You are on page 1of 9

Salah suami kalau isteri tolak

poligami
AHMAD BAEI JAAFAR | 27 Januari 2014.

Saya hampir-hampir mencadangkan kepada lelaki agar


jangan berkahwin dengan ustazah kerana setiap kali saya
ditanyakan soalan atau masalah poligami, mereka
mengakui mendapat tentangan hebat daripada isteri
pertama yang berjawatan ustazah malah daripada
lulusan Universiti al-Azhar. Ustaz, saya sudah ada
pilihan untuk kahwin lain, tetapi isteri saya tidak
bersetuju sedangkan dia ustazah, apa yang patut saya
buat? tanya seorang suami.
Ustaz, saya isteri kedua tetapi suami saya sudah jarang
balik setelah madu saya tahu yang kami telah berkahwin.
Saya boleh bersabar dan rela memberi hak saya kepada
madu saya. Tetapi dia tetap membenci saya dan
melarang suami saya untuk berjumpa saya. Untuk
pengetahuan ustaz, madu saya itu ustazah, cerita
seorang madu.
Itulah realiti yang boleh kita lihat di mana-mana, namun
tidak dinafikan ramai juga isteri pertama yang
mencadangkan kepada suami agar berkahwin satu lagi.
Malah ada isteri yang boleh reda dengan keadaan itu
demi cintakan suaminya. Jadi, bolehkah disalahkan
ustazah dalam hal ini?

Perlu dijelaskan di sini bukan semua golongan ustazah


boleh membenarkan suaminya kahwin lagi, dan tidak
semua wanita menolak poligami. Memanglah secara
fitrah wanita tidak sanggup berkongsi suami dengan
wanita lain. Oleh sebab itu tidak bolehlah lelaki atau
suami marahkan isteri kerana menolak poligami. Apatah
lagi di dalam al-Quran tidak ada satu ayat pun yang
memerintahkan isteri supaya menerima poligami atau
ancaman menghukum mana-mana perempuan yang
menolak poligami.
Sebenarnya dalam al-Quran Allah mencadangkan
poligami kepada para suami seperti firmannya yang
bermaksud:
dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap
golongan yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa
yang kamu berkenan dari perempuan (ibu tunggal):
dua, tiga atau empat. Namun jika kamu bimbang tidak
boleh berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka
cukuplah dengan seorang sahaja, atau (gunalah)
hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang
demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah)
supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah alNisa : 3)
Jelas perintah kahwin ini untuk kaum lelaki yang sudah

ada isteri. Dan tujuan perintah ini adalah untuk


membela golongan yatim agar mereka tidak terbiar.
Dalam ayat itu Allah tawarkan kepada suami agar
memilih mana-mana ibu tunggal yang ada anak yatim
supaya dengan itu dia dapat memberi perhatian kepada
anak yatim. Jadi, fokus perintah dalam ayat ini adalah
kepada anak yatim bukan ibunya.
Fokus Poligami
Bayangkan kalau semua suami memahami mesej ayat ini
sudah tentu mereka akan lihat kepada anak yatim
dengan penuh simpati lalu sanggup mengambil mereka
sebagai anak. Tentu dengan sikap itu, tidak wujud rumah
anak yatim seperti hari ini. Bukan itu sahaja, isteri suami
yang sedia ada itu tidak terlalu marah dengan
perkahwinan keduanya dengan ibu anak yatim itu. Hal
ini kerana dia juga bersimpati dengan nasib anak yatim
lalu perkahwinan suaminya sudah menjadi kecil.
Hari ini fokus poligami lebih kepada nafsu lalu dipilih
anak dara atau janda muda yang belum ada anak. Kalau
itulah fokusnya tiada sebab mengapa isteri yang bertaraf
ustazah dan lain-lain akan marah. Memang fitrah isteri,
tidak suka suaminya kahwin lain kerana dengan
perkahwinan itu mencabar kemampuan dirinya sebagai
isterinya. Dia rasa suaminya sudah tidak suka kepadanya
lalu mencari perempuan alternatif. Dia rasa suami sudah

