You are on page 1of 34

TEMA UMUM KERTAS 3 SPM 2014

MODUL JAWAPAN

SEJARAH K3 (1249/3) 2014

DEMOKRASI BERPARLIMEN

GURU-GURU SUMBER 2014


JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH
PUTRAJAYA PUTRAJAYA.

PERSEKUTUAN

SOALAN 1:Konsep Demokrasi Berparlimen.

Contoh Jawapan 1
Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan
Sistem Republik.
Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang
mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu
oleh Perdana Menteri. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara. Rakyat tidak memerintah tetapi memilih wakil mereka melalui
pilihan raya. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih
perwakilan melalui pilihanraya. Rakyat berhak menyokong, mengekal, atau
menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Raja-Raja Melayu menjadi
lambang taat setia rakyat.

SOALAN 2a:Latarbelakang perlaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita.


(15 Markah)
SOALAN 2b: Sistem Pentadbiran Negara sebelum perlaksanaan Sistem Demokrasi
Berparlimen (15 markah)
Contoh Jawapan 2(a)
Berikut adalah langkah-langkah kearah pembentukan Demokrasi Berparlimen
seperti yang ada di negara kita hari ini.Pada tahun 1867 Majlis Perundangan NegeriNegeri Selat ditubuhkan berikutan perpindahan pentadbiran dari Syarikat Hindia Timur
Inggeris ke Pejabat Kolonial di London. Majlis Perundangan tersebut merupakan institusi
pertama yang mengadakan perbahasan dan perbincangan seperti ciri-ciri Parlimen
moden.
Pada tahun 1896 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dibentuk. Dengan itu satu sistem
Kerajaan Persekutuan seperti yang ada sekarang terbentuk. Pada tahun 1909 Majlis
Mesyuarat Persekutuan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk dengan
pemusatan kuasa perundangan mengikut asas-asas Parlimen. Majlis ini mempunyai 13
ahli yang dilantik termasuk Raja keempat-empat Negeri Melayu Bersekutu, Residen
Jeneral British serta empat orang ahli tidak rasmi.
Pada tahun 1927 Raja-Raja Melayu Bersekutu berhenti menjadi ahli Majlis
Mesyuarat Persekutuan. Ini turut mengubah keanggotaannya menjadi 13 orang ahli
rasmi dan 11orang ahli tidak rasmi. Majlis tersebut merupakan satu-satunya badan yang
dilantik sepenuhnya sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua pada Disember 1941.

Setelah tamat perang DuniaKedua British kembali dengan Gagasan Malayan


Union. Namun ia telah ditentang oleh orang Melayu. Malayan union telah dibatalkan.
Pada 1 Februari 1948 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dilancarkan secara
rasminya. Di bawah sistem ini telah bermula sistem pilihan raya. Sistem pilihan raya yang
diwujudkan itu merupakan asas kepada sistem politik demokrasi berparlimen di Malaysia
hari ini. Pilihan raya diadakan untuk memilih perwakilan ke Majlis Undangan Persekutuan
dan Majlis Undangan Negeri. Malangnya, cadangan untuk mengadakan pilihan raya
ditangguhkan kerana pemberontakan komunis. Apabila keadaan telah reda, pihak British
telah mengambil beberapa langkah untuk membolehkan Tanah Melayu membentuk
kerajaan sendiri. Langkah terawal dilakukan apabila Sistem Ahli telah diperkenalkan
pada tahun 1951. Dalam sistem ahli, beberapa orang pemimpin telah dilantik ke dalam
Majlis Undangan Persekutuan dan diberi portfolio tertentu.
Pada tahun 1952 pilihanraya untuk kawasan perbandaran Kuala Lumpur telah
diadakan. Pilihan raya umum pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955. Perikatan
telah berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi.YTM Tunku Abdul Rahman dilantik
sebagai Ketua Menteri dan beliau membentuk Kabinet pertama Tanah Melayu. Pada
tahun 1957 satu Perlembagaan bagi Tanah Melayu telah digubal dan diterima sebulat
suara oleh Majlis Perundangan Persekutuan. YTM Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai
Perdana Menteri yang pertama dengan Jemaah Menteri seramai 12 orang. Pada 31
Ogos 1957 pengisytiharan Kemerdekaan diadakan di Stadium Merdeka. Majlis
Perundangan Persekutuan menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah Dewan
parlimen sehingga dibubarkan pada Jun 1959.
Pada tahun 1959, satu pilihan raya umum diadakan. Berikutan itu Sistem parlimen
dua Dewan yang mengandungi Institusi Seri Paduka Baginda yang diPertuan Agong,
Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk.. Pembukaan Parlimen Pertama oleh Seri
paduka Yang Dipertuan Agong 1, Tuanku Rahman Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku
Muhammad di Dewan Tunku Abdul di Ampang.

Contoh Jawapan 2b
Sebelum Perlaksanaan Sistem Demokrasi Berparlimen setelah kedatangan British,
Negeri-negeri Melayu telah pun mempunyai satu sistem politik dan pentadbiran yang
boleh dibanggakan.
Empayar Kesultanan Melayu telah memiliki satu sistem pentadbiran yang tersusun
bagi memastikan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan cekap dan sempurna. Ketika
itu system pentadbiran Melaka diketuai oleh sultan yang dibantu oleh beberapa
pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada bendahara, Laksamana, temenggung,
syahbandar dan lain-lain termasuk para pembesar di peringkat daerah. Tugas-tugas
pentadbiran pada masa itu telah dijalankan mengikut Hukum Kanun Melaka dan

Undang-Undang Laut Melaka. Dari situlah dikatakan sistem perkhidmatan awam di


negara ini telah bermula.
Terdapat ciri-ciri Demokrasi dalam sistem pemerintahan persekutuan Negeri
Sembilan. Sistem berasaskan Adat perpatih. Kedaulatan berada di tangan rakyat.
Perlantikan pemimpin daripada peringkat paling bawah. Anak Buah, memilih Buapak,
Lembaga Undang dan melantik Yang Dipertuan Besar. Yang Dipertuan Besar merupakan
Pemerintah Tertinggi. Keputusan yang Dipertuan Besar berdasarkan perundingan
dengan Undang. Tidakj berhak melantik pembesar. Pemerintah tidak mengamalkan
kuasa mutlak . kerana kuasa diagihkan kepada individu mengikut peringkat. Terdapat
peraturan hidup yang mementingkan kepentingan bersama . Wujud semangat GotongRoyong.
Kerajaan Johor dan Trengganu mempunyai Undang-Undang Tubuh Yang dbentuk
berasaskan Perlembagaan Barat. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan
oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1895. Undang-undang diperkenalkan dengan tujuan
membentuk Kerajaan bercorak Demokrasi dan untuk memantapkan sistem pentadbiran
Johor dan menghalang British daripada menguasai Johor. Undang-undang ini
merupakan Perlembagaan Bertulis yang mengandungi fasal syarat menjadi Raja dan
Peranan Raja.

SOALAN 3: Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen


3.1

(30 Markah)

Konsep/Maksud/Ciri-ciri Perlembagaan

Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mempunyai


perlembagaan.Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas
kepada pembentukan sesebuah kerajaan.Tujuan perlembagaan adalah sebagai
dokumen rasmi negara.
Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan
mentadbir negara.Parti politik atau kerajaan yang memerintah akan mengetahui hala
tuju pentadbiran negara.
Perlembagaan ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat
melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia yang
diperkenalkan pada 16 September, 1963 mengandungi 183 perkara.
Perlembagaan juga mengandungi peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri, dan Senarai Bersama.Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah
Menteri, dan Badan Kehakiman.
Selaian itu,perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah
negara persekutuan. Negeri-negeri yang bergabung dengan Persekutuan Malaysia
diberikan hak, kuasa, dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Negeri.
3.1.1

Keluhuran Perlembagaan

Keluhuran perlembagaan merupakan Rukun Negara yang ketiga.Perlembagaan


bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu
sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertua Agong , Parlimen,
Jemaah Menteri dan mahkamah.
Bukti Keluruhan Perlembagaan dapat dilihat pada peruntukkan kuasa Parlimen. Parlimen
memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Kuasa Parlimen, kedudukan Yang di-Pertua
Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Yang di-Pertua Agong tertakluk
kepada Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertua Agong , Parlimen, Jemaah
Menteri , dan mahkamah.
Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah
tidak sah.Undang-undang Negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan
.Dalam perkara 75 menyatakan bahawa undang-undang negeri yang bertentangan
dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.

Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa kepada mahkamah .Tujuannya untuk


membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah
dengan Perlembangan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap
undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
3.1.2 Kepentingan Perlembagaan
Kepentingan perlembagaan menentukan rangka dan bentuk kerajaan.Perlembagaan
menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk
pentadbirannya.
Selain itu perlembagaan dapat membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran,
ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.Setiap
pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya
menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara
supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.Dalam perkara 24, Perlembagaan
Malaysia menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain
akan dilucutkan kewarganegaraannya.Manakala dalam perkara 25 pula menyatakan
bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia
kepada negara ini.Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaaatan
kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia
Di samping itu perlembagaan Malaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat
di negara ini.Perlembagaan membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka
di sisi undang-undang.Ia juga dapat menjaga dan memelihara hak istimewa serta
kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.
Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Yang di-Pertua
Agong berperanan menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang
Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.Hak istimewa ini termasuklah pemberian
jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, dan pemberian
lessen perniagaan dan perdagangan.
Perlembagaan memastikan Perkara 153 dilaksanakan dengan berhati-hati juga supaya
pelaksaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.
Perkara ini menjamin kerjasama, kesepakatan, dan kepentingan bersama
.Perlembagaan Malaysia menjamin kerjasama, kesepakatan, dan kepentingan bersama
antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri juga.

Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang


Persekutuan dan Negeri untuk membolehkan sistem pentadbiran negara dapat
diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.
Pembahagian ini turut menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri tidak boleh
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Ia menjamin hak istimewa orang
Melayu dan bumiputera tidak dipersoalkan.
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera di Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.Kerajaan
persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan
untuk membantu memesatkan pembangunan di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan
.
Jaminan ini telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia sebelum Sabah dan
Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.Kerajaan Persekutuan
menggunakan senaraikan kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk
membantu memesatkan pembangunan di Sarawak dan Sabah .Perkara ini
menyebabkan pembangunan yang pesat berlaku dalam bidang pendidikan, kesihatan,
dan perkhidmatan pos, telekom, dan polis terutamanya di kawasan pedalaman.

3.1.3 Pindaan Perlembagaan


Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk melindungi
kepentingan rakyat.Pindaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat,menjaga
keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.Pindaan menjadikan
perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi
oleh rakyat dengan rela hati.
Pindaan perlembagaan juga bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka
seperti pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa
orang Melayu.
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang
individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara sensitif
yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini.Tujuannya ialah untuk
memelihara keselamatan, ketenteraman, dan keharmonian masyarakat berbilang kaum
di negara kita.
Pindaan terbesar yang dibuat ialah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-Pertua
Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

3.2

Raja Berpelembagaan

3.2.1 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Sistem Raja Berperlembagaan


Raja perlembagaan merupakan ciri penting dalam negara Malaysia. Raja
perlembagaan sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan
Malaysia.
Yang Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.Baginda merupakan tonggak
negara.Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Yang Pertuan Agong bertindak
berdasarkan perlembagaan Malaysia. Baginda juga bertindak atas nasihat Perdana
Menteri.
Semasa menjalankan tugas, Yang Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendirian kecuali
dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat
keputusan. Yang di - Pertuan Agong di pilih daripada kalangan sembilan orang Raja
Melayu.Daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir.
Pemilihan Yang di - Pertuan Agong dibuat berdasarkan peruntukan dalam
perlembagaan Malaysia.Sistem Raja Berpelembagaan Merupakan tonggak keagungan
kerajaan Malaysia sejak merdeka.Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan
institusi beraja di negara kita.Sistem ini memberi keseimbangan antara raja yang
menaung dan rakyat yang dinaungi.
3.2.2 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia.
Mengikut perlembagaan Malaysia,Yang di Pertuan Agong adalah sebagai ketua
negara.Baginda mengetuai tiga badan kerajaan. Badan perundangan (Legislatif).
Badan pemerintahan (eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari).
Yang di Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga unsur parlimen.Baginda berkuasa
memanggil dan membubarkan parlimen. Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi
Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan menangguhkan sesuatu
hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa
orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan
mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, dan kehormatan Raja-Raja
Melayu.
Baginda juga merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang,
Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda mempunyai kuasa budi
bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan
melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat
Perdana Menteri.

Baginda boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X


jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda berkuasa melantik pengerusi
dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).Baginda juga melantik ahli
Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA).Selaian itu,baginda juga bertanggungjawab melantik
Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.Baginda
mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara.
3.2.2 Cara-cara Pemilihan Yang di Pertuan Agong
Pemilihan Yang di Pertuan Agong telah diwujudkan sejak tahun 1957. Yang di Pertuan Agong di pilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu.Daripada
sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan berdasarkan peruntukan
perlembagaan Malaysia secara sulit dalam Mesyuarat Raja-rajaMelayu mengikut senarai
pemilihan. Cara pemilihan ini memberi peluang kepada setiap Raja Melayu memegang
jawatan Yang di Pertuan Agong selama lima tahun. Baginda berhak meletak jawatan
sebelum tamat perkhidmatan.Baginda boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis
Raja-raja Melayu.

3.3

Kuasa Pemerintah

3.3.1 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Kuasa Pemerintah


Kuasa pemerintahan Malaysia ialah salah sebuah negara demokrasi berparlimen dan
raja berpelembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep
ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan perundangan,
badan pelaksana clan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh
pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
3.3.2 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Badan Perundangan (Legislatif)
Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan
yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan Malaysia. Fungsi badan
perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan
kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab
menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan
Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
3.3.3 Dewan Negara atau Senat
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan
negara. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar
sebagai Senator yang mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui
pertandingan dalam pilihan raya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh

tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama
dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada
individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam,
bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian,
kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.
Keahlian ahli dewan negara terdiri daripada 26 orang ahli dipilih dari 13 buah negeri oleh
Dewan undangan Negeri(DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN.Dua orang ahli
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.Seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli dari Wilayah
Persekutuan Putrajaya.40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri
daripada individu yang berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional seperti
perniagaan ,perusahaan,pertanian,kesenian,kebajikan atau individu yang mewakili
sesuatu kumpulan minoriti orang Asli.
.3.4

Dewan Rakyat

Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam
pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua
kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan
Rakyat ialah lima tahun.Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan
undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang
dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah
dinamai Ordinan.
3.3.5 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Badan Pelaksana (Eksekutif)
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar
kerajaan.Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. TugasJemaah Menteri
atau Kabinet bertindak menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.Perdana
Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
3.3.5 Kementerian
Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta
menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.Pada masa ini
terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara.
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas
dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan

diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.
3.3.5 Perkhidmatan Awam
Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
Pada peringkat kementerian, pentadbiran diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian.
Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai
perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar
dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan kerajaan yang diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran
Ketua Pengarah.
Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan
daerah.

3.3.6 Badan Berkanun


Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan
berkanunmerupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi
tertentu.Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.
Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada
Menteri yang berkenaan.Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan
tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program
pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.
Beberapa contoh Badan Berkanun antaranya Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (F RIM).
3.3.7 Suruhanjaya
Suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan,
kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan,Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya
Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

3.3.7 Badan Kehakiman (Judisiari)


Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan
jenayah.Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit.Perkara
jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.
Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh
badan perundangan dan pihak badan pelaksana.Badan kehakiman juga berkuasa
mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan
tugas kehakiman di negara ini.Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan
perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang
bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa
perundangan atau Parlimen.Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki
piramid. Melalui sistem ini individu kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan
perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua
hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan
pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli -Yang
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat
dengan sewenangwenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim
daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang -undang.
Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan
menjadi Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai
Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.
3.4

Konsep/Maksud/Ciri-ciri Pilihan raya

Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah.Sama ada pada
peringkat negeri atau persekutuan.Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan
mengggunakan prosedur yang teratur.
Pengiraan dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.Calon yang mendapat
undi terbanyak dikira menang.Sistem ini dikenali dengan system majority mudah.Pilihan
raya memerupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.Warga negara
Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik.
3.4.1 Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
Pilihan raya di Malaysia dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).Keanggotaannya
dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

Melayu.Suruhanjaya Pilihanraya ditubuhkan untuk menjamin pilahan raya yang adil dan
bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.
3.4.2 Fungsi/Peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
Peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ialah menjamin pilihanraya yang adil.Bebas tanpa
tekanan parti pemerintah dan pembangkang.
Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya,
menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan
raya umum atau pilihan raya kecil.SPR juga menjalankan pilihan raya dengan efektif,adil
dan saksama. SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha
yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan ketua Pentadbir urus setia.Mereka
dibantu sekumpulan kakitangan awam.Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis
panduan dan dasar SPR.Tujuannya untuk memastikan pilihan raya di jalankan dengan
efektif dan adil.Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem
pemerintahan demokrasi.

