You are on page 1of 23

PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2014

HBLS3303
TEKNOLOGI RUMAH TANGGA

NO. MATRIKULASI

760721036057001

NO. KAD PENGNEALAN

760721036057

NO. TELEFON

0139630980

E-MEL

shamwkf@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN
KELANTAN

Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan
kurnianya, dapat menyelesaikan Laporan ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh
penghargaan kepada Puan Haizan, tutor utama OUM di atas kesudian beliau memberi tugasan
ini kepada saya dan menjadi penyelia sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Beliau juga
banyak membantu sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Pelbagai ilmu dan
pengetahuan yang dapat rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Di kesempatan ini, saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang
menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada rakan-rakan saya, kerana mereka telah banyak
memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar mereka amat
membantu dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, saya
juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kerana telah banyak
memberi sokongan moral dan bantuan bagi menyelesaikan tugasan ini. Sekiranya, ayahnda
yang dikasihi masih berada disisi, serangkap kata Terima Kasih buat dirinya ingin
dihulurkan, namun hanya Al-Fatihah yang hanya mampu dititipkan buat ayahnda yang
dikasihi.
Selain itu, saya turut berterima kasih jua yang mampu diucapkan kepada rakan sepengajian
yang turut sama mengajar bersama-sama saya disekolah kerana banyak memberi idea-idea
yang bernas serta telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan
usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Ucapan ini juga ditujukan kepada semua
pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan kalian semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya berkongsi serangkap mutiara kata yang banyak
memotivasikan dan memberi semangat serta kekuatan buat diri saya.

PENGENALAN TENTANG BINAAN FABRIK

PENGENALAN
Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah menggunakan sumber semulajadi
sebagai bahan asas untuk membuat pakaian bagi melindungi tubuh mereka. Kini, dengan
kemajuan sains dan teknologi telah dapat menghasilkan pelbagai jenis fabrik yang bermutu
daripada sumber asli dan bahan kimia untuk pakaian dan artikel lain.Kajian fabrik meliputi
klasifikasi gentian, kegunaan, dan cirinya. Pengetahuan tentang fabrik dapat membantu kita
untuk memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian dan kelengkapan rumah tangga.

1. Klasifikasi Fabrik
Gentian ialah serabut serat dan filamen daripada bahan asli dan buatan yang dijadikan yarn
untuk menghasilkan fabrik. Gentian boleh diklasifikasikan kepada gentian asli dan gentian
buatan.

1.1 Gentian asli


Sejak zaman purba, manusia telah menggunakan pelbagai sumber semulajadi untuk
melindungi tubuh mereka. Kulit haiwan dan sumber tumbuhan seperti daun dan kulit pokok
merupakan pilihan utama mereka.
Perubahan masa dan pengetahuan sains dan teknologi berupaya menghasilkan pelbagai fabrik
yang bermutu. Gentian asli boleh diklasifikasikan kepada gentian tumbuhan dan gentian
haiwan. Fabrik dihasilkan daripada gentian asli atau gentian buatan.Gentian ini diproses
untuk dijadikan yarn, benang dan seterusnya menghasilkan fabric.fabrik dihasilkan dengan
kaedah tenun, kait, dan tanpa tenun.mencelup warna pada kepada fabric dilakukan ketika
dalam bentuk yarn atau fabric. Corak di atas fabric dibuat dengan menggunakan pelbagai
kaedah.terdapat juga fabric yang diberi kemasan untuk memperbaiki kualiti.

Pembinaan fabrik
Pembinaan fabrik di bahagi kepada tiga

Fabric kait

Fabric tenun

Fabric tanpa tenun

CIRI-CIRI GENTIAN ASLI SUMBER TUMBUHAN


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Kukuh dan bertambah kukuh apabila basah


Mudah menyerap lembapan
Selesa dipakai
Pengalir haba yang baik
Tidak kenyal dan mudah renyuk
Tahan pada suhu tinggi dan sinaran cahaya matahari
Tahan pada asid lemah dan alkali

CIRI-CIRI GENTIAN ASLI SUMBER HAIWAN


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kukuh tetapi lemah apabila basah


Daya penyerapan baik
Selesa dipakai kerana lembut
Pengalir haba yang baik
Tidak mudah renyuk
Rosak oleh suhu tinggi dan alkali

CIRI-CIRI GENTIAN BUATAN:


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Kukuh tetapi lemah apabila basah


