bahru, Ipoh,
Melaka dan Seremban. Pilihanraya peringkat negeri diadakan
pada tahun 1954.
 10. Dasar-dasar kemerdekaan Pilihanraya Umum Tahun
1955 1953, UMNO-MCA mencadangkan supaya diadakan
pilihanraya dalam Majlis Perundangan Persekutuan. 60%
dipiliha melalui pilihanraya, 40% dilantik oleh British
Cadangan ditolak Bantahan: memulau semua Majlis
Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri dan
persekutuan
 11. Pilihanraya Umum 1955 British bertolakansur dan
menetapkan 98 orang keanggotaan Majlis Perundanagn
Persekutuan 50 dipiih menerusi pilihanraya, 1 orang speaker
3 orang dilantik krn jawatan: Ketua Setiausaha, Peguam
Negara dan Setiausaha Kewangan 11 orang dipilih mewakili
negeri 22 dipilih mewakili bernagai gologan dan pertubuhan
3 mewakili kaum minoriti 7 dilantik oleh Pensuruhjaya Tinggi
 12. Pilihanraya 1955 Julai 1954, Perikatan bersetuju dengan
cadangan British dan Pilihanraya Persekutuan ditetapkan
pada 27 Julai 1955 3 parti yang mewakili tiga kaum
bergabung dan membentuk parti Perikatan Perikatan
bertanding 52 kursi, Parti Negara 33 kursi, PAS 11 kursi dan
18 orang calon bebas Perikatan: UMNO 32 kursi, MAC 15
kursi, MIC 2 kursi 80% dimenangi UMNO dan 20% oleh parti
lain dalam Perikatan Perikat memenangi 51 kursi dan PAS 1
kursi
 13. Moto Perikatan “ Menuju Ke Arah Kemerdekaan”
Perjanjian Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Agama Islam
sebagai agama rasmi Meindungi dan mengekalkan institusi
beraja Melayu Mengubahsuai undang2 kerakyatan
Peningkatan taraf ekonomi Melayu Menjalinkan hubungan
antarabangsa Hak asasi manusia Sistem pendidikan
kebangsaan Kemerdekaan diperoleh dalam tempoh 4 tahun
 14. Pilihanraya 1955 Selepas pilihanraya 1955, Perikatan
mengadakan rundingan dengan PKM, Rundingan Baling,
pengampunan kepada pengganas komunis.
 15. Langkah-langkah Menuju Kemerdekaan Kemenangan
Pilihanraya 1955, meyakinkan Parti Perikatan untuk
mencapai kemerdekaan Langkah-langkah Rundingan ke
Arah Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman menegaskan untuk
berunding dengan British dalam masa 2 tahun Mendapat
reaksi dari istana Johor yang akan membawa kemusnahan
Tanah Melayu Kontroversi berlarutan, akhir mendapat
persetujuan oleh raja-raja Melayu: 4 wakil raja-raja Melayu
dan 4 wakil Perikatan
 16. Langkah-langkah Kemerdekaan Misis Kemerdekaan ke
London Januari 1956, rombongan yg terdiri 8 orang wakil
berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman. Rundiingan berlangsung pada 18 Januari sehingga
8 Februari 1956 Hasil: 8 Februari 1956, Perjanjian London
Persetujuan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 Tanah dalam
lingkungan Komanwel dan pemerintahn demokrasi British
mendapat hak penempatkan tenteranya di negara ini Badan
bebas ditubuh untuk menggubal perlembagaan Setiausaha
Kewangan dan Pengarah Gerakan diganti dengan Menteri
Kewangan dan Menteri Pertahanan
 17. Suruhanjaya Reid dan Memo Perikatan Suruhanjaya Reid
Ditubuhkan pada 1955 dipengerusi oleh Lord Reid dan Ivor
Jenninggs dari British, William McKell (Australia), Hakim
Malik (India), Hakim Abdul Hamid (Pakistan) Diminta untuk
mengesyorkan satu perlembagaan Persekutuan berdasarkan
demokrasi berparlimen. Memo Perikatan, 27 Julai 1955
menjadi pertimbangan utama Suruhanjaya
 18. Memo Perikatan Perkara utama Kewarganegaraan,
kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama
Islam dan Kedudukan Raja-raja Melayu. Kandungan
Kewujudan Kerajaan Pusat dan Negeri Nama negara:
Malaysia dan Malaya Mengujudkan institusi Yang Dipertuan
Agung dan Timbalan Yang Dipertuan Agung bagi
menggantikan Pesuruhjaya Tinggi Penerusan Majlis Raja-
raja Parlimen mengandungi 2 dewan, Dewan Negara dan
Dewan Rakyat Kewujudan 3 badan pemerintah dan
pengasingan kuasa Kedudukan Islam sebagai agama negara
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Takrif Melayu
Ornag bukan Melayu memdapat keistimewaan mendapat
kerakyatan secara jus soli iaitu kerakyatan mengikut tempat
lahir.