3.4.3 Jenis pilihan raya


3.4.3.1

Pilihan raya umum

Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan
Undangan Negeri secara serentak di Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan Sabah pula
pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara
berasingan.
3.4.3.2

Pilihan raya kecil

Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Kekosongan ini berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu kematian, peletakan
jawatan dan pelucutan jawatan.Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari
bagi semenenjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan
itu.
3.4.4 Proses Pilihan raya di Malaysia
Proses pilihan raya di Malaysia pada tahap pertamanya ialah menetapkan tarikh
penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).Kemudian
penamaan calon dan diikuti oleh penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.

Di negara kita sebelum proses pengundian dijalankan, sama ada dalam pilihan raya
umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding
dibenarkan berkempen.
Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.
Selepas itu, diadakan pelancaran kempen pilihan raya dan pengumuman tentang
tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR.
Langkah seterusnya ialah pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti
calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian.Pembuangan undi.
Pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undid an memasukkan kertas
undi tersebut ke dalam peti.Pegiraan undi dilakukan.Pengumuman keputusan pilihan
raya oleh pegawai pilihan raya.
3.4.5 Syarat menjadi calon dalam Pilihan raya
Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang
mereka gemari. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan
raya.
Seorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia
berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis,
tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan
sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen dan ahli
Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau
didenda tidak kurang daripada RM 2000 dan belum mendapat pengampunan.
Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas
nama individu sebagai calon bebas.Mereka harus mengemukakan kertas penamaan
calon pada hari penamaan calon.
3.4.6 Syarat menjadi pengundi dalam Pilihan raya
Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan
dalam Senarai Daftar Pemilih.Menurut Perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang
warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di
mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh
mengundi dalam pilihan raya tersebut.
Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya
sahaja.Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar
negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui melalui
pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.

3.4

Parlimen

Parlimen ialah badan perundangan yang berundangan yang bertangungjawab


menggubal undang-undang di negara kita.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan
Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
3.4.1 Dewan Negara
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan
negara kita.Dalam Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli dan 26 orang ahli dipilih
daripada 13 buah negeri iaitu dua orang setiap negeri. Ahli ini dipilih oleh Dewan
Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN.Dua orang dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Seramai 40
orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah
memberi sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional, atau
bidang tertentu seperti perniagaan. Perusahaan,pertanian, kesenian dan kebajikan atau
yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli.
Ahli Dewan Negara digelar Senator . Namun begitu, mereka dilantik tanpa bertanding
dalam pilihan raya. Seorang senator memegang jawatannya bagi tempoh tiga tahun.
Syarat menjadi senator ialah seseorang itu mesti lah berumur sekurang-kurangnya 30
tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Senator juga boleh dilantik menjadi ahli
Jemaah Menteri.
3.4.2 Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam
pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 ahli yang mewakili semua kawasan
pilihan raya di seluruh negara.Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah lima
tahun. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang
pada peringkat Dewan Rakyat.Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal
sebagai Akta. Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan
Enakmen.
Manakala undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan
Sabah dinamakan Ordinan.
3.5
Parti-parti politik
Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk
mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa.
Selain itu, ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan
dan komitmen terhadap perjuangan parti. Selain ideologi politik, sikap perkauman juga
menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti,contohnya Parti Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah Melayu (MCA)dan Kongres
India Tanah Melayu (MIC) di negara kita. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat
untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.

3.5.1 Parti-parti Politik di Tanah Melayu Sehingga Tahun 1963.Nama Parti, Tujuan
Penubuhan dan Sejarah Ringkas.
3.5.1.1
Malayan Democratic Union (MDU)
Ditubuhkan oleh golongan profesional Cina pada bulan Disember 1945.
Matlamat penubuhannya adalahuntuk menentang penubuhan Malayan Union. MDU
merupakan pertubuhan bukan Melayu yang menentang Malayan Union kerana
dianggap
tidak demokratik.
3.5.1.2
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 untuk menumbangkan gagasan Malayan Union.
Matlamat penubuhannya adalah untuk menyatukan orang Melayu menentang Malayan
Union dan melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu. Di samping itu,
matlamat untuk mencapai kemerdekaan merupakan agenda utama penubuhan
UMNO. UMNO kemudian bekerjasama dengan parti MCA dan MIC menubuhkan Parti
Perikatan.

3.5.1.3
Malayan Indian Congress (MIC)
Yang dipertua MIC ialah John Thivy. MIC ditubuhkan pada bulan Ogos 1946. Matlamat
penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu. Selain
memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain.
3.5.1.4
Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu atau all Malayan Council of Joint
Action (AMCJA).Ditubuhkan oleh beberapa persatuan bukan Melayu pada bulan
September 1946.Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock dan setiausahanya ialah John
Eber.Penubuhannya adalah bertujuan untuk menentang Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu dan menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu. Selain itu, matlamat
lain ialah menuntut kewargenegaraan yang sama.
3.5.1.5
Hizbul Muslimin.
Diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir. Hizbul Muslimin bermaksud Pertubuhan Kaum
Muslimin. Merupakan pertubuhan politik yang pertama antara tahun 1948 hingga awal
tahun 1950-an. Perjuangan pertubuhan ini untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam di
Tanah Melayu yang merdeka. Perjuangan Hizbul Muslimin kemudian disambung oleh Parti
Islam Setanah Melayu(PAS).
3.5.1.6
Malayan Chinese Association(MCA)
MCA itubuhkan pada tahun 1949. Pengasas penubuhannya termasuklah Tan Cheng
Lock, Yong Shook Lin, Kolonel Lee Hau Shik( H.S.Lee) dan Leong Yew Koh.Matlamat MCA
ditubuhkan adalah untuk menjaga kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu.
Matlamat lain ialah,bekerjasama menentang keganasan komunis di Tanah Melayu.

3.5.1.7
Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence Malaya Party (IMP)
Diasaskan olehOnn Jaafar pada bulan September 1951. IMP menuntut supaya
pilihanraya diadakan pada 1955 dan mahukan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
pada tahun 1961. Parti ini merupakan parti berbilang bangsa. Namun begitu, Parti IMP
tidak mendapat sambutan.
3.5.1.8
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
Ditubuhkan pada 24 November 1951 di Kepala Batas,Seberang Perai dan diasaskan oleh
Haji Ahmad Fuad bin Hassan. Perjuangannya bermatlamat menubuhkan sebuah negara
Islam di Tanah Melayu dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
3.5.1.9
Parti Buruh Se- Tanah Melayu.
Ditubuhkan pada tahun 1952 dan Presiden pertama ialah Mohamad Sopiee Ibrahim.
Menentang keganasan komunis dan Merancang kemerdekaan Tanah Melayu
merupakan matlamat perjuangan parti ini.
3.5.1.10
Parti Negara
Diasaskan oleh Dato Onn Jaafar pada bulan Februari 1954. Bermatlamat mendapatkan
kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun. Parti ini menekankan
kepentingan orang Melayu kerana DatoOnn Jaafar ingin mendapatkan semula
sokongan masyarakat Melayu terhadapnya.
3.5.2
Parti- parti politik di Sarawak sehingga Tahun 1963.Nama Parti,Tujuan
Penubuhan dan Sejarah Ringkas.
3.5.2.1
Parti Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
Ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada awal tahun 1940-an. Matlamat
penubuhannya bertujuan memupukkan kesetiaan dan perpaduan di kalangan semua
kaum.
3.5.2.2
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
Ditubuhkan oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong pada 12 Jun 1959.Penubuhannya
bermatlamatkan melahirkan perasaan taat setia.Menyatukan kaum-kaum di Sarawak.
Selain itu bertujuan mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak.
3.5.2.3
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Ditubuhkan pada 10 April 1961 oleh Stephen Kalong Ningkan, ketua orang Iban dari
Saribas.Matlamat perjuangannya bagi mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak.
3.5.2.4
Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
Ditubuhkan oleh Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman,Abdul Rahman Yaakub dan
Abdul Taib Mahmud pada tahun 1961. Matlamat untuk membantu orang Dayak
mencapai perpaduan dan menjaga hak mereka dalam Perlembagaan serta
meninggikan taraf hidup rakyat Sarawak.

