KESESUAIAN MENGGUNAKAN AKHBAR SEBAGAI BAHAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
MENENGAH

WAN AZIZAH BT WAN MAT ALI
NO. PENDAFTARAN 20001 – 04490

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN
DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH
SARJANA MUDA PENDIDIKAN

FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM
MAC 2003

PENGAKUAN

Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya.

Tarikh :…………………………..

Tandatangan :…………………………..
Nama calon :……………………………
No. Pendaftaran :………………………

ii

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah dan izin-Nya kajian ilmiah ini dapat juga disiapkan dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua tenaga akademik Fakulti
Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris khususnya kepada penyelia saya Encik Seri
Lanang Jaya B. Haji Rohani yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada
saya dengan penuh sabar dan dedikasi. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih ini
ditujukan kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu memberi idea dan
sumbangan secara langsung dan tidak langsung. Tanpa bantuan daripada mereka semua,
usaha ini tidak mungkin berjaya sepenuhnya.
Kepada keluarga tersayang yang banyak memberi dorongan dan sokongan, saya
ingin merakamkan jutaan terima kasih. Tanpa bantuan dan sokongan daripada ayahanda,
bonda dan ahli keluarga yang lain mungkin saya tidak dapat menyiapkan kajian ilmiah
ini. Pengorbanan ayahanda, bonda dan keluarga tersayang akan saya ingati hingga akhir
hayat. Saya berdoa agar pengorbanan yang telah ayahanda, bonda dan keluarga
tersayang berikan itu akan mendapat ganjaran daripada Allah subhanahu-wa-ta’ala.
Tanpa sokongan ayahanda, bonda dan keluarga tersayang tidak mungkin saya dapat
meneruskan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. Pengorbanan ayahanda
dan bonda akan saya kenang hingga ke akhir hayat. Pengorbanan ayahanda dan bonda
amat besar dan dijadikan sebagai motivasi agar anakmu ini dapat menempa kejayaan
dengan cemerlang.
Mudah-mudahan usaha saya yang sekecil ini akan dapat memberikan manfaat
kepada semua yang terlibat dalam bidang pendidikan khususnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Sekian Terima Kasih

Wan Azizah Bt Wan Mat Ali
20001-04490
Program Pendidikan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa
Universiti Pendidikan Sultan Idris

iii

Mac 2003 iv .

Kesalahan ini sedikit sebanyak menyebabkan akhbar jarang digunakan walaupun mempunyai potensi untuk digunakan. Selain itu kajian ini dilakukan kerana isu yang timbul sekarang tentang kesalahan bahasa yang sering berlaku di dalam akhbar. iv .ABSTRAK KESESUAIAN MENGGUNAKAN AKHBAR SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH Kajian ini merupakan kajian analisis deskriptif terhadap pendapat guru tentang kesesuaian menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Hasil kajian ini akan menjelaskan potensi akhbar untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana akhbar memuatkan pelbagai isu yang boleh dijadikan bahan rangsangan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Tujuan atau objektif kajian ilmiah ini dilakukan adalah untuk mendapatkan pendapat dan juga pandangan daripada guru yang mengajarkan Bahasa Melayu tentang kesesuaian akhbar dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan pengajaran amat penting sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk menimbulkan minat dan mengelakkan kebosanan pelajar untuk mengikuti pengajaran yang sedang diikuti.

therefore media has been not usage very much used though it has high potential for usage. v . The objective of this research is taking place to get the ideas and view from teachers who are teaching Malay Language for using media as a factor for teaching and learning. It’s important to have the teaching material before starting the process of teaching and learning as that will bring act the interest and to avoid bared of students to follow this topic. The result would clearify on media potential to be used as an objective in teaching and learning. Besides this the research its also another issues of using obsessive errors in language which always happen.ABSTRACT SUITABLELITY OF USING NEWS PAPER AS A MALAY LANGUAGE APPROACHMENT OBJECT IN SECONDARY SCHOOL These research is to get descriptive analysis from teachers an the effectiveness using media as a object of approachment in secondary school. Due to this mistake. This is taken in as media has varians issues that can be used as a furictions for teaching and learning Malay Language.

7 PENGENALAN Pendahuluan Permasalahan Kajian Tujuan Kajian Soalan Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Istilah / Definisi Operasional 1 6 9 9 10 12 13 1.1.2 Kajian-kajian di Malaysia BAB III 19 23 24 26 27 35 40 KAEDAH KAJIAN 3.4 2.3 2.2.1 1.5 18 Pemilihan dan Penyesuaian Bahan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Peranan Bahan Pengajaran Kepentingan Bahan Teori Berkaitan 2.7.6 1.1.1.1 1.1 2.2 1.1 Pendahuluan 50 vi .1 Kajian-kajian di Barat 2.2 1.3 1.2 Kajian Berkaitan 34 2.1.2 2.4 13 14 15 16 BAB II Akhbar Bahan Pengajaran Pembelajaran TINJAUAN LITERATUR 2.3 1.7.2.KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv KANDUNGAN vi SENARAI JADUAL vii BAB I 1.5 1.1 Pendahuluan 2.4 1.7.1.7.

3.2
3.3
3.4
3.5

Reka Bentuk Kajian
Tempat Kajian
Populasi dan Sampel Kajian
Alat Kajian
3.5.1 Soal Selidik
3.6 Prosedur Pengumpulan Data
3.7 Prosedur Penganalisisan Data
BAB IV

50
51
51
52
52
53
55

KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan
4.2 Perihalan Sampel

57
59

4.3 Dapatan Kajian

61

4.3.1
4.3.2

4.3.3
4.3.4

BAB V

Keberkesanan Penggunaan Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah
61
Permasalahan Yang Dihadapi Ketika Menggunakan Akhbar
Sebagai Bahan Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah
Menengah
65
Kesesuaian Akhbar Digunakan Sebagai Bahan Pengajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah
67
Pelaksanaan Penggunaan Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah
69
RUMUSAN

5.1 Pendahuluan
5.2 Kesimpulan

71
71

5.2.1

Keberkesanan Penggunaan Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah
72
5.2.2 Permasalahan Yang Dihadapi Ketika Menggunakan Akhbar
Sebagai Bahan Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah
Menengah
72
5.2.3 Kesesuaian Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
di Sekolah Menengah
72
5.2.4 Pelaksanaan Penggunaan Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah
73
5.3 Perbincangan
73
5.4 Cadangan kajian lanjut
79

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

vii

SENARAI JADUAL

No. Jadual
Nama Jadual
Halaman
______________________________________________________________________

1

Keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran
Bahasa Melayu

61

2

Penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran

62

3

Kekerapan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran

63

4

Jenis laras bahasa yang kerap digunakan

64

5

Masalah semasa memilih akhbar yang sesuai sebagai bahan
pengajaran bahasa Melayu

65

6

Jenis pencemaran bahasa yang ditemui di dalam akhbar

66

7

Akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran

67

8

Akhbar dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu

68

9

Cara melaksanakan penggunaan akhbar sebagai bahan
pengajaran

69

Langganan akhbar untuk pelajar

70

10

vii

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Bahasa merupakan teras kebudayaan sesuatu bangsa yang terdapat di dunia ini.
Kebudayaan negara ini berteraskan kepada bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
Peranan bahasa bukan sahaja memberikan identiti kepada bangsa dan budaya para
penuturnya malah lebih daripada itu. Bahasa mempunyai kaitan yang sangat rapat
dengan budaya sesuatu bangsa.

Bahasa merupakan pembentung yang di dalamnya terdapat konsep, nilai dan
idea yang diwarisi oleh bangsanya. Bahasa juga menentukan pemikiran sesuatu bangsa.
Oleh itu bahasa merupakan alat yang memindahkan suatu kebudayaan daripada satu
generasi kepada satu generasi akan datang (Abdullah Hassan, 2002:1)

Bahasa merupakan suatu wadah yang penting untuk memenuhi peranan sebagai
sarana budaya yang tinggi. Melalui bahasa, seseorang manusia berkomunikasi antara

1

1992:346). Semua aspek tadi digabungkan bagi realisasi kebahasaan dalam pelbagai aktiviti berbahasa di dalam dan di luar bilik darjah. membaca dan menulis. menengah.satu sama lain. Oleh yang demikian bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah. mendengar. maktab perguruan dan pusat pengajian tinggi di negara ini. Oleh yang demikian bahasa digunakan dalam pelbagai bidang komunikasi. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Semua aspek ini perlu dikuasai oleh semua pelajar. Bahasa digunakan dan diujarkan untuk tujuan tertentu (Janet Wong May Chin. Proses pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan berbahasa ini perlu dititikberatkan oleh semua guru agar objektif pembelajaran tercapai. Ia berikutan daripada dasar bahasa di Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penggunaan bahasa Melayu hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen (Perlembagaan Malaysia1967). Tujuannya adalah untuk meningkatkan penguasaan berbahasa di kalangan pelajar. Penggunaannya membolehkan masyarakat melibatkan diri dalam lingkungan masyarakat sesuai dengan komunikasi sebagai salah satu daripada aktiviti sosial. Proses berbahasa yang berlaku pada masa kini melibatkan aspek bertutur. Fasal 152 dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan berdasarkan undang-undang pendidikan kebangsaan sejak Akta Pelajaran (Pendidikan) 2 . Bahasa merupakan alat yang mengungkapkan konsep dan pemikiran yang teknis dan maju.

Tambahan pula pemilihan bahan yang sesuai akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Pelbagai maklumat yang terdapat di dalam akhbar boleh digunakan sebagai bahan untuk pengajaran bahasa. kesalahan penggunaan kata sendi nama dan kesalahan ayat. pembelajaran merupakan satu proses yang mementingkan interaksi empat komponen utama iaitu pelajar. bahan pembelajaran tidak terhad kepada buku teks semata-mata. akhbar dan sebagainya. Bahan pengajaran harus dititikberatkan oleh semua guru untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. guru. Antaranya ialah kesalahan penggunaan kata sendi. kesalahan penggunaan kata depan. kesalahan penggunaan kata ganti diri. bahan pembelajaran dan pendekatan. Ini kerana pemilihan bahan yang sesuai akan membantu pelajar menguasai bahasa dengan lebih berkesan. Pemilihan bahan melalui akhbar harus dilakukan dengan lebih berhati-hati kerana penulisan di dalam akhbar banyak mengalami kesilapan hukum tatabahasa. 3 . Oleh sebab itu. pita video. televisyen.tahun 1957 menggantikan Education Ordinance 1950 ciptaan British hingga ke Akta Pendidikan tahun 1996. Akhbar merupakan salah satu bahan pengajaran yang boleh digunakan untuk merangsang pemikiran pelajar. Pengalaman pengajaran dan pengalaman pembelajaran dapat diperkaya bukan sahaja melalui penggunaan buku teks tetapi juga penggunaan radio. Dalam era globalisasi. Pelbagai alat teknologi yang canggih boleh dijadikan bahan pengajaran sesuai dengan objektif pengajaran.

4 . 1987:430). Tujuannya untuk mengelakkan sebarang masalah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Editors should know thoroughly the eight basic parts of speech (nouns. Bagi ahli bahasa akhbar merupakan agen pembinaan dan pengembangan bahasa yang paling meluas dan berkesan kerana penyebarannya yang merata dalam masyarakat (Awang Sariyan. and the basic unit of the English usage (the sentence) and its two parts (subject and predicate). is not to change language but to use it. pronouns. Oleh yang demikian. verbs. To do effectively requires knowing the basic rules and conventions.Peri pentingnya akhbar menggunakan bahasa yang baik dinyatakan oleh Stovall et al (1984) melalui peranan editor akhbar yang menurutnya harus menguasai tatabahasa. Guru yang memilih akhbar sebagai bahan pengajaran harus membuat suntingan terlebih dahulu untuk menentukan petikan yang dipilih sesuai atau tidak digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran di sekolah. adverba. Penggunaan bahasa dalam media cetak mestilah mengikut hukum tatabahasa memandangkan pengaruhnya terhadap masyarakat khususnya pelajar. The job of the editor. however. conjunctions. 1987:430). adjectives. interjections and prepositions). Senario ini berlaku kerana surat khabar mula digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran termasuklah pengajaran bahasa Melayu (Awang Sariyan. guru yang ingin menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran harus berhati-hati ketika memilih petikan akhbar untuk mengelakkan pengajaran yang tidak berkesan.

Semasa pemilihan sesuatu bahan pengajaran. Gerlach. dan Ely. S. kepelbagaian dan ketrampilan bahasa.P (1971:293) menyatakan bahawa.Masalah ini perlu dititikberatkan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa di kalangan pelajar. Guru perlu kreatif untuk memilih bahan pengajaran yang lebih berkesan untuk digunakan dalam kelas. nilai dan pemindahan pembelajaran. V. Ini kerana pengajaran bahasa mementingkan penggunaan bahasa yang betul di kalangan pelajar agar dapat menggunakan hukum tatabahasa dan dapat membina ayat yang gramatis. D. Ini kerana guru perlu memastikan kesan penggunaan bahan pengajaran kepada pelajar dari segi ingatan. Media are most often teaching and learning tools. Penekanan terhadap pemilihan bahan pengajaran harus dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi masalah kesalahan menggunakan bahasa di kalangan pelajar. “…The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it. ketepatan. sikap. Pemindahan pembelajaran boleh dilihat terutamanya dari segi kebolehan berbahasa yang merangkumi bentuk dan fungsi. guru perlu merancang bahan yang sesuai untuk digunakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Joyce B dan Weil M (1992:386) menegaskan bahawa pengajaran merupakan sifat semula jadi dan menuntut penyesuaian yang berterusan. 5 . motivasi. even though they often have the potential of assuming many teaching functions.

