You are on page 1of 3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS

PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs)
adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran
sains pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai
KBAT bermula Januari 2013.

APA ITU KBAT

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dannilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu.

TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT

1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman

2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa,
menilai dan
mencipta)

3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan

4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik






TEKNIK PENYOALAN

SOALAN BERKESAN


1. Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan tertentu)

2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)

3. Ringkas (dinyatakan dengan perkataan yang mungkin)

4. Memprovokasi pemikiran (meransang pemikiran dan tindak balas)

5. Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan
terperinci)

6. Skop terhad (soalan yang bercapah akan mengelirukan)

7. Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza)

KESILAPAN UMUM SEMASA PROSES PENYOALAN


1. Tanya terlalu banyak soalan pada masa yang sama

2. Tanya soalan kemudian menjawabnya sendiri

3. Tanya soalan hanya kepada pelajar yang pandai di dalam kelas

4. Tanyakan soalan yang sukar terlalu awal

5. Tanya soalan yang tidak ada kaitan

6. Selalu tanya jenis soalan yang sama

7. Memberi masa untuk murid berfikir sebelum menjawab soalan





*Bahan berasaskan modul PdP KBAT.
Posted by Mohd Abaidi Mohd Noh