tidak perlukan dirinya lagi. Oleh sebab itulah dia


menolak poligami.
Tetapi saya yakin kalau isteri tersebut sedar dan tahu
hakikat perkahwinan suaminya kerana membela anak
yatim, tentu kemarahannya kepada suaminya akan
berkurangan, marahnya tidak lagi 100 peratus. Tetapi
hakikat inilah yang tidak pernah berlaku dalam
perkahwinan poligami. Suaminya berkahwin bukan
untuk anak yatim tetapi untuk isterinya yang cantik
molek. Apabila fokusnya bukan lagi kepada perintah
Allah, dan apabila tujuan poligami diabaikan pasti ada
kepincangannya.
Sebenarnya poligami yang dibina atas asas membela
anak yatim adalah satu-satunya yang masih relevan pada
masa ini. Kita tidak nafikan tujuan poligami yang
ditunjukkan oleh Rasulullah banyak tetapi sebahagian
besarnya sesuai untuk golongan pemimpin masyarakat.
Walau apapun tujuan poligami, cara mengurus rumah
tangga tetap sama. Keadilan dalam menggilirkan antara
isteri perlu diutamakan daripada soal-soal lain.
Keadilan Dalam Kasih Sayang
Allah kurniakan satu hati kepada seseorang manusia
baik lelaki mahu pun perempuan. Namun hati seorang
lelaki amat unik kerana dia mampu memberikan kasih

sayangnya kepada empat orang isteri. Malah dia mampu


memberikan 100 peratus kasih sayang kepada semua
isterinya kalau dia mahu. Walau bagaimanapun rasa
kasih dan sayang itu bukan milik kita, sebaliknya Allah
yang mendorong.
Dalam hal ini Rasulullah SAW sendiri berdoa seperti
yang diriwayatkan oleh Aishah, maksudnya:
Daripada Aishah bahawasanya Nabi SAW
membahagikan antara isteri-isterinya maka dia boleh
mengadili dengan baik. Namun dalam soal kasih
sayang dia berdoa: Ya Allah inilah pembahagianku
mengikut apa yang aku miliki, maka janganlah Kamu
mencelaku pada perkara yang Kamu miliki sedangkan
aku tidak miliki. (Riwayat al-Tarmizi)
Jelas, Allah yang menguasasi kasih dan sayang dan apa
yang diberikan kepada kita bukan milik mutlak. Jadi,
kita tidak boleh memberi keadilan dalam soal kasih
sayang. Tetapi keadaan ini pada saya amat baik buat
isteri yang mengharapkan kasih sayang suami masingmasing. Kalau isteri-isteri ini boleh diibaratkan seperti
juru jual tentu mereka akan berusaha menawan hati
pelanggannya. Sikap dan cakapnya akan diberi perhatian
oleh pelanggan.
Sewaktu suami balik ke rumah, adakah isteri sambut

suami dengan senyum? Sewaktu suami masuk rumah,


adakah isteri menyejukkan hati suami dengan air suam
atau mineral? Sewaktu suami kelihatan penat, adakah
isteri membuka baju suami dan membawanya ke dalam
bilik? Jika semua itu dapat dilakukan oleh isteri, suami
mana yang akan membenci isteri tersebut.
Keadilan Dalam Nafkah
Dalam poligami memberi nafkah kepada isteri hendak
mengikut keperluan isteri. Sebenarnya antara isteri tidak
sama keperluannya. Pastinya keperluan isteri yang kurus
tidak sama dengan keperluan isteri yang gemuk. Begitu
juga dengan isteri yang mempunyai anak ramai dengan
isteri yang belum ada anak. Jadi, adil dalam konteks
nafkah tidak merujukkan kepada kesamarataan. Boleh
jadi nafkah isteri pertama lebih besar daripada yang
kedua yang masih baru.
Perlu dijelaskan di sini, nafkah terbahagi kepada tiga
iaitu makan dan minum, pakaian dan tempat tinggal.
Semua itu perlu disediakan oleh suami mengikut
kemampuan suami. Suami kaya perlu menyediakan
semua itu pada kadar kekayaannya, tetapi suami yang
miskin, lakukan sekadar mana yang dia mampu. Oleh
sebab itu isteri dalam keadaan itu tidak boleh menuntut
sesuatu yang tidak dimiliki suami.