Penulisan dalam akhbar ialah contoh penulisan yang benar-benar digunakan 6 . Dalam akhbar terdapat penulisan jenis naratif (misalnya berita). Ini adalah kerana akhbar mempunyai pelbagai informasi yang boleh digunakan untuk merangsang pemikiran pelajar terhadap pelajaran bahasa. Akhbar merupakan bahan yang baik sebagai contoh yang menunjukkan pelbagai ragam atau bentuk penulisan. ekspositori (misalnya iklan). bahagian forum atau surat daripada pembaca. Ini kerana akhbar mempunyai pelbagai maklumat yang sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa. penulisan karangan berdasarkan gambar dan keratan akhbar seperti kemalangan. Akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian mempunyai pelbagai kegunaan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu. Buku skrap boleh digunakan untuk menghimpunkan keratan akhbar untuk dijadikan bahan pengajaran. tanah runtuh. Ini termasuklah untuk mengkaji tentang pembentukan kata. perbincangan atau perbahasan (misalnya rencana pengarang. deskriptif (misalnya rencana tentang lawatan atau pelancongan). kebakaran dan banjir sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa.2 Permasalahan kajian Kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau kesesuaian penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran bahasa. pengetahuan am dan sains. Akhbar merupakan salah satu bahan pengajaran yang boleh dan amat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Maklumat yang terdapat di dalam akhbar merupakan berita terbaru dan boleh digunakan untuk semua aspek pengajaran dan pembelajaran seperti geografi. sejarah. perdagangan.1.

meringkaskan atau merumuskan pelbagai iklan pekerjaan dan iklan komersial dan mencari atau mendapatkan bahan atau maklumat untuk karangan atau esei. Fenomena ini akan mendatangkan impak kepada pelajar untuk menguasai bahasa Melayu terutamanya kepada pelajar bukan Melayu. akhbar mempunyai kelemahan sendiri untuk dijadikan bahan pengajaran bahasa. Permasalahan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan penguasaan bahasa pelajar dari segi tulisan. Kesalahan yang sering ditemui dalam penulisan akhbar ialah ayat. Masalah ini wujud kerana kerap berlaku kesalahan hukum tatabahasa di dalam penulisan akhbar. perbincangan lisan. penggunaan imbuhan dan penggunaan kata hubung. khususnya dalam aspek penulisan (Abd. 2000:279). Akhbar juga boleh digunakan bagi aktiviti bahasa yang lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti bacaan dan kefahaman. Aziz Abd. Maka. Kesalahan yang terdapat di dalam akhbar paling banyak yang ditemui ialah kesalahan kata sendi yang akan mempengaruhi pelajar dalam 7 . Kesemuanya ini bergantung kepada inisiatif guru untuk memilih bahan daripada akhbar yang benarbenar sesuai untuk pengajaran bahasa Melayu. kata sendi nama. Masalah ini juga akan mendatangkan kesan kepada guru untuk memilih potongan akhbar yang sesuai digunakan sebagai bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Talib. pertuturan dan bacaan.dalam kehidupan harian. guru bahasa hendaklah bijak menggunakan akhbar sebagai alat bantu mengajar. Sungguhpun demikian.

terutama sekali dari segi penggunaan ejaan. bahasa memainkan peranan yang penting sekali untuk menjamin mutu berita yang baik. Masalah ini telah dilaporkan oleh Laporan Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Malaysia (LJMPBM) : Bahasa Malaysia yang digunakan dalam penerbitan buku dan penerbitan bersiri adalah baik dari segi penyampaian maksud kepada pembaca. Sehubungan dengan itu. Awang Sariyan (1984) pula mengatakan bahawa. kesalahan tatabahasa (pengimbuhan. Masalah ini perlu diatasi agar pelajar tidak melakukan kesalahan yang sama. istilah dan penyusunan ayat. maka kaedah penulisan berita turut menjadi penting juga. Penerbitan seperti akhbar harian atau mingguan didapati lebih rendah mutu bahasanya. “…oleh sebab demikian pentingnya berita dalam kehidupan manusia. kata sendi nama). ayat. Implikasi yang timbul akibat pengabaian aspek pemilihan dan penggunaan bahan pengajaran akan menyebabkan pelajar melakukan kesalahan ejaan. 8 . Kesemua kesan ini timbul akibat daripada pengaruh bahan pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. didapati pada umumnya bahasa Malaysia di dalam buku lebih tinggi mutunya. pemilihan kata yang tidak tepat dan penyusunan idea yang lemah dan dangkal.penulisan mereka. Walau bagaimanapun apabila dibandingkan antara buku dengan penerbitan bersiri seperti majalah mingguan atau dwi mingguan.

Mengetahui cara atau prosedur guru melaksanakan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran. 4. Melihat sejauh mana penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran. 2. Melihat kesesuaian penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran. 1. Apakah permasalahan yang dihadapi ketika menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah? 3. Sejauh manakah akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu di sekolah menengah? 4. Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi ketika menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran.3 Tujuan kajian Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk : 1. Bagaimanakah guru melaksanakan pengajaran? 9 penggunaan akhbar sebagai bahan .1.4 Soalan kajian Kajian yang dijalankan adalah untuk menjawab persoalan berikut : 1. Sejauh manakah keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah? 2. 3.

Kajian ini akan memberi pendedahan dan pengetahuan agar pihak yang berkenaan tidak melakukan kesilapan semasa melakukan pemilihan akhbar untuk dijadikan bahan pengajaran. Oleh yang demikian.1. Dalam pendidikan Bahasa Melayu di sekolah. Bahan yang menarik berupaya untuk merangsang pemikiran dan menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran. Keadaan ini akan membantu pelajar untuk menguasai pelajaran yang sedang diajarkan. bahan pembelajaran perlu digunakan sebaik-baiknya supaya pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan lebih berkesan. Ini kerana pemilihan bahan pengajaran yang betul akan meningkatkan penguasaan bahasa di kalangan pelajar. bahan pengajaran memainkan peranan penting sebagai penggerak untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.5 Kepentingan kajian Pemilihan bahan untuk pengajaran amat penting kerana kajian telah membuktikan bahawa bahan pengajaran amat penting untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Antara pihak-pihak yang diharapkan mendapat manfaat daripada kajian ini ialah : 10 . Hasil daripada kajian yang dijalankan ini akan memberi manfaat kepada beberapa pihak.

Hasil kajian ini juga akan mendedahkan kepada ketua panitia untuk mengambil langkah bijak untuk mengatasi masalah yang dihadapi agar akhbar boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. Ketua panitia juga boleh melanggan akhbar yang mempunyai ruangan pendidikan untuk melaksanakan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran dalam bilik darjah. b) Ketua panitia Ketua panitia memainkan peranan penting untuk memantau dan berbincang dengan guru bahasa untuk merancang dan memberi panduan tentang pemilihan bahan pengajaran. Pemilihan akhbar yang sesuai akan membantu proses pengajaran menjadi lebih menarik. Guru perlu kreatif memilih potongan akhbar yang sesuai digunakan agar merangkumi objektif pembelajaran. Kajian ini akan membantu ketua panitia untuk merancang dan memberi cadangan untuk memilih bahan daripada akhbar yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran.a) Guru bahasa Hasil daripada kajian ini akan menjadi bahan bacaan untuk memberi pendedahan kepada guru yang mengajarkan bahasa Melayu agar menggunakan daya kreatif mereka jika mahu menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran. 11 .

Ini kerana penulisan akhbar mempunyai kesalahan hukum tatabahasa. guru perlu mengetahui jenis bahan. morfologi dan sintaksis. akhbar. Guru perlu mengikuti perkembangan menggunakan bahan bantu mengajar yang sentiasa berkembang dengan pesatnya. ciri-ciri dan kemahiran menggunakan bahan tersebut. alat bantu mengajar bukan elektronik (buku. Menurut mereka. guru perlu menilai kualiti bahan pengajaran yang ingin digunakannya. kajian ini hanya meneliti dan mendapatkan pendapat guru untuk melihat kesesuaian akhbar untuk dijadikan bahan pengajaran bahasa. Henley dan Ullmer (1978) telah mengkaji bahan bantu mengajar dan kecekapan guru menyampaikan pengajaran dalam kelas. model.1. televisyen. majalah. perakam video dan lain-lain). Bahan pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada beberapa kategori iaitu alat bantu mengajar asas (papan tulis. Sebagai pendidik. papan flanel dan sebagainya) dan alat bantu mengajar elektronik (radio. buku teks dan papan pamer). Skop kajian yang dijalankan hanya melihat kepada peranan alat bantu mengajar bukan elektronik iaitu penggunaan akhbar. Oleh yang demikian. Kajian yang dijalankan meneliti kesesuaian penggunaan akhbar sebagai bahan bantu mengajar.6 Batasan kajian Skop kajian yang dijalankan ini melihat kepada kesesuaian alat bantu mengajar iaitu akhbar. 12 .

Kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan perbincangan mengenai akhbar yang berpotensi dijadikan bahan pengajaran. Kesemua bahan yang terdapat di dalam akhbar merupakan berita atau peristiwa yang baharu yang mendapat liputan secara meluas. iklan.1 Akhbar Pada pengertian umumnya akhbar ialah sebuah media cetak yang memuatkan pelbagai berita. 1. Kamus Dewan (1986:17) mendefinisikan akhbar sebagai khabar atau warta. Bahan yang menarik akan membantu pelajar untuk berfikir dan berminat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat empat istilah yang perlu diterangkan dalam konteks ini iaitu : 1.7 Definisi istilah / Definisi operasional Dalam kajian ini perlulah diterangkan beberapa istilah atau ungkapan yang mempunyai makna khusus. Oleh itu kajian yang teliti dilakukan kerana bahan pengajaran amat mempengaruhi guru dalam penyampaian sesebuah pengajaran. hiburan dan sebagainya.7. Akhbar merupakan suatu bahan bacaan yang diterbitkan setiap hari dengan ukuran 60 X 42 cm. Manakala Encyclopedia Americana (1980:288) pula mendefinisikan akhbar sebagai 13 . Kajian ini bertujuan melihat sama ada penggunaan akhbar akan menghasilkan kesan positif atau negatif terhadap pengajaran bahasa. sukan. Secara tidak langsung pemilihan bahan yang sesuai akan menjadikan pengajaran lebih menarik.

Oleh itu akhbar merupakan suatu wadah yang menjadi tatapan masyarakat untuk mengetahui pelbagai maklumat terbaru yang dicetak dan disiarkan yang berhubung dengan kehidupan dan perkembangan hidup manusia. 14 .bahan perantaraan yang biasanya diterbitkan setiap hari atau seminggu sekali yang memberikan pendapat dan hal-hal berkisar dalam lingkungan sesebuah masyarakat. Kesimpulannya ialah akhbar merupakan surat khabar yang diterbitkan setiap hari atau seminggu sekali dalam bentuk bercetak. 1. 1988:1). bahan pembelajaran dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahan berbentuk cetak dan bahan bukan cetak. Bahan yang digunakan untuk pengajaran dikemukakan sebagai satu konsep dengan maksud segala usaha guru yang melibatkan penggunaan bahan-bahan pembelajaran bagi melangkapkan pendekatan dan strategi untuk mempengaruhi murid supaya belajar (Mohd Daud Hamzah. Pada asasnya. ulasan. Bahan merupakan aspek penting dalam pembelajaran kerana bahan membantu proses pembelajaran pelajar menjadi lebih berhasil dan berkesan. Isi kandungan yang terdapat di dalam akhbar terdiri daripada pandangan tokoh. iklan dan sebagainya.2 Bahan Bahan boleh diertikan apa jua bentuk yang digunakan oleh guru dalam pembelajaran. berita.7. sukan. Kesemua bahan tadi digolongkan sebagai bahan pembelajaran kerana fungsinya ialah menyokong pengajaran dan pembelajaran. hiburan.

disampaikan dalam ucapan dan lain-lain. bahan merangkumi sumber pendidikan atau pembelajaran sama ada bercetak atau tidak bercetak iaitu apa sahaja bahan yang boleh menimbulkan pengetahuan atau pun yang mendatangkan minat atau mendorong murid termasuk dokumen. Kamus Dewan (1998:86) mentafsirkan bahan sebagai hal-hal yang akan dibincangkan. akhbar. diajarkan. Bahan yang digunakan akan membantu menimbulkan minat belajar dan mendorong pelajar untuk berfikir tentang sesuatu tajuk yang diberikan oleh guru berdasarkan bahan yang digunakan. Menurut Bruner. rajah peta. Proses ini akan menentukan bentuk ilmu pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan kepada pelajar. gambar. buku. pengajaran perlu berkembang seiring dengan perkembangan pembelajaran daripada 15 . 1.7. filem dan lain-lain objek yang boleh diperolehi dalam kehidupan seharian. Ini menjelaskan bahawa bahan adalah alat untuk menyampaikan dan membincangkan sesuatu topik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rumusannya ialah bahan merupakan sumber bercetak atau tidak bercetak yang digunakan oleh guru untuk sesuatu pengajaran.Menurut Beswick (1972:10). Secara tidak langsung penggunaan bahan akan menjadikan suasana pembelajaran berlaku dalam situasi yang seronok dan meyakinkan.3 Pengajaran Pengajaran merupakan satu bentuk komunikasi kerana melaluinya berlaku proses penyampaian dan penerimaan maklumat. model-carta.

guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif 16 . penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pengajaran merupakan aspek yang dipentingkan untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa yang tidak ditetapkan tempoh tamatnya. 1.7. Sesungguhnya kejayaan proses pengajaran bergantung kepada bahan yang digunakan. Pemilihan bahan yang sesuai akan membantu pelajar menguasai bahasa dengan baik sama ada untuk penulisan mahupun bacaan. Bahan merupakan aset penting yang akan menentukan pengajaran yang ditadbirkan mencapai objektif pembelajaran ataupun tidak.pengalaman iaitu daripada pembelajaran ikonik kepada pembelajaran simbolik dalam bentuk perkataan atau simbol lain yang abstrak. Kamus Dewan (1998:18) menyatakan pengajaran adalah perihal mengajar yang berkaitan dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar. Oleh yang demikian penekanan terhadap pemilihan bahan harus dititikberatkan. Dalam konteks pendidikan.4 Pembelajaran Pembelajaran merupakan satu proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan. Pembelajaran juga berkaitan dengan proses belajar.

