You are on page 1of 2

INFORMATION of ELAKSAMANA

MATEMATIK-SUMBANGAN ILMUAN ISLAM


MENURUT sejarah, zaman kegemilangan umat Islam dalam bidang ilmu ialah antara kurun ke-7
hingga 13. Salah satu bidang ilmu yang sangat tersohor ketika itu ialah matematik.
Tokoh-tokoh ilmuan Islam telah menyumbang dan mencipta pelbagai perkara baru dalam bidang
Matematik seperti sistem perpuluhan dan operasi-operasi asas matematik yang mempunyai kaitan
dengan soal-soal tambah, pengurangan, darab, bahagi dan eksponen.
Tokoh-tokoh matematik Islam juga memperkenalkan konsep `kosong’ dalam dunia matematik.
Selain itu, mereka juga telah membangunkan konsep-konsep dan fungsi trigonometri; sin, kos
dan tangen pada kurun ke-10.

Al-Khawarizmi (780 - 850)

Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra.
Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi.
Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku
Pengiraan), Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan
Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin.
Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

Al-Kharkhi

Al-Kharkhi atau nama penuhnya, Abu Bakr ibn Hussein dilahirkan di Kharkh, sebuah kawasan di
Baghdad, Iraq. Kepakaran dan sumbangan beliau meliputi aritmetik, algebra dan geometri. Hasil
tulisannya, Al-Kafi fi Al-Hisab (Kepentingan Aritmetik) adalah mengenai peraturan-peraturan
pengiraan.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Al-Khindi (801-873)

Nama penuhnya ialah Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi. Antara sumbangan besar Al-
Khindi ialah mengenai 11 teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor.

Al-Battani (850-929)

Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan
dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf
sebagai ahli astronomi dan matematik
Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan
merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents.

Al-Biruni (973-1050)

Beliau adalah antara orang yang pertama meletakkan asas kepada trigonometri moden. Al-Biruni
merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun
sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri.
Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan
dari mana-mana tempat di dunia.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005

You might also like