3.5.2.5

Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)

Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah Anak Bareing pada bulan Julai 1962 demi menjaga
hak dan kepentingan orang Dayak di Sarawak.
3.5.2.6
Parti Cina Sarawak (PCS)
Ditubuhkan pada bulan Julai 1962,oleh William Tan. Berusaha mencapai matlamat ke
arah perpaduan demi untuk menyatukan orang Cina dan menyokong gagasan
Malaysia.
3.5.2.7
Parti Negara Sarawak(PANAS)
Ditubuhkan oleh Datu Bandar abang Haji Mustapha yang bermatlamatkan melindungi
kaum bumiputera dan melindungi kedudukan mereka dalam bidang ekonomi,politik dan
sosial. PANAS Namun, tidak mendapat sokongan segolongan orang Melayu yang
menentang penyerahan Sarawak.
3.5.3 Parti-parti politik di Sabah Sehingga Tahun 1963,Nama Parti,Tujuan Penubuhan dan
Sejarah Ringkas.
3.5.3.1
Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)
Diasaskan oleh Donald Stephens pada bulan Ogos 1961. Matlamat penubuhannya untuk
menyatukan dan mengeratkan hubungan antara orang Kadazan Dusun agar mereka
dapat berjuang bagi meningkatkan cita-cita mereka dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial.
3.5.3.2
Parti Kebangsaan sabah bersatu (USNO)
Ditubuhkan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun pada bulan Disember 1961.
Parti ini menyokong gagasan Malaysia.Mendapat sokongan kuat daripada kaum
Sulu,Bajau,Kedayan dan Melayu Brunei. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Memperjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi. Menukarkan nama
Borneo Utara kepada Sabah.
3.5.3.3
Parti Pasok Momugun.
Ditubuhkan pada tahun 1962. Dipimpin oleh G.S Sundang dan O.K.K Sedomon
Perjuangan bermatlamatkan melindungi hak kaum bumiputera di pendalaman.
3.5.3.4
Parti Cina Sabah atau Sabah Chinese Association (SCA)
Diasaskan oleh Khoo Siak Chiew dan Peter Chin. Memperjuangkan usaha memelihara
kepentingan masyarakat Cina di Sabah.Parti Bersatu atau United Party dan Parti
Demokrat atau Democrat Party telah bercantum menjadi Parti Cina Sabah ( SCA).

SOALAN 4 (a)
: Mengapakah negara kita memilih sistem demokrasi berparlimen
sebagai asas pentadbiran.?
SOALAN 4(b)
: Apakah faedah/manfaat sistem demokrasi berparlimen kepada
bangsa dan negara?
Contoh Jawapan 4a:
Negara kita memilih sistem demokrasi berparlimen sebagai asas pentadbiran
kerana rakyat berpeluang memilih kerajaan melalui pilihan raya. Pilihan raya yang
dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) adalah proses memilih wakil rakyat untuk
memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Wakil yang dipilih oleh
rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan
bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang
diwakilinya. Oleh itu, rakyat berhak membuat pemilihan yang tepat mengikut
pertimbangan masing-masing dalam setiap pilihan raya di kawasan tertentu yang telah
ditetapkan.
Sistem demokrasi berparlimen juga dipilih untuk mengekalkan warisan
kesultanan Melayu. Hal ini kerana raja-raja Melayu sebagai ketua negara di bawah
pentadbiran Raja Berpelembagaan yang merupakan tonggak kedaulatan sistem beraja
sejak zaman kerajaan Melayu Melaka. Seri Paduka Yang Dipertuan Agong diberi kuasa
untuk memelihara adat-istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam. Sebagai
Pemerintah Tertinggi Tentera Negara, rakyat menumpahkan kesetiaan bersandarkan
keluhuran perlembagaan. Raja-raja pula menjadi ketua negeri masing-masing dan
menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Selain itu, pemilihan sistem demokrasi berparlimen adalah untuk melicinkan
pentadbiran negara. perlembagaan yang merupakan asas demokrasi berparlimen
adalah secara langsung sebagai undang-undang tertinggi dan dokumen rasmi yang
mengandungi peraturan dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan
kuasa dan mentadbir negara. Contoh yang jelas dapat dijelaskan dalam Perlembagaan
yang memperuntukkan Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang
Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.
Di samping itu, Sistem Demokrasi Berparlimen dapat menjamin kestabilan
politik negara Malaysia. Hal ini dapat dilihat dalam Sistem Demokrasi berparlimen dan
raja berpelembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep
ini kuasa pemerintahan dibahagikan tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan
pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang
berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Akhir sekali, negara kita memilih Sistem Demokrasi berparlimen dalam
pentadbiran negara untuk mengekalkan perpaduan rakyat. Ia diterjemahkan dalam
penggubalan perlembagaan negara yang memperlihatkan semangat persefahaman
dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Contohnya, Barisan Nasional ialah sebuah

pertubuhan politik hasil gabungan kaum Melayu, Cina dan India. Kandungan
perlembagaan juga memanifestasikan pencapaian kata sepakat antara takhta dengan
rakyat, antara rakyat dengan rakyat yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum,
budaya dan bahasa.

Contoh Jawapan 4b:


Faedah pembentukan sesebuah kerajaan yang berasaskan demokrasi berparlimen
adalah dapat mewujudkan keamanan negara. Sistem demokrasi berparlimen
membolehkan rakyatnya dapat hidup dengan tenteram, bebas serta mendapat
layanan yang adil, saksama dan sama rata. Bagi tujuan ini, perlembagaan telah digubal.
Buktinya, tunjuk perasaan yang membawa kepada pertumpahan darah tidak berlaku di
Malaysia kerana rakyat berpuas hati dengan amalan demokrasi berparlimen. Amalan
Perlembagaan yang menjadi asas demokrasi berparlimen mengehadkan kuasa
pemerintah supaya ia tidak dapat menyalahgunakan kuasanya atau bertindak
sewenang-wenangnya terhadap rakyat dan negara.
Seterusnya, demokrasi berparlimen mementingkan perlembagaan yang
berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negara dengan menentukan
rangka dan bentuk pentadbiran agar wujud kecekapan, keadilan, ketulusan serta
kelancaran. Misalnya, pada lewat arus kemodenan ini, institusi beraja sebagai ketua
agama Islam yang menjadi tonggak kekuatan negara amat penting dalam menjana
keseimbangan politik selain mengekalkan kestabilan sesebuah negara. Setiap pemimpin
memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati
kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Dengan itu, semua prinsip pentadbiran
negara terkandung dalam Perlembagaan.
Selain itu, Sistem Demokrasi Berparlimen juga bermanfaat kepada rakyat kerana ia
dapat memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera lain. Kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak juga tertera dalam
perlembagaan. Buktinya, telah terpahat secara tersirat dan tertera secara tersurat di
dalam Perlembagaan Persekutuan semangat menjunjung tujuh wasiat Raja-Raja Melayu
yang menetapkan antaranya ialah kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan
sah kaum-kaum lain. Hak istimewa tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya
pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain.
Seterusnya undang-undang negara dapat dimantapkan melalui sistem demokrasi
berparlimen. Hal ini berdasarkan fungsi badan perundangan iaitu menggubal undangundang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagan persekutuan
menjadi rujukan utama dalam mengurus tadbir negara. Ia mengatasi segala undangundang lain. Tidak ada undang-undang lain yang harus mencabar keunggulanya.
Contohnya, Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu Yang Di-Pertuan
Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang berperanan menggubal undangundang dan dasar negara. Oleh itu, mematuhi dan menghormati perkara-perkara yang

telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan bukan satu pilihan tetapi adalah satu
kemestian untuk membolehkan sistem pemerintahan demokrasi yang sejati dapat
ditegakkan.
Akhir sekali, manfaat yang diperoleh daripada sistem demokrasi berparlimen dan
Raja Berpelembagaan adalah dapat menyatupadukan rakyat majmuk di Malaysia.
Peranan raja yang berada di atas politik kepartian telah menyumbang secara tuntas ke
arah proses penyatuan rakyat majmuk dan pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia
yang berjaya. Ia mempamerkan semangat persefahaman dan mempamerkan
kesediaan berkompromi pelbagai pihak. Ia juga memanifestasikan pencapaian kata
sepakat antara rakyat sesama rakyat yang berlatarbelakangkan pelbagai agama,
kaum, budaya dan agama. Sebagai contoh, setiap tahun rakyat Malaysia berkongsi
kegembiraan menyambut perayaan bersama-sama walaupun berbeza anutan agama.
Sambutan Deepa Raya dan Gong Xi Raya menjadi salah satu keunikan di Malaysia.

