You are on page 1of 2

[PENGUKURAN DAN PENILAIAN PJ DAN SUKAN] PJM3115

REFLEKSI INDIVIDU
Tugasan Projek PJM 3117 Psikososial Dalam Sukan pada semester 7 kali ini telah
diterangkan sepenuhnya oleh Pensyarah pembimbing iaitu Cik Noni Maki pada
tarikh tugasan ini diserahkan kepada kami iaitu pada 4 Februari 2013. Tugasan pada
memilih antara salah satu tajuk psikososial dalam sukan dan kemudian buat
penerangan mengenai tajuk tersebut dalam 5 muka surat. Kemudian, kami juga
dikehendaki untuk mencari 10 jurnal yang mempunyai kaitan dengan tajuk yang
saya pilih iaitu bertajuk Keagresifan dalam sukan. Setelah itu, saya perlu
menyediakan satu persoalan untuk membuat borang soal selidik dan mencetaknya
bagi 15 orang responden. Selain daripada itu, kami juga dikehendaki untuk membuat
kesimpulan berdasarkan hasil dapatan yang saya terima dan ulasan itu perlu
dikatkan dengan beberapa orang penulis berdasarkan jurnal yang saya jumpai. Akhir
sekali, saya perlu memberi beberapa pendapatan mengenai bagaimana hasil
dapatan saya ini mampu memajukan sukan di tanah air saya ini. Pada mulanya,
saya menggangap tugasan projek ini sangat susah kerana saya perlu melakukan
pelbagai perkara agar hasil projek saya ini mengikut kehendak soalan dan kehendak
pensyarah pembimbing. Walaubagaimanapun, saya menguatkan semangat dan
berusaha mencari jalan penyelesaian dengan berbincang bersama rakan-rakan
sekelas termasuklah berbincang dan meminta pendapat pensyarah pembimbing
saya sendiri. Saya juga mengikuti perkembangan tugasan ini sepenuhnya agar tidak
ketinggalan dengan maklumat yang berkaitan untuk menghasilkan tugasan ini. Saya
berusaha mencari maklumat mengenai tajuk yang telah saya pilih untuk membuat
penerangan mengenainya dalam 5 muka surat. Saya mempelajari sedikit sebanyak
tentang keagresifan dalam sukan ini selain hanya mengetahuinya hanya sekadar
keganasan sahaja tetapi tidak mengetahui maknanya dengan lebih mendalam lagi
Perkara ini sangat perlu bagi saya sekiranya suatu hari nanti saya menjadi seorang
guru Pendidikan Jasmani ataupun akan menjadi jurulaih sukan di sekolah saya.
Saya mempelajari tentang bagaimana untuk membuat jurnal sekiranya satu hari
nanti saya juga akan mengkaji sesuatu dengan tertib. Sewaktu berada di sekolah
nanti saya akan lebih berkeyakinan untuk membuat kajian dan membuat borang soal
selidik kerana melalui tugasan projek ini, saya telah belajar sedikit sebanyak tentang
bagaimana untuk mencari persoalan dan membuat borang soal selidik dengan lebih
teratur. Selesai sahaja melaksanakan borang soal selidik terhadap 15 orang
[PENGUKURAN DAN PENILAIAN PJ DAN SUKAN] PJM3115



responden seterusnya di mana saya perlu membuat analisis dan melihat kekerapan
jawapan responden terhadap borang tersebut serta membuat kesimpulan ataupun
rumusan keseluruhan bagi persoalan yang telah terjawab melalui hasil dapatan
tersebut. Pada kehendak tugasan ini, saya mempalajari bagaimana untuk
mengaitkan hasil dapatan saya terhadap mutu dan kemajuan sukan Negara ini.
Akhirnya, melalui pembacaan, saya dapat merungkaikan setiap persoalan yang
dikehendaki dalam tugasan ini. Semasa penyediaan tugasan projek ini, saya sangat
bimbang saya gagal untuk menyiapkannya pada tarikh yag telah ditetapkan oleh
kerana pada masa yang sama saya juga mempunyai komitmen terhadap urusan
praktikum fasa tiga saya di S.K Tanjung Aru 1. Selain itu, terdapat juga tugasan
projek yang lain terpaksa disiapkan pada masa yang terdekat sepanjang
menghasilkan tugasan projek ini. Saya belajar bersabar dan berusaha sepenuhnya
dengan mengatur waktu saya dan komitmen lain dengan teratur dan licin agar
tugasan projek ini selesai mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 18 Mac
2013. Akhirnya, dengan usaha yang gigih, selain daripada saya berjaya menyiapkan
tugasan projek ini dengan jayanya, saya sangat berterima kasih kepada pensyarah
pembimbing saya oleh kerana tugasan ini dapatlah saya memahami sepenuhnya
tentang tajuk Keagresifan dalam sukan. Saya berharap dengan ilmu yang telah
ditimba ini, dapatlah saya laksanakan di sekolah kelak dan mencari atlet-atlet yang
boleh dibina untuk bersama-sama memajukan sukan di daerah,negeri mahupun
Negara Malaysia Tanah air yang tercinta.

Yang Benar,

..............................
(AHMAD THARMIZI BIN DAMIT)
SEMESTER 7
PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2010