Kamus Dewan (1998) mentaktrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.yang telah ditentukan. Menurut pandangan ahli kognitif. Proses pembelajaran amat penting dalam kehidupan. Melalui proses pembelajaran akan membantu memberi perubahan yang positif kepada seseorang. Berdasarkan pembelajaran seseorang individu yang bergelar pelajar akan dapat mengubah tingkahlaku yang membantu mereka untuk menguasai sesuatu bidang. Oleh yang demikian pembelajaran merupakan aspek yang melibatkan proses belajar untuk mengumpul dan mengetahui sesuatu maklumat yang disampaikan. pembelajaran merupakan perubahan dalam tingkah laku iaitu cara seseorang bertindak dalam sesuatu situasi. pengetahuan. Pendapat aliran behaviorisme. pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Keadaan ini wujud kerana semua maklumat. Melalui proses pembelajaran seseorang pelajar dapat menimba ilmu sepanjang hayat untuk membina kehidupan yang lebih sempurna. 17 . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan olah kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. penguasaan kemahiran dan tabiat. Manakala dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. pembentukan sikap serta kepercayaan akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

BAB II TINJAUAN LITERATUR 2. menulis dan bertutur. rohani dan jasmani melalui penguasaan bahasa pelajar. Berdasarkan kepada hakikat ini. 1989:157). membaca. penyesuaian dan penggunaan bahan. intelek. Ini kerana bahan pengajaran merupakan salah satu aspek 18 . gaya dan laras bahasa yang indah dengan menggunakan pelbagai bahan pengajaran (Ibrahim Haji salleh. Pelajar juga diharapkan lebih peka terhadap variasi bahasa dalam pelbagai suasana. Guru perlu menyusun proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik terutama dari segi pemilihan.1 Pendahuluan Tujuan pendidikan Bahasa Melayu di sekolah adalah untuk memenuhi hasrat KBSR dan KBSM yang akhirnya dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi emosi. Penguasaan bahasa akan terus dipupuk dan ditingkatkan terutama penguasaan ketrampilan mendengar. peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa amat penting dan diutamakan.

Noraziah Abdul Hamid (1989:120). Kamarudin Husin (1986:240-244).1 Pemilihan dan Penyesuaian Bahan Penyesuaian dan pemilihan bahan pengajaran Bahasa Melayu boleh dilihat dari tiga perspektif iaitu komunikatif. Berdasarkan beberapa garis panduan yang diutarakan.penting yang jelas memberi impak sama ada positif atau negatif terhadap prestasi dan penguasaan pelajar terhadap bahasa. et al. (1988:5) dan Leela Mohd Ali dan Graham Thurgood (1991) telah menyenaraikan beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran. Khairiah Ahmad (1980:4-9). menulis dan membaca. dapatlah dirumuskan bahawa prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa adalah seperti berikut : 19 . bertutur. Oleh yang demikian. Penggunaan bahan yang bersesuaian dengan objektif pengajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang menyeronokkan dan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah. Aspek sruktural pula menyentuh kepada satu sistem tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala ketrampilan menekankan empat aspek iaitu mendengar. sebagai seorang tenaga pengajar guru perlu memastikan bahan yang dipilih sesuai digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Erickson dan Curl (1972:66). struktural dan ketrampilan. 2.1. Mat Nor Husin. Komunikatif melibatkan proses yang menyatakan bahawa bahasa ialah media komunikasi antara manusia.

c) Menepati Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. pemikiran dan tingkah laku. ada tiga elemen penting iaitu rangsangan. proses pengajaran dan pembelajaran. Keterangan dan tajuk hendaklah berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati apa yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa. b) Mencabar Semasa proses pembelajaran. Rangsangan akan mengarahkan pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu. Akhbar merupakan salah satu contoh bahan yang boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 20 . Ia menunjukkan bahawa akhbar boleh digunakan untuk merangsang pelajar berfikir.a) Sesuai Kesesuaian bermaksud konsep mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar.

Arahan yang jelas memudahkan pelajar memahami sesuatu maklumat. Ia seharusnya sederhana dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa berdasarkan situasi sebenar. fakta atau mesej yang hendak disampaikan. Contohnya ialah potongan akhbar berkenaan laporan kaji cuaca untuk mengajar ragam bahasa kepada pelajar. e) Jimat dan mudah Bahan pengajaran boleh disediakan oleh guru setelah objektif pembelajaran ditentukan. Ini kerana guru boleh mencipta bahan yang menarik. Hal ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa yang betul untuk komunikasi dan penulisan. jimat dan mudah disediakan dengan menggunakan daya kreatif.d) Menarik Bahan pengajaran hendaklah mengandungi arahan yang jelas. 21 . Guru boleh menggunakan bahan yang terdapat di dalam akhbar untuk dijadikan bahan pengajaran. f) Praktikal Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal untuk guru atau pelajar.

Ia juga harus selari dengan objektif pengajaran agar 22 . ringan dan tidak terlalu besar atau berat. bertutur. menulis dan membaca. Aspek ini menekankan persembahan dan latihan asas struktur bahasa.g) Mudah alih Bahan pengajaran yang dipilih haruslah sentiasa berfungsi. ii) Aspek struktural yang memandang bahasa sebagai satu sistem tatabahasa dan perbendaharaan kata. Pemilihan bahan teks atau akhbar harus dilihat daripada tiga aspek iaitu : i) Aspek komunikatif atau fungsional yang memandang bahasa sebagai media komunikasi antara manusia. Prinsip pemilihan bahan ialah asas yang dijadikan pegangan semasa proses mencari bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. iii) Aspek kemahiran yang menekankan empat kemahiran iaitu mendengar. Pelajar diajarkan sistem tatabahasa bahasa Melayu. Aspek ini menekankan kepentingan pembelajaran melalui penggunaan bahasa. Ini kerana penggunaan hukum tatabahasa yang betul akan membantu pelajar menguasai bahasa dengan baik dan teratur. Oleh yang demikian jelas menunjukkan bahawa bahan yang dipilih untuk digunakan sebagai bahan pengajaran harus menitik beratkan penggunaan bahasa.

dokumen.pembelajaran dapat membantu pelajar menguasai bahasa dengan baik dan teratur jika berkomunikasi. kebakaran dan peperangan boleh dijadikan bahan rangsangan sebelum memulakan pengajaran. filem slaid. Gambargambar seperti tanah runtuh. iklan pekerjaan dan sebagainya boleh dijadikan bahan atau alat untuk pengajaran yang berkesan khususnya dalam aspek pengajaran bahasa. 2. 23 . banjir. pengumuman. Potongan akhbar berhubung sesuatu berita. Akhbar merupakan salah satu bahan bercetak yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. rajah dan sebagainya. buku. Bahan pengajaran dan pembelajaran meliputi bahan bercetak atau tidak bercetak. pita televisyen.2 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran berasaskan bahan dikemukakan sebagai satu konsep dengan maksud segala usaha guru yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran bagi melengkapkan pendekatan dan strategi untuk mempengaruhi murid supaya belajar (Mohd Daud Hamzah 1988:1). Bahan yang digunakan boleh mendatangkan pengetahuan atau pun menimbulkan minat murid seperti akhbar. Semua bahan ini boleh diperolehi dalam kehidupan seharian. rencana. Penggunaan bahan yang bersesuaian boleh menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan. kemalangan.1.

1. kandungan (sukatan).3 Peranan Bahan Pengajaran Bahan pengajaran yang digunakan biasanya akan diketengahkan untuk memenuhi apa yang telah ditentukan oleh objektif. penulisan berunsur politik banyak ditemui dalam penulisan akhbar dewasa ini.Pemilihan bahan pengajaran perlu menitikberatkan penggunaan bahasa. Masalah ini timbul kerana guru terpaksa membetulkan dahulu kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam potongan akhbar yang telah dipilih. Pemilihan akhbar untuk dijadikan bahan pengajaran perlu diteliti kerana sejak akhir-akhir ini banyak kesalahan hukum tatabahasa yang berlaku dalam penulisan akhbar. Ini kerana ia akan mempengaruhi pelajar untuk melakukan kesalahan yang sama apabila mereka menulis karangan mahupun ketika membina ayat. Ini merupakan suatu tugas yang rumit dan memerlukan pemerhatian yang teliti untuk membetulkan kesalahan. Sukatan mentafsirkan kandungan linguistik dalam konteks 24 . Suasana ini timbul kerana salah satu asas atau syarat pemilihan bahan pengajaran ialah menitikberatkan penggunaan bahasa dan hukum tatabahasa. aktiviti pembelajaran dan peranan guru dan pelajar. Ia bertujuan untuk menjamin mutu bahasa dan pelajar dapat menguasai bahasa tanpa melakukan kesalahan bahasa yang tidak sepatutnya berlaku. Pencemaran bahasa yang berlaku di dalam akhbar yang melanggar hukum tatabahasa telah menyebabkan akhbar kurang digunakan sebagai bahan pengajaran. 2. Ia juga memerlukan peruntukan masa yang lebih untuk menyelesaikan masalah ini. Ini membuatkan akhbar tidak digunakan sebagai bahan pengajaran. Selain daripada itu.

elemen-elemen bahasa. ii) Bahan yang digunakan akan melibatkan perbezaan jenis teks dan perbezaan media yang melaluinya. Bahagian Pendidikan Guru. Metodologi komunikatif dan fungsional menyarankan beberapa peranan yang melibatkan bahan-bahan pengajaran. topik. Selain itu ia mementingkan bentuk bahan iaitu akhbar. Ia juga menyatakan matlamat pembelajaran bahasa dalam konteks kemahiran bertutur. Peranan bahan pengajaran dalam sesuatu kaedah mencerminkan keputusan yang berkaitan dengan matlamat utama bahan seperti mempersembahkan dan mempraktikkan kandungan. Bahan pengajaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai peranan yang tersendiri. Pelajar boleh menggunakannya untuk membentuk 25 . struktur. Antaranya ialah : i) Bahan-bahan akan difokuskan kepada kebolehan komunikatif untuk pengluahan. 1990:36). Penguasaan guru terhadap bahasa akan membantu pelajar untuk lebih memahami apa yang dipelajari berdasarkan bahan yang digunakan (Unit Kurikulum. perbincangan dan menginterpretasi. fungsi dan tugas-tugas pembelajaran. mendengar dan menulis. untuk mendampingi komunikasi antara pelajar atau untuk membolehkan pelajar mempraktikkan kandungan pelajaran tanpa bantuan guru. membaca. hubungan bahan dengan sumber kemasukan yang lain dan kebolehan guru dalam bahasa sama ada kemampuan atau pengalaman mereka.

26 .1.kecekapan mereka menerusi kepelbagaian aktiviti dan tugas-tugas yang berbeza. iii) Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. bukan dalam bentuk persembahan aspek tatabahasa. Seorang pakar pendidikan. Edgar Dale menggariskan tujuh kepentingan penggunaan bahan pengajaran : i) Merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar.4 Kepentingan Bahan Pengajaran Salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran bahasa adalah melalui penggunaan bahan pengajaran. 2. Penggunaan bahan pengajaran bertujuan menarik perhatian para pelajar supaya meminati pelajaran yang diajar. berkaitan dan melibatkan pertukaran maklumat yang menarik. ii) Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak balas lisan daripada pelajar. Hal ini demikian kerana pengajaran secara langsung yang berterusan akan membosankan yang boleh menghilangkan semangat untuk belajar. iii) Bahan yang digunakan akan difokuskan kepada yang boleh difahami.

27 .1. Teori ini penting untuk melihat perkembangan dan kewujudan bahasa. Teori ini menjadi landasan dalam pendekatan kurikulum pengajaran. Selain itu. vii) Mendorong pelajar-pelajar untuk menyiasat dan demikian menambahkan bacaan sukarela. v) Menolong dalam kefahaman dan oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. Adalah dipercayai ahli falsafah mengemukakan pelbagai teori yang difikirkan sesuai dengan tahap murid dan persekitaran. vi) Menawarkan pengalaman yang sebenar dan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar. bahan pengajaran juga boleh memberikan keseronokan kepada pelajar kerana dengan penggunaan bahan pengajaran pelajar akan terbawa kepada suatu situasi yang terkeluar daripada suasana pembelajaran biasa dan seterusnya dapat menghindarkan pelajar daripada rasa bosan atau jemu untuk belajar. Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Edgar Dale nyatalah bahawa bahan pengajaran berkeupayaan menanamkan minat dan memperkembang minda pelajar.5 Teori berkaitan Teori tentang bahasa banyak dibincangkan dan dikaji oleh pengkaji barat. Ini kerana persekitaran akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. 2.iv) Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya melalui cara-cara lain.

Teori bahasa ialah teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan ciri-ciri dan fakta-fakta tentang struktur bahasa sejagat yang ada di dalam semua bahasa manusia di dunia ini. 1994:24). Sharifah Alwiyah Alsagoff (1990) menyatakan teori ini bersesuaian dengan kurikulum kerana pembelajaran murid lebih kepada apa yang diingininya dan para guru atau tenaga pengajar tahu tahap-tahap kesesuaian perkembangan kanak-kanak. Huraian tentang sesuatu bahasa adalah benar secara empiris jika butir-butir linguistik menunjukkan bahawa huraian demikian dapat membezakan satu bahasa dengan bahasa yang lain. Ini kerana manusia mempunyai kecerdasan dan tahap penerimaan terhadap sesuatu pembelajaran yang berbeza di antara satu sama lain. Teori ini juga akan menunjukkan peranan bahan yang digunakan untuk diterapkan dalam pengajaran. 28 bahan pengajaran berdasarkan tahap . Teori kebaikan semula jadi menganggap bahawa manusia dilahirkan sebagai bersih dan serba sempurna seperti pencipta-Nya. Jean Jacques Rousseau orang yang bertanggungjawab memperkenalkan dan mengemukakan teori ini. Ia bertujuan untuk melihat kesesuaian dan cara yang sesuai digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai teori telah dikemukakan berkisarkan bidang pendidikan bahasa. iaitu jika bukti-bukti empiris menyokong dakwaan bahawa tiap-tiap huraian menunjukkan keadaan yang lengkap dan mustahak bagi bahasa-bahasa yang berlainan itu (Hashim Hj Musa.

29 . Pelajar pada peringkat ini telah mempunyai kemahiran untuk mentafsir dan berfikir tentang maksud yang terdapat di dalam keratan akhbar yang digunakan. guru harus menyesuaikan penggunaan akhbar dengan matlamat pengajaran bahasa. Guru memainkan peranan penting untuk mencorakkan pembelajaran yang efisyen dan boleh diterima oleh pelajar. guru perlu menyesuaikan bahan yang akan digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru harus menggunakan bahan pengajaran yang bersesuaian kerana dapat membantu pelajar untuk memahami hal dipelajari.Berdasarkan teori ini. Bahan yang digunakan perlu menitikberatkan kesesuaian mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru akan membantu pelajar menimba ilmu yang bermanfaat kepada diri mereka. Namun demikian sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula penggunaan akhbar mampu memberi dan menambahkan kosa kata kepada pelajar. Oleh yang demikian bahan yang digunakan harus bersesuaian dengan kebolehan mereka untuk memahami isi kandungan yang ingin disampaikan. Ini kerana guru merupakan penunjuk jalan atau pengajar yang memberikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk menerangkan dan memberi penjelasan tentang sesuatu perkara. Jika ditinjau tentang teori ini. Kanak-kanak mempunyai tahap pemahaman yang berbeza di antara satu sama lain. Ini kerana penggunaan akhbar sesuai digunakan untuk pelajar menengah rendah dan atas sahaja. Akhbar juga merupakan bahan bacaan tambahan yang boleh memberi informasi baharu kepada mereka.