SOALAN 5 (a)
SOALAN 5(b)
SOALAN (c)

: Kepentingan Warganegara Malaysia Memahami Pelaksanaan


Sistem Demokrasi Berparlimen
:Peranan Warganegara Dalam Menjayakan Sistem Demokrasi
Berparlimen.
:Sebab Anda Berbangga Dengan Sistem Demokrasi Berparlimen Di
Negara Kita.

Jawapan 5(a):
Warganegara Malaysia perlu memahami pelaksanaan sistem Demokrasi
Berparlimen supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin
yang berwibawa dan benar-benar layak untuk menerajui pentadbiran negara dan
menentukan kerajaan yang akan memerintah. Amalan memilih pemimpin dan kerajaan
dalam Demokrasi Berparlimen ini dibuat melalui pilihan raya. Kuasa rakyatlah yang akan
menentukan pemimpin yang dipilih sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri merupakan pemimpin yang bertanggungjawab memperjuangkan
kepentingan rakyat yang diwakilinya. Melalui pilihan raya juga, rakyat diberi hak bagi
memberi mandat kepada sesebuah parti untuk membentuk kerajaan dan memerintah
negara. Hal ini bagi memastikan kerajaan yang memerintah sentiasa menunaikan
tanggungjawab terhadap rakyat yang diperintah bagi menjamin kestabilan politik dan
kamakmuran ekonomi negara.
Warganegara Malaysia juga perlu memahami pelaksanaan sistem Demokrasi
Berparlimen agar rakyat mempunyai pengetahuan tentang hak dan peranan mereka
sebagai warganegara Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan

kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan
kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Perlembagaan
membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang. Rakyat
juga terlibat dalam membuat keputusan politik dan urusan pemerintahan negara. Melalui
pilihan raya, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan yang akan
menerajui pemerintahan negara.
Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan juga
penting bagi menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan dan kelicinan
pentadbiran dan pemerintahan kerajaan. Perlembagaan Malaysia merupakan undangundang tertinggi yang dijadikan asas kepada pembentukan kerajaan dan menjadi
panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik
yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini dapat
menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan
yang terkandung dalam Perlembagaan. Setiap pemimpin juga memerlukan panduan
semasa memerintah agar pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan
aspirasi rakyat.
Perlembagaan juga digubal supaya pemerintah tidak menyalah guna kuasa atau
bertindak sewenang-wenangnya. Pemerintahan Malaysia yang bercirikan Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan juga perlu difahami oleh warganegaranya demi
mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Sejak tahun 1957, Perlembagaan
Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk melindungi kepentingan rakyat dan
menjamin keselamatan negara. Perlembagaan telah dipinda bagi melarang perkara
sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahan beraja, agama Islam,
kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Seseorang individu dilarang
bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh
menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara
keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara
kita. Lantaran itu, kita mestilah saling bertoleransi dan memelihara hak asasi serta
kebebasan individu supaya rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni.
Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen juga membolehkan pemimpin dan
rakyat berganding bahu mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di negara ini. Berdasarkan prinsip Raja Berperlembagaan seperti yang
dimaksudkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Raja menjadi payung atau simbol
perpaduan semua kaum serta simbol perpaduan antara agama. Dalam konteks negara
Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama
Negara. Yang di-Pertuan Agong juga merupakan simbol keutuhan dan perpaduan
rakyat di negara ini. Justeru, tindakan sesetengah individu yang menghina institusi diraja
dalam media sosial dianggap mangandungi unsur hasutan yang boleh membuatkan
masyarakat berpecah belah dan tidak menghormati institusi raja. . Kita haruslah berusaha
mengukuhkan perpaduan antara kaum dan mengutamakan rundingan dalam
menyelesaikan masalah

Antara peranan warganegara Malaysia dalam menjayakan sistem Demokrasi


Berparlimen ialah senantiasa menghormati keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan
Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi
kepada negara serta memupuk semangat patriotisme. Perkara 24 Perlembagaan
Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan
dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang
warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.
Jika perlembagaan diabaikan, perpaduan kaum akan terjejas dan negara berada
dalam keadaan kucar-kacir. Hal ini boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan
negara serta mendedahkan negara kepada pencerobohan luar.
Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala undang-undang
yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi menjamin keamanan negara. Undang-undang
digubal bagi menjaga kepentingan rakyat dan keselamatan negara ini. Undang-undang
juga digubal untuk membantu melicinkan urusan pentadbiran negara. Penguatkuasaan
undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan
pelampau dalam negara. Pindaan Akta Hasutan 1970, mengehadkan seseorang individu
daripada bercakap sewenang-wenangnya serta larangan menyentuh perkara sensitif
demi mengelakkan perbalahan antara kaum.
Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat
dijalankan dengan baik dan mantap melalui sokongan padu rakyat terhadap kerajaan
yang memerintah. Rakyat harus menjalin permuafakatan dengan kerajaan dengan
menyokong dasar-dasar kerajaan, menyahut seruan kerajaan dan bekerja dengan telus
dan amanah. Selain itu, rakyat haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari
diceroboh oleh anasir anasir luar. Rakyat perlu menghindari diri daripada terlibat
dengan anasir yang boleh merosakkan negara seperti perhimpunan di jalanan. Rakyat
juga harus saling bekerjasama, tolong-menolong dan menyokong kerajaan yang
memerintah demi mengekalkan keharmonian negara. Hal ini penting kerana keamanan
dan kemakmuran negara mampu menjanjikan masa depan ekonomi Malaysia dapat
dipacu dengan lebih cemerlang.
Warganegara Malaysia juga boleh memainkan peranan menjayakan sistem
Demokrasi Berparlimen dengan melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara.
Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik
semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta
menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan
dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang
warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di
mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh
mengundi dalam pilihan raya tersebut.

Warganegara Malaysia juga perlu mempertahankan Sistem Raja Berperlembagaan di


negara kita dalam usaha menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen. Sistem Raja
Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka
hingga kini. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat di negara ini. Raja
merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Raja memelihara hak keistimewaan
dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak. Raja sebagai
ketua negara dan lambang kedaulatan negara. Oleh sebab itu, sistem beraja perlu
dipertahankan kerana raja merupakan lambang penyatuan orang Melayu dan
pelindung bagi semua rakyat Malaysia. Pengukuhan institusi beraja dapat mengekalkan
keharmonian antara kaum di negara ini.

Jawapan 5b
Antara peranan warganegara Malaysia dalam menjayakan sistem Demokrasi
Berparlimen ialah senantiasa menghormati keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan
Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi
kepada negara serta memupuk semangat patriotisme. Perkara 24 Perlembagaan
Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan
dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang
warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.
Jika perlembagaan diabaikan, perpaduan kaum akan terjejas dan negara berada
dalam keadaan kucar-kacir. Hal ini boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan
negara serta mendedahkan negara kepada pencerobohan luar.
Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala undang-undang
yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi menjamin keamanan negara. Undang-undang
digubal bagi menjaga kepentingan rakyat dan keselamatan negara ini. Undang-undang
juga digubal untuk membantu melicinkan urusan pentadbiran negara. Penguatkuasaan
undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan
pelampau dalam negara. Pindaan Akta Hasutan 1970, mengehadkan seseorang individu
daripada bercakap sewenang-wenangnya serta larangan menyentuh perkara sensitif
demi mengelakkan perbalahan antara kaum.
Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat
dijalankan dengan baik dan mantap melalui sokongan padu rakyat terhadap kerajaan
yang memerintah. Rakyat harus menjalin permuafakatan dengan kerajaan dengan
menyokong dasar-dasar kerajaan, menyahut seruan kerajaan dan bekerja dengan telus
dan amanah. Selain itu, rakyat haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari
diceroboh oleh anasir anasir luar. Rakyat perlu menghindari diri daripada terlibat
dengan anasir yang boleh merosakkan negara seperti perhimpunan di jalanan. Rakyat
juga harus saling bekerjasama, tolong-menolong dan menyokong kerajaan yang
memerintah demi mengekalkan keharmonian negara. Hal ini penting kerana keamanan