Menyerap sedikit lembapan dan mengalami elektrostatik
Tidak selesa dipakai
Penebat haba yang baik
Kenyal dan tidak mudah renyuk
Suhu sederhana
Tahan pada cahaya matahari
Tahan pada asid dan lemah pada alkali

FABRIK JENIS KAIT


Fabrik kait terbahagi kepada dua iaitu kait lungsin dan kait pakan.
Fabrik berkait mempunyai struktur yang diperoleh dengan mengait benang yang bergelung.
Istilah ini digunakan kerana tiap-tiap gelungan yarn dikait untuk mendapatkan barisan yang
baru. Kaedahnya serupa dengan mengait mengguna jarum kait (knitting needles) Gelung
berkait yang menegak dikenali sebagai WALES dan gelung berkait yang mendatar dikenali
sebagai COURSE.
Fabrik berkait mempunyai kestabilan yang kurang jika dibanding dengan fabrik bertenun.
Dari itu kegunaan fabrik berkait terhad kepada pakaian tertentu (sukan, riadah, pakaian
dalam, pakaian bayi). Dengan adanya teknologi canggih fabrik berkait yang lebih bermutu
dan mempunyai struktur yang lebih kompleks dapat dihasilkan.

Mengait dilakukan dengan mencangkuk gelung benang antara 1 sama lain secara berangkai.
Proses mengait fabrik ini boleh dilakukan secara manual menggunakan 2 batang jarum.
2 kaedah untuk pembinaan fabrik kait ialah :
a) Kait lungsin
Terbina dengan satu benang atau satu benang yang dikait secara menegak.
Ciri-ciri fabrik ialah ringan,kurang mengikut bentuk badan,daya menyerap kelembapan yang
baik,permukaan fabrik keras dan hanya dihasilkan dalm bentuk fabrik.
6

b) Kait pakan
Terbina hanya dengan satu yarn ataupun satu set benang yang dikait secara melintang.
Setiap satu set itu mempunyai jarum yang tersendiri.
Dihasilkan secara manual ataupun mesin.
Contoh fabrik berkait:
Jersi, single knit

Ciri kait lungsin (contoh : tricot)

Fabric ringan
Kurang mengikut bentuk badan
Daya menyerap kelembapan baik
Permukaan fabric keras
Kurang berubah bentuk
Hanya dihasilkan dalam bentuk fabric

Ciri kait pakan (contoh : fleece)

Fabric ringan dan sederhana berat


Mengikut bentuk badan
Daya menyerap kelembapan sangat baik
Permukaan fabric gebu dan lembut
Mudah berubah bentuk
Boleh terus menghasilkan pakaian

FABRIK BERPAIL
Fabrik berpail adalah sejenis fabrik yang istimewa kerana permukaannya gebu dan lembut.
Ciri-ciri tersebut diperoleh melalui pembinaan yang istemewa yang membenarkan yarn
timbul (pile-yarn) digunting manakala yanrn yang rata tidak di gunting. Yarn rata (ground
yarn) merupakan asas kekukuhan fabrik dan penyokong pile atau yarn yang timbul..
Gambarajah di sebelah menunjukkan kaedah pembinaan fabrik baldu. Yarn untuk gelung A
lebih tebal dari yarn B. YarnW disangkarutkan (inteterlace) dengan kedua-dua yarn A dan B.
Gelung-gelung yarn di sokong dengan dawai halus berselangseli dengan benang pakan.
Dalam proses pembinaan pisau yang terdapat pada dawai akan memotong gelung-gelung
benang. Gambar rajah menunjukkan yarn pile berdiri tegak tetapi sebenarnya pada fabrik
baldu yarn pile mencondung sedikit menghala ke satu arah atau one-way. Keadaan ini
diperolehi semasa proses kemasan fabrik dilakukan. Gelung-gelung yarn boleh ditinggalkan
tanpa digunting. Dalam hal demikian fabrik seperti tuala terri diperoleh.

Dalam membuat fabrik koduroi pula, yarn pile ditenun lebih jarak daripada yarn pile pada
baldu. Apabila digunting yarn pile akan timbul daripada permukaan dan menghasilkan tuff
yang timbul dan beralur atau bertali. Justru itu nama cord diperoleh.