Kesilapan ini akan menyebabkan pelajar gagal dan tidak menguasai kemahiran menulis dengan baik dan berkesan dalam bidang penulisan. Ini perlu kerana pelajar ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh guru untuk menyampaikan dan membekalkan ilmu yang berguna untuk masa depan mereka. Selain daripada teori kebaikan semula jadi. teori manusia bercita-cita juga akan mempengaruhi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkan ayat ini tergantung dan pelajar membuat tafsiran sendiri tentang maksud yang ingin disampaikan oleh penulis tersebut.bahasa yang digunakan dalam akhbar telah melanggar hukum tatabahasa sehingga menjadikan bahasa Melayu tercemar. penggunaan sendi nama dan sebagainya. Oleh itu guru bertanggungjawab untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar agar mereka tidak membuat kesilapan apabila menulis. ayat. Whitehead dan Bert dan Russell. Teori ini berfahaman bahawa manusia mempunyai 30 cita-cita seperti kemahuan untuk . Guru harus memastikan keratan akhbar yang digunakan sebagai bahan pengajaran bebas dan bersih dari kesalahan ejaan. Kesalahan ini boleh mempengaruhi pelajar kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang permasalahan ini. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan pelajar tidak memahami tentang hukum tatabahasa dan memberi implikasi terhadap penguasaan pelajar terhadap bahasa Melayu itu sendiri. Ayat yang dibina dalam akhbar tidak mempunyai subjek dan predikat. Kecuaian dan kesilapan guru menggunakan akhbar yang mengandungi banyak kesalahan hukum tatabahasa akan mempengaruhi pelajar untuk melakukan kesalahan yang sama. Teori ini dipelopori oleh ahli falsafah Inggeris iaitu Alfred North.

meningkatkan diri dan setiap kemahuan itu disertakan dengan tahap-tahap intelek. seronok dan pembelajaran dianggap sebagai proses yang berterusan. Otak manusia memerlukan rangsangan yang membolehkan pelajar berfikir dan memberikan tindak balas terhadap sesuatu pembelajaran. Ini kerana guru merupakan manusia yang bertanggungjawab menolong pelajarnya untuk menguasai sesuatu pelajaran. Motivasi diri yang ada dalam diri akan menaikkan semangat seseorang untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff (1990). Penggunaan akhbar dalam pengajaran dan pembelajaran akan membantu melahirkan pelajar yang berfikir kritis dan kreatif. Guru menjadi pendorong untuk memastikan kemahuan dan cita-cita pelajar untuk menguasai sesuatu topik yang dipelajari dapat dikuasai dengan baik. Ini menggambarkan bahawa peranan bahan yang digunakan oleh guru untuk sesuatu pembelajaran amat penting sekali. pertimbangan dan pemenuhan diri dengan cara menolong orang lain. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa manusia memerlukan sesuatu yang boleh digunakan sebagai pendorong untuk melahirkan pemikiran yang kreatif. oleh sebab kanak-kanak ke sekolah untuk belajar. Pembelajaran yang dilakukan dalam suasana yang 31 . Tambahan pula dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru akan membantu pelajar menguasai kemahiran berbahasa dan menjadikan mereka pelajar yang berdaya saing. Ini kerana manusia mempunyai kemahuan untuk meningkatkan diri bagi mencapai kemajuan dalam sesuatu bidang. Kurikulum juga harus luas. maka kurikulum sekolah harus mengatur pelbagai pengalaman.

tenang dan berterusan akan menimbulkan keseronokan dalam diri pelajar untuk
meneruskan pembelajaran. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan daya berfikir
pelajar bertambah baik dan membanggakan.

Selain daripada itu, teori kesediajadian juga akan mempengaruhi pelajar dalam
proses pembelajaran. Teori kesediajadian atau innateness theory yang berkaitan dengan
berbahasa dan juga proses pembelajaran di kalangan manusia. Ahli bahasa, iaitu
Chomsky berpendapat,…”Every theory of learning that is even worth considering
incorporates innateness hyphotesis”(Chomsky dalam Hashim Hj Musa, 1994:27).

Teori ini pernah ditegaskan oleh Plato yang kemudiannya menerima
penjelasan lanjut oleh ahli-ahli falsafah rasionalis pada abad ke-17 dan ke-18 seperti
Descartes, Kant, Cudworth dan lain-lain. Pertengahan abad ke-20, Chomsky, Katz dan
Fodor membuat penghuraian mendalam terhadap teori ini. Ada dua bentuk teori
kesediajadian, iaitu kesediajadian ilmu dan kesediajadian bahasa.

Teori kesediajadian bahasa menyatakan bahawa manusia secara semula jadi
mempunyai potensi atau predisposition untuk berbahasa. Potensi berbahasa ini
merupakan sifat akal atau mental characteristics bukannya biological characterictics.
Situasi pembelajaran bertambah rumit kerana rumus-rumus nahu bukannya merupakan
sesuatu yang eksplisit, iaitu dalam bentuk rumus-rumus yang dipelajari secara rasmi.
Namun begitu pelajar akan cuba mencari rumus-rumus yang merupakan norma itu
seolah-olah dipandu oleh satu cahaya yang tidak kian padam memimpinnya sepanjang
hayat untuk menguasai norma itu.

32

Teori mentalis turut menjelaskan tentang penguasaan bahasa di kalangan pelajar.
Penggunaan bahasa yang bersesuaian berdasarkan tahap umur dan perkembangan
mental kanak-kanak adalah amat penting dalam pengajaran bahasa di bilik darjah.
Pelopor teori ini menyatakan bahawa kebolehan kanak-kanak berbahasa tidak sama
antara satu sama lain. Piaget berpendapat bahawa perbezaan ini dapat dilihat pada
peringkat awal lagi. Perbezaan ini disebabkan faktor baka atau keturunan, alam sosial
dan alam persekitaran fizikal kanak-kanak. Ini bermakna kebolehan berbahasa di
kalangan pelajar dapat diperhatikan sepanjang tempoh persekolahan rendah atau
menengah. Tugas guru bahasa ialah mengajar pelajarnya supaya mereka dapat mencapai
tahap kemahiran bahasa yang maksimum menurut potensi masing-masing. Guru perlu
menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk memastikan setiap pelajar
dapat menerima dan menguasai kemahiran berbahasa.

Hasil daripada penggunaan bahan pengajaran, iaitu akhbar sedikit sebanyak akan
membantu penguasaan bahasa di kalangan pelajar. Secara tidak langsung akhbar telah
menjadi sumber utama membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Peningkatan berbahasa di kalangan pelajar akan menjadikan mereka mahir
menggunakan rumus-rumus dan nahu bahasa yang memainkan peranan penting dalam
proses berbahasa sama ada untuk percakapan mahupun penulisan.

Oleh yang demikian guru perlu memastikan bahan yang digunakan akan
membantu pelajar meningkatkan daya intelek dan cita-cita mereka tercapai. Guru
merupakan orang yang bertanggungjawab memberi didikan dan tunjuk ajar. Penggunaan
akhbar dapat membantu dan mendorong pelajar menguasai bahasa. Tambahan pula

33

bahan yang menarik membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan
pembelajaran membantu pelajar untuk memahami sesuatu topik yang dipelajari dengan
mudah dan pantas. Penggunaan bahan yang baik dapat menarik dan mempengaruhi
pelajar untuk mengikuti pengajaran yang sedang berlangsung.

2.2

Kajian Berkaitan

Banyak pandangan dan kajian yang telah dilakukan tentang peranan media massa
khususnya akhbar terhadap masyarakat. Tambahan pula dewasa ini akhbar telah
dijadikan alternatif sebagai bahan pengajaran bahasa. Hakikat ini telah diperkukuhkan
oleh beberapa pandangan dan pendapat tokoh-tokoh tentang kuatnya pengaruh akhbar
dalam hidup kita.

Perkembangan pendidikan yang semakin pesat masa kini telah menaikkan taraf
pendidikan di negara kita. Perkembangan positif ini telah menyebabkan guru perlu lebih
yakin dan kreatif menggunakan bahan pengajaran untuk menarik minat pelajar bagi
proses pengajaran dan pembelajaran. Akhbar merupakan salah satu wahana penting
yang boleh dijadikan bahan dalam proses pengajaran bahasa. Penggunaan bahan yang
sesuai dapat membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran disamping
menimbulkan keseronokkan kepada pelajar ketika proses ini berlangsung.

Namun demikian masalah bahasa yang terdapat di dalam akhbar telah
menyebabkan penggunaan akhbar kurang digunakan sebagai bahan pengajaran.
Kesalahan hukum tatabahasa seperti penggunaan imbuhan, sendi nama, ayat, kata

34

1 Kajian-kajian di Barat Pengkaji Barat menumpukan kajian mereka kepada kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar. Bidang kajian tentang penggunaan bahasa oleh pengkaji terdahulu telah memperlihatkan betapa tumpuan kajian diberikan kepada aspek kesalahan penggunaan bahasa yang meliputi pelbagai bidang.hubung dan sebagainya telah menyebabkan masalah ini timbul. Dalam bab ini. Kesalahan bahasa dilakukan kerana pihak akhbar menggunakan ayat yang ringkas. Kajian ini muncul sebagai satu disiplin yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. “Bahasa Malaysia yang digunakan dalam penerbitan buku dan penerbitan bersiri adalah lebih baik dari segi penyampaian maksud kepada pembaca. istilah dan penyusunan ayat”. terutama sekali dari segi penggunaan ejaan. Beberapa orang pengkaji telah melakukan kajian kesalahan bahasa ini di Barat. 2. Oleh yang demikian kajian yang dilakukan akan melihat kesesuaian akhbar sebagai bahan pengajaran. didapati pada umumnya bahasa Malaysia di dalam buku lebih tinggi mutunya. Walau bagaimanapun apabila dibandingkan antara buku dengan penerbitan bersiri seperti majalah mingguan atau dwi-mingguan. penulis memaparkan beberapa dapatan kajian yang telah dirumuskan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.2. Penerbitan seperti akhbar harian atau mingguan didapati lebih rendah mutu bahasanya. 35 . Masalah ini telah dikemukakan oleh Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (LJMPBM) .

Bagi Corder. iaitu yang formal dan tidak formal. Kesalahan yang dilakukan ini kadang-kadang ketara atau tidak ketara. Dalam kajian tentang kesalahan bahasa dikalangan pelajar. Corder telah menghuraikan sebab-sebab mengapa kesalahan bahasa itu wujud. Ray (1963) dalam kajiannya tentang penggunaan bahasa berpendapat berlakunya kesalahan penggunaan bahasa disebabkan adanya penggunaan aspek-aspek bahasa yang tidak sempurna seperti aspek fonologi. Antara faktor penyebab yang dikenalpasti ialah terdapat banyak peraturan yang ada pada sesuatu bahasa. Kesan kesalahan bahasa yang terdapat did alam akhbar ini mentebabkan pelajar terpengaruh dengan gaya penulisan yang diguanakn di dalam akhbar. penggunaan bentuk tidak formal dalam konteks penggunaan formal ini yang menyebabkan berlakunya kesalahan bahasa. Dalam penggunaan bahasa formal masih berlaku penggunaan bahasa tidak formal digunakan dalam pertuturan mereka.Corder (1973) menyatakan dalam mempelajari bahasa seseorang pelajar tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Hasil dapatan kajian beliau disokong oleh Brown (1980) yang menyimpulkan bahawa semua pelajar bahasa ada melakukan kesalahan. Penggunaan aspekaspek tersebut kebanyakkannya menyalahi hukum atau peraturan tatabahasa yang telah 36 . Malah pelajar yang menutur bahasa ibunda turut melakukan kesalahan yang sama. Bahan pengajaran mempengaruhi penguasaan pelajar terhadap sesuatu topik yang diajarkan. Faktor lain berpunca daripada pengaruh penggunaan bahan pengajaran. morfologi dan sintaksis.

yang dimuatkan dalam “Principles of Language Learning and Teaching” (1980) beliau menyatakan bahawa semua manusia melakukan kesilapan. Hasil kajian Brown H. Punca ini bukannya disebabkan kekurangan dalam kecekapan tetapi adalah akibat ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan dalam berbicara. Tentang kesalahan bahasa pertama.6 peratus. manusia juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada bahasa pertama ataupun bahasa kedua. Berdasarkan kajian ini beliau menganalisis sebanyak 52 buah karangan yang ditulis oleh pelajar tingakatan tiga di Afrika Timur. 37 . which are not the result of deficiency in competence but result of some sort and breakdown or imperfection the process or producing speech random ungrammaticalities and other perfomance”. kesalahan penggunaan kata nama dan kata kerja 15. D. Dalam penggunaan bahasa. Ini menjelaskan bahawa penutur jati berupaya mengesan dan memperbetulkan kesalahan tersebut. Brown mengatakan : “native speakers ara capable of recognizing and correcting such ‘lapses’ or mistake. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Wyatt (1973) yang dilakukan di Afrika Timur. Pendapat yang dikemukakan oleh Ray bersesuaian dengan pendapat Corder (1973) dalam kajiannya tentang kesalahan bahasa. beliau mendapati kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar ialah kesalahan ejaan sebanyak 18.ditetapkan oleh sesuatu bahasa. Kajian yang dilakukan olehnya bersistematik kerana kajiannya diklasifikasikan kepada 14 jenis kategori kesalahan.4 peratus.9 peratus dan kesalahan struktur ayat 16.