dan kemakmuran negara mampu menjanjikan masa depan ekonomi Malaysia dapat
dipacu dengan lebih cemerlang.
Warganegara Malaysia juga boleh memainkan peranan menjayakan sistem
Demokrasi Berparlimen dengan melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara.
Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik
semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta
menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan
dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang
warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di
mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh
mengundi dalam pilihan raya tersebut.
Warganegara
Malaysia
juga
perlu
mempertahankan
Sistem
Raja
Berperlembagaan di negara kita dalam usaha menjayakan sistem Demokrasi
Berparlimen. Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan
Malaysia sejak merdeka hingga kini. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
di negara ini. Raja merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Raja memelihara
hak keistimewaan dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan
Sarawak. Raja sebagai ketua negara dan lambang kedaulatan negara. Oleh sebab itu,
sistem beraja perlu dipertahankan kerana raja merupakan lambang penyatuan orang
Melayu dan pelindung bagi semua rakyat Malaysia. Pengukuhan institusi beraja dapat
mengekalkan keharmonian antara kaum di negara ini.
Jawapan 5c
Saya berbangga dengan pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di negara
kita kerana terbukti sistem ini menjamin kerajaan yang adil dan saksama. Malaysia ialah
salah sebuah negara yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep
ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan perundangan,
badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak
yang berasingan. Tujuannya untuk mengelakkan pembolotan kuasa serta menghindari
pemimpin berkuasa mutlak dan zalim.
Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita juga membanggakan
saya kerana sistem ini menjamin ketenteraman dan keharmonian hidup masyarakat
berbilang kaum di negara ini. Kerjasama dan kesepakatan antara pemimpin dan rakyat
dan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membolehkan rakyat hidup
aman damai dan bersatu padu serta terhindar daripada perbalahan antara kaum dan
pertumpahan darah. Keadaan yang aman ini menjamin kestabilan negara dan kerajaan
boleh memberi tumpuan kepada pembangunan negara dan meningkatkan taraf hidup
rakyat.

Saya harus berbangga dengan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita kerana
institusi beraja terus berfungsi sebagai payung kepada rakyat sedangkan terdapat
banyak negara yang tidak mengekalkan kedaulatan raja pada arus kemodenan ini.
Peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai tonggak utama negara amat dikagumi oleh
masyarakat dunia. Malaysia sudah membuktikan bahawa sistem pemerintahan
Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan adalah sistem pemerintahan yang
paling efisen dan progresif kerana sistem ini menggabungkan barisan kepimpinan negara
yang menjunjung aspirasi rakyat. Institusi beraja amat penting dalam menjana
keseimbangan politik selain mengekalkan kestabilan negara. Peranan raja-raja dalam
memelihara dan melindungi kedaulatan bangsa Melayu dan kepentingan kaum-kaum
lain wajar dijadikan aspirasi oleh rakyat Malaysia.
Saya juga berbangga dengan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita yang
peka dan mengutamakan kepentingan rakyat. Rakyat digalakkan terlibat menentukan
dasar atau polisi kerajaan. Rakyat juga berhak membantah segala cadangan kerajaan
jika kerajaan gagal memenuhi kehendak rakyat atau menyeleweng daripada dasar
yang telah dipersetujui. Setiap rakyat dianggap mempunyai hak yang sama dan berhak
menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.
Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan dan hak asasi rakyat negara ini seperti
berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan ini rakyat mengetahui had
kebebasan mereka di sisi undang-undang.
Selepas 57 tahun merdeka, sistem Demokrasi Berparlimen masih menjadi simbol
kebanggaan rakyat Malaysia. Demokrasi Berparlimen masih merupakan sistem terbaik
negara ini yang mempertahan tanggungjawab pemimpin dan hak rakyat ke atas
kerajaan. Perlembagaan merupakan dokumen terpenting yang mendasari hubungan ini
dan menjadi asas permuafakatan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Demokrasi
Berparlimen yang kita amalkan membolehkan rakyat menyalurkan pandangan dan
kritikan melalui wakil yang terpilih.
Pengamalan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di negara kita turut
membanggakan saya kerana berjaya melahirkan pemimpin yang dikagumi dunia seperti
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antara kejayaan Tun Dr. Mahathir ialah mencipta idea bagi
mengatasi krisis kewangan dunia, mengelakkan negara kita daripada penguasaan
International Monetary Fund (IMF), membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), menubuhkan Koridor Raya Multimedia dan membina Litar Formula 1.
Tun Dr. Mahathir juga merupakan pemimpin yang lantang membela kepentingan
Negara Dunia Ketiga serta membela negara-negara Islam secara konsisten dalam forum
antarabangsa seperti menyokong perjuangan rakyat Palestine bagi mewujudkan
keamanan di rantau Asia Barat.

Soalan 6(a): Amalan demokrasi berparlimen telah menjadi kunci kestabilan politik di
Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
(10m)
Soalan 6(b): Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara
dan bangsa Malaysia. Buktikan.
(10m)
Soalan 6(c): Amalan demokrasi berparlimen telah menjamin kestabilan politik dan
kemakmuran sosioekonomi negara. Buktikan. (10m)

Contoh jawapan 6(a)


Amalan demokrasi yang diamalkan oleh negara sejak merdeka terbukti berkesan
mewujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara
Malaysia.Konsep
pengasingan kuasa
telah berjaya melicinkan sistem pentadbiran negara. Kuasa
pemerintahan negara telah dibahagikan kepada kepada 3 cabang iaitu badan
perundangan, badan perlaksana dan badan kehakiman, dimana ketiga-tiga badan di
pegang oleh pihak yang berasingan bagi mengelakkan pembolotan kuasa.
Raja berpelembagaan adalah ciri penting dan unik dalam negara Malaysia. Ia
merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini. Yang di
Pertuan Agong bertindak berdasarkan kuasa yang ditetapkan dalam perlembagaan
negara. Konsep raja berpelembagaan telah memantapkan kewibawaan institusi raja
negara kita.
Penetapan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah untuk
mengekalkan identiti
bangsa.
Namun begitu bahasa lain masih dibenarkan
penggunaannya.
Islam adalah agama rasmi persekutuan. Namun begitu agama lain bebas
diamalkan tanpa menyinggung amalan agama kaum lain. Seperti mana yang kita lihat
pada hari ini nilai-nilai Islam telah diaplikasikan dalam cara hidup, ekonomi dan politik
Malaysia. Agama lain juga bebas mengamalkan cara hidup agama mereka, membina
kuil dan sebagainya
Perlembagaan telah menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dinegara ini,
seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Setiap rakyat mengetahui had
kebebasan disisi undang-undang. Hal ini menjamin keharmonian dan kestabilan negara.
Contoh jawapan 6(b) Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan
negara dan bangsa Malaysia. Buktikan.
Amalan demokrasi yang diamalkan oleh negara sejak merdeka terbukti berkesan
memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Islam adalah agama rasmi
persekutuan. Ianya telah termaktub dalam perlembagaan. Agama lain bebas
diamalkan. Seperti mana yang kita lihat pada hari ini nilai-nilai Islam telah diaplikasikan

dalam cara hidup, ekonomi dan politik Malaysia. Agama lain juga bebas mengamalkan
cara hidup agama mereka, membina kuil dan sebagainya.
Sebagai negara persekutuan, konsep pengasingan kuasa telah diamalkan dalam
sistem pentadbiran negara. Kuasa pemerintahan negara telah dibahagikan kepada
kepada 3 cabang iaitu badan perundangan, badan perlaksana dan badan kehakiman
dimana ketiga-tiga badan mempunyai tugas dan tanggungjawab melancarkan dan
memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia negara.
Raja berpelembagaan adalah ciri penting dan unik dalam negara Malaysia. Ia
merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini. Yang di
Pertuan Agong bertindak berdasarkan kuasa yang ditetapkan dalam perlembagaan
negara. Konsep raja berpelembagaan telah memantapkan pembinaan negara dan
bangsa Malaysia.
Ciri pembinaan negara bangsa yang seterusnya ialah Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Ianya menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan menjadi
bahasa perpaduan apabila semua kaum bertutur dalam bahasa yang sama. Namun
begitu penggunaan bahasa kaum lain tidak dihalang.
Perlembagaan telah menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dinegara ini.
Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan,
beragama dan memiliki harta. Setiap rakyat mengetahui had kebebasan disisi undangundang. Hal ini membantu memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia.
Contoh jawapan 6(c) Amalan demokrasi berparlimen telah menjamin kestabilan politik
dan kemakmuran sosioekonomi negara. Buktikan. (10m)