1.4 FABRIK NET


Fabrik net atau fabrik renda tidak ditenun atau dikait. Gambar rajah ini menunjukkan struktur
fabrik net. Fabrik net/renda mempunyai 2 helai benang yang berbelit-belit di antara satu sama
lain dan tidak mempunyai barisan benang lurus. Fabrik ini juga mempunyai struktur yang
berlubang dan terbuka open. Dari segi inilah fabrik net tidak teguh dan kebanyakannya
digunakan sebagai hiasan pada pakaian.
1.5 FABRIK BRAID
Fabrik braid dihasilkan dengan menjalin yarn secara menyerung (diagonal). Biasanya fabrik
ini tidak lebar. Fabrik ini digunakan sebagai tali kasut, dan pita hiasan.
1.6 CROCHETING
Perkataan crochet adalah perkataan Francis yang bermaksud cangkuk. Crocheting adalah
kaedah membuat fabrik mengguna yarn dan jarum crochet. Kaedah pembinaan ini tidak luas
digunakan di industri tekstil tetapi sebagai kraftangan untuk membuat baju jumpers, pakaian
kanak-kanak, alas meja dan senagai trimming.

1.7 MACRAME
Kaedah ini menggunakan yarn yang diikat bersimpul-simpul. Fabrik ini tidak sesuai untuk
dibuat pakaian kerana anyamannya terlalu terbuka (open weave). Fabrik ini sesuai untuk
membuat tali pinggang, hiasan dinding, pengantung pasu bunga dan hammock.
1.8 FELTING
Kaedah ini adalah cara membuat fabrik yang paling lama. Proses ini menggunakan
kelembapan, haba dan tekanan yang diguna kepada gentian yang pendik dan membuat ia
melekan. Lazimnya gentian bulu biri digunakan kerana ia mempunyai kuasa semula jadi
untuk melekan. Fabrik felt tidak berjeumbai dan boleh digunting mengikut berbagai bentuk.
Fabrik felt digunakan untuk membuat topi, mainan. Felt mengecut abapila basah dan mudah
koyak.
1.9 FUSING
Kaedah pembinaan fabrik ini seakan-akan sama dengan fabrik felt , tetapi ia memerlukan
agen pelekat. Fabrik kapas dan rayon digunakan untuk pembinaan fusing.

10

FABRIK JENIS TENUN


Fabrik tenun pula terbahagi kepada tiga iaitu tenun biasa, tenun kelerai, dan tenun satin.
Fabrik bertenun mempunyai 2 jenis benang iaitu benang ira lurus / benang memanjang (warp)
dan benang pakan/ benang melintang (weft). Kedua-dua benang ini dijalin berselang-seli dan
bertemu di antara satu sama lain dengan bersedut tepat. Bahagian tepi yang memanjang pada
fabrik bertenun dikenali sebagai selvage. Fabrik bertenun sangat teguh kerana jalinan yang
rapat. Jalinan yang berselang seli tidak memberi ruang untuk fabrik memeri ke kiri dan ke
kanan. Contuh fabrik yang di tenun biasa Belacu, kasa (Voil), maslin, poplin

Ciri tenun biasa (contoh:muslin)

Poros
Kurang daya serap
Mudah renyuk
Kurang legap
Kukuh

Ciri tenun kelerai (contoh:denim)

Kurang poros
Drep dengan baik
Mudah renyuk
Tebal dan legap
Kukuh

Cirri tenun satin (contoh:satin)

Fabric licin dan berkilat


Daya drep yang sangat baik
Kurang kukuh
11

Mudah koyak

12

Kain Cindai atau juga dikenali sebagai kain Limar, merujuk kepada kain tenunan sutera
halus yang bermutu tinggi. Kain Cindai merupakan kain yang mempunyai tenunan benang
tinggi setiap inci dan dikatakan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jumlah
tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikan kain Cindai amat kukuh dan menjadi
rebutan kerana dianggap mampu menahan tikaman senjata. Ini boleh dianggap sebanding
dengan pengunaan baju sutera oleh pahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang
menembusi tubuh mereka tidak mampu menembusi alas baju sutera mereka, dengan itu
membolehkan mata panah ditarik keluar.

Pembuatan kain Cindai juga memerlukan kapakaran menenun yang tinggi, menyebabkan
jumlah yang dihasilkan terhad dan dengan itu mendapat permintaan yang tinggi. Ini
menyebabkan harganya tinggi dan menjadi simbol status sebagai bangsawan dan hartawan.
Kain cindai juga digunakan sebagai senjata kerana kekukuhannya dan digunakan secara
menyebat. Ia juga digunakan secara mencekik, menyambar anggota badan lawan dan
mengunci atau mengikat pergerakan lawan. Kebiasaannya untuk pertarungan, satu hujung
kain ini akan diikat dalam simpulan tertentu untuk berfungsi sebagai pemberat bagi
memudahkan ia disebat. Pakar cindai boleh menyebat simpulan ini dengan tepat dan
dikatakan mereka dapat memecahkan busut dengan ketepatan dan kekuatan sebatan itu.
Kebiasaannya pesilat wanita menggunakannya sebagai senjata pertahanan diri kerana kain
cindai digunakan sebagai tudung/selubung, selendang atau ikat pinggang dalam pemakaian
tradisional pakaian wanita Melayu.