Kaedah ini dapat digunakan sebagai pertimbangan untuk menggunakan peralatan pengajaran secara praktikal dan bermakna. Penggunaan media cetak khususnya akhbar dapat mempercepatkan lagi kadar pembelajaran. K. Srygley dalam Md Ghazali Abdul Samad (1994) mengatakan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat memberi kesan tertentu kepada keberkesanan pembelajaran. Bahan pengajaran yang digunakan oleh guru perlu dianalisis berasaskan pengalaman pelajar. James W. Penggunaan bahan pengajaran (akhbar) akan menjadikan pembelajaran lebih produktif. J.A. Penggunaan bahan ini juga menjadikan pengajaran lebih berkesan dan pembelajaran menjadi lebih aktif dan bertenaga.Walker (1977) menyatakan bahawa penggunaan akhbar dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan mengumpul dan menggunakan bahan tersebut untuk pembelajaran mereka. menganalisis dan 38 .D. Pengalaman pembelajaran positif timbul daripada penggabungan persepaduan antara pelajar dengan bahan pengajaran dan guru sebagai pengurus. Noberg dan S. Bahan pengajaran seperti akhbar yang digunakan oleh guru memberikan pengalaman sebenar sebagaimana yang dialami oleh pelajar dan aktiviti pembelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Mereka dapat menilai.Broen.Bruner (1966) dalam Omardin Ashaari menekankan bahawa pengajaran perlu melibatkan pengalaman pelajar secara langsung.K. Akhbar memberi potensi pembelajaran yang amat baik dan guru harus menggabungkan kemahiran yang sesuai dengan objektif pembelajaran apabila menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Bahan bantu mengajar yang menarik akan membuatkan pelajar berminat untuk mengikuti pengajaran guru. Charles B. Bahan-bahan itu juga dapat membina persepsi pelajar terhadap sifat. ciri dan bentuk yang berkaitan dengan penglibatan palajar dalam proses dan kegiatan pembelajaran.mentafsirkan bahan-bahan yang digunakan oleh guru di samping meningkatkan daya ingatan pelajar. Bands dalam Omardin Ashaari (1999) menjelaskan dalam kajiannya bahawa bahan pengajaran seperti akhbar amat penting sekali kerana penggunaannya itu dapat menggalakkan penguasaan bahan pengajaran guru. Kesemua ini 39 . Ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. ejaan. Lester B. Mereka dapat mengingatkan semula bahan pengajaran yang telah dipelajari itu. Pengajaran guru akan lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka. Klasek (1972) dalam Omardin Ashaari dalam kajiannya menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan penggunaan bahan pengajaran. ayat dan kata nama. Kebanyakan pelajar melakukan kesalahan hukum tatabahasa seperti morfologi. Secara tidak langsung hal ini melahirkan pelajar yang tidak berkemampuan untuk menggunakan bahasa dengan baik dan teratur mengikut hukum tatabahasanya. Jelas menunjukkan bahawa kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar disebabkan oleh pengaruh bahan dan bahasa pertama mereka.

Beliau menyatakan kesalahan imbuhan berlaku disebabkan oleh kecuaian penggunaan imbuhan dan kesalahan penggunaan imbuhan (1987:296).2 Kajian di Malaysia Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan telah lama dijalankan. Isu tentang kesalahan penggunaan bahasa di dalam akhbar telah menarik perhatian pengkaji bahasa. kesalahan penggunaannya di kalangan pelajar dan pelbagai pihak tetap juga berlaku. Namun begitu. 1990:189).dipengaruhi oleh bahasa yang terdapat dalam akhbar yang dijadikan sebagai bahan pengajaran. 40 . Media ini boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran ketika proses pengajaran dan pembelajaran. 2. ayat dan kata. Hasilnya terdapatlah beberapa kajian telah dilakukan untuk melihat sejauh manakah kesalahan penggunaan bahasa berlaku. frasa.2. Hal ini sentiasa menjadi perhatian umum untuk menulis tentang kesalahan bahasa (Jais Sahok. Kajian yang dilakukan oleh mereka merangkumi pelbagai bahan atau media yang menggunakan bahasa. Pelaksanaan ini telah dibuat kerana bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di semua pusat pengajian. Abdul Hamid Mahmood (1987:286) dalam kajiannya bertajuk “Kesalahan Frasa dan Ayat” menyatakan penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku dalam aspek sebutan.

ayat tanya dan ayat berklausa (1987:289). Utusan Malaysia. apabila dibandingkan antara buku dengan penerbitan bersiri seperti majalah mingguan atau dwimingguan. Penerbitan seperti akhbar harian dan mingguan didapati lebih rendah mutu bahasanya.Menyentuh tentang kesalahan ayat. Kesalahan ayat dalam bahasa Melayu kerap berlaku pada ayat inti. Bahanbahan yang dijadikan kajian seperti akhbar tempatan contohnya Berita Harian. Kesalahan yang kerap dilakukan seperti penggunaan ejaan. dalam kajiannya beliau mendapati kesalahan ayat berlaku apabila pengguna tidak mematuhi peraturan yang tersedia ada dalam bahasa itu. Manakala Sofiah Hamid (1991:151-157) melalui tinjauannya terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan pendidikan di sekolah mendapati penulis surat rasmi kurang peka terhadap sistem ejaan rumi dan tatabahasa bahasa Melayu. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan terhadap surat-surat rasmi. Beliau turut mengkaji penggunaan bahasa Melayu dalam media cetak. ayat pasif. Data yang 41 . Ia dilihat berdasarkan kepada penyampaian maksud kepada pembaca. didapati pada umumnya bahasa Melayu dalam buku adalah lebih tinggi mutunya. Hasil dapatan kajiannya menunjukkan bahawa bahasa Melayu yang digunakan dalam penerbitan buku dan penerbitan bersiri adalah baik. penyusunan ayat dan istilah (1987:311). Mingguan Wanita dan lain-lain lagi. beliau mendapati penulis-penulis mencampuradukkan ejaan lama dan ejaan baharu. Walau bagaimanapun.

Hasilnya beliau mendapati bahawa iklan berbahasa Inggeris tidak menunjukkan stereotaip yang dianggap sebagai norma dalam masyarakat yang kaum wanitanya dari kecil lagi disosialisasikan dengan peranan tertentu. Sebagai rumusannya. kesalahan penggunaan kata. kata imbuhan.dikumpul juga menunjukkan masih terdapat masalah penggunaan ejaan yang menyalahi peraturan keselarasan vokal. kesalahan penggunaan ayat yang desebabkan subjek tertinggal. peraturan menggunakan ‘di’ dan peraturan menulis gabungan kata. Melalui kajian tersebut. Janet Wong May Chin (1992:346-353) telah meninjau penggunaan bahasa dalam iklan. Dalam kes ini. Penggunaan bahasa sebegitu telah menghadkan wanita dan seterusnya tidak menampakkan kebolehan wanita dan tidak meluas. beliau mengatakan kesalahan ejaan rumi dalam surat yang dikaji disebabkan oleh faktor-faktor peraturan keselarasan vokal. Antara kesalahan yang ditemui seperti kesalahan ejaan. Selanjutnya mereka mencadangkan agar wartawan dan penyunting 42 . kesalahan penggunaan struktur ayat asing dan penggunaan kata ‘oleh saya’ dan ‘sama ada’. kesalahan penggunaan frasa. Mashudi Kader dan Darwis Harahap (1989:59-65) telah mengkaj akhbar dan seterusnya menyenaraikan pelbagai kesalahan penggunaan bahasa yang kerap dilakukan. Kajian juga telah dilaksanakan terhadap penggunaan bahasa dalam akhbar harian. kesalahan perkataan gabungan. kesalahan penggunaan kata tugas. mereka berpendapat banyak kesalahan penggunaan bahasa yang terdapat dalam akhbar dan beberapa kesalahan lain akan ditemui jika kajian terperinci dilakukan.

Dalam kajian itu juga beliau mendapati sebanyak 45 peratus pelajar melakukan kesalahan aspek morfologi. Dari segi penggunaan sebutan baku. Ia berlaku bagi kedua-dua kumpulan 43 . 1991:81-102). baik dalam persediaan mengajar mahupun sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (Awang Sariyan dan Mohd Sahari Nordin. khususnya dalam media am. Azman Wan Chik (1987:208-229) menyatakan dalam kajiannya tentang kesilapan penggunaan bahasa Melayu yang dilakukan oleh murid Melayu adalah dari aspek penggunaan ejaan. 22 peratus melakukan kesalahan ejaan dan tanda baca manakala 5 peratus melakukan kesalahan berkaitan dengan penggunaan kata dan istilah. Data yang diperolehi menunjukkan 84. Selain daripada itu. Ini menunjukkan pelajar masih melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku dan wujud dalam penulisan bahasa. pengkaji mendapati tidak ada guru pelatih yang menggunakan bahasa baku sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di kalangan guru pelatih di sebuah universiti tempatan didapati sebilangan guru pelatih masih melakukan kesalahan penggunaan bahasa. 28 peratus melakukan kesalahan dari aspek sintaksis.lebih berhati-hati dalam penggunaan bahasa.2 peratus sampel tidak melakukan lebih daripada dua kesalahan sementara 15 peratus melakukan lebih daripada dua kesalahan. Kesalahan inilah yang mempengaruhi penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu.

kesilapan tanda bacaan 20. beliau mendapati kesilapan ejaan mencatat peratusan yang paling tinggi iaitu sebanyak 54. Ia banyak dipengaruhi oleh bahan pengajaran yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. penulisan dan tatabahasa.58 peratus.7 peratus. Aktiviti lisan yang dijalankan dalam bilik darjah sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk yakin ketika menjawab soalan untuk ujian lisan nanti. Melalui keratan akhbar yang mengandungi isu semasaa dapat membantu pelajar menambahkan pengetahuan untuk memberi fakta yang tepat jika diajukan soalan ketika ujian lisan berlangsung. Kedua-dua kumpulan pelajar melakukan kesilapan yang paling maksimum ketika mengeja kata depan ‘di’ dan ‘ke’. 44 . penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran boleh digunakan untuk aktiviti lisan. ia telah menimbulkan kesan negatif terhadap penulisan dan penggunaan bahasa dikalangan pelajar.22 peratus. Kemudian diikuti oleh kesilapan penggunaan huruf besar sebanyak 21. Ini kerana akhbar merupakan wahana penting yang mempunyai liputan tentang pelbagai peristiwa yang melibatkan pelbagai laras. Menurut Izani Hj Daud (1999). Secara keseluruhannya.3 peratus dan kesilapan penggunaan imbuhan 3.pelajar yang terdiri daripada murid satu bahasa dan dwibahasa. Penggunaan huruf besar pada awal kalimat tidak dititikberatkan oleh pelajar. Hasil daripada perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji ini dapatlah dikatakan bahawa terdapat banyak lagi kesalahan dan kesilapan penggunaan bahasa dikalangan pelajar. Akibat daripada kecuaian penggunaan bahasa.

Pelajar-pelajar bolehlah diminta mencari kesilapan ini. Oleh kerana akhbar mengandungi kesilapan penggunaan sendi nama. melalui keratan akhbar banyak aspek kebahasaan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar. misalnya penggunaan “di” yang berfungsi sebagai sendi nama yang perlu dijarakkan. ulasan. Kebijaksanaan guru menggunakan keratan akhbar akan 45 . Tajuk keratan akhbar yang digunakan sebagai bahan pengajaran ditentukan oleh guru agar bersesuaian dengan topik pengajaran sama ada berita. Selain itu pelajar juga dapat memeriksa penggunaan kata. syarahan. Cara ini memebantu pelajar untuk menguasai cara mencari isi penting dan menulis karangan dengan teknik yang betul. Guru meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam keratan akhbar dan membentangkannya dalam kelas. ekspositori dan sebagainya. Tegasnya. Dengan cara ini secara tidak langsung kesilapan yang berlaku itu akan dapat memberi kefahaman kepada pelajar untuk tidak melakukan kesilapan yang sama.Keratan akhbar juga bolah digunakan untuk aktiviti penulisan. rencana. Kesilapan atau kekeliruan dalam penggunaan “di” sangat biasa dilakukan dalam media massa khususnya akhbar. pendapat. Banyak aspek tatabahasa yang boleh dimanfaatkan melalui penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. maka penggunaan akhbar boleh membantu guru untuk mengajar tatabahasa. Guru dapat menggunakannya untuk pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Contohnya. dan “di” yang berfungsi sebagai imbuhan awalan yang perlu didekatkan dalam penulisan. pelajar boleh membuat semakan terhadap ejaan yang salah.

Karangan memerlukan pengeluaran idea dan daya kreatif dalam penulisan. Mohammed Haron (1996). Oleh itu. Beliau menyatakan bahawa di Malaysia pengajaran dengan menggunakan pelbagai alat visual dan bahan imbasan semakin popular. Kartun bercorak pengajaran dan mengandungi kritikan sosial adalah sangat sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Kebijaksanaan guru memilih bahan kartun yang bersesuaian dengan tajuk karangan yang akan ditulis oleh pelajar akan menghasilkan karangan yang baik dan berkesan. Akhbar mempunyai banyak ruangan atau sorotan yang bolah dijadiakn bahan pengajaran. aktiviti pengajaran haruslah disusun dan dirancang oleh guru dengan rapi. menyatakan bahawa akhbar mempunyai kelebihan untuk dimanfaatkan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah. guru boleh merangsang 46 . Bahan kartun yang diperoleh melalui keratan akhbar dapat dimanfaatkan untuk pengajaran karangan. adalah wajar kartun dijadikan bahan yang dapat merangsangkan minat pelajar untuk menulis karangan. contohnya ruangan kartun yang boleh diguankan sebagai bahan untuk merangsang dan menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang sedang berlangsung. Walau bagaimanapun. Pelajar akan menjadi lebih peka terhadap perkembangan semasa yang berlaku pada masa kini.dapat menarik minat pelajar dan di pihak guru pula akan mendapat kepuasan dalam pengajaran. Ini kerana kartun mempunyai pelbagai tema dan subjek yang disulami dengan humor dapat menarik minat pelajar untuk berfikir sejenak makna yang ingin disampaikan melalui lukisan kartun tersebut. Dengan menggunakan pelbagai kaedah semasa pengajaran karangan.