 19. Perkara yang ditentang Hak Keistimewaan Melayu Hak
Kerakyatan Pengasingan Melaka dan Pulau Pinang Dua
kerakyatan 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan
Pesuruhjaya Tinggi British. Bersetuju menubuhan
Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957.
 20. Pengisytiharan Kemerdekaan Pengisytiharan
kemerkedaanTAJUK 4: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Disediakan
oleh:• Prof. Madya Baharuddin Sayin• Ustazah Asmak Husin
1
 2. Kandungan pembentanganBIL KANDUNGAN HASIL
PEMBELAJARAN1 4.1 Konsep dan sejarah modenisasi
Menjelaskan konsep dan sejarah modenisasi 4.1.1 Konsep
modenisasi 4.1.2 Sejarah modenisasi2 4.2 Konsep
pembangunan politik dan pembinaan Menghuraikan konsep
pembangunan politik negara bangsa dan negara bangsa
4.2.1 Matlamat 4.2.2 Proses 4.2.3 Kayu pengukur3 4.3.
Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka Menganalisis
proses kemunculan politik 4.3.1 Sejarah kewujudan parti-
parti politik berparti di Malaysia dan kerjasama parti-parti
sebelum dan selepas merdeka politik ke arah memupuk
hubungan etnik yang 4.3.2 Kerjasama politik dalam konteks
harmonis hubungan etnik 4.3.3 Hubungan etnik selepas
penubuhan Malaysia4 4.4 Pendekatan Islam dalam
pembangunan politik Menjelaskan konsep politik
pemerintahan 4.4.1 Matlamat menurut Islam 4.4.2 Prinsip
4.4.3 Sumber 4.4.4 Asas 2
 3. 4.1 Konsep dan Sejarah ModenisasiKonsep Modenisasi•
Modenisasi ialah suatu proses perubahan atau transformasi
dalam segala aspek kehidupan masyarakat dan negara
secara berencana seperti pembangunan insan,
pembangunan sosial, pembangunan fizikal, pembangunan
ekonomi dan lain-lain pembangunan yang berkait
rapat.Sejarah modenisasi• Dari segi sejarah modenisasi
sebenarnya bermula di Eropah Barat akibat daripada dua
revolusi besar iaitu revolusi Perancis dan revolusi
perindustrian.• Revolusi Perancis ialah revolusi yang
mengubah sistem politik feudal Perancis yang tidak
mengasingkan agama dan pemerintahan kepada sistem
pemerintahan yang mengasingkan agama dengan
pemerintahan atau disebut sekular.• Revolusi perindustrian
ialah revolusi yang mengubah sistem ekonomi sara diri atau
tradisional secara kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan
sendiri kepada pembangunan ekonomi berskala besar atau
industri untuk tujuan eksport. 3
 4. 4.2 Konsep pembangunan politik dan pembinaan negara
bangsaMaksud Pembangunan politik ialah suatu proses
perubahan atau transformasi secara berencana yang
melibatkan perubahan dalam tadbir urus negara daripada
cara lama kepada cara baru dan terkini.Matlamat
pembangunan politik4. Pembinaan negara bangsa iaitu
suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan
atau kerajaan dan warganegara atau bangsa.5. Perubahan
struktur dan budaya politik iaitu perubahan dari cara
tradisional kepada cara terkini atau moden.Proses7. Parti-
parti politik8. Majlis perwakilan rakyat atau parlimen9.