13

Kain Limar

Pada tahun 1773 pemerintah Melaka, Sultan Mansur Syah I telah meminta para penenun
istana mencipta sejenis kain yang menyerupai kain cindai dan kain songket. Daripada
pemerintahan diRaja itu, lahirlah kain limar. Ketika kain limar mula-mula dihasilkan dahulu,
kombinasi warna-warna buah limau iaitu rentetan warna dari hijau kuning ke merah tua
digunakan. Kain limar ditenun daripada benang sutera dan bersulam benang emas. Keduadua cara digunakan untuk membuat kain cindai dan kain songket. Teknik buatan kain limar
sama dengan kain cindai cuma perbezaannya sebelum ditenun, coraknya ditentukan dengan
cara mengikat benang-benang itu berkelompok pada alat aning. Kain limar merupakan
pakaian wanita istana pada zaman dahulu.

14

Songket

Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit
benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik
benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.Kain songket
merupakan tenunan yang dihasilkan daripada jalinan benang loseng (yang menunggu) dengan
benang pakan (yang mendatang). Proses pada asasnya mudah, ini dapat menghasilkan ciptaan
seni tampak yang indah dan menjadi kebanggaan bangsa. Pusat tenunan di Semenanjung
bermula di Terengganu. Pada masa ini Terengganu dan Kelantan adalah pusat pengeluaran
kain tenunan.

15

FABRIK JENIS TANPA TENUN


Fabrik tanpa tenun terbahagi kepada dua iaitu fabric terikat dan fabric falt.
Ciri fabric terikat (contoh:napkin bayi)

Kuat dan teguh


Tinggi daya serap
Lembut dari fabric felt

Ciri fabric felt (contoh:permaidani)

Tepi tidak berjerumbai


Kaku dan bentuk tidak berubah
Kurang kukuh
Permukaan kasar

Kemasan fabric
Rawatan khas yang dilakukan ke atas gentian, yarn, dan fabric sebelum, semasa, atau selepas
fabric dibina untuk meningkatkan kualiti fabric.
Tujuannya untuk :

Memperbaiki rupa
Memperbaiki pengendalian
Memberi kemasan tak kecut
Memneri kemasan tak renyuk
Memberi kemasan untuk perlindungan

16

FABRIK TANPA TENUN

maksudnya fabrik dihasilkan drp gentian yang disusun didalam bekas kemudian diberi
tindakkan bahan kimia atau dijalin bersama menggunakan kaedah mekanikal.
contohnya:

<
karpet, napkin bayi, artikel pakai buang, lapik tilam, renda, selimut
fabrik FELT

17

dihasilkan dari gentian benang sayat. Sayat tadi disusun sehingga ketebalan yang
dikehendaki. seterusnya dengan haba dan kelembapan, kepingan sayat ditekan kuat hasilnya
tercantum dan terhasillah fabrik

guna fabrik felt untuk pakaian..

teksture yang menarik membolehkan digunakan untuk kerja-kerja kraftangan kreatif seperti
membuat bunga diatas ini

18

CONTOH-CONTOH BINAAN FABRIK

FABRIK TENUN
DRILL

FABRIK TENUN
GINGHAM

FABRIK TENUN
GOBERDINE

FABRIK TENUN
BELACU

FABRIK TENUN
OXFORD

FABRIK TANPA TENUN


SATIN

FABRIK TANPA TENUN


JERSI
FABRIK TANPA TENUN
SIFON
19

20

FABRIK TANPA TENUN


SAMPLE NAPKIN BAYI

FABRIK TANPA TENUN


SAMPLE UNCANG TEH

FABRIK KAIT
SHANGTUNG

21

RUJUKAN

http://sitinorermeylimanbpsrt.wordpress.com/nota-e-r-t-ting-5-2/kajian-fabrik/

http://ainunbadriah.wordpress.com/pakaian/bab-7kajian-fabrik-2/

http://nuraishahadnanbpsrt.wordpress.com/pakaian/fabrik-tanpa-tenun/

Buku teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5

Buku Teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4

22

You might also like