You are on page 1of 8

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2013

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
(T1A3)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR

MOHAMAD FAUDZI BIN


MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI

731208125515001

NO. KAD PENGENALAN :

731208-12-5515

NO. TELEFON

0138927731

E-MAIL

faudzi@oum.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

OUM, TAWAU

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

M/S

1.0

PENGENALAN

2.0

LAPORAN PROSES SARINGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

3.0

PENUTUP

BIBLIOGRAFI

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0

PENGENALAN

Abdul Rahim Selamat (1994) menjelaskan bahawa pendidikan inklusif dalam konteks
pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan
pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas
yang sama dan diajar oleh guru biasa. Manakala Kamariah Jalil (1995) pula berpendapat
pendidikan inklusif ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas
biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka
mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka .

Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya,
dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program
Percantuman atau Integrated telah digunakan. Menurut Zaleha Tambi Adam (1997), negara
Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi. Murid yang mempunyai masalah
penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara
mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, muridmurid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu
daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi
pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa
kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada
corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran.
Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata
pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada
dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid
berkeperluan khas. Menurut Gargiulo, R.M. (2006), adalah malang sekali jika murid-murid
normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap
3

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang
dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan
murid-murid berkeperluan khas, maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan
terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut.
Murid-murid berkeperluan khas adalah murid-murid yang mempunya masalah pembelajaran.
Keadaan ini menyebabkan mereka memerlukan satu corak pembelajaran yang berlainan
dengan murid-murid normal bagi membolehkan mereka dapat mengikuti pembelajaran
dengan lebih efektif. Terdapat pebagai definasi tentang masalah pembelajaran. Menurut
Hardman, Drew & Egan (2005), kepelbagaian ini wujud disebabkan oleh bidang ini kian
berkembang, unik dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang menarik untuk dihalusi.
Ringkasnya, kanak-kanak

bermasalah

pembelajaran merujuk

kepada

mereka

yang

menghadapi masalah dalam menguasai bahasa, pertuturan, membaca, menulis, menaakul dan
mengira disebabkan oleh sistem saraf terutama otak yang tidak berfungsi.

Masalah ini tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah
kesukaran belajar akibat masalah pendengaran, masalah motor, kerencatan, masalah
penglihatan, masalah emosi, masalah persekitaran, masalah budaya mahu pun masalah
ekonomi.

Maslah utama yang dihadapi oleh guru di sekolah aliran biasa ialah untuk menentukan
kategori murid berkeperluan khas. Oleh sebab itu, proses penilaian dan proses saringan perlu
dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu penulisan
portfolio ini akan menjurus kepada laporan hasil proses saringan yang dilakukan oleh penulis
dalam menentukan kategori murid-murid berkeperluan khas.

Proses penilaian dan proses saringan ini telah dilakukan terhadap murid-murid di kelas Tahun
1 Bestari , Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, Tawau. Seramai 35 orang murid terlibat
secara langsung.

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

2.0

LAPORAN PROSES SARINGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

2.1

Nama Sekolah

: Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, Tawau.

2.2

Alamat Sekolah

: Peti Surat 61134, 91021 Tawau.

2.3

No, Telefon

: 089914214

2.4

Kelas

: Tahun 1 Bestari

2.5

Bilangan Murid

: 25 orang

2.6

Laporan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran


E1

E2

T
0
0

Y
0
0

T
3
3

E3
E4
SKOR
Y
T Y T
12 13 0 11
14 11 0 11

BIL NAMA MURID

E5

01
02

Ahmad bin Hamidun


Ahmad Saiful bbdullah

Y
3
3

03

Arif Hafizuddin bin Hamid

11

14

04
05
06
07
08
09

Farez Ezany bin Idris


Jainuddin bin Tawie
Maidin bin Mizal
Mohd Asri bin Alimuddin
Mohd Hafiz bin Akim
Mod Jainuddin bin Halim

2
2
3
3
3
3

1
1
0
0
0
0

0
0
0
0
0
0

3
3
3
3
3
3

12
13
12
13
12
12

13
12
13
12
13
13

0
1
0
0
0
0

11
10
11
11
11
11

0
0
0
0
0
0

5
5
5
5
5
5

10

Mohd Kassim bin Ikmal

15

10

10

12

Mohd Saifuddin bin Akil

14

11

13
14
15
16
17
18
19
20
21
22

Aisyah Monica bte Rahman


Dinni Aisyah bte Aziz
Nur Ain bte Sultan
Nur Nazirah bte Ali
Nur Nazrina bte Aluddin
Nurziatul bte Salahuddin
Siti Aisyah bte Hamidun
Siti Munirah bte Rasyid
Siti Nazirah bte Awal
Siti Nurhaliza bte Tawil
Syafiqah bte Zahidin