Perlembagaan negara; dan10. Pilihan rayaKayu pengukur
Kerjasama pelbagai etnik mewujudkan perpaduan,
keharmonian, pembangunan dan kemakmuran negara 4
 5. 4.3 Politik Malaysia sebelum dan selepas merdekaPolitik
Malaysia sebelum merdeka• Kesedaran rakyat tempatan ke
dalam arus politik negara bermula pada zaman berakhirnya
penjajahan Jepun.• Politik kepartian di Malaysia mempunyai
asal-usul dan sejarah bertitik tolak daripada konflik
perkauman.• Orang-orang Melayu bersatu membentuk
UMNO sebagai benteng pertahanan terhadap ancaman hak-
hak oleh Malayan Union tahun 1946.• Di pihak lain orang-
orang Melayu membentuk PAS tahun 1951 untuk
memperjuangkan penubuhan Negara Islam.• Orang-orang
India menubuhkan MIC pada Ogos 1946 untuk menjaga
kepentingan etnik India.• Orang-orang Cina menubuhkan
MCA pada Februari 1949 untuk menjaga kepentingan etnik
Cina.Politik Malaysia selepas merdeka• Politik berteraskan
kaum terus mendapat tempat di kalangan rakyat pelbagai
kaum• UMNO, PAS, BERJASA, HAMIM, S46, NAS MA,
memperjuang dan membela bangsa Melayu• MCA,
GERAKAN, DAP, SUPP, SDP, PCS, memperjuang dan
membela bangsa Cina 5
 6. Samb..• MIC, IPP, PPP, KIMMA, memperjuang dan
membela bangsa India• SABAH: BERJAYA, USNO, PBS,
PASOK, PUSAKA, memperjuang dan membela bumiputera•
SARAWAK: PBB, SNAP, PBDS, PLUS, memperjuang dan
membela bumiputera lainKerjasama politik dalam konteks
hubungan etnik• UMNO, MCA dan MIC membentuk
PERIKATAN (tahun 1955) dan memenangi pilihan raya bukti
Cina dan India bersedia bekerjasama dengan Melayu dan
setia kepada Malaya sebelum merdeka.• UMNO, BERJASA,
HAMIM, USNO, BERJAYA, MCA, GERAKAN, MIC, PPP, PBDS,
PBB, SNAP, SUPP, PBS bergabung membentuk BARISAN
NASIONAL dan bersama-sama membangunkan
negara.Hubungan etnik selepas penubuhan Malaysia•
Memperkukuh ikatan setia kawan dalam PERIKATAN dan
seterusnya BARISAN NASIONAL• Memegang erat janji taat
setia kapada kontrak sosial tahun 1948, 1957 dan 1967•
Menyusun semula masyarakat berdasarkan pelbagai etnik•
Mewujudkan pelbagai pendekatan politik kearah perpaduan
6
 7. 4.4 Pendekatan Islam dalam pembangunan politikIslam
dan politik• Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.•
Pemikiran politik Islam bermula dari masalah etika politik,
falsafah politik, agama, hukum, hingga tatacara
kenegaraan.• Rasulullah SAW adalah peneroka awal sistem
politik moden bagi manusia.Pandangan tokoh• Dr. V.
Fitzgerald berkata : "Islam bukanlah semata agama (a
religion), namun ia juga merupakan sebuah sistem politik (a
political system).• Prof. C. A. Nallino berkata : "Muhammad
telah membangun dalam waktu bersamaan: agama (a
religion) dan negara (a state).• Dr. Schacht berkata : " Islam
lebih dari sekadar agama, ia juga mencerminkan teori-teori
perundangan dan politik.• Sir. T. Arnold berkata : " Adalah
Nabi, pada waktu yang sama, seorang ketua agama dan
ketua negara 7
 8. Samb..Matlamat politik dalam Islam• Melaksanakan
perjuangan menegakkan kebenaran dan mencegah
kemungkaran.• Membimbing Negara untuk memberi
keadilan kepada rakyat.• Memastikan setiap rakyat
mendapat hak dan kebebasan.• Tempat melaksanakan
syariat Islam secara menyeluruh.Prinsip politik dalam Islam•
Al-Syura• Al-Hurriyyah.• Al-Adalah.• Al-Masuliyyah• Al-
Musawah.Sumber politik dalam Islam• Al-Quran• Al-Sunah•
Al-Ijma‟• Qiyas 8
 9. Samb..Asas-asas politik dalam Islam• Tauhid• Risalah•
Khilafah.Ciri politik dalam Islam• Thabit / tetap dari aspek
dasar.• Al-Murunah / berubah atau anjal dari aspek
pendekatan.Pendekatan• Al-Umur bi maqasidiha / setiap
amalan mestilah disertai dengan niat.• Tadarruj fi al tasyri` /
dilaksanakan secara beransur-ansur.• Maslahah al-ammah /
melihat kepada kepentingan umum.• Al- Uruf / sesuai
dengan kebiasaan setempat.Ketua Negara Islam dikenali
sebagai khalifah. Dalam Islam:• Kuasa mutlak adalah Allah.•
Manusia hanyalah pentadbir di bumi.• Pentadbiran dan
undang-undang hendaklah berdasarkan ketentuan Allah.•
Manusia hendaklah memenuhi matlamat dan objektif yang
telah ditentukan oleh 9 Allah.
 Persekutuan Tanah Melayu dimulai pada jam 12.00 tengah
malam pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.
Penerunan bendera Union Jack menandakan kemerdekaan
Tanah Melayu Pagi 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman
telah mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu di Stadium Merdeka melalui penyerahan
pengisytiharan kemerdekaan oleh wakil Rati Elizabeth.