Keadilan Dalam Giliran


Berbeza dalam soal giliran, suami perlu adil dalam
menetapkan hari yang perlu digilirkan antara isteri. Oleh
sebab itu giliran bermalam dengan isteri perlu
dibahagikan dengan adil jumlah harinya. Maknanya
kalau seseorang isteri itu mendapat giliran tiga hari
seminggu, maka suami tidak boleh melebih hari pada
isteri yang lain. Kalau suami mahu melebihkan manamana isteri atas permintaan salah satu isterinya, maka
dia perlu meminta izin isteri lain dahulu. Jika isteri
tersebut tidak membenarkannya, haramlah suami itu
melanggarnya.
Bagi suami yang memiliki ramai isteri wajib membuat
jadual giliran yang jelas. Jika antara isteri itu tinggal
dalam jarak yang dekat, sebaiknya membuat giliran
setiap hari secara selang seli. Tetapi kalau masingmasing isteri berada di tempat yang jauh yang jarak
perjalanannya memakan masa setengah hari, bolehlah
berbincang secara baik dengan isteri-isteri sama ada dua
hari dan dua hari atau tiga hari dan tiga hari.
Sebenarnya kiraan giliran adalah 24 jam malam dan
siangnya. Maknanya kalau malam ini pada giliran isteri
pertama, esok siangnya juga masih giliran isteri pertama.
Walau bagaimanapun suami itu boleh datang ziarah
untuk sesuatu urusan di rumah isteri lain seperti isteri

sakit, menghantar makanan atau melihat anak-anak atau


ada kerja yang perlu dilakukan di situ. Isteri lain dalam
keadaan ini perlu meredhai tindakan suaminya.
Jaga Hati dan Perasaan Isteri
Selain keadilan, suami dalam hidup poligami perlu tahu
menghormati isteri-isterinya yang sanggup berkorban
untuknya. Oleh sebab itu suami perlu pandai menjaga
hati isteri-isteri dengan tidak membawa sebarang kesan
daripada rumah isteri yang lain. Apatah lagi kalau suami
suka menceritakan kebaikan atau keburukan seseorang
isteri kepada isteri yang lain.
Pada masa yang sama, isteri-isteri tidak seharusnya
membuat sesuatu yang boleh melukakan hati suami atau
madunya. Sikap saling hormat menghormati antara satu
sama lain perlu wujud antara mereka demi mencintai
suami mereka yang satu. Apa ertinya isteri mengakui
cintakan suami kalau setiap hari bertemu suami,
membuatkan suami susah hati dengan pelbagai
persoalan.
Bagi mencapai kehidupan bahagia sebaiknya pasangan
suami isteri yang berpoligami ini meletakkan Allah di
hadapan. Jadi, mereka perlu tahu kehendak Allah dan
mendahulukan Allah dalam semua urusan. Kalau suami
meletakkan Allah di hadapan, tidak mungkin isteri yang

beriman kepada Allah akan menentang suaminya.


Namun begitu kalau rumah tangga tersebut masih
bermasalah, ada kemungkinan isteri itu yang tidak
beriman kepada Allah atau suami itu yang
membelakangkan Allah.
Walau bagaimanapun kita harus sedar bahawa isu yang
selalu ditimbulkan oleh orang yang terlibat dalam
poligami semua berpunca daripada sikap suami yang
tidak adil pada diri, pada agama dan pada isteri.
Percayalah jika semua yang dibentangkan di sini dapat
direalisasikan oleh umat Islam, pasti tiada banyak
masalah dalam rumah tangga umat Islam. Ketika itu
tidak akan ada lagi isteri-isteri yang menentang
suaminya berkahwin lain.
http://baei.blogspot.com/

You might also like