3
3
3
3
3
3
3
2
3
3

0
0
0
0
0
0
0
1
0
0

0
0
0
0
0
0
0
0
0
0

3
3
3
3
3
3
3
3
3
3

12
12
12
13
12
12
14
15
13
12

13
13
13
12
13
13
11
10
12
13

0
0
1
0
1
0
0
0
0
0

11
11
10
11
10
11
11
11
11
11

0
0
0
0
0
0
0
0
0
0

5
5
5
5
5
5
5
5
5
5

14

11

Syarifah bte Azamuddin


Wahyuni Bte Rashidin

3
3

0
0

0
0

3
3

12
12

13
13

0
0

11
11

0
0

5
5

23
24
25

Y
0
0

T
5
5

Masalah
item
8,9
4,5i,10,31i
,32,41,44
2
2,9,32
9

4,9,10,17,
37
4,5i,10,17,
35i, 35iii

35ii
18
35ii
10,18
2,10,17,23
10
4,5ii,10,17
,37,38

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

2.7

Rumusan Dapatan

Data Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam

Pembelajaran

Hasil proses pengesanan murid bermasalah pembelajaran menggunakan instrumen yang


disediakan mendapati;

i.

Terdapat 3 orang murid yang mempunyai ciri-ciri masalah pendengaran. Ketiga-tiga


murid ini didapati menghadapi kesukaran untuk mengajuk bunti yang didengari.
Ketiga-tiga murid ini akan dirujuk kepada pegawai perubatan untuk pemeriksaan
lanjut.

ii.

Terdapat 4 orang murid yang mempunyai ciri-ciri masalah penglihatan. Keempatempat murid ini didapati merapatkan buku ke muka ketika membaca. Manakala 2
orang murid mencatatkan bacaan mata kiri 6/9 dan seorang murid mencatatkan
bacaan mata kanan melebihi 6/9.

Kempat-empat murid ini akan dirujuk kepada

pegawai perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

iii.

Walaupun terdapat murid yang dikesan mempunyai masalah masalah dibeberapa


item seperti masalah tingkahlaku dan mempunyai daya

tumpuan

yang

singkat

namun tidak seorangpun murid yang mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas.

iv.

Hasil pengesanan juga mendapati tidak seorangpun murid yang mepunyai ciri-ciri
murid berkeperluan khas

akibat masalah penguasaan mengeja, membaca dan

menulis. Walaupun begitu didapati terdapat murid yang mengalami masalah menulis
lambat, menggugurkan atau menambah perkataan ketika membaca.

v.

Dapatan juga mendapati tidak seorangpun murid yang mempunyai ciri-ciri murid
berkeperluan khas akibat masalah penguasaan nombor walaupun didapati terdapat
murid yang mempunyai masalah untuk membezakan konsep banyak atau sedikit dan
juga tidak boleh menulis angka 0 hingga 9.

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

vi.

Secara keseluruhannya tidak seorangpun murid dari kelas ini yang boleh
dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Walaupun terdapat murid yang
mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran namun hasil ujian instrumen
menunjukkan murid-murid di kelas ini boleh mengikuti pembelajaran secara biasa.

3.0

PENUTUP

Sesungguhnya hak memiliki ilmu mengikut kemampuan diri itu adalah satu hak yang perlu
ditunaikan dan diperjuangkan. Tidak semua manusia lahir ke dunia dengan lengkap, normal
dan sihat. Di Malaysia, dasar pendidikan untuk semua telah membuka ruang yang lebih besar
kepada golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan kanak-kanak kurang upaya
untuk mendapatkan pendidikan secara efisen dan efektif. Sungguhpun begitu, guru-guru di
sekolah harian biasa perlu mempunyai kemahiran dan ilmu untuk membezakan setiap
kategori murid di dalam kelas pengajarannya. Dengan adanya pengenalan pendidikan
inklusif, ketidakadilan terhadap golongan bermasalah pembelajaran ini dalam mendapatkan
ilmu dan kemahiran dapat diatasi dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat negara untuk
memiliki kepelbagai tenaga mahir dan berilmu dari rakyat yang berbagai landskap. Dalam
menuju negara maju yang tinggal 6 tahun lagi, keciciran pendidikan terhadap golongan yang
bermasalah dalam pembelajaran akan merobek erti kemajuan dan ketamadunan.

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Selamat ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.


Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi
Bahagian Pendidikan Khas ,Kementerian Pelajaran Malaysia (April 2011). Manual Instrumen
Pengesanan Murid Bermasalah dalam Pembelajaran
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ( April 2011). Instrumen
Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS Tegar)
Garguilo, R.M ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA :
Thomson Wadsworth .
Hardman, Drew & Egan (2005). Human exceptionality: school, community, and family.
Boston, Pearson/Allyn and Bacon.
Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.
Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach
Resort,Terengganu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan
Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas.
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/11/isu-isu-pendidikan-khas.html
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang
tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Sumber Internet

http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan
%20.pdf
http://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian-instrumenkanak_kanakberkeperluan-khas-pend-khas-pemulihan.html
http://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos%
20murid%20OKU%20LINUS.pdf
http://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMENPENGESANAN-_IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdf
8