Rakyat perlu berpegang teguh dan memegang lima prinsip rukun negara. Setiap
rakyat perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Rakyat perlu menjadikan
Raja-Raja Melayu sebagai lambang taat setia rakyat kepada negara. Dengan itu
kestabilan politik dan keharmonian negara akan dapat dicapai.
Perlembagaan telah menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dinegara ini, seperti
berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Setiap rakyat mengetahui had kebebasan
disisi undang-undang. Hal ini menjamin keharmonian dan kestabilan negara.
Kerajaan perlu
mewujudkan persekitaran yang kondusif
kearah
mempertingkatkan kualiti hidup. Penyediaan kemudahan awan yang selesa seperti
kemudahan pengangkutan, kemudahan kesihatan dan pendidikan yang baik perlu
disediakan untuk rakyat .
Sikap penerimaan dikalangan rakyat berbilang kaum perlu dipupuk sedari awal.
Hal ini perlu bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara. Sikap saling bantu
membantu antara kaum perlu diamalkan bagi mengekalkan kesejahteraan hidup.

Kesejahteraan hidup juga dapat dipelihara dengan memelihara kestabilan ekonomi


negara. Golongan yang kurang berkemampuan perlu diberikan bantuan kewangan.
Pemimpin yang berkalibar yang dipilih oleh rakyat dapat membantu rakyat dengan
cara menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak.
Soalan 7 (a): Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk
mengatasi cabaran tersebut.
Soalan 7(b): Cadangan anda bagi memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi
berparlimen di negara kita.(10 markah)

Contoh Jawapan 7(a)


i) Cabaran (5 markah)
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen antaranya ialah mempersoalkan perlembagaan negara.
Terdapat segelintir rakyat yang tidak berpuas hati dengan kandungan Perlembagaan
Malaysia. Mereka berpendapat perlembagaan mesti diubah sejajar dengan perubahan
politik . Contohnya isu berhubung dengan dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu
dan kedudukan raja-raja Melayu sering dipersoalkan oleh pihak-pihak yang tertentu.
Mereka tidak menghormati institusi beraja dan mempersoal kewibawaan raja-raja
Melayu sebagai pemerintah negeri. Sikap biadap dan memperlekehkan institusi beraja
semakin menjadi-jadi dalam kalangan rakyat dan pemimpin tertentu di negara kita ini.
Kesannya boleh membuatkan masyarakat berpecah belah dan tidak menghormati
institusi raja.
Cabaran yang seterusnya ialah menyalahgunakan hak kebebasan asasi yang
diberikan terutamanya kebebasan bersuara. Rakyat menuntut perkara-perkara yang
melampaui peruntukan dalam perlembagaan negara dan juga membangkitkan isu-isu
yang sensitif. Contohnya menuntut hak sama rata, isu kebebasan beragama dan
sebagainya. Tuntutan ini mereka zahirkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan.
Cabaran yang berikutnya ialah tidak menghormati hak kaum lain. Ini disebabkan
oleh sifat perkauman yang menebal. Situasi ini boleh mengugat perpaduan antara kaum
dan seterusnya boleh mengugat keamanan dan kestabilan negara di bawah sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen.
Cabaran yang seterusnya ialah isu pemimpin yang tidak berintergriti dalam
menjalankan amanah yang dipertanggungjawab. Terdapat segelintir pemimpin yang
mengutamakan kaum keluarga daripada kepentingan negara, rasis, terlibat dengan
rasuah dan tidak menjaga kebajikan rakyat. Keadaan ini boleh membawa kepada

ketidakpuasan hati rakyat kepada pemimpin. Situasi ini boleh mengugat kelancaran
sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh negara kita.
Cabaran yang berikutnya ialah terdapat pihak yang mengambil kesempatan
untuk mencemarkan pilihanraya dengan melakukan perbuatan yang salah. Antaranya
berkempen secara agresif dan melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan
kekacauan. Mereka juga turut mempertikai kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya
dengan membangkitkan isu-isu pengiraan undi, pengundi hantu dan ada juga yang
menganggap SPR memihak kepada parti kerajaan. Contohnya demonstrasi BERSIH yang
menuntut pilihanraya yang bebas dan adil. Mereka berjaya memperdayakan rakyat
sehingga pengundi-pengundi mudah menjadi bingung, prejudis dan teragak-agak untuk
membuat pilihan disebabkan banyaknya maklumat yang saling bertentangan daripada
pihak-pihak yang berkepentingan.
Selain itu pengaruh globalisasi turut memberi cabaran dalam mengekalkan sistem
demokrasi berparlimen. Kepesatan teknologi maklumat menyebabkan rakyat mudah
terpengaruh dengan banyak fahaman politik negara lain dan terdedah dengan ideologi
politik. Rakyat mula mempersoal perkara-perkara yang terdapat dalam pentadbiran
negara. Tidak ramai rakyat umum yang celik hak dan yang mahu mengambil tahu faktafakta tepat sesuatu situasi sebaliknya menerima bulat-bulat apa yang disampaikan
dalam media elektronik.
Cabaran lainnya ialah menghina sistem kehakiman dan melanggar undangundang negara. Mereka menuduh sistem kehakiman negara tidak telus dan adil. Mereka
juga turut mempertikaikan kewibawaan badan kehakiman dalam mengendalikan keskes yang melibatkan orang kenamaan dan membuat tuduhan melampau terhadap
badan kehakiman.
ii) Langkah-langkah mengatasi (5 markah)
Antara langkah-langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran di atas ialah peranan
pihak kerajaan memberi penjelasan kepada pihak yang terlibat agar mereka memahami
perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Malaysia seperti kempen melalui
media massa dan elektronik.
Pihak kerajaan juga boleh memperkasakan pembelajaran di sekolah rendah.
Mulai tahun 2014 mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan di sekolah rendah kepada
pelajar-pelajar Tahun 4 supaya mereka dapat mengetahui latar belakang sejarah
negara. Proses pendidikan ini perlu bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke
institusi pengajian tinggi. Dengan ini generasi muda dapat memahami sebab-sebab
kandungan perlembagaan mempunyai elemen-elemen yang tertentu seperti hak
keistimewaan orang Melayu, bumiputera dan kedudukan raja-raja Melayu.
Langkah yang berikutnya ialah menghormati institusi beraja. Ada baiknya satu
badan khusus ditubuhkan untuk menjadi tempat rujukan ilmuan hingga kepada anak

sekolah diwujudkan bagi memastikan kedaulatan raja sebagai tonggak pemerintahan


negara kekal utuh di negara ini. Institusi raja sebagai sebagai payung dan lambang
kerajaan sejak zaman berzaman perlu dihormati dan ditaati setiap lapisan rakyat
berbilang kaum. Fenomena mempersoalkan kuasa raja tidak sepatutnya berlaku kerana
kedudukan raja-raja Melayu telah diletakkan dalam perlembagaan. Sehubungan
dengan itu kajian serta penyelidikan yang khusus mengenai raja-raja Melayu perlu
dijalankan secara intelektual dan ilmiah bagi mempertahankan institusi beraja.
Langkah seterusnya ialah tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan
dengan tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan isu agama, hak istimewa
orang melayu dan sebagainya. Masyarakat Malaysia perlulah mengukuhkan lagi
semangat patriotisme iaitu cinta akan negara dan mengukuhkan lagi semangat
perpaduan antara kaum supaya mereka dapat menerima dan mematuhi
Perlembagaan Negara. Apabila wujud semangat perpaduan yang menebal ini, rakyat
akan saling bertolak ansur dan menghormati hak kaum lain. Selain itu konsep 1 Malaysia
perlu dipraktikkan dan diamalkan.
Pemimpin-pemimpin negara yang telah dipilih dan diberi kepercayaan oleh rakyat
juga perlu mengamalkan sifat kepemimpinan yang cemerlang, jujur dalam
tanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas. Selain itu, melakukan kerja
dengan beretika dan profesional dan mementingkan kebajikan rakyat daripada
kepentingan sendiri. Mereka juga perlu berpegang teguh kepada agama supaya tidak
melakukan rasuah dan sebagainya yang boleh mengugat kepercayaan rakyat kepada
mereka. Bakal-bakal pemimpin juga perlu mempunyai pegangan agama yang kukuh.
Langkah seterusnya bagi melicinkan perjalanan pilihanraya, pihak pemerintah
perlu memberikan panduan kepada parti politik dalam menjalankan kempen
pilihanraya. Pihak kerajaan atau SPR boleh membuat beberapa penambahbaikan.
Antaranya seperti penggunaan dakwat kekal boleh diteruskan. Pihak keselamatan pula
boleh mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang sengaja mencemarkan
pilihanraya yang diadakan. Pihak yang masih berdegil akan dikenakan tindakan
undang-undang yang sewajarnya. (di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan 1984)
Langkah berikutnya ialah Suruhanjaya Komunikasi Malaysia harus bertindak
menapis unsur-unsur negatif khususnya dalam media cetak dan media elektronik.
Langkah terakhir ialah menghayati Rukun Negara. Apabila rakyat menjiwai Rukun
Negara, semua cabaran yang ada dapat diatasi. Rakyat akan taat setia kepada raja
dan negara, mematuhi undang-undang dan perlembagaan. Selain itu memantapkan
lagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah.