Ibrahim Haji Salleh (1989) pula menyatakan bahawa bahan pengajaran iaitu akhbar perlu disesuaikan dengan pendekatan. Awang Sariyan (1987) dalam Ismail Abdul Rajab mengatakan bahawa akhbar mula digunakan sebagai bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah pengajaran bahasa Melayu. Selain daripada itu bahan pengajaran seperti akhbar membantu memberi rangsangan kepada pelajar yang mengarah kepada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah 47 . Rohana Zubir (1994) dalam kajiannya tentang penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu mendapati bahawa akhbar sesuai digunakan. Penggunaan akhbar dapat menggalakkan pembelajaran maklumat baharu yang memerlukan interaksi dua hala antara pengajar dan pelajar bagi menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. kaedah dan teknik pengajaran.pelajar mengeluarkan idea ketika mengarang. Kaedah perbincangan dan kaedah multitask merupakan kaedah yang terbaik jika bahan kartun digunakan sebagai bahan rangsangan dalam pengajaran karangan. Menurut beliau lagi ahli bahasa mengatakan bahawa akhbar merupakan agen pembinaan dan pengembangan bahasa dalam masyarakat yang paling meluas dan berkesan kerana penyebarannya yang merata dalam masyarakat khususnya pelajar. Dalam situasi begini pembelajaran wujud daripada komunikasi dua hala antara pengirim dengan penerima atau komunikasi maklumat sehala yang disusuli dengan interaksi atau tindak balas daripada penerima. Pelaksanaan yang baik akan memberikan ilmu bahasa yang lebih baik kepada pelajar.

Guru yang menggunakan bahan untuk pembelajaran dapat menggunakan ‘instructional metodology’ yang begitu luas dan pelbagai untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran. prestasi dan maklumat balik. Selain daripada itu pembelajaran berasaskan bahan bukan sahaja memberi faedah kepada pelajar tetapi juga kepada guru. Berdasarkan Jurnal Pendidikan (1990) pembelajaran berasaskan sumber atau bahan iaitu akhbar memberi peluang kepada pelajar untuk memenuhi kehendaknya dan bergerak maju mengikut kebolehan sendiri. generalisasi.laku tertentu. pengetahuan serta kemahiran perkembangan sikap dan nilai murni secara keseluruhannya. Pembelajaran berasaskan bahan memperbanyakan lagi penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran dan ini akan mempertingkatkan ketrampilan pelajar tentang kefahaman. pengingatan. Boleh dikatakan bahawa akhbar memainkan peranan yang penting dan sesuai dijadiakn bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah. melihat dan paling mustahak melakukan sesuatu untuk memenuhi dorongan ingin tahu yang merupakan asas ke arah peningkatan keilmuan. penyimpanan. Bahan pengajaran iaitu akhbar memberi kebebasan yang lebih luas untuk kemahiran mendengar. Hal ini demikian kerana semua bahan yang terdapat dalam akhbar boleh dijadikan bahan 48 . Daripada dorongan ini akan mewujudkan tanggapan. Strategi tersebut memberi peluang uyang lebih luas untuk penyertaan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran untuk berinteraksi di antara pelajar dengan guru dan di antara pelajar dengan pelajar serta penggunaan bahan pengajaran yang lebih luas untuk berkomunikasi. pemerolehan.

Kesilapan menggunakan bahan yang tidak sesuai akan menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik. namun guur yang kreatif boleh menggunakan kesalahan tersebut untuk dijadikan contoh agar pelajar tidak melakukan perkara yang sama. Walaupun terdapat kesalahan hukum tatabahasa. Ia bertujuan untuk memastikan tiada masalah hukum tatabahasa yang timbul dalam keratan akhbar yang dipilih. 49 . Oleh yang demikian guru perlu memilih potongan akhbar yang bersesuaian jika mahu menjadikan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.untuk pengajaran bahasa Melayu.

Penghuraian dibuat secara terperinci mengenai kaedah dan prosedur kajian yang dilaksanakan semasa menjalankan kajian.BAB III KAEDAH KAJIAN 3. Aspek-aspek yang terdapat dalam bab ini meliputi reka bentuk kajian. alat kajian. prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data. Statistik deskriptif digunakan untuk mencari peratus terhadap kesesuaian menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran bahasa dikalangan guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II. populasi kajian. 3. tempat kajian.1 Pendahuluan Dalam bab ini pengkaji menerangkan prosedur dan kaedah penyelidikan yang digunakan.2 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk deskriptif. Gerik Perak. 50 .

Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II. Gerik Perak. 51 . Sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah guru yang mengajar bahasa Melayu untuk sesi pagi dan sesi petang. gambaran yang dipaparkan dalam kajian ini hanya mewakili kumpulan ini sahaja dan tidak menerangkan semua guru yang mengajar bahasa Melayu di seluruh Malaysia. Oleh itu. Kajian yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklum balas dan juga pendapat daripada guru bahasa Melayu berkenaan tajuk kajian yang dilakukan. 3.Kaedah kajian ini ialah kaedah peratusan mudah iaitu satu kajian yang mengkaji kesesuaian penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran. 3. Seramai 20 orang guru yang mengajar bahasa Melayu dijadikan sampel dalam kajian ini. Melalui soal selidik pengkaji akan mendapat maklumat dan pandangan yang boleh digunakan untuk menjawab soalan kajian.4 Populasi dan Sampel Kajian Populasi yang terlibat dalam kajian ini ialah terdiri daripada guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah yang terpilih. Sampel diedarkan borang soal selidik yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat guru berkenaan kesesuaian menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran untuk bahasa Melayu.3 Tempat Kajian Kajian ini telah dilaksanakan di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Daerah Hulu Perak.

Pemilihan sampel dilakukan secara rawak mudah. Guru Kanan mengedarkan soal selidik ini kepada guru yang terlibat. 3. Borang soal selidik diagihkan sama rata kepada guru yang mengajar sesi pagi dan guru sesi petang. Bahagian pertama dalam borang soal selidik menyentuh tentang latar belakang guru yang bertujuan untuk memberi maklumat diri guru yang terlibat dalam kajian ini. Semua soalan yang berkaitan boleh diutarakan dalam borang ini. Pemilihan soal selidik sebagai alat kajian adalah kerana maklumat boleh dikumpul dengan mudah dan cepat. Bahagian 1 : Latar belakang guru Bahagian 2 : Pendapat guru tentang kesesuaian akhbar sebagai bahan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Semua sampel yang terpilih terdiri daripada guru lelaki dan perempuan. Bahagian ini juga mencakupi maklumat tentang kekerapan guru menggunakan akhbar 52 .1 Soal selidik Sampal diberikan borang soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu. 3. Borang soal selidik diberikan kepada guru yang mengajar bahasa Melayu.5. Borang ini diedarkan kepada guru yang mengajar bahasa Melayu sahaja.5 Alat Kajian Borang soal selidik merupakan alat yang telah dipilih untuk digunakan sebagai alat pengumpulan data.

Sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II. Gerik Perak. Pengumpulan maklumat ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru tentang peranan akhbar sama ada sesuai atau tidak digunakan sebagai bahan pengajaran. Oleh yang demikian. 53 . Sekolah tersebut dipilih kerana pengkaji mudah berurusan dengan pihak sekolah tersebut. i) Langkah satu : Memilih Tempat Kajian Pengkaji telah memilih salah sebuah sekolah di Daerah Hulu Perak. pengkaji dapat membuat kesimpulan sama ada akhbar sesuai dijadikan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Bahagian kedua dalam borang soal selidik berkaitan dengan akhbar yang menggambarkan pendapat guru terhadap kesesuaian akhbar dijadikan bahan pengajaran bahasa Melayu.6 Prosedur Pengumpulan Data Beberapa langkah telah dipilih untuk melaksanakan dan memastikan kajian ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Berdasarkan maklumat ini. 3. pengkaji dapat mengumpulkan maklumat yang dikehendaki bersesuaian dengan tajuk yang dikaji.sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu.

Selepas mendapat persetujuan. a) Mendapatkan borang pengesahan sebagai pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) daripada Fakulti Bahasa UPSI. c) Mendapatkan kebenaran daripada pengetua sekolah dan daripada penolong kanan sekolah berkenaan. Sampel diberikan masa untuk menjawab borang soal selidik dan dikehendaki memenuhi maklumat yang diperlukan dengan jujur dan tepat. 54 . b) Mendapatkan kebenaran daripada Fakulti Bahasa UPSI untuk menjalankan kajian penyelidikan.ii) Langkah dua : Meminta Kebenaran Proses pengumpulan data dilakukan setelah pengkaji menjalankan beberapa langkah bagi melicinkan proses pengumpulan data penyelidikan setelah mendapat kebenaran daripada pihak tertentu antaranya. Penolong kanan membantu mengedarkan borang soal selidik kepada guru yang terlibat pada hari yang telah ditetapkan. iii) Langkah tiga : Soal Selidik Sampel terdiri daripada 20 orang guru yang mengajar bahasa Melayu untuk sesi pagi dan sesi petang di sekolah tersebut. Pengkaji berbincang dan menerangkan tujuan kajian ini dilakukan. penolong kanan membantu mengedarkan borang soal selidik kepada sampel.

Formula yang digunakan ialah : Peratus = Pendapat guru Jumlah guru Mod data yang diperolehi daripada pengiraan akan ditunjukkan dan dimasukkan ke dalam jadual untuk menunjukkan perbezaan pendapat antara sampel yang terlibat dalam kajian ini. 3. pengkaji mengambil borang soal selidik yang telah diisi dan dijawab oleh sampel daripada penolong kanan sekolah. pengkaji membuat pengiraan mudah untuk mendapatkan peratus bagi mendapatkan data kajian daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh sampel. Analisis secara deskriptif iaitu mencari peratus untuk mendapatkan gambaran mengenai bilangan sampel.Pada tarikh yang telah ditetapkan. jantina dan pendapat yang dijangkakan mempunyai perkaitan dengan persoalan kajian. Berdasarkan borang soal selidik ini. Penganalisaan data dibuat untuk melihat kesesuaian akhbar digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu dan membandingkan pendapat guru dengan permasalahan yang dikemukakan. 55 . Berdasarkan peratus maka perbandingan antara pendapat yang dikemukakan oleh sampel dapat dianalisa dan dihuraikan.7 Prosedur Penganalisisan Data Proses penganalisaan data akan dilakukan setelah borang soal selidik dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif untuk mencari peratusan terhadap soalan kajian yang dikemukakan.

56 .Oleh yang demikian maklumat ini dapat membantu pengkaji untuk mengumpul maklumat dan menyelesaikan permasalahan yang dikaji berkenaan kesesuaian akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN 4. data dianalisis berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh melalui borang soal selidik yang telah diedarkan.1 Pendahuluan Dalam bab ini. Secara terperinci pengkaji menghuraikan: a) Keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran di sekolah menengah meliputi subtajuk : i) Penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran ii) Kekerapan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran iii) Laras bahasa akhbar yang sering digunakan sebagai bahan pengajaran iv) Topik pilihan yang diajar menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran 57 . Dapatan daripada data yang dianalisis menjawab soalan kajian mengenai kesesuaian penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

v) Penggunaan akhbar dapat membantu penguasaan bahasa pelajar vi) Penggunaan akhbar dapat menambahkan kosa kata pelajar b) Permasalahan yang dihadapi ketika menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah yang meliputi subtajuk : i) Jenis pencemaran bahasa yang ditemui dalam akhbar c) Kesesuaian akhbar digunakan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah meliputi subtajuk : i) Akhbar dapat membantu guru dalam proses pengajaran ii) Akhbar sesuai dijadikan bahan pengajaran Bahasa Melayu iii) Kesediaan guru menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu d) Pelaksanaan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah meliputi subtajuk : ii) Sekolah melanggan akhbar untuk pelajar 58 .

Manakala terdapat seorang sampel guru perempuan yang mempunyai kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (10%) yang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Rata-rata guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai ijazah. bilangan guru perempuan dengan bilangan guru lelaki adalah sama banyak. Salah seorang daripada sampel guru lelaki mempunyai diploma pendidikan (10%). Gerik Perak. Hasil daripada maklumat-maklumat yang diberi oleh responden dalam soal selidik yang diedarkan. iaitu sepuluh orang guru lelaki (50%) dan sepuluh orang guru perempuan (50%). Senario ini berlaku memandangkan hanya guru Melayu sahaja yang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah yang telah dipilih untuk kajian ini. laporan hasil kajian yang telah dilakukan ke atas responden terdiri daripada 20 orang guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah. Maka tidak hairanlah bahawa guru-guru 59 .2 Perihalan Sampel Dalam bab ini. Responden yang terlibat ialah guru yang mengajarkan Bahasa Melayu untuk sesi pagi dan sesi petang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II. Ini jelas menunjukkan bahawa guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah ini semuanya mempunyai ijazah dan telah mendapat pendedahan tentang bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi proses pengajaran mereka.4. iaitu jumlah guru lelaki dan guru perempuan iaitu sembilan orang (90%) masing-masing mewakili jantina sampel. Responden hanya terdiri daripada guru berbangsa Melayu sahaja.

Jelas menunjukkan guru yang terlibat dalam kajian ini memiliki pengalaman mengajar antara tiga hingga empat tahun. Secara purata pengalaman mengajar guru yang terlibat dalam kajian ini antara tiga hingga empat tahun. Terdapat tiga orang guru perempuan yang mempunyai pengalaman mengajar melebihi tujuh tahun. Guru lelaki seramai dua orang (20%) dan guru perempuan empat orang (40%). Pengalaman mengajar bagi guru yang terlibat dalam kajian ini dalam lingkungan dua tahun hanya melibatkan jumlah guru perempuan dan guru lelaki seramai dua orang (20%) sahaja. Ini sedikit sebanyak membantu guru dalam proses pengajaran khususnya menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran.di sekolah ini telah biasa menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar mengikut kreativiti masing-masing termasuklah penggunaan akhbar. Bilangan guru yang mengajar antara lima hingga enam tahun sedikit bilangannya. Guru-guru ini menjadi sumber rujukan bagi guru lain untuk mendapatkan pandangan untuk menggunakan bahan pengajaran yang sesuai jika menggunakan akhbar. Guru lelaki seramai enam orang (60%) manakala guru perempuan hanya seorang (10%) sahaja. Pengalaman mengajar amat penting bagi guru kerana mereka mempunyai banyak pengalaman yang sudah ditimba untuk memperkaya dan memperbanyakkan bahan pengajaran sesuai dengan topik yang diajar. 60 . Hal ini menunjukkan bahawa terdapat guru yang lebih berpengalaman mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah yang terlibat dalam kajian ini.

Masing-masing seorang (10%) daripada sampel lelaki dan 61 .3. Pendapat guru perempuan tentang keberkesanan jika akhbar digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula adalah seperti berikut.1 Keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah Jadual 1 Keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu. lapan orang sampel guru lelaki (80%) yang menyatakan sangat setuju akhbar berkesan digunakan sebagai bahan pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peratus Pendapat guru Lelaki Peratus Perempuan (%) (%) Sangat tidak setuju Tidak setuju 2 20 1 10 Setuju 6 60 5 50 Sangat setuju 2 20 4 40 Jumlah 10 100 10 100 Berdasarkan soal selidik yang telah dilakukan. Sembilan orang daripada jumlah sampel guru perempuan (90%) setuju jika akhbar dijadikan bahan pengajaran dan amat berkesan untuk pengajaran bahasa Melayu.4.3 Dapatan kajian 4.

