You are on page 1of 3

Pengenalan

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksaan,


penilaian dan maklum balas. Kini, beberapa model pengajaran yang berlandaskan proses
pengajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar bertujuan untuk menghasilkan proses PdP
yang berkesan. Fungsi utama model pengajaran adalah untuk memberi panduan kepada
perancang mengajar dan guru tentang langkah-langkah merancang dan melaksanakan proses
pengajaran, membentuk rangka pengajaran yang lengkap dan sebagai panduan asas guru dalam
sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk proses PdP yang selajutkan.
Model Ekspositori
Eksporitori bermaksud penerangan yang jelas dan terpeinci. Dalam pendidikan, pengajaran
ekspositori adalah menyampaikan maklumat kepada murid secara langsung kepada murid
didalam kelas. Kaedah ini adalah cara penyampaian melalui penerangan bercerita atau
demonstrasi. Dalam model ini guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid medengar
dengan teliti sehingga mereka dapat memahami.




Langkah dalam menggunakan model ekspositori adalah seperti berikut:
1. Menerang , menginterpretasi dan menghuraikan idea konsep daripada buku teks.
2. Menerang sambil mendemonstrasikan cara.
3. Menerang langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran-kemahiran
yang telah dipelajari.
Implikasi model pengajaran Ekspositori
Model ekspositori adalah sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu
pelajaran dalam peringkat perkembangan. Dalam peringkat ini, guru boleh menghuraikan konsep
secara lisan sambil menulis fakta-fakta penting dihadapan supaya murid dapat melihat dan
memahami konsep dengan jelas.
Pengenalan dan
penerangan isi
pelajaran.
Murid medengar
penerangan.
Murid mengingat
dan merekod isi
penting.
Kelebihan penggunaan model ekspositori ialah guru dapat menjimatkan masa ketika
menyampaikan pelajaran kerana melalui kaedah ini guru dapat terus menyampai semua
maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat tanpa diganggu oleh aktiviti soal
jawab.
Kaedah ini hanay sesuai dignakan untuk menyampaiakn pelajran dalam fasa perkembangan
sahaja. Jika kaedah ini digunakan pada keseluruhan sesi PdP, ia akan menjadi seperti syarahan
dimana hanya berlaku komunikasi satu hala sahaja. Ini tidak sesuai untuk audiens murid
sekolah.. kaedah ini palang berkesan dalam penyampaian kemahiran kemahiran, konsep dn
prinsip matematik dan sains.
Model Pemprosesan Maklumat ( Bruner )
Bruner (1973) mengemukan teori Teori Pembentukan Konsep melalui proses pengkategoriasi,
iaitu proses pengamatan. Mengikut Bruner dengan mengkategorikan perkara atau benda yang
mempunyai ciri yang sama dalam beberapa kelompok, maka ia akan dapat menjadikan
pengajaran lebih sistematik, teratur dan mudah. Melalui ini Bruner menyarankan:
- Teori pengajaran harus menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan
sebagai motivasi pelajar.
- Bahan pembelajaran harus distruktur secara sistematik supaya mudah dipelajari.
- Teori pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti
pembelajaran supaya mendapat kepuasan dalam pelajaran.
Model Taba: pembentukan Konsep
Mengikut Taba, Konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyususan bahan-bahan
pengajarandalam satu sistem yang sesuai. Taba mencadangkan model yang mengaitkan
pembentukan konsep dengan pemilihan dan pemeringkatan isi kandungan pelajaran dalam proses
Pdp. Mengikutnya lagi peringkat penyususan harus melalui 4 peringkat.
a) Penyusunan Data :menyusun fakta-fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan
perbezaan.
b) Membentuk konsep : menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri
persamaan supaya menjadi sesuatau kategori tertentu.
c) Menbentuk hukum: membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan hubungan-
hubungandiantara kategori-kategori yang di bentukdalam peringkat 2.
d) Peringakat Aplikasi: penggunaan generalisasi atau kesimpulandalam situasi baru.
Implikasi Model Taba dalam bilik darjah
1. Model Taba mengaitkan struktur pengetahuan dengan proses perancangan dan
pembelajaran.
2. Semasa proses perancangan pelajaran, perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan
ialah penyusunan data, pembentukan konsep dan membuat generalisasi atau prinsip dari
konkritkepada abstrak.
3. Dalam proses pembelajaran, teknik meningkatkan daya pemikiran pelajar adalah penting
untuk memperoleh dan menguasai generalisasi atau prinsip yang abstrak.
Model inkuiri Schuman
Model ini diperkenalkan oleh Ricahrd Schuman berlandaskan andaian bahawa stratergi-stratergi
yang digunakan untuk mengkaji dan juga boleh digunakan sebagai model pengajaran.langkah-
langkah model Inkuiri Suchman.
1) Guru menentukan dan mengemukakan masalah untuk diselesaikan.
2) Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
3) Pelajar dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpulkan data yang berkaitan.
4) Pelajar-pelajar menggunakan data untuk menguji hipotesis dengan tujuan membentuk
teori yang berkaitan.
5) Pelajar berbincang untuk membuat rumusan tentang peraturan atau syarat berkaitan.
6) Guru dan pelajar bersama berbincang dan menilai proses inkuiri yang dijalankan dengan
tujuan membaiki kelemahan penyelesaian yang telah didapati.
Implikasi Model Inkuri Suchman dalm Proses Pdp
1) Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar dan menyediakan bahan
pelajaran yang sesuai.
2) Merancang langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip atau teori

You might also like