Contoh Jawapan 7(b)


Cadangan saya bagi memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di
negara kita ialah pemimpin/pemerintah memerintah dengan adil dan saksama. Institusi
raja perlu menjunjung amanah pemerintahan dan melaksanakan keadilan untuk
kesejahteraan rakyat. Pemimpin yang dipilih pula perlulah berpegang teguh kepada
prinsip sistem demokrasi berparlimen serta bersikap jujur, amanah dan berintegriti serta
memgutamakan kepentingan negara daripada kepentingan sendiri.
Kerajaan yang memerintah juga perlu menunaikan tanggungjawab terhadap
rakyat dengan sebaik mungkin. Kerajaan yang mesra rakyat perlu diwujudkan.
Sistem pemerintahan demokrasi juga dapat ditegakkan dengan cara
menghormati dan mematuhi perkara-perkara yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan negara hendaklah dijadikan rujukan utama
dalam mengurus tadbir negara. Perlembagaan adalah milik semua. Ia bukan saja milik
dan tanggungjawab kerajaan tetapi ia juga milik dan tanggungjawab semua warga
negara untuk terus mempertahankan dan menghormatinya.
Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat memilih pemimpin yang benarbenar layak dan berhemah di samping bertindak bijak membuat keputusan yang
rasional untuk mengekalkan kerajaan yang berwibawa.
Rakyat juga perlu mematuhi undang-undang negara dan mengekalkan
perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu berganding bahu dengan pihak kerajaan
membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan, ekonomi
dan sosial. Kerjasama dan kesepakatan antara pemimpin dan rakyat dapat
memantapkan sistem pemerintahan kita seterusnya mengekalkan kestabilan dan
keselamatan negara.
Sebagai warganegara Malaysia, semangat cinta akan negara perlu dikukuhkan
lagi. Semangat patriotisme yang menebal dalam kalangan rakyat boleh membantu
memantapkan sistem pemerintahan negara seterusnya dapat mengekalkan
kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen juga boleh dimantapkan dengan
cara mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum. Semua kaum perlu bekerjasama,
menghormati antara satu sama lain dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh
menyebabkan berlaku perbalahan kaum. Perpaduan yang kukuh dapat dapat
mengekalkan keharmonian kaum serta memajukan negara.
Cadangan yang terakhir ialah menyuarakan pendapat dengan menggunakan
saluran yang betul iaitu menyalurkannya melalui wakil rakyat. Demonstrasi jalanan tidak
seharusnya diamalkan. Wakil rakyat pula perlu menerima pandangan rakyat dengan hati
yang terbuka.Konklusinya, amalan demokrasi hanya dapat berfungsi dengan baik jika
ada kesungguhan dan kerjasama dalam kalangan semua pihak bukan pemimpin
semata-mata.

Soalan 8: Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada pelaksanaan sistem pemerintahan


demokrasi berparlimen untuk kecemerlangan bangsa dan negara Malaysia.
(5 markah)

Nilai-nilai murni yang boleh diambil daripada pelaksanaan sistem pemerintahan


demokrasi berparlimen ialah menjadi tanggungjawab rakyat memilih pemimpin yang
benar-benar layak dan berkeliber untuk memimpin negara. Pemimpin yang dipilih
hendaklah berpegang teguh kepada prinsip sistem demokrasi berparlimen serta jujur,
amanah dan berintegriti agar negara terus maju dan berdaulat.
Sebagai warganegara yang baik, kita mestilah memahami perlaksanaan sistem
demokrasi berparlimen di negara kita supaya perlaksanaannya menjadi sistematik.
Sehubungan rakyat hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan bijak supaya
dapat membuat keputusan yang rasional untuk mengekalkan kerajaan berwibawa.
Warganegara Malaysia hendaklah
menghormati pemimpin negara agar
pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kita mestilah saling bertoleransi dalam
memelihara hak asasi dan kebebasan individu supaya setiap rakyat dapat hidup dengan
sejahtera.
Kita hendaklah mengamalkan prinsip keluhuran perlembagaan serta mematuhi
undang-undang negara agar keselamatan negara terjamin. Kita hendaklah bersatu
mengekalkan keamanan negara supaya rakyat dapat hidup dengan harmoni.
Tuntasnya pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi
berparlimen
membolehkan pemimpin dan rakyat berganding bahu untuk memajukan negara dan
bangsa. Maka dengan semangat patriotisme yang tinggi dan jati diri yang kukuh dalam
kalangan rakyat berjaya mengekalkan kestabilan politik negara kita yang tercinta.

Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan


(5 markah)
a.
Pengetahuan yang diperoleh
b.
Iktibar yang diperoleh daripada kejayaan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen ke arah kecemerlangan bangsa dan negara Malaysia.
c.
Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang
Contoh Jawapan
a. Pengetahuan yang diperoleh
Pengetahuan yang diperoleh ialah pentadbiran negara kita mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen dan institusi raja berperlembagaan. Ciri-ciri sistem demokrasi
berparlimen ialan jentera pentadbiran kerajaan iaitu Badan perlaksana, Badan
Perundangan(parlimen), Badan kehakiman, Raja berperlembagaan, perlembagaan,
pilihanraya, parti politik dan kebebasan asasi. Sistem ini membolehkan rakyat memilih
pemimpin dan kerajaan melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan
yang adil sejahtera dan stabil.
b. Iktibar
yang diperoleh daripada
kejayaan
sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen ke arah kecemerlangan bangsa dan negara Malaysia.
Iktibar yang dapat diambil daripada perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen ialah
kerajaan dan rakyat hendaklah bermuafakat untuk mengwujudkan kestabilan politik
negara. Kerajaan yang memerintah wajib menunaikan tanggungjawabnya terhadap
rakyat yang diperintah. Rakyat Malaysia hendaklah bekerjasama dan bersatupadu
menyokong kerajaan mengekalkan keharmonian kaum serta memajukan negara. Sistem
ini berjalan lancar dan mantap kerana sokongan daripada rakyat. Rakyat Malaysia
hendaklah mempunyai semangat setia negara yang tinggi agar kemerdekaan dan
kedaulatan negara dapat dikekalkan.
c. Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang
Saya berharap negara kita dapat mengekalkan pemerintahan sistem demokrasi
berparlimen dan institusi raja berperlembagaan. Pemimpin yang dipilih dapat
menunaikan tanggungjawab dengan amanah agar pentadbiran bertambah cekap
dan negara terus aman dan makmur. Kerajaan yang adil dapat dikekalkan kesan
daripada kerjasama rakyat berbilang kaum. Pemerintahan demokrasi berparlimen akan
mengukuhkan perasaan setia dan bangga kepada negara. Begitu juga perpaduan
rakyat akan terus kukuh dan masyarakat dapat hidup secara bersama dengan harmoni.
Di samping itu, Malaysia akan terus dihormati olen negara lain didunia kerana kestabilan
politiknya. Kunklusinya Malaysia mampu merealisasikan Wawasan 2020 iaitu mencapai
taraf negara maju dengan pengamalan sistem Demokrasi berparlimen yang cekap dan
mantap.

You might also like