Keberkesanan akhbar sebagai bahan pengajaran dikukuhkan lagi dengan subtajuk di bawah : i) Menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Jadual 2 Penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Penggunaan akhbar Lelaki Peratus (%) Perempuan Peratus (%) Ya 9 90 7 70 Tidak 1 10 3 30 Jumlah 10 100 10 100 Dapatan kajian menunjukkan maklum balas yang baik daripada sampel terhadap penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran. Sampel lelaki yang menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran seramai sembilan orang (90%) manakala sampel perempuan tujuh orang (70%). 62 . Sampel lelaki seorang (10%) dan sampel perempuan tiga orang (30%). Namun begitu ada juga sampel yang tidak menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran.perempuan tidak setuju akhbar berkesan jika menggunakan bahan ini terhadap pengajaran bahasa Melayu di sekolah menengah.

Kekerapan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran dalam tempoh tiga kali seminggu ialah dua orang (20%) guru lelaki tetapi tiada guru perempuan yang menggunakan akhbar dalam tempoh ini. 63 . Terdapat tiga orang guru lelaki (30%) yang kerap menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran bahasa dalam seminggu manakala guru perempuan dua orang (20%).ii) Kekerapan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu Jadual 3 Kekerapan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Peratus Kekerapan Lelaki Peratus Perempuan (%) Sekali seminggu 3 30 Dua kali seminggu 2 20 Lain – lain 5 Jumlah 10 (%) 2 20 50 8 80 100 10 100 Tiga kali seminggu Empat kali seminggu Berdasarkan jadual 3 jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara sampel guru lelaki dengan guru perempuan terhadap kekerapan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran. Manakala lain-lain pula mewakili lima orang guru lelaki (50%) dan lapan orang guru perempuan (80%).

sampel guru lelaki yang memilih laras laporan hanya seorang (10%) sahaja dan guru perempuan dua orang (20%). Laras bahasa berita pula mewakili dua orang (20%) guru lelaki dan seorang (10%) guru perempuan.iii) Laras bahasa akhbar yang kerap digunakan Jadual 4 Jenis laras bahasa yang kerap digunakan Peratus Jenis Lelaki Peratus Perempuan (%) (%) Laporan 1 10 2 20 Berita 2 20 1 10 Rencana 6 60 6 60 Lain-lain 1 10 1 10 Jumlah 10 100 10 100 Berdasarkan jadual tersebut. Laras bahasa rencana menjadi pilihan bagi kedua-dua sampel iaitu guru lelaki dan perempuan yang masing-masing mewakili enam orang (60%). Begitu juga jumlah untuk lain-lain iaitu seorang (10%) bagi kedua-dua sampel. 64 .

jelas menunjukkan guru mempunyai masalah untuk memilih keratan akhbar yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran Bahasa Melayu. Seramai lima orang guru lelaki (50%) menghadapi masalah penggunaan sendi nama dan empat orang guru perempuan (40%) menghadapi masalah yang sama. 65 . Seorang guru perempuan (10%) menghadapi masalah berkaitan kesalahan penggunaan imbuhan. Jumlah ini sama dengan jumlah guru perempuan.3. Dua orang sampel (20%) masing-masing mewakili guru lelaki dan perempuan menghadapi lain-lain masalah ketika memilih akhbar untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran.4. Manakala tiga orang daripada guru lelaki (30%) menghadapi masalah kesalahan penggunaan ayat.2 Permasalahan yang dihadapi ketika menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah Jadual 5 Masalah semasa memilih akhbar yang sesuai sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu Peratus Masalah Lelaki Peratus (%) Perempuan (%) Kesalahan imbuhan 1 10 Kesalahan sendi nama 5 50 4 40 Kesalahan ayat 3 30 3 30 Lain – lain 2 20 2 20 Jumlah 10 100 10 100 Kesalahan kata ganti diri Berdasarkan jadual 5 di atas.

Seramai empat orang (40%) guru lelaki yang mengatakan pencemaran bahasa dari segi binaan ayat dan lima orang guru perempuan (50%) mempunyai pendapat yang sama. 66 . Dua orang guru perempuan (20%) mengatakan pencemaran bahasa iaitu imbuhan dan seorang (10%) melalui kata ganti diri.Masalah memilih akhbar yang sesuai dikukuhkan lagi dengan subtajuk di bawah: i) Jenis pencemaran bahasa yang ditemui dalam akhbar Jadual 6 Jenis pencemaran bahasa yang ditemui di dalam akhbar Peratus Jenis Peratus Perempuan Lelaki (10%) Kesalahan binaan ayat 4 40 Kesalahan imbuhan Kesalahan sendi nama 6 60 Kesalahan kata ganti diri Jumlah 10 100 (%) 5 50 2 20 2 20 1 10 10 100 Kesalahan yang sering ditemui di dalam penulisan akhbar boleh dilihat di dalam jadual 6 di atas. Manakala enam orang guru lelaki (60%) mengatakan kesalahan sendi nama dan dua orang guru perempuan (20%) mengatakan masalah yang sama.

3 Kesesuaian akhbar digunakan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah Akhbar merupakan salah satu bahan pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.3. Penggunaan akhbar dapat meningkatkan dan menjadikan sesuatu pengajaran lebih menarik. Semua pendapat yang dikemukakan oleh guru adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman mereka semasa mereka mengajar.4. Hal ini boleh dilihat melalui subtajuk di bawah : i) Akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran Jadual 7 Akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran Sesuai digunakan Lelaki Peratus (%) Perempuan Peratus (%) Ya 7 70 9 90 Tidak 3 30 1 10 Jumlah 10 100 10 100 Sampel guru lelaki yang mengatakan ‘ya’ akhbar sesuai dijadikan bahan pengajaran seramai tujuh orang (70%) manakala sembilan orang (90%) mewakili guru perempuan. Tiga orang (30%) sampel lelaki mengatakan akhbar tidak sesuai dijadikan bahan pengajaran dan seorang (10%) sampel perempuan mengatakan akhbar tidak sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran. Tambahan pula maklumat yang terdapat di dalam akhbar boleh meningkatkan pemahaman dan menambahkan pengetahuan pelajar tentang sesuatu maklumat yang baharu. 67 .

Sampel yang mewakili guru perempuan pula menyatakan pendapat bahawa penggunaan akhbar dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu. Manakala hanya seorang (10%) guru perempuan yang mengatakan akhbar tidak membantu pelajar menguasai bahasa Melayu. 68 . iaitu seramai sembilan sampel guru lelaki (90%) menyatakan bahawa penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu.ii) Penggunaan akhbar dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu Jadual 8 Akhbar dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu Perkara Lelaki Peratus Perempuan (%) Peratus (%) Membantu 9 90 90 90 Tidak membantu 1 10 1 10 Jumlah 10 100 10 100 Hasil daripada soalan ini maka inilah keputusan yang diperolehi. Manakala seorang (10%) daripada sampel guru lelaki yang mengatakan penggunaan akhbar tidak dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu. Seramai sembilan orang (90%) guru perempuan mengatakan penggunaan akhbar dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu.

Cara individu digunakan oleh seorang guru perempuan (10%).4 Pelaksanaan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah Jadual 9 Cara melaksanakan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Peratus Cara Lelaki Peratus Perempuan (%) Individu (%) 1 10 Berkumpulan 4 40 4 40 Perbincangan 4 40 4 40 Lain – lain 2 20 1 10 Jumlah 10 100 10 100 Berdasarkan jadual 9 tersebut seramai empat (40%) sampel guru lelaki menggunakan cara berkumpulan untuk melaksanakan proses pengajaran menggunakan akhbar. Corak pengajaran yang berbeza akan menimbulkan suasana pengajaran yang berlainan. Jumlah ini sama dengan sampel guru perempuan yang menggunakan cara yang sama iaitu empat orang (40%). Bagi lainlain cara sampel guru lelaki melibatkan dua orang (20%) manakala seorang (10%) sahaja yang mewakili sampel guru perempuan. Hal ini dikukuhkan lagi dengan subtajuk di bawah : 69 . Kaedah perbincangan juga melibatkan jumlah yang sama antara kedua-dua sampel masing-masing mewakili empat orang (40%).4.3.

70 . Sampel guru perempuan yang mengatakan sekolah melanggan akhbar untuk pelajar mewakili lima orang (50%) dan lima orang (50%) mengatakan tidak. Keratan akhbar daripada ruangan ini boleh dijadikan bahan pengajaran bahasa Melayu untuk sekolah menengah. Pihak sekolah yang melanggan akhbar untuk pelajar akan memudahkan pelajar untuk memahami beberapa topik yang dimasukkan ke dalam ruangan skor untuk Sijil Pelajaran Malaysia.i) Langganan akhbar untuk pelajar Jadual 10 Langganan akhbar untuk pelajar Langganan akhbar Lelaki Peratus (%) Perempuan Peratus (%) Ya 7 70 5 50 Tidak 3 30 5 50 Jumlah 10 100 10 100 Terdapat tujuh orang (70%) sampel guru lelaki yang mengatakan sekolah melanggan akhbar untuk pelajar dan tiga orang (30%) mengatakan tidak.

Kesesuaian ini dilihat berdasarkan keberkesanan.BAB V RUMUSAN 5. kesesuaian dan cara pelaksanaannya.2 Kesimpulan Penulisan kajian ini adalah untuk meninjau kesesuaian penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulan daripada dapatan kajian diringkaskan seperti berikut : 71 . pengkaji akan membuat rumusan hasil kajian tentang kesesuaian penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah.1 Pendahuluan Dalam bab ini. permasalahan yang dihadapi. 5. Penulisan kajian dilakukan dengan membuat rumusan keseluruhan berdasarkan soalan kajian yang telah ditetapkan.

1 Keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah Hasil daripada dapatan kajian yang telah dianalisis didapati bahawa 80 peratus daripada jumlah sampel bersetuju penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu memberi kesan terhadap pengajaran. 5.2 Permasalahan yang dihadapi ketika menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh melalui borang soal selidik yang digunakan didapati seratus peratus sampel manghadapi masalah untuk menggunakan keratan akhbar yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu.2.2. Hal ini menimbulkan kesukaran kepada guru untuk memilih dan menyesuaikan keratan akhbar dengan topik pengajaran. Hal ini demikian kerana pelbagai jenis bahan daripada akhbar mempunyai potensi untuk membantu memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.5.2. 5.3 Kesesuaian akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah Menengah 72 . Akhbar dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu dengan baik. Masalah yang paling ketara dihadapi oleh sampel ialah tentang kesalahan penggunaan sendi nama dan diikuti dengan kesalahan penggunaan ayat.

berkumpulan. Kesediaan sampel menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran kerana 73 . Sampel yang terlibat di dalam kajian ini memberi pandangan yang positif dan bersetuju jika akhbar dijadikan bahan pengajaran Bahasa Melayu. Kesesuaian akhbar dijadikan bahan pengajaran kerana akhbar mempunyai pelbagai maklumat yang berguna kepada pelajar. iaitu 90 peratus mengatakan bahawa akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu. Antaranya ialah secara individu.4 Pelaksanaan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah Pelbagai cara yang digunakan oleh guru untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu. Sampel juga bersedia menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran untuk melancarkan proses pengajaran bahasa.Sampel yang terlibat dalam kajian ini. Guru boleh menggunakan akhbar untuk mengajar tatabahasa. perbincangan dan lain-lain.2. karangan. 5.3 Perbincangan Secara keseluruhannya hasil daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu di sekolah menengah. Hasil kajian mendapati 80 peratus daripada jumlah sampel lebih suka menggunakan cara berkumpulan dan perbincangan ketika menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu di sekolah menengah. 5. bertutur (lisan) dan membaca di samping dapat menambahkan kosa kata pelajar.

Ibrahim Haji Salleh (1989) pula menyatakan bahawa bahan pengajaran iaitu akhbar perlu disesuaikan dengan pendekatan.akhbar mempunyai pelbagai topik yang sesuai untuk mengajarkan Bahasa Melayu seperti karangan. Hasil kajian yang dilakukan ke atas sampel menunjukkan komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar wujud jika akhabr dijadikan sebagai bahan pengajaran. Dalam situasi begini pembelajaran wujud daripaada komunikasi dua hala antara pengirim dengan penerima atau komunikasi maklumat sehala yang disusuli dengan interaksi atau tindak balas daripada penerima. Penggunaan akhbar dapat menggalakkan pembelajaran maklumat baharu yang memerlukan interaksi dua hala antara pengajar dan pelajar bagi menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu bahan pengajaran seperti akhbar membantu memberi rangsangan 74 . Menurut beliau lagi ahli bahasa mengatakan bahawa akhbar merupakan agen pembinaan dan pengembangan bahasa yang paling meluas dan berkesan kerana penyebarannya yang merata dalam masyarakat khususnya pelajar. Hal ini selaras dengan pendapat Awang Sariyan (1987) dalam Ismail Abdul Rajab yang mengatakan bahawa akhbar mula digunakan sebagai bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah pengajaran bahasa Melayu. lisan dan membaca. pemahaman. Pelaksanaan yang baik akan memberikan ilmu bahasa yang lebih baik kepada pelajar. Pendapat ini bertepatan dengan kajian Rohana Zubir (1994) tentang penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu menunjukkan bahawa akhbar sesuai digunakan. kaedah dan teknik pengajaran.

kepada pelajar yang mengarah kepada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu. Pengalaman pembelajaran positif timbul daripada penggabungan persepaduan antara pelajar dengan bahan pengajaran dan guru sebagai pengurus. Berdasarkan Jurnal Pendidikan (1990) pembelajaran berasaskan sumber atau bahan iaitu akhbar memberi peluang kepada pelajar untuk memenuhi kehendaknya dan bergerak maju mengikut kebolehan sendiri. generalisasi. Hasil daripada penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu akan melahirkan pelajar yang berketrampilan untuk membuat pelbagai generalisasi terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. melihat 75 . Bahan pengajaran iaitu akhbar memberi kebebasan yang lebih luas untuk kemahiran mendengar. Akhbar memberi potensi pembelajaran yang amat baik dan guru harus menggabungkan kemahiran yang sesuai dengan objektif pembelajaran apabila menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. penyimpanan. Walker (1977) menyatakan bahawa penggunaan akhbar dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan mengumpul dan menggunakan bahan tersebut untuk pembelajaran mereka. Daripada dorongan ini akan mewujudkan tanggapan. pengingatan. Hal ini boleh dilihat apabila murid-murid saling bekerja sama untuk mendapatkan bahan pembelajaran daripada akhbar apabila guru menggunakan teknik perbincangan. pemerolehan. prestasi dan maklumat balik. Strategi tersebut memberi peluang uyang lebih luas untuk penyertaan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran untuk berinteraksi di antara pelajar dengan guru dan di antara pelajar dengan pelajar serta penggunaan bahan pengajaran yang lebih luas untuk berkomunikasi.

Penggunaan media cetak khususnya akhbar dapat mempercepatkan lagi kadar pembelajaran. Selain daripada itu pembelajaran berasaskan bahan bukan sahaja memberi faedah kepada pelajar tetapi juga kepada guru. Kaedah ini dapat digunakan sebagai pertimbangan untuk menggunakan peralatan pengajaran secara praktikal dan bermakna. Penggunaan bahan ini juga menjadikan pengajaran lebih berkesan dan pembelajaran menjadi lebih aktif dan bertenaga. K.dan paling mustahak melakukan sesuatu untuk memenuhi dorongan ingin tahu yang merupakan asas ke arah peningkatan keilmuan. Noberg dan S.K. Pembelajaran berasaskan bahan memperbanyakan lagi penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran dan ini akan mempertingkatkan ketrampilan pelajar tentang kefahaman. pengetahuan serta kemahiran perkembangan sikap dan nilai murni secara keseluruhannya.D. Guru yang menggunakan bahan untuk pembelajaran dapat menggunakan ‘instructional metodology’ yang begitu luas dan pelbagai untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran. Bahan pengajaran yang digunakan oleh guru perlu dianalisis berasaskan pengalaman pelajar. Bahan pengajaran seperti akhbar yang digunakan oleh guru 76 . J.A.Bruner 1966 dalam Omardin Ashaari (1999) menekankan bahawa pengajaran perlu melibatkan pengalaman pelajar secara langsung. Penggunaan bahan pengajaran (akhbar) akan menjadikan pembelajaran lebih produktif. Srygley 1927 dalam Md Ghazali Abdul Samad (1994) mengatakan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat memberi kesan tertentu kepada keberkesanan pembelajaran. James W.Broen.

Pengajaran guru akan lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka. Bahan-bahan itu juga dapat membina persepsi pelajar terhadap sifat. Charles B. Mereka dapat menilai.memberikan pengalaman sebenar sebagaimana yang dialami oleh pelajar dan aktiviti pembelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Mereka dapat mengingatkan semula bahan pengajaran yang telah dipelajari itu. Kajian ini mempunyai persamaan dengan pendapat sampel yang terlibat dalam kajian ini. ciri dan bentuk yang berkaitan dengan penglibatan palajar dalam proses dan kegiatan pembelajaran. Klasek 1972 dalam Omardin Ashaari (1999) dalam kajiannya menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan penggunaan bahan pengajaran. Mereka memberikan pendapat bahawa penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. menganalisis dan mentafsirkan bahan-bahan yang digunakan oleh guru di samping meningkatkan daya ingatan pelajar. Bands 1956 dalam Omardin Ashaari (1999) menjelaskan dalam kajiannya bahawa bahan pengajaran seperti akhbar amat penting sekali kerana penggunaannya itu dapat menggalakkan penguasaan bahan pengajaran guru. Lester B. Walaupun akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran namun kesalahan tatabahasa dalam artikel akhbar tersebut menjadi masalah kepada guru untuk memilih 77 . Bahan bantu mengajar yang menarik akan membuatkan pelajar berminat untuk mengikuti pengajaran guru.

Kebanyakan sampel bersedia dan bersetuju untuk menggunakan akhbar sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran. Sampel kajian menghadapi masalah ini ketika memilih artikel yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa. Oleh yang demikian guru yang ingin menjadikan akhbar sebagai bahan pengajaran perlu memilih dengan teliti bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. Akhbar memberi manfaat kepada guru untuk mengajar karangan. 78 . Abdullah Hassan (1996) mengatakan bahawa akhbar mempunyai kesalahan dari segi dinamika bahasa iaitu sebutan. menegaskan bahawa bahan mengajar dapat memberi keberkesanan dalam proses pembelajaran dan menjadi lebih menarik dan pelajar dapat manfaat dan faedah (Omardin Ashaari. Wilkinson (1971). hasil dapatan kajian yang melibatkan sampel seramai dua puluh orang ini menunjukkan bahawa akhbar sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah. perkataan. membaca dan bertutur di samping menjadikan pembelajaran lebih aktif. Guru yang kreatif dapat memanfaatkan bahan yang terdapat dalam akhbar untuk dijadikan bahan bagi mencetuskan minat pelajar terhadap pelajaran. pemahaman. Namun atas kreativiti mereka masalah ini boleh diatasi dengan membuat analisis perkataan yang salah di dalam artikel yang dipilih untuk mengajar pelajar tentang analisis perkataan dan membetulkan kesilapan tersebut. Secara keseluruhannya.artikel yang sesuai. 1999:140). Sampel yang terdiri daripada sepuluh orang guru lelaki dan sepuluh guru perempuan memberi pendapat masing-masing tentang isu yang dikemukakan ini. ayat dan sendi nama.

Hal ini demikian kerana akhbar mempunyai bahan yang pelbagai seperti gambar dan iklan yang boleh dijadikan bahan pengajaran selain daripada petikan. Justeru pengkaji mengemukakan beberapa cadangan kajian lanjut bagi memantapkan lagi kajian berkenaan kesesuaian akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah pada masa akan datang.5. Namun akhbar boleh dikatakan berpotensi dijadikan bahan pengajaran berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh sampel yang terlibat dalam kajian ini.4 Cadangan kajian lanjut Tidak dapat dinafikan bahawa kajian berkaitan kesesuaian akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu agak sukar kerana akhbar mempunyai kesalahan hukum tatabahasa kerana penulisan akhbar perlu ringkas dan pendek. b. Selain itu kajian ini boleh dijalankan ke atas guru yang mengajar di sekolah berasrama penuh untuk mendapatkan pandangan dan pendapat 79 . Kajian tentang sejauh mana keberkesanan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran di sekolah menengah menjurus kepada pendapat guru sama ada bersetuju atau tidak. Persoalan ini boleh diperluaskan lagi bergantung kepada inisiatif guru untuk menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu. Berikut ialah beberapa cadangan yang dikemukakan hasil daripada kajian ini : a.

pengkaji mencadangkan dua tajuk yang berkaitan dengan kesesuaian akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah yang boleh dijalankan pada masa akan datang oleh pengkaji lain. Akhbar mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. c. Berdasarkan cadangan di atas. Peningkatan pencapaian Bahasa Melayu berasaskan penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran. Kajian lanjutan boleh juga dilakukan dengan menggunakan pemboleh ubah yang lain seperti lokasi. Tujuannya ialah untuk mendapatkan lebih banyak pandangan guru terhadap isu yang dikemukakan. Jumlah responden yang akan digunakan dalam kajian juga bolah diperbanyakkan iaitu kira-kira 30 hingga 60 orang guru yang mengajarkan Bahasa Melayu yang melibatkan beberapa buah sekolah. 80 . pentadbiran dan keberkesanan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu. Berikut adalah cadangan tajuk-tajuk tersebut : a. b. d.mereka tentang isu ini untuk melihat kesesuaian menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran.

Abdul Aziz Abdul Talib. Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Bil. Tinjauan Pelaksanaan Dasar Bahasa Dalam Sistem Pendidikan Negara di Peringkat Sekolah. Menggunakan Bahasa Melayu dalam Masyarakat Industri. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16-17 Januari 1996. Awang Sariyan (1983). Kaedah dan Teknik. Jilid 43. Bhd. Abdul Hamid Mahmood. (1991). Citra Bahasa Melayu Dalam Beberapa Akhbar Utama di Malaysia. 1. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Penerbitan Sarjana Enterprise. Dewan Bahasa dan Pustaka. Jilid 43. Petaling Jaya. (1987). Asmah Haji Omar (1988).ed. Dasar Bahasa dan Pembangunan Negara di Malaysia. Jilid 27. Abdul Hamid Mahmood dan Asiah Idris . Teknologi Sistem Pengajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. ______________ (2002). Asiah Idris (1996). Persatuan Linguistik Malaysia. Falsafah Pendidikan dan Hubungan Teori-Teori Pendekatan Kurikulum Dalam Mempengaruhi Pengajaran Bahasa dalam Jurnal Dewan Bahasa. ________________ (1989). Bahasa Iklan Perniagaan : Satu Kajian Bahasa Retorik. 1. Bil. Dewan Bahasa dan Pustaka. 17. . Falsafah Pendidikan dan Hubungan Teori-teori Pendekatan Kurikulum Dalam Mempengaruhi Pengajaran Bahasa dalam Jurnal Dewan Bahasa. Utusan Publications and Distributors Sdn. Ukm. Bil. Pengajaran Bahasa Untuk Kemahiran Berkomunikasi Dalam Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. (2000). Selangor. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bil 4. Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip. Kuala Lumpur.BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan (1996). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd. A. Kuala Lumpur.Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Dwitahunan Kedua Jabatan Linguistik. Melihat Beberapa Aspek Dinamika Bahasa. Abdul Rahim Mahmood (1999). Kesalahan Frasa dan Ayat dalam Jurnal Dewan Bahasa. Rahim Mahmood (1999). Kuala Lumpur. Satu Tinjauan Awal dalam Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 40. Abdul Rahim Selamat (1989).

Bhd. Kuala Lumpur. D. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd. New Jersey : Prentice-Hall Inc. (15 Februari 1999). Petaling Jaya. Kuala Lumpur. Brown H. Perspective on Second Language Acquisition dalam Richard J. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dasar Bahasa dan Pembangunan Negara di Malaysia. Ismail Abdul Rajab. Donald P (1971). Izani Hj Daud (1999). Kumpulan Budiamn Sdn. (1980). Longmans Group Limited. Hashim Haji Musa (1994). 91989). Fajar Bakti. Principles Of Language Learning and teaching. (1990). Bengkel Bahasa Malaysia dalam Media Am. Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. 9. (ed) dalam Error Analysis. Isu-isu Bahasa Melayu. Janet Wong May Chin (1992). Tinjauan Kesalahan Penggunaan Bahasa di Kalangan Pelajar dalam Jurnal Bahasa Jilid 33. Petaling Jaya. Bahan sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Fajar Bakti Sdn. . Satu Analisis Kesilapan Tatabahasa Dalam Penulisan Akhbar dan Majalah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Pengajian Melayu 2 : Ketrampilan Bahasa. Vernon S dan Ey. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hassan Ahmad. (2002). Pengantar Falsafah Bahasa.Aziz (1997). Kuala Lumpur. Bil._______________(1984). Ibrahim Hj Salleh. Dewan Bahasa dan Pustaka. C. 20-21 Oktober 1981. Universiti Malaya. P. London. New Jersey : Prentice Hall. (1974). Kuala Lumpur. Jais Sahok (1990). Kamarudin Haji Husin dan Siti Hajar Abd. Kamarudin Haji Husin (1995). Corder S. Engkewood Cliff. Bahasa Seksis Dalam Pengiklanan. Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (1982). Teaching and Media : A Systematic Approach. Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu : Beberapa Pertimbangan dalam Teknologi Sistem Pengajaran. Perkaedahan Mengajar Bahasa. Englewood Cliffs. Dewan Bahasa dan Pustka. Kuala Lumpur. Gerlach. http://www.

Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Mohd Majid Konting ((1990). (1996). . Mohd Haron. Mashudi Kadir dan Darwis Harahap (1989). Kartun. Rohana Zubir (1994). Kuala Lumpur. Bahan Pusat Pembelajaran Bahasa Dalam Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Dahalan Mohd Ramli dan Rabiatol Adawiyah Hashim (1994). Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim (1980). Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pencemaran Bahasa Malaysia dan Kesannya Terhadap Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Jurnal Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Samat Buang (1996). Dewan Bahasa dan Pustaka.bahan pengajaran. Jilid 40. Mohd Daud Hamzah (1998). Dewan Bahasa dan Pustaka. Pembelajaran Berasaskan Sumber. Kedah. Bil. Sehari Dengan Mingguan Malaysia-Ahad 7 November 1982 dalam Abdullah Hassan. Bil. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Kertas Kerja Persidangan Pengetua-Pengetua Mengenai KBSM.26. (25 Mac 1996. Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Melayu. Konsep dan Amalan (Dalam Konteks KBSM). Kuala Lumpur. http://www. Bil. Penggunaan dan Penilaian Media Dalam Pendidikan Bahasa Melayu Dalam Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Mohd Ghazali Abdul Samad (1994). Jabatan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Jilid 36. Omardin Ashaari (1999). Kartun Sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. edu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka.12. 9. Hasnah Ibrahim dan Mashudi Kadir (ed). _________________ (1982). Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu Trend Masa Kini dan Dilema Guru Bahasa dalam Jurnal Dewan Bahasa. Jilid. Kuala Lumpur. Laras Bahasa. Kegunaan dan Kesesuaian Majalah 3 Sebagai Bahan Tambahan Pengajaran Bahasa Melayu dalam Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Khatijah Abdul Hamid (1999).4. Pemilihan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. T. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. Longman Malaysia. New Jersey : Prentice-Hall. P. Nathesan (1991). S. Kuala Lumpur. Nathesan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemelajaran Berasaskan Sumber dalam Jurnal Pendidikan. al. (1984). Jilid XXXIV Keluaran 74. S.Sharifah Alwiyah Alsagoff 91990). James G. Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru. Montgomery. Teaching Media Skills. Stovall. On-Line Editing. Walker. Kuala Lumpur. H. Colorado : Libraries Unlimited. Falsafah Pendidikan. . Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahasa dan Hubungannya Dengan Masyarakat : Satu Tinjauan dalam Jurnal Bahasa Jilid 35 Bil 1. Inc. Petaping Jaya. Sdn. Littlelon. Kuala Lumpur. et. (1977).K. Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (1990).